Isnin, 26 Jun 2017

TIGA GADIS REMAJA PERTARUH NYAWA MEMBONGKAR MISTERI RUMAH BERPUAKA

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semuanya.kembali dalam siaran lagenda pulau rahsia, kali ini bersama pengelaman ngeri tiga remaja perempuan yang bertindak diluar dugaan dengan nekad dan berani mempertaruhkan keselamatan diri menceroboh sebuah rumah usang yang lama tidak berpenghuni serta kerap menjadi buah mulut orang mengatakan ianya berpuaka,keras,berhantu dan sebagainya.


Melalui pengelaman tiga sahabat yang masing-masing berusia 18 tahun sekadar berbekal keberanian serta kamera telefon canggih memasuki sebuah rumah bekas seorang guru yang dipercayaan berhantu semata-mata menghurai kebenaran Misteri yang terjadi sebelum ini serta memastikan kebenaran kewujudan sebearang Entiti didalam nya.


Puaka berjaya menemui seorang dari Ahli kumpulan tersebut,dan dalam pertemuan yang singgat Saya berjaya mendapatkan pengalaman yang akan di dedahkan dan di kongsikan buat tatapan bersama melalui pengelaman Suziana atau lebih mesra dipanggil zana.Yang sudi berkongsi dari mula hingga akhir pengelaman menerjah rumah misteri sehingga berpeluang menemui serta melihat penghuni-penghuni ghaib yang mendiami rumah tua berkenaan namun terpaksa bertarung nyawa dan hampir tercedara disaat dia disakat mahluk halus sehingga merubah keadaan sunyi kepada tegang apabila semua menjadi kelam kabut untuk melarikan diri dari rumah yang terdedah akhirnya berkunci secara tiba-tiba serta jelmaan nyata mahluk bernama pontianak yang mengerikan.Jom kita ikuti kisah pengelaman sebenar Zana dan rakan-rakannya.


Bermula dari episod kisah-kisah memburu entiti yang kami tonton dalam media hiburan,Terbit satu ilham yang di cetuskan oleh rakan saya Zetti,ketika itu Zatti membuka satu idea untuk menjejak dan mengalami sendiri pengalaman berhadapan dengan mahluk halus yang kami bertiga langsung tak percaya akan kewujudanya.Sebenarnya kami berlima,Namun Zilla dan Yana menarik diri saat akhir kerana masaalah peribadi.Memandangkan keputusan serta perancangan telah dibuat kami memulakan oprasi kami bertiga,Dimana Saya,Linda dan diketuai oleh Zetti akan menerjah sebuah rumah kosong yang menjadi bualan rakan-rakan memberitahu rumah tersebut mempunyai penunggu,Namun penunggu yang macamana?Jawapan itu lah yang akan kami cari.


Hari khamis malam jumaat antara hari yang Zetti pilih saya dan Linda sekadar mengangguk kan saja.Sekitar lima petang kami bertolak menuju ke lokasi rumah yang dimaksudkan mengikut pandu arah yang diberikan oleh Yana.Semasa dalam perjalanan masing-masing teruja untuk merasakan pengalaman sebenar dan tidak sabar berkenalan dengan "Hantu".Kami tiba agak awal dari yang dirancangkan,semasa tiba kami pastikan rumah yang dimaksudkan betul agar tidak tersalah masuk.salah masuk karang tak pasal-pasal masuk bilik besi.Kami lihat suasana di sekitar rumah tersebut sememangnya sunyi dan jelas terasa seram nya dimana rumah dua tingkat telah diselaputi lumut serta akar-akar serta pokok yang tumbuh di atas bumbungnya.Walaupun seram namun kelihatan cool dan unik.


Sementara menunggu waktu Isyak kami menninggalkan rumah berkenaan dan pergi kesebuah warung Thai untuk makan malam,Zatti dan Linda memesan nasi goreng manakala saya sekadar nasi putih bersama Tom Yam campur dengan air Lobak susu.Setengah jam dibazirkan untuk makan akhirnya kami bertolak kembali ke rumah angker tu.Tiba disana kami mencari laluan untuk masuk kerana rumah tersebut berpagar dan berkunci.Puas meredah semak samun akhirnya kami menemui satu pagar telah tumbang,Melalui pagar tersebut kami melangkah dan ternyata pintu utama rumah berkenaan tidak berkunci.Dengan menggunakan cahaya lampu suluh dan kamera dari telefon bimbit kami memeriksa segenap rumah tersebut.


