Ahad, 25 Jun 2017

ENAM KISAH MISTERI BERPUAKA HOSPITAL

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam kupasan Lagenda Pulau Rahsia,untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan berberapa kisah misteri seram berberapa Hospital melalui pendedahan kembali berberapa saksi yang pernah mengelami sendiri atau pengelaman ahli keluarga.Disini saya akan susun kan kembali himpunan berberapa kisah menarik dan seram yang telah saya kumpul dan ditapis sebelum disiarkan disini.Hospital adalah satu tempat tumpuan setiap insan yang memerlukan bantuan kesihatan,Hospital lah antara tempat dimana dunia dilihat saat dilahirkan dan Hospital juga lah antara tempat dimana mata dipejamkan buat selama-lamanya.


KISAH PERTAMA

Dimana-mana Hospital sekali pun tidak akan lari dari kisah-kisah unik seperti seram,berhantu dan sebagainya.Sama ada melalui kewujudan nyata mahupun hanya mainan mata dan perasaan.Kisah pertama yang akan saya karangkan disini adalah melalui pengelaman Kak Noraini sewaktu melahirkan anak Sulung mereka pada tahun 2011 di Hospital Daerah serian Sarawak.Dimana ketika itu Suami Kak Noraini Encik.Kamal bertugas sebagai anggota keselamatan di Sarawak.Ketika itu Kak Noraini atau lebih mudah dikenali sebagai Kak Ani dimasukkan kebahagian labour room untuk bersalin.Ketika itu disebelah kelihatan seorang wanita warga asing turut melahirkan bayi perempuan nya.Setelah selesai urusan bersalin wanita tersebut diusung ke wad bersama bayi.


Setengah jam seterusnya baru lah kandungan Kak Ani meronta hendak keluar.Walaupun setengah mati bertarung nyawa,Akhirnya anak sulung Kak Ani berjaya melihat dunia dengan selamat.Proses nya agak lama dimana bayi dibersihkan dan diletak kan dalam kotak kecil berhampiran Kak Ani untuk dipindahkan ke wad.Sewaktu katil kak Ani diusung oleh dua orang jururawat kak Ani berselisih dengan seorang wanita berkain batik yang berdarah-darah menuju ke bilik bersalin.Kak Ani hendak menegur namun tak sempat kerana katil ditolak dengan laju.Kak Ani tertanya-tanya kerana wanita yang berselisih dengan nya tadi ialah wanita yang baru bersalin bersebelahan dengan katilnya tadi.Namun yang hairan nya kemana pula bayi dia.dan kenapa berdarah-darah.


Malah Jururawat yang mengusung katil Kak Ani seperti tidak perasan akan wanita tersebut.Kak Ani hanya membiarkan sahaja.Dan setelah tiba di wad sekali lagi kak Ani diletak kan berhampiran katil Wanita yang ditemuinya tadi.Tetapi wanita tersebut sedang tidur disebelah bayinya.Kak Ani tertanya-tanya sama ada tadi nya hanya khayalan atau kenyataan.Malam tersebut bayi sulung Kak Ani tidak banyak meragam hanya merengek ketika hendak menyusu.Sewaktu menyusukan bayinya Kak Ani melihat Wanita yang berada disebelah katilnya sedang lena tidur.Keesokan paginya sewaktu bangun tidur Kak Ani terkejut apabila melihat sekumpulan Jururawat mengemaskan katil wanita disebelahnya.


Kak Ani semakin hairan kenapa wanita tersebut dibenarkan balik ketika masih awal pagi.Kak Ani pun  malas nak bertanya takut dikatakan menyibuk hanya membiarkan sahaja.Namun ketika itu wad kelihatan agak suram tanpa diketahui puncanya.Sehingga lah seorang jururawat datang menemui Kak Ani untuk memberi ubat,Ketika itu kak Ani bertanya soal katil sebelahnya.Ketika itu jururawat memberitahu wanita tersebut meninggal sewaktu bersalin di labour room semalam !.Kak Ani terkejut sambil memberitahu wanita tersebut ada dikatil sebelahnya semalam.Jururawat yang melawat Kak Ani merenung wajah kak Ani dengan hairan.kerana Wanita tersebut terus dipindahkan ke bilik mayat malam semalam,Manakala bayi nya ditempatkan dibilik bayi.dan Katil tersebut kosong sejak pukul 8 malam semalam sehingga dikemaskan oleh jururawat subuh tadi !!


~KISAH KEDUA

Kisah kedua berlaku kepada saya sendiri ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Kuching Sarawak.HUS merupakan sebuah hospital tertua di kuching dan disini dihimpunkan pakar-pakar perubatan dari segala jenis penyakit kecuali Mati.Kisah yang saya alami sendiri hampir sama seperti diatas.dimana ketika itu saya mendapat rawatan dibahagian wad Orthopedic,dimana katil sebelah saya diduduki oleh seorang lelaki berbangsa Iban yang menghidap kencing manis serius dimana bahagian lututnya membesar hampir sama besar dengan baldi.Entah kenapa saya boleh berjiran dengan pakcik tersebut.Masih segar dalam ingatan ketika itu malam rabu.Entah apa angin pakcik tersebut boleh bergurau senda dan bergelak jetawa dengan saya dan juga seorang pesakit berbangsa Cina, yang terlantar akibat patah dibahagian peha akibat kemalangan jalan raya.


Malam tersebut kami berdua dihiburkan dengan cerita-cerita lucu pakcik tersebut.Dan sekitar 11 malam selepas waktu lawatan Dokter,Pakcik tersebut baring dikatilnya.dalam berberapa minit sahaja saya dengar bunyi seperti orang meniup angin kedalam air.Saya ingatkan pakcik tersebut berdengkur,Entah kenapa pakcik tersebut seperti hendak bangun tapi tak mampu,Melihat kedaan pakcik tersebut begitu saya menekan lampu pada dinding katil,Berberapa orang pembantu perubatan serta jururawat datang menemui pakcik tersebut.Keadaan menjadi kelam kabut dimana Dokter datang dengan alat pelik-pelik diletak pada dada pakcik tersebut.Setelah berberapa ketika,Jururawat menutup muka pakcik tersebut dengan selimut.Allah..pakcik tersebut meninggal dunia pula,jarak hanya dua jengkal dari katil saya.


Mayat pakcik tersebut dipindahkan ketempat lain dimana katil bekas dia dikemaskan serta barang-barang pakcik tersebut dipindahkan oleh jururawat,Foong,pemuda cina disebelah saya pula tak habis-habis cakap takut....takut setelah lampu dipadamkan.Saya lagi lah takut,dimana ketika itu rasa nak rapatkan sahaja katil dengan Foong,malam tersebut saya dan Foong berbual kosong sehingga lah mata terlelap,Namun sekitar 4 pagi saya terjaga kerana hendak membuang air kecil.Saya bangun dan menuju ke bilik air,Sewaktu keluar dari bilik air,saya lihat jelas seseorang duduk disisi katil pakcik disebelah saya.Ketika itu saya langsung tak teringat akan pakcik tersebut telah meninggal.ketika hendak menyambung tidur baru lah saya teringat yang katil sebelah sebenarnya kosong!.ketika itu terasa urat tengkuk bagai tercabut ketakutan.


Lantas saya selubung dengan selimut sehingga sehingga lah saya dikejutkan apabila seseorang menepuk kaki saya saya.akibat terlalu takut saya menjerit sekuat hati sehingga lah selimut saya ditarik oleh seseorang.ternyata seorang jururawat menghantar ubat dan saya lihat semua orang memandang kearah saya.Termasuk lah Foong yang tersengih-sengih memandang saya.Rupa-rupanya dah awal pagi.keesokan harinya seorang pemuda Melayu menduduki katil bekas pakcik tersebut dimana pemuda melayu yang dikenali sebagai Amir dimasuk kan ke wad kerana kemalangan.Lega lah sikit hati kerana dah ada jiran,Namun rupa-rupanya malam tersebut saya dipindahkan ke tingkat lapan.


KISAH KETIGA.

Kisah ketiga dikongsikan oleh rakan saya Zul.ketika itu Zul melawat ayahnha di Hospital kota Tinggi Johor.Dan Zul terpaksa bermalam disana atas permintaan ibunya untuk menjaga mak dia.Ketika itu sekitar pukul 2 pagi Zul tiba-tiba terasa teringin sangat menghisap rokok.Setelah memastikan ayahnya dalam keadaan baik-baik,Zul keluar meninggalkan katil ayahnya dan pergi kearah pintu utama untuk keluar,Dipagar Hospital Zul menyalakan api rokoknya sambil memandang kearah jalan raya,dimana ketika itu jalan agak sunyi mungkin kerana dah lewat malam.Sewaktu menyedut asap rokoknya Zul terpandang kelibat seperti kain putih berhampiran pagar pejabat pos berhadapan Hospital.Zul merasa tak sedap hati dan kembali ke wad ayahnya.


Sewaktu melalui kantin hospital untuk ke wad sekali lagi Zul terlihat satu kelibat seperti kain putih duduk diatas kerusi.Zul mempercepatkan langkah untuk kembali kewad.Ketika melimpasi katil-katil pesakit menuju ke katil ayahnya tiba-tiba bulu roma Zul meremang seperti ada sesuatu yang mengikutinya.Zul segera duduk disebelah katil ayahnya.sehingga kepagi Zul berfikir tentang kelibat yang dilihatnya malam tadi,Zul keliru sama ada kelibat nyata atau biasan matanya sahaja.


KISAH KEEMPAT

Kisah keempat dikongsikan oleh Hanafi seorang pengawal keselamatan Hospital Daerah Mersing.Malam kejadian secara kebetulan sewaktu meronda dikawasan rumah mayat Hanafi bersama seorang lagi rakan nya Morgan menuju bilik mayat dimana bilik ini terletak dibangunan paling hujung.Cuma berberapa langkah lagi mereka akan tiba di bilik berkenaan tiba-tiba Morgan menepuk bahu Hanafi dengan serta merta langkah Hanafi terhenti dan menoleh kearah Morgan.Morgan menunjukan hadapan dengan isyarat mulut kepada Hanafi,Sewaktu memandang kearah hadapan,wajah Hanafi seakan disimbah air panas apabila terpandang kelibat seorang wanita berpakaian wad duduk seorang diri dibangku yang disediakan dihadopan rumah mayat.


Hanafi terkejut dan serta merta langkahnya mati.Hanafi merenung kearah kelibat tersebut,Hanafi memberitahu Morgan itu bukan hantu dan kemungkinan pesakit tersesat,Hanafi dan Morgan menuju kearah wanita tersebut,Namun sewaktu menghampiri bangku dimana wanita tersebut duduk tiba-tiba muncul kepulan asap halus dari arah wanita tersebut.Hanafi mengesat mata nya berkali-kali apabila melihat wanita tersebut tiba-tiba hilang bersama asap yang muncul entah dari mana datangnya.melihat keadaan begitu,Hanafi dan Morgan berlari meninggalkan rumah mayat dan pergi kearah  bilik kecemasan Hospital,Sekali lagi mereka dikejutkan apabila sebuah kerusi roda tiba-tiba bergerak kearah mereka dengan sendirinya.


Antara kisah misteri yang pernah ditemui Hanafi sewaktu bertugas di Hospital Mersing adalah menemui kelibat nenek tua dikawasab letak kereta awal pagi.Ketika itu Hanafi pergi kekawasan letak kereta untuk mengunci jam,Namun setelah mengunci jam sewaktu menoleh kebelakang tiba-tiba muncul satu lembaga wanita tua terbongkok-bongkok melimpasi deretan kereta yang parking disitu.Hanafi tak terfikir pun soal hantu,Apa yang difikirnya kemungkinan ibu tua menemankan anaknya mengambil rawatan di Hospital.Hanafi cuba bertanya kepada Nenek tua tersebut namun apabila nenek tersebut melintasi sebuah kereta pacuan empat roda,Tiba-tiba Nenek tersebut ghaib dan lesap entah kemana.Ketika itu baru lah Hanafi mencari-cari nenek tersebut namun tetap tak kelihatan.Baru lah Hanafi sedar yang dilihatnya tadi sebenarnya bukan orang tetapi mahluk lain.


KISAH KELIMA

Kisah kelima berlaku kepada rakan saya dimana ketika itu dia diamanahkan menemankan pakciknya di Hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.Malam pertama diwad Man hanya tidur diatas kerusi malas yang disediakan oleh pihak Hospital.sewaktu tidur sekitar awal pagi lebih kurang 2 atau tiga pagi tiba-tiba Man terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi seseorang mengheret tapak kakinya pada lantai.Man bangun dan melihat kearah bunyi tersebut.namun setelah puas memerhatikan kawasan tersebut,Tiada sesiapa pula yang berjalan dari arah tersebut.malah tiada siapa yang masih berjaga.


Man kembali menyandar untuk melelapkan matanya,baru sahaja hendak terlelap pakcik Man menggerakkan tangan Man memberitahu dia hendak minum.Man bangun dan mengambil botol air diatas meja dan menuangkan air kedalam cawan untuk diminum oleh Pakciknya.Setelah siap Man duduk semula untuk tidur.Sekali lagi Man diganggu apabila kaki nya disentuh oleh seseorang.Man dengan Malas membuka mata sambil melihat siapa yang mencuit kakinya.Namun kali ini Man terperanjat apabila Pakcik nya sedang diperiksa oleh seorang Dokter dan di temani berberapa orang jururawat.Man membetulkan kedudukan nya agar tidak mengganggu keselesaan perawat memeriksa pakciknya.Dalam berberapa minit Dokter meninggalkan katil Pakcik Man untuk ke katil sebelah.


Seorang Jururawat memandang kearah Man sambil tersenyum.namun ketika itu Man menjadi begitu terperanjat apabila melihat wajah jururawat tersebut kerana mata jururawat yang tersenyum kearahnya hanya lah bermata putih tanpa mata hitamnya.Man terkejut sehingga tak mampu mengawal perasaan sehingga meraung-raung apabila jururawat tadi tiba-tiba menghulurkan tangannya kearah leher Man.Man meronta-ronta meminta bantuan namun dokter dan jururawat yang lain hanya senyum memandang kearah Man.ketika meronta-ronta menahan lehernya dicekik jururawat tadi tiba-tiba Man terasa kepala nya ditepuk oleh seseorang.Ketika itu Man terkejut lagi sekali.Apabila tersedar rupa-rupanya Pakcik Man memukul Man apabila meraung-raung tanpa seban sehingga membuat bising ketika diwad Hospital.


Rupa-rupanya Man bermimpi dicekik oleh Jururawat.Man bangun dan mencuci mukanya sebelum kembali kesisi katil pakcik nya.Tak berapa lama kamudian matahari mulai terbit dan Sebentar lagi Makcik nya akan datang menggantikan tempat Man menjaga pakcik nya.kesempatan itu digunakan oleh Man untuk tidur sepuas-puasnya kerana malamnya Man akan berjaga semula di Hospital menjaga Pakciknya.


KISAH KEENAM.

Kisah ini disampaikan oleh Cik Suzana seorang jururawat pelatih disebuah Hospital,Hari isnin minggu tersebut merupakan genap seminggu Cik Suzana berkhidmat sebagai jururawat.Dan keesokan harinya merupakan hari cuti untuk Suzana dimana malam seterusnya dia akan bertugas waktu malam dan ditugaskan dibahagian wad Bersalin.Ketika melawat katil-katil ibu bersalin dan memeriksa bayi yang tidur manakala ada berberapa orang yang masih berjaga kerana menyusukan bayi tiba-tiba Suzana terpandang disatu sudut yang agak gelap satu cahaya seperti api bara rokok menyala.Suzana segera  pergi kesitu kerana mengingatkan ada pesakit atau suami kepada wanita yang bersalin mengambil kesempatan merokok dikawasan Hospital.


Suzana dengan senyap berserta wajah bengisnya melangkan laju kearah tersebut.Namun sewaktu tiba disitu tiada sesiapa yang merokok dikawasan tersebut.Akan tetapi kelihatan jelas api rokok menyala dan malap kembali.Sewaktu memerhatikan cahaya tersebut Suzana terasa bahunya diramas seseorang sebelum menoleh kebelakang.Namun apa yang Suzana saksikan amat luar biasa apabila seorang lelaki tua berusia seperti ratusan tahun dengan kulit wajah yang berkedut seperti kulit kayu memegang bahunya dengan keadaan yang memeranjatkan serta kelihatan amat menyeramkan.Suzana terkejut dan berlari meninggalkan kawasan tersebut untuk melapurkan keadaan tersebut kepada ketua jururawat yang bertugas.


Sewaktu ketua Jururawat bersama berberapa orang jururawat termasuk Suzana kembali ke kawasan dimana api rokok serta raut wajah seorang lelaki dalam lingkungan usia ratusan tahun ditemui.Namun setelah tiba disitu ternyata seperti tadi,tiada sesiapa kelihatan disitu.Suzana menjadi serba salah dan malu apabila malam tersebut menjadi kelam kabut angkara dia.Sekitar tiga pagi sewaktu duduk dimeja jururawat Suzana dikejutkan apabila melihat kelibat orang tua yang ditemuinya dibelakang tadi lalu diantara katil-katil wanita bersalin.Dan ketika itu pula hampir semua bayi-bayi menangis seperti dipukul.Suzana bersama rakan setugasnya Julia melihat bayi-bayi yang menangis setelah mematikan tiada apa-apa yang luarbiasa Mereka pergi kekawasan wad ibu.disitu juga ada bayi yang menangis tetapi ditenangkan oleh ibunya.


Sewaktu menuju ke katil yang paling hujung Suzana terpandang cahaya seperti api rokok menyala-nyala di kaki katil.Suzana memberitahu perkara tersebut kepada Julia.Ternyata Julia pun lihat perkara yang sama.Sewaktu melangkah kearah cahaya tersebut tiba-tiba Julia berhenti berjalan apabila terpandang susuk tubuh orang tua menghisap rokok sambil memimpin tangan Suzana.Julia mengeletar ketakutan apabila mahluk tersebut memandang tepat kearahnya.Julia terduduk pada bucu katil kerana tak dapat mengimbang badan nya.Suzana yang jalan dihadapan menoleh kebelakang apabila melihat Julia telah tiada dibelakangnya.Ternyata Julia masih duduk dibucu katil tidak jauh darinya.


Suzana kembali kepada Julia namun tangan nya seakan ditarik kebelakang.Suzana menoleh kearah belakang dan ketika itu dia terpandang lembaga seperti orang tua memegang tangannya.Suzana menarik tangannya sekuat hati dan berlari kearah Julia.Ketika itu Julia lemah tidak bermaya duduk di kaki katil seorang pesakit.Suzana memimpin tangan Julia kembali ke kaunter jururawat.Setelah keadaan kembali tenang barulah Julia memberitahu ada susuk tubuh seperti lelaki tua memegang tangan Suzana sewaktu melawat katil pesakit.keesokan harinya Suzana demam panas yang teruk dan terpaksa mengambil cuti sehingga seminggu.


Melalui kisah-kisah yang di kongsikan dari rakan-rakan serta mangsa kejadian,Kita harus yakin dan percaya akan kewujudan mahluk halus.Mahluk halus atau gangguan Jin atau Iblis boleh mengganggu manusia pada bila-bila masa sahaja.Hanya diri kita serta tahap keimanan sahaja yang mampu mengelakkan diri kita dari menjadi mangsa.Sentiasa berwaspada dan sentiasa positif dalam setiap apa yang dilakukan termasuk yang terlintas dalam fikiran.Semua orang pasti pernah mengalami situasi seperti diatas namun perbezaan nya antara nyata atau khayalan.Semoga terhibur dan mendapat sedikit iktibar dari kisah-kisah yang disampaikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan