Selasa, 26 September 2017

MAKSUD MIMPI SERTA PENGERTIAN RINGKAS

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali bersama saya dengan topik berkaitan mimpi.Hari ini ramai diantara kita pasti mengalami mimpi indah sehingga menjadi igauan disiang hari,Begitu juga sebaliknya apabila bermimpi buruk.Namun Tahukah anda? Mengikut pengalaman orang tua-tua,mimpi itu memberi petunjuk akan sesuatu yang akan berlaku atau bakal berlaku kepada kita.Dan ada juga pendapat menyangkal erti mimpi dengan menganggap ianya sebagai mainan tidur.mimpi itu terbahagi kepada berberapa bahagian diantaranya.

●MIMPI GURAUAN,MAINAN TIDUR

~Mimpi mainan tidur kebiasaan nya akan berlaku akibat terbawa-bawa dengan apa yang kita lakukan disiang hari,sebagai contoh siang nya kita melakukan aktiviti sosial seperti sukan,mandi disungai dengan kawan-kawan,berkaraoke yang membuatkan kita berasa begitu gembira bersama kawan-kawan,jatuh sungai.Begitu juga akibat perasaan teruja apabila bertemu seseorang yang lama kita tak jumpa,Jika lelaki bertemu gadis cantik sehingga menimbulkan angan-angan menjadi kekasih dan sebagainya.

Kerana aktiviti seperti ini lah yang akan membuatkan kita sentiasa teringat dan terbawa-bawa kedalam mimpi,Dan itu lah antara puncanya kadangkala kita ketawa dalam tidur,menangis,meraung dan sebagainya.Sehingga lah kita tersedar akibat dikejutkan atau terkejut.Setelah bangkit dari tidur kebiasaan nya kita akan teringat kembali saat manis yang telah kita lalui sewaktu dalam mimpi tadi.Kebiasaan nya mimpi yang tidak mempunyai maksud atau mainan tidur selalunya berlaku selepas pukul tiga pagi atau saat terlena di siang hari.


●MIMPI PETUNJUK,MEMBAWA MAKSUD

Mimpi membawa maksud sama erti nya sebuah petanda,Mimpi ini bukan terjadi akibat aktiviti harian dan sebagainya,ianya datang sebagai utusan untuk sesiapa yang dikehendaki sebagai contoh mimpi di patuk ular,Gigi tercabut,mimpi kuku terkopek atau patah itu semua memberi petunjuk.Namun petunjuk yang macaman? Bagaimana kita nak bezakan ianya petunjuk atau mainan?Mimpi petunjuk kebiasaan nya berlaku dipertiga malam iaitu bermula dari pukul 1.30 pagi sehingga 4 pagi sahaja.Dan adakalanya berlaku disiang hari sekitar tengahari membawa ke petang,dimana ianya berlaku secara pantas dan singkat.Mimpi petunjuk kebiasaan nya membawa perasaan gementat,gemuruh,kadangkala Sendi terasa seolah-olah bergetar akibat mimpi tadi.

Ada pendapat mengatakan jika kita bermimpi buruk yang sama ertinya dengan petunjuk yang mengerikan,Pusing bantal atau terbalik kan bantal,Ludah sebelah kiri sebanyak tiga kali,maksud meludah tu bukan nya sekuat hati sehingga muka orang yang tidur sebelah kiri kita basah akibat air liur hihihi....Maksudnya cukup sekadar syarat,hembus-hembus lebih kurang.Jika berugama Islam,baca doa yang sepatutnya,Dan jangan lupa Shalawat keatas Nabi S.A.W.atau lebih afdal jika kita bangun dan segera mengambil wudhu dan lakukan solat Istiqarah dan sebagainya.


●MIMPI DAN MAKSUDNYA

(Sekadar hiasan)


~MIMPI BERKAITAN DENGAN GIGI

Jika orang tua-tua atau orang dulu-dulu mereka cukup risau jika bermimpi yang bersangkut paut dengan Gigi,kerana mengikut kepercayaan dan pengalaman orang tua mimpi berkaitan gigi adalah sesuatu petunjuk yang kurang baik dimana ianya sering dikaitan dengan hidup mati seseorang.Mimpi Gigi terbahagi kepada berberapa bahagian,iaitu Rahang,gigi depan atau gigi senyuman.Apabila seseorang bermimpi gigi tercabut,ianya membawa maksud suatu perkabaran duka akan berlaku dimana bahagian gerahang atas akan ada orang penting dalam keluarga seperti Atuk,Ayah,Suami yang akan bakal menemui pencipta.

Dua kali mimpi berkaitan gigi hadir dalam sejarah hidup saya.Yang pertama saya bermimpi gigi gerahang sebelah atas bagaian kanan tercabut. Padahal ketika itu gigi dalam keadaan baik dimana malam sebelum berita suram berlaku saya bermimpi gigi bahagian atas sebelah kanan tiba-tiba sakit dan saya cuba gerak kan dengan mudah ianya tercabut dengan darah yang banyak mengalir dari bahagian rahang.Setelah bangkit dari tidur,secara tiba-tiba perasaan hiba hadir dalam hati.Namun setelah tiga Hari selepas mimpi tersebut,Atuk yang membesarkan saya sejak kanak-kanak telah pergi menghadap Pencipta.

Dan mimpi kedua juga bahagian gerahang tetapi sebelah kiri bahagian bawah,dimana ketika itu saya bermimpi Nenek saya sedang uzur serta terlantar di Hospital dengan hanya berbekalkan bantuan oksigen.Setelah saya bermimpi,Lantaran pengalaman yang lepas jadi saya dapat meramal yang nenek juga akan pergi buat selama-lamanya.Sejak kejadian tersebut,saya banyak bertanya kepada orang tua-tua akan maksud-maksud mimpi.

~Gigi Gerahang tercabut.

Bermimpi gigi gerahang tercabut memberi maksud yang kurang baik,dimana ada diantara ahli keluarga sendiri atau orang penting dalam keluarga akan pergi buat selama-lamanya.


~Gigi Bahagian hadapan / Gigi senyuman

Bermimpi gigi hadapan tak kira atas atau bawah tercabut membawa maksud yang sama dimana ada orang yang kita sayang dalam keluarga akan pergi buat selama-lamanya.Dalam erti mimpi berkenaan gigi tercabut membawa erti kurang baik dalam kehidupan.Namun kita harus ingat,itu adalah mimpi yang membawa petunjuk agar kita bersedia menerima apa jua perkhabaran dan bersedia untuk tabah menerima ketentuan NYA.


~MIMPI MENDAPAT ANAK LELAKI

Mimpi ini bermaksud baik dimana jika anda seorang wanita yang merancang mempunyai zuriat,Kemungkinan anda akan dikurniakan zuriat sesuai seperti yang di harapkan.Tetapi jika anda seorang lelaki,bujang dan belum berkahwin,memang agak membingungkan kerana mimpi seperti itu.Jika anda selain dari wanita,atau wanita yang belum berumah tangga,mimpi seperti itu membawa erti Keberuntungan,rezeki,Dimana anda akan mendapat Berita gembira.


~BERMIMPI MENDAPAT ANAK PEREMPUAN

Mimpi mendapat anak perempuan pula membawa pengertian berbeza,dimana anda akan mendapat sedikit kesulitan dalam usaha seperti bebanan kerja akan bertambah,maksudnya Tanggungjawab akan menjadi lebih berat berbanding sebelumnya,Kemungkinan anda akan dinaik kan pangkat,darjat sememangnya erti begitu membawa kebaikan akan tetapi anda akan melalui sesuatu yang agak payah tetapi bersifat sementara.

~MIMPI SESEORANG DATANG MEMBERI MAKANAN SEPERTI IKAN,KETAM,UDANG DAN HIDUPAN YANG MEMPUNYAI SEPIT ATAU DURI.

MAKSUD mimpi seperti ini mengingatkan anda agar lebih berhati-hati dalam setiap pertuturan,tingkah laku seharian dan kebiasaan nya berlangsung selama tiga minggu,maksudnya berhati-hati lah dalam masa seminggu kerana ada mata-mata jahat sedang memerhatikan anda.atau akan ada seseorang yang berniat jahat terhadap anda seperti dengki dan cuba mencari kesalahan anda untuk menjatuhkan anda.

Ada juga pendapat mengatakan erti mimpi seperti ini memberi petunjuk yang kita akan jatuh sakit tetapi jangan risau,mungkin hanya demam biasa,sakit perut dan tidak memudaratkan sehingga mengancam nyawa dan sebagainya.

~MIMPI DICERAIKAN ATAU DITINGGALKAN OLEH PASANGAN.

Maksud mimpi ini berbeza-beza mengikut pengetahuan orang tua-tua.Dan tidak ada kena mengena dengan perhubungan anda bersama suami ataupun kekasih,maksud mimpi seperti ini kebiasaan nya berkaitan dengan kehidupan seharian,dimana kita akan mendapat berita yang menghampakan seperti tidak berhasil memperolehi sesuatu yang dihajatkan.Dalam situasi lain jika anda seorang kontraktor yang mengharapkan sesuatu projek saat mengajukan tender,sebutharga,permohonan sekali malamnya anda bermimpi seperti diatas atas atau hampir sama dengan tajuk diatas,segera lah cari projek baru atau jangan terlampau mengharap.

~MIMPI MEMANCING/MENJALA DAN MENDAPAT IKAN

Maksud mimpi seperti ini kebiasaan nya membawa petunjuk yang berlainan.ada pendapat mengatakan ianya baik / rezeki dan ada pula yang mengatakan ianya perkara malang,Itu terpulang untuk kita mentafsirkan nya.Namun melalui pengalaman saya sendiri,Saya pernah bermimpi sedang memukat sedangkan saya sendiri pun tak pernah memukat,jumpa pukat pun tak tiba-tiba mimpi sedang memukat ikan.Ikan yang saya pukat memang banyak tetapi kecil-kecil seminggu selepas mimpi tersebut saya sakit dimana seluruh badan menjadi gatal-gatal akibat sengatan lipan.

Mimpi memperolehi ikan besar melalui pancing atau jaring,mengikut pengalaman Pak Derus,antara seorang pakcik yang saya temui untuk merungkai maksud mimpi,pakcik tersebut memberitahu mimpi memperolehi ikan besar yang bukan bertaring atau berbisa membawa erti keberuntungan,Dimana dengan usaha sedikit kita akan mendapat rezeki yang banyak.Namun rezeki yang banyak akan cepat habis.Dimana kita tidak sedar yang diri kita punca kehabisan rezeki tersebut.Maksudnya senang dapat senang keluar atau habis.

~MIMPI MELIHAT BANGUNAN DALAM PEMBINAAN

Mimpi melihat bangunan atau rumah yang dalam proses pembinaan membawa maksud anda akan berjaya dalam apa jua urusan penting,jika anda akan menghadiri temuduga,nescaya anda akan dipilih.Maksudnya segala apa yang dilakukan selagi yang dinamakan usaha pasti akan membawa kejayaan yang baik,serta membanggakan anda.

Berbeza pula dengan maksud mimpi melihat bangunan terbengkalai,rumah lama dan segala yang bersangkutan dengan bangunan tak siap.Maksud mimpi seperti ini agak kurang seronok dimana usaha anda akan kekal ditempat lama tanpa perubahan atau anda tidak akan maju dalam usaha yang dilakukan.

~MIMPI MELIHAT ULAR

Mimpi melihat ular sama ada ular berbisa atau tidak sering dikaitkan dengan perjalanan hidup namun ada sesetengah pendapat mengatakan mimpi melihat ular membawa maksud kita akan melalui liku-liku kehidupan yang mencabar.Jika bermimpi Dibelit ular Akan berlaku kesulitan dalam kehidupan,Dimana usaha atau hari-hari yang biasa dilalui dengan indah dan lancar akan berubah sebaliknya dimana kita akan merasa tertekan atau merasa sedikit payah.

Jika mimpi dipatuk ular sama ada bisa atau tidak membawa maksud yang berbeza mengikut keadaan.Jika yang bermimpi seorang lelaki maka berwaspada lah dalam tuturkata dan tingkah laku kerana akan berlaku pertengkaran diantara kita dengan keluarga atau kawan-kawan sehingga menyebabkan perbalahan sehingga bermasam muka atau terus putus kawan dan sebagainya.

Namun jika yang bermimpinya seorang gadis atau wanita bujang,Awas kamu juga harus berhati-hati kerana dalam masa terdekat akan ada yang menaruh hati dan meminang anda.Tetapi jangan risau kerana orang itu bukan mempermainkan kamu kerana itu lah lelaki yang selayaknya memiliki kamu sebagai suami.Tetapi jika anda seorang wanita berusia atau seorang isteri bagaimana pula?

Ada dua pendapat yang saya temui diantaranya anda akan mendapat masaalah dalam rumah tangga sama ada dengan suami atau orang yang rapat dengan kamu.Dan satu lagi kemungkinan akan mendapat penyakit.

~MIMPI MENDAPAT HARTA WARISAN/ WANG BANYAK

MAKSUD TEPAT mengenai bermimpi melihat atau menemui harta warisan dari keluarga.Anda bermimpi menerima harta warisan yang banyak melalui pengurniaan orang tua dan dalam mimpi tersebut anda mendapat lebih banyak bahagian atau anda seorang yang mendapat banyak sedangkan harta warisan tersebut berbentuk logam atau permata,Maksud mimpi sebegini menggambarkan bahawa anda seorang yang amat bertuah dari semua orang.Dan anda seorang pewaris yang adil.Dimana kekayaan atau rezeki anda akan bertambah dan tidak akan putus-putus banyaknya.

Mimpi melihat wang yang banyak pula membawa maksud pengertian hidup anda,dimana kehidupan anda penuh dengan ragu-ragu atau kepura-puraan,dimana rahsia yang anda simpan selama ini akan diketahi.Mengikut pendapat melalui pengalaman Encik.Anthony,beliau pernah bermimpi melihat longgokan wang kertas yang banyak seolah-olah gunung kecil dihadapan nya.Namun dalam mimpi tersebut beliau sekadar melihat dan bukan memilikinya.Dalam masa kurang sebulan selepas mimpi tersebut,Satu persatu masaalah timbul bermula dari kerja,secara tiba-tiba dari seorang penyelia diturun kan pangkat kepada pembantu Am.

Tak cukup dengan itu,kereta rosak dan terpaksa membayar kos yang tinggi untuk membaiki kereta,sehari dua selepas kereta dibaiki tiba-tiba tayar pula meletup dengan tiba-tiba.Encik.Anthony memberitahu saya,bermimpi melihat duit yang banyak sebenarnya membawa petanda kurang baik.memang duit yang banyak tetapi banyak keluar dan bukan nya banyak masuk.

~MIMPI MELIHAT DUIT KERTAS DAN SYILING YANG BANYAK SERTA MENJADI MILIK SI PEMIMPI.

Mimpi seperti ini berlaku keatas saya sendiri.Dimana ketika itu saya berimpi satu bekas berbentuk empat segi dari zink mengandungi duit kertas,duit syiling,barangkemas dan geran tanah.Dimana dalam mimpi tersebut,saya menemui sesuatu yang disembunyikan dalam tanah dibawah katil.Setelah memeriksa ternyata dalamnya berisi barang-barang seperti yang saya nyatakan di atas.Saat membuka tin tersebut,pertama sekali yang saya ambil berupa barang kemas,kamudian wang kertas dan seterusnya wang syiling yang banyak dan yang terakhir Geran tanah.

Saya menemui Wak Supardi bertanyakan maksud mimpi saya tersebut,sama ada petunjuk atau mainan tidur.Wak Supardi memberitahu saya itu hanya mainan tidur dimana ianya juga membawa petunjuk atau ada maksud yang tersembunyi.Dimana satu ketika saya akan mendapat rezeki yang tidak diduga-duga dalam jumlah yang banyak.Namun habis begitu sahaja.Dan ternyata apa yang di katakan oleh Wak Supardi ternyata benar dimana ketika itu saya mendapat wang yang banyak sekitar 12 ribu ringgit dengan usaha yang sedikit.Ternyata duit tersebut habis begitu sahaja.Tanpa disedari,ketika itu lah yang tak kenal menjadi kawan baik.sana sini kawan-kawan datang dengan masaalah sendiri minta bantuan.Tak sampai sebulan 12 ribu habis yang nampak cuma plastik (Canvas) pembalut kereta yang kekal.


~MAKSUD RINGKAS MIMPI PETUNJUK

~MAKSUD MIMPI BERTEMU RAJA,SULTAN ATAU ORANG BERPANGKAT

Bermaksud dikasihi orang.Tetapi jika mimpi tersebut orang berpangkat atau Raja marahkan anda bermaksud anda ada melakukan kesalahan yang bakal menjatuhkan anda.

~MAKSUD MIMPI SHOLAT/SEMBAHYANG DALAM RUMAH MASJID ATAU RUMAH IBADAH

Dosa-dosa kecil yang pernah anda laku kan akan diampunkan oleh yang MAHA BESAR.Maksudnya dosa yang dilakukan tanpa sengaja seperti terambil barang orang,menipu dan sebagainya selagi bukan dosa besar seperti membunuh,menyengutukan Allah,Syirik dan sebagainya.

~MAKSUD MIMPI BERSETUBUH/MELAKUKAN HUBUNGAN KELAMIN

Bermaksud anda akan mendapat kebahagiaan dalam rumah tangga,keluarga dan bagi yang masih bujang,Kemungkinan cuma mainan tidur atau bermaksud anda bersedia membuat keputusan penting dalam hidup.Ada sesetengah pendapat mengatakan anda dibawah pengaruh seseorang atau sedang di kotak katikkan oleh seseorang sama ada kawan atau kekasih.

~MAKSUD MIMPI MENANGIS

MIMPI sedang sedih dan menangis sama ada kuat atau tidak membawa maksud anda akan mendapat sesuatu perkhabaran dalam masa singkat sama ada berita gembira atau sedih

~MAKSUD DI KEJAR ANJING ATAU BINATANG

MEMBAWA maksud anda akan mendapat berita kurang baik dimana anda akan terjerat akibat masaalah yang anda reka sebagai contoh anda akan di tangkap mencuri dan sebagainya


~MAKSUD MIMPI DIMARAHI SESEORANG

Akan di sayangi oleh majikan,pasangan hidup,atau dalam erti kata lain akan disenangi diberi kepercayaan.

~MAKSUD MIMPI MELIHAT SEKUMPULAN LEBAH BERSAMA MADU DI SARANG.

mimpi seperti ini lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan manisan seperti madu membawa maksud hidup anda akan berubah dalam masa singkat,bahagia dan mendapat keberuntungan.

Apa pun situasi mimpi yang anda lalui jika tersedar perhatikan pukul berapa anda bermimpi,sama ada mimpi mainan tidur,Mimpi petunjuk atau mimpi melibatkan permainan syaitan.mimpi mainan tidur berlaku tak kira masa,kadang tengah anda terlelap seketika boleh datang mimpi,Mimpi Petunjuk berlaku di pertiga malam iaitu sekitar 2 hingga 4 ke 5 pagi.Dimana mimpi petunjuk biasanya melibatkan sesuatu yang bakal anda temui.atau bakal anda lalui dalam kehidupan.

Mimpi melibatkan ganguan syaitan Iblis,dimana mimpi ini akan berlaku di penghujung malam,di antara pukul 4 pagi sehingga pukul 7 pagi dimana mimpi godaan syaitan biasanya yang indah-indah sehingga membuatkan anda sayang hendak tinggalkan bantal.Lantas membuatkan anda lalai dan terleka sehingga terlupa atau terlepas saat penting dalam hidup seperti Sholat subuh dan sebagainya.

Walau macamana pun situasi mimpi anda,ianya terletak pada daya pemikiran waras kita,jika mimpi buruk anggap sahaja satu peringatan supaya kita lebih berhati-hati dan begitu juga mimpi yang lain.Terletak pada hati dan akal kita untuk menerimanya.JIKA bermimpi menjadi kaya raya,maka jangan lah terlalu taksub dan menaruh harapan.Tidak ada kejayaan yang datang hanya melalui MIMPI.sekian untuk paparan kali ini.Artikel ini dibina hasil dari pengalaman dan hasil perkongsian orang tua-tua.Dan Jangan terlampau mempercayai sesuatu yang kurang pasti.Wassalam


1 ulasan:

  1. Promo yang tersedia di situs kami saat ini adalah :
    1. Welcome bonus slot games online 100% dengan minimal deposit 50.000
    2. Bonus deposit harian beruntun 5% / 10% / 20%

    Event bonus :
    1. Event bonus koi jejer game slot online KOI GATE HABANERO
    2. Event bonus free spin & buy spin feature game slot online "PRAGMATIC"
    3. Event bonus 2D terbalik untuk semua pasaran togel online
    4. Event bonus LUCKY SPIN

    Mari segera bergabung bersama kami di situs slot online PAY4D GACOR118
    WHATSAPP : +62.813.8560.6400
    TELEGRAM : +62.813-8560-6400 // Gacor118
    LINK AKSES TANPA NAWALA : 188.166.209.66

    BalasPadam