Ruang Tamunya kelihatan berselerak dengan daun kering serta sampah seperti kertas dan tin-tin kosong,tiada kelengkapan seperti lampu,kipas sofa ataupun meja dalam rumah ni.mungkin dicuri atau telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan atau pemiliknya.Saya memasuki ruang dapur manakala Linda dan Zatti meninjau bilik air serta tangga.Dapur juga kelihatan kosong.saya lihat keadaan dinding yang dibina dengan batu bata seakan mereput dimana simen berhabuk bertaburan dilantai.Zatti menanggil saya untuk meninjau bilik airnya.Kelihatan binaan lama dari bilik air dimana singki diperbuat dari Batu Marmar tapi pecah mungkin perbuatan pemilik atau budak-budak nakal.Alat pancuran air untuk mandi juga dibina menggunakan besi.dan kelihatan mula dimakan karat.


Kami meniti anak tangga dengan berhati-hati bimbang kalau-kalau roboh.Di ruang atas terdapat Tiga bilik dengan setiap bilik berpintu dan ditutup rapat.Bermula dari bilik tengah berhadapan tangga kami menerjah masuk.Suasana dalam bilik ini juga hambar,sekadar sebuah bilik kosong yang tidak mempunyai apa-apa.Dengan hampa kami melangkah kebilik kedua.Pintunya agak sukar dibuka kerana ketat sangat Zatti menolak dengan sekuat hati.Sewaktu pintu berjaya dibuka kami di kejutkan dengan sepasang mata berwarna putih memerhatikan kami.Saya terkejut saat Zatti menyuluh tepat kearah mata tersebut.Ternyata seekor kucing meluru kearah kami melarikan diri.Entah apa yang ditakutkan kami pun tak pasti.Namun kami menjadi hairan apabila Linda memberitahu bilik berkenaan tidak hertingkap namun dari mana dan macamana kucing berkenaan boleh berada dalam bilik tu.


Kami tinggalkan persoalan tentang kucing tu dan terus ke bilik penghujung,Ketika itu jam menunjukan baru 9.50 malam.Kami melangkah perlahan-lahan kerana terdapat kaca pecah bertaburan di lantai.Sehingga lah kami tiba di pintu bilik ketiga,masing-masing mula merasa kecewa kerana apa yang hendak dicari tiada dirumah berkenaan.tiada hantu,langsuir atau pun penunggu yang kerap di momok kan oleh orang.Selangkah kedalam bilik ketiga,tiba-tiba perasaan saya menjadi cemas,Jantung tiba-tiba berdebar semacam.Dalam bilik berkenaan juga kelihatan kosong.serta syiling yang bocor ditambah atap yang jatuh kerana terdapat akar dari pokok kecil yang tumbuh dibumbung berjurai sehingga kelantai bilik.Terlihat tingkap terbuka Kami memeriksa segenap bilik namun tiada tanda-tanda bilik berkenaan berhantu.Zatti menuju kearah tingkap dan memerhatikan kawasan luar.Tiba-tiba Zatti melambai tangan memanggil saya.Saya melihat keluar tingkap,Kelihatan seperti bayang-bayang putih seperti langsir seakan tergantung di kawasan halaman rumah.Mulanya kami menganggap itu cuma kain biasa.namun tiba-tiba ianya bergerak seolah-olah ditiup angin bergerak perlahan-lahan sehingga sudut tepi sekali kamudian menghilang dibalik pokok-pokok kecil.

Itu je ke?? Hurmmm.....

Linda mengeluh dan merasa hampa kerana tiada langsung kejutan atau jelmaan nyata yang ditemui.kami membuat keputusan untuk turun ke ruang bawah.Saya duduk di anak tangga kamudian diikuti oleh Zatti dan Linda.Semasa duduk berehat menantikan tengah malam,kami minum air yang di beli dari warung tadi.Baru saja nak buka bungkusan satu bunyi hempasan kuat terdengar di tingkat atas.Kami meluru keatas untuk melihat Namun tiada apa-apa pun yang kelihatan.Kami turun semula kebawah,baru nak duduk terdengar sekali lagi bunyi pintu dihempas.Kami kembali untuk memeriksa.Ternyata bilik yang terakhir kelihatan tertutup sedangkan pada awal nya tadi kami biarkan terbuka.Linda menjadi begitu berani dan agresif apabila menolak pintu berkali-kali sehingga terbuka.Kami melangkah masuk kedalam bilik.


Tiba-tiba pintu tertutup sendiri dengan kuat.Sehingga Zatti melompat terperanjat.Linda cuba membuka pintu namun terkunci dari luar.Keadaan menjadi cemas seketika,Setelah puas mencuba namun masih gagal,kami berehat mencari idea untuk keluar.sekali lagi kami dikejutkan apabila bilik berkenaan tiba-tiba berbau hanyir seoalah-olah bau darah yang amat busuk sekali.Kami bangun dan menuju kearah tingkap untuk menghirup udara segar.Sewaktu melihat keluar,Kelihatan satu lembaga hitam bermata merah berdiri ditengah laman rumah memerhatikan kami.Zatti menyuluh kearah lembaga tersebut namun hilang,bila cahaya lampu kearah lain lembaga tu muncul balik disitu tanpa bergerak-gerak.Kami mula ketakutan,Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan kami meluru untuk keluar namun langkah kami terhenti bila terpandang susuk putih berambut panjang menuruni tangga.Kami melangkah kebelakang untuk masuk kedalam bilik semula namun terhalang apabila terdengar suara mengilai yang tak nyata dari dalam bilik.


Kami memberanikan diri menuruni tangga sehingga ke ruang tamu.dibawah kami dengar suara pintu seakan-akan dibuka tutup dengan perlahan-lahan.Kami berdiri secara berkumpul ditengah rumah.Saya mengajak Zatti dan Linda balik namun Linda tidak bersetuju dan memberitahu dah alang-alang bermain biar main sampai puas.Zatti hanya mendiam kan diri.kelihatan jelas raut ketakutan pada wajah Zatti apabila muka serta bibirnya kelihatan pucat.Satu lagi kejutan buat kami,Apabila terdengar seperti seuatu terjatuh dan tergolek dari atas tangga.Linda yang dari tadi membawa lampu suluh besar meyuluh kearah tangga namun tiada apa-apa yang kelihatan.Bunyi desiran seoalah olah tapak kaki kedengaran menghampiri kami,kami berpandangan sesama sendiri dalam ketakutan.Tiba-tiba entah dari mana munculnya seekor kucing menerpa kearah Linda,Mujur jatuh di belakang badan,Kalau muka mahu bercalar balar muka Linda dibuatnya.


Linda menjerit terperanjat,Kucing tadi meluru keluar dari rumah melalui tingkap dan menghilangkan diri.Zatti menenagkan Linda yang masih ketakutan.kami duduk semula di anak tangga untuk mengambil semula air yang belum sempat diminum.Kami berehat dianak tangga sambil minum air,Sewaktu minum saya melihat jam tangan ternyata telah menjangkau dua belas malam.Minum kami tergendala sekali lagi apabila terdengar dengusan nafas yang kuat seakan menuju kearah kami,Di ikuti bau hanyir darah yang sama dari bilik atas sehingga menimbulkan rasa loya.Parrrrppp....tiba-tiba Linda mengaduh sambil mencangkung kesakitan,Linda merangkak kebawah sambil memgeliat dan bangun semula.Linda mengajak kami balik dan menamatkan misi kami.Zatti yang sejak awal ketakutan bersetuju untuk balik.Kami meninggal kan rumah tersebut ketika masih awal sekitar 1.30 malam.

Semasa dalam perjalanan balik Linda memberitahu belakang bahunya seakan ditampar dengan kuat sehingga sesak nafas sekejap ketika duduk di tangga.Ketika tunduk kesakitan Linda memberitahu dia melihat dua lembaga berdiri dibelakang mereka.satu lembaga berwarna gelap dan satu lagi berambut panjang mencecah lantai.Kerana merasakan kesakitan akibat di tampar dari belakang,Linda mengajak kami balik.Sewaktu dalam perjalanan ketika itu 2 pagi,Zatti memberitahu kereta nya berat sangat.dan terasa payah nak laju sehingga lah menghampiri sebuah kawasan perkuburan baru lah kereta berjalan seperti biasa.




[Sekadar Hiasan]


Kami tiba dirumah pukul tiga pagi,Malam tersebut saya dan Zatti bermalam dirumah Linda memandangkan dah lewat sangat lagipun cuma berberapa jam lagi pagi.Kami mandi dan membersihkan diri mengikut petua orang tua kononnya ketika balik dari kawasan yang dikatakan "Keras" atau berhantu,cuci kaki tangan atau sebaiknya mengambil air wudhu.kerana bimbang roh-roh halus akan mengikuti kita.Malam tersebut kami tidak dapat melelapkan mata,sambil menunggu subuh,Zatti melihat rakaman video yang dirakam semasa dirumah angker tadi.Ternyata sejak awal memang wujud entiti dirumah berkenaan cuma kami tidak nampak melalui mata kasar.

Pertamanya didapur,kelihatan susuk seorang kanak-kanak sekitar lima tahun tanpa berbaju duduk mencangkung memerhatikan kami,diikuti dengan lemabaga hitam bermata merah berdiri tepat ditempat kami duduk minum.ternyata selama kami duduk minum,rupanya kami duduk dibawah lembaga hitam tu.Ketiga dibilik terakhir ditingkat atas,Kelihatan susuk tubuh bergayut pada akar pokok yang berjurai kedalam bilik dengan wajah yang tak jelas cuma kelihatan dagu yang panjang amat menyeramkan.Mengikut rakaman kamera Zatti,sejak awal kami tiba dirumah tersebut sememang nya telah disambut oleh mahluk halus yang menghuni rumah tu!

Paginya saya balik kerumah sehingga tengahari saya menerima panggilan dari Linda memberitahu sesuatu yang pelik untuk ditunjukan kepada kami.saya keluar rumah agak lewat memandangkan ibu meminta tolong menghantar berberapa bungkusan ke kedai.Selepas melangsaikan tugas baru lah saya menuju ke rumah Linda.Ternyata semua kawan-kawan telah berada disana,termasuk Zilla dan Yana.Saya terus menemui Linda dibilik tidurnya.Dibilik tidur Linda sedang berbaring memberitahu dia sakit demam sejak pagi tadi.dan menunjuk kan satu kesan lebam berwarna merah gelap di bahagian belakang badan nya.Kesan lebam tersebut seoalah-olah di pukul dengan kayu serta terdapat kesan calar akibat cakaran kucing malam semalam sewaktu di rumah berhantu tu.

Dalam kesakitan Linda memberitahu yang dimenemui satu lagi kawasan yang dipercayai keras dan merancang membawa kami kesana untuk mengalami sendiri pengalaman baru.Sambil bersungguh-sungguh memberitahu dia ingin merasai seberapa banyak pengalaman seram yang sebenar.Kerana selama ini dia memang tidak percaya akan kewujudan Entiti apalagi yang dinamakan Hantu.Zatti hanya menggelengkan kepala mendengar cadangan berani Linda.Bagi saya tak ada masaalah janji jangan jumpa mahluk penganas yang menyerang orang sudah.setakat entiti ni tak pernah lagi saya dengar orang kena gigit dengan hantu.kalau setakat kena sampuk ke,pengsan ke biasa lah.itu mungkin kerana dia lemah semangat!

Begitu lah kisah berani tiga gadis berani yang sudi berkongsi pengalaman merungkai misteri sebuah rumah tinggal untuk mencari kebenaran disebalik cerita-cerita orang.Namun apa yang mereka hajatkan tercapai sungguh pun diakhiri dengan kecederaan ringan yang dialami oleh Linda antara seorang dari tiga sekawan.Apa pun kesimpulan nya,Dalam dunia ini bukan setakat manusia dan haiwan namun juga dipenuhi dengan kewujudan benda-benda ghaib termasuk jin dan iblis!.Jadi terpulang pada kita untuk menilainya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan