Sabtu, 25 November 2017

DITUMPANG POCONG PUKUL 2 PAGI DARI TOL TANGKAK

Asalamualaikum dan salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini,saya akan kongsikan sebuah kisah misteri Mahluk halus berbau tanah lembab menumpang bersama sewaktu melaui jalan dari tol Tangkak ke Muar Johor.Kisah ini berlaku dalam setahun dua yang lepas di mana ketika itu Saya menghadiri masyuarat tahunan serta annual dinner syarikat dimana saya berkerja di Damansara Kuala Lumpur.


Masyuarat bermula dari pukul 9 pagi bertempat di Damansara Club House,bermacam topik di bahaskan oleh wakil syarikat daripada pemasaran sehingga lah prestasi syarikat yang dibentang kan oleh Tuan Pengerusi syarikat.Akhirnya masyuarat tamat sekitar 3 petang dan kami dibenarkan untuk kembali ke Hotel untuk berehat kerana sebelah malamnya akan diadakan jamuan makan.Dari Melaka cuma kami berdua dimana rakan saya akan bermalam di Hotel yang disediakan oleh syarikat.manakala saya mengambil keputusan untuk balik selepas majlis selesai.


Pukul 8 malam kami bertolak ke Damansara Club House untuk Acara seterusnya disitu saya lihat dewan telah dipenuhi dengan kehadiran staff- staff lain yang juga merupakan pengurus dan penyelia bagi setiap cawangan syarikat.Majlis berjalan dengan lancar namun saya harus balik memandangkan waktu semakin lewat.Namun dihalang oleh rakan-rakan kononnya ada acara yang menarik serta cabutan tiket bertuah masih belum selesai.Akhirnya saya mengalah dan duduk kembali melihat persembahan sambil menikmati makanan beraneka jenis yang tak putus-putus dihidangkan oleh pekerja hotel.


Sekitar 11 malam saya meninggalkan majlis untuk balik.melalui Tol Sungai besi saya meneruskan perjalanan seorang diri dan malam tersebut lalulintas kembali normal mungkin kerana keesokan hari nya adalah Perayaan Tahun Baru Cina.Menempuh perjalanan yang jauh seorang diri sememangnya agak membosankan ditambah pula jalan yang basah akibat Hujan jadi tak dapat lah nak laju.Setelah memandu berberapa ketika saya singgah di kawasan rehat dan rawat seremban untuk berehat sambil menikmati kopi panas.Perjalanan masih jauh namun hujan mulai turun renyai-renyai.setelah berehat berberapa ketika saya meneruskan perjalanan sehingga lah saya tiba di tol Tangkak sekitar 2 pagi.


Setelah melimpasi plaza tol saya memasuki laluan ke arah Muar.Bersama saya ketika itu ada sebuah Honda Accord yang keluar dari plaza tol menuju kearah muar.Namun saya agak kecewa kerana kereta tersebut memecut laju meninggalkan saya seorang.Sepanjang perjalanan jalan raya amat sunyi dan sepi tanpa ada cahaya lampu kenderaan lain yang memotong saya mahupun berselisih sepanjang perjalanan.Sehingga lah saya menghampiri laluan memotong iaitu laluan berkembar,Entah kenapa tiba-tiba hati terasa lain macam sangat.Nak berhenti tempat gelap dan sunyi,Saya teruskan perjalanan tanpa memikirkan soal seram dan sebagainya.Tiba-tiba berhampiran sebuah kilang yang saya tak pasti kilang apa,terasa kereta menjadi berat,tekan minyak lebih dari biasa sehingga terasa enjin mengaum namun tetap masih pada takat 60km/j.


Saya mula merasa hairan,tak mungin kereta rosak kerana masih dalam jaminan serta baru berberapa hari saya buat servis mengikut jadual yang ditetapkan.Sambil berfikir,bulu roma dibahagian tengkuk tiba-tiba terasa berdiri disambung pula dibahagian lengan.Ketika itu tiba-tiba dalam kereta berbau busuk yang amat,bau seperti bangkai dalam paya.Saya menekan suiz tingkap untuk mengeluarkan bau tersebut namun entah kenapa boleh terkunci pula.Jadi nak tak nak terpaksa tahan lah bau yang amat busuk tersebut.Ketika membetulkan muncung semburan penghawa dingin dalam kereta,mata saya terperasan seperti susuk tubuh seseorang duduk ditempat duduk belakang!.


Saya menoleh kebelakang namun tiada sesiapa yang duduk di tempat duduk belakang,Namun sewaktu memandang kearah hadapan tiba-tiba kereta seperti menyasar kearah selekoh,Mujur saya sempat menekan brek dan jika saya laju pasti akan berlaku sesuatu yang buruk.Setelah membetulkan arah kereta saya meneruskan pemanduan tanpa menoleh kebelakang.Ketika itu perasaan takut bukan main-main lagi,entah kenapa malam tu saya boleh jadi penakut.


Baru berberapa saat meneruskan perjalanan,tiba-tiba kereta bergegar dan masih terasa berat.Apa yang terlintas pada fikiran saya ketika itu sekeping Cakera padat bacaan ayat-ayat suci Al quran.Saya membuka kotak simpanan CD dan mencari CD tersebut,boleh pula masa-masa tu CD tu tak jumpa.Dalam hati begitu berharap agar ada kereta yang lalu namun dari hujung jalan kelihatan gelap tanpa ada cahaya dari lampu kenderaan menuju kearah saya begitu juga belakang.Bermacam bayangan bermain diingatan,kenapa kereta tak boleh laju?,kenapa satu kenderaan pun tak nampak.Terdetik dalam hati untuk laungkan Azan,Sambil memandu saya laungkan Azan sekuat yang boleh,Setelah itu saya terpandang samar-samar cahaya motorsikal dari arah hadapan.


Semakin lama semakin dekat,Dalam hati mula gembira kerana ada insan lain yang melalui jalan tersebut waktu-waktu begitu,Namun semakin lama saya kehadapan,cahaya motorsikal tersebut tetap seperti jauh,Saya berharap dapat menahan motorsikal tersebut.Namun apabila cahaya motorsikal tersebut menghampiri saya rupa-rupanya hanya cahaya lampu yang malap kekuningan namun bukan motorsikal seperti yang saya harapkan.Aduh....berkali-kali saya gunakan jalan tersebut dari.Muar untuk ke Kuala Lumpur atau ke Johor Bahru melalui lebuhraya,dan itu lah kali pertama saya diduga.


Surah tiga Qul,ayatul Qursi dibaca untuk menenangkan hati,bayangkan dari tol Tangkak sehingga ke kawasan tanah perkuburan Cina boleh memakan masa satu jam lebih...terasa macam jalan kaki pula.tak Cukup kereta terasa berat,dengan bau busuk semacam saya diduga lagi tiba-tiba sehelai kain putih seperti diterbangkan angin melayang melintasi depan kereta,Nak kata hantu bukan sebab jelas sehelai kain putih.Selesai limpasan kain tersebut betul-betul bersebelahan ladang getah selepas kubur dimana kebiasaan tempat orang berjual durian,sebuah lori Bonded memintas saya dari arah belakang sambil menekan hon berkali-kali.


Selepas lori tersebut memintas saya baru lah kereta kembali normal dengan kelajuan seperti biasa bau busuk pun hilang.Dan yang peliknya ketika itu ramai pula kereta yang lalu lalang.Dibandingkan tadinya bagai jalan mati dengan satu kenderaan pun tak lalu.Sekitar 3.30 pagi baru lah saya tiba dirumah.Namun ketika itu rumah sunyi kerana semua dah lena dibuai mimpi.Saya hanya baring di sofa kerana bimbang ada benda lain yang ikut balik tambahan pula ketika itu anak sulung baru berusia berberapa bulan.Dan satu lagi hadiah yang saya terima akibat gangguan malam tersebut,dimana seluruh badan seram sejuk urat-urat menjadi bisa.Selama dua hari saya cuti sakit akibat demam panas.



KISAH RINGKAS MISTERI POCONG


[Jelmaan nyata pocong dibalik tingkap setelah di pasung mahluk halus ketika tidur]


KISAH kedua ini berlaku seminggu selepas kejadian dijalan Tangkak Johor,Ketika itu saya baru balik dari Melaka tiba di rumah[ketika itu saya masih menetap di Muar] selesai mandi saya naik ke bilik manakala isteri dan anak tidur di bawah kerana isteri masih berpantang anak sulung.mulanya saya naik keatas untuk mennyiapkan kerja,namun entah kenapa tiba-tiba terasa mengantuk,saya baring diatas katil walaupun bukan merancang untuk tidur diatas.Namun entah bila saya terlelap sehingga berlaku sesuatu yang luar biasa.

(Sekadar hiasan)



Ketika itu tiba-tiba terasa seperti sesak nafas dan badan menjadi kaku,saya sebenarnya sedar,mata celik namun tak mampu bersuara dan bergerak.Terasa seperti di pegang oleh lima enam orang.Saya cuba menjerit namun tiada patah kata yang keluar sehingga lah terpacul Nama Allah dari mulut dan serta merta saya mampu bangun dan duduk menyandar.Seluruh badan terasa seperti sesemut dari kaki sehingga atas kepala terasa seperti berdetik-detik bagaikan dikerumuni longgokan semut.berkali-kali saya beristifar sambil mengusap dada akibat peristiwa tadinya.


Sewaktu duduk sambil mengusap dada tiba-tiba terasa seperti ada seseorang memerhatikan saya dari luar tingkap,saya bangun dan cuba memerhatikan keadaan luar namun tiada sesiapa yang berada disitu.Sewaktu berpaling kembali ke meja kerja terlihat dari alis pandang satu susuk tubuh berdiri di balik tingkap,saya berpaling untuk melihat ternyata Berdiri tegak susuk tubuh berbalut kain putih tak ubah seperti pocong diluar tingkap.Mujurlah ketika itu jelmaan berkenaan tak memandang tepat kearah saya,jika tidak entah lebih teruk dari minggu lepas sewaktu balik dari Kuala Lumpur!.Melihat keadaan begitu saya segera tinggalkan bilik dan turun ke bilik bawah.


Dua kisah nyata antara kisah-kisah seram misteri yang telah saya lalui sendiri,Melalui pengelaman serta serba sedikit pengetahuan saya tentang kewujudan mahluk halus,kebiasaan nya ada sebab mengapa kita diganggu oleh mahluk tersebut,diantaranya kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti kita dari luar dan kemungkinan hanya fikiran saya,kebetulan ketika itu saya baru tersedar dari tidur walaupun bangun dengan terpaksa dan mungkin mata masih khayal jadi ketika itu saya terlihat bayangan pelik yang mungkin terhasil dari biasan mata.Dimana-mana pun ada nya mahluk halus cuma kita,jika semangat kita kuat,mahluk seperti itu tidak akan berani menunjukan wajudnya dihadapan kita,tetapi jika semangat sememangnya lemah,maka dengan mudah lah kita dipengaruhi jelmaan mahluk halus,kadangkala benda yang tiada kaitan pun boleh membangkitan kan rasa takut.


Kesimpulan nya,kita harus tenang,jangan ikutkan hati jika berhadapan situasi seperti yang saya alami sewaktu dalam perjalanan balik dari kuala Lumpur,mungkin kerana suasana jalan yang sunyi,jadi bermacam perkara bermain difikiran,cuba bayangkan jika kereta banyak lalulalang,pasti tiada perasaan takut mahupun seram.Sentiasa tenang ketika berhadapan situasi seperti itu,agar kemalangan dapat dielak.Sebenarnya ramai mangsa-mangsa gangguan mahluk halus jalan raya yang saya dengar namun kebanyakannya melalui bayangan.Tidak dinafikan,dimana ada manusia disitu ada Jin dan Iblis.Semoga anda semua terhindar dari sebarang dugaan mahluk.

MISTERI SERTA KEINDAHAH TERAS BERLIAN SARAWAK

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semua.kembali dalam siaran Lagenda  Pulau Rahsia.Untuk Singkapan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah menarik mengenai kayu Berlian.saya pasti ramai yang pernah dengar dan mengetahui tentang sejenis kayu yang amat popular di Sarawak.Dan mungkin ada juga yang baru tahu dan belum pernah mendengar apalagi melihat rupa kayu ini.

Kayu Berlian merupakan teras kayu yang amat keras,berwarna hitam,coklat seperti kayu biasa.namun kenapa ianya begitu unik sekali? Tahukah anda?Kayu berlian ini akan melalui berberapa proses sebelum digunakan dalam sektor pembinaan atau pertanian.setelah pokok ditebang,Kebiasaan nya,pengelaman saya sendiri,kebiasan arwah atuk akan mengikat berberapa batang berlian sebelum merendankan nya didalam air bagi memisahkan kulit dari batangnya.

Setelah berminggu malah kadangkala berbulan baru lah diangkat dan dipisahkan kulit sehingga meninggalkan teras kayunya.Setelah dibersihkan,ianya akan dijemur terlebig dahulu bergantung pada kegunaan dan tempah.dari segi pertanian pula,terpulang kepada tuan punya sama ada memisahkan kulit dari batangnya ataupun terus digunakan begitu sahaja.Antara yang paling ramai menggunakan nya di Sarawak ialah sebagai tiang atau penyokong tiang lada agar lada hitam boleh berdiri dan meliar di segenap batangnya.


Pokok lada hitam yang telah ditunaskan akan disemai di sebelah tiang berlian ini,setelah lada hitam nembesar ia akan meilit tiang dan memudahkan urusan penjagaan lada Hitam.Bukan setakat lada Hitam,dari sektor pembinaan juga amat memerlukan tiang ini sebagai tiang atas rumah.Keistimewaan kayu berlian ini,ia amat keras dan tidak akan mudah reput serta tidak akan rosak walupun di huni anai-anai,mungkin kerana sifat kerasnya membuatkan anai-anai susah hendak mengancurkan nya.


Dari segi mistiknya pula,Saya temui banyak sangat edisinya,Kaum Iban cakap lain,Bidayuh lain,melanau lain,kayan pula lain.KAYU BERLIAN ini dipercayai mempunyai kuasa mistik yang digeruni oleh haiwan buas ataupun Mahluk halus.Antara kisah-kisah yang pernah saya terima,Konon nya si pembawa kayu berlian ini tidak akan berjumpa atau terserempak dengan Hariamu.melalui pengelaman orang lama pula ketika berburu simpan kan dulu sebarang perhiasan dari kayu ini bimbang akan membuatkan haiwan buruan akan pergi jauh kerana menghidu bau dari kayu ini.

(TERAS BERLIAN)


konon nya suatu masa dahulu pemburu menggunakan kayu berlian yang telah di potong dan buat seolah-olah tombak telah merejam sekumpulan buaya di sungai,Sehinggakan menjadi buah mulut disana sini

Namun kisah ini tidak dapat saya jelaskan kerana sumber ceritanya agak kabur serta tidak mempunyai bukti kukuh


Ada juga pendapat memberitahu,Jika mendengar suara-suara mahluk halus seperti ganguan hantu dan sebagainya.segera racik atau potong tepi kayu berlian ini nipis-nipis kamudian dibakar,InsyaAllah dengan Izin NYA ganguan akan hilang setelah mencium bau asap dari kayu berlian ini.Sebenarnya banyak lagi kegunaan kayu berlian ni,antara nya sumpit,Hulu cangkul,hulu kapak kerana sifat keras kayu ini, Jadi lebih selamat agar tidak patah dan sebagainya.


Empangan air sawah,Kolam dari kayu berlian juga amat popular dalam sejarah kayu berlian,antara punca kayu berlian dipilih untuk empangan kolam kerana keunikan kayu ini,ia tidak akan reput atau hancur walaupun berada dalam air pada tempoh masa yang lama.Dulu semasa zaman kanak-kanak saya,saya kerap melihat orang kampung menggunakan Kayu berlian sebagai tanggam,Tangam ini merupakan tempat berpijak dan bergayut ketika memanjat pokok durian.


Kebiasaan nya Tangam akan dibiarkan pada pokok durian sehingga bertahun malah berpuluh tahun sehinggakan ada yang hampir hilang terbenam dalam pokok durian akibat pertumbuban kulit pada pokok durian.sewaktu zaman kanak-kanak saya dulu,kayu berlian ni agak murah iaitu sekitar RM5ringgit sebatang dengan ketingian 10 depa,Namun baru-baru ini,saya bersama anak dan isteri balik ke kampung selepas cuti Tahun Baru Cina,Ketika itu harga sebatang tekah melonjak sehinga RM 15 ke RM18 sebatang.


Antara faktor penyebabnya kemungkin bekalan kayu berlian hampir pupus di Sarawak.Untuk mendapatkan nya amat payah serta mempunyai permintaan yang tinggi.Kayu Berlian Sarawak ini bukan setakat dibuat batang cangkul,ulu parang lesung penumbuk sambal malah dalam pembinaan pun mereka kebisaanya menggunakan kayu berlian sebagai tiang rumah kerana sifat kerasa dan tidak akan reput jika di pasang atau dibiar berada dalam simen walaupun sehingga 100 tahun


Lihat saja rumah etnik di Sarawak,anda pasti akan perasan bumbung yang dibina dari kayu berlian yang di potong leper dan lebar sejengkal dengan panjang nya dibuat atap rumah.Atap yang dibina dari berlian ini kebiasaannya dingin dan anda tidak perlu risau akan karat serta amat kuat walaupun dihempap dahan kehebatan kayu ini,walaupun lebih sepuluh tahun ditanam atau dibiarkan begitu saja tidak akan menjejaskan ketahanan kayu ini.


Disemenanjung Malaysia,saya perhatikan kebanyakan peminat teras kayu akan memilih serpihan kayu berlian diselitkan dengan teras kayu yang lain,mungkin kerana cerita serta info yang lebih menjurus kearah kisah-kisah mistiknya,maka kayu berlian sarawak turut diminati sebagai barang hiasan.saya sendiri pernah menemui kayu Berlian yang telah di canai sehingga bulat untuk dijadikan batu cincin dijual pada harga RM 80 sebiji,dengan saiz sebesar jari kelingking sahaja.

Jumaat, 24 November 2017

KERAMAT SUMPAHAN KUCING JANGAN DI PANDANG REMEH

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk siaran kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah menarik mengenai Comel.Sebuah kisah misteri mengenai Kucing yang meyentuh jiwa.Bermula dari seorang pemuda yang amat mendendami kucing sejak berlakunya sejarah hitam dalam hidup dimana sewaktu usia kanak-kanaknya Lokman pernah menjadi cakaran kucing liar dibahagian muka sehingga mengenai matanya.Dan sejak dari itu terdetik dalam hatinya mendendami kucing.


Dan sejak itu keluarga Lokman tidak memelihara kucing malah kalau ada  kucing-kucing jiran datang kerumah mengharapkan sisa makanan atau ketika kucing mengawan pasti akan diburu dengan lastik,kayu mahupun batu.Seringkali ibubapa Lokman menasihati Lokman agar memaafkan kesalahan kucing yang meninggalkan parut pada wajahnya namun kedegilan Lokman semakin menjadi seakan-akan melihat kucing satu perkara wajib baginya untuk mencederakan kucing tersebut.Namun sejak Ayah Lokman bersara dan kembali ke kampung mengusahakan ladang peninggalan Arwah atuknya.Masa lebih banyak untuk Lokman bersendirian dirumah.sehingga lah bermula detik keganasan Lokman terhadap kucing tidak terkawal lagi.


Sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah,Lokman terjumpa seekor kucing daif yang dibuang oleh tuannya.Pada awal pertemuan tersebut Kucing malang tersebut mengiau-ngiau sambil menggesel tubuhnya pada kaki Lokman sewaktu berhenti disebuah hentian bas sewaktu balik dari sekolah.Ketika itu berberapa rakan Lokman termasuk dua orang rakan perempuannya mengerumuni kucing tersebut.Entah kenapa terdetik dalam Hati Lokman untuk mengambil kucing tersebut sehingga mengharukan rakan-rakannya kerana perubahan sikap Lokman.Sepanjang perjalanan balik kerumah,Lokman mengusap-ngusap tubuh kucing tersebut sehingga lah dia tiba dirumah.Dan ketika itu cuma Lokman seorang kerana ayah dan ibunya berada di ladang.

(sekadar hiasan)

Tibanya dirumah Lokman meletakkan Kucing tersebut dibawah tudung saji agar Kucing tersebut tak lari.Selesai mandi dan menyalin pakaian nya.Lokman meneruskab niat sebenarnya kepada Kucing malang tersebut.Mulanya Lokman membenamkan kepala kucing tersebut dalam kolah air sehingga kucing malang tersebut meronta-ronta menyelamatkan diri sehingga tercakar tangan Lokman.Kebencian Lokman menjadi-jadi apabila dendam lamanya bertambah setelah lengan nya pula dicakar kucing tersebut.Lokman menghempas kucing tersebut sekuat hati kelantai sehingga kucing tersebut mengelitik kesakitan.dengan Kejam Lokman melilitkan tali pada leher kucing tersebut dan mengikatnya pada alang pintu dan melepaskannya.Kucing malang tersebut meronta dalam gantungan menahan sesak nafas akibat digantung oleh Lokman.Lokman hanya memerhatikan Kucing tersebut dengan rasa dendam serta puas.disaat nyawa hampir tercabut dari jasad kucing malang tersebut Lokman meleraikan ikatan tali dan menurunkan Kucing tersebut.


Disaat Kucing Malang tersebut lemah setelah diturunkan oleh Lokman.Fikiran Lokman bagai dirasuk hantu apabila berlari kedapur mengambil sebilah parang pemotong daging yang besar.Bagai amukan orang gila Lokman menetak tubuh kucing malang tersebut dibahagian tubuh sehingga terputus dua.Melihat keadaan Kucing tersebut mengelupur terputus dua Lokman memasukkan tubuh kucing tersebut kedalam plastik dan mencampakkan nya dalam tong sampah.Tanpa perasaan serba salah serta menyesal malah puas dan gembira Lokman kembali kerumah dan membersihkan sisa-sisa darah pada lantai dan menunggu kepulanagan ibubapanya.


Sehingga lah usia Lokman mencecah 20tahun setelah menamatkan alam Persekolahanan,bersama kenangan berpuluh-puluh mungkin beratus-ratus ekor kucing malang telah menjadi mangsa ditangan Lokman.Kini Lokman baru belajar bekerja dengan berkhidmat sebagai pembantu disebuah syarikat dibandar dan tidak jauh dari kampungnya.Manakala ayah Lokman telah meninggal sewaktu Lokman ditingkatan Lima.Di tempat Lokman bekerja terdapat banyak kucing liar yang tidak bertuan akibat dibuang oleh tuan nya.Satu pagi sewaktu tiba ditempat kerja ternyata belum ada seorang pun pekerja lain yang sampai mungkin kerana Lokman terlalu awal.Sewaktu meletakan motorsikal nya pada kawasan parking,sekumpulan Kucing menerpa kearah Lokman mengiau-ngiau meminta makanan.Lokman memandang kiri dan kanan kamudian menendang seekor demi seekor kucing-kucing liar yang menghampirinya sehingga kucing-kucing daif tersebut bertempiaran lari kesakitan.



Sewaktu bekerja,Terdetik dalam hati Lokman untuk menganiaya kucing-kucing liar dikawasa tersebut.Sambil bekerja Lokman tersenyum seorang diri membayangkan apa yang akan berlaku kepada kucing-kucing liar yang dianggapnya menyusahkan tersebut.Sehingga lah tiba waktu untuk balik setelah tamat waktu bekerja.Lokman singgah disebuah kedai runcit disebuah pekan untuk membeli berberapa tin ikan sardin dan sebotol racun serangga yang kuat namun tidak berbau.Lokman sanggup membelanjakan sejumlah wang demi melunaskan dendamnya.Sepanjang perjalanan balik kerumah Lokman menyanyi-nyanyi dengan girang sambil membayangkan Kucing-kucing dikawasan kerjanya akan mati dan tidak lagi mengganggu pandangan matanya.


Dirumah Lokman membawa masuk barang-barang yang dibeli untuk projek haramnya kedalam bilik tidurnya.Selepas makan malam Lokman meninggalkan ibunya seorang diri diruang tamu menonton telivisyen.Lokman dengan senyap membawa sudu dan plastik kedalam bilik tidur nya untuk menyediakan ramuan khas untuk Kucing-kucing malang dikawasan kerjanya.Dengan senyap Lokman menggaulkan ikan Sardin dengan racun serangga dalam satu bekas besar dan menyembunyikan nya dibawah katil sebelum tidur.sementara menunggu mata terlelap,Lokman membayangkan kucing-kucing liar tersebut akan pupus kerana ramuannya esok.


Keesokan harinya Lokman keluar agak awal agar sampai sebelum adanya orang lain ditempat kerja.Setibanya dikawasan letak kenderaan,Lokman melihat kekiri dan kekanan mencari kucing-kucing dikawasan tersebut sehingga lah Lokman terlihat berberapa ekor kucing meluru kearahnya.Lokman tersenyum gembira sambil membuka bungkusan Ikan sardin yang dicampurkan nya dengan racun kepada Kucing-kucing tersebut,Sekelip mata semakin ramai kucing yang datang kepada Lokman dan dalam masa singkat Ikan sardin yang diberikan oleh Lokman habis dimakan oleh kucing-kucing tersebut.


Dari Jauh Lokman memerhatikan gelagat kucing-kucing tersebut dimana seekor demi seekor muntah-muntah dengan mulut mula berbuih sebelum terhuyung hayang berjalan melarikan diri dengan jatuh dan bangun.Lokman ketawa terbahak-bahak melihat kucing-kucing yang bakal mati semuanya.Namun dari jauh seorang pengawal keselamatan memerhatikan tingkah laku Lokman dan pergi mendapatkan kucing-kucing yang separuh nyawa akibat keracunan dari makanan yang diberi oleh Lokman.Melihat keadaan Kucing-kucing bergelimpangan nyawa-nyawa ikan malah ada yang dah mati,Pengawal tersebut menemui Lokman dan bertanya apa yang diberikan oleh Lokman kepada Kucing-kucing tersebut.Namun dengan bangga Lokman memberitahu pengawal tersebut yang dia menghadiahkan racun kepada Kucing-kucing tersebut.


Mendengar kata-kata Lokman,Pengawal tersebut beristifar panjang sebelum menitiskan airmatanya dihadapan Lokman.Lokman menjadi hairan melihat gelagat pengawal tersebut.Pengawal yang menemui Lokman pergi dari situ dan mengutip bangkai-bangkai kucing yang mati diracun oleh Lokman dan menguburkannya disatu kawasan berhampiran bilik pengawal.Waktu rehat tengahari Lokman menemui pengawal tersebut untuk bertanya kalau-kalau kucing yang dibunuhnya pagi tadi milik pengawal tersebut.Pada awalnya pengawal yang dikenali sebagai Pak Din tidak melayan Lokman,Namun setelah disoal oleh Lokman berkali-kali baru lah Pak Din bersuara memberitahu Kucing-kucing tersebut bukan nya menyusahkan Lokman,


Dan dengan halus Pak Din menasihatkan Lokman agar tidak menimbulkan kemarahan pada Lokman.Pak Din memberitahu Lokman sebelum Lokman bekerja disitu Kucing-kucing liar tersebut telah berada disitu tanpa ada sesiapa yang memberikan makanan kepadanya.Kucing-kucing tersebut pula tidak pernah mencuri makanan.Tetapi Kucing-kucing malang tersebut masih boleh hidup sehingga Lokman menamatkan nyawa mereka.kerana rezeki kucing-kucing tersebut telah disediakan oleh Allah.Dan Kalau Lokman nak tahu Kucing ni haiwan kesayangan Nabi S.A.W dan kita tidak sepatutnya bertindak kejam keatasnya.mendengar kata-kata Pak Din,Amarah Lokman semakin membuak-buak lantas meninggikan suaranya pada Pak Din.Sambil menunjukkan parut pada wajahnya.


Pak Din menggeleng kepalanya sambil tersenyum berkata kepada Lokman,selepas ada nya parut tersebut pernah tak orang hina Lokman? Pernah tak Lokman gagal dalam kerja mahupun pelajaran kerana cakaran tersebut? Segalanya berlaku atas takdir,Kucing tersebut mencakar wajah Lokman bukan kerana suka-suka,mungkin kerana terancam.mungkin ketika itu Lokman melakukan kekerasan sehingga kucing tersebut bertindak mencakar wajah Lokman untuk menyelamatkan atau mempertahankan diri.Lokman bangun dan meninggalkan Pak Din tanpa sebarang kata dan kembali menyambung tugasnya sehingga waktu balik Lokman menaiki Motorsikalnya meninggalkan kawasan kerja untuk balik kerumah.


Sewaktu dalam perjalanan Lokman terjumpa seekor anak kucing kesejukan akibat simbahan air dari jalanraya.Dengan Laju Lokman menuju kearah kucing tersebut tanpa rasa kasihan Lokman melanggar kucing tersebut.Melihat kucing malang yang dilanggar masih tak mati.Lokman memberhentikan motorsikal nya dan berjalan kearah kucing tersebut untuk menendangnya.Namun entah kenapa,Secara tiba-tiba timbul rasa kasihan pada hatinya.Lokman memerhatikan kucing daif yang dilanggarnya dengan sebiji mata kucing tersebut terkeluar,Lokman tiba-tiba sayu dan sedih melihat keadaan Kucing tersebut.Lantas mengambil kucing yang dilanggarnya dan membawa kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan.


Disitu Kucing malang yang dilanggar oleh Lokman diberi rawatan.Lokman terpaksa membayar sehingga 200 ringgit untuk kos rawatan kucing tersebut.Lokman membawa kucing malang yang dilanggarnya balik kerumah dan menyediakan susu suam bersama makanan buat kucing daif yang dibawanya balik.Sejak dari hari itu Lokman bagai menemui satu sinar baru dalam hidupnya,Bagai terbangun dari mimpi, Pantang sahaja dia menemui kucing pasti akan diusapnya dengan manja.Segalanya berubah disaat Lokman membawa kucing yang dilanggarnya dulu kerumah,Malam nya Lokman mendapat mimpi dimana seorang lelaki tua menasihatkan Lokman agar mengasihani Kucing jika inginkan keredhaan Allah.


Kucing Malang yang dilanggar Oleh Lokman dulu telah sembuh sepenuhnya dan dipelihara oleh Lokman.Ibu Lokman pun turut gembira dan bersyukur atas perubahan anaknya.Kucing malang diberi nama Comel oleh Lokman kerana berberapa tompok hitam pada wajah dan tubuh kucing tersebut dibalik bulu putih gebunnya.Kehidupan Lokman kembali ceria dan lebih tenang berbanding berberapa puluh tahun yang lepas akibat perasaan dendamnya pada haiwan lemah.Sedikit pandangan dari saya melalui kisah Lokman dan Comel...Kucing bukan sahaja pendamping setia kepada tuannya.malah Kucing merupakan haiwan yang sangat manja.


Pernah ada satu kisah yang saya sendiri temui,Dimana dua pasang suami isteri warga emas tanpa zuriat memelihara hampir 100 ekor kucing.Dan rata-rata kucing yang di peliharanya merupakan kucing yang dibuang.Isterinya Mak Nab tidak berkerja manakala suaminya hanya menangkap anak udang untuk dijual kepada kaki pancing .namun saya lihat kehidupan mereka tidak lah sedaif yang disangkakan.Ada segala kelengkapan,rumah dan sebagainya.Walaupun tak kaya raya namun hidupnya cukup,setakat makan minum,pakaian lebih dari cukup,mengikut cerita Mak Nab,tak kurang 10 kilo beras untuk kucing-kucing tersebut selama sebulan,belum ditambah makanan lain seperti wishkas dan sebagainya.namun begitu belum pernah lagi mereka putus duit.Kalau untuk makan minum tu insyaAllah.


Banyak kali saya dengan akan kisah menarik mengenai kucing,masih ingatkah lagi kita pada kisah kucing malang bernama "HERO"? seekor kucing malang yang cacat akibat kejahilan manusia akhirnya dipelihara seorang insan berhati mulia dan mula mendapat perhatian setelah kisah sikucing malang tersebut di siarkan dalam majalah popular"Mustika" suatu ketika dahulu.Kisah si Hero tersebut begitu menyentuh hati saya,tanpa sedar air mata mengalir kepipi setelah membaca dan mengikuti kisahnya.


Satu lagi kisah dimana berberapa puluh ekor kucing malang bergelimpangan diracun dengan kejam tanpa sebab munyabab turut mendapat perhatian,apakah dosa haiwan tersebut sehingga diperlakukan sedemikian rupa?.Pernah berlaku ketika zaman remaja saya dahulu dimana seekor kucing mencuri peha ayam yang dipotong ketika kenduri menimbulkan kemarahan sipemotong ayam.Lantas membuat sesuatu diluar dugaan dengan melibas parang kearah kucing tersebut sehingga kepala bercerai dari badan kucing malang tersebut.Namun selang sehari lelaki tersebut mendapat penyakit misteri dimana tangan nya kejang tak mampu bergerak-gerak.Setelah mendapat rawatan di hospital tangan nya tetap kejung sehingga lah seorang ustaz memberitahu kemungkinan dia terkena badi,Setelah berubat akhirnya tangan yang kejung beransur pulih dan yang istimewanya tangan tersebut sembuh setelah disapu dan diurut dengan air liur kucing!.


Kisah seterusnya berlaku kepada Sahabat baik saya.Kisah ini benar-benar berlaku disaat rakan saya baru sahaja berpindah kesebuah rumah sewa yang baru.Dimana ketika itu mereka berdua baru berberapa bulan berumah tangga.kebetulan saya ada disitu kerana membantu rakan saya mengecat rumah.Sekitar 10 pagi selepas minum disebuah warung,Rakan saya membeli seekor ayam dalam saiz kecil bersama beras lima kilo.Sewaktu tiba dirumah,rakan saya meninggalkan ayam tersebut dalam singki sebelum isterinya memotong ayam tersebut untuk dimasak.Setelah setengah jam berlalu,sewaktu leka mengecat rumah isteri rakan saya menjerit memberitahu ayam dicuri Kucing.dimana berberapa ekor kucing masuk kedalam rumah dan mengambil ayam yang siap dipotong.


Rakan saya begitu marah dan bertindah mengejar kucing yang membawa ketulan ayam pada mulutnya sambil membawa penyapu.Namun saya menahannya agar bersabar.Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Anggap sahaja kita bersedekah walaupun berat rasa hati melepaskan,InsyaAllah,Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari itu.Setelah itu kami keluar semula ke sebuah kedai runcit membeli ikan.Namun sejak hari itu,rakan saya sentiasa menyediakan makanan buat kucing yang mencuri ayam hari tu,dan sejak itu kucing tidak lagi memasuki rumah mereka dan hanya menunggu diluar tingkap,setiap hari setiap kali isteri rakan saya masak pasti akan diberinya makan kepada kucing tersebut.Namun dalam tak sedar,Hidup mereka begitu stabil tak pula putus rezeki.Kadangkala ada hikmah disebalik apa yang Allah tentukan untuk kita.


Kucing-kucing liar tidak akan mendatangi kita kalau bukan kerana niat yang Allah tentukan,kenapa rumah kita dan bukan nya rumah orang lain yang lebih banyak makanan? Sebab Allah dah tentukan kemurahan dalam keluarga serta diri kita.kerana itu lah dia datang kepada kita.jangan di pukul atau diapa-apakan kucing yang mencuri,cukup direnjis dengan air lari lah ia.jika ada rezeki lebih bagi lah sedikit daripada terbuang sia-sia.Rezeki kita tidak akan berkurangan jika disedekahkan pada kucing liar.Malah dijanjikan pahala serta ganjaran dari Yang Maha Kaya.

Selasa, 21 November 2017

KISAH MISTERI KELUARGA MISKIN MENJADI KAYA RAYA MELALUI NAJIS BURUNG

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia dengan sebuah lagi kisah misteri menarik untuk tatapan semua.Sebuah kisah mengenai keberuntungan seseorang bukan terletak pada paras rupa.Akan tetapi telah ditentukan oleh yang maha Kuasa,Namun sejauh mana insan menghargai akan pemberian yang bersifat kekal atau sementara.Kisah yang akan dibawakan ini merupakan sebuah kisah benar yang telah merubah kehidupan seorang hamba dari miskin hina menjadi kaya raya namun sayang cuma sementara.

Hashim merupakan seorang anak tunggal dan menetap bersama ibu nya manakala ayah nya telah lama pergi menghadap seruan Ilahi.Sejak usia sembilan Tahun ibunya lah yang mengasuh serta memberi segala kasih sayang terhadap Hashim.Ketika disekolah Hashim seringkali menjadi mangsa buli dihina dan di keji oleh rakan-rakan sebayanya dek kerana kemiskinan serta kedaifan Hashim.Sehingga lah Hashim berhenti sekolah ketika diambang meniti ke sekolah menengah.Dengan usia yang masih mentah serta tidak mempunyai sebarang kelulusan Hashim hanya mampu menbantu ibunya mengambil upah membersihkan ladang mahupun sawah orang.Bukan setakat disekolah malah di kampung juga Hashim sering di pinggir oleh rakan-rakan nya.

Ketika musim hujan,Hashim bersama ibunya hanya mampu mengalas perut dengan simpanan ubi kayu yang di tanam berhampiran pondok usang mereka.Dengan ubi lah mereka meneruskan kehidupan manakala ibunya mengayam tikar,bakul atau apa sahaja yang boleh dijual bagi meneruskan kelangsungan hidup.Hari berganti hari bulan berganti bulan sehingga lah Hashim meningkat dewasa.Dimana ketika itu Hashim banyak membantu ibunya dari segi keuwangan.Dengan kerja bertukang bersama penduduk kampung dapat lah Hashim melangkah setapak dalam memajukan ekonomi hidup bersama ibunya.Ketika itu usia Hashim menjangkau Sembilan belas tahun.Segalanya berubah sekelip mata bagai tidak diduga.

Malam kejadian entah kenapa Hashim merasakan sesuatu yang tak kena,dimana bumbung rumah mereka bagai dicakar-cakar dengan binatang berkuku.Hashim bersama ibunya hanya mampu mendiamkan diri tanpa berani melihat apakah gerangan haiwan yang mencakar bumbung rumah mereka.Suasana riuh rendah dengan cakaran serta bunyi siulan burung amat nyaring kedengaran dari atas rumah.Suasana misteri yang begitu menakutkan tidur dua beranak.Entah pukul berapa akhirnya Hashim terlelap diatas bantal buruk nya.Dimana pada malam tersebut Hashim didatangi sekumpulan gadis jelita yang amat cantik sehingga Hashim tidak mampu bertanya mahupun berbuat apa-apa kerana tergamam melihat pandangan indah yang belum pernah Hashim lalui.

Dalam mimpi tersebut,Gadis jelita tersenyum-senyum sambil berberapa orang ketawa kecil melihat gelagat Hashim,Hashim terkejut apabila diantara seorang gadis yang paling cantik mula bersuara serta meminta agar Hashim tidak takut serta terkejut dengan kehadiran mereka.Si Gadis bersuara meminta izin untuk menumpang di rumah Hashim.Dan mereka berjanji akan memberi ganjaran kepada Hashim.Si Gadis memberitahu akan setiap malam Beratus-ratus malah berjuta-juta ekor burung gagak akan menumpang bumbung rumah mereka.Dan Hashim diminta agar merahsiakan perkara tersebut dari sesiapa selain ibunya.

Sebelum menghilang Si Gadis mengingatkan Hashim sekali lagi mulai dari hari itu hidup mereka akan berubah dan meminta agar Hashim mengutip najis-najis burung gagak dari halaman rumah mereka dan mencucinya.Setelah hilang dari pandangan Hashim,Hashim terkejut dan terus terjaga.Ketika sedar Hashim terkejut melihat ibunya masih duduk menyandar sambil memerhatikan nya.Tanpa berlengah Hashim menerpa kearah ibunya dan terus menceritakan apa yang dilaluinya dalam mimpi sebentar tadi.Rupa-rupanya Ibu Hashim terlebih awal mendapat mimpi tentang kehadiran gadis dari mimpi Hashim serta alamat kehadiran bunyi riuh dari bumbung rumah mereka.Setelah berbual dengan ibunya,Hashim meneruskan tidurnya diikuti ibunya walaupun suasana luar kedengaran bingit kerana bunyi bising burung serta cakaran mereka diatas bumbung rumah.

Keesokan harinya seawal subuh Hashim bangkit dari tidurnya selepas menunaikan kewajiban.Hashim mengintai keluar rumah namun tiada bayang-bayang serta bunyi riuh kedengaran kecuali bunyi katak kodok serta bunyi cengkerik yang berpesta menanti terbitnya matahari.Hashim duduk termenung di hujung meja manakala ibunya bersiap-siap menguli tepung untuk dibuat sarapan pagi.Matahari masih merah,tanah masih samar Hashim berlari keluar rumah untuk melihat najis burung yang dipesan kepadanya ketika dalam mimpi semalam.Ternyata memang benar....Segenap ruang tanah lapang dihadapan rumah mereka kelihatan hitam penuh dengan najis burung,begitu juga dengan longkang-longkang dipenuhi dengan najis.

Hashim menggaru kepala sambil masuk kedalam rumah untuk mengadu kepada ibunya.Belum pun sempat Hashim bersuara Ibunya memberitahu yang mereka mempunyai tugas baru iaitu mengumpul najis burung untuk dicuci seperti yang disampaikan dalam mimpi.Hashim semakin hairan apakah tujuan najis burung hendak di kumpul lalu dicuci??Maka bermula pagi pertama Hashim bersama ibunya mencedok najis-najis burung yang memenuhi perkarangan rumah mereka sebelum dimasuk kan kedalam guni.Hampir tengahari baru lah segenap laman bersih dikutip dengan tiga guni penuh dengan najis burung.Selepas makan tengahari Hashim bersama ibunya mula mencuci najis-najis burung yang dikumpul tadi.Perlahan-lahan.......

Akhirnya cucian pertama Baru lah mereka sedar yang dicuci itu sebenarnya bukan najis tetapi Lada Hitam,Namun setelah dicuci kulit-kulit lada telah hilang yang tinggah hanya lada putih.Ibu Hashim menitis air mata melihat apa yang baru saja mereka perolehi.Lada Hitam yang telah siap diproses menjadi lada Putih dengan nilai pasaran nya lebih mahal berbanding lada hitam.Dimana ketika itu harga sekilo mencecah dua puluh ringgit!!!.Tangisan kesyukuran dua beranak tepancar jelas.Setelah siap membersihkan najis-najis tersebut,Mereka menjemur biji-biji lada sebelum dijual.

Keesokan harinya setelah bangkit dari tidur Segenap ruang rumah mereka dipenuhi dengan najis burung.Hashim tersenyum melihat najis-najis yang melimpah dihadapan rumah mereka.Perkara yang sama dilakukan oleh dua beranak manakala sebelah petangnya Ibu Hashim akan menghubungi Kong siong seorang Taukey pemborong lada di pekan untuk membeli lada putih Hashim.Saat pertama melihat Lada ibu Hashim,Taukey Kong Siong terbeliak mata sambil melopong melihat lada putih gred paling baik dari simpanan Ibu Hashim.Kong siong bertanya dari manakah Ibu Hashim memperolehi Lada tersebut sedangkan mereka tiada sebarang ladang mahu pun kebun.Ibu Hashim hanya tersenyum dan memberitahu itu semua kerja Tuhan !!.

Perlahan-lahan kehidupan Hashim mulai berubah dahulunya kais pagi makan pagi malah pernah tak jamah apa-apa kecuali air kosong sepanjang hari.Namun sejak kehidaran burung-burung misteri malam-malam telah mengubah nasib mereka menjadi kaya raya malah mampu membantu orang-orang kampung yang susah.Selang berberapa tahun Hashim dan ibunya amat dikenali saudagar Lada Putih ajaib dan Hashim telah pun bertemu jodoh dengan gadis kampung pilihan hatinya.Hashim dan ibunya hidup bahagia sehingga lah Isteri Hashim menunjukan sifat pelik-pelik dimana berat badan isterinya mula meningkat dengan selera makan menjadi-jadi.

Kerap pening dan mual-mual membuat kan Hashim risau.Sehingga lah ibu Hashim memberi nasihat agar Hashim membawa isterinya menemui dokter untuk pemeriksaan kesihatan.Dengan kereta yang baru dibeli Hashim membawa isterinya menemui seorang dokter kenalan isteri Hashim iaitu Dokter Rosnani,Setelah membuat pemeriksaan,Manakala Hashim berdebar-debar menunggu hasil pemeriksaan,Dokter Rosnani keluar sambil ketawa-ketawa bersama isteri Hashim,Hashim bangun mendapatkan isterinya sambil menunggu khabar dari Dokter Rosnani.Hashim hampir menjerit apabila Dokter Rosnani memaklumkan Isteri Hashim mengandung dua bulan.Dokter Rosnani menasihatkan Hashim dan isterinya agar menjaga kandungan serta kesihatan isteri serta bayi dalam kandungan.

Tiba dirumah Hashim Hashim tak sabar menyampaikan berita gembira kepada ibunya.Namun ibu Hashim tidak kelihatan,Puas dicari rupanya Ibu Hashim sedang sibuk melihat jemuran lada putih mereka yang menghampar diaatas tikar.Ibu Hashim segera memeluk menantunya sambil mengucup dahi menantunya tanda syukur dan berterima kasih kepada yang Esa atas kurniaan seorang cucu yang dinanti-nantikan.Begitulah hari-hari kehidupan mereka.Sehingga lah kandungan isteri Hashim menjangkau Lapan bulan dimana perut isteri Hashim kian membesar,Dan Hashim tidak pernah lupa walau sehari menemani isterinya melakukan pemeriksaan janin.Dimana melalui pemerikaaan Dokter Rosnani,Isteri Hashim bakal melahirkan bayi Lelaki,Makin lah Hashim seronok dan gembira.

(SEKADAR HIASAN)

Hari yang dinantikan telah tiba,dimana petang tersebut Isteri Hashim mengadu sakit perut dan dijangka hendak bersalin.Hashim bersama ibunya membawa isterinya ke Hospital,Kerana terlalu gembira dan tak sabar mening cahaya mata,Hashim memandu dengan laju agar segera tiba diHospital.Sewaktu melalui selekoh,Kereta yang dipandu oleh Hashim hilang kawapan lalu terbabas melanggar tembok,Ibu Hashim tercampak keluar dan mengalami cedera parah dibahagian kepala,Manakala isteri Hashim tidak mengalami kecederaan kerana duduk di tempat duduk belakang.Cuma darah mula turun dengan banyak dari kaki isteri Hashim.Hashim bangun melihat isterinya sebelum menerpa kearah ibunya.Ketika itu kebetulan sebuah van melintasi jalan tersebut menawarkan bantuan menghantar isteri Hashim serta ibunya ke Hospital.Hashim terpaksa menunggu jentera penarik untuk menarik kereta ke bengkel.

Setelah siap Hashim menahan taksi untuk menemui isteri serta ibunya diHospital.Tiba di sana Hashim melihat-lihat mencari kelibat isteri mahupun ibunya.Sehingga lah seorang lelaki berbaju putih menyapa Hashim sambil bertanya nama ibu serta isteri Hashim.Setelah disahkan Hashim dibawa ke bilik sambil lelaki berbaju putih yang dipercayai Dokter memberitahu berita sedih kepada Hashim dimana ibu,isteri serta bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan.bagaikan luruh jantung Hashim mendengar berita yang tidak dapat diterima akal dan fikirannya.Untuk memuaskan hati Hashim dibawa untuk melihat jenazah!.Ketika itu Hashim tidak dapat lagi menahan sebak tangisnya.Hashim menangis sekuat hatinya tiga orang penting dalam hidupnya telah pergi sekelip mata.

Seminggu selepas kejadian,Hidup Hashim tidak terurus dimana segala usaha yang dijalankan bersama ibu dan isterinya diabaikan,Kesihatan Hashim mula merosot dimana seorang Lelaki tua,Pak Aji Senin sudi menjaga serta menguruskan Hashim dalam masa yang sama menemani Hashim.Dan sejak kejadian meragut nyawa ibu serta isterinya,tiada lagi burung-burung datang mahupun najis di sekitar rumah Hashim,bagaikan satu karma berlaku.Hashim semakin tertekan,Siang malam menangis meratapi nasib cukup lah sekadar Pak Aji Senin yang sudi menjaga serta menguruskan Hashim.Hashim dibawa pindah ke rumah Haji Senin di sana Hashim semakin teruk dimana nasihat Aji Senin mahupun Lokman anak bujang Pak Aji Senin tidak diendahkan,Tak makan,mandi dan sebagainya.

Cuma bertahan kurang setahun,akhirnya Hashim juga pergi menghadap penciptanya di rumah Pak Aji Senin.Tinggal lah rumah lama serta kenangan tiga sekeluarga musnah dengan tragis tanpa sebab.Setelah bertahun-tahun lamanya rumah peninggalan Hashim dan ibunya di robohkan.Hilang begitu sahaja kisah Hashim dan ibunya,Kini sebagai kenangan seorang insan yang taat kepada ibunya,Lokman menghantar karangan kepada rakan kami agar kisahnya di karang dan disimpan agar tidak hilang dimakan usia.Apa yang ingin kami sampai kan melalui kisah ini ialah,Tiada sempadan rezeki bagi yang percaya kepada Takdir serta insan yang taat setia kepada ibunya.

Sabtu, 18 November 2017

MISTERI PENEMUAN PEDANG PAHLAWAN BERPUAKA

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia,Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman melalui penemuan Pedang keramat,sebilah senjata peninggalan pahlawan dahulu kala yang secara kebetulan ditemui oleh arwah atuk sewaktu menggali tanah untuk membesarkan keluasan kolam Dimana ketika itu saya masih dibangku sekolah rendah.Penemuan luar biasa yang mulanya hanya disangka sebilah besi didasar tanah apabila terkena cangkul membuatkan Atuk berusaha mengeluarkannya bimbang akan mencederakan anak cucu diwaktu air memenuhi kolam.



Setelah berjaya dikeluarkan,Setelah diamati dan di bersihkan kerana pedang tersebut sudah tidak mempunyai sarung,sama ada reput atau tercicir diwaktu darurat dahulum.Setelah dibersihkan dari karat serta tanah yang mula mengeras memamah besi tersebut ternyata ianya merupakan sebilah pedang atau lebih dikenali sebagai parang Ilang.Dimana parang ini merupakan senjata perang suku kaum Iban suatu masa dahulu.Selama berberapa hari bilah parang yang hanya mempunyai pemegang yang dibuat dari tanduk rusa di bersihkan dengan sempurna baru lah kelihatan rupa asal yang menguatkan lagi bukti parang tersebut tercicir dari pahlawan Dayak sewaktu berburu ataupun sewaktu darurat.



Namun Misteri dan Mistik yang tersembunyi disebalik parang ilang tersebut hanya diketahui setelah setahun lebih berada disimpanan Arwah Atuk dimana hulunya telah di kemaskan dengan juraian rambut,entah rambut apa yang disulam oleh arwah Atuk dihulunya bersama sarung yang ditempah khas dari pembuat sarung parang terkenal dari kampung Marang Lama.Setelah mata parang Ilang tersebut telah dibersihkan dengan berberapa ramuan dan di bersihkan dengan limau baru lah nampak keseluruhan keunikan parang tersebut dimana sepanjang mata parang dihiasi dengan ukiran Iban yang dibuat melalui torehan asli disamping susunan besi tembaga yang disulam pada penghujung mata parang tersebut membuatkan ianya kelihatan unik dan bernilai tinggi.


Sejak kehadiran Parang Ilang tersebut berada dirumah,Suasana rumah kelihatan agak malap dan menyeramkan apabila rata-rata tetamu yang terdiri dari rakan-rakan atuk termasuk orang bijak pandai dalam urusan ghaib sering bertanya akan parang tersebut dan seorang rakan arwah atuk yang mahir dalam perubatan tradisional memberitahu Parang tersebut mempunyai Khadam atau penjaga cuma khadam tersebut tidak mengganggu ahli keluarga kerana atuk telah menemuinya dan secara langsung Atuk menjadi tuan barunya.Melalui pandangan orang tua tersebut,parang Ilang yang atuk Gantung rapi pada dinding rumah sebagai hiasan mempunyai penjaga yang sentiasa ada bersama parang tersebut dan untuk membuktikan kebenaran parang tersebut mempunyai khadam,Orang tua tersebut memberi berberapa panduan



Antaranya ketika bulan mengambang penuh titiskan darah ayam hitam pada mata parang kamudian biarkan parang tersebut berdiri dibalik pintu tanpa disarungkan,Nescaya keesokan nya kita akan lihat kedudukan parang akan kembali ke bentuk atau kedudukan asal.Begitu juga jika berniat jahat cukup dengan menyeru nama atau niatkan maka Keesokan harinya kita akan saksikan sesuatu yang luar biasa.Tetapi Bagi Arwah Atuk,dia tidak mengharapkan sesuatu yang pelik melalui parang tersebut,Cukup sekadar menjadi Hiasan dan pusaka turun temurun yang kini telah diwariskan kepada Anak arwah atuk iaitu Pakcik Saya.



Satu lagi misteri yang berlaku dari parang ilang yang atuk simpan.Ketika itu saya berusia sekitar lima belas tahun,dimana ketika itu saya akan berhadapan dengan Ujian Penilaian Menengah Rendah[PMR]. Kebetulan ketika itu Atuk dan Nenek Ke Brunei Darussalam menemui Anak sulung mereka disitu.Saya pula menetap di Asrama dan hanya akan balik ke kampung ketika hujung minggu iaitu Jumaat dan kembali ke Sekolah petang Ahad.Dimana selama dua malam saya akan menumpang dirumah pakcik memandangkan rumah Atuk kosong kerana ketiadaan Atuk dan Nenek.Ketika tiba dirumah Pakcik,Pakcik telah memberitahu ada sesuatu yang berada dirumah Atuk,kerana selama lima hari berlalu sejak atuk dan nenek tiada,Pakcik memberitahu kerap terdengar suara orang batuk sama seperti suara atuk.

(SEKADAR HIASAN)


Sedangkan ketika itu semua orang tahu Atuk dan nenek berada di Brunei,Bukan setakat batuk,Kadangkala bunyi seseorang membasuh pakaian,Bunyi besi berlaga dan yang membuatkan Pakcik menjadi risau apabila melintasi rumah Atuk diwaktu malam kadang kala dia terdengar suara seseorang bertempik,Menjerit dengan kuat dan hanya sekali sahaja sebelum rumah menjadi sunyi semula.Untuk kepastian,Pakcik mengajak saya menghampiri rumah Atuk,Namun saya tidak berpeluang mendengar apa-apa suara pada malam tersebut.Selama dua Minggu Atuk dan Nenek berada di Brunei,Selama dua minggu juga lah ada suara seseorang menghuni rumah.



Sehinggalah Atuk dan Nenek kembali dari Brunei,Pakcik menceritakan tentang apa yang di dengarinya dari rumah,Namun Atuk hanya tersengih dan memberitahu itu suara khadam Parang Ilang menjaga rumah sewaktu ketiadaan nya.Bukan setakat itu sahaja,Satu lagi peristiwa pelik mengenai Parang Ilang yang telah disaksikan oleh saya dan Atuk,dimana ketika itu sekitar bulan Ogos kebetulan cuti persekolahan selama seminggu dan waktu itu kami semua bermalam disawah kerana kerja menuai padi harus di segerakan.Memandangkan Sawah padi ditenggelami air dan risau kalau padi rosak.Dimana satu petang saya dan Atuk balik dari sawah menuju kerumah kerana akan ke pekan keesokan harinya.



Sewaktu menghampiri rumah,Disaat atuk hendak membuka kunci rumah,kedengaran sayup-sayup suara seseorang berdengus seakan-akan suara orang bergaduh.Atuk mendiamkan diri untuk mengamati bunyi tersebut,Tiba-tiba berhampiran pintu kami terdengar bunyi seperti sebekas sudu besi terjatuh kelantai.Atuk berdehem membuat isyarat kami berada di luar.Serta merta bunyi-bunyi aneh dari dalam rumah terus senyap.Saat pintu dibuka,Saya memetik suis lampu dan melihat suasana rumah,namun ternyata tiada apa yang berubah atau bersepah.Begitu juga dengan bunyi sudu yang jatuh,ternyata tiada sudu atau garfu berada dilantai rumah.



Setelah memastikan tiada apa-apa yang berlaku dirumah,Atuk mengambil parang yang tergantung elok pada dinding rumah,lalu Atuk berkata dengan parang tersebut,apakah dia yang membuat bunyi-bunyi tersebut atau sememangnya ada penunggu lain yang menghuni rumah.Keesokan harinya Atuk memberitahu dia telah bermimpi apabila didatangi seorang lelaki dengan hanya bercawat dan bertanjak bersama helaian bulu burung tersemat di setanjaknya.Lelaki tersebut dengan muka amat luar biasa memang persis muka orang dulu-dulu datang menemui Atuk dan memperkenalkan diri dan memberitahu dia lah yang membuat bunyi-bunyi tersebut sebagai amaran kepada pencuri atau orang yang berniat jahat.



Setelah Lima tahun parang Ilang tersebut berada dalam simpanan Atuk,barulah dia percaya yang parang ilang tersebut sememangnya mempunyai khadam atau penjaga.Sebelum menghilang,Atuk memberitahu lelaki tersebut berterima kasih kepada Atuk kerana telah menyelamatkan parang Ilang tersebut terus musnah dimamah bumi.Dan memberitahu akan berjanji menjaga keluarga Atuk dengan syarat tidak boleh dipindah milik kerana Parang tersebut telah serasi dengan keturunan Atuk.



Setelah selesai urusan di pekan saya dan Atuk kembali kesawah dan menceritakan pasal mimpinya kepada nenek dan pakcik,Baru lah pakcik faham akan bunyi yang didengarinya sewaktu atuk dan nenek berada di Brunei berberapa bulan yang lepas.Mulanya nenek agak risau dan membantah tindakan Atuk menyimpan parang tersebut,Namun setelah di yakinkan oleh Atuk yang parang tersebut tidak akan mengganggu keluarga,Baru lah nenek bersetuju.Sejak kejadian itu Atuk tidak lagi risau meninggalkan rumah lama.Dimana kadang kala sehingga berminggu lamanya atuk dan nenek akan bermalam di kebun sementara saya diasrama dan anak-anak telah mempunyai keluarga sendiri.



Disaat akhir sewaktu arwah atuk meninggal dunia,melalui cerita dari Saudara mara,Parang yang telah bertahun di ikat dan digantung kemas pada dinding tiba-tiba terjatuh dari tempat asalnya.Kamudian sejak itu Atuk menyimpannya secara sulit sehingga lah Saat Atuk meninggal dimana Nenek menyerahkan parang tersebut kepada pakcik untuk dijaga dan akan disambung kepada anak cucu seterusnya.Bermula dari sebilah besi buruk yang ditemui dari perut bumi sedalam paras pinggang sewaktu mengorek kolam untuk meluaskan kawasan kolam akhirnya disimpan dan dipelihara dengan baik oleh arwah atuk.



Dan setelah hampir lima tahun berada dalam simpanan barulah kami semua tahu akan kewujudan khadam atau penjaga parang ilang tersebut.Bermacam spekulasi dan pandangan orang-orang yang pernah melihat parang tersebut,Ada yang mengatakan ianya parang Hantu,ada yang kata itu parang pahlawan dulu-dulu,ada juga yang bijak pandai memberitahu parang tersebut mampu terbang dan menyerang musuh dengan sendiri.Bermacam andaian dari orang-orang yang pernah melihatnya.Namun bagi Atuk ianya sekadar Parang lama yang tercicir sewaktu pemiliknya melarikan diri dari musuh,tercicir secara tak sengaja,atau tuannya turut terkorban disitu cuma jasadnya telah hilang dimamah bumi.



Dan yang pastinya parang ilang tersebut sememangnya pernah bermadi darah sewaktu hayat pemilik asalnya berpandukan pada rupa bentuk serta ukiran yang terdapat pada parang tersebut disamping sulaman tembaga yang dibuat pada belakang parang.Disamping mempunyai khadam yang mendampingi pemilik dan juga parang tersebut.Walauapa pun keindahan yang ada pada parang tersebut,Semuanya atas kehendak dari NYA.Segalanya terletak pada hati dan pemikiran masing-masing.

MEMBINA SEBUAH BLOG? BACA INI DAHULU

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua,Kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk Paparan kali saya akan kongsikan sedikit pengelaman serta ilmu soal penulisan Blog.Pertamanya saya akan perkenalkan diri saya,Saya Bukan lah seorang blogger yang hebat mahu pun yang terkenal seperti rakan-rakan yang lain.Namun atas penyelidikan,kajian serta pengelaman secubit bayi boleh lah rasanya dikongsikan,dalam masa yang sama mungkin ada yang membawa faedah serta manafaat buat semua lebih-lebih lagi yang baru belajar blog.Atau pun dah bertahun-tahun menceburi dunia blog dan ingin kan penghasilan melalui penulisan.

Disini saya akan tuliskan dari saat pertama kita mencari perkataan blog,Harus ada dalam fikiran serta keinginan dalam hati untuk apa,tujuan blog yang hendak di bina.Dah puas fikir baru lah mula,biar semua terancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum anda mula memulakan lembaran blog.Bila dah ada tajuk yang sesuai dalam erti kata lain seperti Buku,Majalah Dan sebagainya,Harus lah bersesuaian dengan tajuk serta intipatinya.Mana mungkin Tajuk Novel Cinta tapi dalamnya kisah perperangan.Cari lah tajuk atau judul yang unik,lain dari yang lain,Biar karya yang akan kita hasilkan adalah hasil sendiri daYn bukan nya di cedok mahupun di tiru dari blog orang.Bila dah siap mula lah berkarya.

Dah siap blog serta isinya timbul pula masaalah trafik...pula dahhh...Trafik blog amat penting jika anda ingin menghasilkan blog yang popular. Tanpa trafik apa lah ertinya sebuah blog hahaha...sama ceritanya dengan saluran telivisyen,Dah belanja kan modal besar,tetapi tak ada orang melihatnya.Jadi lah saluran yang suram sunyi dan sepi.Disini saya kongsikan Cara-cara untuk tinggikan trafik atau jumlah pembaca yang mengunjungi blog anda.Ingat ya,ada bermacam cara untuk anda promosi kan blog anda agar ramai pembaca sehinggalah menjadi blog terkenal.antaranya ialah;

1)PING BLOG
Cara ini amat mudah dan amat berkesan untuk menaikan pelawat blog anda,bukan sepuluh dua tetapi boleh beribu-ribu pembaca yang akan melawat blog anda.Dari situ anda akan lihat statistik blog anda akan melonjak keawan.Tanpa perlu bersusah payah copy url blog anda dan share cukup hanya daftar dan salin cod-cod yang diberikan dan letak di laman blog anda.Setiap kali anda menyiarkan blog secara sendirinya laman Ping akan promosikan blog anda.Hebat kan? Dimana nak cari laman Ping? Sekarang ini ada banyak website yang di bangunkan untuk membantu penulis blog mempromosikan blog malah percuma.Cukup anda letak kan banner mereka dalam blog anda.Anda hanya perlu taip Ping saya diruangan cari dan pilih lah seberapa banyak laman Ping yang sedia berkhidmat untuk blog anda.

2)MANUAL PING
Cara ini agak rumit dimana anda harus bekerja keras dengan menyalin alamat blog anda contohnya;lagendapulaurahsia.blogspot.com dan tinggalkan di ruang komen blog-blog yang hot dengan syarat kena lah minta izin dulu.Karang tak pasal-pasal kena padam dengan tuan blog.Dan dalam masa yang sama blog anda akan cepat di index oleh rerayap Google.

3) LAMAN SOSIAL
Laman sosial sebenarnya ruang yang paling hebat untuk anda promosikan blog anda,cuma ada tuliskan alamat blog pada ruang kongsi seperti Facebook dan sebagainya.Rakan-rakan anda termasuk rakan kepada rakan anda juga akan lihat,Jika anda ada Tiga ribu orang rakan,dan rakan kepada rakan anda jumlahnya Tujuh ribu, termasuk rakan anda ada sepuluh ribu orang akan lihat status anda,Tolak mana yang tak Online,Tak sudi nak buka,Malas nak baca dalam Dua ratus,termasuk yang tak perasan atau buat tak nampak tiga ratus,Bakinya ada lagi lima ratus orang.Cuba anda bayangkan setiap kali anda update status Lima ratus orang buka Blog anda,sebulan dah berapa puluh ribu yang melayari blog anda? Itu pun satu usaha untuk memperkenalkan blog anda kepada umum.

Dah seronok bila trafik blog dan meroket kebulan? Ketika itu terdetik pula dalam fikiran nak hasil dari penulisan anda,Balik pada ayat yang saya nyatakan diatas,Anda lihat siaran Telivisyen percuma,tapi pernahkah anda fikir darimana datangnya pendapatan untuk gaji pekerja yang menguruskan siaran yang kita lihat? Semuanya dari Iklan yang kadangkala mengganggu keseronokan tontonan anda.Tapi kita tak boleh salahkan iklan tersebut,kerana setiap saat iklan dipaparkan dikaca TV anda semuanya dibayar oleh pemilik pengiklanan.Begitu juga dengan Blog anda,Jika anda inginkan hasil karya anda berbayar anda wajib berkerjasama dengan syarikat pengiklanan!.Tapi iklan yang macamana? Apa kelayakannya?Sebelum anda ajukan permohonan pengiklanan untuk blog anda,Ada berberapa perkara yang harus dan wajib anda titik beratkan terlebih dahulu antaranya;

1)ISI KANDUNG BLOG/KARYA ANDA
~isikandung blog ni maksudnya berapa tajuk berapa cerita yang telah anda hasilkan tidak ada dinyatakan berapa jumlah entri yang anda hasilkan untuk melayakkan anda berkerjasama dengan syarikat pengiklanan.Tapi biar lah lebih dari Lima belas entri atau lebih.lagi banyak lagi besar peluang untuk anda diterima.

2)KUALITI PENULISAN
~Kualiti penulisan maksud saya bukan lah bermaksud anda wajib seorang guru atau sebagainya tetapi kualiti yang dimaksudkan padatnya kisah atau cerita yang anda tulis.Kisah yang memberi maksud sesuatu.Menyiapkan sebuah blog bukan lah satu kerja yang mudah.Kadang kala ada blogger yang menghabiskan masa sampai berjam-jam malah seminggu untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti serta padat,Sebab itu mereka melarang jika hasil karya mereka disalin atau di siarkan kembali walaupun diubah.Buat lah blog yang kemas,walau ringkas tapi padat dan cukup sempurna.Jangan lebih pada gambar semata-mata tapi karang lah biar lebih dari 200 ke 300 patah perkataan !.

3)CIRI-CIRI BLOG BERKUALITI
~Sebenarnya tiada garis pun mengatakan sesebuah blog berkualiti atau pun tidak.kadangkala cerita dogeng kanak-kanak tadika pun ada yang memaparkan iklan.Tapi yang membezakan iklan dari syarikat mana.Melalui pengelaman saya,sesebuah blog biar lah lengkap dengan ciri-cirinya antara sebabnya mudah untuk pembaca anda mencari,menilai serta nampak lebih profesional,Antara ciri-ciri yang harus ada adalah pertamanya kekemasan blog,Biar nampak kemas tersusun.Jangan letak benda-benda yang membuatkan blog nampak serabut seperti Jam lah,Gambar dengan awek lah,Gambar kucing dan sebagainya melainkan blog anda menjurus kearah dunia kehidupan Kucing.

~PETA LAMAN
peta laman atau sitemaps antara yang harus ada,bukan wajib ya,tapi dengan peta laman pengunjung blog anda lebih mudah mencari maklumat yang diperlukan.Keduanya blog anda akan lebih kemas dan mudah terindex.

~PENAFIAN /DISCLAIMER
Anda boleh tulis terma dan syarat anda sendiri atau melalui laman web Digital Disclaimer.Syarat ini sama seperti Peta Laman,tiada ketetapan tetapi jika anda inginkan sebuah blog yang profesional anda harus mempertimbangkan untuk ciri ini.Dan dengan ciri ini lah anda boleh meletak syarat agar karya anda tidak di CIPLAK atau di salin curi.

~TENTANG SAYA
ciri ini untuk memperkenalkan siapa anda,Apa yang anda mahukan dan dari sini lah orang akan mengenali siapa penulis yang menghasilkan karya yang mereka baca.Disini lah anda boleh tulis hobi anda,Seberapa dalam minat anda dengan dunia penulisan dan sebagainya.

~HUBUNGI SAYA/CONTACT ME
Ruang ini boleh juga anda pertimbangkan dimana ini juga merupakan kesempurnaan sebuah laman blog yang baik.Dimana orang boleh hubungi anda untuk memberi cadangan,Meminta kebenaran,Atau menawarkan untuk mengiklankan perniagaan mereka di blog anda.Ciri ini sama seperti diatas anda cuma daftar untuk dapatkan nya dan salin balik kamudian blog anda dah ada ciri-ciri Ini.

~DESIGN BLOG
Untuk membangunkan sebuah blog,bukan lah sesuatu yang susah senang cerita sesiapa pun boleh buat blog tetapi blog yang macamana?Design blog atau reka blog anda.Di bahagian pentadbiran blog anda boleh laraskan atau setkan design blog anda.Latter head gunakan tulisan macamana,Tebal tulisan dan sebagainya.Kedudukan susun atur di bahagian mana menu blog,Dibahagian mana iklan, dan isi blog.Mungkin anda nak hias dengan bunga atau gambar-gambar yang anda minat.Buat lah design yang unik.Dan cuba bayangkan diri anda adalah pembacanya.Jika anda suka mungkin pembaca anda pun suka.

Dah siap semua? Apa lagi yang kurang? Usia blog tidak dinyatakan secara terang berapa usia blog yang layak beriklan tetapi jika anda ingin beriklan melalui syarikat pengiklanan blog nombor satu iaitu G Ads anda wajib perhatikan soal ini iaitu usia blog.Melalui kajian saya tidak ada yang tetap sebab ada yang tulis setahun,ada yang tulis enam bulan dan sebagainya.Tetapi BAGI saya,Bukan usia jadi ukuran AKAN tetapi isi kandung blog.Jika jumlah blog anda dah capai lebih dari lima belas entri boleh lah cuba mohon.Tapi sebelum mohon semak balik blog anda,dah sedia dan anda berpuashati dengan ciri-ciri yang saya nyatakan diatas baru lah mohon.jangan tergesa-gesa mohon bimbang akan mengundang kecewa apabila blog di tolak saat awal.

#Tiga kali blog saya di tolak dengan alasan content tidak mencukupi,Content tidak memadai-melalui kajian saya biar blog kita padat dengan perkataan bukan Gambar.Buat blog bersungguh-sungguh penuh atau kaya dengan maklumat,Maklumat maksud saya kata-kata.

Antara yang paling sensetif ialah sumber trafik.DISINI SAYA INGATKAN jika anda merancang membina penghasilan dari blog atau penulisan anda melalui syarikat pengiklanan Nombor satu.Anda harus lupakan trafik mendadak ! Kerana bukan trafik yang  G Ads  lihat tetapi kualiti.Antara jawapan yang bakal diterima disaat permohonan pertama ialah ; Sumber trafik Tidak mematuhi kebijakan kami.Yang di utamakan oleh mereka ialah Unik visitor.Pembaca yang singgah secara sendiri membaca blog anda kerana anda sesuatu maklumat yang dicari bukan kerana menemui blog melalui iklan dan sebagainya.

4)KLIK PALSU

KLIK PALSU bermaksud anda menekan iklan di blog anda sendiri.Jangan kira mereka tak tahu.Walaupun kita jauh,Duduk dalam bilik seorang diri kamudian buka blog lepas tu klik iklan sendiri ! Memang saat itu anda senyum bila tengok erning terus kelangit.mana tidak satu klik hampir satu dollar!! Tapi jangan menyesal pukul 12 malam sampai email atau jangan terkejut bila iklan kat blog anda dah hilang??hahaha....cari lah tak akan jumpa.Sebab nya....walaupun mereka tidak nampak anda buat klik palsu,jangan lupa alamat ip anda akan terhantar sekali.Dari mana klik tersebut semua masuk dalam data mereka.Jadi Jangan cuba-cuba.

Tak dapat klik sendiri suruh kawan klik..hahaha yang ni lagi kelakar.Kali pertama memang lepas.Syokk tengok income masyukk dollar-dollar pula tu.tapi sekali dua akan lepas masuk kali ketiga anda akan dapat Email."KELULUSAN AKAUN DOT...DOT...DOT.. DITARIK BALIK KERANA MELANGGAR KEBIJAKAN KAMI". Penyelesaianya ialah....Tunggu tiga empat hari atau seminggu dua,Cuba mohon balik.Anda boleh mohon atau merayu seberapa kali pun selagi akaun tidak di Banned.

PENYELESAIAN PENGIKLANAN
~Tidak dinafikan  G Ads merupakan pengiklanan yang paling diburu blogger kerana ketepatan serta bayaran yang lumayan namun oleh kerana permintaan nya terlalu tinggi dari seluruh dunia maka syarat nya pun teramat lah ketat.Namun Jika anda sememangnya ingin yang santai-santai banyak lagi syarikat lain seperti Nuffnang,Adnow,Chiitika dan sebagainya.itu pun jika anda berhasrat untuk penghasilan dari hasil karya anda.

Akhir kata,Blog merupakan satu perkara yang mudah jika kita mengganggap ianya mudah.Dan kelihatan payah jika disebaliknya.Biarkan Minat menjadi Hobi agar apa yang kita hasilkan bakal memberi manfaat walau sebesar pasir di lautan.Walau sedikit tetapi ianya banyak.Satu perkara yang saya lihat,Jika apa yang kita kongsikan yang kita hasilkan memberi Manafaat buat sesiapa,Di karang hari ini,sepuluh tahun akan datang tetap akan dibaca oleh sesiapa.Jika apa yang kita sampaikan di guna maka bukan sahaja nilai penghasilan nya tetapi yang utama ialah keuntungan berpanjangan iaitu pahala nya.Walaupun kita tidak lagi mampu menulis dan sebagainya tetapi hasil kerja kita masih bersiaran.Sama lah kisahnya dengan penulis novel,Buku-buku panduan,Kitab-Kitab suci walaupun penulis asalnya dah tiada,tetapi dialam lain pun mereka masih mendapat imbuhan nya.Sekian

Jumaat, 17 November 2017

KISAH SERAM PENYIMPAN BEKAS TALI GANTUNG PENJARA

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semuanya.Kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Sebagai pembuka bicara,saya akan paparkan satu kejadian misteri melalui pengelaman sebenar Encik.Mat antara seorang mangsa gangguan mahluk halus dari nyawa-nyawa yang pernah melayang akibat rentapan tali gantung dari sebuah penjara lama yang dahulunya pernah menjadi persingahan pesalah-pesalah berat yang berhadapan dengan hukuman mati.


Encik.Mat antara orang pertama yang ditemui oleh Radzi yang menawarkan seurat tali besar lebih kurang lengan kanak-kanak dipercayai dilarikan dari penjara.Encik Mat sememangnya insan yang begitu terpengaruh kepada barang-barang Mistik untuk dijadikan perantaraan menurun untuk mendapatkan nombor ramalan atau nombor ekor.Encik Mat begitu teruja dengan tawaran Radzi yang menawarkan tali gantung berkenaan dengan harga satu ribu ringgit.Pada mulanya Encik.Mat keberatan dengan harga yang tinggi serta belum pasti akan kebolehan tali berkenaan.


Namun setelah dijakini oleh Radzi bahawa tali berkenaan adalah asli serta kesan-kesan yang ada pada tali berkenaan memang menyerlah keaslian nya.Akhirnya Encik.Mat bersetuju untuk membeli tali gantung Puaka berkenaan.Cuma Encik.Mat meminta tempoh sehingga tengahari besok nya kerana ingin berbincang dengan rakan seperjuangan nya terlebih dahulu.Setelah mengikat janji akhirnya Radzi menyimpan Tali gantung berkenaan dan tidak akan menawarkan nya kepada sesiapa selain Encik.Mat.Dengan kesempatan yang ada,Encik.Mat menghubungi rakan-rakan nya iaitu Pak.Mail,Sarjan Taha dan Pak Amin untuk berbincang mengenai sesuatu yang luar biasa dan pastinya "Rare".


Mendengar penjelasan ringkas dari Encik.Mat rakan-rakannya bersetuju untuk bertemu disebuah warung pada malam tersebut.Sewaktu pertemuan ringkas tersebut,Encik.Mat membuka mulut memberitahu Seorang pemuda memiliki Tali Gantung yang dibawa keluar dari sebuah penjara lama.Mendengar kata-kata begitu,Sarjan Taha terus bersetuju berkongsi dengan rakan-rakan lain termasuk Encik Mat sendiri untuk menebus tali gantung tersebut.Setelah persetujuan dan kata putus diperolehi akhirnya mereka balik kerumah masing-masing dimana Encik Mat dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih tali gantung tersebut.


Keesokan harinya,Encik.Mat menemui Radzi dirumah sambil membawa seribu ringgit yang dijanjikan.Ketika menyerahkan wang tunai ketangan Radzi.Encik.Mat membuka bungkusan yang diberikan oleh Radzi untuk melihat kembali tali gantung berkenaan.Setelah yakin dan pasti,Encik.Mat balik kerumah bersama tali gantung puaka yang baru di tebusnya dari Radzi.Kini Tali gantung puaka tersebut menjadi milik Encik.Mat.Dengan senang hati Encik.Mat memandu terus menuju kerumah Pak.Mail untuk menunjuk kan tali gantung berkenaan sambil memikirkan rancangan seterusnya.


Dirumah Pak Mail,mereka menghubungi rakan-rakan yang lain untuk bertemu.namun pertemuan hanya berlaku malam kerana Encik.Taha dan Pak Amin belum balik dari kerja.dimana Sarjan Taha dan pak Amin bersama-sama menjadi Pengawal keselamatan disebuah kilang sebagai kerja memenuhi masa lapang selain menambah pendapatan selain dari wang pencen yang diterima setiap bulan.Diantara mereka,Pak Amin lah antara seorang yang tahu serba sedikit mengenai ilmu batin dimana sebelum ini Pak Amin mampu berubat orang serta mempunyai kemahiran dalam berinteraksi dengan mahluk halus.


Malamnya selepas waktu Maghrib mereka berkumpul dirumah Pak Mail.Dimana disitu disediakan sebuah bilik kosong sebagai lokasi untuk mereka bertemu dan berbincang.Bungkusan berisi tali gantung berkenaan dibawa bersama dimana ketika itu Pak Amin mengambil bungkusan tersebut dan membukanya.Entah ayat apa yang Pak Amin baca sehingga tali berkenaan seolah-olah hidup bagai seekor ular didalam bungkusan.Namun Pak Amin sememangnya berani,dia menyeluk bungkusan dan menarik keluar tali berkenaan.Setelah membelek-belek tali tersebut,Pak Amin memberi tahu tali berkenaan sememangnya asli dan mempunyi penunggu yang kuat-kuat.


Pak.Amin menguji tali berkenaan dalam sebuah bilik kosong dimana tali berkenaan diasapkan kamudian dititiskan dengan air asam limau sebelum meninggalkan nya dalam bilik tersebut.Namun dalam berberapa minit selepas itu,kedengaran jelas bunyi seperti nafas garau,suara seperti orang menangis dari arah bilik dimana tali berkenaan ditinggalkan.Dari suara serta bunyi seakan-akan hentakan kaki dari bilik tersebut yakin lah mereka yang tali tersebut sememangnya mempunyai khadam.Pak Amin mengambil semula tali berkenaan dan memasukkan nya kedalam bekasnya semula.


Setelah itu baru lah Encik.Mat berbincang bersama rakan-rakan nya untuk membawa tali gantung puaka berkenaan ke utara dimana disitu terdapat seorang Guru yang mampu menarik harta dari alam ghaib melalui khadam yang menjaga barang-barang mistik.Masing-masing tersenyum membayangkan imbuhan yang akan mereka bakal perolehi dari khadam tali gantung berkenaan.Setelah mendapat kata sepakat dimana mereka akan kesana awal bulan seterunya.Namun Pak Mail diamanahkan untuk menjaga tali gantung berkenaan sehingga lah hari yang dijanjikan untuk dibawa ke utara tanah air.


Hari yang dijanjikan seawal pagi mereka bertolak namun perjalanan mereka kali ini cuma bertiga sahaja iaitu Encik.Mat,Pak Amin,Encik.Taha,dimana Pak Mail tidak mengikut serta kerana masalah kesihatan.Sekitar 3 petang tiba lah mereka dirumah Pak Bruwin.Ketika itu ada sepasang suami isteri sedang berubat dengan Pak Bruwin.Melihat masih ada tetamu Pak Amin meninggalkan Tali Gantung tersebut didalam kereta untuk keamanan agar tidak menjadi bahan cerita kelak.Hampir setengah jam menunggu akhirnya pasangan tersebut balik.Dan dengan tiba-tiba Pak Bruwin menutup lampu di beranda rumahnya.


Belum pun sempat memberitahu hajat sebenar kedatangan mereka.Sewaktu bersalam Pak Bruwin bertanya tentang Tali Gantung keramat yang mereka bawa.Ketika itu Encik Mat dan rakan-rakan nya berpandangan sesama sendiri kerana merasa hairan bagaimana Pak Bruwin boleh mengetahui apa yang mereka bawa.Melihat anak buahnya berkerut pelik,Pak Bruwin ketawa sambil memberitahu yang dia dah tahu sejak dari Hari dimana Encik.Mat menebus tali berkenaan dari seorang pemuda.Pak Amin menghulurkan tali berkenaan kepada Pak Bruwin.Baru saja pak Bruwin nak pegang,tiba-tiba tali tersebut bergerak seperti seekor ular.


Suasana rumah menjadi riuh akibat terkejut dengan perlakuan tali gantung berkenaan.Pak Bruwin mengeluarkan tali berkenaan dan membaca berberapa mentera nya.Pak Bruwin memandang wajah-wajah anak-anak buahnya sambil tersenyum dan menggeleng kepala.Pak Bruwin memberitahu Tali gantung tersebut tidak mempunyai khadam.dan tidak mempunyai sebarang keindagan !!.ketika itu masing-masing tertunduk kecewa sebelum Pak Bruwin meneruskan kata-katanya,Encik.Mat bertanya lagi dan jawapan sama dari Pak Bruwin.Tiada sebarang keindahan pada tali tersebut.Namun tali Gantung yang mereka bawa mempunyai "Badi ".Badi dari roh-roh pesalah yang mati ditali berkenaan.Namun roh-roh tersebut tidak mampu berbuat apa-apa.


Pak Amin bertanya pula,tak boleh ke kalau tali berkenaan digunakan untuk menarik rezeki? Pak Bruwin hanya senyum tanpa menjawab apa-apa.Ketika itu Pak Bruwin menarik nafas panjang dan menghembus keluar sepuas-puasnya sambil memberitahu mereka bukan hampa,akan tetapi masih ada cara lain yang boleh digunakan dari tali berkenaan.Namun mereka harus berkorban sedikit sekali lagi.Namun Pak Bruwin memberitahu penghasilannya bukan lah seperti yang dirancangkan.Pak Bruwin memberitahu dia akan menarik nombor ekor dari Tali berkenaan.Namun sejauh mana Badi tali hendak menghadiahkan mereka itu terserah pada diri sendiri.


Setelah setuju,Pak Bruwin melurut-lurut tali Gantung tersebut sambil membaca ayat.Disaksikan oleh Encik.Mat dan rakan nya Pak Amin,jelas kelihatan empat angka nombor diatas tali berkenaan.Pak Bruwin menasihatkan mereka agar menulis apa yang disaksikan tadi agar tidak dilupa.Kerana Syarat perubatan Pak Bruwin agak tegas dimana tidak dibenarkan bertanya sekali lagi.Setelah selesai Pak Bruwin memasuk kan tali berkebaan kedalam bungkusan dan menyerahkan nya kepada Encik Mat.Namun Encik Mat menyerahkan kembali kepada Pak Bruwin serta meminta pak Bruwin menyimpan tali berkenaan.Setelah itu mereka berbual kosong dan Encik Mat menceritakan soal dirinya yang tiba-tiba begitu terpengaruh kepada tali gantung berkenaan.


Berberapa jam berlalu akhirnya Encik.Mat dan rakan-rakannya balik dalam perjalanan mereka berbual sekali lagi soal tali berkenaan.disamping itu mereka merancang untuk membeli nombor ramalan yang diperolehi dari tali gantung puaka berkenaan.Selang berberapa hari,Hari Rabu sekitar pukul 5 petang Encik.Mat sekali lagi menjadi wakil kawan-kawannya beratur di kaunter untuk urusan seterusnya.Sehingga ketika berada dirumah,telefon rumah Encik.Mat dihubungi ternyata Pak Amin berada dihujung talian menghubungi Encik.Mat menbawa berita dimana apa yang mereka terima dari Pak Bruwin telah menyangkut ditempat kedua.Encik Mat tersenyum walaupun cuma sedikit tetapi mampu menebus duit-duit yang telah dibelanjakan sejak mula memiliki tali gantung berkenaan sehingga semua urusan.


Kisah ini saya paparkan melalu pengelaman Encik Mat yang sudi berkongsi kisah nakalnya bersama tali Gantung penjara.Namun misteri tali gantung berkenaan bukan lah tamat disitu sahaja.Dimana satu perkara pelik telah berlaku dimana secara tiba-tiba tali gantung yang diamanahkan kepada Pak Bruwin secara tiba-tiba berada dalam almari pakaian dirumah Encik.Mat.

Khamis, 16 November 2017

MISTERI WANITA BUNTING DALAM PERIGI BUTA

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu sekali lagi bersama saya dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri mengenai kewujudan perigi yang menjadi terowong atau laluan mahluk halus menampak kan diri sehingga menimbulkan kerisauan penduduk yang menggunakan sumber air dari perigi berkenaan.Bermacam cerita-cerita misteri yang bangkit melalui penemuan mahluk halus termasuk kewujudan Wanita misteri yang sering kelihatan mencuci pakaian di kawasan perigi tersebut dikala senja sehingga menakutkan sesiapa sahaja menggunakan perigi tersebut ketika senja dan malam.

Kisah misteri mengenai perigi tersebut bermula ketika itu bekalan air bersih masih belum lagi memasuki kawasan kampung terutamanya kawasan pendalaman.Dan antara kemudahan paling popular ketika itu hanya lah sungai dan juga perigi.Dimana ketika itu para wanita terdiri dari suri rumah mahupun anak-anak dara kampung akan ke sungai untuk membasuh dan mengambil bekalan air bersih,Namun setelah menemui sumber lain seperti mata air penduduk merasakan lebih mudah dan dekat serta mempunyai bekalan air yang lebih bersih berbanding sungai yang tidak diketahui sumber dan pencemaran berlaku dikawasan hulu sungai.


Bermula dengan kerja mengorek secara bergilir-gilir oleh pemuda kampung sehingga tehasil lah satu punca air yang banyak serta diyakini bersih serta dingin.maka sejak itu rutin membasuh dan sumber air bersih untuk memasak beralih keperigi.Dari hari kehari penduduk semakin bertambah dan penggunaan perigi juga semakin sesak.Dimana kadang kala sehingga menjadi punca pergaduhan apabila ada segelintir penduduk yang suka berebut-rebut menggunakan perigi.Sehingga lah satu kejadian berlaku di sebuah perigi yang menjadi nadi kehidupan mereka selain sungai.Apabila berlaku satu pergaduhan diantara seorang wanita dalam lingkungan 40an dengan seorang wanita mengandung di kawasan perigi tersebut tanpa pengetahuan sesiapa.

(sekadar hiasan)


Angkara berebut kawasan membasuh,bermula dari sindir menyindir,tolak menolak sesama sendiri sehingga lah aksi lebih ganas apabila keduanya mula bertarik rambut dan bergelut sesama sendiri disitu tanpa ada sesiapa yang meleraikan mereka.Sehingga secara tak sengaja,wanita berusia 40an yang dikenali sebagai Nek Bah tertolak wanita mengandung tersebut sehingga bahagian perutnya mengenai tebing dan bucu perigi.Antara sengaja atau tidak,angkara tolakan Nek Bah untuk mengelak dari hayunan baldi yang dibuat dari zink mengenainya membuatkan wanita yang sarat mengandung tersebut tersembam pada tebing perigi sehingga mengalami kecederaan serius dimana bayi dalam kandungan terkorban dan melibatkan tumpahan darah yang banyak dari wanita mengandung tersebut.


Entah apa yang merasuk nek Bah,sehingga bertindak lebih kejam apabila menolak wanita tersebut kedalam perigi.Dan sejak kejadian tersebut tiada siapa yang tahu akan peristiwa yang berlaku sehingga penduduk kampung membuat tohmahan dan fitnah mengatakan wanita mengandung yang menjadi mangsa Nek Bah melarikan diri mengikut lelaki lain.Selama berberapa minggu si suami mencari isterinya yang menghilangkan diri sehingga berberapa penduduk kampung mendapatkan perkhidmatan bomoh untuk mengesan isterinya juga menemui jalan buntu.


Dan yang menjadi misterinya,Jasad wanita tersebut terus gagal dikesan dan begitu juga dengan perigi dimana mayatnya dicampak oleh Nek Bah.Juga sama seperti biasa walaupun adakalanya perigi tersebut riuh dengan suara orang dan digunakan setiap hari namun mayat si wanita mengandung tersebut tak juga ditemui.Bagi Nek Bah,dia merasa lega apabila mayat wanita tersebut terus ghaib dalam perigi yang digali oleh penduduk kampung secara beramai-ramai dahulu.Sehingga lah berberapa tahun kamudian,apabila bekalan air bersih mula disalurkan dan setiap keluarga di bekalkan dengan sebuah tangki air yang besar untuk menampung bekalan air.


Sejak tidak digunakan,perigi tersebut mula kelihatan suram dan dipenuhi dengan pokok-pokok asing yang tumbuh disekitar perigi sehingga kawasan perigi mula hilang dari pandangan.Sehingga lah terjadi kejadian misteri apabila secara kebetulan berberapa orang jurusukat tanah menggunakan perigi tersebut untuk membersihkan diri kerana agak jauh dari kediaman penduduk.Pekerja juru ukur mendirikan sebuah khemah dikawasan perigi tersebut sewaktu menyukat dan mencari batu sempadan kawasan kampung dan juga tanah-tanah penduduk yang belum mempunyai taraf.


Kejadian misteri mula berlaku ketika pekerja tersebut bermalam dikawasan perigi apabila mereka terdengar suara sayup-sayup meminta tolong dari arah dalam perigi.namun apabila perigi disuluh,tiada pula sesiapa didalamnya.Sehingga lah satu tengahari sewaktu mengeluarkan air dari perigi tersebut,Tiba-tiba timba mereka tersangkut pada sesuatu didasar perigi.Dan setelah timbah ditarik keatas,ternyata sehelai kain batik yang masih sempurna ditemui dari dalam perigi dengan warna dan corak yang kelihatan baru membuatkan mereka menganggap ada penduduk yang masih menggunakan perigi tersebut.


Kain batik yang ditemui dari dalam perigi tersebut digantung pada tali yang diikat pada sebatang pokok agar pemiliknya melihat dan mengambil kembali kain batik tersebut,Namun masuk hari ke tiga kain batik tersebut masih berada di situ dan selama itu juga lah cuaca begitu baik tanpa awan mendung atau hujan,Namun kain batik yang digantung pada tali tersebut tetap basah dan sentiasa menitiskan air seakan baru diangkat dari air.Malam tersebut,pekerja yang bermalam berhampiran perigi duduk berbual di perkarangan perigi.Dalam mereka tak sedar sepasang mata memerhatikan mereka dari bahagian muka perigi dengan rambut yang panjang berserta muka dipenuhi lumut.Tanpa mereka sedari kepala yang muncul dari dalam perigi semakin tinggi keudara dan berada di awang-awangan.


Disaat itu ketua mereka yang merupakan seorang pemuda berbangsa Cina keluar dari bangsal setelah menamatkan panggilan telefon,Ketika itu dia terpandang susuk wanita dengan rambut yang panjang mencecah bumi bersama muka dipenuhi lumut mendukung sesuatu.Dengan serta merta pemuda tersebut menjerit ketakutan diikuti dengan tiga orang pekerja yang duduk santai berbual dari tadi hanya menyedari jelmaan mahluk menyerupai wanita mendukung anak dibelakang mereka.Jelmaan wanita tersebut hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sebarang bunyi kamudian turun semula kedalam perigi dan hilang.Melihat keadaan begitu,mereka melarikan diri ke sebuah rumah kediaman penduduk kampung.


Dan secara kebetulan mereka menuju ke sebuah rumah yang terang dan dipenuhi oleh orang ramai,Dimana kebetulan ketika itu Nek Bah sedang tenat bertarung dengan nyawa kerana sakit tua.Pemuda cina selaku ketua dan saksi pertama yang melihat jelmaan hantu tersebut menceritakan apa yang berlaku kepada mereka kepada sekumpulan penduduk kampung yang berkumpul di anjung rumah Nek Bah.Sambil tersenyum sinis mereka mentertawakan lima sekawan yang ditugaskan menyukat tanah dan mencari batu sempadan kawasan tersebut.Namun setelah di yakin kan oleh pemuda cina yang juga ketua pekerja terbabit mereka akhirnya terpaksa mempercayai cerita mengenai perigi tersebut walaupun was-was kerana suatu masa dahulu air perigi itu lah yang menampung keperluan air atuk moyang mereka.


Malam itu juga mereka mengikuti pekerja ukur melihat perigi yang dimaksudkan.Sewaktu berkumpul ramai-ramai di permukaan perigi dengan tak semena-mena bunyi kocakan air yang begitu kuat kedengaran sehingga menghasilkan percikan air mengenai tubuh penduduk kampung yang datang menyiasat kejadian tersebut bersama pekerja juruukur.Setelah mendengar bunyi kocakan tersebut,mereka mula merasa takut dan seram,Sewaktu melangkah kebelakang,Tiba-tiba muncul satu suara dari dalam perigi memberitahu Nek Bah punca segalanya.dan setelah itu suara dan kocakan dari dalam perigi pun hilang.setelah mendengar suara tersebut barulah mereka semua percaya dan masing-masing ketakutan dan melarikan diri kearah rumah Nek Bah yang sedang tenat.


Sewaktu dirumah Nek Bah,seorang pemuda kampung menceritakan penemuan mereka kepada ketua kampung.Dan secara kebetulan perbualan mereka didengari oleh Nek Bah.Nek Bah secara tiba-tiba meraung dan terpekit sambil berkali-kali meninta maaf.Dan ketika penduduk kampung yang berada disitu menjadi saksi mendengar suara Nek Bah.Mereka meluru naik kedalam rumah dan melihat nafas Nek Bah tercungap-cungap bagai seekor ikan tanpa air.Pak Hamid selaku ketua kampung cuba menenangkan Nek Bah.Namun sebelum sempat Nek Bah melafaskan apa yang hendak di perkatakan,Nek Bah tiba-tiba kejang dan terus senyap bersama mulut yang masih ternganga bersama mata yang terbeliak berwarna merah.


Dua Hari selepas kematian Nek Bah,Seorang penduduk wanita telah bermimpi apabila didatangi seorang wanita mendukung bayi dengan wajah yang lebam bersama titisan darah hitam yang hanyir memberitahu yang dirinya adalah penghuni Perigi puaka tersebut.Disamping itu,pada malam yang sama,seorang lagi penduduk yang merupakan anak gadis Pak Hamid,ketua kampung tersebut turut bermimpi dan melihat bagaimana nek Bah menolak seorang wanita mengandung kedalam perigi yang sama dengan perigi yang pernah digunakan oleh atuk nenek mereka berberapa puluh tahun yang lalu.Dimana dalam mimpi anak gadis ketua kampung dapat melihat dengan jelas bagaimana Nek Bah cuba mengelak sebuah timba kosong yang dibina dari Zink mengenai kepalanya.


Dan dalam mimpi anak Pak Hamid,Nek Bah menolak bahu wanita mengandung tersebut dan mengenai bucu perigi dibahagian perut dan secara tak sengaja wanita tersebut meninggal dunia akibat pendarahan serius.Dan misteri mengenai Hantu perigi dalat disaksikan oleh anak gadis ketua kampung melalui mimpi.Dan mengukuhkan lagi cerita penduduk kampung bersama pekerja ukur berberpa minggu yang lepas sewaktu Nek Bah meninggal dunia.Keesokan harinya,Seorang pemuda yang bermimpi melihat kejadian tersebut menemui ketua kampung.Dan menceritakan soal mimpinya dikuatkan lagi dengan mimpi dari anak gadisnya sendiri.baru lah Pak Hamid faham akan cerita misteri kehilangan seorang wanita isteri kepada Arwah Bulang Suami kepada wanita yang dicerita kan oleh arwah ayah pak Hamid suatu masa dahulu.


Setelah membuat perbincangan dengan berberapa penduduk kampung,Atas kehendak Pak Hamid selaku ketua kampung.Perigi tersebut telah di korek semula untuk mencari bahan bukti namun selama berberapa hari usaha mencari bukti dilakukan,akhirnya usaha mereka buntu kerana tiada langsung bukti-bukti seperti tulang manusia dan sebagainya ditemui.Dan demi keharmonian penduduk,Pak Hamid memanggil sebuah jentolak untuk meratakan perigi tersebut dan menimbusnya dengan tanah agar tiada lagi gangguan misteri.Sejak dari hari itu,tiada lagi kedengaran cerita-cerita dari orang ramai mengenai kewujudan hantu mendukung bayi di perigi berkenaan.


Kisah ini dibangun kan semula melalui perkongsian seorang sumber kami yang sudi mendedahkan kewujudan sebuah perigi berhantu dikampung mereka suatu masa dahulu.Sejauh mana kebebaran mengenai kisah ini terletak pada keikhlasan perkongsian sumber kami Encik.Maliki.Namun Dari pandangan sudut Mistiknya,Melalui berberapa pengalaman rakan-rakan saya,memang diakui jika suatu lokasi pernah terjadi pembunuhan antara mayat ditemui atau sebaliknya pasti akan berbadi.Antara sebab yang dinyatakan oleh seorang sumber kami yang juga seorang peminat dunia misteri dan Paranormal,Kebiasaan roh mangsa akan berada di lokasi kejadian sehingga berjaya membalas dendam atau menuntut keadilan atas kematian nya.


Namun harus diketahui,kebiasaan nya yang menjelma menyerupai mangsa bukan lah roh mangsa akan tetapi jelmaan iblis yang sengaja mencari cara menakutkan manusia untuk menyesatkan mereka.Namun sejauh mana kebenaran nya terletak pada hati dan pemikiran sendiri.Terhasilnya artikel ini adalah melalui olahan semula dan berberapa pembetulan dilakukan.Sekiranya ada persamaan nama dan jalan cerita,mungkin itu secara kebetulan.Semoga terhibur.

Sabtu, 11 November 2017

PERMATA DELIMA ASLI ANUGERAH ALAM BUNIAN

Salam sejahtera buat semuanya bertemu sekali lagi dalam Siaran Lagenda Pulau Rahsia .Untuk paparan  kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman Seorang pemuda yang di kenali sebagai Mat yang mendapat petunjuk sehingga menemui dan memiliki sebutir permata delima asli dari sebuah rumah besar yang ditinggalkan sejak berberapa puluh tahun yang lepas sehingga lah kehadiran Encik.Mat bersama keluarga setelah memilih rumah tersebut untuk disewa memandangkan kadar sewa yang murah walaupun agak suram dan jauh dari jiran tetangga.


Pada Awal pindah disitu,Disaat pintu dibuka Mat terkejut melihat keadaan dalam rumah yang penuh dengan kelengkapan,serta disusun rapi cuma yang menakutkan setiap perabot di bungkus dengan kain putih.Mengikut wakil yang Mat temui dalam urusan sewa,Encik Kareem memberitahu dirinya sekadar wakil yang diamanahkan oleh pemilik yang merupakan bekas seorang penghulu namun berpindah mengikuti anaknya menetap diluar negara.Sejak itu lah Kareem di amanahkan untuk menjaga dan memulihara rumah berkenaan.


Hari pertama dirumah sewa tersebut,Mat bersama-sama dengan isteri nya Salmah mengemas apa yang patut termasuk mengubah sedikit kedudukan kerusi meja dan membersihkan kawasan longkang di belakang rumah.Barulah Mat tahu rupanya rumah tersebut mempungai sebuah tangki air besar dibelakang rumah.Mat cuba membuka pili air ternyata airnya dingin serta bersih,Air dalam tangki tersebut disedut dari sebuah perigi yang terletak dikawasan paya tidak jauh dari rumah tersebut.


Malam nya selepas makan malam,Mat bersama isteri dan ibu mertuanya duduk diruang tamu sambil menonton warta berita dari telivisyen lama yang masih berfungsi dalam rumah tersebut.Memandangkan ibu mertua serta isterinya ada bersama,Mat keluar untuk menghisap rokok agar tidak menggangu isteri dan ibu mertuanya.Sewaktu menghembus-hembus asap rokok,Mat terlihat sesuatu yang aneh dibalik pokok mangga dihadapan rumah,seolah-olah susuk tubuh manusia sedang memerhatikan nya.Mat meninjau-ninjau untuk memastikan apa yang dilihat.Entah kenapa,lembaga tersebut lari setelah Mat memerhatikan nya.Ketika itu Mat terlihat lembaga tersebut lari terhuyung hayang tanpa kepala!Perasaan terkejut serta takut membuatkan Mat melepaskan rokok nya dan terus masuk kedalam rumah.


Mat merahsiakan apa yang dilihatnya dari pengetahuan isterinya.Bimbang kalau isteri nya tidak selesa tinggal dirumah tersebut.Malam nya  Mat bermimpi didatangi dua orang,seorang lelaki dalam lingkungan 80an dan seorang wanita muda berusia 20an menghampiri Mat dan lelaki tua tersebut menghulur tangan tanda perkenalan,Dalam mimpi tersebut Mat melihat dua beranak tersebut merupakan penghuni rumah yang disewa oleh Mat.Mat serba salah namun lelaki tua tersebut memberitahu Mat lebih berhak menetap disitu serta memberitahu Mat terdapat roh jahat yang sama menumpang rumah yang Mat sewa.Melalui mimpi tersebut,Lelaki tua memberi tahu Mat Roh jahat tersebut merupakan manga kemalangan yang menetap dirumah yang Mat sewa namun lelaki tua berkenaan memberitahu agar Mat tidak perlu risau dan takut kerana Roh jahat tersebut tidak akan masuk kedalam rumah kerana rumah tersebut juga didiami oleh berberapa lagi roh baik termasuk bunian.


Mat tersedar dari tidur apabila merasakan dirinya berpeluh kerana kepanasan.Sepanjang malam sehingga subuh Mat tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan soal mimpinya.selama seminggu menetap disitu Setiap malam Mat bermimpi bertemu dengan lelaki serta gadis yang sama dalam mimpinya sebelum ini.Sehingga lah masuk minggu kedua menetap dirumah berkenaan,Mat tidak lagi di datangi dua beranak dalam mimpi nya.ketenangan jelas terasa setelah dua minggu menjadi penghuni rumah besar tersebut.sebelum ini setiap hujung minggu Mat akan keluar memancing namun setelah tinggal di rumah berkenaan Mat Tidak lagi gemar memancing,Malah lebih gemar menghabiskan masa hujung minggu nya dengan melihat-lihat sekeliling rumah.


Tiga bulan menetap dirumah tersebut,Mat didatangi sekali lagi dalam mimpi dimana dua beranak yang sama menemui Mat dan kali ini,Lelaki tua tersebut berhajat agar Mat mengambil anak nya sebagai isteri kedua.Belum pun sempat menjawab Mat dikejutkan dengan bunyi tembakan yang amat kuat sehingga Mat terkejut dari tidur,Ternyata bunyi letupan berkenaan terhasil dari dentuman petir dimana ketika itu hujan turun dengan lebat sekali diselang dengan dentuman petir.Mat menjadi risau melihat keadaan hujan yang lebat.Mat bangun dan menuju kedapur untuk minum,Sewaktu membuka peti ais,Mat ternampak satu susuk tubuh seorang wanita duduk di meja makan sambil tersenyum kepada Mat.Mujur Mat dapat mengawal perasaan jika tidak pasti dia akan pengsan disitu.ternyata Susuk tubuh yang dilihat ialah gadis yang kerap muncul dalam mimpi nya bersama lelaki tua.


Dengan pantas Mat meninggkalkan dapur dan segera kebilik tidur.Baru saja Mat melabuh kan punggungnya,Tiba-tiba bekalan elektrik terputus diselang dengan sinaran pancaran kilat  disusuli bunyi dentuman kilat yang kuat.Isteri Mat terbangun apabila merasaka kipas tidak berpusing.Salmah hairan melihat Mat seakan ketakutan.Namun Mat memberitahu tiada apa-apa yang berlaku sekadar terperanjat mendengar suara petir.Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar,Salmah bangun untuk membuka pintu,Manakala Mat semakin takut bimbang kalau-kalau yang mengetuk pintu adalah jelmaan wanita yang selalu dilihatnya dalam mimpi.


Rupa-rupanya ibu mertua Mat yang datang menghantar lilin memandangkan bekalan elektrik terputus.Sehingga subuh mata Mat masih segar.Mat membuat keputusan untuk mengambil cuti pada hari tersebut.Siangnya Mat banyak termenung memikirkan tawaran jelmaan dari dua beranak yang kerap hadir dalam mimpinya.Bermacam situasi muncul dalam kepala Mat,Di terima takut mengguris hati isterinya,lagipun mat jadi risau macamana hidup dengan orang halus.Di tolak pula,Mat berasa sayang memandang kan rupa paras gadis tersebut memang menawan hati mat.Dalam Mat berkira-kira tiba-tiba mat terasa bahunya di tepuk dari belakang,Mat terkejut dan merasakan dirinya sedang bermimpi apabila gadis bersama ayahnya yang kerap ditemui muncul dalam mimpinya kini berdiri di hadapan Mat ketika siang hari.Mat terkejut namun lelaki tua tersebut berkata terlebih dahulu,Dia meminta Mat jangan takut kerana Mereka bukan lah Hantu,Namun bunian yang menetap bersama Mat.


Mat ditanya sekali lagi tentang anak gadisnya.Dimana Mat akan berkhawin dan menetap bersama keluarga seperti biasa,tanpa perlu bercerai atau sebaliknya,Dan mat cuma akan bertemu dengan Zulaikha pada hari jumaat sahaja.selain nya mat bebas bersama isteri pertama nya.Pernikahan pula harus dilakukan dalam kalangan keluarga Zulaikha tanpa perlu menyusahkan keluarga Mat.Mendengar penjelasan tersebut akhirnya Mat bersetuju dan bersedia mengahwini Zulaikha.Pada hari yang janjikan,Mat memberitahu kepada isterinya yang dia akan berkursus selama seminggu dan selama seminggu tidak akan balik kerumah.


Melalu jalan yang ditunjukkan oleh Haji Noh,Ayah kepada Zulaikha,Akhirnya tiba lah Mat di perkampungan Zulaikha,Seawal tiba disana,Mat melihat kehidupan yang sungguh berbeza,Dimana mereka kelihatan aman dan damai.Mat merasakan dirinya berada di sebuah kawasan yang maju dimana kelihatan kereta mewah-mewah bersama rumah-rumah tersergam indah.Mat seoalah tidak percaya yang dia kini di kelompok orang bunian.Rutin kehidupan mereka sama seperti kehidupan yang biasa Mat lalui.Dirumah Mat disambut bagaikan seorang raja,segala persiapan telah disiapkan termasuk pelamin dan sebagainya.Haji Noh memberitahu Mat dikehendaki melakukan pekerjaan sebelum dinikahkan dengan Zulaikha.


Dimana Mat dikehendaki menangkap seekor ikan dari sebatang sungai yang tidak jauh dari rumah Haji Noh.Puas Mat mencari ilham bagaimana harus menaikan ikan sedangkan dia masih baru disitu dan tiada sebarang kelengkapan.setelah puas memikir,Mat kembali menemui Haji Noh dan meminta kebenaran untuk menemui bakal Isterinya Zulaikha,Dengan keizinan Haji Noh,Mat menemui Zulaikha untuk meminta butang tudung nya bersama berberapa depa tali tangsi.setelah mendapat barang yang dihajatkan,Mat kembali kesungai dan membuat mata kail menggunakan butang tudung Zulaikha.bersama tali tangsi di ikat kemas pada mata kail dan joran yang dibuat dari buluh.


Dengan berumpan kan cacing biasa,Mat melepaskan mata kail nya kedalam sungai,Hampir setengah jam menunggu,Akhirnya Mata kail mat di tarik ikan,Bersungguh-sungguh Mat mengawal asakan ikan agar tidak mematahkan  butang tudung atau memutuskan tali tangsi.setelah puas melayan karenah ikan akhirnya mat berjaya menaikan seekor ikan kelisa emas yang besar.Setelah berjaya memperolehi ikan,Mat segera kembali kerumah haji Noh.bagaikan telah dirancang,seorang pemuda menunggu mat di rumah bersama haji Noh untuk membeli ikan Mat.Tanpa banyak bicara,pemuda tersebut menghulurkan sepuluh keping wang perak kepada Mat.Mat sekadar neneriman dan terpinga-pinga menunggu apa yang akan berlaku seterusnya.


Haji Noh memberitahu Yang Mat dan Zulaikha akan dinikahkan malam tersebut,Sepasang persalinan diberikan kepada Mat,Malam tersebut Mat kelihatan sungguh segak berpakaian ala Sultan.Dengan Mas kahwin sebanyak sepuluh keping wang perak dibayar tunai,Mat sah menjadi suami kepada Zulaikha.Malam tersebut merupakan malam pengantin pertama Mat dengan Zulaikha sebelum Mat dibenarkan kembali keesokan harinya.Keesokan harinya,Mat diiringi berberapa saudara Termasuk Zulaikha untuk balik.melalui jalan yang sama melintasi dusun durian tiba-tiba Mat berada dalam sebuah bilik kosong dalam rumah nya bersama Zulaikha.Sebelum kembali Zulaikha menyerahkan sebutir batu berwarna Merah sebagai ikatan perkahwinan mereka.sebelum Zulaikha ghaib dari pandangan Mat.


  • Kerana begitu teruja,petang tersebut juga Mat pergi ke sebuah kedai batu permata,Dan mengikat batu berkenaan dengan Cincin Suasa.Semasa menyerahkan batu untuk diikat,Tukang canai bertanya darimana Mat mendapat batu berkenaan,mengikut pemeriksaan tukang batu,Dia memberitahu batu yang Mat miliki amat sukar ditemui ketika itu,dan Tukang batu memberitahu mat yang batu tersebut merupakan permata delima yang tidak dapat ditemui dimana-mana.Mat sekadar tersenyum dan mendiamkan diri.Sejak dari hari itu kehidupan Mat berubah,Dulunya cuma berkereta buatan proton lama kini ditukar sebuah Toyota Camry terbaru,Mat juga berjaya memiliki sebuah rumah baru yang dibeli sendiri.Dahulunya sekadar seorang technician kini di naik kan pangkat kepada jurutera.


Perubahan demi perubahan dialami oleh Mat,Tanpa Mat sedar rezeki yang diperolehi atas doa kedua Isterinya,iaitu isteri zahir dan Batin,Salma dan Zulaikha.Kini mat dalam urusan membeli rumah yang disewanya,Dan masih dalam proses menemui bekas penghulu,Tuan punya rumah.Setiap hari kehidupan Mat sentiasa di sinari kebahagian dan kesenangan.Bukan sekadar itu sahaja,Mat secara tiba-tiba mampu merawat penyakit orang dengan hanya doa dan air masak.Sejak kehidupan Mat berubah,Semakin ramai orang kampung yang datang menemui Mat mengadu kesusahan,Namun Mat seorang yang baik serta tidak pernah lekang membantu orang yang menemuinya.Begitulah sebuah perkongsian dari Seorang kenalan saya dari Pahang,Semoga anda terhibur.