Isnin, 24 September 2018

KISAH-KISAH MISTERI ULAR BERPUAKA

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semua,untuk paparan halaman Lagenda Pulau Rahsia kali ini saya akan kongsikan kisah benar serta menarik mengenai Ular,kisah-kisah ini saya himpunkan melalui pengelaman serta hasil perkongsian cerita orang tua-tua melalui pengelaman bersama haiwan luar biasa yang tidak mempunyai kaki serta tangan yang di panggil Ular.Kisah pertama ini berlaku ketika itu saya berusia lima belas tahun,dan dikala itu orang kampung membersihkan tanah untuk menanam padi.


Menjadi kebiasaan penduduk kampung akan bergotong royong bersama-sama dari awal menebang,membakar sehingga lah proses menanam padi dilakukan.Kejadian berlaku ketika itu subuh hari dimana orang ramai mula berduyun-duyun menuju kesawah untuk bersiap-siap.Sehingga lah semua telah berkumpul maka kerja menanam diteruskan dimana para lelaki akan membuat lubang ditanah menggunakan kayu yang di potong tajam,manakala golongan wanita akan mengikuti dari belakang dengan memasukan benih padi kedalam lubang yang disediakan,sekitar pukul 9 pagi ketika masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing,secara tiba-tiba seorang penduduk menjerit memberitahu adanya Ular sawa sedang tidur dibawah sebatang kayu besar yang telah ditebang.


Ketika itu masing-masing bergegas ke arah wanita tersebut,tanpa banyak bicara seorang pemuda yang kebetulan membawa parang segera melibas badan ular tersebut sehingga putus.Namun satu kejadian aneh berlaku dimana ketika hayunan kuat mengenai tubuh ular sawa tersebut,ternyata tubuhnya putus kepada dua bahagian.Dimana bahagian badan dan leher terpusah namun tiada setitis darah pun yang keluar dari tubuh ular tersebut malah bahagian kepalanya mengelongsor begitu cepat meniggalkan tubuhnya.Semua yang menyaksikan kejadian tersebut menjadi cemas.Namun setelah memastikan keadaan kembali tenang dan selamat,mereka meneruskan kerja menanam benih padi,sehingga lah tengahari sekitar 1 petang,kerja-kerja menyemai benih siap dilakukan.


Namun memang menjadi adat resam orang dulu,mereka akan makan tengahari di pondok Sawah terlebih dahulu sebelum balik.Disitu lah mereka berkumpul menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pemilik sawah.Selesai makan dan berehat mereka bersiap-siap untuk balik kerumah masing-masing,Entah kenapa pemuda yang memotong tubuh ular tadi tiba-tiba menjerit sekuat hati sehingga semua yang ada dalam pondok sawah dan yang berada dikawasan tersebut semua memandang pemuda tersebut,Dalam hati masing-masing mengingatkan pemuda tersebut bergurau sambil menganggkat kasutnya.Namun melihat airmuka pemuda tersebut yang merah padam seperti menahan sesuatu mereka mengerumuni pemuda tersebut dan bertindak menarik kasut yang dipegangnya.


Disaat kasut berjaya di lepaskan dari kaki pemuda tersebut,ternyata kepala ular sawa turut terjatuh dari kasut tersebut dengan sebilah taringnya patah dan masih terbenam dibahagian kaki pemuda tersebut.Masing-masing menjadi kelam kabut melihat keadaan tersebut.Dengan bantuan orang ramai,pemuda tersebut di usung dan dibawa ke sebuah Hospital.seminggu selepas kejadian,pemuda tersebut dibenarkan balik namun sesuatu yang buruk terjadi pada kakinya dimana sebahagian kulit peha nya di bedah dan digunakan sebagai pengganti kulit kaki nya yang memburuk akibat patukan ular misteri yang hanya berkepala sahaja.ramai yang menyaksikan kejadian tersebut percaya kepala ular yang mencederakan pemuda tersebut adalah ular yang sama yang dipotong sewaktu menanam padi pagi tadi.


Kisah kedua,

Kisah ini berlaku sekitar tahun 90an dimana kejadian yang hampir sama berlaku dimana ketika itu seorang penduduk kampung menggunakan laluan pintas dari kampung seberang untuk balik kerumah,dan sewaktu dalam perjalanan dia terserempak dengan sekumpulan pemuda yang baru balik dari dusun durian berhampiran.Maka mereka berjalanan menuju ke kampung bersama-sama.Sewaktu dalam perjalanan mereka menemui dua ekor ular sedang berkahwin.Mereka beramai-ramai menyaksikan kejadian yang pertama kali berlaku di depan mata.Namun tanpa diduga salah seekor dari ular tersebut seperti marah dan cuba mematuk salah seorang dari mereka.Dengan pantas salah seeorang mengeluarkan parang lalu memotong kepala ular tersebut!.


Namun kejadian tak terduga berlaku apabila dua kepala ular tersebut tiba-tiba terpelanting kearah mereka.Mujur semuanya sempat mengelak dan kepala ular tersebut mengenai sebatang pokok dan sekali lagi mereka tergamam,apabila taring kedua-dua kepala ular tersebut melekat pada pokok berhampiran mereka.Sebahagian dari tubuh ular tersebut masih mengelitik ditanah manakala kedua kepala nya masih melekat pada pokok dengan taring masing-masing terbenam pada kulit pokok.Tiada siapa yang berani mengusik kepala ular tersebut sehingga lah berberapa minggu kamudian,kebetulan dua orang dari mereka melimpasi kawasan tersebut.Sewaktu menghampiri pokok dimana kepala ular tersebut melekat.


Ternyata keadaan kulit kayu tersebut mula hitam dan seakan kecut dengan cecair kebiruan keluar dari kesan taring ular tersebut.Dan yang peliknya setelah berberapa minggu,Kepala ular tersebut masih lagi disitu walaupun dah mulai reput begitu juga dengan sebahagian tubuhnya hanya tinggal tulang akibat dimanah lalat dan juga semut-semut hitam yang mengerumuni badan ular tersebut.Dan yang hairannya,bahagian kepala ular tersebut masih sempurna walaupun tidak bernyawa lagi.


KISAH KETIGA.

Kisah ketiga berlaku dihadapan mata saya sendiri,ketika itu saya bersama seorang rakan membersihkan kawasan rumah di Kota Tinggi Johor.Sewaktu memunggah bungkusan plastik yang mengandungi pakaian lama tiba-tiba muncul seekor anak ular sebesar jari kelingking dihadapan kami.kawan saya Hilmi tiba-tiba menghempas seketul batu bata kearah anak ular tersebut dan secara tak sengaja,Anak ular tersebut mati.Lantaran kisah-kisah yang saya dengar dari mulut orang-orang tua serta pengelaman yang lepas-lepas,hati saya mulai risau dengan apa yang berlaku.Benda dah pun terjadi,kami mengambil bangkai anak ular tersebut dan menanamnya dikawasan rumah.Selesai kerja-kerja pembersihan.Saya mengajak Hilmi menjemput pakcik saya di Bandar kota kerana hendak memancing.


Setelah itu kami bersama bertolak ke Sedili Besar kerana ketika itu udang galah tengah musim.sewaktu dalam perjalanan seekor ular besar melintasi jalan,Mujur sempat saya mengelak.namun Ular tersebut mula merisaukan saya dimana kejadian pagi tadi sewaktu Hilmi menghempas batu-bata keatas ular tersebut tiba-tiba terbayang dalam fikiran.Sehingga lah kami tiba di kawasan memancing.Keseronokan melayan sepit biru membuatkan saya terlupa akan kejadian ular tadi sehingga lah sekitar pukul 6 petang,kami balik dan singgah dirumah saya.Suasana didalam agak panas jadi kami bertiga duduk bersembang di sebuah bangsal di belakang rumah.Ketika itu saya menceritakan pasal anak ular yang mati kepada pakcik.Dah orang tua tu menambah-nambah pula..katanya ibu ular akan membalas dendam!.


Leka berbual tiba-tiba pakcik saya bangun dan berdiri di tebi bangsal sambil memerhatikan kawasan berumput tidak jauh dari bangsal dimana kami duduk.Tiba-tiba dia meminta lampu suluh.saya pun berlari kedalam rumah mengambil lampu suluh.apabila saya keluar ternyata pakcik saya telah berada dikawasan rumput tersebut.dimana tangannya menekan sebatang kayu ketanah.Apabila saya suluh ternyata seekor ular tedung sebesar lengan berjaya ditangkap dengan kayu tersebut.Rakan saya Hilmi membantu,Itu lah kali pertama saya lihat pakcik saya begitu berani menekup kepala ular tedung tersebut namun dia menjerit meminta guni dengan kuat.Saya segera menghulurkan guni kepadanya dan ular tersebut dimasukkan kedalam guni sebelum dibuang di sekitar jalan kota tinggi sewaktu menghantar pakcik balik.


Sepanjang perjalanan pakcik tak putus-putus berceramah memberi ingatan supaya menabur belerang disekitat rumah dan elak kan dari membunuh haiwan berbisa didalam rumah.Jika perlu tangkap dan pindahkan ketempat yang lebih jauh.bimbang kalau dibunuh akan mengundang yang lain.


KISAH KEEMPAT.

MENINGGAL AKIBAT PATUKAN TEDUNG SELAR


Kisah ini berlaku kepada rakan sekampung dimana ketika itu arwah bersama rakan-rakan menginap disebuah rumah sewa dikawasan Selangor kerana bekerja disebuah kilang membuat Kabel.Ketika itu kilang tidak beroprasi kerana cuti umum menyambut perayaaan Tahun Baru Cina.Maka dengan kesempatan yang ada mereka membersihkan kawasan rumah sewa.Sewaktu membersih arwah terserempak dengan seekor ular tedung.Dalam keadaan terkejut dia menghayunkan parang sehingga mengenai bahagian tubuh ular tedung tersebut.dimana badan ular terputus kepada dua bahagian.dimana bahagian ekor nya dimasukan kedalam plastik sampah bersama daun-daun rumput yang dipotong dan dibuang berhampiran tong sampah.


Mereka bersama-sama mencari bahagian kepala ular tersebut namun sehingga siap kerja mengemas dan membersih kawasan rumah kepala ular masih belum ditemui lagi sehingga lah petang.Seperti biasa arwah akan bersama rakan-rakan sekilang nya akan bermain bola sepak disebuah padang yang berhampiran rumah sewa mereka.kamudiannya disebelah malam mereka keluar beramai-ramai ke bandar untuk bersiar-siar kerana keesokan nya adalah hari cuti.Sehingga lah larut malam baru lah mereka balik.Seperti biasa juga malam tersebut mereka tidur beramai-ramai diruang tamu sambil menonton telivisyen.Entah pukul berapa masing-masing tertidur sehingga telivisyen yang dipasang tidak dimatikan.


Sehingga lah keesokan paginya.....seorang dari mereka bangun agak awal,siap mandi,masak air kamudian seorang demi seorang kawan-kawan arwah bangun dan kini tinggal lah arwah seorang diri yang masih tidur walaupun suasana rumah mulai riuh dengan suara radio yang dipasang kuat.sehingga lah 10 pagi apabila seorang rakan dari rumah berlainan datang kerumah mereka.Ketika itu lah baru mereka perasan yang arwah sebebarnya bukan tidur.Setelah di kejutkan barulah rakan serumah sedar tubuh arwah telah kaku serta sejuk seperti ais.Masing-masing mengelabah serta terkejut setelah mengetahui rakan mereka telah mati.


Seorang dari rakan serumah keluar menjerit meminta tolong dan kebetulan selang berberapa rumah seorang lelaki berbangsa Cina datang menjenguk dan menghubungi pihak Polis dan Ambulan.Dengan bantuan pihak Polis Mayat dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat.Dan hasil dari siasatan pihak Polis dan Hospital terdapat kesan tusukan seperti taring dibahagian kelengkang arwah.Dan ternyata Arwah meninggal lebih dari lima jam akibat patukan ular berbisa dibahagian kelengkang.Berberapa hari selepas Arwah meninggal baru lah mereka menemui bangkai kepala ular tedur di bawah anak tangga berhampiran longgokan buku-buku lama.


Setelah kejadian tersebut,masing-masing menjadi takut serta lebih berhati-hati kerana mereka mula percaya ular mampu menyerang tanpa sedar dan mampu menuntut bela sehingga boleh mengancam nyawa manusia.