Selasa, 27 Jun 2017

DEMI HARTA SAMAD MENYERAHKAN MARUAH SERTA NYAWA ISTERI NYA SEBAGAI TARUHAN

 Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah tauladan buat tatapan bersama.Dipersimpangan jalan berdirinya sebuah gerai usang dimana disitu dua orang suami isteri menjual nasi lemak serta kuih-kuih untuk menampung kelansungan hidup.Selain dari si Suami,Samad mengambil upah menghantar anak-anak penduduk setempat kesekolah.Walau pun pendapatan tak seberapa namun hidup mereka jelas bahagia.Seawal 6 pagi Samad bangun tidur bersama isterinya Leha membuat persiapan barangan jualan manakala Samad bersiap-siap dengan Van buruk nya untuk menjemput budak-budak kampung untuk di hantar kesekolah.



Setelah Samad keluar dari rumah menjalankan tugasnya,Leha pula sibuk menyediakan barang jualan dan mula melayan pelanggan membeli sarapan pagi bermula 7.30pagi sehingga lah barangan dagangan habis dijual.Kadang kala awal dan adakalanya tak habis.Sehingga lah Samad selesai menghantar budak-budak sekolah,Selain dari itu Samad sering ke sebuah tasik untuk menagkap anak udang untuk dijadikan umpan yang akan dijual kepada kaki pancing.begitulah perjalanan hidup Samad sejak mendirikan rumah tangga dengan isterinya Leha walaupun tidak mempunyai cahaya mata.Sehingga lah satu ketika disaat Samad menangkap anak udang di tasik buatan bekas lombong pasir,



Samad didatangi seorang lelaki tua yang Samad belum pernah lihat sebelum ini menegur Samad yang leka menangkap anak-anak udang.Samad sempat tersenyum mendengar teguran lelaki tersebut walaupun wajahnya merah padam akibat terkejut.Samad naik kedarat untuk menemui lelaki tersebut yang melambai-lambai kearahnya.Dalam keadaan basah kuyup Samad bersalam dan bertanya kepada lelaki tersebut.Tanpa menjawab salam Samad,Lelaki tersebut memberitahu yang Samad telah menceroboh kawasan nya.Samad terkejut mendengar kata-kata lelaki tersebut kerana sebelum ini pun yang Samad tahu Tasik berkenaan tidak bertuan.



Samad meminta maaf kerana ketelanjuran nya serta memberitahu yang dia sememangnya tidak tahu tasik berkenaan bertuan.Tiba-tiba lelaki tersebut bertanya kepada Samad "KAU NAK HARTA DAN DUIT YANG BANYAK?".Samad terkejut mendengar kata-kata lelaki tersebut namun sambil berseloroh Samad menjawab ya!.Siapa yang tak nak harta serta duit yang banyak.Lelaki tersebut membawa Samad ke suatu tempat di seberang tasik.Merentasi rumput-rumput tajam yang tinggi-tinggi akhirnya lelaki tersebut berhenti dan menyuruh Samad memandang ke bawah sebatang pokok.Samad menoleh kearah pokok yang dimaksudkan.Sampai tak berkelip mata Samad melihat longgokan emas serta timbunan perhiasan yang dibuah dari emas berada didepan nya.



Samad cuba mengambilnya namun dihalang oleh lelaki tersebut,Belum lagi masanya....Lelaki tersebut memberitahu yang Samad akan menjadi kaya raya dan memiliki harta-harta yang berlonggok dibawah pokok tersebut.Samad lupa akan dirinya dimata dan hati Samad mula terpengaruh dengan apa yang berada dihadapan matanya.Lamunan Samad terhenti apabila lelaki tersebut bersuara,Emas dan harta berkenaan akan menjadi milik Samad jika Samad sanggup menuruti kehendak nya.Samad hanya mengangguk sambil bertanya apakah syarat untuk memiliki emas dan harta berkenaan.Lelaki tersebut memandang tepat kearah Samad sambil tersenyum dan berkata "Tunggu,aku akan datang kepadamu.Sekarang kau balik dan sediakan nasi kunyit,telur ayam kampung serta ayam dara yang di panggang.Kau siapkan semua tu,Dah siap,aku sendiri yang akan datang kepadamu!.



Belumpun sempat Samad berkata apa-apa,Lelaki tersebut hilang dari pandangan mata Samad.Samad tercari-cari namun tidak menemui nya.Sekali lagi Samad menoleh kearah pokok dan ternyata Emas tersebut masih berada disitu lagi.Samad cuba mengambil walau seketul,namun baru saja Samad menghulur tangan tiba-tiba lengan Samad terasa ditepuk seseorang.Samad terkejut dan meninggalkan tempat tersebut.Sewaktu dalam perjalanan balik Samad menghubungi rakan-rakan nya bertanya akan ayam dara serta telur ayam kampung.Dah memeng rezeki Samad.kebetulan rakan baik nya memiliki apa yang Samad perlukan.Setelah menemui rakan nya dan membeli ayam serta telur,Samad pun balik kerumah.



Dari luar Isteri Samad Leha memerhatikan gelagat suaminnya.Belum pun Leha sempat bertanya Samad meminta isterinya memanggang ayam yang dibawa.serta merebus telur tersebut termasuk nasi berkunyit disediakan dalam satu dulang.Malam tersebut ketika Samad hampir terlelap tiba-tiba terdengar bunyi derapan dari arah dapur.Samad meninggalkan isterinya yang lena untuk memeriksa kawasan dapur bimbang-bimbang kalau ada pencuri.Disitu Samad terkejut besar melihat Lelaki yang ditemuinya siang tadi sedang lahap menikmati nasi kuning serta ayam panggang dan telur yang disediakan oleh Leha.Samad hanya melihat walaupun Samad cuba berkata sesuatu namun lidahnya bagai dikunci.



Selesai memamah hidangan yang disediakan Lelaki tersebut memandang kearah Samad namun kali ini berwajah yang amat menakutkan dimana matanya berwarna merah seperti terjojol keluar dengan biji-biji besar kelihatan pada wajahnya.Samad menggeletar ketakutan.Hampir saja Samad menjerit ketakutan.Namun mahluk tersebut berubah rupa seperti wajah asalnya yang menemui Samad di lombong siang tadi.Jangan takut....lelaki tersebut memberitahu Samad yang Samad telah menunaikan janji.Namun tinggal satu lagi syarat penghabisan yang samad harus penuhi.Dan syarat ini agak berat dimana Mahluk tersebut meninta untuk menghisap sedikit darah dari tubuh badan Leha isteri Samad.



Mulanya Samad keberatan namun lelaki tersebut menunjukan sesuatu yang luar biasa kepada samad dimana terdapat longgokan wang tunai serta berberapa ketul Emas diatas meja makan.Samad kelabu mata apabila terus kaku melihat apa yang akan merubah dirinya berada diatas meja.Maka sejak malam tersebut bermula lah kehidupan baru Samad demi meraih kejayaan dengan segera sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa isterinya sendiri.keesokan hari nya Leha bangun terlebih dahulu daripada Samad kerana merasa lenguh di pergelangan tangan.Sewaktu di bilik mandi Leha dapati kesan lebam kebiruan di pelipat sikunya.Leha kebingunan memikirkan kesan lebam tersebut kerana selama ini belum pernah sekalipun berlaku peristiwa seperti itu pada dirinya.



Sehingga lah Samad bangun dan mereka menyediakan barang niaga sebelum Samad keluar untuk menjemput anak-anak penduduk sekitarnya untuk kesekolah.Samad balik sekitar 10 pagi selepas berbelanja barang niaga setelah siap menghantar budak sekolah.Sampai di warung,Samad memberitahu Leha agar bersiap segera kerana Samad ingin mengajak isterinya berbelanja di bandar.Dibandar Leha terkejut melihat sejumlah wang yang banyak dibelanjakan oleh Samad.Bila ditanya rezeki Tuhan..itu lah jawapan dari Samad.Begitu lah kehidupan harian Samad dan isterinya semakin hari semakin mewah dan bertambah kaya dari van buruk ditukar kepada yang baru.namun dalam masa yang sama Leha kerap sakit-sakit dari tubuh berisi kurang setahun dah cengkung dan tinggal tulang sahaja.


Melihat keadaan isterinya yang merana semakin kurus kering Samad mulai takut...takut kehilangan isterinya,lantas Samad membuat keputusan untuk pindah dan lari dari jelmaan mahluk yang memberikan kekayaan kepadanya.Perancangan dibuat begitu teliti oleh Samad sehingga lah mereka berjaya melarikan diri dari rumah sendiri.Setelah tiba dirumah baru mereka,Samad lega dan gembira kerana berjaya melarikan diri dari cengkaman bala yang ditempah sendiri.Begitu juga dengan isterinya Leha yang semakin bingung dengan tingkah laku suaminya.Malam pertama dirumah baru,berlaku perkara pelik-pelik dimana ianya dapat disaksikan sendiri oleh Leha.pinggan mangkuk jatuh tanpa sebab pintu rumah diusik-usik ditutup dan dibuka.Samad kembali resah sehingga lah mereka terlelap dan Samad didatangi Mimpi ngeri dimana jelmaan lelaki tua yang ditemuinya dikawasan lombong setahun yang lepas hadir dalam mimpinya.


Dalam mimpi tersebut,lelaki tua tersebut memberitahu samad tak usah lari kemana-mana walaupun ke lubang cacing sekali perjanjian telah dipersetujui,sampai mati dia akan menagih janji Samad.Samad terkejut dan termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh lelaki tua terbabit.Samad pergi ke dapur untuk minum sekali lagi dia dikejutkan dengan jelmaan lelaki tua disitu bersama sebungkus barang-barang kemas dan longgokan duit tunai yang banyak.Samad hanya tunduk ketakutan tanpa bersuara memandang wajah lelaki tua yang berada dihadapan nya.Lelaki tua tersebut mula bersuara dengan nyaring dan kasar memberitahu Samad bahawa itu adalah pemberian terakhir darinya kerana Samad cuba meningkari janji yang telah di persetujuinya dahulu.Samad memandang tepat kearah lelaki tersebut dengan penuh harapan.


Mata Samad mula berkaca menitis air mata kerana terlepas dari ikatan perjanjian dengan Lelaki tua tersebut.Baru sahaja Samad hendak bersuara lelaki tua tersebut memberitahu malam itulah malam terakhir Samad melihat isterinya.dan Samad harus bersedia menerima apa akan berlaku seterusnya.Samad terduduk terkejut mendengar kata-kata lelaki tersebut,Samad merayu-rayu agar isterinya tidak di larikan oleh lelaki tua tersebut.Namun apabila Samad mengangkat kepala memandang kearah lelaki tersebut,dia telah pergi tanpa Samad ketahui.Dengan lemah Samad mengambil bungkusan yang ditinggalkan untuk disimpan sebelum kembali tidur disamping isterinya.


Puas Samad berfikir bagaimana hendak lari dari lelaki tersebut,berputar-putar fikiran nya memikirkan cara.Ketika itu baru lah terbit rasa menyesal dalam hatinya kamudian ditatapnya Leha dengan rasa bersalah kerana mempertaruhkan isterinya kerana ingin mencapai apa yang dihajatkan.Samad menangis dalam diam bergenang air mata menatap isterinya,entah macamana tiba-tiba Leha terjaga apabila mendengar suara tangisan suami nya.Samad cuba menyembunyikan tangisan nya namun Leha dapat mengagak.Dengan kasih sayang Leha memujuk Samad supaya banyak bersabar,begitu juga Samad tak putus-putus memohon maaf kepada Leha sehingga lah mereka terlena bersama sehingga lah subuh,disaat Samad bangkit dari tidur dia melihat Leha masih belum bangun namun Samad membiarkan isterinya tidur tanpa mengejutkan isterinya,Dengan senyap Samad keluar menuju ke kereta dan pergi ke sebuah pekan membeli sarapan dan barang-barang dapur.

[Sekadar Hiasan]


Sewaktu tiba dirumah Samad hairan melihat tingkap serta pintu masih tertutup rapat,Samad mula tak sedap hati lalu masuk kedalam rumah untuk melihat isterinya.Ternyata Leha masih lagi tidur,Samad tersenyum melihat Leha masih lagi tidur,lalu samad menyediakan sarapan sebelum mengejutkan isterinya.Disaat Samad menyentuh bahu leha,ketika itu darah Samad berderau apabila merasakan tubuh isterinya kejung serta sejuk.Samad menggerak-gerak kan tubuh leha ternyata masih lagi kaku,sehingga lah Samad membalikkan wajah isterinya ternyata bibir Leha telah pucat kebiruan serta mulutnya berbuih.Leha telah pergi buat selama-lamanya.


Ketika itu baru lah Samad rasa menyesal kerana memilih jalan pintas untuk meraih kekayaan.namun penyesalan Samad sudah tidak berguna lagi,semuanya telah berakhir.seminggu selepas itu Samad mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halaman,bersama barang-barang serta peninggalan arwah isteri nya Samad melangkah longlai disaat bungkusan barang-barang pemberian lelaki tua tersebut dibuka,sekali lagi Samad terkejut kerana dalam nya cuma berisi batu dan daun-daun kering sahaja.Samad telah tertipu...tertipu dengan diri sendiri angkara percayakan kata-kata mahluk ghaib yang sentiasa mencari jalan memesongkan akidahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan