Jumaat, 28 Julai 2017

HIMPUNAN KISAH MISTERI MENGENAI ULAR

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semua,untuk paparan pulau Rahsia kali ini saya akan kongsikan kisah benar serta menarik mengenai Ular,kisah-kisah ini saya himpunkan melalui pengelaman serta hasil perkongsian cerita orang tua-tua melalui pengelaman bersama haiwan luar biasa yang tidak mempunyai kaki serta tangan yang di panggil Ular.Kisah pertama ini berlaku ketika itu saya berusia lima belas tahun,dan dikala itu orang kampung membersihkan tanah untuk menanam padi.

Menjadi kebiasaan penduduk kampung akan bergotong royong bersama-sama dari awal menebang,membakar sehingga lah proses menanam padi dilakukan.Kejadian berlaku ketika itu subuh hari dimana orang ramai mula berduyun-duyun menuju kesawah untuk bersiap-siap.Sehingga lah semua telah berkumpul maka kerja menanam diteruskan dimana para lelaki akan membuat lubang ditanah menggunakan kayu yang di potong tajam,manakala golongan wanita akan mengikuti dari belakang dengan memasukan benih padi kedalam lubang yang disediakan,sekitar pukul 9 pagi ketika masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing,secara tiba-tiba seorang penduduk menjerit memberitahu adanya Ular sawa sedang tidur dibawah sebatang kayu besar yang telah ditebang.


Ketika itu masing-masing bergegas ke arah wanita tersebut,tanpa banyak bicara seorang pemuda yang kebetulan membawa parang segera melibas badan ular tersebut sehingga putus.Namun satu kejadian aneh berlaku dimana ketika hayunan kuat mengenai tubuh ular sawa tersebut,ternyata tubuhnya putus kepada dua bahagian.Dimana bahagian badan dan leher terpusah namun tiada setitis darah pun yang keluar dari tubuh ular tersebut malah bahagian kepalanya mengelongsor begitu cepat meniggalkan tubuhnya.Semua yang menyaksikan kejadian tersebut menjadi cemas.Namun setelah memastikan keadaan kembali tenang dan selamat,mereka meneruskan kerja menanam benih padi,sehingga lah tengahari sekitar 1 petang,kerja-kerja menyemai benih siap dilakukan.


Namun memang menjadi adat resam orang dulu,mereka akan makan tengahari di pondok Sawah terlebih dahulu sebelum balik.Disitu lah mereka berkumpul menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pemilik sawah.Selesai makan dan berehat mereka bersiap-siap untuk balik kerumah masing-masing,Entah kenapa pemuda yang memotong tubuh ular tadi tiba-tiba menjerit sekuat hati sehingga semua yang ada dalam pondok sawah dan yang berada dikawasan tersebut semua memandang pemuda tersebut,Dalam hati masing-masing mengingatkan pemuda tersebut bergurau sambil menganggkat kasutnya.Namun melihat airmuka pemuda tersebut yang merah padam seperti menahan sesuatu mereka mengerumuni pemuda tersebut dan bertindak menarik kasut yang dipegangnya.


Disaat kasut berjaya di lepaskan dari kaki pemuda tersebut,ternyata kepala ular sawa turut terjatuh dari kasut tersebut dengan sebilah taringnya patah dan masih terbenam dibahagian kaki pemuda tersebut.Masing-masing menjadi kelam kabut melihat keadaan tersebut.Dengan bantuan orang ramai,pemuda tersebut di usung dan dibawa ke sebuah Hospital.seminggu selepas kejadian,pemuda tersebut dibenarkan balik namun sesuatu yang buruk terjadi pada kakinya dimana sebahagian kulit peha nya di bedah dan digunakan sebagai pengganti kulit kaki nya yang memburuk akibat patukan ular misteri yang hanya berkepala sahaja.ramai yang menyaksikan kejadian tersebut percaya kepala ular yang mencederakan pemuda tersebut adalah ular yang sama yang dipotong sewaktu menanam padi pagi tadi.


Kisah kedua,

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90an dimana kejadian yang hampir sama berlaku dimana ketika itu seorang penduduk kampung menggunakan laluan pintas dari kampung seberang untuk balik kerumah,dan sewaktu dalam perjalanan dia terserempak dengan sekumpulan pemuda yang baru balik dari dusun durian berhampiran.Maka mereka berjalanan menuju ke kampung bersama-sama.Sewaktu dalam perjalanan mereka menemui dua ekor ular sedang berkahwin.Mereka beramai-ramai menyaksikan kejadian yang pertama kali berlaku di depan mata.Namun tanpa diduga salah seekor dari ular tersebut seperti marah dan cuba mematuk salah seorang dari mereka.Dengan pantas salah seeorang mengeluarkan parang lalu memotong kepala ular tersebut!.


Namun kejadian tak terduga berlaku apabila dua kepala ular tersebut tiba-tiba terpelanting kearah mereka.Mujur semuanya sempat mengelak dan kepala ular tersebut mengenai sebatang pokok dan sekali lagi mereka tergamam,apabila taring kedua-dua kepala ular tersebut melekat pada pokok berhampiran mereka.Sebahagian dari tubuh ular tersebut masih mengelitik ditanah manakala kedua kepala nya masih melekat pada pokok dengan taring masing-masing terbenam pada kulit pokok.Tiada siapa yang berani mengusik kepala ular tersebut sehingga lah berberapa minggu kamudian,kebetulan dua orang dari mereka melimpasi kawasan tersebut.Sewaktu menghampiri pokok dimana kepala ular tersebut melekat.


Ternyata keadaan kulit kayu tersebut mula hitam dan seakan kecut dengan cecair kebiruan keluar dari kesan taring ular tersebut.Dan yang peliknya setelah berberapa minggu,Kepala ular tersebut masih lagi disitu walaupun dah mulai reput begitu juga dengan sebahagian tubuhnya hanya tinggal tulang akibat dimanah lalat dan juga semut-semut hitam yang mengerumuni badan ular tersebut.Dan yang hairannya,bahagian kepala ular tersebut masih sempurna walaupun tidak bernyawa lagi.


KISAH KETIGA.

Kisah ketiga berlaku dihadapan mata saya sendiri,ketika itu saya bersama seorang rakan membersihkan kawasan rumah di Kota Tinggi Johor.Sewaktu memunggah bungkusan plastik yang mengandungi pakaian lama tiba-tiba muncul seekor anak ular sebesar jari kelingking dihadapan kami.kawan saya Hilmi tiba-tiba menghempas seketul batu bata kearah anak ular tersebut dan secara tak sengaja,Anak ular tersebut mati.Lantaran kisah-kisah yang saya dengar dari mulut orang-orang tua serta pengelaman yang lepas-lepas,hati saya mulai risau dengan apa yang berlaku.Benda dah pun terjadi,kami mengambil bangkai anak ular tersebut dan menanamnya dikawasan rumah.Selesai kerja-kerja pembersihan.Saya mengajak Hilmi menjemput pakcik saya di Bandar kota kerana hendak memancing.


Setelah itu kami bersama bertolak ke Sedili Besar kerana ketika itu udang galah tengah musim.sewaktu dalam perjalanan seekor ular besar melintasi jalan,Mujur sempat saya mengelak.namun Ular tersebut mula merisaukan saya dimana kejadian pagi tadi sewaktu Hilmi menghempas batu-bata keatas ular tersebut tiba-tiba terbayang dalam fikiran.Sehingga lah kami tiba di kawasan memancing.Keseronokan melayan sepit biru membuatkan saya terlupa akan kejadian ular tadi sehingga lah sekitar pukul 6 petang,kami balik dan singgah dirumah saya.Suasana didalam agak panas jadi kami bertiga duduk bersembang di sebuah bangsal di belakang rumah.Ketika itu saya menceritakan pasal anak ular yang mati kepada pakcik.Dah orang tua tu menambah-nambah pula..katanya ibu ular akan membalas dendam!.


Leka berbual tiba-tiba pakcik saya bangun dan berdiri di tebi bangsal sambil memerhatikan kawasan berumput tidak jauh dari bangsal dimana kami duduk.Tiba-tiba dia meminta lampu suluh.saya pun berlari kedalam rumah mengambil lampu suluh.apabila saya keluar ternyata pakcik saya telah berada dikawasan rumput tersebut.dimana tangannya menekan sebatang kayu ketanah.Apabila saya suluh ternyata seekor ular tedung sebesar lengan berjaya ditangkap dengan kayu tersebut.Rakan saya Hilmi membantu,Itu lah kali pertama saya lihat pakcik saya begitu berani menekup kepala ular tedung tersebut namun dia menjerit meminta guni dengan kuat.Saya segera menghulurkan guni kepadanya dan ular tersebut dimasukkan kedalam guni sebelum dibuang di sekitar jalan kota tinggi sewaktu menghantar pakcik balik.


Sepanjang perjalanan pakcik tak putus-putus berceramah memberi ingatan supaya menabur belerang disekitat rumah dan elak kan dari membunuh haiwan berbisa didalam rumah.Jika perlu tangkap dan pindahkan ketempat yang lebih jauh.bimbang kalau dibunuh akan mengundang yang lain.


KISAH KEEMPAT.

MENINGGAL AKIBAT PATUKAN TEDUNG SELAR


Kisah ini berlaku kepada rakan sekampung dimana ketika itu arwah bersama rakan-rakan menginap disebuah rumah sewa dikawasan Selangor kerana bekerja disebuah kilang membuat Kabel.Ketika itu kilang tidak beroprasi kerana cuti umum menyambut perayaaan Tahun Baru Cina.Maka dengan kesempatan yang ada mereka membersihkan kawasan rumah sewa.Sewaktu membersih arwah terserempak dengan seekor ular tedung.Dalam keadaan terkejut dia menghayunkan parang sehingga mengenai bahagian tubuh ular tedung tersebut.dimana badan ular terputus kepada dua bahagian.dimana bahagian ekor nya dimasukan kedalam plastik sampah bersama daun-daun rumput yang dipotong dan dibuang berhampiran tong sampah.


Mereka bersama-sama mencari bahagian kepala ular tersebut namun sehingga siap kerja mengemas dan membersih kawasan rumah kepala ular masih belum ditemui lagi sehingga lah petang.Seperti biasa arwah akan bersama rakan-rakan sekilang nya akan bermain bola sepak disebuah padang yang berhampiran rumah sewa mereka.kamudiannya disebelah malam mereka keluar beramai-ramai ke bandar untuk bersiar-siar kerana keesokan nya adalah hari cuti.Sehingga lah larut malam baru lah mereka balik.Seperti biasa juga malam tersebut mereka tidur beramai-ramai diruang tamu sambil menonton telivisyen.Entah pukul berapa masing-masing tertidur sehingga telivisyen yang dipasang tidak dimatikan.


Sehingga lah keesokan paginya.....seorang dari mereka bangun agak awal,siap mandi,masak air kamudian seorang demi seorang kawan-kawan arwah bangun dan kini tinggal lah arwah seorang diri yang masih tidur walaupun suasana rumah mulai riuh dengan suara radio yang dipasang kuat.sehingga lah 10 pagi apabila seorang rakan dari rumah berlainan datang kerumah mereka.Ketika itu lah baru mereka perasan yang arwah sebebarnya bukan tidur.Setelah di kejutkan barulah rakan serumah sedar tubuh arwah telah kaku serta sejuk seperti ais.Masing-masing mengelabah serta terkejut setelah mengetahui rakan mereka telah mati.


Seorang dari rakan serumah keluar menjerit meminta tolong dan kebetulan selang berberapa rumah seorang lelaki berbangsa Cina datang menjenguk dan menghubungi pihak Polis dan Ambulan.Dengan bantuan pihak Polis Mayat dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat.Dan hasil dari siasatan pihak Polis dan Hospital terdapat kesan tusukan seperti taring dibahagian kelengkang arwah.Dan ternyata Arwah meninggal lebih dari lima jam akibat patukan ular berbisa dibahagian kelengkang.Berberapa hari selepas Arwah meninggal baru lah mereka menemui bangkai kepala ular tedur di bawah anak tangga berhampiran longgokan buku-buku lama.


Setelah kejadian tersebut,masing-masing menjadi takut serta lebih berhati-hati kerana mereka mula percaya ular mampu menyerang tanpa sedar dan mampu menuntut bela sehingga boleh mengancam nyawa manusia.

Selasa, 11 Julai 2017

GADIS KERASUKAN SETELAH MENERIMA GELANG MISTERI PELIK DARI PULAU

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri dua remaja wanita mendapat hadiah berupa mahluk halus dari sebuah pulau.Ema dan Sheeda merupakan dua sahabat sejak dari zaman kanak-kanak sehingga lah melangkah kealam pekerjaan,dalam keakraban dua sahabat ini terselit satu hobi yang agak luar biasa di mana keduanya begitu taksub dan berminat dengan perkara misteri dan mistik.Berberapa bulan yang lepas dua sahabat ini telah merancang untuk memgunjungi sebuah pulau yang begitu terkenal di Negeri Melaka,sebuah pulau yang dikenali sebagai pulau keramat diatas tanda-tanda serta bekas-bekas ahli sufi mendalami Ilmu Agama serta menjadi pusat penyebaran Agama Islam di Melaka suatu masa dahulu.


Melalui Kisah-kisah yang di temui melalui internet,surat khabar,majalah termasuk cerita-cerita orang yang seringkali mengaitkan pulau ini sebagai keramat dan merupakan penempatan mahluk-mahluk halus yang menjadi tandatanya kepada semua setelah berberapa peristiwa aneh diceritakan sehingga menarik minat Ema dan sheeda untuk mengalami secara dan merasai kebebaran kewujudan mahluk dan penjaga pulau ini.Hanya berbekalkan khemah canvas muat untuk dua orang,beg pakaian serta bekalan makanan dan segala kelengkapan,Ema dan Sheeda sanggup menempuh perjalanan yang agak jauh dari Johor Bahru ke Negeri Melaka untuk mencapai misi mereka.Seawal pagi mereka memulakan perjalanan melalui lebuhraya Utara selatan dan sekitar 11 pagi mereka tiba di Melaka sebelum meneruskan perjalanan sehingga ke Jeti Anjung batu Melaka.


Setelah tiba di jeti mereka merasa hampa kerana Feri yang akan ke Pulau sudah pun bertolak meninggalkan mereka dan terpaksa menunggu sehingga pukul 2 petang.Dengan masa yang masih panjang,Ema dan Sheeda keluar semula untuk mencari makan tengahari disebuah warung tidak jauh dari situ,mereka makan dan menunggu waktu untuk kembali ke Jeti.Setelah sekian lama berada di Warung tersebut Ema mengajak rakan nya Sheeda kembali ke Jeti agar tidak tertinggal lagi sekali.sewaktu dalam perjalanan menuju ke Jeti Anjung batu,kereta yang dipandu oleh Ema nyaris terbabas akibat mengelas seekor babi hutan dengan tiba-tiba melintas jalan,mujur lah ketika itu Ema tidak laju namun kemunculan kaki pendek tersebut membuatkan kereta bingit dengan suara mereka terpekik menjerit.

[Sekadar Hiasan]


Setelah tiba di Jeti,Ema meletakan kereta dikawasan yang agak dekat dengan Jeti agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini walaupun ada pengawal yang bertugas namun Ema tidak mengharapkan bantuan Pengawal sepenuhnya kerana banyak lagi kereta yang hendak di pantau selain mereka.Setelah memastikan kereta dalam keadaan selamat,Emma dan Sheeda menuju ke ruang menunggu dan ketika itu sebuah Feri telah tiba di jeti dan menunggu waktu untuk bertolak.Ema dan Sheeda mengambil beg dan berjalan menuju ke Feri dan menunggu didalam sementara menunggu penumpang lain.Lebih kurang setengah jam perjalanan diambil untuk tiba di Pulau Besar dari jauh Mereka telah saksikan keindahan pulau yang indah dari jauh sehingga lah mereka menjejak kaki di situ buat kali pertamanya.


Setelah tiba,mereka mengikuti pengunjung yang lain dengan manaiki van yang sedia menunggu kehadiran pengunjung.Setelah berberapa minit mereka tiba dikawasan surau berhampiran Makam Sultan Ariffin.Ketika itu pukul 3 lebih dan Ema mengajak Sheeda mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah untuk malam tersebut.Melalui laluan tepian pantai Mereka melihat gerai-gerai yang banyak menjual alat-alat sembahyang serta barang-barang mistik yang amat memukai mata Sheeda untuk melihat dari dekat namun Emma menasihatkan Sheeda agar segera mendirikan khemah sebelum matahari terbenam kerana keduanya belum mahir mendirikan khemah risau jika terlajak malam kalau kedua nya sama-sama terkial-kial mendirikan khemah.setelah berjalan agak jauh Mereka berhenti disebuah kawasan yang agak lapang dan amat sesuai untuk mendirikan khemah dimana khemah mereka tidak lah jauh dari khemah-khemah pengunjung yang lain.


Ternyata keduanya memang kelam kabut sehingga terkial-kial memasang khemah sehingga perbuatan mereka diperhatikan oleh seorang pakcik yang menghuni sebuah khemah tidak jauh dari mereka.Dengan bantuan pakcik Tersebut siap lah khemah mereka.Setelah meninggalkan beg  pakaian mereka didalam khemah,Ema dan Sheeda kembali untuk melihat jualan dalam gerai-gerai yang mereka limpasi dikawasan Wakaf Makan Sultan Ariffin.Setelah tiba Sheeda terus mencapai seutas gelang yang sungguh unik pada pandangan matanya dari sebuah gerai yang di jaga oleh seorang wanita berbangsa India.Dari buku-buku kecil dibelek-belek sehingga lah batu-batu cincin.Namun Mata Sheeda terpukau melihat seutas gelang yang dibuat dari benang disulami manik-manik.Setelah menghulurkan dua keping Not Rm10.00 kepada wanita tersebut Sheeda terus menyarungkan gelang tersebut pada tangan kanan nya.


Namun belum sempat diketatkan sipenjual meminta kembali gelang tersebut dan memberitahu kepada Sheeda dengan nada yang tegas membuatkan keduanya terhenti dari ketawa-ketawa melihat barang jualan yang lain.Wanita tersebut memberitahu Sheeda bahawa gelang tersebut merupakan gelang sembahyang kaum India.Dan wanita tersebut meletakkan gelang yang baru dibeli oleh Sheeda dalam telapak tangan nya sambil membaca sesuatu dan menghembus kearah gelang dan menyerahkan kembali kepada Sheeda.Wanita tersebut memberitahu Sheeda agar sentiasa memakai gelang tersebut dan pantang kalau dibuka walau sesaat.selain dari itu,penjual memberi tahu Gelang tersebut memberi tuah serta keselamatan kepada Sheeda.Namun Ema hanya mendiamkan diri tanpa bertanya dan hanya memandang wajah Sheeda yang kelihatan begitu teruja dengan apa yang baru dimiliki nya.


Selesai memenuhi hajat untuk memiliki perhiasan dan ole-ole dari sana,Ema dan Sheeda meneruskan perjalanan ke sebuah warung yang berhampiran dengan sebuah resort untuk berehat.Disitu mereka membeli berberapa bungkus makanan ringan berserta air minuman sebelum memesan makanan untuk dibawa balik ke khemah mereka.Sementara menunggu pesanan siap mereka pergi ke tebing laut berhadapan cafe tersebut dan duduk di tembok memerhatikan matahari merah yang bakal menghilang dijemput malam sebentar lagi.Mereka kembali ke warung untuk mengambil makanan dan membeli lilin sebagai persiapan jika beteri lampu terpadam.Di khemah Ema duduk menghadap pantai sambil melayan pesanan ringkas dari seseorang melalui telefon bimbitnya manakala Sheeda baring sambil melihat lingkaran gelang bersulam manik serta loceng kecil dipergelangan tangannya.


Malam tersebut sekitar pukul 9 malam,Sheeda dan Ema keluar untuk melihat pemandangan disekitar pulau berpandukan lampu suluh mereka memberanikan diri meredah kegelapan malam berdua menuju ke makam Nenek kebayan dan melihat pancaran kunang-kunang dari Gua Ular.Di sisi makam nenek kebayan mereka lihat begitu ramai kelibat orang mengelilingi makam tersebut,Mulanya mereka ingin menjenguk namun tak jadi kerana sesak.Melalui panduan yang diberikan oleh seorang kenalan mereka yang pernah menjejak kaki kesitu,Ema dan Sheeda meredah kegelapan malam melalui laluan yang disediakan untuk ke Gua Yunus.Perjalanan mereka agak terbatas kerana batu-batu serta ranting reput yang menghalang perjalanan.Sewaktu menaiki sebongkah batu besar,ketika di kemuncak batu selang berberapa depa sebelum tiba di Gua Yunus,Ema memandang kearah belakang.


Ketika itu Tiba-tiba terasa bulu tengkuk Ema meremang serta berdebar apabila melihat kelibat susuk tubuh berjubah putih seakan-akan terapung diudara tidak jauh dari sebuab rumah besar seperti sebuah hotel tidak jauh dari mereka.Ema memanggil Sheeda untuk melihat bersama namun setelah menoleh kembali,ternyata kelibat tersebut hilang entah kemana,sehingga kan Sheeda berdekeh ketawa sambil mengatakan Ema sedang mengingau.Ema berkeras mengatakan ada seseorang memerhatikan mereka dari arah pantai bersebelahan hotel lama tersebut,Namun semakin Ema bersungguh meyakinkan Sheeda,Tetap juga Sheeda tak percaya.Kamudian mereka meneruskan pendakian sehingga lah tiba di tepi Gua Yunus.Ema berpaut pada tali yang disediakan untuk mendaki puncak batu manakala Sheeda menyuluh kedalam Gua dimana terdapat sebongkah batu besar berwarna putih berada didalam gua tersebut.Sheeda datang kearah batu sebelum mencuba untuk naik namun entah kenapa,kaki Sheeda licin sehingga terpulas dibalik batu sehingga bahu dan lututnya melecet akibat terkena batu.


Melihat situasi Sheeda begitu,Ema turun dan mengajak Sheeda balik ke khemah,Namun sekali lagi Ema diduga apabila Sheeda tak mampu untuk berjalan akibat kecederaan dibahagian buku lali.Mujurlah tubuh Sheeda kecil dari Ema.Sepanjang perjalanan menuju ke Khemah lah Ema terpaksa mendukung dengan berjalan dan berhenti setelah penat sehingga lah di khemas ketika itu pukul 1 lebih malam.Sheeda mengaduh-ngaduh akibat sakit dibuku lalinya.Malam tersebut Ema sempat menghantar mesej kepada rakan mereka di Johor memaklumkan kemalangan yang menimpa Sheeda.Harris yang menjadi tulang belakang perjalanan mereka berpesan supaya mereka segera balik keesokan harinya,Bimbang kalau-kalau kecederaan yang Sheeda hadapi semakin melarat.Ema mengurut-ngurut buku lali Sheeda,sewaktu mengurut kosong dalam berberapa saat baru lah Ema teringat minyak angin yang berada didalam peti kecemasan dalam begnya.Setelah menyapu minyak dibahagian buku lali Sheeda,baru lah dia reda dari mengeluh sakit sejak kembali dari Gua Yunus tadi.


Keesokan harinya buku lali Sheeda semakin bengkak sehingga kasut tidak dapat disarungkan kekaki Sheeda.Ema mengambil keputusan membatalkan pengembaraan mereka dan bersiap-siap untuk balik.Dengan bantuan pemandu Van Sheeda di papah menaiki van untuk dibawa ke Jeti Pulau.Sekitar 10 pagi mereka telah bersiap untuk balik.Satu perkara pelik berlaku kepada Sheeda yang disedari oleh Ema.dimana Sejak bangun dari tidur pagi tadi Sheeda senyap membisukan diri.Dan hanya akan bercakap sepatah dua apabila ditanya oleh Ema.Sekitar 11 pagi mereka tiba di jeti anjung batu.Ema meninggalkan Sheeda di ruang menunggu untuk mengambil kereta kerana risau Sheeda tak larat untuk berjalan jauh.Setelah memapah Sheeda menaiki kereta dan menyimpan beg dan barang-barang lain dalam kereta Ema.Ema meluncur laju meninggakan Jeti Anjung batu untuk balik ke Johor Bahru.


Petangnya sekitar 4.30 petang,Mereka tiba di Bandaraya Johor Bahru sebelum balik kerumah,Ema menghantar Sheeda kerumah ibubapanya.Setelah itu Ema meneruskan perjalanan nya untuk balik kerumah yang hanya berberapa meter dari rumah Sheeda.Malamnya adik Sheeda menghubungi Ema memberitahu Sheeda telah dihantar oleh ayah ke Hospital kerana kakinya semakin bengkak.Mendengar berita tersebut Ema bersiap-siap dan meminta kebenaran dari ayahnya sebelum keluar ke Hospital menemui rakan baiknya.Di Hospital Sheeda berada dalam bilik untuk pemeriksaan dan hanya ditempatkan dibahagian pesakit luar kerana cuma mengalami kecedaraan ringan.Sheeda dibawa balik atas nasihat dokter dimana kaki Sheeda hanya bengkak air dan harus diurut.Sheeda balik bersama Ema dan adik nya manakala ayah Sheeda menemui Mak Tam seorang tukang urut yang mahir di kawasan perumahan mereka.


Dirumah Sheeda memberitahu Ema tentang sesuatu yang tak kena berlaku keatasnya dimana dia kerap terdengar bunyi loceng ketika seorang diri dalam bilik.Sheeda juga memberitahu yang dia telah tidur setelah tiba dirumah petang tadinya dan telah bermimpi melihat sekumpulan lelaki dan wanita mengguna kan pakaian serba putih dalam upacara sembahyang kaum India.Ema memberitahu Sheeda agar tidak terlampau memikirkan hal tersebut.Mak Tam telah tiba bersama dengan ayah Sheeda.Sewaktu mula mengusap minyak pada kaki Sheeda,Mak Tam terkejut dan hanya menunduk kan mukanya,tanpa memandang wajah Sheeda.Ayah Sheeda menjadi hairan sehingga lah Mak Tam selesai mengurut dan meninggalkan Sheeda dibilik sebelum keruang tamu.Mak Tam memberitahu Ada roh yang mengikuti Sheeda dari pulau.Dan gelang yang dipakainya merupakan Gelang keramat yang telah dibacakan isimnya.


Ayah Sheeda meminta bantuan Mak Tam untuk membantu Sheeda namun Mak Tam hanya diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan ayah Sheeda.Sewaktu dalam perjalanan balik,Mak Tam memberitahu Ayah Sheeda yang gelang yang dipakai oleh Anaknya harus dibuang dengan memotong gelang tersebut sebelum dibuang dalam perigi yang ada dipulau besar.Mak Tam memberitahu lagi,Jika tidak diputuskan gelang tersebut dari tangan Sheeda,mahluk tersebut akan sentiasa bersama Sheeda sehingga satu masa Sheeda akan dikawal olehnya.Ketika tiba diperkarangan rumah Mak Tam,Ibu Sheeda menghubungi suaminya memberitahu keadaan Sheeda.Ayah Sheeda segera meninggalkan Mak Tam dan bertolak balik kerumah setelah mendapat tahu anaknya meracau dirumah.Sewaktu tiba,Ayah Sheeda melihat bilik bersepah diselerakan oleh anaknya dan ketika itu Sheeda menangis terisak-isak namun setelah melihat wajah ayahnya,Sheeda bangun dan menjerit kearah ayahnya sambil memberitahu agar tidak memisahkan dirinya dengan Gelang yang dipakai.


Ayah Sheeda semakin risau melihat keadaan anak nya manakala Ema yang turut berada dalam bilik kawan baiknya turut ketakutan melihat kelakuan Sheeda.Ibu Sheeda memberitahu Ema supaya balik berehat dirumah dan akan menghubunginya semula jika mereka memerlukan bantuan.Malam tersebut sekitar pukul 2.40 pagi Ayah Sheeda bangun dan pergi kebilik Anaknya dengan membawa gunting.dalam diam Ayah Sheeda mendekati anaknya untuk memotong gelang yang dipakai.Namun baru saja gunting menghampiri tangan,Sheeda terjaga dan bangun sambil merenung ayah nya dengan pandangan yang tajam serta menakutkan.Melihat keadaan anaknya begitu,Ayah Sheeda meninggalkan anak nya dalam bilik lantas mengambil wudhu dan melakukan Solat hajat.Ibubapa Sheeda terpaksa berjaga sehingga subuh kerana risau perkara buruk berlaku keatas anaknya.Ketika sedang leka menemankan Sheeda,Ibunya mengambil kesempatan menggunting gelang yang ada pada tangan Sheeda sehingga putus tanpa disedari oleh anaknya.


Akhirnya gelang tersebut berjaya dilepaskan dari tangan Sheeda.Keesokan harinya,Sheeda tidak lagi meracau cuma banyak mendiamkan diri.Sementara ayah Sheeda ditemani Ema dan kakak Sheeda bertolak ke Melaka untuk menghantar Gelang yang diambil oleh Sheeda sewaktu berada di Pulau Besar.Perjalanan terasa amat jauh walaupun ayah Sheeda memandu agak laju,jelas terasa kereta yang dipandu berat seolah-olah tujuh lapan orang yang menumpang bersama.Bertolak dari Johor bahru sekitar  9pagi namun tiba di Jeti Anjung batu sekitar 1 petang.kebetulan sewaktu tiba feri baru bersiap-siap hendak bertolak.Mujur lah mereka sempat walaupun terpaksa berhimpit-himpit didalam Feri.Ketika tiba,Ema membawa Ayah Sheeda dan kakaknya mencari Perigi yang kurang digunakan iaitu berhampiran pokok tidak jauh dari Makam Tok Putih.Ayah Sheeda berselawat sebelum mencampakkan gelang tersebut kedalam perigi.Mereka dikejutkan dengan bunyi kocakan air yang kuat dari arah dalam seakan-akan ada ikan besar didalamnya.Namun apabila mereka melihat kedalam tiada apa-apapun yang berada didalam perigi tersebut.


Sejak dari hari itu,Sheeda mula beransur pulih dan sihat seperti sediakala,Namun apabila ditanya soal Gelang dan perasaan nya sewaktu didampingi mahluk,Sheeda seakan lupa dan langsung tak mengingati saat dia pergi ke pulau bersama Ema.Ema bersyukur sahabat baiknya kini pulih seperti sediakala walaupun hasrat utama mereka sewaktu hendak ke pulau tidak berjaya.Sedikit pendapat dan renungan melalui kisah dua sahabat ini,Sebenarnya kita sendiri tidak menduga kehadiran mahluk ghaib sewatu berada ditempat asing.Kerana itu lah orang tua selalu berpesan agar menjaga tutur kata,tingkah laku dan berani biar bertempat sewaktu melangkah ke tempat yang dirasakan asing serta baru.Begitu juga dengan nama,Jangan sesekali terpekik memanggil nama rakan kita dengan kuat lebih-lebih lagi ketika malam sewaktu dalam hutan bimbang ada mahluk lain yang akan mengajuk nama dan memanggil kita.Sekian untuk misteri gelang keramat dari pulau besar.


Ahad, 2 Julai 2017

GADIS KILANG LUPA DIRI ANGKARA BUAH MANGGA NYA

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat anda semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia,Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri seram yang dilalui Seorang wanita yang juga rakan kerja kepada sahabat saya sewaktu bekerja disebuah kilang Elektronik disebuah daerah dalam negeri Melaka.Angkara terlalu kemaruk dan terpukau dengan keindahan sebiji buah mangga yang kelihatan amat mengiurkan diantara buah yang lain.Namun tiada siapa menyangka diatas keranuman buah tersebut rupa-rupanya dimiliki oleh seseorang yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan sudah pastinya milik Mahluk halus atau sekadar permainan Iblis untuk mengenakan Sesiapa sahaja yang dikehendaki.


Gara-gara sebiji mangga Liza hilang ingatan sehingga tidak mampu mengawal diri dan terpaksa dipasung untuk dibawa balik dimana terdapat sesuatu yang menyelinap kedalam tubuhnya sehingga bertindak diluar batasan dan dalam masa yang sama mengaibkan diri sendiri kerana tingkah laku luar biasa sehingga mengoyakkan pakaian yang menutup auratnya.Selama berberapa hari Liza terpaksa dikurung dan diasingkan dari sesiapa termasuk rakan-rakan kerjanya agar tidak bertindak melimpasi batasan.Selain dari tindakan luar biasa yang dilakukan,Liza juga meracau dengan kata-kata kotor,kesat dan adakalanya keluar bahasa yang sukar difahami.Namun setelah berberapa hari menderita dikawal oleh tenaga Halus,Akhirnya....


Kisah ini berlaku disebuah kilang membuat komponen Eletronik dimana sebuah department yang paling belakang di gerakkan oleh lapan tenaga kerja yang berjalan secara Syif dimana dua syif dibahagi kepada enam belas orang pekerja yang terdiri dari oprator wanita.Dibelakang kilang terdapat Sepohon mangga yang baru saja belajar berbuah walaupun telah berdiri disitu bertahun-tahun lamanya dengan pokok dan besar berserta dahan-dahan yang rendang membuatkan bahagian belakang kilang kelihatan gelap.Disitu juga dibina bangku sebagai lokasi rekriasi pekerja berehat dan santai ketika waktu minum petang dan sebagainya namun kurang mendapat perhatian kerana suasana nya yang agak suram dan sering dikaitkan dengan jelmaan Pontianak oleh pekerja-pekerja senior.


Liza merupakan pekerja baru dimana perkhidmatan nya baru menjangkau lapan bulan dan kebetulan Pokok mangga tersebut mengeluarkan buat kali pertamanya setelah kehadiran Liza dikilang tersebut.Pokok yang rendang dan berdahan panjang namun cuma berberapa tangkai sahaja buah yang kelihatan.Setelah berberapa bulan berbuah,kini buah sulung mangga tersebut mula menguning dan pastinya mengiurkan air liur pekerja-pekerja yang bekerja menghadap pokok tersebut,termasuk lah Liza...Tengahari tersebut Liza bersama berberapa orang kawan nya duduk dibangku yang disediakan oleh pihak Kilang untuk berehat sementara menunggu waktu makan tengahari tamat untuk memulakan kerja bagi sesi petang.Entah macaman seorang pekerja yang agak berumur Kak Tipah mengajak Liza mengait buah mangga yang mula kekuningan diatas pokok.


Sewaktu mengait Liza terpandang sebiji buah yang menguning sebesar Betis bergayut diantara daun yang rendang.Liza merahsiakan buah tersebut dari pengetahuan rakan-rakan nya termasuk lah Kak Tipah kerana Liza ingin memiliki buah tersebut seorang diri.Sewaktu bersama-sama dengan Kak Tipah mengutip buah yang gugur dengan tak semena-mena Kak Tipah tersungkur jatuh,Kak Tipah yang malu kerana belakang seluarnya comot kerana terduduk diatas tanah.Sambil mengagahkan diri untuk bangun,sekali lagi Kak Tipah terjatuh dengan bantuan Liza baru lah Kak Tipah mampu berdiri sambil duduk diatas busut memerhatikan Liza mengait buah yang lain.Kak Tipah berhenti dari mengutip buah yang gugur setelah memberitahu seperti ada seseorang menolaknya sehingga Jatuh.


Dalam kesempatan yang ada tanpa memperdulikan apa yang kak Tipah katakan Liza cuba mengait buah yang diidam-idamkan tadi.Namun berkali-kali dicuba seolah-olah buah tersebut terasa sukar hendak digugurkan.Walaupun cuma berberapa jengkal sahaja dari atas kepala namun Galah terasa sukar hendak menjatuhkan buah tersebut.Sewaktu menjolok-jolok buah tersebut Kak Tipah mengajak Liza kembali ke dalam kilang memandangkan waktu rehat telah tamat.Liza tidak mengindahkan kata-kata Kak Tipah dan meneruskan usahanya menjatuhkan buah yang satu-satunya menjadi tarikan matanya.Setelah semua rakan kerja Liza memasuki kilang,Tinggal lah Liza seorang diri mengait-ngait buah tersebut.Dan akibat geram dengan sebiji buah yang kelihatan degil untuk digugurkan,Bagai dirasuk Liza nekad untuk memanjat pokok mangga tersebut.


Dari dahan atas dapat lah Liza menyentuh buah yang di hajatkan.Sewaktu meragut buah tersebut tengkuk Liza tiba-tiba terasa kebas dan dalam masa yang sama terasa kebas-kebas dibahagian tangan dan kakinya.Tanpa disedari Liza terjatuh kebawah dan tidak sedarkan diri.Di kilang setelah setengah jam menjalankan tugas sewaktu lawatan penyelia Barulah mereka sedar Liza masih belum memasuki kilang.Kak Tipah mula risau kerana Liza masih belum berada di tempat kerjanya walaupun mesin telah bergerak selama setengah jam.Dan pekerja dibahagian terakhir iaitu bahagian kawalan kualiti menghentikan mesin atas arahan ketua Line yang mendapati satu bahagian tidak lengkap dipasang.Dan bahagian itu dikawal oleh Liza.Setelah mesin dimatikan Kak Tipah bangun bersama berberapa lagi pekerja keluar dari kilang tanpa pengetahuan Penyelia walaupun mengetahui tindakan mereka menyalahi syarat pekerja yang tidak dibenarkan keluar waktu bekerja selain waktu rehat.


Sewaktu tiba di bawah pokok mangga tersebut,Kak Tipah terkejut melihat Liza terbaring tidak sedarkan diri dibawah pokok bersama sebiji mangga yang luar biasa besarnya serta jauh berbeza dari buah yang diambil oleh Kak Tipah.Kak Tipah tidak lagi menghiraukan buah tersebut apabila terus memerpa kearah Liza diikuti rakan-rakan yang lain.Berkali-kali kak Tipah mengerakkan badan Liza namun tetap kaku tak sedarkan diri.Sehingga lah penyelia datang menemui mereka.Ketika itu penyelia meminta agar Liza diangkat dan dipindahkan ke bilik rawatan sementara di kilang tersebut sebelum Kak Tipah membasahkan kain dan mengelap wajah Liza.Ketika itu Liza bangun dan dengan tak semena-mena menolak Kak Tipah yang berusaha menyedarkan dirinya.Perbuatan aneh terjadi keatas Liza dimana dia tiba-tiba memaki hamun rakan-rakan kerja nya dengan perkataan kotor serta kesat.Kak Tipah cuba menenangkan Liza dengan memeluknya.Tubuh Kak Tipah yang semangat tersungkur ditolak hanya dengan sebelah tangan oleh Liza.


Melihat keadaan bertambah serius penyelia melaungkan Azan di telinga kanan Liza namun Berberapa saat sahaja Azan di laungkan Muka Penyelia di tampar dengan kuat oleh Liza.dengan bantuan rakan sekerja,Liza dipegang beramai-ramai agar tidak bertindak di luar dugaan,Baru lah  penyelia berjaya melaungkan Azan dan keadaan Liza mula lemah dan terbaring semula.Melihat situasi begitu,penyelia bersama Kak Tipah menghantar Liza balik kerumah.Sewaktu dirumah Liza mula pulih dan sedarkan diri.dimana dia mampu berkata-kata seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang ngeri.Liza tersentak ketika diusung kedalam rumah.Dan menangis.setelah di tenangkan oleh kak Tipah dan ibu nya.Baru lah Liza mula bercerita memberitahu sewaktu menjolok buah mangga seorang nenek seakan melambai-lambai kearahnya untuk memanjat pokok mangga tersebut.


Namun setelah buah yang diidam kan berjaya dipetik Nenek tersebut menendangnya sehingga terjatuh dan lupa akan keadaan sekeliling.Setelah memastikan Liza kembali seperti biasa Penyelia bersama Kak Tipah kembali ke kilang meneruskan kerja.Sehingga lah tamat waktu bekerja sekitar 7.30 petang.Kak Tipah menerima satu panggilan dari Ibu Liza memaklumkan Liza mula meracau dan mengamuk didalam rumah dengan menghempas buku-buku,mengoyak kan pakaian serta mengamuk mengetuk-ngetuk dinding bilik sebelum duduk dan ketawa seorang diri dengan bunyi yang menakutkan.Mendengar berita tersebut malam tersebut Kak Tipah bersama suaminya melawat Liza dirumah.sewatu tiba di perkarangan rumah.Kak Tipah terdengar mendayu-dayu sendu seseorang menangis dari dalam rumah.Kak Tipah memberi salam dan terus menerpa masuk kedalam rumah untuk memastikan keadaan Liza rakan baik sekilang dengan nya.


Disitu kelihatan adik-adik Liza begitu resah melihat keadaan Liza yang terpaksa dikurung oleh ibunya.Kak Tipah hairan dan bertanya kepada ibu Liza.Ibu Liza memberitahu dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang Liza bertindak keluar dari rumah dan memudaratkan dirinya sendiri.Kak Tipah berbincang dengan suaminya,Suami kak Tipah Abang Samad bekas Tentera meminta izin dari Ibu Liza untuk menjenguk Liza dari pintu bilik.Sewaktu melihat keadaan Liza,Abang Samad tiba-tiba beristifar panjang dan terus mengundurkan diri.Setelah mendapatkan Kak Tipah dan ibu Liza,Abang Samad memberitahu Liza bukan keseorangan dalam bilik,akan tetapi bersama seorang jelmaan wanita berwajah buruk memeluknya dari belakang.Abang Samad berbincang dengan ibu Liza untuk menjemput seorang kenalan Abang Samad yang juga merupakan seorang Ustaz.Atas persetujuan ibu Liza,Abang Samad meninggalkan Kak Tipah bersama ibu Liza dan pergi menemui Ustaz Mahdi.


Setelah hampir dua jam berlalu Ustaz Mahdi tiba bersama Abang Samad.Baru sahaja Ustaz Mahdi memijak kawasan rumah,Liza meracau sekali lagi namun kali ini lebih tertumpu kepada Ustaz Mahdi,dengan memaki hamun,menyumpah seranah Ustaz Mahdi.Sambil terpekik-pekik menghalau Ustaz.Bersama ibu Liza,Kak Tipah dan abang Samad sendiri mereka memasuki bilik Liza dan menguncinya dari dalam agar Liza tidak berlari keluar.Ustaz Mahdi mula membaca ayat-ayat Ruqyah didalam bilik sambil menepis-nepis tubuh Liza dengan kain serban nya.Ustaz Mahdi bertanya siapa yang berada dalam tubuh Liza,berkali-kali ustaz bertanya baru lah Liza menyahut dan memberitahu namanya.............. dan memberitahu Ustaz yang liza melakukan kesalahan kepadanyaDimana sewaktu berada diatas pokok mangga Liza ada tersebut namanya kerana itu dia mudah memasuki tubuh Liza walaupun Liza tidak pernah meninggalkan Solatnya kecuali Uzur.


Mahluk berkenaan turut memberitahu Liza merampas buah mangga hak miliknya dimana buah tersebut tidak kelihatan pada pandangan sesiapa namun entah macamana Liza seorang yang nampak sambil beria-ria mendapatkan nya walaupun mahluk berkenaan telah memberi amaran dengan menepuk kepala Kak Tipah.dimana Liza menunding jari tepat kearah kak Tipah.Ustaz Mahdi meminta agar Mahluk berkenaan meninggalkan Tubuh Liza.Namun sekali lagi Ustaz di sergah dengan cakaran kuat nyaris mengenai wajah Ustaz Mahdi.Ustaz berundur selangkah kebelakang dan terus melibas Liza sekali lagi dengan Serban nya.Liza meraung dan mula menangis,Namun tangisan seram Liza diselang dengan ketawa yang menakutkan.Ustaz meminta sekali lagi agar Mahluk tersebut meninggalkan tubub Liza sebelum dia bertindak kasar.


Mahluk tersebut tetap berkeras dan tidak mahu melepaskan Liza,kerana begitu sakit hati kepada Liza.Ustaz duduk bersila menghadap Liza dan membaca kembali ayat-ayat suci tanpa henti mulanya Liza ketawa sambil mengajuk-ngajuk surah yang dibaca namun semakin lama,Liza mula menangis dengan kuat sambil menarik-narik bajunya.Ustas hanya tunduk dan meneruskan bacaan Rugyahnya.Begitu juga Abang Samad terpaksa berpaling dari memandang kearah Liza.Kak Tipah mencapai sehelai kain batik dan menutup tubuh Liza.Semakin lama kelihatan Tubuh Liza menjadi lemah dan sesekali menjadi kejang dan pulih semula.Ustaz meminta agar Ibu Liza menyediakan sebotol air putih dan segenggam beras.Setelah mendapat semua yang di minta,Ustaz membuka penutup botol dan menyambung bacaan nya.Sehingga lah Ustaz bangun dan berdiri dihadapan Liza.Dengan Takbir Ustaz Mahdi mebabur beras kearah Liza,Ketika itu Liza menjerit dengan sekuat hatinya sambil menjerit dengan suara yang nyaring.


Ketika itu Ustaz bercakap dengan suara agak kasar dan meminta Mahluk tersebut segera keluar dari tubuh Liza.Dengan tak semena-mena tubuh Liza kejang sekali lagi dan mengangakan mulutnya,Tiba-tiba terkeluar air liur yang banyak dari mulut Liza.sehingga lah Liza menjadi Lemah dan tumbang diatas riba ibunya.Ustaz berhenti membaca surah dan membuka pintu bilik.Ustaz duduk diruang tamu bersama dengan Abang Samad.Ustaz memberitahu Ibu Liza,jika Liza sedarkan diri biar diberi minum air yang telah didoakan.Dan meminta agar Liza membuang buah mangga yang ambilnya.Liza mula sedarkan diri namun masih lemah.Ketika itu Ibu Liza memberi air yang di doakan oleh ustaz untuk di minum.Setelah semuanya selesai,Ustaz Mahdi pun balik dengan dihantar oleh abang Samad dan Kak Tipah.Manakala Liza mula bangun dan memeluk ibunya.

[Sekadar Hiasan]


Dua hari Liza tidak hadir ketempat kerja kerana tubuhnya masih terasa penat dan bisa-bisa.Namun pada hari ketiga Liza telah pulih sepenuhnya dan bekerja seperti sediakala.Di kilang Liza tetap seperti biasa dengan sikap mesra dan riuhnya,Sememang sejak mula bekerja disitu lagi Liza dikenali dengan sifat peramah serta cerianya.Namun setelah peristiwa hitam dalam tubuhnya Liza tidak lagi berminat untuk menikmati Mangga muda cicah sambal kicap.Dan atas arahan serta lapuran oleh penyelia,sebulan selepas peristiwa aneh menimpa Liza,Pokok Mangga tersebut telah di tebang dan disingkirkan dari kawasan Kilang.Sehingga lah berberapa tahun berlalu dimana Liza telah bertemu jodoh dan terpaksa meninggalkan kenangan indah bersama rakan baiknya termasuk Kak Tipah yang banyak membantunya.Dimana Liza terpaksa berhenti kerja kerana mengikuti suaminya bertugas di negeri lain.


Kisah ini diangkat kembali melalui pengelaman nyata Kak Tipah yang menjadi saksi atas kejadian misteri yang menimpa Liza,rakan baiknya dan merupakan adik angkat kak Tipah lantaran keakraban mereka.Melalui pendedehan kembali oleh Kak Tipah,Saya karangkan semula dalam bentuk blog sebagai pedoman dan pengajaran kepada kita semua akan kebenaran kewujudan mahluk halus diatas muka bumi ini.Sekian


CARA MUDAH HASILKAN 1800 RINGGIT HANYA DI RUMAH

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.Bertemu kembali  dalam Pulau Rahsia.untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah topik mengenai Duit.Tak kira lah dalam nilai Ringgit,Rupiah,Dollar,Yen dan sebagainya selagi ia bernama duit selagi itu lah ia menjadi satu kepentingan serta kewajiban dalam kehidupan dizaman ini.Dengan Duit manusia mampu berubah berbagai rupa serta gaya.

Catatan ini dikarang melalui cetusan akal fikiran saya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa,Dan saya karang khas untuk orang yang ingin memiliki duit lebihan tanpa disedari serta berberapa panduan khas menguruskan keuwangan agar tidak menjurus kearah pembaziran.Sekali lagi saya nyatakan,Karangan ini khas untuk insan seperti kami yang berusaha menambah angka-angka dalam simpanan Bank.



Dan saya minta maaf jika yang terjumpa atau membaca karangan ini merupakan seorang jutawan,Mungkin anda tersalah saluran.kerana topik disini lebih menjurus kepada idea menambah pendapatan dan bukan nya melebarkan Keuwangan.Baik lah sebelum itu saya ingin senaraikan kata kunci utama dalam usaha menambah pendapatan atau keuwangan tanpa sedar.


~ SASARAN / TUJUAN DAN IMPIAN

pertamanya anda harus lah memiliki keinganan atau lebih mudah saya katakan sebagai sasaran.Tanpa sasaran kita tidak akan berusaha memburu duit.Sebagai contoh ingin memiliki sebuah komputer riba,Sebelum nya kita harus setkan terlebih dahulu sasaran utama tadi pada fikiran dalam angan dan nyata seperti menampal gambar komputer tersebut pada dinding bilik tidur.Letak kan gambar sasaran bertentangan dengan arah katil atau bantal dimana gambar tersebut akan menjadi titik pandangan sebelum mata terlena dan menjadi pemangkin semagat bermula dari mula mata celik saat bangun dari tidur.



Suatu perancangan tidak semestinya membeli sesuatu.Hendak memiliki keuwangan yang mantap juga harus mempunyai perancangan,Bagaimana cara yang harus kita lakukan untuk memiliki apa yang disasarkan.Harus kita ingat,Impian yang kita angankan haruslah bertepatan dengan diri sendiri,Sebagai contoh kita ingin punyai simpanan tunai sebayak 1JUTA dalam bank,Tetapi sasaran kita pula dalam masa ENAM bulan.Kesudahan nya kelak akan menemui kegagalan!.



~ STRATEGI /PERANCANGAN


keduanya kita haru mempunyai strategi yang jitu,selain dari wang gaji yang diterima setiap hujung bulan apa lagi usaha yang harus kita lakukan selain mengharap sisa gaji.Mungkin juga dengan menambah cabang sumber aliran duit seperti membuat kerja sambilan,berniaga online dan sebagainya,Pada awalnya memang akan berasa penat,Susah,Segan dan sebagainya Sebab itu saya jelaskan diatas wajib ada sasaran.Bila kita rasa negatif cuba kembali kepada sasaran atau tujuan utama kempen kita,Maka secara sendirinya semangat akan bangkit kembali.



Mengasingkan duit poket harian kepada berberapa bahagian atau berkempen sebagai contoh,Kita kempen RM10.00 sehari,Sebelum kita berbelanja asingkan terlebih dahulu Not 10 dari kocek ataupun beg duit.Kiranya kebiasaan duit belanja harian RM 20.00 sehari,bila dah asingkan RM10.00 maka bakinya tinggal RM10.00,Jadinya kita harus bijak agihkan 10 tadi untuk makan tengahari dan minum petang antara cukup atau tidak terpulang pada diri sendiri untuk disiplinkan duit yang diasingkan tadi.



~ PENGURUSAN KEUWANGAN


Bahagian ini yang paling menarik dan utama bagi saya,Kenapa saya katakan ianya menarik?Cuba kita renungkan kembali,Hari ini ramai diluar sana malah saudara mara mahupun adik beradik sendiri yang mempunyai gaji yang lumayan kadang kala lebih dua tiga kali ganda dengan gaji kita  TETAPI apabila kita lihat kehidupan mereka memang kelihatan mewah dengan segala kelengkapan semua ada termasuk dua tiga buah kereta rumah besar dan sebagainya.Dari mata kasar kita mengatakan mereka kaya raya.Tapi pada hakikatnya boleh bandingkan berapa baki tunai dari gaji mereka dengan anda setiap hujung bulan.


Setiap kali gaji,Pertama sekali yang terlintas pada fikiran ialah HUTANG,Hutang sajenis wabak yang amat popular dizaman ini,Hari ini tak kira miskin kaya ada kereta,rumah semua melalui hutang.Disitu saja kita dah habiskan sebahagian dari pendapatan kita.Nak tak nak harus terima dan hadapi.Dah terlanjur buat,teruskan saja,susah sekarang pasti disudahi dengan kesenangan.


Satu lagi punca kegagalan Dalam pengurusan keuwangan yang tidak atau jarang orang ambil tahu,Fakta ini saya simpan melalui nasihat rakan baik saya sendiri.Antara punca kebocoran keuwangan yang paling merbahaya ialah melalui perbelanjaan kecil-kecil,sebagai contoh,Suatu hari kita kesebuah bandar atas urusan penting.


Dalam poket ada 1000 ringgit Tunai.Sewaktu dalam perjalanan isi minyak RM60.00,Singah di mini mart pam minyak beli air RM 2.50 Capai pula surat khabar RM1.5O Kena-kena pula seorang perokok,dengan sebungkus rokok RM17.00  disitu saja kita dah cair kan sebanyak RM 81.00 maksudnya RM 21.00 telah kita leburkan begitu sahaja selain dari tujuan asal.bermakna jumlah yang dibawa telah berkurangan kepada RM929.00 dari nilai asal


Kadangkala perkara kecil begini kita tak fikir memandangkan ianya dalam nilai sedikit namun yang sedikit itu lah punca Kebocoran keuwangan.Selain dari itu,Masih dalam bab pengurusan keuwangan.kita harus bijak menguruskan keuwangan dengan menjadi pembeli dan pengguna bijak.Buat tinjauan terlebih dahulu,Setelah membuat tinjauan baru lah buat rumusan yang mana lebih berbaloi sebab kadang kala kita lihat harga sesuatu disetiap kedai berbeza-beza.Dengan membuat sedikit tinjauan maka kita akan menemui keinginan pada kualiti terbaik serta harga yang lebih tepat dan Murah.



~ MENABUNG CARA KONSISTEN/ DISIPLIN


Sama seperti yang saya nyatakan pada topik kedua tadi,Menabung secara konsisten atau disiplin,Maksudnya kita harus setkan tempoh sasaran kita,kiranya pada Januari tahun 2017 kita akan capai sasaran kita dan memiliki apa yang dihajatkan,Caranya buat satu Tabung yang betul-betul selamat,Selamat maksud saya bukan dari dicuri orang.tetapi selamat dari tangan lalai kiya sendiri.Guna kan gambar serta kata-kata perangsang sebagai penghias tabung.kedua letak kan tabung berhampiran dengan almari pakaian agar setiap kali kita menyalin pakaian setelah balik dari kerja,Perkara pertama yang kita ingat masuk kan duit yang diasingkan dari duit belanja harian.

[Sekadar Hiasan]


Nilaikan kan kempen yang hendak dijalan kan,seperti dalam gandaan RM 10.00,RM20.00 atau lebih murah dan tidak membebankan kita ialah RM5.00. Setiap hari kita berbelanja termasuklah ketika waktu gaji,sewaktu menambah bekalan barang dapur di pasaraya,Set kan Not RM 5.00 tu.saya sendiri  guna kan nilai ini sebagai tabung hiburan.Setiap kali berbelanja jika ada not RM5.00 cepat-cepat asingkan,biar lah kawan-kawan kata gila RM5.00 hantu Lima ringgit dan sebagainya.kadang kala saya sengaja tukarkan duit 10 atau 20 kepada 5ringgit semata-mata minat akan not RM5.00.


Mengikut kiraan saya,Saya lebih suka sasarkan selama setahun.Jadi jika sehari saya boleh asing kan SEHELAI DUIT LIMA RINGGIT,dalam masa sebulan dah ada RM150 X 12 BULAN =RM1,800.00 kan....bermakna jika saya berimpian membeli sebuah komputer Riba dah mampu walaupun dengan RM5.00 sahaja sehari.dalam tak sedar melalui duit saki baki belanja harian RM5.00 sahaja! .Jika dapat lebih lagi baik seperti kita berkempen RM 20.00 sehari cuba bayangkan jumlahnya dalam setahun RM20.00 X 30 HARI X 12 BULAN =RM 7,200.00 satu nilai yang besar dengan mendisiplin kan aliran keuwangan kita sahaja.


Jadi tidak lah berulang seperti tahun-tahun yang berlalu,apabila di tanya apakah kejayaan kita sepanjang tahun lepas,dari segi simpanan keuwangan tak lah kita tepuk dahi lagi.Berbalik kepada soal DISIPLIN kenapa saya katakan DISIPLIN memain kan peranan amat penting dalam rutin menabung? SEBAB nya,lumrah kehidupan manusia apabila kita  tengah seronok menabung akan ada masaalah yang datang cuba mematahkan semangat kempen kita.Baru simpan sebulan boleh pula putus wang saku,Jadi apabila kita tidak tanamkan istilah displin dalam diri,ketika itu lah dengan mudahnya tangan nak umpil tabung.Kerana sekali kita gagal patuhi disiplin,maka berterusan lah kita malas nak menyimpan kembali.



~ LAKSANAKAN KONSEP BERNIAGA DENGAN DIRI SENDIRI DARI RUMAH


Panduan ini sesuai untuk kaki lepak warung mamak malam-malam atau kaki ngeteh pagi-pagi.Pernah tak kita fikir sejak zaman belajar dahulu berapa dah duit yang kita sia-siakan dengan hanya melepak di warung-warung untuk bersembang atau menemui kawan-kawan? Setiap kali kita duduk diwarung untuk melepak pasti paling tak ada pun secawan kopi atau secawan Teh yang kita pesan.memang betul pun,tak kan lah lepak kat warung mamak setakat berbual kosong layan WIFI percuma,lama- kelamaan kita sendiri akan segan dan malu.pernah tak kita amalkan sikap minum lepas tu tinggalkan tanpa membayar? Pasti tidak bukan.


Kenapa tidak kita amalkan konsep berniaga dal rumah? Disini saya huraikan,Buat satu tabung khas untuk perniagaan mini anda dirumah,kamudian letak kan tabung tersebut di atas peti ais atau rak menyimpan kelengkapan minuman seperti gula susu dan sebagainya.Amal kan konsep ini,Beli berberapa serbuk minuman seperti Ali Cafe dan sebagainya,setiap kali hendak minum air tersebut masuk kan RM2.00 Dalam tabung niaga anda!.Sama juga halnya jika anda ingin melepak di warung mamak,Ambil sepeket Ali Cafe dan masuk kan RM2.00 dalam tabung,Jadi ketika diwarung kita cuma minta air panas saja pada harga RM 0.30 sen.


Walaupun sepanjang malam lepak disitu pun anda tak rugi apa-apa kerana anda dagangkan barang anda sendiri.Dalam konsep ini pun kita harus berdisiplin,Jangan fikir serbuk kopi atau teh tersebut milik anda.Tetapi bayangkan itu milik kedai yang akan anda kunjungi.jadi tidak lah kita suka ambil dulu bayar kamudian,hujung-hujungnya kopi 3IN 1 habis duit entah kemana.Cuba jangan usik tabung niaga anda selama mana tempoh kempen yang anda setkan.jika bekalan habis,tak perlu lah pecahkan atau koyak kan tabung anda,Biar saja duit niaga anda kekal disitu.Gunakan sumber lain melalui peruntukan barang dapur anda.


Pokok pangkalnya pada hati sendiri,Jika kita ingin wujudkan aliran keuwangan pasif kedalam rumah mahupun simpanan,Wajib ada sasaran dan perancangan.Walaupun dengan usaha sedikit yang penting berterusan tanpa jemu pasti apa yang kita hajati akan tercapai.Kita juga harus bijak menggunakan kuasa ganda duit.


Sekian untuk perkongsian kali ini,semoga ada diantara karangan saya yang memberi manfaat buat sesiapa sahaja.Apa yang saya karang adalah melalui pengelaman saya sendiri serta hadir melalui pemikiran saya.Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu atas kejahilan saya.Semoga berjaya menerbitkan aliran  serta aura DUIT kedalam Rumah anda.