Sabtu, 24 Jun 2017

REZEKI JURU UKUR TEMUI PETI HARTA KARUN TENTERA JEPUN

Salam sejahtera dan Salam Muhibbah buat anda semua nya.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan sebuah pengelaman misteri dari seorang kenalan saya yang tersenarai menyertai satu upacara menarik harta karun yang dipercayai Harta hasil rampasan tentera Jepun yang disembunyikan dalam perut bumi.Sewaktu bertugas sebagai juru ukur atau land survey berberapa tahun yang lalu,Kasman telah menemui satu petanda di sebuah pulau.Pada awal menemui petunjuk tersebut Kasman bersama rakan setugasnya terpaksa bermalam didalam hutan menandangkan jarak yang agak jauh untuk berulang alik dari rumah ke kawasan yang harus diukur bagi menentukan kedudukan batu sempadan dan sebagainya.

Sewaktu meredah hutan belukar melalui paya bersama rakan setugasnya,Mereka menemui satu kejadian aneh apabila terjumpa susuk tubuh manusia memegang pedang yang panjang,berpakaian kuning tanah bertopi berjalan di kawasan yang hendak mereka tujui.Semasa menghampiri manusia aneh tersebut,Dengan sekelip mata lembaga itu hilang dari pandangan mata.perasaan takut pula muncul namun ditenangkan oleh Pak Indra rakan sekerja Kasman,Pak Indra memberitahu itu cuma jelmaan penunggu hutan .Dan tidak mungkin ada hantu disiang hari begitu.Setelah Kasman kembali tenang,mereka meneruskan pencarian tanpa memikirkan jelmaan berkenaan.

Setelah puas meredah hutan,mereka berhenti rehat sambil menikmati bekalan yang dibawa dari rumah.Pak Indra bercadang untuk membina sebuah bangsal sementara untuk bermalam disitu memandangkan bekalan air dekat dan tidak jauh dari kawasan ukur.Ketika itu jam menunjuknan pukul 4.30 petang.Dan menandangkan hari semakin lewat Kasman bersetuju dengan cadangan Pak Indra.sehingga jam 7 malam barulah bangsal mereka siap dan segera keluar mencari kayu untuk bahan bakaran nanti.Malam nya Kasman dan Pak Indra sekadar berbual kosong memandangkan Kasman lebih banyak melayan telefon bimbitnya dari berbual dengan Pak Indra.

Dalam tidur yang agak lewat kerana keadaan yang kurang selesa sekadar beralaskan kayu Bersama selimut yang dibawa dari rumah,Kasman agak payah memejamkan matanya,sedangkan Pak Indra sejak tadi lagi sudah berdengkur mungkin kerana kepenatan disiang hari.Kasman cuba melelapkan matanya namun tetap juga segar.Melalui paparan Telefon bimbit barulah Kasman sedar yang ketika itu telah pun 3 pagi.Tanpa disedari akhirnya Kasman terlena disebelah Pak Indra.

Dalam tidur yang lena,Kasman telah bermimpi,Seorang lelaki tua telah datang kepadanya bercakap berbahasa melayu namun ada sepatah dua agak sukar dipahami kerana masih pekat dialek Jepun dari orang tua tersebut.Dalam perbualan Kasman berasama orang tua misteri dalam mimpi nya memberitahu dia sedang menjaga sejumlah besar harta karun berupa Emas serta berberapa barangan bernilai yang lain di sebuah kawasan yang mereka lalui siang tadi.Ternyata kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan dimana Kasman dan Pak Indra menemui satu susuk manusia aneh siang tadi.

Kasman begitu teruja melihat longgokan peti-peti yang sarat mengandungi ketulan Emas.Ketika cuba untuk memegang seketul Emas dari peti tersebut,Tiba-tiba terdengar satu suara kasar melarang Kasman menyentuh apa-apa yang ada didalam peti tersebut.Dengan serta merta Kasman terperanjat dan terus tersedar.Keesokan paginya Kasman memberitahu akan mimpinya kepada Pak Indra.masa itu juga Pak Indra mengajak Kasman pergi ke lokasi yang dimaksudkan.tapi sayang kerana mereka tidak menemui apa-apa pun di kawasan tersebut.

[Sekadar Hiasan]

Seminggu berlalu,ketika itu urusan mengukur telah pun selesai dan tiba masanya untuk bercuti sementara menunggu tawaran baru.Ketika itu Kasman menghubungi Pak Indra kalau-kalau dia mengenali sesiapa yang mampu menghuraikan maksud mimpi nya.Pak Indra mengambil masa selama dua hari untuk mencari sesiapa yang mengetahui akan selok belok alam ghaib.Sewaktu mencari jawapan,Pak Indra teringat akan sahabat lamanya Encik.Roslan ketika berkhidmat dalam angkatan Tentera dahulu,Memang Perangai Roslan agak pelik sejak mula mengenalinya dahulu,Dimana Roslan merupakan peminat nombor ekor tegar,sebut saja mana bomoh,pawang atau tukang tilik nasib pasti diketahuinya.

Pak Indra cuba menghubungi Roslan melalui nombor telefon rumah yang disimpan nya dalam buku catatan harian lama nya.Mujur Roslan masih menetap disitu dan berjaya dihubungi oleh Pak Indra.Pada hari yang dijanjikan Roslan datang menemui pak Indra bagi membincangkan urusan yang hendak dilaksana kan.melalui pengelaman Roslan,dia mengenali seorang pawang yang cukup masyur di sempadan Thailand.Setelah menemui kata sepakat,keesokan harinya Mereka memulakan perjalanan menemui Sami siam yang di perkenalkan oleh Roslan.

Setelah tiba di kediaman Sami yang dimaksudkan,Roslan bersama pak Indra serta ditemani oleh Kasman menemui Sami tersebut dan memberitahu hajat serta tujuan mereka.Setelah menilai dan melawat lokasi yang dimaksudkan melalui batin.Sami tersebut bersetuju untuk membantu mereka mengeluarkan sebahagian dari Harta karun peninggalan Tentera jepun yang Kasman maksudkan.Sami berkenaan meminta Roslan menyiapkan berberapa syarat untuk melancarkan urusan mereka.Tujuh jenis minyak wangi dari pelbegai negara harus diadakan sebagai imbalan kepada Jin yang akan mengambil Harta berkenaan.Antara barang-barang keperluan yang dimaksudkan oleh Sami ialah ayam hitam,Ibu minyak wangi,kain merah dan kuning serta Setanggi.

Setelah menerima syarat berkenaan dan menpersetujuinya,mereka kembali dan mencari maklumat untuk mendapatkan Bahan-bahan yang diperlukan.Melalui Anak saudara Roslan yang berkerja dengan syarikat penerbangan dapat lah mereka menyiapkan Tujuh jenis ibu minyak yang dimaksudkan dengan kadar harga agak mahal.setelah menyukupkan semua syarat mereka bergegas ke Sempadan Thailand menemui sami yang akan mengetuai projek mereka.

Awal pagi hari khamis,mereka memulakan perjalanan dengan menaiki kereta MPV Roslan.Semasa dalam perjalanan bermacam dugaan telah berlaku,Mulanya,Tayar meletup,Mujurlah ketika itu Roslan Memandu perlahan.Setelah menukar tayar mereka meneruskan perjalanan,sepenjang perjalanan Kelihatan Tok Sami seperti berzikir.Namun tidak dihiraukan oleh Kasman dengan Pak Indra Setelah menempuh perjalanan yang jauh serta memenatkan,mereka berhenti di sebuah hotel murah untuk bermalam.keesokan harinya mereka meneruskan perjalanan.awal tengahari mereka tiba di daerah dimana Kasman dan Pak Indra menemui Kelibat Tentera jepun tempoh hari.sebelum memasuki hutan,mereka mencari hotel dipekan untuk menyimpan kereta serta barang-barang yang tidak diperlukan.

Setelah selesai urusan kereta,Mereka singgah disebuah restoran untuk menikmati makan tengahari.Setelah selesai makan mereka memulakan perjalanan,melalui laluan yang di lalui oleh Pak Indra dan Kasman semasa mencari batu sempadan berberapa minggu yang lepas.Ketika tiba di kawasan pokok besar dimana mereka melihat kelibat.Sami siam terus melihat dan memerhatikan kawasan sekeliling.Secara Tiba-tiba sami bercakap seorang diri dengan berbahasa Thailand yang langsung tidak difahami oleh mereka.

Sami mula membakar dan meletak kan berberapa batang colok dan setanggi di berberapa tempat serta membentangkan kain merah kamudian meletak kan botol-botol minyak wangi serta darah ayam hitam, dan buah-buahan yang dibeli.Sepanjang lebihkurang 100 meter kawasan dibawah pokok tersebut ditutupi dengan kain kuning.lilin dipacak di setiap kawasan berserta lampu digantung pada dahan pokok untuk merangi ketika malam.Selama berberapa jam tanpa minum atau berehat Sami membaca menteranya sehingga lah matahari hetul-betul terbenam dan seluruh kawasan cuma diterangi cahaya lilin dan lampu Neon yang menggunakan kuasa beteri.

Ketika itu berlaku dihadapan mata Kasman,apabila secara tiba-tiba angin bertiup kencang,bunyi ranting patah dari kawasan yang gelap.Sami memberitahu serta mengingatkan agar semua dalam keadaan sedia,dan jangan lari jika melihat sesuatu yang aneh.Setelah menberi ingatan,Sami meneruskan upacaranya.Tiba-tiba Tujuh botol minyak wangi Terangkat dan melayang keudara seolah-olah diambil orang.Kasman mula merasa seram namun tetap mendiamkan diri.Diselangi dengan bunyi derapan ranting patah makin jelas kedengaran,Disambung dengan suara seolah-olah nafas yang kuat.

Sami bangkit dan menghentak kakinya  ketanah berberapa kali,Tiba-tiba datang satu mahluk seakan-akan langau seperti lalat yang sama besar dengan sebiiji bola sepak.mengelilingi mereka.Dan ketika itu jelas kelihatan dihadapan mata Kasman berberapa orang tentera berpakaian lengkap tentera Jepun bersama senapang dan pedang berdiri rapat mengelilingi mereka.Sami semakin menguatkan bacaan Menteranya.Tiba-tiba tanah seolah-olah merekah dan terkeluar sesuatu menyerupai kotak dari dalam tanah.Sami segera memaut peti tersebut dan meletak kan lilin merah diatasnya.sambil menghembus nafas,Sami memberitahu dia cuma mampu keluarkan satu peti Jongkong Emas dari harta karun berkenaan.

Setelah menutup Ritual menyedut harta berkenan,Sami memadamkan lilin merah diatas peti berkenaan.Dan mereka bersama-sama membuka peti yang tidak berkunci.Roslan dan Sami cuba mengalihkan peti berkenaan namun tidak berganjak mungkin kerana terlalu berat.Terpaksa lah Tok Sami membuka peti disitu juga.Masing-masing yang ada disitu terbeliak mata melihat kilauan Emas dalam bentuk jongkong dalam sebuah peti uzur yang ditarik oleh Tok Sami.menandangkan malam telah pun lewat serta risau jika dituduh mencuri.mereka mengambil keputusan untuk bermalam disitu.Sementara menungu Pak Indra dan Kasman menyiapkan khemah,Tok Sami bercerita tentang penemuan nya dengan penjaga harta berkenaan.Ternyata penjaga tidak setuju jika harta berkenaan diusik.Namun dengan kemahiran Tok Sami akhirnya berjaya menemukan sepeti Emas murni yang telah di jongkongkan untuk habuan mereka semua.

