Sabtu, 13 Mei 2017

MISTERI RITUAL MENARIK KEKAYAAN MELALUI AMALAN SYIRIK

Salam Sejahtera Dan Salam Muhibbah buat anda semua.bersama lagenda pulau rahsia dengan  kisah-kisah misteri yang akan dikongsikan buat tatapan umum.Untuk paparan kali ini kami ingin mengajak anda ke sebuah kawasan tanah perkuburan lama untuk merasai pengalaman seram sebenar.Kisah ini berlaku secara kebetulan sewaktu sekumpulan kaki nombor ekor berniat mengganggu penghuni kubur konon nya meminta nombor bertuah.Melalui bantuan seorang bomoh Mereka berjaya mengejutkan roh yang ada di kawasan tersebut.namun apa yang berlaku selanjutnya?

Raja dan kamal merupakan dua sahabat karib yang mula mengenali antara satu sama lain sewaktu duduk menatap kod-kod unik yang tertera pada kertas nombor ekor yang dibeli.Oh ya....sebelum saya menulis lebih panjang lagi,Saya ingin mengenalkan apa yang dipanggil Nombor ekor ni.Bagi mereka biasa melihat dan pernah terjebak membelinya anda mungkin telah kenal apa itu istilah nombor ekor.Namun bagi yang tidak tahu malah baru kali pertama mendengarnya,Ini lah jawapannya.Empat nombor ekor ialah empat angka nombor yang di pertaruhkan melalui tekaan anda.Nombor ini boleh dibeli di mana-mana kedai ejen pertaruhan nombor ramalan.Di Malaysia yang amat terkenal sejak dahulu ialah,Magnun,Toto dan Kuda.Dan Jika nombor yang anda pilih tersenarai pada keputusan yang tertera maka anda layak memerima hadiah wang pertaruhan.Namun harus diingatkan,Judi adalah Haram di sisi undang-undang Syariah.Terpulang pada sesiapa,berani buat,berani tanggung.

baiklah,saya akan teruskan pengalaman mistik dua sahabat ini,iaitu Raja dan Kamal.Berkenalan atas gila nombor serta mempunyai hobi mistik yang pelik iaitu mencari barang-barang lama untuk dibuat menurun minta nombor!.Sebelum ini mereka pernah bertapa disebuah pulau yang terkenal di Melaka semata-mata ingin mendapatkan nombor ramalan.Dan juga pernah berberapa kali mendapat hasil dari pertaruhan mereka.Namun kali ini,perjuangan mereka agak pelik sedikit apabila berani membuat sesuatu yang berada diluar jangkauan dengan meminta agar Roh yang ada didalam kubur memberi nombor yang baik serta pasti meletup.

Melalui bantuan seorang bomoh yang mereka kenal,Bermula lah satu episod baru mereka untuk menerjah tanah perkuburan untuk meminta Nombor.Sebelum bertolak kesana,Bomoh Alang meminta mereka menyediakan buluh yang telah dibuang ruasnya,darah ayam hitam,Ayam panggang,sedikit buah-buahan serta sebungkus colok! Untuk syarat memuja roh kubur.Pada hari yang di janjikan,Raja dan Kamal telah pun menyiapkan segala syarat yang diberikan oleh bomoh Alang. Khamis malam jumaat sekitar 11 malam mereka tiba disebuah kawasan perkuburan tersebut.Sewaktu tiba,Raja dan Kamal mengikuti Bomoh Alang dari belakag sambil membawa kelengkapan yang akan digunakan nanti.Bomoh Alang memerhatikan tanda yang diberi oleh Raja dan Kamal siang tadi apabila mereka dikehendaki mencari kubur wanita mati beranak.

Setelah menemui kubur yang dimaksudkan,Bomoh Alang memeriksa tanda seperti gambar,Nama pada tiang tanda kubur,setelah memastikan mereka tidak tersilap kubur.Bomoh Alang menyiapkan segala kelengkapan yang di bawa di mana Raja dan Kamal sekadar memerhatikan gerak geri bomoh tersebut.Setelah menyusun makanan,buah-buahan di atas kubur.Bomoh Alang memulakan upacara nya.dengan membaca berberapa mantra yang tidak mereka fahami maksudnya.Ketika itu jam menunjukan dua belas malam,dan Bomoh Alang masih meneruskan bacaan nya.tiba-tiba dengan tidak semena-mena,angin bertiup kuat sehingga terasa kedinganan sehingga paras tulang.

Walaupun angin bertiup kencang serta berkali-kali Raja menghidupkan lilin yang terpadam,namun bomoh Alang masih meneruskan bacaan nya tanpa menghiraukau kan suasana sekeliling.Ketika Raja menghalang angin melalui tapak tangan nya melindung lilin dari terpadam.tiba-tiba muncul satu bayanngan nyata susuk tubuh seorang wanita berdiri dibelakang tembok kubur dengan pakaian yang lusuh serta berbau busuk yang amat sedang memerhatikan Kamal dan Raja dengan keadaan rambut yang panjang berjurai bermata merah dari arah belakang yang tidak bomoh sedar kehadiran nya.

Setelah bomoh Alang membuka mata,dia meminta darah ayam yang disediakan dari rumah dan memasukan darah tersebut kedalam buluh yang telah dibuang ruasnya kamudian memacakan nya diatas kubur.Setelah habis darah dituang,Bomoh Alang kembali bersila dan membaca mantra nya semula.Ketika leka menatap wajah Bomoh Alang yang tak henti-henti membaca Mantranya,Raja cuba untuk beralih sedikit dan duduk disebelah Kamal,ketika menggerak kan punggungnya untuk lebih rapat, Raja menekan lantai kubur namun ketika menekan lantai tersebut tiba-tiba tangan seakan tenggelam.ketika itu Raja mengangkat kepala untuk melihat keadaan sekeliling.tiba-tiba mangkuk kaca yang di isi dengan ayam panggang pecah berderai seoalah-olah telah diketuk dengan benda keras.

Namun Bomoh Alang masih tidak berhenti membaca mantra nya sehingga lah kamal melihat dengan mata sendiri apabila muncul satu susuk tubuh  seorang wanita berpakaian lusuh berwarna putih kotor serta terkoyak-koyak menerawang diatas mereka.Bomoh Alang menyedari kehadiran mahluk berkenaan memberhentikan bacaan mantra nya.sambil berdiri dan cuba menangkap mahluk berkenaan,namun tidak berjaya,sehingga jelmaan berkenaan hilang dari pandagan mata.Raja serta kamal masih lagi tenang dan telah bersiapa-siap untuk bertindak jika ada yang berlaku diluar jangkauan,Kira cabut lari lah tu.

Malam semakin larut serta angin kencang mula berhenti,ketika itu kamal melihat lembaga tadi datang semula menghampiri mereka,serta kelihatan tangan Bomoh Alang telah sedia dengan memegang colok yang dibakar tadi.Tiba-tiba mahluk tersebut ketawa mengilai-ngilai, sambil naik ke udara seolah-olah terapung-apung.Satu persatu makanan yang dibawa terangkat keudara,dan situasi itu betul-betul berlaku dihadapan Kamal.Kerana ketakutan Kamal memejamkan matanya dengan rapat.tiba-tiba Bomoh Alang bersuara memberitahu untuk bersiap sedia untuk menulis angka-angka nombor yang jatuh.

(Sekadar Hiasan)


Raja lah orang pertama melihat Angka enam jatuh diatas ribanya,diikuti kamal dengan angka dua dan di susuli dengan angka sembilan,Ketika bergembira menunggu nombor yang dipercayai akan meletup,Mereka terlupa yang sebenarnya mereka masih lagi diatas kubur seseorang yang sedang memerhati kan mereka.Satu benda yang berat jatuh betul-betul diatas riba kamal sehingga kamal merasa sakit dibahagian buku lalinya.setelah melihat ternyat satu akar kayu yang besar jatuh menghempap peha serta buku lalinya.Ketika megaduh sakit,Raja menoleh dan ternampak angka lima yang bercahaya atas ketulan akar di atas riba Kamal.Raja dan Kamal merasa gembira kerana keempat angka yang di cari telah muncul dihadapan mereka.dan sekadar menunggu lusanya untuk membeli nombor yang diperolehi mereka.

Ketika itu bomoh Alang berhenti membaca mantra nya dan menarik nafas lega sambil bertanya kepada Kamal dan Raja jika mereka telah berhasil atau belum dengan semangat mereka menjawab telah berhasil.Ketika bersiap-siap untuk balik tiba-tiba muncul suara garau dari arah semak menuju kearah mereka.Ketika itu Kamal melarikan diri dengan melompat berberapa kubur untuk menyelamatkan diri.Raja dan Bomoh Alang masih lagi berada di kubur yang sama.Bomoh Alang memanggil Kamal namun tidak menyahut.akhirnya Raja dan Bomoh Alang pergi ke tempat dimana Kamal jatuh namun setelah tiba disitu kamal telah hilang!Bomoh Alang memanggil-manggil nama Kamal namun tidak berjawab.Malam tersebut,Raja dan Bomoh Alang melilau diseluruh kawasan kubur mencari Kamal sehingga pukul empat pagi namun masih belum menemuinya.

Bomoh Alang mengajak Raja menunggu sehingga subuh didalam kereta,kalau-kalau kamal sedar dan telah datang ke arah kereta.Didalam kegelapan serta kedingan malam,Raja dan Bomoh Alang melelapkan mata dalam kereta sementara menunggu subuh untuk mencari kamal.Baru saja Raja hendak melelapkan mata,tiba-tiba cermin kereta diketuk dari luar.Bomoh Alang yang sekadar tidur-tidur ayam lantas bangun dan membuka pintu kereta,Namun tiada sesiapa yang kelihatan disana.Dia keluar dari kereta memerhatikan keadaan seliling.setelah pasti tiada sesiapa diluar kereta,Bomoh Alang masuk semula dan meneruskan tidurnya.

Keesokan paginya sekitar enam pagi,Raja dan Bomoh Alang  keluar mencari Kamal sehingga lah matahari terbit.Bermula dari laluan masuk mereka meninjau-ninjau keadaan serta celahan kubur agar menemui Kamal.sewaktu menghampiri tanah perkuburan yang mereka usik malam tadi Bomoh Alang terperasan susuk tubuh seseorang berada diatas kubur tersebut.Raja memberanikan diri memastikan itu jasad siapa,apabila tiba disitu,Raja melihat Kamal sedang lena tidur di celah kubur dimana kali terakhir dia menghilangkan diri sebelum hilang.Bomoh Alang juga puas mengelilingi kubur berkenaan semalam namum tidak menemui kamal.namun penemuan kamal yang masih lemah dipapah sehingga ke kereta dan mereka balik meninggalkan tanah perkuburan yang meninggalkan berbagai kenangan buat mereka semua.

Petang sabtu Raja dan kamal bersama sama menemui seorang penjual nombor ekor haram, dan membeli nombor yang di perolehi dari kubur semalam.tiga kedai dikunjungi oleh kamal dan raja untuk menanam saham dalam tiga jenis ejen pertaruhan nombor ramalan.selesai saja urusan membeli nombor,kamal dan Raja balik kerumah dimana kamal kena menghantar Raja balik sebelum kamal balik kerumah sendiri.Malam tersebut,Kamal melihat keputusan nombor,Kamal betul-betul tidak menyangka nombor yang dibeli hasil menurun dengan penghuni kubur.

Pagi-pagi lagi Kamal keluar menuju kerumah Raja serta memberitahu nombor yang mereka beli telah mendapat tempat pertama di kuda iaitu 3 + 1.Kamal dan Raja berasa seronok sangat setelah berhasil dengan usaha yang dilakukan  sebelum ini.Kisah yang saya paparkan ini adalah melalui pengalaman sebenar Kamal antara saksi kejadian aneh semasa menurun melalui ritual pelik yang dilakukan oleh seorang bomoh yang dipanggil Bomoh Alang.Sekian wasaalam.



Rabu, 10 Mei 2017

SANTAU UNTUK MEMUASKAN HASAD DENGKI

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam siaran Pulau Rahsia.Untuk perkongsian kali ini saya akan cerita kan serba sedikit mengenai ilmu hitam.melalui perkongsian rakan-rakan dan juga antara kisah-kisah mangsa yang pernah teraniaya dengan harapan menjadi pedoman serta panduan sekiranya ada sesiapa diantara kita yang berhadapan dengan situasi begini.

Sebenarnya banyak kes-kes yang berkaitan dengan ilmu hitam yang saya temui namun paling banyak diantaranya ialah mangsa dengki.Tanpa usul periksa,tanpa ada salah apa-apa tiba-tiba mangsa rebah atau tewas.dan yang paling bahayanya ialah Santau atau tuju-tuju.kisah pertama yang akan saya kongsikan kali ini merupakan pengelaman terkena santau angakara sifat dengki dan iri hati seseorang.Kisahnya bermula ketika itu baru 9 malam dah ditakdirkan tiba-tiba bekalan elektrik tiba-tiba terputus.walaupun pelanggan memang kurang sejak awal namun semangat niaga tu masih kuat dan terpaksa saya padamkan kerana tiada bekalan elektrik.

Dalam kegelapan malam saya berkemas menutup warung sebelum kebelakang membasuh pinggan dan gelas.Selesai semua tugas saya pun masuk bilik untuk berehat.Baru nak terlelap tiba-tiba saya dikejutkan dengan sengatan yang amat bisa di bahagian jari.Dengan serta merta saya bangun mencari lampu suluh untuk mencari haiwan apa yang menyengat.Namun belum pun sempat saya menemui haiwan tersebut bisa sengatan mula menjalar.dalam berberapa saat sahaja jari dan telapak tangan mulai bengkak.ketika itu perasaan mulai cemas memandangkan saya hanya seorang diri.

Walaupun kesakitan teramat sangat saya terpaksa menggagahkan diri ke Hospital untuk mendapat rawatan.Di Hospital saya di berikan suntikan setelah sample darah diambil untuk pemeriksaan.Di Hospital kesakitan semakin kuat terasa sehingga lengan mula bengkak.degupan jantung mula tak teratur nafas bagai sesak.Melihat keadaan begitu dokter masuk kan ubat tahan Bisa sebelum saya dirujuk ke Wad untuk rawatan lanjut.

Keesokan hari nya bisa mula hilang cuma jari masih lagi bengkak.Saya dimaklum kan bisa dalam badan datang nya dari Bisa Ular.namun mengelirukan dokter apabula kesan sengatan pada jari saya bukan dari kesan patukan ular tetapi bekas sengatan Lipan.Dua hari berkampung di Hospital sebelum saya dibenarkan balik setelah bengkak surut sepenuhya.Dirumah saya cuba cari kalau-kalau masih ada binatang bisa yang bersembunyi di tempat tidur.

Selang dua malam selepas sengatan tersebut,Pagi nya hujan renyai-renyai tapi tak lebat,bekas sengatan di jari mula gatal-gatal.Bermula dari jari merebak ke seluruh tubuh terasa gatal berbahang.dua tiga hari lamanya saya menderita gatal diseluruh badan.Saya ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.Di Hospital dokter memberitahu mungkin gatal tersebut kesan dari bisa sengatan lepas.Setelah diberi ubat sapu dan berberapa jenis pil saya balik kerumah.namun masih gatal...

Setelah seminggu berlalu,saya mula perasan ada yang tak kena pada tubuh apabila gatal semakin parah,dimana cecair bisa mulai keluar dari celah liang roma.Dan yang menguatkan fikiran saya mengatakan gatal tersebut ada kaitan dengan perkara MISTIK dimana gatal akan berhenti ketika waktu Azan.Bila masuk waktu dimana kedengaran Suara Azan.gatal akan berhenti dan lega.habis suara Azan...gatal datang balik.Sehingga lah kebetulan seorang pakcik datang berbual dengan saya.

Ketika berbual pakcik tersebut melihat saya tergaru-garu.Saya pun ceritakan kisah mula kejadian tersebut sehingga gatal yang saya alami.Pakcik tersebut memberitahu supaya saya menemui seorang Ustaz kenalan pakcik tersebut.Dari Ustaz Mat saya dapat tahu rupanya saya telah disantau.Malam tersebut Ustaz Mat datang ke warung dimana selama saya sakit warung tutup.Malam tersebut selepas Solat Mahgrib Ustaz Mat memerhatikan seluruh kawasan Warung termasuk bilik tidur.Di bilik tidur Ustaz agak lama sambil menabur beras kuning kearah bilik.

Selepas itu Ustaz Mat menutup semua lampu diseluruh warung.sehingga keadaan rumah gelap gelita.berberapa saat lepas itu dalam keadaan gelap tiba-tiba muncul kunang-kunang,berkelip-kelip-kelip naik dan terbang perlahan-lahan menuju ke luar.Bertentang dengan pintu warung disitu jatuhnya kunang-kunang tersebut.Ustaz Mat menyiram air Kelapa di tempat jatuh nya kunang tersebut sebelum menghunuskan keris ke tanah.Ustaz Mat mengorek tanah tersebut sebelum mengeluarkan satu bungkusan kain sepeti punjut.

Dalam rumah Ustaz merembas bungkusan dengan beras dan garam sebelum membuka bungkusan tersebut.Setelah bungkusan di buka,Terdapat segumpal tanah berwarna hitam bersama patung yang dibuat dari kain menyerupai manusia.patung tersebut di cucuk dengan jarum diseluruh tubuh bersama gumpalan habuk miang rebung,lada sulah,kaca pecah.Ustaz Mat mencabut jarum-jarum yang ada pada patung tersebut sebelum membersihkan nya dengan air kelapa.

(Sekadar Hiasan)

Keajaiban berlaku dimana tubuh saya tidak lagi gatal dengan serta merta,terasa dingin apabila patung dibersihkan sebelum Ustaz Mat memberitahu patung tersebut hendaklah dibuang dalam sungai yang mengalir.sebelum balik Ustaz Mat sempat berbual,dalam bualan tersebut Ustaz Mat memberitahu berberapa petanda-petanda kewujudan Santau,Samada dihantar melalui haiwan,angin dan sebenarnya ada bermacam cara yang boleh digunakan oleh orang yang berniat jahat,walaupun dengan hanya melalui pesanan ringkas,panggilan telefon dan sebagainya.

Sebelum berlakunya serangan Misteri mangsa pasti akan terasa ada sesuatu yang tak kena.Mula terasa sakit-sakit,kadangkala belalang pelik-pelik masuk rumah,haiwan berbisa,pelesit dan sebagainya.Kadangkala haiwan ini atau petanda dah sampai cuma mangsa tak sedar akan kehadiran nya.tahu-tahu dah sakit.Jika terasa diri terkena Santau,cuba duduk dalam bilik gelap kamudian suluh bahagian lengan,suluh sscara melintang sehingga menampakan helaian bulu roma.Jika ada Santau kita akan tahu melalui bulu roma dimana helaian bulu tersebut seperti bersinar seakan ada kaca.Dan banyak lagi...insyaAllah akan saya kongsikan pada siaran Lagenda Pulau Rahsia akan datang.Semoga kita semua terhindar dari mata-mata dan tangan hitam yang menpunyai sifat dengki dan irihati.

Khamis, 4 Mei 2017

ISTILAH KEMPUNAN JANGAN PANDANG MUDAH

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semuanya.Kembali bersama saya dalam siaran Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan berberapa kisah kepercayaan orang dahulu kala serta panduan dan pantang larang masyarakat kuno dahulu kala.Tahukah anda suatu masa dahulu nenek moyang kita cukup mempercayai adat serta pantang larang seperti istilah kempunan.Hari ini bagi generasi muda ungkapan Kempunan mungkin sudah tidak dihirau kan seperti di zaman dulu-dulu.Kadangkala saya berfikir sama ada ianya cuma Mitos ataupun secara kebetulan.

Di zaman atuk nenek saya dahulu ketika itu diawal tahun 70an.Satu kejadian ngeri menimpa seorang pemuda,dimana sebatang pokok besar mengehempap pemuda tersebit ketika kerja menebang.Melalui cerita arwah atuk ketika itu hujan rintik-rintik membasahi bumi.dimana rata-rata penduduk kampung berhenti bekerja kerana hujan.Sebuah rumah menghadap jalan disitu tempat berberapa pemuda duduk berkumpul termasuk arwah atuk.Dalam suasana hujan renyai-renyai ditambah pula dengan angin dingin tiba-tiba seorang pemuda melimpasi rumah dimana pemuda-pemuda lain duduk berteduh.

Sewaktu melimpasi rumah tersebut,berberapa rakan menegur pemuda tersebut memberitahu cuaca buruk sambil mempelawa agar dia berteduh bersama sambil menikmati keladi rebus yang dihidangkan oleh pemilik rumah.Namun pemuda tersebut menolak dan memberitahu dia ingin menghabiskan berberapa batang lagi pokok untuk ditumbangkan.Seorang pakcik dalam lingkungan 60an menegur pemuda tersebut supaya menjamah walau sedikit keladi rebus agar tidak kempunan.Namun dengan angkuh pemuda tersebut menjawab dengan kasar."Ahhh...aku tak percaya akan istilah Kempunan!! Itu semua ungkapan merepek orang-orang tua..begitu lah lebih kurang kata-kata dari mulut pemuda tersebut.

Pakcik tadi menggelengkan kepala sambil melihat pemuda tersebut berlalu meninggalkan rumah tersebut tanpa menghiraukan nasihat pakcik tadi agar tidak kempunan.Berberapa pemuda yang berada dalam rumah hanya memandang sehingga lah kelibat pemuda tersebut hilang dari pandangan mereka.berberapa ketika berlalu dimana ketika itu hujan mula berhenti.Sewaktu orang ramai hendak keluar meneruskan kerja tiba-tiba mereka terdengar bunyi dentuman kuat dari arah hutan menunjukan pokok besar yang ditebang oleh pemuda tadi telah tumbang.

Namun yang hairannya tiada pula bunyi orang memotong dahan.dimana pokok tumbang tersebut dibiarkan begitu sahaja.Sewaktu melimpasi pokok yang tumbang.berberapa pemuda terkejut melihat pemuda yang menolak tawaran tadi terkulai dibawah pokok yang ditebangnya sendiri.kerja-kerja menebang terpaksa dihentikan dimana orang ramai bertungkus lumus mengerak pokok tersebut bagi mengeluarkan jasad kaku pemuda tadi.Kisah ini berdasarkan kisah sebenar yang terjadi dihadapan arwah atuk sekitar tahun 70an.Namun samaada kejadian tersebut benar-benar bersangkut paut dengan istilah Kempunan Atau secara kebetulan.

Kisah kedua berlalu kepada saudara saya sendiri.Adam anak tunggal dalam keluarganya.dimana tahun tersebut Adam baru sahaja memasuki darjah 1 sekolah rendah kerajaan.Sejak awal pagi Adam memang tidak menunjukan sebarang perubahan dalam tingkah laku nya.Sama seperti hari-hari lain.Namun sekembalinya Adam dari sekolah entah kenapa petang tersebut Adam seperti degil dan agak liar dari hari-hari biasa.Sampai sahaja di rumah Adam mencampak beg sekolah dan membuka baju sekolahnya.Ibu Adam Maria menegur anaknya agar Makan tengahari.

Namun tanpa mengindahkan apa yang dikatakan oleh ibunya Adam segera mencapai basikal yang disimpan disisi pintu rumahnya.Ibu Adam menjerit memanggil Adam supaya menjamah makanan terlebih dahulu sebelum keluar risau kalau anak nya Kempunan, namun bagaikan sejarah berulang kembali Adam menjerit kearah ibunya Sambil memberitahu ibunya bodoh kerana mempercayai kata-kata kuno orang tua!.Belum pun sempat ibu Adam masuk kedalam rumah sewaktu Adam mengayuh basikal nya.tiba-tiba basikal yang Adam kayuh bagai ditolak oleh seseorang sehingga basikal Adam menyusur kearah jalan raya.Dan kebetulan sebuah Van membawa muatan telur telah merempuh Adam bersama basikal nya.

Ibu Adam hanya mampu menjerit sambil berlari kearah Adam yang sudah pun berbaring dibawah Van telur berkenaan dengan darah berbuih-buih keluar dari mulut Adam.ibu Adam hanya meraung meratapi jasad anaknya yang telah kaku tidak bernyawa dibawah Van.Seorang penduduk bermurah hati membawa Adam ke Hospital Namun Allah lebih menyayangi Adam dimana Adam telah pergi buat selama-lamanya sewaktu dalam perjalanan je Hospital diatas riba ibunya sendiri.Sekali lagi saya tertanya-tanya....adakah ianya berpunca dari istilah KEMPUNAN atau hanya kebetulan!!.

Kisah ketiga...

Kisah ketiga ini berlaku dihadapan mata saya sendiri dimana ketika kebetulan lagi 3 hari akan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.Saya bersama 5 orang rakan membuat kerja pemasangan kabel elektrik disebuah kediaman seorang Bos kilang berbangsa Cina.Kami diingatkan agar menyiapkan kerja-kerja dengan kadar segera kerana Bos tersebut hendak menyambut perayaan Tahun baru dirumah yang baru dibelinya.Jadi terpaksa lah kami juangkan walaupun penat.ketika itu waktu makan tengahari dimana kami semua berhenti untuk makan tinggal seorang rakan kerja yang berasal dari Bangladesh masih tekun menebuk lantai untuk pemasagan kabel bawah tanah untuk pagar elektrik rumah tersebut.

Kami hanya membiarkan sahaja Bashid meneruskan kerjanya sementara kami menikmati bekal makanan masing-masing yang dibawa dari rumah.Entah macamana tiba-tiba seorang rakan kerja saya berasal dari kampung Taee Serian Sarawak memberitahu bahaya Bashid tak berhenti makan takut kempunan.Mandur menjerit kearah Bashid supaya berhenti kerja dan makan tengahari.Basid pun akur dengan arahan Mandur lalu berhenti seketika.Namun satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku.Sewaktu Bashid hendak mengalihkan gerudi nya tiba-tiba gerudi tersebut hidup dan menghentak bahagian lantai.Serta merta satu letupan kuat berlaku dimana mesin gerudi berasap diikuti dengan Bashid tiba-tiba rebah kelantai.

Masing-masing tergamam terkejut melihat keadaan tersebut.Bashid tidak sedarkan diri.Mandur memberanikan diri memeriksa Bashid untung dia tak sentuh tubuh Bashid.kerana ketika itu tubuh Bashid seakan hitam dan berasap.Kami menghubungi pihak berkuasa untuk membantu.Setelah punca utama elektrik dimatikan baru lah kami tahu rupanya mata gerudi Bashid telah menembushi kabel bekalan elektrik utama kerumah tersebut.dan melalui lapuran, Bashid disahkan meninggal angkara renjatan Elektrik berarus kuat dari kabel bawah tanah.Satu lagi kejadian ngeri berlaku menjadi tanda tanya,Adakah ia kebetulan atau memang benar angkara sumpahan Kempunan !!.

Kisah Keempat....

Kisah ini berlaku bagai tidak terduga dan benar-benar menghantaui penduduk kampung ketika itu.ketika itu orang kampung sibuk membuat persiapan menyambut hari perayaan dimana disana sini terhidu bau harum dari kuih-kuih yang dibuat oleh penduduk kampung sebagai persiapan menyambut hari perayaan.Rata-rata anak perantau akan kembali kekampung halaman masing-masing untuk bersama keluarga.Tak ketinggalan Zali seorang pemuda yang merantau keluar negara kerana bekerja disebuah syarikat perkapalan milik sebuah syarikat berpangkalan di Amerika syarikat.

Dikesempatan yang ada Zali berniat untuk mengasah bakat menembak yang dahulunya Zali dikenali jaguh berburu oleh kawan-kawan kampungnya.petang tersebut dimana keesokan harinya merupakan hari perayaan dikampung mereka,Zali mengajak adik sepupunya pergi kehutan untuk memburu.Namun niatnya dihalang oleh ibu Zali.namun Zali berkeras untuk pergi kerana dia telah terlalu rindu untuk menembak.Dapat ayam hutan seekor pun jadi lah mak...kata Zali.

Ibu Zali membungkus berberapa kuih tradisional termasuk kuih jala dan berberapa kerat lemang sebagai bekalan dihutan kelak.Namun tanpa sengaja Zali menolak pemberian ibunya.Tak payah lah mak...kami pergi sekejap sahaja.lagipun tak kan kelaparan tak makan dalam 4-5 jam dalam hutan kata Zali kepada mak nya.Ibu Zali tetap berkeras agar anaknya membawa makanan yang disediakan keran bimbang anaknya kempunan kuih jala.demi menjaga hati ibunya serta atas desakan ibu.Zali mengambil bungkusan tersebut namu semasa dalam perjalanan,Zali terserempak dengan sekumpulan budak-budak sedang leka bermain.Zali memberikan bungkusan yang disediakan oleh ibunya.

Setelah dua jam berjalan dalam hutan,sepupu zali tiba-tiba terasa hendak membuang air.Dia meninggalkan Zali seorang diri dibalik sebatang pokok besar.Sewaktu Zali menunggu tiba-tiba seekor kijang putih melintasi Zali tidak jauh dihadapan.Zali segera mengacukan senapang patah milik ayah nya kearah kijang tersebut.Zali melangkah perlahan-lahan mengacukan muncung senapang kearah Kijang tersebut.Ketika itu juga sepupu Zali menjerit,Zali....ini aku!!! Dammmm senapang Zali memuntahkan peluru kearah kijang tersebut.

Zali berlari kearah kijang yang tersungkur rebah akibat terkena peluru Zali.zali cuba menyembelih kijang tersebut sebelum haiwan tersebut mati dan menjadi bangkai.ketika menghampiri kijang tersebut tiba-tiba langkah Zali terhenti apabila melihat tubuh kaku dihadapan nya bukan lah seekor kijang.akan tetapi tubuh sepupunya dengan kesan parah diseluruh badan.Zali begitu terkejut dan tidak menyangka apa yang di tembaknya bukan lah seekor kijang akan tetapi sepupunya sendiri

Zali ketakutan lantas segera meninggalkan jasad sepupunya dengan melarikan diri kerumah.Dirumah Zali mengurung dirinya dalam bilik akibat begitu kesal dan terkejut dengan apa yang berlaku.Selang sehari dimana ketika itu orang ramai menyambut hari perayaan.Zali semakin risau dan ketakutan.akhirnya Zali pergi ke sebuah balai polis membuat lapuran mengenai kejadian yang menimpa sepupunya sendiri.Setelah mengambil keterangan dari Zali,akhirnya Zali di tahan untuk siasatan lanjut sehingga lah pihat polis menemui mayat sepupu Zali dalam hutan dimana mereka berburu.

Akhirnya Zali di penjarakan atas tuduhan membunuh dengan niat.Sejauh mana kebenaran istilah kempunan dalam kisah ini.Saya masih tertanya-tanya sama ada ianya kebetulan atau sememangnya angkara istilah kempunan.Mungkin budaya ini berlaku dikawasan pendalaman atau kawasan kampung yang masih berpegang pada pantang larang adat resam.Tetapi..... kita lihat persekitaran hari ini...setiap hari kita saksikan orang makan di restoran,warung,atau sisa makanan yang di buang.namun tidak pula berlakunya kempunan!.kadangkala ketika memandu,limpas warung kawan-kawan menjerit pelawa ajak minum dan sebagainya.jika kita masih berpegang pada pantang larang nenek moyang....

(Sekadar Hiasan)


Tak kan kita nak singgah setiap kali terjumpa kedai makan,warung,restoran dan sebagainya.mungkin kerana peredaran masa.maka adat resam kian dilupai dan ditinggalkan.Namun sehingga kini masih tertanya-tanya istilah kempunan....adakah ianya hanya mitos,atau sumpahan orang dulu-dulu...sekian untuk kali ini.wasalamm .

Isnin, 1 Mei 2017

MISTERI RASUKAN PELAJAR PEREMPUAN DI SEKOLAH

 Salam sejahtera dan Salam Muhibbah buat anda semua.Kembali bersama dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia!. kali ini dalam kisah misteri rasukan serta langkah-langkah menghindari misteri kerasukan mahupun Histeria.Kisah ini berlaku ketika saya bersama rakan sedang lepak disebuah warung berhampiran dengan sebuah sekolah.Ketika itu sedang hangat di kaca telivisyen memaparkan adengan wrestling dimana sebelum kejadian kami masih leka melihat adengan John Cena sedang berentap dengan Great Kalli si penggusti berbadan besar serta tinggi sambil menghirup kuah Tom yam.

Sedang leka menonton sambil makan,Warung didatangi dua orang guru bersama seorang warden asrama memaklumkan seorang pelajar Wanita telah disampuk dan melarikan diri kedalam hutan dihadapan warung dan bersebelahan dengan Dewan sekolah,Mungkin kerana terlampau leka menonton Wrestling sehingga kami mahupun pelanggan lain tidak perasan apabila ada pelajar wanita keluar dari kawasan sekolah memasuki hutan.Dua orang guru bersama warden asrama datang meminta bantuan untuk mencari pelajar berkenaan yang hanya kurang lima minit menghilangkan diri dalam hutan tanpa sedarkan diri.

Mendengar penjelasan dari Guru tersebut atas dasar membantu saya bersama rakan dan berberapa pelanggan lain mengikuti Warden meredah hutan yang tidak berapa tebal di sebelah dewan sekolah.Berkali-kali nama pelajar berkenaan dipanggil namun tidak berjawab.hampir 20 orang menyertai misi mencari termasuk anggota Rela dan pelajar lekaki.Saya dan rakan hanya mengekori belakang seorang Guru.setiap pelusuk hutan tersebut kami periksa termasuk bawah-bawah ranting kering yang jatuh namun masih belum menemui pelajar wanita berkenaan.

Sewaktu melintasi sebatang pokok jelutong,dimana pokok berkenaan dalam lingkaran pemeluk dewasa besarnya,Tiba-tiba kami terdengar suara nafas mendengus dengan kasar seperti udara keluar dari hidung dengan kuat.Saya menyuluh keatas pokok,Ha.....ternyata pelajar berkenaan sedang bergayut diatas sebatang dahan sambil menggoyangkan kaki nya kebawah.Melihat keadaan begitu rakan saya memanggil anggota Rela yang menyertai kami termasuk Guru supaya melihat keadaan pelajar berkenaan.Seorang Guru memanggil nama pelajar berkenaan berkali-kali dengan lembut namun tiada tindak balas dari pelajar wanita berkenaan.

Sehingga lah pelajar tersebut menyahut dengan suara kasar dan garau "Diam Lah !!". Sambil memandang kebawah dengan mata terbeliak sehingga menimbulkan kerisauan kalau-kalau dia terjun dari pokok berkenaan.Dalam diam dua orang anggota Rela iaitu Encik Mat dan Encik Jaafar memanjat pokok tersebut perlahan-lahan manakala kami dibawah menarik perhatian pelajar berkenaan supaya dia tidak perasaan Dua Anggota Rela sedang memanjat untuk mendapatkan pelajar berkenaan.Dalam masa 10 minit.Usaha menangkap pelajar perempuan berkenaan berjaya apabila tanggan nya dicapai dengan pantas oleh Encik Jaafar.

Seterusnya usaha menurunkan pelajar tersebut semakin payah apabila tangan kirinya berpaut kuat pada pokok dan sukar untuk ditarik sehinggakan seorang pelanggan warung memberi cadangan untuk menghubungi anggota Bomba untuk menbantu.Baru saja  warden hendak mendail nombor bomba,Tiba-tiba pelajar berkenaan terjun kebawah.Mujur tidak patah kaki tangan atau mengalami kecederaan.Apabila tiba dibawah kami mengepung pelajar perempuan tersebut namun berberapa orang mengundur apabila pelajar berkenaan membongkok sambil mencengkap jari seperti hendak menerkam orang ramai.

Angkara leka dan cuba mengelak takut dicakar,akhirnya pelajar perempuan berkenaan melarikan diri semula.Kami menjerit supaya yang lain mengawal pelajar perempuan tersebut daripada lari sekali lagi.Setelah dikepung langkah pelajar tersebut terhenti namun menerkam seorang pelanggan warung yang menyertai kami mencari pelajar berkenaan.Dengan kekuatan luar biasa dari seorang pelajar wanita berusia 17 tahun mencengkam sehingga terkoyak leher baju serta terdapat kesan lebam dilengan pelanggan yang  dikenali Encik Taha.Ketika itu orang ramai menangkap pelajar tersebut dan membawa nya ke kawasan sekolah dimana pelajar tersebut ditempatkan ditengah dewan sementara menunggu ketibaan seorang Ustaz yang dipanggil untuk membantu.

Kami masih bersiap sedia walaupun pelajar tersebut mula senyap dan tidak meracau setelah seorang Guru melaungkan Azan di sebelah kanan pelajar tersebut.dimann tapak kaki dan buku lali pelajar tersebut luka-luka mungkin terkena batu atau duri-duri sewaktu melarikan diri.Kami masih berjaga-jaga sehingga lah kereta Ustaz tiba dihadapan dewan dan segera menemui kami dengan membawa sebotol air mineral dan seurat tasbih dijari kanan nya.Setelah melihat keadaan pelajar berkenaan.Belum pun sempat ustaz membaca apa-apa,tiba-tiba pelajar perempuan tersebut bangun dan menjeri "Pergi kau dari sini" Aku benci melihat engkau" kata pelajar berkenaan sambil menunjuk Ustaz dengan wajah garang dan menakutkan.

Sehingga lah Ustaz mula membaca ayat-ayat suci untuk merugyah pelajar perempuan tersebit.Sekali lagi pelajar tersebut meracau dan menjerit-jerit seolah-olah orang gila dengan memanggil Ustaz dengan panggilan yang sangat jelek seperti anjing,Lembu dan bermacam-macam lagi panggilan kesat.Namun Ustaz tetap tenang dan meneruskan bacaaan Ayat sucinya.Selang berberapa minit,pelajar tersebut mula lemah namun apabila disentuh bahunya oleh seorang lagi pelajar wanita dia mula meracau semula dengan menghentak-hentak kaki ke lantai sebelum bangun dan menuju kearah dinding.

Saya saksikan satu pemandangan luar biasa pada malam tersebut apabila pelajar berkenaan meracau dan mengaru-garu dinding dewan seperti hendak mendaki dinding lincin dibahagian dewan.Merasakan usaha nya untuk melarikan diri gagal pelajar tersebut berlari kearah Ustaz sambil menarik serban yang Ustaz sangkutkan dibahagian tengkuk.Namun dalam kesempatan itu,Ustaz merampas serban tersebut sebelum menekup tangannya pada kepala Pelajar perempuan yang terkena Hasteria.Tiba-tiba suara pelajar tersebut berubah serta merta apabila jeritan berbunyi " Panas lah bodoh !" Berbunyi kasar dan bergema.Saya yang berada jauh dari pelajar berkenaan turut meremang bulu roma mendengarnya.

Muka Ustaz di tolak-tolak kerana cuba melarikan diri.Namun Ustaz Zul tetap meneruskan bacaan nya tanpa memperdulikan tunjalan dari pelajar berkenaan sehingga lah pelajar perempuan mula senyap dan kelihatan lemah sebelum hampir tumbang.kawan-kawan perempuan nya bergegas untuk menyambut pelajar tersebut namun dihalang oleh Ustaz.Ustaz memberitahu kemungkinan itu satu tipu helah mahluk yang menumpang didalan tubuh pelajar tersebut.Apabila telah duduk Ustaz merenjiskan sedikit air mineral yang dibawanya ke atas kepala pelajar berkenaan.

Baru sahaja Ustaz Zul cuba merenjis dengan tiba-tiba pelajar tersebut meraung dan bercakap yang bukan-bukan dalam bahasa yang sukar difahami.Ustaz meninggikan suaranya sambil bertanya berberapa soalan diantaranya ialah Siapa engkau,dari mana asal engkau,apa tujuan kau kacau budak ini!.Pelajar tersebut menjawab memberitahu dirinya berasal dari bilik dihujung asrama pelajar perempuan,tujuan dia menumpang pelajar berkenaan sebab pelajar tersebut membuat keselahan dimana siang nya pelajar tersebut memasuki bilik tersebut untuk menukar tuala wanitanya sebelum bertindak kurang ajar apabila membuang air kecil di satu sudut dibelakang pintu dan kebetulan Mahluk tersebut berada dibalik pintu tanpa disedari oleh pelajar berkenaan.

Ustaz mengarahkan mahluk yang menumpang tubuh pelajar berkenaan keluar dari badan pelajar berkenaan namun mahluk tersebut enggan  sebelum Ustaz bertindak melibaskan serbannya pada badan pelajar tersebut sebelum pelajar perempuan tersebut menjerit dan merenung wajah setiap orang yang ada didewan.Sekali lagi Ustaz menghajunkan serban nya sehingga mengenai bahagian pinggang pelajar wanita tersebut.Sekali lagi Ustaz mengarahkan mahluk tersebut keluar.Namun di jawab "Aku Tak Nak lah !!".Ustaz menadah tangan nya sambil berdoa sebelum menghayunkan serban nya buat kali ketiga.

Dengan tiba-tiba pelajar tersebut terduduk dan membuka matanya sambil menangis sebelum Ustaz memberitahu kami segalanya telah selesai dan mahluk yang menumpang tubuh pelajar berkenaan telah pergi.Setelah keadaan kembali reda.Ustaz Zul memberi ceramah sedikit buat pelajar-pelajar wanita yang ada didewan.Ustaz berpesan supaya menjaga kebersihan terutamanya sewatu Uzur,pakaian yang dipakai jangan dibiar atas jemuran sehingga waktu Maghrib.Bimbang pakaian tersebut terkena lintasan mahluk halus.

Ustaz Zul juga berpesan jika Uzur basuh bekas tuala wanita yang telah digunakan dan jangan sesekali meninggalkannya dalam keadaan kotor.Kerana perbuatan,penampilan serta tingkah laku yang tak baik mengundang kehadiran mahluk halus .Sebelum meninggalkan kami Ustaz mengulangi pesanan nya "Jaga kebersihan diri dari segi dalaman dan luaran.Kami mengiringi Ustaz Zul sehingga kedalam  kereta sebelum saya dan rakan saya kembali ke warung untuk meneruskab tontonan rancangan Wrestling!.

(Sekadar Hiasan)


Hasteria

Hasteria kebiasaannya berlaku dikalangan wanita,jarang kita dengar apabila berlaku kepada lelaki.Melalui apa yang saya dengar dan yang saya tahu.Histeria ini berpunca dari perasaan lemah semangat yang sememangnya ada dalam diri.Antara punca berlakunya Hasteria apabila tubuh dalam keadaan penat dan kotor maksudnya berhadas.ketika itu syaitan akan menghampiri ditambah dengan sifat lemah semangat maka dengan mudah mahluk dari bala tentera Iblis merasuk dan mengawal akal fikiran kita.secara sendirinya tanpa disedari mangsa akan melakukan perbuatan yang luar biasa seperti meracau,memberontak dan sebagainya malah boleh bertindak ganas ataupun lemah dan pengsan.Semua tindakan tersebut bukan lah disengajakan tetapi dibawah pengaruh mahluk halus yang menumpang dalam tubuh mangsa.