Khamis, 24 Ogos 2017

MERUNGKAI MISTERI PULAU LALANG

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semua.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan pengelaman menjelajah keindahan pulau lalang.Sebelum saya lanjutkan terlebih dahulu saya ingin jelaskan Serba sedikit mengenai Pulau Lalang.Sebuah pulau yang terletak dibahagian timur Pulau Besar yang berhadapannya.Pulau ini tidak mempunyai penghuni seperti pulau besar memandangkan tiada sebarang keperluan asas.

Berberapa cerita misteri yang di sebut-sebut orang tempatan mengenai pulau ini,Dimana konon nya segala mahluk halus yang menghuni pulau besar sebelum ini telah dipindahkan ke pulau Lalang.Namun saya sendiri tidak pasti sejauh mana kebenaran nya.Pernah juga saya mendengar cerita dari berberapa pelajar Kolej Yayasan Melaka yang berkhemah disini menceritakan pengalaman melihat jelmaan wanita di pulau ini seakan melambai-lambai dari pulau lalang kearah mereka yang berada di Jeti Pulau Besar ketika memancing.Pun begitu,tanpa bukti yang kukuh amat sukar untuk saya mempercayainya.

Termasuklah satu lagi kisah menarik yang pernah saya dengar melalui seorang pemuda yang mengakui dirinya telah menetap di pulau Besar hampir dua puluh tahun menceritakan kepada saya tentang kewujudan sebuah rumah mewah terletak di Pulau Besar namun penghuninya meninggalkan pulau tersebut tanpa diketahui punca nya.Segala cerita-cerita yang bangkit dari Pulau kecil ini seakan menarik minat saya untuk mengkaji sejauh mana kebenaran nya.Lantaran itu saya bersama berberapa rakan telah menerjah pulau ini untuk mencari kebenaran serta melihat keindahan nya.

Melalui cerita-cerita ini saya sendiri telah mengusulkan sebuah perancangan kepada rakan-rakan untuk meninjau Pulau kecil berhampiran Pulau besar.Perancangan telah dibuat dan kami seramai sembilan orang sebulat suara bersetuju untuk ke pulau tersebut.Sehingga lah tiba hari yang dirancangkan,Kami bertolak dari Bachang Melaka sekitar sebelas pagi setelah berkumpul di Sebuah pasaraya.Segala kelengkapan termasuk beras,makanan,bekalan air bersih,dan termasuklah kelengkapan perkhemahan dan sebagainya.

Melalui laluan sama untuk kepulau Besar kami tiba di Jeti Pantai Siring Sekitar 11 pagi.Disini terletak sebuah bangsal menunggu,warung yang menjadi tumpuan nelayan untuk makan dan minum.Jeti Pantai ini juga merupakan lokasi nelayan menjual hasil tangkapan mereka kepada orang ramai termasuk pemborong.Dan apa yang istimewa ada disini ialah Asam Pedasnya,Dimana ikan segar dimasak terus setelah dibeli dari nelayan.Sebelum bertolak kami membeli berberapa ekor udang hidup sebagai umpan pancing ketika di pulau nanti.Umpan dan ada,perut pun dah kenyang,Kini tiba masanya untuk kami bertolak.

Menggunakan khidmat bot pancing kenalan krew kami iaitu Pak Ya atau Encik.Zakaria kami bertolak melalui Jeti pantai siring menuju ke Pulau Lalang sekitar dua petang.Cuaca ketika itu amat baik dimana kelihatan cerah serta laut kelihatan tenang.Sepanjang perjalanan kesana saya memerhatikan keadaan pulau dari jauh serta kelihatan kerja-kerja pemasangan Tiang TNB untuk pulau besar.Lebih kurang setengah jam kami tiba di Pantai Pulau Lalang.

Sewaktu melangkah kaki kesana,saya tidak merasakan sesuatu yang tak kena dengan pulau ini,segalanya kelihatan tenang.Kami memasuki pulau melalui laluan berhampiran pokok kelapa.Setelah menemui tapak perkhemahan.kami membersihkan kawasan tersebut terlebih dahulu sebelum memasang khemah masing-masing dan mengemaskan kawasan memasak dan kelengkapan lampu.Untuk pengetahuan semua,Pulau Lalang tidak mempunyai sebarang kemudahan,Dimana sumber air harus dibawa sendiri kerana ketiadaan perigi atau sumber lain.

Saya bersama dua orang rakan memulakan langkah menerokai pulau melihat keindahan serta mencari bukti-bukti untuk menguatkan dakwaan orang tentang pulau ini.Dari timur ke barat kelihatan hanya pokok-pokok kecil bersama batu-batu,Sehingga lah di penghujung pantai kelihatan sebuah pulau kecil yang dipenuhi batu-batu.Dan ketika itu laut sedang surut sehingga menampak kan dasar membolehkan kami pergi ke pulau hanyut.Apa yang ada di sana hanya lah bekas-bekas kaki pancing membuat unggun api serta berberapa pokok muda yang menghiasi pulau tersebut.

Sewaktu dalam perjalanan balik ke pulau Lalang semula,saya terjumpa seekor gamat besar tersangkut dicelahan terumbu karang.Kali pertama melihat gamat terasa geli melihat bentuknya,Gamat sebesar betis dewasa yang ditemui akhirnya dibebaskan dalam air.Perjalanan menuju ke pulau Lalang agak merumitkan kerana kami harus berhati-hati agar tidak merosakan kehidupan terumbu karang  yang masih baru bercambah.

Sewaktu tiba di pulau lalang semula,kami mengelilingi keseluruhan pulau melalui pantai sehingga lah ketempat khemah didirikan.Kini tiba masa menghidupkan unggun api di tengah-tengah kawasan perkhemahan.Sementara seorang rakan sedang menyediakan minuman panas melalui dapur serbaguna yang dibawa dari rumah.Lampu LED digantung pada dahan pokok untuk menambah cahaya selain dari cahaya Unggun api.di pantai berhampiran khemah kelihatan berberapa orang rakan leka mandi dipantai sebelum naik setelah azan maghrib kedengaran.

8.00 malam~setelah air siap, Tiba-tiba suasana menjadi gempar apabila Beras tak ditemui,Sama ada tertinggal atau lupa beli,Yang ada cuma berbungkus-bungkus maggie,bungkusan kopi 3 dalam 1,botol-botol mineral water,tong air bersih serta makanan dalam tin.Ketika itu krew kami menghubungi Pak Ya,kerana mengikut jadual pak Ya akan datang malam tersebut untuk memantau keadaan kami.

9.00 malam~tiada sebarang aktiviti kecuali duduk atas batu memerhatikan cahaya lampu dari Pulau besar dan menunggu ketibaan Pak Ya bersama beras.Kalau pada saya sekadar semalaman tak makan nasi tak mati pun.Cukup lah maggie mee ada untuk mengalas perut.Tapi memandangkan ada krew yang beria-ria sangat nak makan nasi,terpaksa lah menunggu ketibaan bekalan dari tanah besar.

10.40 malam~kelihatan cahaya dari bot berkelip-kelip menuju kearah pulau.sehingga lah pak.Ya berlabuh membawa bekalan beras.Beras terus dimasak sementara kami mula membaling umpan kelaut melalui puncak batu yang tinggi.Namun hasil yang sangat mengecewakan apabila mata kail kerap sangkut pada batu-batu di sekitar kawasan kami memancing.Waktu itu saya sempat merakam suasana malam melalaui kawasan khemah,Dan suhu pada malam itu masih ditahap normal tanpa menunjuk kan penurunan suhu menandakan kewujudan entiti.

11.50 malam~ Pak Ya balik ke Melaka meninggalkan kami,ketika itu nasi telah siap dimasak,berberapa krew kami kelihatan sedang makan.Setiap saat tanpa leka saya sentiasa berjaga-jaga kalau ada sesuatu yang boleh mengancam keselamatan.Namun sehingga saat itu keadaan masih terkawal tanpa sebarang petunjuk menandakan kewujudan sebarang misteri

01.05 pagi~ kami berkumpul di pantai menikmati cahaya bulan sambil melihat gelagat berberapa rakan sedang melayan anak gelama yang mencuit-cuit umpan pancing.Ketika itu udara mula dingin.dan kami meninggalkan pantai untuk kembali ke khemah masing-masing.Dua krew kami dah dibuai mimpi mungkin kepenatan sepanjang hari.


02.15 pagi ~ Saya tersedar dari tidur,apabila dikejutkan oleh rakan kerana sakit perut.Wahh.....kacau! Tempat-tempat macamni pun sempat lagi.Disebalik celahan batu besar saya tinggalkan dia bertapa seorang diri sementara menunggu saya memerhatikan sekeliling.Ketika itu entah kenapa,tiba-tiba timbul rasa takut,terasa bulu roma mula naik.kebetulan rakan telah menyiapkan urusan nya.Kami kembali ke khemah masing-masing.Sewaktu menutup zip khemah saya rasakan ada sesuatu yang sedang memerhati dari jauh.Saya hanya mendiamkan diri dan cuba mengawal perasaan.Dari jauh kedengaran sayup-sayup suara seseorang sedang bercakap-cakap saya cuba mendengar patah-patah perkataan yang disebut namun tidak jelas kerana bercampur dengan bunyi pukulan ombak.


3.00 pagi ~ kawasan perkhemahan kami menjadi sunyi sepi tanpa suara sesiapa,saya beranggapan semua telah lena tidur,Saya cuba memerhatikan kalau-kalau ada yang masih berjaga lagi.tepat dugaan saya kelihatan seorang rakan masih berjaga.Masih setia menghadap paparan telefon bimbitnya.Sebenarnya ketika itu saya ingin keluar dan lepak dengan rakan tersebut.Namun langkah saya terbantut apabila terpandang sesuatu yang menyerupai susuk manusia di sebalik pokok besar yang berada berhampiran dengan kawasan khemah.


4.00 pagi~Entah kenapa hingga saat itu mata masih segar, sehingga terasa payah hendak ditutup.Saya bergerak perlahan-lahan cuba mengintai sekali lagi abang yang belum tidur tadi.Tiada sesiapa yang kelihatan ketika itu,mungkin abang tu dah masuk kedalam khemah untuk tidur.Sewaktu memerhatikan kawasan makanan dan ungun api yang hanya meninggalkan bara.melalui cahaya lampu LED saya perhatikan sekali lagi pokok dimana saya terperasan susuk tubuh tadi.Ternyata tiada apa-apa yang kelihatan disitu.yang ada hanya bayangan dari pokok yang membelakangi cahaya LED.


5.00 pagi~ Terasa mata mula mengantuk dan mencari sasaran untuk melelapkan mata.Sekali lagi saya dikejutkan dengan bunyi sesuatu yang kasar menghempap tanah.namun ketika itu tidak ada sedikit pun perasaan takut memandangkan waktu hampir subuh dan matahari bakal menerangi bumi.Mata terasa amat mengantuk namun payah terlelap.Dimana perasaan ketika itu asyik memikirkan soal bayangan pada belakang pokok yang dimaksudkan.


8.00 pagi~Entah pukul berapa mata saya terlelap sehingga tersedar pada pukul 8 pagi.Saya lihat diluar khemah semuanya telah bangun.Saya pun bangun dengan malas terus mencuci muka dengan air mineral.kamudian naik kekawasan makan.Kelihatan air panas dengan biskut kering sebagai sarapan pagi itu.


8.40 pagi~ Saya pergi kearah rakan-rakan yang leka mandi beramai-ramai laut dan terjun berasama mereka.Kami berenang lebih kirang setengah jam dan berbaring dipantai dengan penuh keamanan.Tiada sesiapa yang berada dipulau tersebut yang harus di risaukan.Kami dimaklumkan akan ketibaan pak.Ya sekitar 11 pagi dan kami mempunyai banyak masa lagi.Saya berjalan-jalan di sekitar kawasan pulau seorang diri sehingga lah saya kembali ke kawasan khemah.


10.00 Pagi~ kami mula berkemas-kemas untuk balik Melaka.masing-masing sibuk dengan hal sendiri,ada yang menucui segala kelengkapan dengan menggunakan pasir pantai.Ada yang leka membuka khemah untuk dilipat dan dibawa balik ke Melaka.Setelah selesai semua urusan.Kami beralih ke satu tempat yang berhampiran dengan lokasi kami turun dari bot tengahari semalam.


11.26 pagi~ kami bertolak balik ke Melaka.Sepanjang perjalanan balik saya masih terbayang dan memikirkan soal bayanagan yang saya lihat semalam.Sehingga lah kami tiba di jeti pantai siring.Ya..sebelum balik kedestinasi masing-masing kami makan berlauk kan asam pedas segar sekali lagi.Pukul 2 petang kami berpecah dan menuju haluan masing-masing.Tamat sudah destinasi hambar kami di pulau lalang.


Dan kesimpulan saya,Dua kejadian aneh yang saya alami ketika di pulau Lalang,Yang pertama ketika berada dibalik batu besar,Mungkin kerana hembusan angin laut yang dingin membuat kan bulu roma saya meremang.Dan kedua bayangan seperti susuk tubuh dibalik pokok besar malam itu mungkin sekadar biasan dari cahaya lampu LED.Maaf ya,saya bukan nak menidakan kisah-kisah sebelum ini.Tetapi hasil dari kunjungan saya sendiri ke Pulau Lalang,Tiada apa pun yang aneh serta misteri disitu.


Dan konon nya ada sebuah banglow mewah pernah dibina di atas pulau lalang,Sebenarnya itu mungkin cuma rekaan untuk menyedapkan cerita seseorang.Tiada bekas batu-batu mahupun kawasan bersimen yang ditemui !.Sejauh mana kebenaran misteri tersebut? Jawapan nya tiada!.Tiada apa pun petanda mengatakan pulau lalang berpenunggu.Semuanya kelihatan aman.Mungkin wujudnya cerita karut marut dari sesiapa yang pernah menjejakan kaki ke Pulau Lalang untuk menyedapkan sesebuah cerita.


Sesiapa sahaja dialu-alu kan untuk bertandang ke pulau Lalang,cuma ingat,anda harus membawa bekalan seperti air bersih yang belum dimasak lagi,air minuman makanan secukupnya kerana disini tiada sebarang kemudahan.Untuk kaki pancing,mungkin anda boleh mempertimbangkan pulau lalang,memandangkan terdapat berberapa bahagian yang mempunyai kedalaman yang bagus untuk memancing ikan.Sekian untuk paparan misteri Pulau Lalang akhirnya terjawab.Semoga terhibur dan memberi manfaat buat semua.