Keesokan hari nya,ketika Matahari baru menunjukan dirinya,mereka mula meninggalkan kawasan tersebut,Berkali-kali Roslan dengan Pak indra cuba mengangkat Peti tersebut namun masih tidak berjaya.Bermacam Usaha dibuat sehinggakan setiap penjuru harus diangkat bersama,Namun hasil yang sama,tak boleh digerak kan.peti berkenaan masih disitu dan tidak berganjak.Melihat keadaan begitu sukar,Tok Sami membuat keputusan dimana setiap seorang mengambil seberapa banyak jongkong emas bersama memandangkan peti tidak dapat digerak kan.

Akhirnya mereka berjaya membawa berberapa Jongkong Emas.namun sekali lagi mereka di ganggu.apabila secara tiba-tiba laluan mereka dihalang dengan sekumpulan lebah sedang berkerumun.malalui jalan pintas mereka berjaya melimpasinya.Setelah melintasi lebah,mereka meneruskan perjalanan.namun kali ini lebih tragis,apabila hampir

Tiba di persimpangan,tiba-tiba mereka menemui kawasan sama mula-mula tadi bersama peti yang ditinggalkan.Sekali lagi mereka cuba untuk keluar,namun penghujung yang sama ditemui.Akhirnya mereka berhenti berehat,Roslan bertanya kepada Sami maksud berkenaan.Tok sami memberitahu kemungkinan ada lagi urusan yang belum diselesaikan  atau telah melanggari syarat yang di beri.

Sekali lagi mereka cuba untuk meninggakan lokasi berkenaan,malalui laluan berbeza meredah semak samun untuk keluar,setelah bersusah payah meredah hutan.Akhirnya mereka tiba di lokasi yang sama!.Melihat keadaan begitu,Tok Sami membaca menteranya dan mula bercakap dalam bahasa yang tidak diketahui maksudnya.Tol Sami memberitahu Harta tersebut telah menjadi milik Bumi dan tidak boleh walau diamabil sebesar beras.Dan selagi mereka tidak memulangkan Emas berkenaan,Selagi itu mereka tidak boleh keluar dari hutan berkenaan.

Dengan perasaan kecewa,Kasman dan pak Indra diikuti Roslan meletakkan kembali jongkong Emas yang diambil kedalam Peti semula.Dengan perasaan hampa dan kecewa mereka meninggalkan peti yang penuh dengan pengharapan  melalui laluan yang digunakan semalam,Tak sampai satu jam berjalan kaki akhirnya mereka tiba di jalan raya.Sementara menunggu pengangkutan,Tok Sami meminta maaf kepada semua kerana tidak berjaya membawa keluar Emas yang telah dizahirkan dihadapan mata.

Menurut cerita dari Kasman,Tok Sami memberitahu Harta berkenaan telah menjadi milik bumi,atau di lindungi mahluk ghaib.Dimana penjaga nya merupakan Roh Tentera Jepun yang diamanahkan menjaga keselamatan harta herkenaan.Setelah puas menunggu akhirnya Teksi yang dihubungi pun tiba.mereka dibawa ke hotel dimana kereta ditinggalkan.Setelah tiba di rumah,Kasman mengalami demam panas teruk sehingga tidak mampu bangun sehingga seminggu lebih dengan hanya berbaring.

Melalui pengelaman Kasman,dia tidak menyesal walaupun membazir wang ringgit,Masa dan tenaga demi mengejar seuatu yang bukan milik sendiri.Pengelaman membawa 20 ketul Emas dengan masing-masing diangarkan sekilo setiap jongkong merupakan satu pengelaman unik yang tidak dapat dirasakan oleh semua orang.Apa yang kami temui melalui kisah yang diceritakan oleh Saudara Kasman,Memberitahu tidak ada kesengangan yang mampu dikecapi dengan jalan yang mudah walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan