Isnin, 24 September 2018

KISAH-KISAH MISTERI ULAR BERPUAKA

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semua,untuk paparan halaman Lagenda Pulau Rahsia kali ini saya akan kongsikan kisah benar serta menarik mengenai Ular,kisah-kisah ini saya himpunkan melalui pengelaman serta hasil perkongsian cerita orang tua-tua melalui pengelaman bersama haiwan luar biasa yang tidak mempunyai kaki serta tangan yang di panggil Ular.Kisah pertama ini berlaku ketika itu saya berusia lima belas tahun,dan dikala itu orang kampung membersihkan tanah untuk menanam padi.


Menjadi kebiasaan penduduk kampung akan bergotong royong bersama-sama dari awal menebang,membakar sehingga lah proses menanam padi dilakukan.Kejadian berlaku ketika itu subuh hari dimana orang ramai mula berduyun-duyun menuju kesawah untuk bersiap-siap.Sehingga lah semua telah berkumpul maka kerja menanam diteruskan dimana para lelaki akan membuat lubang ditanah menggunakan kayu yang di potong tajam,manakala golongan wanita akan mengikuti dari belakang dengan memasukan benih padi kedalam lubang yang disediakan,sekitar pukul 9 pagi ketika masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing,secara tiba-tiba seorang penduduk menjerit memberitahu adanya Ular sawa sedang tidur dibawah sebatang kayu besar yang telah ditebang.


Ketika itu masing-masing bergegas ke arah wanita tersebut,tanpa banyak bicara seorang pemuda yang kebetulan membawa parang segera melibas badan ular tersebut sehingga putus.Namun satu kejadian aneh berlaku dimana ketika hayunan kuat mengenai tubuh ular sawa tersebut,ternyata tubuhnya putus kepada dua bahagian.Dimana bahagian badan dan leher terpusah namun tiada setitis darah pun yang keluar dari tubuh ular tersebut malah bahagian kepalanya mengelongsor begitu cepat meniggalkan tubuhnya.Semua yang menyaksikan kejadian tersebut menjadi cemas.Namun setelah memastikan keadaan kembali tenang dan selamat,mereka meneruskan kerja menanam benih padi,sehingga lah tengahari sekitar 1 petang,kerja-kerja menyemai benih siap dilakukan.


Namun memang menjadi adat resam orang dulu,mereka akan makan tengahari di pondok Sawah terlebih dahulu sebelum balik.Disitu lah mereka berkumpul menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pemilik sawah.Selesai makan dan berehat mereka bersiap-siap untuk balik kerumah masing-masing,Entah kenapa pemuda yang memotong tubuh ular tadi tiba-tiba menjerit sekuat hati sehingga semua yang ada dalam pondok sawah dan yang berada dikawasan tersebut semua memandang pemuda tersebut,Dalam hati masing-masing mengingatkan pemuda tersebut bergurau sambil menganggkat kasutnya.Namun melihat airmuka pemuda tersebut yang merah padam seperti menahan sesuatu mereka mengerumuni pemuda tersebut dan bertindak menarik kasut yang dipegangnya.


Disaat kasut berjaya di lepaskan dari kaki pemuda tersebut,ternyata kepala ular sawa turut terjatuh dari kasut tersebut dengan sebilah taringnya patah dan masih terbenam dibahagian kaki pemuda tersebut.Masing-masing menjadi kelam kabut melihat keadaan tersebut.Dengan bantuan orang ramai,pemuda tersebut di usung dan dibawa ke sebuah Hospital.seminggu selepas kejadian,pemuda tersebut dibenarkan balik namun sesuatu yang buruk terjadi pada kakinya dimana sebahagian kulit peha nya di bedah dan digunakan sebagai pengganti kulit kaki nya yang memburuk akibat patukan ular misteri yang hanya berkepala sahaja.ramai yang menyaksikan kejadian tersebut percaya kepala ular yang mencederakan pemuda tersebut adalah ular yang sama yang dipotong sewaktu menanam padi pagi tadi.


Kisah kedua,

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90an dimana kejadian yang hampir sama berlaku dimana ketika itu seorang penduduk kampung menggunakan laluan pintas dari kampung seberang untuk balik kerumah,dan sewaktu dalam perjalanan dia terserempak dengan sekumpulan pemuda yang baru balik dari dusun durian berhampiran.Maka mereka berjalanan menuju ke kampung bersama-sama.Sewaktu dalam perjalanan mereka menemui dua ekor ular sedang berkahwin.Mereka beramai-ramai menyaksikan kejadian yang pertama kali berlaku di depan mata.Namun tanpa diduga salah seekor dari ular tersebut seperti marah dan cuba mematuk salah seorang dari mereka.Dengan pantas salah seeorang mengeluarkan parang lalu memotong kepala ular tersebut!.


Namun kejadian tak terduga berlaku apabila dua kepala ular tersebut tiba-tiba terpelanting kearah mereka.Mujur semuanya sempat mengelak dan kepala ular tersebut mengenai sebatang pokok dan sekali lagi mereka tergamam,apabila taring kedua-dua kepala ular tersebut melekat pada pokok berhampiran mereka.Sebahagian dari tubuh ular tersebut masih mengelitik ditanah manakala kedua kepala nya masih melekat pada pokok dengan taring masing-masing terbenam pada kulit pokok.Tiada siapa yang berani mengusik kepala ular tersebut sehingga lah berberapa minggu kamudian,kebetulan dua orang dari mereka melimpasi kawasan tersebut.Sewaktu menghampiri pokok dimana kepala ular tersebut melekat.


Ternyata keadaan kulit kayu tersebut mula hitam dan seakan kecut dengan cecair kebiruan keluar dari kesan taring ular tersebut.Dan yang peliknya setelah berberapa minggu,Kepala ular tersebut masih lagi disitu walaupun dah mulai reput begitu juga dengan sebahagian tubuhnya hanya tinggal tulang akibat dimanah lalat dan juga semut-semut hitam yang mengerumuni badan ular tersebut.Dan yang hairannya,bahagian kepala ular tersebut masih sempurna walaupun tidak bernyawa lagi.


KISAH KETIGA.

Kisah ketiga berlaku dihadapan mata saya sendiri,ketika itu saya bersama seorang rakan membersihkan kawasan rumah di Kota Tinggi Johor.Sewaktu memunggah bungkusan plastik yang mengandungi pakaian lama tiba-tiba muncul seekor anak ular sebesar jari kelingking dihadapan kami.kawan saya Hilmi tiba-tiba menghempas seketul batu bata kearah anak ular tersebut dan secara tak sengaja,Anak ular tersebut mati.Lantaran kisah-kisah yang saya dengar dari mulut orang-orang tua serta pengelaman yang lepas-lepas,hati saya mulai risau dengan apa yang berlaku.Benda dah pun terjadi,kami mengambil bangkai anak ular tersebut dan menanamnya dikawasan rumah.Selesai kerja-kerja pembersihan.Saya mengajak Hilmi menjemput pakcik saya di Bandar kota kerana hendak memancing.


Setelah itu kami bersama bertolak ke Sedili Besar kerana ketika itu udang galah tengah musim.sewaktu dalam perjalanan seekor ular besar melintasi jalan,Mujur sempat saya mengelak.namun Ular tersebut mula merisaukan saya dimana kejadian pagi tadi sewaktu Hilmi menghempas batu-bata keatas ular tersebut tiba-tiba terbayang dalam fikiran.Sehingga lah kami tiba di kawasan memancing.Keseronokan melayan sepit biru membuatkan saya terlupa akan kejadian ular tadi sehingga lah sekitar pukul 6 petang,kami balik dan singgah dirumah saya.Suasana didalam agak panas jadi kami bertiga duduk bersembang di sebuah bangsal di belakang rumah.Ketika itu saya menceritakan pasal anak ular yang mati kepada pakcik.Dah orang tua tu menambah-nambah pula..katanya ibu ular akan membalas dendam!.


Leka berbual tiba-tiba pakcik saya bangun dan berdiri di tebi bangsal sambil memerhatikan kawasan berumput tidak jauh dari bangsal dimana kami duduk.Tiba-tiba dia meminta lampu suluh.saya pun berlari kedalam rumah mengambil lampu suluh.apabila saya keluar ternyata pakcik saya telah berada dikawasan rumput tersebut.dimana tangannya menekan sebatang kayu ketanah.Apabila saya suluh ternyata seekor ular tedung sebesar lengan berjaya ditangkap dengan kayu tersebut.Rakan saya Hilmi membantu,Itu lah kali pertama saya lihat pakcik saya begitu berani menekup kepala ular tedung tersebut namun dia menjerit meminta guni dengan kuat.Saya segera menghulurkan guni kepadanya dan ular tersebut dimasukkan kedalam guni sebelum dibuang di sekitar jalan kota tinggi sewaktu menghantar pakcik balik.


Sepanjang perjalanan pakcik tak putus-putus berceramah memberi ingatan supaya menabur belerang disekitat rumah dan elak kan dari membunuh haiwan berbisa didalam rumah.Jika perlu tangkap dan pindahkan ketempat yang lebih jauh.bimbang kalau dibunuh akan mengundang yang lain.


KISAH KEEMPAT.

MENINGGAL AKIBAT PATUKAN TEDUNG SELAR


Kisah ini berlaku kepada rakan sekampung dimana ketika itu arwah bersama rakan-rakan menginap disebuah rumah sewa dikawasan Selangor kerana bekerja disebuah kilang membuat Kabel.Ketika itu kilang tidak beroprasi kerana cuti umum menyambut perayaaan Tahun Baru Cina.Maka dengan kesempatan yang ada mereka membersihkan kawasan rumah sewa.Sewaktu membersih arwah terserempak dengan seekor ular tedung.Dalam keadaan terkejut dia menghayunkan parang sehingga mengenai bahagian tubuh ular tedung tersebut.dimana badan ular terputus kepada dua bahagian.dimana bahagian ekor nya dimasukan kedalam plastik sampah bersama daun-daun rumput yang dipotong dan dibuang berhampiran tong sampah.


Mereka bersama-sama mencari bahagian kepala ular tersebut namun sehingga siap kerja mengemas dan membersih kawasan rumah kepala ular masih belum ditemui lagi sehingga lah petang.Seperti biasa arwah akan bersama rakan-rakan sekilang nya akan bermain bola sepak disebuah padang yang berhampiran rumah sewa mereka.kamudiannya disebelah malam mereka keluar beramai-ramai ke bandar untuk bersiar-siar kerana keesokan nya adalah hari cuti.Sehingga lah larut malam baru lah mereka balik.Seperti biasa juga malam tersebut mereka tidur beramai-ramai diruang tamu sambil menonton telivisyen.Entah pukul berapa masing-masing tertidur sehingga telivisyen yang dipasang tidak dimatikan.


Sehingga lah keesokan paginya.....seorang dari mereka bangun agak awal,siap mandi,masak air kamudian seorang demi seorang kawan-kawan arwah bangun dan kini tinggal lah arwah seorang diri yang masih tidur walaupun suasana rumah mulai riuh dengan suara radio yang dipasang kuat.sehingga lah 10 pagi apabila seorang rakan dari rumah berlainan datang kerumah mereka.Ketika itu lah baru mereka perasan yang arwah sebebarnya bukan tidur.Setelah di kejutkan barulah rakan serumah sedar tubuh arwah telah kaku serta sejuk seperti ais.Masing-masing mengelabah serta terkejut setelah mengetahui rakan mereka telah mati.


Seorang dari rakan serumah keluar menjerit meminta tolong dan kebetulan selang berberapa rumah seorang lelaki berbangsa Cina datang menjenguk dan menghubungi pihak Polis dan Ambulan.Dengan bantuan pihak Polis Mayat dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat.Dan hasil dari siasatan pihak Polis dan Hospital terdapat kesan tusukan seperti taring dibahagian kelengkang arwah.Dan ternyata Arwah meninggal lebih dari lima jam akibat patukan ular berbisa dibahagian kelengkang.Berberapa hari selepas Arwah meninggal baru lah mereka menemui bangkai kepala ular tedur di bawah anak tangga berhampiran longgokan buku-buku lama.


Setelah kejadian tersebut,masing-masing menjadi takut serta lebih berhati-hati kerana mereka mula percaya ular mampu menyerang tanpa sedar dan mampu menuntut bela sehingga boleh mengancam nyawa manusia.

Jumaat, 13 Julai 2018

RITUAL MISTERI TARIK EMAS LAMA DARI ALAM GHAIB

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam coretan misteri dalam paparan pulau rahsia.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan satu lagi kisah menarik harta alam ghaib bersama Wak Juma.Sebuah lagi pengembaraan alam ghaib bersama sumber Encik.Kamal yang sudi berkongsi pengelaman menyelam kedalam lubuk harta karun yang asli berbentuk ketulan emas murni yang belum dicairkan dan dibentuk bersama dua lagi rakan beliau yang mana diketuai Wak Jumaa seorang warga dari negara Jiran.


Bermulanya penemuan misteri yang menarik mereka menerjah alam ghaib apabila Wak Jumaa yang baru sahaja tiba dari negara asalnya untuk mencari rezeki disebuah kilang kayu(sawmill).Pada awal kehadiran Wak Jumaa,Beliau kelihatan sama seperti pekerja-pekerja lain,namun yang membezakan Wak Juma dengan rakan kerjanya,Wak Juma lebih menyerlah dari segi kepimpinan nya.Amanah dan sangat rajin.Di kilang Pak Juma kurang mendapat perhatian rakan kerja yang lain oleh kerana sering di tuduh mengampu dan sebagainya.Namun seorang lelaki matang serta berumur,Beliau tetap tenang dan senyuman sentiasa meniti dibibirnya.


Nama Wak Jumaa mula mendapat perhatian sehingga dihormati pekerja lain termasuk penyelia kilang apabila kebolehan Wak Juma mula diketahui apabila berlaku berberapa perkara yang tidak diduga sewaktu bekerja.Saat pertama Wak Juma menunjukkan dirinya ketika jari Rahim terkena mata gergaji elektrik dimana kulit diantara ibu jari dan telunjuk tersiat sehingga menampakan tulang.Ketika kelam kabut Wak Juma hanya menutup luka tersebut dengan daun sirih setelah menjampinya.Elok-elok darah mencurah-curah terus berhenti serta merta.Keduanya berlaku ketika mesin pahat elektrik tiba-tiba hilang.Kekecohan berlaku diantara pekerja dimana seorang tuduh seorang namun dengan mudah Wak Juma menyelesaikan masaalah tersebut.Wak Juma memberitahu Mesin tersebut berada dalam bonet kereta seseorang.ternyata setelah di periksa mesin tersebut diambil dan disimpan oleh seorang penyelia dalam keretanya.namun terlupa memberitahu perkara tersebut kepada mandur yang bertugas.


Sejak peristiwa itu Tiga sahabat menjadi begitu baik dan rapat dengan Wak Juma.Namun apa yang mereka hajatkan telah diketahui oleh beliau.Tanpa ditanya Wak Juma memberitahu salah seorang dari mereka iaitu Kamal,akan kehendak sebenar disebalik keakraban mereka.Kamal menjadi malu pada diri sendiri,Namun disebalik kerutan wajah Wak Juma membawa satu sinar harapan buat kamal dan rakan nya.Apabila Wak Juma memberitahu kesudiannya membantu mereka.Kamal mempunyai satu tabiat yang luar biasa,dimana Kamal sejak zaman mudanya merupakan kaki nombor ekor tegar.Bermula dari kertas ramalan tebal sehingga resit nipis dari penjual nombor dikedai kopi dikenalinya.Bermacam-macam cara dilakukan agar mendapat kemenangan dalam pertaruhan.Namun kali ini Permintaan Wak Juma agak luar biasa untuk melunaskan hajat mereka iaitu keris lama yang pernah makan darah.


Wak Juma memberitahu Kamal hanya dengan keris tersebut baru lah hajat mereka akan tercapai.namun keris yang dimaksudkan bukan lah sebarang keris,tetapi keris yang memang asli pernah makan darah dan mempunyai khadam.Berhari-hari Kamal dan rakan baik nya Taha berfikir dimana akan ditemukan keris yang betul-betul berisi.Namun dah ditakdirkan rezeki mereka,Pakcik Taha yang menetap di Entikong kalimantan ada menyimpan sebilah keris pusaka pemberian leluhur keturunannya.Namun untuk membawa keris tersebut mendapat pelbagai rintangan.Antaranya membawa keris tersebut menaiki pesawat.Namun kerana akal yang panjang.Taha meminta pakciknya membungkus keris tersebut dengan kertas yang banyak serta menghantarnya melalui kargo dimana Taha akan menemui pakciknya dan membawa keris tersebut melalui kargo penumpang.


Maka dengan cara itu dapat lah keris yang diimpikan tiba ditangan.Akhirnya mereka bersetuju dengan cadangan Taha.Mereka berkongsi untuk meringan kan beban Taha yang akan melancung ke Kalimantan demi keris tersebut.Pada hari yang di janjikan,Taha menaiki pesawat penumpang membawa keris tersebut sehingga lah Keris yang dicari selamat ditangan Wak Juma.Sebulan berlalu baru lah impian mendapatkan keris berkhadam berjaya.Setelah berpuas hati dengan keindahan keris tersebut,mereka membawanya menemui Wak Juma.Pada hari khamis malam Jumaat,Pada saat pertama keris bertukar tangan,Wak Juma melihat wajah-wajah rakan sekerja nya sambil menggeleng kepala kerana ketabahan mereka.


Wak Juki mula mengasapkan keris tersebut dengan asap kemeyan sebelum menyapukan wagian kasturi pada mata keris sebelum tunduk dan membaca sesuatu dan menghembus-hembuskan nya pada mata keris.Berberapa ketika selepas itu Wak Juma bercakap dengan keris dan meminta mata keris tersebut berdiri.Ternyata tidak perlu di pujuk malah berdiri dengan sendirinya seolah-olah ada tangan yang menegak kan mata keris yang berada diatas dulang.Kamal bersama-rakannya merasa hairan melihat keadaan kerit tersebu.Wak Juma memberitahh mereka dimana keris tersebut semeamangnya menpunyai khadam.Kamal dan rakan-rakannya berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum apabila merasakan rancangan mereka bakal berjaya.Namun Wak juki memberitahu akan membawa mereka kesebuah kawasan dimana khadam keris akan menunaikan hajat mereka.


Sejak hari malam itu,Kamal dan rakan-rakannya sentiasa gelisah dan tidak sabar untuk melaksanakan tindakan seterusnya.Semakin ditunggu semakin Wak Juma membiarkan mereka,Hendak ditanya segan pula.Bimbang kalau-kalau membangkitkan kemarahan Wak Juma.Sehingga lah Wak Juma sendiri membuka mulut dimana ketika menunggu saat hendak balik ketika habis kerja.Wak Juma memberitahu semuanya telah sedia dan hanya menunggu kehadiran mereka.Dimana mereka akan dibawa ke sebuah kawasan semak dimana terdapat sebuah Perigi lama yang dipenuhi akar-akar dan daun kering didalamnya serta pasti menjadi kawasan pembiakan nyamuk.


Wak Juma menunggu Kamal dan Rakan nya sehingga pukul lapan malam.Sehingga Wak Juma membuat keputusan,jika Kamal tak datang selepas sembilan malam dia akan membatalkan ritual tersebut.Wak Juma masih lagi menunggu sehingga merasakan mereka tidak akan sampai sama ada masaalah atau mereka terlupa.Wak Juma bangun dan menuju ke arah pintu untuk menguncinya.Baru sahaja daun pintu disentuh deruan bunyi Motorsikal Kamal kedengaran.Wak Juki terus menuruni anak tangga dan segera mendapatkan Kamal untuk bergegas ke kawasan perigi tersebut.Namun Kamal menahan Wak Juma agar menunggu seketika lagi kerana Taha dan seorang lagi rakan mereka belum tiba.Disitu mereka terpaksa menunggu lagi sehingga 9.30 malam sebelum rakan mereka tiba.Tanpa banyak bicara mereka melangkah meninggalkan rumah Wak Juma menuju ke lokasi tersebut.


Setiba di Perigi yang dimaksudkan,Wak Juma meminta mereka bertiga duduk beralaskan kotak sebelum menghadap Perigi dan menunggu arahan seterusnya,Manakala Wak Juma duduk di satu penjuru dengan keris di pacakan berhampiran perigi sebelum membaca menteranya.bermula sebelas malam,memang agak lewat ritual mereka.Entah berhasil atau tidak soal kedua yang penting mereka dah cuba.Wak Juma tiba-tiba bangun dan melompat ke tepi perigi sebelum membuka bunga Silatnya.Mereka bertiga menjadi terlopong melihat aksi luar biasa Wak Juma yang berlagak bagai seorang pendekar dihadapan Mereka.Dengan Pantas Wak Juma turun dan bersila dihadapan Mereka sebelum memberi salam.Lalu bertanya akan hajat Kamal dan rakan-rakannya datang menemuinya disitu.


Kamal Memberitahu dia dan rakannya cuma datang untuk mencari rezeki.Wak Juma menganggukkan kepalanya sambil menjawab dengan nada garau dan tegas.Memberitahu lokasi yang Wak Juma bawa sebenarnya salah.tiada harta seperti yang diharapkan berada disitu.Namun untuk memuaskan hati,Mereka sanggup turun kedasar perigi untuk mencari apa yang terlintas dihati.Taha sememangnya seorang yang berani dimana dia yang terlebih dahulu turun kedalam perigi diikuti dengan rakan Taha dan Kamal sendiri.seramai empat orang sekaligus memasuki perigi yang dipenuhi akar pokok dan hanya di perhatikan oleh wak Juma dari atas.Ketika itu Kamal menyelam bersama lampu suluh yang dibawa ternyata dasar perigi tersebut lebih luas dari yang disangkakan.Seolah-olah anak sungai yang jernih bersama pasir dan batu-batu kecil terasa di telapak kaki sewaktu memijak kedasar.


Kamal membuka matanya dalam air dan ketika itu lah ketulan-ketulan emas sebesar puntung rokok dilihat bersinar-sinar akibat pancaran lampu suluh.Kamal mengambil sebiji dan menunjuknan kepada kawan-kawan nya.Baru lah Taha dan seorang lagi rakan mereka bersama berendam mencari ketul-ketul emas yang berbeza saiz namun hanya sebesar kuku jari kelingking.hampir setengah jam di sana Wak Juma memanggil mereka supaya naik kedarat.Seorang demi seorang bergayut menggunakan tali yang diikat pada pokok untuk keluar dari perigi tersebut.Sewaktu semuanya telah berada diluar perigi,Wak Juma menunding jari kearah dalam perigi.Dan ternyata disaat mereka melihat kedalam perigi satu susuk tubuh berbulu berwarna hitam berada didasar Perigi dengan tapak tangan dipenuhi dengan ketulan kecil emas yang belum dimasak dan dibentuk.


Ketika itu mereka semuanya mengundur kebelakang kerana takut kalau-kalau mahluk tersebut tiba-tiba menyambar mereka.Namun Wak Juma memberitahu yang mahluk tersebut lah yang membawa ketulan emas tersebut kesitu dan sengaja ditaburkan satu persatu kedasar perigi.Baru lah mereka faham,Patut lah sewaktu mengutip emas didasar perigi tadi terasa seperti ada benda lain yang turut ada didasar perigi.rupa-rupanya mereka bersama dengan Mahluk halus berbulu lebah disana.Wak Juma memberitahu mahluk yang berbulu tersebut ialah jelmaan khadam keris yang dibawa.Cuma Wak Juma kesal kerana petunjuk membawa mereka ke perigi yang mempunyai harta karun yang sedikit.Setelah selesai Wak Juki menuang berberapa botol kecil minyak wangi kedalam perigi sebelum mengajak kamal dan rakan-rakannya balik.


Setiba nya dirumah Wak Juma,mereka mengeluarkan butir-butir emas untuk dibagi samarata.termasuk bahagian Wak Juma sendiri.Selepas selesai semua urusan,Mereka berbual kosong sambil memerhatikan ketulan kecil emas yang diperolehi.Walaupun sedikit namun semua kelihatan adil dimana setiap orang mendapat bahagian masing-masing.Setelah selesai urusan pembahagian Kamal dan Taha bersama rakan mereka meminta izin dari Wak Juma sebelum meneruskan tujuan masing-masing.Namun sebelum meninggalkan kawasan kaki lima nya,Wak Juma memanggil Kamal.Wak Juma meminta agar apa yang mereka baru lakukan tadi dirahsiakan dari rakan sekerja.


Kisah ini di bangunkan semula melalui perkongsian sendiri oleh Kamal.dimana nama dan lokasi sebenar saya alihkan agar tidak menyentuh sensetifviti sesiapa pun.Namun melalui cerita Kamal sehingga hari ini,berkali-kali mereka mengajak wak Juma mengeluarkan emas dari dalam perigi yang pernah memberi pulangan kepada mereka namun tidak pernah di sahut oleh Wak Juma.Mungkin kah setakat itu saja bahagian mereka??.Dan sejak membuat upacara menarik emas menggunakan khadam keris sehingga kini Kamal tidak pernah lagi mendapat kemenagan Judi ekornya.Sehingga Taha memberitahu Kamal bahawa bahagian rezeki untuk judi ekornya telah diambil oleh kamal melalui ketulan emas yang ditarik oleh Wak Juma dari perigi dulu.

Selasa, 3 April 2018

USAHA NISHA MUSNAH ANGKARA ILMU SIHIR

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah benar berkenaan keangkuhan manusia mengejar wang ringgit serta keuntungan walaupun terpaksa menindas insan lain serta sanggup berdamping dengan mahluk halus demi kehendak hati.Disini saya akan kongsikan pengelaman serta keluhan Nisha yang menjadi mangsa berhabis duit untuk memulihkan diri setelah restoran yang di usahakan gagal diselamatkan.


Pada awal mengambil alih sebuah kedai yang dahulunya diusahakan pasangan berbangsa Cina untuk menjual buah-buahan dan dinaik taraf menjadi sebuah restoran menggunakan wang pampasan bersara penuh suami Nisha.Setelah berhabis duit membeli,menaik taraf termasuk segala peralatan dalam restoran siap untuk diniagakan,pada Hari pertama sambutan amat luar biasa dengan kehadiran pelanggan berbilang bangsa dari awal pagi sehingga lah malamnya.Atas nasihat serta pandangan rakan-rakan,Nisha bersama suaminya melanjutkan waktu oprasi restoran mereka sehingga 24jam.

(Sekadar hiasan)


Satu perubahan mendadak yang tidak dijangka perniagaan mereka tidak pernah lengang walaupun diawal pagi.Siaran sukan seperti Bola sepak,Wrestling ditayangkan sebagai menarik minat pengunjung untuk menonton dan dalam masa yang sama makan serta minum disitu.Namun bukan semudah yang disangka kan,Baru sebulan berniaga bermacam dugaan datang menjelma,berbagai karenah serta ragam pelanggan saban hari berbeza-beza,mana yang lari tak bayar,mencarut,marah-marah tak tentu pasal telah dilalui.pernah sekali hanya kerana hendak menumpang mengecas bateri telefon bimbit.


Pelanggan tersebut dengan tergamak memadamkan suis periuk nasi yang belum masak semata-mata mengecas telefon bimbitnya.Apabila disedari oleh pekerja Nisha,Dia menegur perbuatan pelanggan tersebut namun berlaku perkara diluar jangkauan dimana pelanggan tersebut menyemburkan kata-kata kesat,memaki hamun kononnya tak boleh lebih kurang dan sebagainya.Bukan nya tak boleh guna,tapi kan masih ada soket lain.Tak kan biarkan beras kembang dalam air tak dapat dimasak angkara menunggu pelanggan mengecas telefon bimbitnya.


Keseronokan berniaga mula menjadi hambar,Dimana kejadian misteri serta aneh bertukar ganti dengan karenah pelanggan,disambung pula dengan kejadian misteri dimana pelanggan mulai berkurangan,Nasi dimasak 3-4jam tetapi tak masak-masak lagi,pernah satu kejadian berlaku dihadapan mata Nisha sendiri dimana ketika itu Seorang pelanggan memesan Milo ais serta nasi goreng kampung.Ketika air Milo ais dihantar kepada pelanggan,entah kenapa secara tiba-tiba air tersebut menggelegak bagai air tengah masak atas dapur!. Sedangkan air tersebut adalah air sejuk,milo ais.Melihat keadaan begitu pelanggan berpindah kemeja lain,Tetapi kejadian sama turut berulang.Sehingga lah pelanggan terpaksa meninggalkan restoran kerana takut.


Kejadian sama berulang kembali,Pada awalnya seorang pelanggan,namun semakin hari semakin ramai yang terkena air mengelegak atas meja,Nasi basi walaupun baru siap dimasak.Dan oleh kerana kejadian tersebut berlarutan Nisha mengambil keputusan memendekkan waktu perniagaan nya diaitu bermula 5 pagi sehingga 6petang kerana bimbang kejadian yang tidak diduga berulang atau semakin teruk.Sehingga pada suatu petang sewaktu Nisha dan salah seorang pekerjanya termenung menunggu pelanggan datang lah sepasang suami isteri memesan makanan serta minuman.Dalam keadaan serba salah Nisha menghidangkan makanan serta minuman yang dipesan,Bimbang kalau-kalau nasi menjadi basi serta air tiba-tiba menggelegak.Namun Syukur setelah pasangan tersebut menjamah makanan nya,Tiada kejadian pelik berlaku.


Setelah selesai makan Pasangan pakcik dan makcik yang menjadi pelanggan Nisha memanggil Nisha.Nisha bergegas menuju ke meja mereka kerana mengingatkan pasangan tersebut hendak membayar makanan mereka.Namun pakcik tersebut meminta Nisha duduk bersama mereka kerana ada perkara yang hendak di jelaskan.Pakcik tersebut mula membuka mulutnya bercerita.Makanan di Restoran Nisha memang sedap dan memenuhi citarasanya namun Pakcik tersebut memberitahu Nisha agar pergi mencari orang bijak pandai untuk berubat.Dahi Nisha berkerut mendengar perkataan berubat dari pakcik tersebut kerana Nisha merasakan dirinya tidak sakit begitu juga pekerjanya.Pakcik tersebut mengerti yang Nisha sebenarnya tidak faham dengan apa yang disampaikan sehigga lah pakcik tersebut menjelaskan dengan lebih dekat kepada Nisha.


Baru sahaja pakcik tersebut hendak membuka mulut untuk menjelaskan kepada Nisha,tiba-tiba gelas-gelas di bahagian air jatuh pecah bagai dihempas seseorang.Nisha berlari kearah dapur memeriksa kalau-kalau ada kucing nakal menjatuhkan gelasnya.Namun setelah tiba dibahagian air ternyata tiada apa-apa disitu kecuali gelas-gelas pecah berterabur di lantai.Pakcik tersebut memberitahu Nisha"Benda tu marah pakcik bagitau nak".Pekerja Nisha membersihkan kaca-kaca pecah diatas lantai manakala Nisha kembali duduk kembali bersama pakcik dab makcik tersebut.


Pakcik memberitahu Nisha bahawa restoran tersebut telah dianiaya seseorang yang tak senang dengan kemeriahan perniagaan Nisha.Pakcik tersebut turut memberitahu dalam restoran Nisha ada 3-4 Mahluk yang dihantar oleh orang yang sama untuk memusnahkan perniagaan Nisha dan Suaminya.Nisha mendengar penjelasan Pakcik tersebut dengan begitu kusyuk sebelum mereka dikejutkan dengan jeritan Kak Munah seorang pekerja Nisha.Kak Munah tiba-tiba meracau sambil menjerit-jerit didapur sebelum pakcik tersebut melaungkan Azan.setelah itu baru lah kak Munah senyap namun mata nya merah memandang tepat kearah pakcik sambil memberitahu supaya jangan memandai-mandai nak mengajar orang.Setelah itu Kak Munah tumbang dan tak sedarkan diri.


Setelah 2jam berada disitu pasangan tersebut meninggalkan restoran Nisha.Nisha memikirkan apa yang disampaikan oleh pakcik tersebut sehingga lah suaminya sampai untuk menutup restoran untuk balik.Dirumah Nisha menceritakan apa yang berlaku direstoran siang tadi kepada suaminya.Rupa-rupanya suami Nisha dah lama tahu kehadiran mahluk halus serta gangguan yang Nisha lalui cuma dia tak nak cerita risau kalau mematahkan semangat isterinya berniaga.Malam tersebut Nisha dan suami nya berbincang untuk menemui Seorang Ustaz yang mahir dalam urusan begitu.sebelum tidur Nisha menghubungi pekerjanya memberitahu yang restoran tidak dibuka keesokannya kerana hendak menguruskan gangguan di restoran mereka.


Keesokan harinya Nisha dan suaminya terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke utara menemui Ustaz Fahmi untuk mendapatkan nasihat serta pandangan.setelah berberapa jam menempuh perjalanan yang jauh akhirnya mereka tiba dirumah ustaz Fahmi.namun Ketika itu Ustaz tiada dirumah kerana berada disurau.Nisha bersama suaminya terpaksa menunggu sementara anak Ustaz menjemput ayahnya disurau.ketika bersama Ustaz,Suami Nisha menceritakan apa yang mereka hadapi.Nisha menceritakan tentang kehadiran sepasang suami isteri memberi nasihat kepadanya semalam.Ustaz Fahmi berjanji untuk membantu namun harus pergi ke Restoran Tersebut untuk menghalau ganguan Jin serta membersihkan restoran tersebut.


Nisha dan suami menghembus nafas lega mendengar kesanggupan Ustaz Fahmi membantu menyelesaikan masaalah restoran mereka.Petang tersebut Ustaz Fahmi mengikuti Nisha dan suaminya balik kerana ada urusan yang hendak dilaksanakan di restoran Nisha.Selepas Solat Isyak,Ustaz Fahmi bersama suami Nisha datang ke restoran.Sewaktu pintu dibuka untuk masuk,mereka terpandang satu kelibat seperti manusia berbadan besar menuju kearah belakang peti ais.Ustaz Fahmi mula membaca ayat-ayat di ruang tengah restoran.Setengah jam berlalu terdengar bunyi seperti pingan mangkuk pecah dibahagian dapur.Suami Nisha bangun untuk melihat namun dihalang oleh Ustaz Fahmi.


Ustaz Fahmi menerukan zikirnya begitu juga gangguan semakin ganas dimana pintu peti ais seperti dibuka dan ditutup berulang kali,lampu dibahagian dapur tiba-tiba meletup tanpa sebab.Ustaz Fahmi meminta suami Nisha mengambil sebaldi air paip.Air dalam baldi di bacakan dengan ayat-ayat suci sebelum disimbah-simbah di ruang restoran dan ketika itu suami Nisha mendengar dengan jelas bunyi pintu restoran di goyang-goyang dengan kuat.Ustaz Fahmi meneruskan renjisan nya sehingga lah mereka tiba di sudut kaunter bayaran.Ketika itu Ustaz Fahmi tiba-tiba mengundur selangkah kebelakang sebelum kembali sambil membaca ayat-ayat suci dengan lebih kuat lagi sambil menjirus air kebahagian kaunter.


Seperti hembusan angin kuat melintasi Suami Nisha keluar dari arah kaunter melanggar kerusi meja meluru keluar dari restoran.Setelah itu baru lah ustaz Fahmi berhenti berzikir.Sebelum balik mereka duduk seketika dalam restoran sambil mimun air yang dikeluarkan dari peti ais.Ustaz Fahmi memberitahu gangguan telah berjaya dipujuk keluar sambil memberitahu restoran tersebut telah bebas dari gangguan mahluk halus.Sekitar 11 malam,Ustaz Fahmi dihantar balik.sehingga lah tiga pagi baru lah Suami Nisha dapat berehat dirumah setelah urusan semuanya diselesaikan.keesokan harinya mereka menyambung cuti lagi akibat kepenatan menjemput dan menghantar Ustaz Fahmi.


Selepas kejadian tersebut,perniagaan Nisha kembali pulih seperti sediakala dimana pelanggan kembali ramai seperti sedia kala.Dan ketika itu lah Nisha hanya tersenyum apabila ramai pelanggan bertanya kenapa mereka menutup kedai lama.Dalam hati Nisha berfikir mesti ada diantara mahluk yang dihantar bertindak menghalang pelanggan datang kerestorannya.Namun walaupun telah bebas dari gangguan,Nisha tetap berwaspada agar tidak berulang kejadian sama pada masa akan datang.Melalui kisah Nisha dan Restoran nya,kita kita dapat saksikan bagaimana sesama manusia yang lemah sanggup melakukan perkara seperti itu semata-mata mengejar impian walaupun terpaksa melalui persaingan kotor.


Dalam dunia perniagaan,Kita digalakkan berlumba-lumba mengejar keuntungan tetapi biarlah mengikut panduan yang ditetapkan agar hasil pendapatan perniagaan lebih berkat.Mencari kelemahan diri serta apa yang diusahakan bukan nya mencari kelemahan orang untuk menjatuhkan nya.Sampai bilapun selagi adanya persaingan kotor dalam perniagaan,selagi itu lah hati kita sentiasa dibelenggu.Dan untuk mencapai kejayaan sebenar semakin payah dan jauh.Kita saksikan bagaimana bangsa lain berniaga,Tak ada stok,dipinjamnya dari kedai sebelah tanpa ada rasa was-was atau syak wasangka.

Sabtu, 24 Mac 2018

TEMUI LOCENG ANEH DALAM KERANDA BERSAMA MAYAT DI TAPAK PEMBINAAN

Asalamulaikum dan salam muhibbah bertemu kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan ceritakan sebuah kisah menarik melalui loceng yang ditemui bersama mayat sewaktu memindahkan sebuah kubur bagi membina sebuah rumah kediaman seorang saudagar yang berjaya membeli sebidang tanah ladang untuk didirikan sebuah rumah mewah.


Nordin bukan nama sebenar menawarkan diri menceritakan pengelaman ngeri sewaktu bersama berberapa rakan senegara yang diambil bekerja oleh seorang jutawan yang Nordin sendiri tidak mengetahui nama pemilik rumah Agam yang dibinanya.Sejak awal kerja-kerja membersih dilakukan Memang jelas terasa kawasan tersebut berpenghuni serta seram tak kira siang ataupun malam.Namun demi meraih sesuap nasi Nordin meneruskan kerjanya sehingga lah kerja-kerja mendirikan tapak konkrit dilakukan,sewaktu mengawasi jengkaut membuat lubang entah kenapa seawalnya cerah tiba-tiba bertukar mendung dan hujan turun dengan begitu lebat sekali sehingga masing-masing bertempiaran meninggalkan kawasan kerja untuk berteduh.


Setelah berberapa jam akhirnya hujan berhenti,semua pekerja meneruskan kerja masing-masing tetapi baru sahaja Nordin mencapai topinya tiba-tiba pemandu jengkaut menjerit sambil melambai-lambai memanggil Nordin.Dengan segera Nordin meninggalkan bangsal berlari menuju ke arah pemandu jengkaut dimana semua pekerja mengerumuni lubang yang hampir siap dikorek oleh jengkaut.Nordin tergaman apabila memandang kedalam lobang setelah melihat sebuah keranda lama yang ditanam disitu telah ditemui sewaktu mengorek lubang tapak konkrit.Nordin memerhatikan kotak tersebut untuk memastikan ianya benar-benar keranda ataupun sekadar bongkah kayu.Namun setelah diselidik rupa-rupanya menang sah kotak tersebut adalah keranda lama yang ditanam secara rahsia dikawasan tersebut.



Nordin menghubungi kontraktor utama memaklumkan penemuan tersebut sebelum kerja-kerja dihentikan semantara menunggu Mr.Phang selaku kontraktor yang bertanggungjawab membina rumah ditanah tersebut.Sekitar pukul 4 petang baru lah Mr.Phang tiba di kawasan pembinaan.Nordin memberitahu tentang keranda yang ditemui ditapak tersebut kepada Mr.Phang.Sebelum Mr.Phang meninjau dan meninggalkan tapak tersebut bersama Nordin untuk berbincang.Melalui perbincangan dengan Nordin,Mr.Phang meminta agar perkara tersebut dirahsiakan lebih-lebih lagi pemilik rumah kerana risau kalau-kalau tender dibatalkan.Setelah kata putus dibuat dan dipersetujui akhirnya Nordin membuat keputusan supaya keranda tersebut dipindahkan ke lokasi lain dan di sempurnakan seperti sedia kala.


Dengan bantuan Jengkaut Keranda yang dianggarkan berusia lebih dari 50 tahun tersebut digali semula dan dipindahkan.Sewaktu mengeluarkan keranda entah macamana bahagian bawahmya reput membuatkan mayat jatuh dari keranda.Suasana riuh seketika apabila sekujur tubuh yang masih sempurna terkeluar dari keranda tersebut.Masing-masing tergamam melihat jasad yang kaku berbaju dan berseluar seperti seorang peguam dengan penghujung lengan bajunya seperti berbunga-bunga.Tanpa berfikir panjang Nordin dan dua orang pekerjanya segera memotong kepingan papan untuk membaiki keranda sebelum memasukan semula mayat kedalamnya sebelum ditanam dalam liang yang baru dikorek oleh jengkaut.


Setelah selesai urusan pemindahan kubur berkenaan atas permintaan Mr.Phang,segala yang dilalui harus dirahsiakan.Untuk menyimpan rahsia tersebut Mr.Phang memberi satu ribu ringgit sebagai saguhati setiap seorang pada hari itu.Memandangkan waktu menghampiri jam lima petang,selesai memindahkan kubur dan setelah Mr.Phang meninggalkan tapak pembinaan,Nordin memanggil rakan-rakan kerjanya untuk balik.dan akan menyambung kerja keesokan harinya.Malam tersebut Nordin tidak dapat melelapkan matanya kerana sering diganggu bunyi loceng.Berberapa kali Nordin bangkit dari tempat tidurnya mencari diluar kolong mahupun bilik rakan-rakannya namun masing-masing tidak mengetahui arah bunyi loceng tersebut.


Sehingga lah Nordin terlena dan didatangi mimpi dimana seorang lelaki berpewatakan inggeris menemuinya meminta agar loceng kesayangan nya dikembalikan.Keesokan harinya sewaktu rehat tengahari Nordin menceritakan soal mimpi dan bunyi loceng kepada rakan kerjanya.Namun tiada seorang pun yang mengaku menemui loceng mahupun menyimpannya.sehinggalah petang dimana kerja-kerja membina tapak konrit dan tapak rumah siap dibina dan hanya menunggu lori menghantar bekalan simen keesokan harinya.Malam tersebut sewaktu memghirup kopi panas bersama rakan kerjanya di kolong,Nordin dikejutkan dengan panggilan berberapa pekerja memaklumkan seorang pekerjanya dirasuk mahluk halus.


Hendra meraung-raung seperti disiksa kelihatan begitu aneh serta menyeramkan dimana dia kelihatan menyembunyikan dirinya dibawah katil dengan mata berwarna merah serta bunyi nafasnya begitu kuat dan kasar.melihat keadaan Hendra begitu Nordin menghubungi seorang kenalannya yang menetap disebuah taman perumahan tidak jauh dari situ untuk mendapatkan bantuan.Wak Supardi datang dengan menunggang motorsikal Suzuki cub nya menemui Nordin.Sewaktu melihat keadaan Hendra,Wak Supardi beristifar panjang sambil menggelengkan kepala sambil menatap wajah sahabatnya Nordin.Wak Supardi membisikan sesuatu ditenlinga Nordin menberitahu Ada benda begitu marah kan Hendra kerana cuba menyembunyikan hak yang amat disayanginya.


Wak Supardi memanggil Hendra berkali-kali namun dia masih tidak berganjak dari bawah katil sambil nafas yang berdengus bersama pandangan mata yang begitu tajam merenung tepat kearah Wak Supardi.Wak Supardi cuba memujuk Hendra agar keluar dan menemuinya.sehingga lah wak supardi bertanya dimanakah dia menyembunyikan barang yang diambilnya.Sewaktu Wak Supardi bertanya soal barang tiba-tiba kawasan kolong digegarkan dengan bunyi loceng halus seperti ada orang menjual aiskrim dikawasan tersebut.Wak Supardi memerhatikan segenap ruang bilik Hendra sehingga lah pandangan matanya terhenti pada beg sandang yang disangkutkan pada dinding.


Wak Supardi meminta Nordin mengambil beg tersebut,sewaktu Nordin mencapai beg yang disangkut pada dinding dengan tak semena-mena Hendra menerpa seperti mengelupur menerkam tangan Nordin.Namun sempat ditahan oleh Wak Supardi sebelum berberapa rakan kerja menahan Hendra.Setelah Nordin memeriksa beg sandang yang Hendra sangkutkan pada dinding,ternyata sebentuk loceng kecil berwarna kuning keemasan ditemui dalam beg tersebut.Nordin menyerahkan loceng tersebut kepada Wak Supardi.Setelah wak Supardi menghembus-hembus nafasnya kearah loceng tersebut baru lah Hendra kembali normal dan tidak meracau lagi.Wak Supardi menyerahkan loceng tersebut kepada Nordin sambil memberitahu Loceng tersebut harus disempurnakan dan di kembalikan kepada tuan nya secepat mungkin sebelum perkara lain yang lebib buruk bakal berlaku.


Malam itu juga selepas Wak Supardi balik,Nordin bersama Hendra dan berberapa pekerja lain menuju ke kubur yang mereka alihkan semalam.Nordin membungkus loceng tersebut dengan serpihan kain sebelum menanamnya diatas kubur sambil bercakap sendirian sambil diperhatikan oleh Hendra dan rakan-rakan nya.Setelah selesai mereka kembali ke kolong masing-masing untuk berehat.Setelah malam itu tiada lagi bunyi-bunyi loceng mahupun kejadian aneh berlaku sepanjang kerja-kerja pembinaan dijalankan.Nordin seringkali mengingatkan kepada pekerjanya agar menumpukan perhatian kepada kerja dan jangan terlalu leka atau menghiraukan gangguan-gangguan kecil sewaktu bekerja.

#PENEMUAN MISTERI PEDANG PAHLAWAN BERKHADAM


Setelah lima bulan berlalu akhirnya Nordin dan rakan-rakan kerja nya bersiap-siap untuk berpindah ke tapak pembinaan yang baru kerana rumah yang dibina telah siap dibina sepenuhnya.Namun begitu setelah setahun lebih berlalu,Nordin mendapat tahu dari Mr.Phang Bos besar yang memberinya tendar memberitahu sehingga kini saudagar kaya tuan rumah yang telah dibina masih belum berpindah kesitu lagi dan sehingga hari itu juga rumah banglow tersebut masih kosong walaupun segala kemudahan seperti bekalan elektrik dan air telah disambungkan.Namun apa puncanya tuan rumah masih belum mendiami rumah tersebut sehingga kini tiada siapa yang tahu termasuk lah Nordin sendiri.Apa pun yang berlaku yang lepas dan yang bakal berlaku semua nya ketentuan Illahi,Bagi Nordin cukup bagi dia mudah melaksanakan kerja dan meraih pendapatan lumayan itupun sudah memadai dan bersyukur.

KISAH NYATA DI TUMPANG JELMAAN JIN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Kembali dalam ruangan Lagenda Pulau Rahsia,Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri penumpang berjubah putih sewaktu dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat.Sebuah kisah yang masih dalam ingatan sehingga kini.


Tengahari tersebut kebetulan hujan gerimis membasahi bumi dimana saya dalam perjalanan menuju ke sebuah Masjid yang berada di Pekan Tanjung Sedili.Tiada apa yang pelik semasa dalam perjalanan sehingga lah saya menghampiri sebuah padang.Dari awal saya memandu memang tak nampak pun kelibat sesiapa yang melalui jalan tersebut,mungkin kerana hujan.


Namun apabila menghampiri satu selekoh kecil,kereta saya ditahan oleh seorang pakcik berjubah dan berkopiah putih melambai tangan.Melihat lambaian pakcik tersebut,saya memberhentikan kenderaan.Dalam firkiran saya,pasti pakcik ini hendak ke Masjid yang sama kerana melalui pakaian nya menunjuk kan niat sebenar pakcik tersebut.Setelah berada dalam kereta saya bertanya kepada pakcik tersebut,yang di hendak ke masjid.namun tiada jawapan,Pakcik yang tidak sempat saya tanyakan namanya hanya mengangguk.


Segenap ruang kereta dipenuhi dengan bau minyak attar yang amat pekat dari pakcik tu.Namun saya hanya mendiam kan diri memandangkan pakcik tersebut tidak bercakap dan seakan lebih suka mendiamkan diri.Sehingga lah tiba di pekan tanjung Sedili.Saya keluar dari kereta dan terus ke sebuah warung untuk menghantar pesanan dan kembali ke kereta untuk ke Masjid.Namun apabila tiba di kereta saya lihat pakcik tu dah tak ada dalam kereta.


Puas juga saya mencari,dalam warung,serta bertanya kalau-kalau ada sesiapa terpandang pakcik tersebut.Namun satu jawapan pelik yang saya terima dari pelanggan warung tempat saya menurun kan pesanan pelanggan.memberitahu tiada sesiapa pun yang ada dalam kereta sewaktu saya tiba tadi !.Saya betul tak puas hati dengan jawapan pemuda yang duduk menghadap kereta saya dari warung tempat saya meletak kan kenderaan.Saya bertanya kepada seorang lagi iaitu seorang Uncle berbangsa Cina yang menjual buah duku berhampiran kereta,Kalau-kalau dia terperasan akan pakcik yang saya tumpangkan.namun jawapan hambar dari uncle tersebut dengan jawapan mudah"Wa tak Tau".


Malas memeningkan kepala saya tinggalkan pekan Sedili untuk ke masjid.semasa menunggu waktu Solat Jumaat saya duduk dalam kereta sambil memikir kan soal pakcik misteri yang menumpang tadi.Selesai Solat Jumaat saya kembali ke Kota Tinggi,Semasa dalam perjalanan baru saya perasa sebotol minyak Attar sebesar jari kelingking bersama duit seringgit ditinggal kan di tempat letak minuman dalam kereta.Saya mengambil minyak wangi tersebut ternyata minyak wangi yang sama dengan bau minyak yang pakcik tadi guna.Namun saya hairan apa tujuan dia tinggalkan dalam kereta bersama duit seringgit?


Saya menceritakan kisah pakcik misteri tersebut dengan berberapa orang yang berasal dari kawasan tersebut termasuk berberapa pekerja ladang sawit berhampiran lokasi saya menemui pakcik tersebut namun masing-masing memberi jawapan yang tak boleh diterima akal.Ada yang mengatakan Hantu,Mana mungkin Hantu siang hari siap pakai kopiah putih berjubah.Ada pula yang mengatakan itu jelmaan Jin hendak menumpang ke Masjid,ada juga yang memberitahu  itu jelmaan Bunian malah yang melucukan ada yang memberi jawapan kononnya ada kampung bunian berhampiran kawasan tu.Entah lah....apa pun jawapan yang saya terima,yang penting pakcik tersebut selamat tiba di pekan sedili walaupun dia menghilangkan diri begitu sahaja.


Satu lagi kejadian aneh berlaku berkaitan dengan Sedili.Ketika itu saya bersama seorang rakan dalam perjalanan menuju ke Sedili Besar kerana kebetulan malam tersebut ada pasar malam disitu.ketika itu malam agak dingin kerana baru lepas hujan petang.Perjalanan kami agak perlahan kerana bimbang jalanraya licin.sehingga lah kami tiba di lokasi pasar malam yang rakan saya maksudkan namun sayang tiada apa pun disitu.


Sewaktu tiba tapak pasar malam dah gelap gelita mungkin kami yang terlewat atau tersalah hari memandangkan baru 11 malam.Kami berpatah balik untuk ke pekan sedili mencari warung Tom yam.sewaktu dalam perjalanan dari Sedili besar ke tanjung sedili,sewaktu melimpasi sebuah kawasan lombong pasir glass,tiba-tiba kereta di simbah dengan pasir.Saya memberhentikan kenderaan untuk mengetahui apa yang berlaku.ternyata cermin hadapan dipenuhi dengan pasir halus yang tidak diketahui punca nya.Serta kami tidak melihat sesiapa berada disitu.


Mengunakan kain saya mengibas pasir yang berselerak pada cermin kereta,entah kenapa tiba-tiba terasa sesuatu yang tak kena berhampiran pokok nibong diselekoh berhampiran dengan kami.Terasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan kami dari arah tersebut.Dengan pantas kami meninggalkan kawasan tersebut apabila masing-masing dah mula takut.Namun belum pun sampai seminit perjalanan tiba-tiba satu bayangan seoalah kain melintasi hadapan kami.Saya cuba mengawal perasaan agar tidak terkejut bimbang kalau perkara lain pula yang jadi.Sehingga lah kami tiba di pekan sedili.ketika itu perasaan lapar hilang begitu sahaja.


Sewaktu hendak balik kerumah,sekali lagi kami temui mahluk tak diundang sedang melintas jalan,Mujurlah saya tak laju kalau tidak,Tak pasal-pasal kereta remuk terlanggar babi hutan yang melintas jalan raya.Tentang babi hutan ni pun satu hal,berberapa kali kes kemalangan berlaku di jalan ini angkara babi hutan.lebih lebih lepas-lepas hujan.Jadi berhati-hati lah jika mengunakan laluan mawai ke tanjung sedili lebih-lebih lagi waktu malam.Bukan setakat babi hutan,kadangkala gajah pun pernah melintasi jalan ini.

Selasa, 27 Februari 2018

PELUKAN HANGAT GADIS JELMAAN PENUNGGU RUMAH LAMA

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam singkapan misteri bersama lagenda pulau rahsia.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah menarik mengenai misteri kewujudan Gadis misteri di sebuah rumah kosong yang baru ditinggalkan oleh pemiliknya kerana berpindah ke sebuah bandar atas arahan kerja.Sebuah rumah papan warisan turun temurun keluarga Hassan dimana rumah tersebut dahulunya didiami keluarga besar namun setelah kematian ayahnya,Rumah pusaka tersebut telah di waksiatkan kepada Hassan.


Dan sejak itu,adik beradik Hassan berpindah kerumah masing-masing di berberapa negeri.Memandangkan Hassan hanya seorang guru Sekolah rendah dan hanya mendidik anak-anak penduduk kampung.maka Hassan di amanahkan untuk menjaga warisan keluarg mereka.Manakala isteri Hassan yang hanya seorang tukang jahit hanya menurut dan menerima apa sahaja yang dimiliki oleh suaminya.Namun atas arahan kementerian,Hassan terpaksa berpindah ke sebuah bandar kerana bertugas di sebuah sekolah tidak jauh dari kediaman nya.


Maka sejak itu lah rumah besar yang dibina dengan kayu sepenuhnya termasuk atap juga dibina melalui kayu dengan reka bentuk yang lama akhirnya menjadi sunyi sepi tanpa suara riuh anak-anak Hassan.Selama setahun mengajar dibandar Hassan mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama adik beradiknya.Ketika itu baru lah rumah pusaka peninggalan arwah ayahnya menjadi riuh semula.Sesiapa sahaja yang melihat akan rumah tersebut pasti akan terpesona kerana reka binaan nya melambangkan sebuah rumah melayu lama,serta terdapat tiga tiang seri menambahkan lagi keaslian dan keindahan rumah tersebut.


Namun pada yang biasa menetap dibandar atau yang lemah semangat pasti akan merasa seram apabila memandang rumah tersebut,apa lagi ketika berada didalamnya.Setelah setahun sunyi sepi,rumah pusaka warisan ayah Hassan menjadi meriah semula dengan suara kanak-kanak ruuh disetiap pelusuk rumah.sehingga lah ianya kembali sunyi apabila masing-masing telah kembali ke tempat kerja dan rumah masing-masing termasuk lah Hassan.Dengan berat hati Hassan meninggalkan rumah pusaka yang menyimpan seribu satu kenangan bersama kedua orang tuanya yang menyaksikan dia dan adik beradiknya membesar bersama.


Hampir enam bulan setelah balik dari kampung,Hassan mendapat arahan untuk berkursus di sebuah sekolah berhampiran kampungnya selama berberapa hari.Dikesempatan itu,Hassan mengajak anak serta isterinya balik bersama namun menandangkan anak-anak sekolah dan isterinya Leha mendapat banyak tempahan menjahit akhirnya Hassan balik seorang diri.Selesai urusan pendaftaran Hassan segera meninggalkan kawasan sekolah dan memandu menuju kerumah puasaka nya kerana kepenatan dan ingin berehat.


Sewaktu membuka pintu utama rumah Hassan terpandang sesuatu yang amat luar biasa dimana kelihatan depan mata antara satu tiang seri rumahnya tiba-tiba mengeluarkan air dimana kelihatan seakan-akan ada cucuran air dari atas tiang berkenaan.Hassan tercengang seketika melihat dan mencari punca air tersebut.setelah diperhatikan ternyata air tersebut datangnya dari puncak tiang.Hassan segera mengelap air-air yang membasahi tiang dan lantai.Dengan sekali lap air tersebut kering dan tidak mengeluarkan air lagi.Hassan hanya membiarkan sahaja setelah selesai mengeringkan kawasan yang basah.


Malam pertama berseorangan dirumah pusaka ayahnya.Hassan keluar menuju kesebuah warung untuk mengalas perut kerana tiada siapa yang akan masak untuk nya dirumah.Sewktu di makan diwarung seorang makcik pekerja warung berkenaan menemui Hassan dan memberitahu kerapkali melihat kelibat seseorang dikawasan rumah tersebut.menurut cerita mak Som,Pekerja warung yang tinggal bersebelahan dengan rumah Pusaka Hassan,Mak Som menceritakan sejak ketiadaan penghuni dirumah tersebut,Maksom kerap kali terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup oleh seseorang.Bunyi seakan budak perempuan menyanyi dan ketawa.


Hassan hanya tersengih mendengar cerita dari maksom dan hanya menganggap gurauan kosong dari wanita lewat 50an tersebut.Setelah membayar makanan serta membungkus air minuman,Hassan balik ke rumah.Dirumah Hassan duduk menyandar pada kerusi malas yang sering digunakan oleh arwah ayahnya sewaktu hayatnya dahulu sambil memikirkan kembali apa yang diceritakan oleh Mak Som sewaktu diwarung tadi.ketika leka melayan fikiran,Hassan terdengar sayup-sayup suara budak menyanyi yang Hassan payah nak faham akan patah-patah kata lagu tersebut.Hassan mendiamkan diri dan cuba mengesan suara berkenaan.Semakin lama semakin nyata bunyi nya.Lantas Hassan bangun dan mencari arah suara tersebut.Ternyata suara tersebut datang dari arah tiang seri yang basah ditemuinya sewaktu tiba siang tadi.


Hassan hanya berdiri menghadap tiang tersebut sambil memberitahu dirinya pemilik rumah tersebut dan memarahi suara tersebut yang cuba menakut-nakutkan nya.Setelah Hassan memarahi tiang tersebut.Secara tiba-tiba  suasana rumah menjadi sunyi sepi dan amat menyeramkan sehingga Hassan sendiri mula merasa takut.Setelah keadaan kembali tenang.Hassan masuk kedalam bilik untuk berehat.Sewaktu dalam tidur,Hassan telah didatangi seorang gadis sunti yang amat menarik perhatian Hassan dengan rupa cantik bak bulan mengambang kulit putih gebu dengan hanya berkemban menemui Hassan dan meminta Maaf kepada Hassan kerana telah membuat Hassan tidak selesa pada awalnya dirumah milik Hassan sendiri.


Gadis tersebut memberitahu namanya adalah Bunga dan telah tinggal dirumah tersebut sebelum kelahiran Hassan lagi.Dimana Bunga ialah Pendamping Arwah ibu Hassan suatu masa dahulu.Dan sewaktu hidup Ibu Hassan telah mengikat perjanjian dengan Bunga untuk menjadi Cantik dan memperolehi kesenangan dan kekakyaan.Namun sebelum Ibu Hassan meninggal dunia berberapa belas tahun yang lepas,Beliau yang dikenali sebagai Ibu Melati terlupa memulangkan janji yang diikat bersama Bunga Sewaktu Melati masih bergelar anak dara dahulu.Namun Bunga memberitahu Hassan yang dia hanya menumpang dirumah tersebut dan bukan mengganggu anak dan keturunan Hassan.Kerana ibu Hassan telah menyimpan hak milik Bunga  dirumah tersebut dan tiada siapa yang mampu memindahkan nya kecuali Melati iaitu arwah ibu Hassan sendiri.


Sebelum menghilangkan diri,Bunga memberitahu kepada Hassan yang dia sanggup berbakti kepada Hassan jika anak gadis Hassan sanggup menerima dirinya sebagai pendamping menggantikan arwah Melati.Hassan cuba berteriak namun terhalang sehingga lah raut manis wajah gadis misteri tersebut hilang dari pandangan matanya.Sewaktu terjaga Hassan merasa begitu dingin dibahagian dadanya.Hassan terkejut dan hampir terbangun apabila melihat dirinya hanya berseluar pendek.Sedangkan sejak zaman kanak-kanak lagi Hassan tidak pernah tidur dalam keadaan tanpa baju walaupun cuaca panas atau berbahang.


Hassan cuba bangun tetapi seakan terkunci dari belakang.Apabila Hassan cuba menoleh,ternyata seorang gadis bertubuh genit,dengan wajah yang amat mempersonakan dalam keadaan amat memberangsangkan berada dibelakangnya sedang mengusik-ngusik belakang tubuh Hassan,Mulanya Hassan cuba mengelak namun dengan pelukan manja dari Gadis yang berwajah seperti Bunga yang ditemuinya dalam mimpi memeluk Hassan hanya merelakan dirinya.Entah kenapa sewaktu dibuai perasaan,Tiba-tiba Telefon Bimbit Hassan berdering ketika itu Hassan terpandang akan telefon Bimbitnya yang tertera gambar istri dan dua wajah anaknya menghiasi paparan telefonnya.Dengan serta merta Hassan bingkas bangun dan mencapai telefon bimbitnya dan menjawab panggilan isterinya sehingga terlupa adengan nya bersama  gadis misteri bernama Bunga sebentar tadi.


Setelah menamatkan panggilan,Hassan Baru teringgat akan Bunga si gadis genit bertubuh gebu berwajah cantik berada disebelahnya.Namun setelah Hassan bangun,Bunga telah tiada disebelahnya.Dan dengan tak semena-mena tiba-tiba segenap ruang rumah dipenuhi dengan bau yang amat busuk berserta hanyir.Hassan menjadi ketakutan sehingga terpaksa berlari keluar dari rumahnya dan menuju kekereta.sewaktu kelam kabut dalam keadaan tak terurus dengan hanya berseluar pendek,Hassan memunggah barang-barang yang dibawanya kedalam kereta.Ketika hendak memasuki kereta,Hassan telah ditegur oleh satu suara lelaki.


Ternyata Pak Seman,Suami Mak Som yang dari tadi memerhatikan tindakan kelam kabut Hassan menahan Hassan dan bertanya kenapa dengan jiran nya,umpama orang baru melihat hantu!.Pak Seman mengajak Hassan masuk ke rumah terlebih dahulu.Pak Seman bukan nya nak jaga tepi kain orang,cuma dia pelik melihat tingkah laku pelik Hassan yang dikenalinya sejak baru lahir dahulu.Dirumah Pak seman Hassan menceritakan apa yang berlaku dari mula hingga akhir dan ceritanya nyaris menjadi mangsa nafsu godaan syaitan sebentar tadi kepada Pak.Seman sambil disaksikan oleh  Mak Som.


Pak Seman membuka mulut dan memberitahu dia telah lama mengetahui hal-hal misteri dalam rumah tersebut,cuma belum masanya hendak membuka mulut bimbang kalau-kalau Hassan dan adik beradiknya tak akan percaya.Memandangkan Hassan dah pun bersuara,Baru lah Pak Seman menceritakan soal puaka rumah peninggalan arwah ayah Hassan.Dimana suatu masa dahulu ibu Hassan sememangnya antara gadis yang paling cantik dikampung tersebut sehinggalah satu ketika dimana telah terjadi pertumpahan darah diantara Arwah Dollah dan Arwah Hamid angkara berebut hendak mempersiterikan Melati.Namun entah kenapa,ayah Hassan juga yang di pilih.Dan Pak Samad juga mengingatkan Hassan soal ibunya.disaat akhir sewaktu menghampiri maut,wajah Melati ibu Hassan tetap berseri.


Pak Samad memberitahu Hassan agar segera menemui sesiapa yang mampu membuang Saka Bunga tersebut sebelum keadaan semakin parah kerana Bunga ada menyebut nama anak perempuan Hassan yang baru berusia sepuluh tahun.Hassan meminta bantuan Pak Samad kalau-kalau ada mengenali sesiapa yang bijak pandai dalam hal saka tersebut.Pak Samad memberi tahu dirinya tak berapa arif dalam hal tersebit namun memberitahu dia mengenali seorang Ustaz yang mampu berurusan dengan mahluk ghaib melalui perubatan Islam.Namun harus menemuinya di Terengganu !.Hassan hanya mengangguk setuju dan berharap Pak Samad dapat menemaninya menemui Ustaz yang dimaksudkan.


Malam tersebut Hassan bermalam di rumah Pak Samad,Sehingga lah keesokan harinya,Hassan menghubungi Guru besar sekolah nya memberitahu dirinya tidak dapat mengikuti kursus berkenaan kerana ada urusan mustahak berkenaan keluarga harus diselesaikan,sebelum menghubungi isterinya memberitahu hal sebenar.Dan meminta agar isterinya tak risau memikirkan nya,Setelah itu baru lah Hassan menghubungi adik bongsunya yang menetap di Terengganu dan memberitahu dia akan kesana atas urusan warisan ayah mereka.


Dengan bantuan Pak Samad Hassan berjaya menemui Ustaz Hilmi,Tengahari tersebut Hassan bersama Ustaz Hilmi ditemani Pak Samad telah memeriksa rumah Pusaka Arwah Melati ibunya Hassan.Setelah di teliti akhirnya Ustaz menemui satu bungkusan dibalut kain kuning dan merah diatas puncak tiang seri rumah Hassan.Ustaz Hilmi memberitahu itu lah barang yang menjadi pendamping arwah ibu Hassan sewaktu hayatnya yang dinama kan SAKA!.Dengan bantuan Ustaz Hilmi,Bungkusan tersebut telah dibuka ternyata terdapat kuntuman bunga yang masih segar seoalah-olah bernyawa di dalamnya bersama rerambut seperti benang emas yang dipercayai akar keramat bunga tersebut.


Ustaz Hilmi memberitahu Bungkusan tersebut harus ditanam sebelum menjelang maghrib untuk menamatkan gangguan halus dirumah berkenaan.Menurut cerita Ustaz Hilmi,sebelum ini sememangnya telah wujud saka dalam rumah Hassan cuma tak terlampau menunjuk kan diri kerana berkenan dengan anak gadis Hassan,yang baru berusia 10 tahun.Ustaz Hilmi menyertai Hassan dan Pak Samad menanam bungkusan tersebut di sebuah ladang Getah yang begitu Jauh dari rumah Hassan sewaktu dalam perjalanan menghantar Ustaz Hilmi kembali ke Terengganu.Sejak Ustaz Hilmi menemukan bungkusan tersebut,tiada lagi kelibat dan suara seakan-akan nyanyian budak perempuan kedengaran dirumah tersebut.


Sehingga lah Hassan kembali dan menetap dirumah pusaka milik ayah nya tiada lagi sebarang gangguan yang diterima.Begitu lah sedikit kisah mengenai misteri gadis Cantik di rumah pusaka bermula dari perkara yang dinamakan sebagai SAKA !.Tahukah anda,Apa yang di namakan SAKA? mungkin ada diantara kita yang tak tahu apa itu SAKA lebih lebih lagi golongan generasi muda mahupun generasi yang menetap malah lahir di bandar.Pastinya tidak tahu akan maksud SAKA.


SAKA merupakan Pendamping,Pendamping yang datangnya dari Golongan JIN,atau dalam bahasa kampungnya Hantu raya,Saka juga terbahagi kepada berberapa jenis,antara yang paling ramai dan banyak kita dengar ialah Saka jin dan Saka haiwan seperti saka Buaya,saka Harimau dan sebagainya.Suatu masa dahulu,dimana kuasa dan darjat membataskan kehidupan,Ramai diantara orang dulu-dulu mencari pendamping untuk membantu dirinya,dengan bertapa dan memuja roh sesuatu untuk dijadikan Saka.


Namun ketika pemilikmya menghampiri maut,kebiasaannya mereka payah hendak meninggal kerana belum menemui pewaris saka.Jika ada yang sanggup menerima,maka Ganguan saka akan tamat,dan bersama dengan tuan baru mereka.Jika tuannya mati sebelum menyerahkan saka tersebut.Maka bermulalah pencarian pewaris saka.saka tidak akan habis dari satu keturunan ke satu keturunan sehingga lah ada satu tenaga yang mampu menghapuskan ikatan perjanjian Saka yang sama seperti sebuah perjanjian syaitan yang penuh dengan kesyirikan.

Sabtu, 25 November 2017

DITUMPANG POCONG PUKUL 2 PAGI DARI TOL TANGKAK

Asalamualaikum dan salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini,saya akan kongsikan sebuah kisah misteri Mahluk halus berbau tanah lembab menumpang bersama sewaktu melaui jalan dari tol Tangkak ke Muar Johor.Kisah ini berlaku dalam setahun dua yang lepas di mana ketika itu Saya menghadiri masyuarat tahunan serta annual dinner syarikat dimana saya berkerja di Damansara Kuala Lumpur.


Masyuarat bermula dari pukul 9 pagi bertempat di Damansara Club House,bermacam topik di bahaskan oleh wakil syarikat daripada pemasaran sehingga lah prestasi syarikat yang dibentang kan oleh Tuan Pengerusi syarikat.Akhirnya masyuarat tamat sekitar 3 petang dan kami dibenarkan untuk kembali ke Hotel untuk berehat kerana sebelah malamnya akan diadakan jamuan makan.Dari Melaka cuma kami berdua dimana rakan saya akan bermalam di Hotel yang disediakan oleh syarikat.manakala saya mengambil keputusan untuk balik selepas majlis selesai.


Pukul 8 malam kami bertolak ke Damansara Club House untuk Acara seterusnya disitu saya lihat dewan telah dipenuhi dengan kehadiran staff- staff lain yang juga merupakan pengurus dan penyelia bagi setiap cawangan syarikat.Majlis berjalan dengan lancar namun saya harus balik memandangkan waktu semakin lewat.Namun dihalang oleh rakan-rakan kononnya ada acara yang menarik serta cabutan tiket bertuah masih belum selesai.Akhirnya saya mengalah dan duduk kembali melihat persembahan sambil menikmati makanan beraneka jenis yang tak putus-putus dihidangkan oleh pekerja hotel.


Sekitar 11 malam saya meninggalkan majlis untuk balik.melalui Tol Sungai besi saya meneruskan perjalanan seorang diri dan malam tersebut lalulintas kembali normal mungkin kerana keesokan hari nya adalah Perayaan Tahun Baru Cina.Menempuh perjalanan yang jauh seorang diri sememangnya agak membosankan ditambah pula jalan yang basah akibat Hujan jadi tak dapat lah nak laju.Setelah memandu berberapa ketika saya singgah di kawasan rehat dan rawat seremban untuk berehat sambil menikmati kopi panas.Perjalanan masih jauh namun hujan mulai turun renyai-renyai.setelah berehat berberapa ketika saya meneruskan perjalanan sehingga lah saya tiba di tol Tangkak sekitar 2 pagi.


Setelah melimpasi plaza tol saya memasuki laluan ke arah Muar.Bersama saya ketika itu ada sebuah Honda Accord yang keluar dari plaza tol menuju kearah muar.Namun saya agak kecewa kerana kereta tersebut memecut laju meninggalkan saya seorang.Sepanjang perjalanan jalan raya amat sunyi dan sepi tanpa ada cahaya lampu kenderaan lain yang memotong saya mahupun berselisih sepanjang perjalanan.Sehingga lah saya menghampiri laluan memotong iaitu laluan berkembar,Entah kenapa tiba-tiba hati terasa lain macam sangat.Nak berhenti tempat gelap dan sunyi,Saya teruskan perjalanan tanpa memikirkan soal seram dan sebagainya.Tiba-tiba berhampiran sebuah kilang yang saya tak pasti kilang apa,terasa kereta menjadi berat,tekan minyak lebih dari biasa sehingga terasa enjin mengaum namun tetap masih pada takat 60km/j.


Saya mula merasa hairan,tak mungin kereta rosak kerana masih dalam jaminan serta baru berberapa hari saya buat servis mengikut jadual yang ditetapkan.Sambil berfikir,bulu roma dibahagian tengkuk tiba-tiba terasa berdiri disambung pula dibahagian lengan.Ketika itu tiba-tiba dalam kereta berbau busuk yang amat,bau seperti bangkai dalam paya.Saya menekan suiz tingkap untuk mengeluarkan bau tersebut namun entah kenapa boleh terkunci pula.Jadi nak tak nak terpaksa tahan lah bau yang amat busuk tersebut.Ketika membetulkan muncung semburan penghawa dingin dalam kereta,mata saya terperasan seperti susuk tubuh seseorang duduk ditempat duduk belakang!.


Saya menoleh kebelakang namun tiada sesiapa yang duduk di tempat duduk belakang,Namun sewaktu memandang kearah hadapan tiba-tiba kereta seperti menyasar kearah selekoh,Mujur saya sempat menekan brek dan jika saya laju pasti akan berlaku sesuatu yang buruk.Setelah membetulkan arah kereta saya meneruskan pemanduan tanpa menoleh kebelakang.Ketika itu perasaan takut bukan main-main lagi,entah kenapa malam tu saya boleh jadi penakut.


Baru berberapa saat meneruskan perjalanan,tiba-tiba kereta bergegar dan masih terasa berat.Apa yang terlintas pada fikiran saya ketika itu sekeping Cakera padat bacaan ayat-ayat suci Al quran.Saya membuka kotak simpanan CD dan mencari CD tersebut,boleh pula masa-masa tu CD tu tak jumpa.Dalam hati begitu berharap agar ada kereta yang lalu namun dari hujung jalan kelihatan gelap tanpa ada cahaya dari lampu kenderaan menuju kearah saya begitu juga belakang.Bermacam bayangan bermain diingatan,kenapa kereta tak boleh laju?,kenapa satu kenderaan pun tak nampak.Terdetik dalam hati untuk laungkan Azan,Sambil memandu saya laungkan Azan sekuat yang boleh,Setelah itu saya terpandang samar-samar cahaya motorsikal dari arah hadapan.


Semakin lama semakin dekat,Dalam hati mula gembira kerana ada insan lain yang melalui jalan tersebut waktu-waktu begitu,Namun semakin lama saya kehadapan,cahaya motorsikal tersebut tetap seperti jauh,Saya berharap dapat menahan motorsikal tersebut.Namun apabila cahaya motorsikal tersebut menghampiri saya rupa-rupanya hanya cahaya lampu yang malap kekuningan namun bukan motorsikal seperti yang saya harapkan.Aduh....berkali-kali saya gunakan jalan tersebut dari.Muar untuk ke Kuala Lumpur atau ke Johor Bahru melalui lebuhraya,dan itu lah kali pertama saya diduga.


Surah tiga Qul,ayatul Qursi dibaca untuk menenangkan hati,bayangkan dari tol Tangkak sehingga ke kawasan tanah perkuburan Cina boleh memakan masa satu jam lebih...terasa macam jalan kaki pula.tak Cukup kereta terasa berat,dengan bau busuk semacam saya diduga lagi tiba-tiba sehelai kain putih seperti diterbangkan angin melayang melintasi depan kereta,Nak kata hantu bukan sebab jelas sehelai kain putih.Selesai limpasan kain tersebut betul-betul bersebelahan ladang getah selepas kubur dimana kebiasaan tempat orang berjual durian,sebuah lori Bonded memintas saya dari arah belakang sambil menekan hon berkali-kali.


Selepas lori tersebut memintas saya baru lah kereta kembali normal dengan kelajuan seperti biasa bau busuk pun hilang.Dan yang peliknya ketika itu ramai pula kereta yang lalu lalang.Dibandingkan tadinya bagai jalan mati dengan satu kenderaan pun tak lalu.Sekitar 3.30 pagi baru lah saya tiba dirumah.Namun ketika itu rumah sunyi kerana semua dah lena dibuai mimpi.Saya hanya baring di sofa kerana bimbang ada benda lain yang ikut balik tambahan pula ketika itu anak sulung baru berusia berberapa bulan.Dan satu lagi hadiah yang saya terima akibat gangguan malam tersebut,dimana seluruh badan seram sejuk urat-urat menjadi bisa.Selama dua hari saya cuti sakit akibat demam panas.



KISAH RINGKAS MISTERI POCONG


[Jelmaan nyata pocong dibalik tingkap setelah di pasung mahluk halus ketika tidur]


KISAH kedua ini berlaku seminggu selepas kejadian dijalan Tangkak Johor,Ketika itu saya baru balik dari Melaka tiba di rumah[ketika itu saya masih menetap di Muar] selesai mandi saya naik ke bilik manakala isteri dan anak tidur di bawah kerana isteri masih berpantang anak sulung.mulanya saya naik keatas untuk mennyiapkan kerja,namun entah kenapa tiba-tiba terasa mengantuk,saya baring diatas katil walaupun bukan merancang untuk tidur diatas.Namun entah bila saya terlelap sehingga berlaku sesuatu yang luar biasa.

(Sekadar hiasan)



Ketika itu tiba-tiba terasa seperti sesak nafas dan badan menjadi kaku,saya sebenarnya sedar,mata celik namun tak mampu bersuara dan bergerak.Terasa seperti di pegang oleh lima enam orang.Saya cuba menjerit namun tiada patah kata yang keluar sehingga lah terpacul Nama Allah dari mulut dan serta merta saya mampu bangun dan duduk menyandar.Seluruh badan terasa seperti sesemut dari kaki sehingga atas kepala terasa seperti berdetik-detik bagaikan dikerumuni longgokan semut.berkali-kali saya beristifar sambil mengusap dada akibat peristiwa tadinya.


Sewaktu duduk sambil mengusap dada tiba-tiba terasa seperti ada seseorang memerhatikan saya dari luar tingkap,saya bangun dan cuba memerhatikan keadaan luar namun tiada sesiapa yang berada disitu.Sewaktu berpaling kembali ke meja kerja terlihat dari alis pandang satu susuk tubuh berdiri di balik tingkap,saya berpaling untuk melihat ternyata Berdiri tegak susuk tubuh berbalut kain putih tak ubah seperti pocong diluar tingkap.Mujurlah ketika itu jelmaan berkenaan tak memandang tepat kearah saya,jika tidak entah lebih teruk dari minggu lepas sewaktu balik dari Kuala Lumpur!.Melihat keadaan begitu saya segera tinggalkan bilik dan turun ke bilik bawah.


Dua kisah nyata antara kisah-kisah seram misteri yang telah saya lalui sendiri,Melalui pengelaman serta serba sedikit pengetahuan saya tentang kewujudan mahluk halus,kebiasaan nya ada sebab mengapa kita diganggu oleh mahluk tersebut,diantaranya kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti kita dari luar dan kemungkinan hanya fikiran saya,kebetulan ketika itu saya baru tersedar dari tidur walaupun bangun dengan terpaksa dan mungkin mata masih khayal jadi ketika itu saya terlihat bayangan pelik yang mungkin terhasil dari biasan mata.Dimana-mana pun ada nya mahluk halus cuma kita,jika semangat kita kuat,mahluk seperti itu tidak akan berani menunjukan wajudnya dihadapan kita,tetapi jika semangat sememangnya lemah,maka dengan mudah lah kita dipengaruhi jelmaan mahluk halus,kadangkala benda yang tiada kaitan pun boleh membangkitan kan rasa takut.


Kesimpulan nya,kita harus tenang,jangan ikutkan hati jika berhadapan situasi seperti yang saya alami sewaktu dalam perjalanan balik dari kuala Lumpur,mungkin kerana suasana jalan yang sunyi,jadi bermacam perkara bermain difikiran,cuba bayangkan jika kereta banyak lalulalang,pasti tiada perasaan takut mahupun seram.Sentiasa tenang ketika berhadapan situasi seperti itu,agar kemalangan dapat dielak.Sebenarnya ramai mangsa-mangsa gangguan mahluk halus jalan raya yang saya dengar namun kebanyakannya melalui bayangan.Tidak dinafikan,dimana ada manusia disitu ada Jin dan Iblis.Semoga anda semua terhindar dari sebarang dugaan mahluk.