ABOUT US

PENGENALAN


~Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah buat semuanya.Sebuah Halaman blog yang dibangun kan sebagai laluan perkongsian kisah-kisah misteri,Mistik,pengelaman penulis serta pengelaman yang di angkat dari sumber untuk tatapan bersama.Dalam halaman ini,saya lebih memfokuskan kisah misteri,Info menarik,tips sebagai rujukan buat semua.


BIODATA PENULIS


~Saya bernama Todak-Todak (mahdi Abdullah) seorang penulis,penerbit dalam blog Lagenda pulau Rahsia serta penerbit dalam saluran  MENTADAK RIMBA,Dalam saluran youtube/mentadak rimba,saya banyak menyiarkan video-video kisah pulau-pulau serta di selang selikan dengan video hiburan untuk tontonan serta hiburan bersama.Dilahirkan pada Bulan Ogos tahun 1979,Merupakan anak tunggal berasal dari Serian Sarawak


Menamatkan pengajian dalam bidang Elektrik di Sekolah menengah Vokasional Luar Bandar Kuching pada tahun 1996.Meminati dunia Mistik dari usia 15 tahun,pernah menempuh bermacam situasi misteri sepanjang pengelibatan dalam dunia mistik.Banyak bergaul dengan orang tua,orang berpengelaman serta mempunyai kemahiran dalam dunia mistik.


Merupakan seorang Mualaf,setelah mendapat hidayah melalui kesaksian kebenaran dan kewujudan Allah.Mengikuti kelas fardu ain anjuran Unit Ukhwah Jabatan Agama Johor disamping menimba ilmu dari berberapa guru Ugama semasa menetap di Johor.


Mempunyai pengetahuan asas dalam selok belok jati diri dalam hutan,mempunyai pengetahuan dalam ikatan,perangkap,Jerangkap,mengetahui serba sedikit pengetahuan dalam dunia Saka,Mahluk Halus,Juga mempunyai pengelaman diSampuk,disakat,disantau,diguna-gunakan.


Antara hobi saya memancing,Camping,meredah hutan,Paranormal,mencari kebenaran kewujudan Entiti atau mahluk Halus.Melancong,mengembara serta meneroka sesuatu yang baru.Mempunyai dua orang cahaya mata,keduanya puteri.


MENGENAI BLOG
LAGENDA PULAU RAHSIA

~Sebuah laman Blog yang mula diterbitkan pada 25 APRIL 2017,bersamaan 25 REJAB 1438 H.mefokuskan kisah-kisah misteri serta mistik selain dari panduan asas,Tips-tips menarik yang dihimpunkan dalam laman Blog ini.Dimana setiap artikel yang disiarkan melalui Lagenda Pulau Rahsia,adalah 100% asli ditulis dan dikarangkan oleh saya sendiri.Lagenda pulau Rahsia juga mempunyai berberapa rakan yang berada di berberapa negeri sebagai sumber maklumat.Dan setiap maklumat serta kisah-kisah misteri yang di siarkan akan diperiksa terlebih dahulu sebelum diterbitkan melalui Laman LAGENDA PULAU RAHSIA.Nama LAGENDA PULAU RAHSIA diangkat dari Nama asal blog ini iaitu MISTERI PULAU RAHSIA yang diubah tajuk serta alamat web nya kepada lagendapulaurahsia.blogspot.com


Saya juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan,komen,kritikan serta berkongsi maklumat dari sesiapa untuk dikongsikan melalui blog ini.Boleh hubungi saya terus melalui kotak Contact Us dari menu blog LAGENDA PULAU RAHSIA


HALA TUJU BLOG LAGENDA PULAU RAHSIA


~Halatuju serta matlamat Blog LAGENDA PULAU RAHSIA adalah menjadi sebahagian Halaman panduan,hiburan,perkongsian.Anatara motif blog ini diwujudkan sebagai pengisian kerohanian individu yang sering dibelenggu perasaan takut,Agar pembaca mendapat pengelaman melalui bacaan seakan mengalami sendiri kisah-kisah misteri yang di terbitkan.


Dalam masa yang sama membiasakan kita dengan dunia mistik agar tidak wujud istilah takut akan bayang-bayang,takut gelap,Seram dan sebagainya.mengajar kita erti sebuah kehidupan dan menerima kewujudan mahluk lain selain dari manusia.


Segala siaran dan paparan dalam atau menerusi laman ini adalah hak milik LAGENDA PULAU RAHSIA dan mempunyai hak cipta terpelihara.Menyalin atau mengarang semula setiap artikel dari blog ini tanpa kebenaran atau keizinan terlebih dahulu adalah DI LARANG.


Sekian dari saya,sedikit info tentang Blog LAGENDA PULAU RAHSIA


# LAGENDA PULAU RAHSIA