Selasa, 31 Oktober 2017

KISAH MISTERI JELMAAN MAHLUK HALUS DI DUSUN DURIAN

Asalamualaikum dan salam Muhibhah buat anda semua.Bertemu kembali bersama saya dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan pengelaman nyata terserempak dengan orang yang telah mati,dab kebetulan mayatnya baru ditanam siang harinya. sewaktu sedang berseronok mengutip durian didusun tua warisan kampung.Sebuah penemuan misteri secara tak sengaja menjadi igauan dan misteri buat diri saya sendiri bersama seorang rakan karib.Kisah ini berlaku ketika saya berada ditingkatan lima dan kebetulan ketika itu cuti persekolahan yang panjang maka saya mengambil kesempatan mencari wang saku hasil dari jualan durian segar dari dusun.


Selama dua hari satu malam berkampung di dusun hanya berumah kan sebuah pondok kami begitu seronok mengutip durian yang gugur disamping dusun menjadi riuh dengan suara orang ketika siang dimana ramai budak-budak berusia 10 ke 15 tahun turut menunggu disetiap pokok yang dimiliki oleh keluarga masing-masing.Ketika malam pula hanya berberapa orang sahaja yang akan menunggu durian iaitu terdiri dari orang tua.Kami dengan kawasan dimana berdiri berberapa batang pokok durian berusia puluhan tahun ditanam oleh Moyang sebagai warisan kepada anak cucu.Pada malam ketiga buah gugur agak banyak dan kami berjaga sehingga pukul 2 pagi sebelum tidur kerana keesokan hari nya seawal pagi kami akan menjual durian di   persimpangan jalan.Sekitar 11 pagi kami kembali ke kampung untuk membeli bekalan makanan untuk dibawa ke dusun.


Ketika di sebuah kedai runcit kami dikejutkan dengan berita kematian seorang penduduk kampung,sebuah kematian yang agak luar biasa dimana pakcik tersebut bersama-sama dengan kami menunggu didusun durian,Selang sehari dia tak datang kedusun tahu-tahu hari tersebut kami dapat tahu rupanya dia meninggal.Dimana ketika hayat pakcik tersebut beliau merupakan seorang pengamal ilmu mempertahankan diri berbagai seni yang beliau tahu.Pakcik tersebut berugama Budha pada asalnya namun bertukar ugama setelah berkahwin dengan penduduk kampung.Setelah siap mengambil bekalan seperti air dan berberap bungkus mee segera dan bekalan lilin kami meninggalkan kedai runcit sebelum kembali kerumah meninggalkan wang hasil jualan durian. Sewaktu dalam perjalanan kembali kedusun,Kami melimpasi dusun pakcik yang meninggal tadi,Entah kenapa tiba-tiba terasa seram melihat pakaian yang ditinggalkan masih bergantung pada tali yang diikat pada pondok beliau.


Setelah tiba didusun kami,saya lihat telah banyak buah yang gugur belum dikutip termasuk lah buah dari dusun sebelah-sebelah kerana tuan nya tidak datang menjaga dusun mereka kerana menziarah penduduk yang meninggal.Sewaktu mengutip durian yang bersepah,Kami meninjau-ninjau pokok yang lain-lain namun ternyata dusun sunyi sepi dan hanya kami berdua yang bermaharajalela mengutip setiap durian yang gugur termasuk pokok-pokok penduduk yang lain.Masih segar diingatan ketika itu setelah siap mengutip lebih kurang 70 biji kesemuanya.Setelah puas kami duduk berehat dipondok dimana ketika itu baru 5.30 petang namun suasana mula suram dan gelap akibat terlindung kerana pokok-pokok durian.Baru saja nak menyalakan pelita,baru perasan pemetik api tiada...


Keadaan menjadi kelam kabut seketika dimana suasana mula gelap namun api tidak dapat dinyalakan,Saya memberi cadangan dimana antara seorang harus balik ke kampung untuk membeli pemetik api.Rakan saya mencadangkan dirinya maka saya terpaksa menunggu didusun seorang diri kerana menjaga durian yang telah kami kumpul dari dicuri orang.Berbekalkan lampu suluh saya menunggu sambil menyuluh kawasan sekeliling.Ketika itu baru 6.30 malam namun suasana dah gelap gelita ditambah saya seorang diri berada ditengah-tengah dusun kampung yang luas bersama bukit-bukit dan anak sungai tanpa ada suara atau cahaya dari lampu orang lain.Ketika menunggu saya dapat dengar suara halus seakan-akan kanak-kanak perempuan sedang bergurau dari arah sungai.Hati saya mula tenang apabila memikirkan ada insan lain didusun.


Saya menuju kearah bukit dibelakan pondok untuk menyuluh arah datang nya suara berkenaan namun apabila berada diatas bukit ternyata arah suara tersebut gelap gelita.Hati mula resah dan timbul perasaan takut kerana tiada sesiapa sebenarnya yang berada disitu.namun suara sayup-sayup kedengaran dari arah tersebut.Saya kembali ke pondok dan duduk berjaga-jaga bersama perasaan takut dan gelisah apabila rakan saya masih belum kembali walaupun jarak kampung dengan dusun hanya kurang lima belas minit jika berjalan kaki.Ketika itu segala macam bayangan muncul dalam fikiran,Terdetik dalam hati hendak balik meninggalkan dusun namun baru selangkah dua berjalan tiba-tiba terpandang cahaya lampu seseorang,dalam hati memikirkan rakan saya dah sampai namun semakin menunggu,cahaya tersebut tiba-tiba pudar dan menghilang.


Ketika itu perasaan nekad untuk balik semakin menebal,saya meninggalkan dusun dah hampir separuh jalan tiba-tiba rakan terpekik memanggil dari arah bangsal entah bila dia sampai pun saya tak pasti.Saya kembali ke bangsal dan bertanya bagaimana dia boleh berada dibangsal sedangkan saya tak nampak dia lalu.Namun dengan seloroh dia memberitahu yang dia melalui jalan pintas.Ternyata rakan saya singgah dirumah orang meninggal sebelum kembali kedusun.Rakan saya memberitahu malam tersebut kami akan berpesta durian kerana tiada sesiapa yang akan kedusun kerana ada peristiwa berlaku dikampung.Kami bersama-sama ketawa gembira memikirkan hasil yang pasti lumayan keesokan harinya!malam tersebut kami sekadar mengalas perut dengan mee segera bersama secerek kopi panas sebagai bekalan berjaga.Kedengaran dimana-mana bunyi durian mula gugur namun kami hanya membiarkan kerana tiada sesiapa yang akan datang malam tersebut.


Sekitar pukul 11 malam kami membawa guni kosong dan mula menjelajah seluruh kawasan dusun,sehingga pukul 1 pagi kami merayau dan hasil kutipan begitu banyak dengan berbagai saiz dimana saiz kecil kami tinggalkan dan hanya mengambil yang besar-besar sahaja sebelum berhenti dan kembali ke bangsal.Sewaktu memanaskan badan dengan menghirup kopi panas,Terbit rasa jahat dalam hati apabila saya mengajak rakan saya pergi ke dusun arwah kerana pasti durian telah berlonggok dengan banyak kerana tiada sesiapa yang mengambilnya sejak arwah tidak datang kedusun dan meninggal tengahari semalam.Rupanya rakan saya turun setuju dan kami pergi kearah dusun tersebut.

(Sekadar Hiasan)



Tinggal berberapa langkah untuk menghampiri pagar dusun arwah kami terpandang cahaya suram dari arah pondok.Kami merasa hairan kerana pasti tiada sesiapa yang datang ke dusun malam tersebut.Kami hanya tunduk dan memerhatikan kelibat siapa yang merayau di dusun tersebut.Dari jauh kelihatan bentuk badan seperti arwah namun untuk memastikan wajahnya kami menunggu saat dia memasuki bangsal menghampiri pelita minyak tanah yang tergantung pada alang bangsal nya.Yang kami hairan,dia tidak mengambil durian yang bersepah di bawah pokok namun cuma melilau seperti mencari sesuatu.Sekian lama menunggu akhirnya dia kembali ke bangsal namun tiba-tiba darah saya berderau dan terasa seram sejuk berserta gementar,tak banyak bunyi tanpa sedar kami berlari tanpa menghiraukan onak duri sehingga ke bangsal.


Dibangsal kami berpandangan sesama sendiri antara perasaan terkejut bercampur pelik,Ternyata susuk tubuh yang kami lihat sebentar tadi adalah arwah yang nyata dan pasti baru meninggal tengahari semalam.Malam tersebut menjadi berubah dari mulanya gembira menjadi muram dan seram.dimana banyak kali kedengaran durian gugur kami biarkan.Sekitar tiga pagi tiba-tiba perut saya memulas dan terasa hendak melepas.namun untuk kesungai agak jauh lalu saya mengejutkan rakan untuk menemankan saya.Kami bersama menuruni bukit sehingga tiba di sebuah kawasan anak sungai yang cetek.Setelah menyelesaikan masalah perut memulas kami kembali ke bangsal,entah macamana dusun yang menyaksikan usia kami membesar dan sejak zaman kanak-kanak kami sentiasa menjadi wakil mejaga dusun tiba-tiba boleh tersesat apabila tersasar lebih jauh dari bangsal.


Pada awalnya kami cuma menuruni satu bukit kecil dibalik serumpun pokok buluh menghampiri satu bongkah batu berlumut yang besar,Ketika menuju ke bangsal kami lalui jalan yang sama namun setelah berjalan sekian lama berpandukan cahaya lampu suluh kami masih tidak menemui bangsal kami malah menemui sungai dimana saya melepaskan hajat tadi.Kami berulang sebanyak tiga kali sebelum menemui rumpun buluh sehingga kelihatan sinaran cahaya petita dan lilin di bangsal kami.Langkah kami terhenti seketika ketika menghampiri satu kawasan berhampiran pondok kami,saya tersuluh satu mahluk yang aneh menyerupai beruk berbulu perang sedang mengopek durian tanpa menyedari kehadiran kami walaupun saya menyuluh tepat kebelakang nya.Baru saja kami ingin mengundur secara perlahan-lahan untuk mengelak tiba-tiba dia menoleh kami dengan wajah menyerupai orang namun penuh dengan bulu berwarna perang kemerahan.


Melihat mahluk berkenaan memandang kearah kami,sekali lagi tanpa berfikir panjang saya melangkah dengan melompat namun berapa tinggi saya tak pasti dengan sekelip mata saya telah berada dalam gaung,dengan sepenuh tenaga saya bangun dan lari semula apabila terdengar bunyi ranting-ranting patah semakin menghampiri.Saya berlari dalam gelap meredah onak rotan ranting-ranting serta batu menyusuri anak sungai hanya berpandukan biasan mata kerana lampu suluh tercicir entah dimana.Begitu juga rakan saya turut hilang entah kemana,saya berhenti seketika untuk mendengar keadaan namun suasana sunyi tanpa bunyi dan sebarang suara dari rakan saya mahupun mahluk menyerupai beruk tadi.


Baru seketika saya berhenti tiba-tiba bunyi dahan serta pokok kecil bergegar seperti dirempuh sesuatu saja berlari lagi semula entah apa yang saya langgar sehingga keesokan harinya dimana matahari mula terang,Pakcik bersama rakan saya menemui saya tidak sedarkan diri dibawah pokok besar ditepi anak sungai.Dimana semalamnya sewaktu berlari dalam gelap tanpa sedar saya terlanggar pokok dan tidak sedarkan diri.Pagi tersebut dengan bantuan pakcik durian yang kami kutip sebanyak 5 guni di angkut balik dan entah macamana badan saya terasa bisa-bisa dan sengal berserta tubuh panas membahang namun terasa sejuk.


Siang tersebut kami berdua serentak mendapat demam panas sehingga berlarutan selama tiga hari.Sehinggakan durian terakhir yang kami kutip hampir 200 biji tidak dapat dijual dan hanya dibahagikan untuk dimakan sendiri dan selebihnya dibuat tempoyak.Setelah sembuh dari demam,Kami tidak lagi bermalam didusun kerana serik,peristiwa yang kami alami malam tersebut menjadi badi dan pengajaran buat kami.Dimana kami tidak lagi berminat dengan durian.Peristiwa tersebut menjadi kenangan dan pengelaman antara saya dan rakan angkar terlampau ghairah mencari durian untuk dijual.Selepas kejadian tersebut juga sehingga musim-musim buah seterusnya kami hanya menunggu didusun siang hari dan kembali kerumah malamnya.


Setelah bertahun berlalu,hubungan baik antara saya dan rakan sejak zaman kanak-kanak akhirnya terpisah kerana peredaran masa,dimana rakan saya telah berkahwin dengan wanita dari negara jiran dan menetap di Indonesia.manakala saya telah berhijrah ke Semenanjung dan menetap di sini dan hanya balik kekampung ketika bercuti panjang kini setelah berpuluh tahun berlalu dimana masing-masing telah mempunyai anak yang besar-besar,Suasana menjadi berubah dimana dusun tua yang dulunya menyimpan seribu satu kenangan tidak lagi diperdulikan oleh generasi muda dan hanya dikunjungi sesekali itupun ketika teringin nak makan durian.Segala-galanya telah berubah,tiada lagi suara riuh seperti dulu sehingga dusun becak kerana laluan orang,pondok-pondok menunggu durian hanya tinggal kenangan dan sejarah.


Itu lah sedikit cebisan kenangan nostalgia zaman remaja sekitar Tahun 80an.Antara kenangan manis bersama kawan-kawan seusia bersama-sama berhimpit-himpit berebut mengejar durian yang gugur,membuat bangsal atau pondok yang paling cantik diantara pondok menunggu durian yang lain.Ketika ini generasi muda lebih mudah dengan hanya memesan saja dah boleh menikmati buah yang digelar raja buah iaitu durian hanya singgah ditepi jalan raya atau gerai-gerai tanpa bersusah payah meredah hujan dan ribut,hutan belantara,nyamuk serta agas untuk memperolehi Durian.Sekian untuk paparan kali ini.

Sabtu, 28 Oktober 2017

MISTERI JELMAAN SERTA KISAH SERAM DI LEBUHRAYA AMJ

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman seram bercampur baran.Angkara jelmaan Pontianak yang tak berapa nak jadi.Walaupun tak berapa nak jadi,jangan salah faham ya...jika salah orang mahu terbabas kereta dibuatnya.Dan kejadian ini berlaku disaat saya dalam perjalanan hendak ke Muar Johor.melalui Lebuhraya Alor Gajah Melaka Jasin (Lebuh AMJ).Dan secara kebetulan pula dua kes berlaku pada malam yang sama.

1)JELMAAN PENUNGGANG MOTORSIKAL MISTERI

Kes pertama sewaktu menghampiri simpang ke Merlimau Melaka.Kebetulan ketika itu lampu isyarat berwarna merah dan mungkin ditakdirkan pada malam tersebut hanya saya seorang diri tanpa ada satu pun cahaya dari lampu-lampu kenderaan lain.Dan sewaktu menghampiri simpang Merlimau dari jauh memang jelas lampu brek sebuah motosikal kelihatan dihadapan saya.Namun Motorsikal tersebut menuju kearah kanan dan akan membelok ke Merlimau.Semakin hampir lampu tersebut semakin kecil.Timbul rasa pelik dalam hati disaat saya berhenti di persimpangan Merlimau kerana tiada satu pun motorsikal berada disitu sedangkan Selang tiga tiang lampu sudah jelas kelihatan sebuah Motorsikal lama jenis Suzuki Cub.


Saya memang yakin dan pasti,memang tiada satu pun motorsikal membelok,tetapi mana perginya Motorsikal tersebut.Sehingga lah lampu isyarat bertukar hijau,saya meneruskan perjalanan.Baru berberapa minit berlalu tiba-tiba ternampak sebuah Motorsikal Dihadapan saya.Ahh...Dah macam cerita Woksegen kuning pulak😈....ketika itu langsung tak ada sedikit pun perasaan takut,cuma pelik bagaimana Motorsikal Suzuki cub sekitar 80 ke 90cc lebih laju dari kereta.Malas nak fikir panjang saya pun pintas motorsikal tersebut.


Namun berberapa minit selepas itu,entah kenapa tiba-tiba terasa seram pula.Perasaan takut tiba-tiba bersarang dalam fikiran manakala hati mulai tak tenang kerana memikirkan soal motorsikal tersebut.Sewaktu saya memintas motorsikal tersebut tak pula terlintas dalam fikiran untuk menoleh untuk melihat pemandunya.Leka-leka berkhayal sewaktu menghampiri kawasan Sungai Rambai Melaka.

2)JELMAAN PONTIANAK PALSU DI POHON SAWIT

Kes kedua,Sewaktu menghampiri kawasan RNR sungai Rambai,tergerak pula entah kenapa tiba-tiba terasa lain macam,Bila tiba di sebuah kebun Sawit,terpandang pula kelibat putih jelas nyata dibawah pokok sawit betul-betul dibahu jalan sebelah kiri.Aduh....Benda apa pula nak menyakat aku lagi ni !!!.Agaknya kerana terkejut,Terasa kaki sehingga paras lutut terasa sejuk.entah kerana aircond atau takut.Namun fikiran masih tenang walaupun hati mula ketakutan.Dah sekian lama ulang alik Muar Melaka baru ni lah terperasan ada benda macamtu di bahu jalan.Memang sebelum ni pun ramai yang bercerita terjumpa benda yang pelik-pelik disepanjang Lebuh AMJ Namun kenapa saya pula yang jumpa malam tu!

(Sekadar hiasan)

Mujur lah RNR dekat,saya berhenti dibahu jalan untuk tenangkan hati angkara terkejut.Dan kurang berberapa minit berlalu sebuah kereta Polis Peronda lalu.Disusuli sebuah motorsikal jenis Suzuki cub yang saya temui tadi.Rupa-rupanya seorang lelaki yang pandu Motorsikal tersebut.Jadi bukan hantu lah😃...tetapi macamana dia boleh berada didepan sewaktu berhenti di lampu Isyarat Merlimau dan macamana dia boleh selaju tu.Ahhhhh tenang hati,saya pun meneruskan perjalanan Sehingga lah tiba di Muar Johor.Saya menceritakan dua kejadian tersebut kepada rakan.Bukan nya simpati malah diketawanya pula.Rakan memberitahu Kelibat di kebun sawit tu bukan nya hantu,Akan tetapi plastikberwarna putih digantung pada dahan sawit.


Entah apa motif kain plastik tersebut digantung pada dahan sawit tersebut.Namun saya masih ragu-ragu sehingga lah keesokan harinya,sekitar 9 pagi saya menggunakan lebuh AMJ untuk ke Melaka. sengaja saya perlahankan kenderaan sewaktu menghampiri kawasan tersebut sehingga lah saya pandang kebun sawit yang saya lihat malam semalam dimana menjadi tempat berteduh Sang Pontianak.Sekali apa yang dikatakan oleh rakan saya betul.Plastik  putih tu masih bergantung pada dahan sawit tersebut.Beristifar panjang dibuatnya.Saya meneruskan perjalanan sambil tersengih sendiri.Rupa-rupanya saya di "Takut"kan dengan Plastik baja rupanya....grrrr.


Saya sendiri kurang pasti,apa kah motif plastik tersebut digantungkan pada dahan sawit tu?Untuk menghalau binatang daripada merosakan buah sawit tetapi kenapa harus plastik dan dibentuk seperti hantu!!.Apa tujuan pelaku berbuat begitu? Cuba bayangkan kalau lah insan lain yang lemah semangat,ibu mengandung atau seseorang yang lemah semangat.Kena-kena pula dia ada masaalah jantung.Silap haribulan boleh terbabas atau kemalangan jalan raya yang lebih teruk.Jika sekadar nak buat gempak atau sekadar lucu.bukan itu caranya.

3)MISTERI PAM MINYAK BUNIAN

Kisah nyata berlaku disekitar Lebuh AMJ dan secara kebetulan menimpa rakan saya sendiri.Antaranya pam minyak misteri.Ketika itu rakan saya dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk balik ke Melaka dan kebetulan dia hendak singgah di Muar menemui mak saudaranya.Dan sewaktu balik ketika itu baru pukul 2 pagi ,Angakara terlupa isi minyak kereta di Pam minyak Kesang dia bertawakal untuk meneruskan perjalanan.Tanpa sebarang masalah sehingga lah tiba di sebuah kawasan yang dia sendiri tak pasti,Tiba-tiba dia terpandang sebuah pam minyak yang masih beroprasi.Tanpa berfikir panjang dia pun singgah untuk mengisi minyak.Mulanya rakan saya pelik kerana pada mula masuk tiada satu pun kenderaan yang mengisi minyak pada firasat beliau mungkin dah jauh malam,Namun setelah masuk kedalam kereta Tiba-tiba kelihatan pam minyak tersebut sesak,siap berbaris pula kereta,lori hendak mengisi minyak.

Keesokan harinya sewaktu hendak menghidupkan kereta rakan saya begitu terkejut apabila melihat penanda minyak dah kosong malah siap keluar lampu amaran minyak.Dan ketika itu lah rakan saya pelik dan mula risau.Dengan geram dia membebel dalam rumah memberitahu pam minyak telah menipu.Rakan saya yang seeorang lagi memberi nasihat untuk kembali ke stesen Minyak dimana dia temui malam semalam.Dan sewaktu menceritakan soal pam minyak tersebut rakan saya mencelah memberitahu disitu memang tak ada sebarang Pam minyak seperti yang diceritakan.Tak puas hati mereka bersama keluar setelah mengisi minyak disebuah lagi pam minyak disekitar Melaka mereka meneruskan perjalanan untuk melihat pam minyak yang di maksudkan.Namun setelah tiba di lokasi yang dimaksudkan ternyata memang tiada satu pun pam minyak kelihatan.yang ada hanya tembok jalan!.


Kisah seterusnya juga berlaku kepada sahabat saya sendiri.ketika itu dia dalam perjalanan menuju ke Jasin.dan melalui lebuh raya AMJ.sewaktu dalam perjalanan entah kenapa tiba-tiba terasa lapar yang amat.Sehingga lah dia menemui sebuah warung kecil ditepi jalan raya.Mulanya rakan saya agak pelik,kenapa ada warung yang masih buka walaupun tak ada penghuna jalan raya yang lain.Tetapi dalam warung tersebut kelihatan ramai pelanggan yang terdiri dari abang-abang lori.Akibat terlalu lapar rakan saya pun keluar dari kereta dan menuju kearah warung tersebut.dia disambut seorang pekerja wanita dalam lingkungan 16 ke 17 tahun.Tanpa berlengah rakan saya memesan mee goreng bersama secawan kopi.


Suasana biasa tanpa ada yang pelik kelihatan sewaktu berada diwarung tersebut,sama seperti warung-warung lain dengan kucing dan sebagainya.setelah selesai dan membayar makanan beliau meneruskan perjalanan.Sehingga lah dia tiba di Jasin.Malam tersebut beliau bermimpi mengunjungi sebuah warung yang usang dengan bumbung yang hampir roboh serta orang-orang yang berada dalam warung tersebut bermuka aneh serta menyeramkan.Sehingga lah beliau terjaga kerana sakit perut.ketika bangun beliau terasa mual-mual hendak muntah disamping perut yang memulas.lalu dia pergi ke bilik air disitu beliau memuntahkan sejumlah mee yang di makan semasa dalam perjalanan tadi.


Namun mee yang keluar sama seperti cacing-cacing kehitaman cuma tidak bergerak.Keadaan itu membuatkan beliau risau.sejak malam tersebut perut serta kepala kerap sakit seperti memusing serta mual.Sehingga lah keesokan hari nya beliau balik ke Melaka sekitar 3 petang setelah urusan selesai di Jasin.Sewaktu melalui kawasan dimana dia makan malam semalam,ternyata tiada sebarang warung atau kediaman di kawasan tersebut.apa yang ada hanyalah pokok-pokok hutan disepanjang perjalanan.Kisah tersebut menjadi tanda tanya dalam hidupnya sehingga kini.Setelah tiba di rumah beliau menceritakan pengelaman menemui warung tersebut kepada keluarga serta rakan-rakan nya.Namun tiada seorang pun yang tahu akan kewujudan warung misteri tersebut.

Sebenarnya dimana pun kita berada,siang atau pun malam,jangan lupa bukan nya hanya kita yang ada disitu...tetapi selain kita" Manusia" pasti ada nya benda lain "Mahluk" cuma kita saja yang tak nampak atau melihatnya kecuali orang-orang terpilih.Kadangkala disebelah kita je ada benda yang pastinya,Mata Hati kita yang melihat,merasa sesuatu yang tak kena.kerana itu lah orang dulu-dulu berpesan" Jaga tingkah laku,kata-kata jangan meludah,buang air sebarang bimbang terkena Mahluk.

Jumaat, 27 Oktober 2017

PENEMUAN PETI KARUN MISTERI DI TANJUNG LEMAN

Asalamualaikum dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia,untuk paparan kali ini saya akan kongsikan kisah-kisah penemuan barang mistik yang tidak diduga melalui penemuan luar biasa yang saya pasti tidak semua melaluinya.Barang mistik yang saya maksudkan ialah barang-barang unik,pelik dan aneh.Dan untuk penemuan barangan mistik kali ini saya akan susunkan kisah-kisahnya misteri penemuan serta kejadian aneh setelah menyimpan nya.

~Batu Petir

Sebutir batu dipercayai batu petir dimiliki oleh arwah Atuk dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya kemana perginya batu tersebut menghilang setelah arwah Atuk meninggal dunia kami masih belum menemuinya kembali.Sejarah penemuan batu ini berlaku dihadapan mata saya sendiri dimana ketika itu saya berada di kebun bersama Atuk untuk membantu mengutip buah lada hitam yang masak merah di pokok.Dan sebelum kejadian tersebut,secara tiba-tiba langit menjadi mendung berserta angin bertiup kencang menandakan hari akan hujan.



Namun kurang berberapa minit hujan mulai turun dengan begitu lebat sehingga kami terpaksa berlari menuju kearah pondok yang atuk bina untuk menyimpan baja serta tempat berteduh atau makan tengahari sewaktu bekerja di kebun.Pondok kebun yang dibina oleh atuk begitu menarik dimana pintu masuknya menghadap kolam ikan dan ditebing kolam telah Atuk tanamkan berberapa pokok nangka dan cempedak sebagai benteng agar tanah tidak runtuh kedalam kolam.


(SEKADAR HIASAN)

Sewaktu berteduh kilat mula berdentum-dentum sehingga berberapa kali saya terperanjat dengan bunyi ledakan nya.Kerana takut saya duduk berhampiran dengan Atuk,Sehingga lah berlaku satu kejadian aneh dimana ketika itu saya dan atuk memerhatikan kolam dan entah kenapa secara tiba-tiba kilat menyambar tepat kearah pokok nangka besar di tebing kolam.Satu panahan kuat berlaku sehingga pokok nangka yang hampir berusia dua puluh tahun terbelah dibahagian pangkal dahan.Entah kenapa setelah dahan nangka tersebut patah,terpancar cahaya seperti api berwarna merah bercampur biru dari kesan pokok yang pecah akibat dipanah petir.



Melihat situasi begitu entah kenapa atuk berlari seperti mengejar sesuatu yang saya tidak pasti menuju kearah pokok nangka tersebut sambil membawa sehelai tuala.Melihat tingkah laku arwah atuk begitu,saya pun turut berlari menuju kearah pokok tersebut meredah hujan lebat,Disitu saya lihat dengan mata kepala sendiri Atuk menekup punca percikan api pada pecahan pokok nangka tersebut.Atuk mengarahkan supaya saya kembali ke pondok bimbang Kilat akan menyambar lagi.Manakala tangan atuk masih menekup gumpalan tuala yang di gunakan untuk menutup percikan dari pokok yang pecah.Saya meninggalkan Atuk seorang diri disitu untuk kembali ke pondok.



Dari jauh saya saksikan gelagat atuk yang tidak berganjak serta tangan kanannya masih memegang tuala yang digunakan untuk menutup bekas panahan petir sebentar tadi.Selang berberapa minit saya lihat atuk menganggkat tangannya dan mengambil tuala yang digunakan untuk menutup bekas panahan tadi dan kembali ke pondok.Dipondok Atuk masih memegang tuala yang digumpal pada tangan nya.Setetah membentangkan sehelai tikar,Atuk meletak kan kain tersebut diatas tikar sambil meleraikan gumpalan tuala berkenaan,Ternyata apa yang atuk lindungi dari bekas panahan hanya lah seketul batu jernih seperti butiran ais sebesar jari kelingking.



Atuk memegang batu tersebut dengan cermat sambil memerhatikan nya,Baru lah atuk memberitahu itu adalah batu petir,Batu yang terhasil dari panahan petir sehingga memecahkan pokok Nangka sebesar pemeluk.Batu tersebut sentisa jernih dan kelihatan seperti ketulan air kecil sebesar kelingking.Namun kerana ianya begitu unik,Atuk menyimpannya dengan begitu cermat sehingga lah atuk pergi buat selama-lamanya,dan Batu tersebut juga hilang entah kemana,sama ada tersembunyi atau sememangnya hilang.Dan bagi saya,Itu lah pengelaman pertama melihat betapa kuatnya panahan petir berlaku dihadapan mata sehingga mampu memecahkan pokok Nangka yang sememangnya keras dan liat.



2]BATU LESUNG TERAPUNG DIATAS AIR

Mendengar tajuk nya pasti kedengaran seperti pelik dan tak masuk akal.Namun itu lah hakikatnya.Kisah penemuan batu pelik ini berlaku ketika saya bersama seorang pakcik meredah hutan untuk menuju kesebatang sungai besar,Dimana sungai tersebut jarang dimasuki orang kerana wujudnya sebuah kubur lama berhampiran dengan sungai.Kubur tersebut juga mempunyai sejarah serta misteri tersendiri yang di huraikan oleh Rakan seperjuangan saya dalam dunia mistik.Dan InsyaAllah akan saya siarkan kisah tentang misteri kubur berhantu tersebut pada siaran akan datang.Berbalik kepada kisah batu alu lesung yang kami temui.



Ketika itu kami telah tiba disungai besar yang menjadi lokasi kami akan melabuhkan joran.Ketika itu sekitar dua petang dimana kelihatan air begitu tenang dan kelihatan seakan payau.Kurang dari satu jam,berberapa ekor ikan bersaiz besar telah berjaya dinaikan dengan hanya berumpankan cengkerik dan cacing biasa.Ikan Lampam,Ikan Tapah,Ikan Sebarau bersaiz besar amat memuaskan hati.Namun sewaktu riang melayan henjutan ikan besar dan liar,mata kami tertumpu pada sesuatu yang hanyut menghampiri kami,mulanya Pakcik Tamin mengingatkan itu hanya kayu reput namun ia mula menarik perhatian apabila ia menghampiri kami dimana bentuknya sama seperti alu lesung batu.



Dengan hujung joran,Pakcik Tamin menarik batu tersebut ketebing namun yang menghairankan apabila benda tersebut dicapai ternyata ianya batu!.Memang amat luar biasa,bentuk serta beratnya terasa jelas seketul batu,Dan tak lain tak bukan ianya alu lesung batu,namun kenapa ianya terapung? Pakcik Tamin memberitahu batu tersebut mungkin dari alam lain.Namun sejauh mana kebenaran nya saya pun tak pasti namun yang pastinya,Itu adalah batu asli.Berkali-kali kami melepaskannya pada permukaan air,Namun tetap terapung.Jika melalui pandangan normal pasti sukar untuk dipercayai kerana mana mungkin batu terapung atas air.



Namun Setelah Pakcik Tamin mengambil batu tersebut,Joran bagai tidak laku lagi pada pandangan ikan dimana joran terus sepi tanpa diusik walau ikan kecil.Sekitar lima petang,Kami menyusuri semak untuk balik kerumah.Dan batu lesung tersebut terus menjadi koleksi Pak Tamin.Dan kerap kali jiga Pak Tamin memberitahu saya berberapa insan datang menemuinya bersama hajat untuk memiliki batu tersebut,Namun pak Tamin masih engan menyerahkannya pada sesiapa.Dan sehingga kini juga lah,setelah berberapa tahun berlalu,Batu tersebut masih menjadi misteri buat saya mahupun pak Tamin yang bertanggung jawab menyimpannya.



3] IKAN KELI MASIH HIDUP WALAUPUN TINGGAL TULANG DAN KEPALA


KISAH ikan keli masih hidup walaupun tinggal tulang Berlaku kepada rakan saya dan antara sebab munyabab dia diserang demam serta sakit sendi sehingga sebulan mungkin kerana keramat ikan tersebut atau mahluk halus yang menumpang ikan keli tersebut.Kisah nya bermula apabila seorang rakan saya pergi kesebuah sungai kecil semata-mata untuk mencari siput sedut.Anak sungai tersebut tidak lah berapa dalam setakat buku lali kerana anak sungai tersebut terhasil pun kerana adanya mata air dihulu sungai tersebut.



Sewaktu leka mengutip siput,rakan saya atau nama panggilannya Zul telah leka sehingga menyasar sehingga ke pangkal sungai tersebut.Dan melalui cerita Zul,ternyata dihulu sungai tersebut terdapat sebuah lopak atau londang air dari takungan air yang keluar dari mata air tersebut.Sewaktu tiba disitu,Zul merasakan airnya begitu Dingin dan terasa sejuknya sehingga ketulanng.Zul mengambil kesempatan menbersihkan dirinya sebelum balik kerumah.Namun sewaktu membersihkan diri tiba-tiba muncul seekor ikan yang amar luar biasa dan mungkin belum pernah ditemui sesiapa sebelum ini.



Zul menjadi terperanjat lantas melompat kedarat apabila terpandang seekor ikan keli begitu jinak bermain-main dikawasan dia membersihkan diri.Namun yang membuat Zul begitu terkejut dan hairan ialah keadaan ikan keli tersebut.Dimana hanya kepala bersama sesungutnya sahaja.Dimana bahagian tubuh atau dari bawah kepala sehingga ke ekor hanya lah tulang-tulang kosong mungkin telah dimakan ikan lain.atau ada misteri yang tersembunyi dibalik kewujudan ikan pelik seperti itu.Zul memerhatikan gelagat ikan tersebut dengan begitu teruja.



Namun setelah berberapa minit memerhatikan pergerakan ikan keli tersebut.Entah kenapa muncul satu perasaan gila dalam hati Zul.Perlahan-lahan Zul mengeluarkan parang dari sarung yang diselit pada pinggangnya lalu melibat ikan keli tersebut.Dan dengan sekelip mata tulang ikan tersebut putus dua.Namun sekelip mata lepas itu kepala ikan keli tersebut menghilangkan diri dan sehingga lah keruhan air menjadi jernih baru lah Zul nampak dengan jelas tulang ikan tersebut masih berada disasar sungai.Zul mengambil tulang tersebut dan memerhatikannya.Menang amat luar biasa dimana ikan keli tersebut telah sekian lama hidup dalam londang air mata air tersebut.


Sewaktu memerhatikan tulang tersebut,Tiba-tiba muncul kepala ikan keli yang baru dilibas dengan parang seperti memerhatikan nya.Ketika itu Zul merasa tak sedap badan.Dimana urat sendinya tiba-tiba bisa-bisa serta tubuhnya bagai dibakar.Dengan tenaga yang ada Zul balik kerumah untuk makan ubat dan berehat.Selama berberapa hari terlantar sakit,Ibu Zul bermimpi didatangi seorang nenek tua bertongkat dengan keadaan bongkok memberitahu Zul harus dipertanggung jawabkan kerana telah merosakkan serta menyakitkan ikan peliharaan nenek tersebut


Setelah sedar dari tidur ibu Zul segera menemui Zul dan bertanya akan punca masaalah tersebut.Namun Zul hanya membisu sehingga lah Ibu Zul menemui Ustaz Hafizi untuk mendapat nasihat serta meminta bantuan untuk tengok-tengok kan Zul.Dan dalam masa yang sama,Ayah Zul ditemani ibunya pergi kehulu sungai untuk melihat dimanakah tempatnya Zul  melakukan kesalahan.Disitu sekali lagi Ibu Zul bersama Ayah Zul terkejut melihat apanya apa yang berlaku dihadapan mareka dimana dua ekor ikan keli bermain-main diatas permukaan air tanpa ada badan dengan hanya kepala dan tulang sahaja.


Bagai dirasuk ibu Zul bercakap dengan ikan-ikan keli dihadapan nya sambil menitiskan air mata,Ibu Zul meminta agar anaknya dimaafkan dan disembuhkan dari penyakit yang dihadapinya.Sebulan selepas itu,akhirnya Zul sembuh dengan sendirinya.Namun sejak kejadian itu Zul tidak lagi berani mencari siput seorang diri lagi.Bagi Zul cukup lah sekali dia diuji dan menanggung azab demam yang amat akibat perbuatan lancangnya.


4]TEMUI KOTAK MISTERI DI PANTAI TANJUNG LEMAN


KISAH ini berlaku kepada rakan baik saya dimana ketika itu dia bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati angin dingin laut.Namun sewaktu melihat pemandangan indah pantai serta kebiruan air laut secara tak sengaja dia melihat satu kotak misteri tersadai pada pantai.Dengan perasaan teruja dia mengambil kotak tersebut dan cuba untuk membukanya.Namun berkali-kali dicuba tetap juga tidak berhasil sehingga lah Dia mengambil keputusan membawa kotak tersebut balik.

Kotak tersebut cuba dibuka dengan bermacam cara sehingga lah rakan saya berjaya mengumpilnya ternyata apa yang ada didalam kotak tersebut hanyalah paku dan sebotol minyak wangi!.Melihat isi kandung kotak berkenaan begitu dia menyimpan kotak tersebut dibawah katil.Sehingga lah malammya dia bermimpi menemui seorang gadis cantik  tersenyum kepadanya.Namun apabila dia membalas kembali senyuman tersebut,tiba-tiba gadis cantik dalam mimpinya berubah rupa menjadi seperti nenek-nenek tua dengan wajah yang menakutkan berserta rambut kusut mengerbang membuatkan rakan saya terjaga dari tidur.Setelah sedar rupanya cadar dah basah dengan badan dipenuhi dengan titik-titik keringat ketakutan.

Sejak dari malam dimana rakan saya bermimpi sejak siang hari itu kemana saja dia pergi pasti akan mencium sesuatu yang pelik-pelik,kadang harum kadangkala bau busuk seakan hanyir.Malam keduanya sekali lagi rakan saya di datangi seseorang dalam mimpi pada awalnya wanita cantik berserta senyuman manis yang pasti menggoda,tapi bila di balas senyum tersebut,wajah yang cantik serta senyuman yang indah bertukar menjadi buruk serta amat menakutkan.bila pagi pula setelah bangkit  dari tidur baru lah perasan ada kesam lebam kehitaman dibagagian tengkuk rakan saya,

Hidupnya yang dulu periang dan suka bertegur dengan sesiapa sahaja berubah menjadi pendiam serta suka mengasingkan diri.Saya bersama abang rakan saya menemui seorang Ustaz meminta pendapat agar kemurungan serta masaalah yang menimpa rakan  saya akan pulih seperti sedia kala.Setelah menemui Ustaz Azmi,Kami menceritakan apa yang menimpa Rakan saya,Tanpa di beritahu rupa serta kedudukan kotak tersebut,tiba-tiba Ustaz Azmi memberitahu kotak yang ditemui haritu lah yang menjadi sebab atas apa yang berlaku kepada Rakan saya.Malam kejadian saya menyertai Ustaz Azmi menemui rakan saya sambil mencari-dimana agaknya dia simpan kotak misteri tersebut.

Ternyata Kotak yang ditemui sewaktu di Pantai Tanjung Leman disimpan dibawah katil bilik nya.Saya mengambil kotak tersebut dan menyerahkan nya kepada Ustaz.Ustaz Azmi membuka sambil membelek-belek isi dalam kotak tersebut sebelum Ustaz memberitahu bahawa kotak yang ditemui itu merupakan tempat kurungan seekor Pontianak yang telah di pasung oleh bomoh  lain sebelum di campak kan ke laut namun diselamatkan oleh atau di temui oleh rakan saya.Selepas Ustaz Azmi membelek-belek kotak tersebut beliau memberi tahu kotak tersebut wajib di hantar semula ke tempat dimana dia temui.hari itu sekita 2 petang saya bersama rakan pergi ke tanjung Leman untuk memulangkan kembali apa yang rakan saya temui ke laut.

Alhamdulillah setelah semua nya selesai sejak hari itu rakan saya tidak lagi didatangi oleh jelmaan yang menakutkan dalam mimpi.Begitu juga lah rakan saya dah pulih sepenuhnya serta kembali seperti biasa.Walaupun catan ini tidak begitu menarik,namun ada nasihat yang harus dijadi kan sebagai tauladan"Walau siapa pun kita,jika menemui sesuatu yang pelik jangan lah sesuka hati sewenang-wenangnya mengutip dan ingin memilikinya bimbang apa yang kita temui itu antara barang  buangan bomoh-bomoh!!

Khamis, 26 Oktober 2017

MISTERI PELAJAR DI SAMPUK PENUNGGU HUTAN AKIBAT CELUPAR

Salam Sejahtera dan salam muhibbah buat semua.Kembali lagi dalam coretan Lagenda Pulau Rahsia. Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah menarik mengenai pengelaman tiga sahabat sesat dalam hutan angkara ketelanjuran kata serta perbuatan sewaktu menyaksikan perkara aneh sewaktu dalam perjalanan ke sebuah kawasan sungai untuk berkhemah.Kisah ini dikongsikan oleh Hafiz antara seorang dari tiga sahabat yang menjadi mangsa gangguan misteri.Namun setelah tiga hari dua malam berada dalam hutan,Nasib mereka agak baik kerana secara kebetulan ditemui sekumpulan Orang Asli yang mencari petai dikawasan dimana mereka leka dibuai khayalan.


Kisahnya bermula apabila tiga sahabat membuat perancangan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan bercadang berkhemah tidak jauh dari kawasan sekolah dan selang berberapa batu dari Perkampungan Orang Asli.Tiga sahabat Muzamil,Hafiz dan Adi berpakat untuk menghabiskan hujung minggu persekolahan mereka untuk berkhemah dan memancing disebatang sungai yang dipercayai lubuk ikan lampam,belida dan sebagainya.Hari Khamis,Hafiz menghubungi kedua ibubapanya memaklumkan yang dia bersama dua lagi rakan karibnya tidak balik kerumah kerana ada tugas yang harus diselesaikan diasrama sekolah.sebelum memutuskan panggilan,Hafiz sempat meminta sedikit wang saku untuk perbelanjaan.Perkara yang sama juga dilakukan oleh Muzamil dan Adi.


Hari Jumaat setelah tamat sesi persekolahan,mereka berkumpul di bilik asrama Adi untuk bersiap-siap untuk bertolak kearah sungai tersebut dengan hanya berjalan kaki.Sepanjang perjalanan ada saja yang dibualkan oleh Muzammil diantara mereka bertiga,memang Muzammil agak becok dan pandai mencari akal untuk membuat kawan-kawannya ketawa mendengar cerita dan melihat tingkah lakunya.Pantang ada pokok atau ranting pelik pasti dijadikan bahan lawak sehingga mereka ketawa berdekah-dekah.Hampir satu jam perjalanan akhirnya mereka tiba di kawasan sungai dimana terdapat sebuah kawasan lapang yang dirasakan sesuai dijadikan kawasan khemah.Memandangkan petang semakin bertukar malam,mereka mendirikan khemah dengan tergesa-gesa namun memandangkan khemah pasang siap,berberapa minit sahaja Berdiri lah tiga khemah sedia digunakan.


Selesai mendirikan khemah,Hafiz selaku ketua pengakap disekolah melantik dirinya sebagai ketua dalam perkhemahan mereka.Dimana Hafiz mengarahkan Adi Dan Muzammil pergi mencari kayu dan ranting kering untuk dijadikan bahan bakar malamnya.Setelah Adi dan Muzammil pergi mencari kayu api,Hafiz membersihkan kawasan sekitar khemah dan menyiapkan peralatan memancing.Ketika itu cahaya matahari bertukar merah namun dua sahabatnya Adi dan Muzammil masih belum balik dari mencari kayu api.Hafiz mulai risau dan memanggil nama kedua rakan nya sekuat hati namun tidak dijawab.Hafiz menjadi panik dan memanggil nama Muzammil sekali lagi dengan kuat.Kedengaran suara dua sahabatnya dari arah hutan menyahut panggilan nya.Selang berberapa minit muncul lah kelibat Adi dan Muzammil dikawasan khemah.

(SEKADAR HIASAN)

Ketika itu mereka bersama-sama mengikat lampu pada dahan pokok sebagai sumber cahaya dari bateri yang dibawa selain dari unggun api yang akan dipasang.Setelah menyiapkan semua kelengkapan Mereka mandi disungai sehingga lah matahari terbenam.Sayup kedengaran suara Azan Maghrib kedengaran dari Sebuah surau dikawasan sekolah.Ketika itu mereka naik kedarat dan menyiapkan makanan.Sekitar sembilan malam,Semua kerja telah diselesaikan,mereka berkumpul ditengah khemah untuk makan bersama.Sewaktu tengah makan tiba-tiba Kedengaran begitu jelas suara memanggil nama Muzammil dari arah gaung.mereka bertiga terpingga-pingga dan merasa hairan mendengar suara tersebut.Sekali lagi nama Muzammil di panggil.Merasa tak sedap hati Mereka menuju kearah gaung untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa yang datang mencari mereka.Namun setelah melihat kebawah gaung,Mereka tidak melihat sebarang cahaya dari lampu suluh dan menunjukan tiada sesiapa yang datang mencari mereka.


Namun siapa yang memanggil nama Muzammil dari arah gaung tadi.Mereka kembali ke kawasan khemah sewaktu menoleh kearah khemah dari arah tebing gaung.Mereka melihat dengan jelas seekor rusa menghampiri makanan mereka.Hafiz berlari kearah rusa tersebut diikuti Muzammil dan Adi.Sepantas kilat Rusa tersebut melarikan diri.Mereka ketawa terbahak-bahak melihat rusa yang lintang pukang ketakutan dengan sergahan Hafiz.Mereka berkumpul ditebing sungai berhampiran khemah sambil mengorek cacing sebagai umpan.Ternyata dibawah pokok reput yang semakin hancur dimamah tanah menjadi tempat persembunyian cacing yang besar-besar.seekor cacing mengeliat-liat dicangkuk pada mata kail sebelum dicampak kedalam sungai.Sewaktu menunggu ikan menjamah umpan Adi terasa hendak membuang air kecil lantas berlari kearah pokok besar untuk melepaskan hajatnya.Sewaktu membuka Zip,Hafiz menegur Adi supaya meminta izin terlebih dahulu.Namun Adi ketawa sambil mengejek Hafiz sambil memberitahu dia telah meminta izin kepada nenek Hafiz.Hafiz berang lantas membaling Adi dengan Selipar yang dipakainya.


Sewaktu kembali ketempat memancing Adi terasa ada tangan memegang kakinya dengan serta merta Adi menjerit dan berlari kearah Muzammil dan Hafiz.dengan termengah-mengah Adi memberitahu ada sesuatu memegang kakinya.Mereka ketawa dan mengatakan itu jembalang tanah hendak menarik Adi.Gurauan mereka terhenti apabila terdengar suara ranting patah dari arah hutan.Mereka bersama-sama mendiamkan diri sambil memerhatikan arah hutan dimana datangnya suara tersebut.Tiba-tiba muncul seorang pemuda dalam lingkungan 20an bersama adik perempuannya dalam lingkunangan 14 ke 15 tahun dari arah hutan dan menuju kearah mereka.Hafiz menunjukkan sikap beraninya memandangkan dia adalah ketua lantas bertanya siapakah pemuda tersebut.Pemuda tersebut memberitahu mereka dari kampung sebelah tidak jauh dari sungai tersebut datang menjemput mereka kerana ada kenduri dirumahnya dimana ayah kepada dua beradik tersebut menjemput mereka.


Mulanya mereka menolak kerana malu dan segan,namun pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Putra merayu serta memujuk agar mereka datang walau seketika kerana itu adalah jemputan ayahnya.Akhirnya mereka bertiga bersetuju dan mengikuti Putra dan adiknya dari belakang,sewaktu dalam perjalanan mereka terkejut kerana terdapat jambatan dari bukit dimana mereka mencari kayu api menuju ke arah gaung.Melalui jambatan kayu tersebut akhirnya mereka tiba disebuah perkampungan yang mempunyai ramai penduduk.Putra menjemput Hafiz dan kawan-kawannya mengikutinya melalui lorong di celah-celah rumah sehingga lah mereka menemui sebuah rumah yang cantik dihiasi dengan lampu berwarna-warni dimana kelihatan ramai orang sedang menjamu selera didalamnya.Seorang lelaki bersama seorang perempuan lebih kurang berusia 50an menjemput Hafiz dan rakan-rakannya masuk dan duduk bersamanya.Putra memperkenalkan itu adalah ayah dan ibunya.Hafiz dan rakan-rakannya dilayan bagai tetamu terhormat dengan hidangan makanan yang sedap-sedap serta minuman beraneka jenis termasuk buah-buahan.


Sambil makan ayah putra bertanya diantara mereka yang mana bernama Muzammil? Muzammil menganggukkan kepala nya sambil tersenyum kearah ayah Putra.Ayah putra memanggil Muzammil supaya duduk lebih dekat dengan nya,ketika itu mereka bertiga menjadi serba salah tak keruan apabila tiga gadis remaja kemungkinan sebaya dengan mereka duduk menghampiri mereka bertiga.Dalam berberapa minit sahaja,seluruh penghuni rumah Putra menjadi begitu mesra dengan mereka.dimana semuanya ramah-ramah serta pandai mengusik Hafiz dan kawan-kawan nya sehingga terleka.Ketika itu juga lah Muzammil mengambil kesempatan dengan membuat lawak melalui perbualannya sehingga tak sedar hari telah larut malam.Hafiz meminta izin untuk balik ke khemah mereka namun dihalang oleh ayah Putra dengan memberitahu bilik telah disediakan untuk mereka.manakala Adi dan Muzammil leka berbual dengan dua gadis yang dipercayai adik beradik Putra.


Namun ketika disitu Mereka langsung tak merasakan penat mahupun mengantuk kerana layanan mesra dari keluarga Putra dan tetamu yang lain.ketika leka melayan telatah saudara wanita Putra,Hafiz melihat jam tangannya.Dengan terkejut Hafiz memberitahu rakan-rakan nya ketika itu telah menunjukkan jam tiga pagi.Putra menunjukan bilik dimana Hafiz dan rakan-rakannya akan bermalam.Dalam bilik mereka begitu teruja dengan apa yang disediakan untuk mereka,Dengan suasana bilik yang luas di penuhi dengan segala kelengkapan dan tilam yang empuk,Mereka begitu terharu dengan layanan keluarga Putra yang menyambut mereka bagai tetamu terhormat walaupun tidak mengenali antara satu dengan yang lain.Sekelip mata sahaja ketiga sahabat tersebut terlelap kerana keletihan.Namun Entah macamana Muzammil tersedar apabila terasa hendak membuang air.Ketika membuka mata,Muzammil terkejut dan dan ketakutan sehingga seluruh tubuhnya mengeletar apabila melihat suasana sekelilingnya.Muzammil melihat dirinya berada di tempat yang gelap serta dingin dipenuhi dengan akar-akar kayu.Sewaktu menjerit ketakutan,Muzammil dikejutkan dengan lepukan dibahunya oleh Hafiz.


Setelah membuka matanya sekali lagi,Muzammil terkejut apabila dia dikelilingi oleh Adi dan Hafiz bersama ahli keluarga Putra.Muzammil menggigil ketakutan namun Hafiz menenangkan nya memberitahu Muzammil sedang mengigau.Ayah putra mengingatkan Muzammil agar membasuh kaki sebelum tidur agar tidak mengigau sambil diketawakan oleh saudara perempuan Putra.Muzammil menahan malu langsung kebilik air untuk membuang air dan membasuh kakinya.sewaktu dibilik air,sekali lagi Muzammil dikejutkan apabila terpandang sepasang mata berwarna merah memandangnya dari luar tingkap.Namun terpaksa dirahsiakan takut dikatakan mengigau oleh rakan-rakannya.Namun sewaktu kembali kebilik Muzammil lihat Hafiz dan Adi tiada dibilik.Setelah keluar dari bilik ternyata kedua rakannya sedang duduk menghadap sekumpulan pemuda memainkan alat musik diruang tamu.Muzammil duduk berhampiran rakannya.berberapa saat sahaja datang seorang gadis memberi minuman kepada mereka.


Setelah menghabiskan air yang diberi mereka bertiga kembali kebilik untuk tidur.Dalam terhuyung hayang menahan kepala melayang-layang tanpa sebab,mereka merebah kan badan dikatil dan terus terlena sehingga keesokan harinya.Sewaktu sedar Muzammil melihat rakan nya telah tiada.Muzammil keluar dari bilik dan mencari kelibat rakannya,ketika itu rumah begitu sunyi sepi tanpa ada sesiapa pun.Muzammil mula risau dan keluar dari rumah namun sewaktu keluar satu suara kedengaran memanggilnya ternyata terdapat sebuah air terjun yang begitu cantik berada dibalik rumah Putra.Muzammil pergi mendapatkan rakan-rakannya dan terjun untuk mandi bersama.Sewaktu mandi Muzammil bertanya kepada Hafiz kemana semua orang dirumah tersebut?.Namun Hafiz memberitahu semua orang ada dirumah dan mereka ditemani oleh Adik perempuan putra untuk mandi sebelum putra balik semula kerumah.


Selama berberapa jam bermain dan berendam dalam air,tiba-tiba Hafiz teringat akan khemah dan barang-barang pancing yang ditinggalkan semalam.Ketika itu Hafiz mengajak rakan-rakannya kembali ke rumah untuk meminta bantuan Putra menghantar mereka balik.Namun seperti yang dicakapkan oleh Muzammil rupa-rupanya memang benar rumah tersebut kosong tanpa penghuni.Dan apa yang mereka lihat indah semalamnya berubah menjadi lusuh dan tidak terurus.Ketika itu masing-masing menjadi takut dan segera meninggalkan rumah yang didiaminya semalam bersama kenduri yang mengaysikan.Ketika mencari jalan keluar mereka berpusing-pusing namun menemui air terjun dimana mereka mandi semula.berkali-kali mereka mencari jalan keluar tetap juga menemui sungai yang sama.Sehingga lah mereka terserempak dengan seorang lelaki tua terbongkok-bongkok berhampiran pokok besar dikawasan rumah putra,Hafiz memanggil pakcik tersebut.


Sewaktu menghampiri pakcik tersebut Hafiz memberi salam namun tidak dijawan oleh pakcik tersebut lantas hanya menoleh memandang mereka.Sewaktu pakcik tersebut menoleh,mereka bertiga begitu terkejut setelah melihat orang tua tu adalah ayah Putra dimana sebelah dari wajahnya kelihatan amat buruk serta berulat sambil merenung mereka dengan pandangan yang tajam bersama mata yang putih memandang tepat kearah mereka.Ketika itu Hafiz merasakan kakinya sejuk dan tidak bermaya.dengan serta merta ketiga nya pengsan disitu tanpa sedarkan diri.Entah berapa lama mereka tidak sedarkan diri sehingga lah Hafiz merasakan wajah nya disiram dengan air yang dingin.Setelah membuka mata sekali lagi Hafiz terkejut apabila melihat wajah aneh dihadapannya.Hafiz mengelupur bangun dengan meronta untuk melarikan diri namun sempat ditahan oleh seorang lelaki.


Setelah sedar sepenuhnya,lelaki tersebut memberitahu mereka telah menemui Hafiz dan seorang lagi rakannya dikawasan perkuburan.Hafiz semakin bingung memikirkan cerita pemuda tersebut.sewaktu termenung Hafiz dikejutkan oleh sapaan Adi yang telah lama tersedar.Adi membertahu Hafiz yang mereka berada diperkampungan orang Asli dan mereka ditemui pengsan dikawasan perkuburan lama oleh sekumpulan penduduk Asli ketika mencari petai.Hafiz tersedar sepenuhnya dan bertanya di manakah Muzammil.Adi bangun dan mencari pemuda yang menemui mereka dan bertanya kepada abang Jungau dimana rakan mereka lagi seorang rakan mereka.Namun Jungau pemuda Asli yang membantu mereka memberitahu hanya menemui mereka berdua.Hafiz memberitahu abang Jungau yang sebenarnya mereka bertiga.Abang Jungau memanggil berberapa kawan nya dan memberitahu ada seorang lagi kawan mereka dikawasan perkuburan lama dan masih belum ditemui.


Bersama berberapa penduduk termasuk abang Jungau,Hafiz dan Adi pergi mencari Muzammil dikawasan dimana mereka ditemui.Mereka bergerak secara berkumpulan mencari disegenap kawasan namun masih tak menemui Muzammil.Hafiz mula risau akan kehilangan rakannya.Sehingga malam mereka merayau diseluruh kawasan tersebut namun masih tak menemui Muzammil mahupun jejak bekas kakinya.Akhirnya atas nasihat Abang Jungau mereka balik.Malam tersebut Abang Jungau membawa Adi dan Hafiz menemui seorang Tok Batin.Seorang bomoh dan juga ketua adat dikampung tersebut.Tok Batin memberitahu akan cuba membantu,sambil mengambil sedulang beras dan melakar-lakar beras menggunakan jarinya.setelah puas menguis-nguis beras tersebut,Tok Batin menghembus nafas dengan panjang sambil memberitahu Muzammil berada dikawasan kubur tersebut namun disorok oleh penghuni tempat tu.


Malam tersebut,Isnin malam selasa,Tok batin bersama abang Jungau bersama berberapa penduduk kampung bersama Hafiz dan muzammil pergi ke tanah perkuburan lama mencari Muzammil.Sewaktu tiba disitu,Tok Batin menggelengkan kepalanya sambil memberitahu Hafiz bagaimana mereka dari puncak bukit boleh turun sehingga kawasan kubur tersebut.Hafiz hanya mendiamkan diri.sehingga lah Tok Batin melemparkan berberapa genggam beras kearah kawasan perkuburan.ketika itu bermacam-macam bunyi kedengaran seperti suara bayi menangis,suara orang meraung dan satu suara yang amat mereka kenali iaitu suara Muzammil merintih meminta tolong.Ketika itu mereka terpandang susuk tubuh merangkak dari arah sebuah kubur besar dibawah pokok yang rendang.Ketika Abang Jungau menyuluh kearah lembaga tersebut ternyata Muzammil yang dipenuhi lumpur merangkak-rangkak menuju kearah mereka.


Hafiz segera menarik tangan Muzammil yang kelihatan amat penat dan tidak bermaya dibawah rimbunan daun-daun kering.Ketika itu penduduk kampung mengusung Muzammil balik bersama Tok Batin.Sewaktu meninggalkan kawasan tersebut,Hafiz menyuluh kawasan perkuburan lama tersebut ternyata hanya busut-busut tanpa sebarang tanda kelihatan diatasnya.Muzammil dibawa kerumah Abang Jungau untuk dirawat oleh Tok Batin.Selepas dimandikan oleh atuk Kepada Abang Jungau,Muzammil diberi air susu dan sedikit makanan.ketika itu Muzammil makan dengan begitu lahap setelah sehari semalam kebulur tanpa sedarkan diri.Dengan perubatan Tok Batin,Muzammil dipulihkan sepenuhnya.Serta diberi nasihat oleh Tok Batin.


Rupa-rupanya sewaktu berada dihutan disaat baru tiba,Muzammil ada bergurau dengan menyebut ingin bertemu puteri kayangan,dan membuang air sebarangan.Disamping itu,Roh Muzammil paling mudah dikuasai mahluk halus kerana mereka mengetahui nama panggilan untuk Muzammil.Baru lah Hafiz teringat yang dia memanggil nama Muzammil sewaktu mula membina khemah dan ketika itu Adi dan Muzammil masuk kedalam hutan mencari kayu.Malam tersebut mereka bertiga bermalam dirumah Abang Jungau sementara menunggu siang.Malam tersebut Muzammil bermimpi apabila dilambai oleh berberapa orang gadis yang pernah ditemuinya iaitu saudara mara Putra,Mahluk halus yang menyembunyikan mereka.sehingga lah keesokan harinya.sebelum berpisah mereka mengucapkan terima kasih kepada abang Jungau termasuk penduduk kampung yang menyelamatkan mereka.


Dengan Bantuan Abang Jungau,Mereka dihantar sehingga kawasan khemah mereka didirikan.Sewaktu berpisah mereka berpelukan sambil mengucapkan terima kasih buat abang Jungau.Hafiz memberi arahan agar segala kelengkapan dikemaskan dan bersiap untuk balik ke asrama sekolah.Sepanjang perjalanan Muzammil yang selama ini penuh dengan gurauan serta kata-kata lucunya menjadi pendiam.Setelah menempuh perjalanan yang agak jauh akhirnya mereka tiba asrama sekolah.Ketika itu pelajar lain masih dalam kelas.Mereka memasuki Asrama secara senyap dan bersama-sama kebilik mandi untuk membersihkan diri sebelum berehat menunggu rakan-rakan lain balik dari sekolah.Hafiz bersyukur kerana semuanya selamat.Sejak peristiwa itu hubungan tiga sahabat ini menjadi semakin akrab sehingga lah tamat pengajian diperingkat sekolah menengah.


Sehingga ke hari ini mereka bertiga masih lagi berhubungan antara satu dengan lain walaupun masing-masing telah sibuk dengan hal kerja dan rumah tangga sendiri namun ikatan persahabatan kami sama malah lebih dari adik beradik kata Hafiz sewaktu berkongsi pengelaman seramnya bersama sumber saya.Segala kisah-kisah yang saya tuliskan diatas adalah melalui pengelaman sebenar tiga sahabat berkenaan.Semoga terhibur dan menjadi ikhtibar buat dirisaya dan sesiapa sahaja.Supaya kita beringat kerap menjaga tingkah laku dan tutur bahasa harus dijaga sewaktu berada dalam hutan.Ingat ya....jangan panggil nama sebenar rakan kita ketika berada dalam hutan.

Rabu, 25 Oktober 2017

TERBONGKAR LAH RAHSIA GURU DARI BATAM TARIK DUIT

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia dengan sebuah kisah menarik mengenai ritual penarikan harta karun dalam bentuk wang tunai berjuta ringgit yang dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 80 tahun yang layak dipanggil Atuk-atuk yang begitu taksub mengejar status Jutawan segera dalam masa singkat.Kisah yang saya paparkan disini adalah benar dan tidak berniat mengaibkan sesiapa.Tujuan siaran ini hanyalah sekadar hiburan dan peringatan buat semua.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008,ketika itu saya menetap di kota tinggi Johor,Dimana ketika itu saya telah diperkenalkan dengan seorang lelaki berpewatakan Wara' dengan pakaian tak ubah seorang guru-guru ugama.Namun tak sangka dalam usia senja,Beliau atau lebih mesra kami panggil Pak Hamzah,begitu taksub hendak menjadi kaya.Pada Awal nya saya sendiri agak sangsi dengan apa yang dicadangkan namun kerana sifat ingin mencuba akhirnya saya sendiri menyertai agenda pelik Pak Hamzah.

Pak Hamzah bukan lah seorang yang miskin hina,melalui latar belakang kerjaya anak-anaknya jelas menunjukkan dia dalam golongan mampu namun dia lebih suka dengan gaya hidup gelandangan dengan menumpang disana sini.Namun yang menariknya dia mudah dirapati dan mempunyai ramai kenalan lebih-lebih ahli-ahli masjid.Pak Hamzah sering menceritakan kisah-kisah dirinya membantu ramai orang dalam perubatan termasuk mampu berinteraksi dengan Mahluk halus dan sebagainya.

Agenda yang dirancangkan oleh Pak Hamzah kali ini ialah menarik Wang dari Alam ghaib serta melakukan pemindahan dana tunai dari sebuah bank yang dikatakan oleh Pak Hamzah Bank Bunian.Sejak mengenali Pak Hamzah kerja saya sering terganggu kerana menguruskan pak Hamzah dengan membawa dia kemana sahaja yang dihajatkan.Atas urusan ritual menarik Emas yang dikatakan.Agenda pertama Pak Hamzah ialah mencari jemaah atau rakan kongsi untuk menjayakan projek beliau.yang menjadi mangsanya sayaketika itu sekitar 4 petang saya terpaksa menempuh satu perjalanan yang jauh kerana menghantar Pak Hamzah menemui seorang Jemaah.

Bertolak dari Kota Tinggi sekitar 4 petang dimana kos minyak dan perbelanjaan sepanjang perjalanan ditanggung oleh saya.Tiba di Gong Badak kuantan pahang ketika itu dah malam di sana kami mememui seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an yang akan menjadi salah seorang penerima bahagian hasil ritual yang akan dijalankan tidak lama lagi.Sewaktu berbincang dengan wanita tersebut,Pak Hamzah memberi tahu yang kami telah mendapat 3 orang jemaah dimana lagi dua orang diperlukan.Pada peringkat awal Pak Hamzah mengumpul kesemua ahli jemaah untuk membincangkan soal dana.

Dimana pak Hamzah harus mengadakan sejumlah tujuh ribu dari kesemua Ahli untuk kos penerbangan menjemput Guru yang akan melaksanakan tugas penarikan nanti dan guru yang di maksudkan oleh pak Hamzah ketika itu berada di negara Indonesia.Melalui perbincangan Pak Hamzah bersama jemaah wanita tadi,akhirnya Pak Hamzah menerima wang tunai sebanyak dua ribu sebagai sumbangan Wanita yang kami kunjungi dengan harapan menerima bahagian yang sama rata.sekitar 11 malam kami berangkat balik bersama wang tunai sebanyak dua ribu.

Keesokan harinya sekali lagi saya terpaksa menghantar pak Hamzah menemui seorang lagi jemaah di Felda tenggaroh untuk mengambil sumbangan untuk kos menjemput Guru yang dimaksudkan.Kami bertolak balik dari Felda Tenggaroh sekitar lima petang dimana Pak Hamzah memberitahu dana yang dikumpul telah bertambah kepada Empat ribu,dan tinggal seorang lagi jemaah yang akan mengeluarkan sumbangan.Malam tersebut saya dipanggil oleh Pak Hamzah memberitahu yang dia akan ke Indonesia untuk menjemput Guru.

Pagi-pagi lagi kami telah berada di lebuhraya utara selatan untuk menghantar Pak Hamzah ke Jementah,Tangkak.Dalam masa seminggu bersama Pak Hamzah dah beribu duit habis dibelanjakan bermula dari makan sehingga kos perjalanan kesana kesini.melalui tol Tangkak kami memeruskan perjalanan sehingga ke Jementah untuk menemui seorang lagi Jemaah yang akan ke Indonesia bersama Pak Hamzah untuk menjemput Guru yang dimaksudkan.Namun setelah tiba ternyata orang yang dimaksudkan tiada dirumah dan sekali lagi kami diduga dengan menunggu dalam kereta sehingga menghampiri waktu Maghrib.Menghampiri jam lapan malam baru lah kelibat tuan rumah kelihatan.

Setelah memastikan Pak Hamzah selamat tiba di rumah yang dimaksudkan,saya kembali ke Kota Tinggi.Sepanjang perjalanan saya memikirkan sejauh mana kebenaran apa yang di lakukan oleh Pak Hamzah.namun setelah memikirkan  jemaah yang ramai hati mula merasa yakin dan saya terfikir tak mungkin pak Hamzah sanggup menipu orang ramai dan akan ke Indonesia untuk menjemput Guru.Setelah tiba dirumah saya menghubungi Pak Hamzah dan bertanya tentang perjalanan nya.Ternyata Pak Hamzah masih lagi berada di Jementah dan akan bertolak keesokan harinya kerana telah malam.

Sejak hari itu saya kerap menghubungi Pak Hamzah bertanya perkembangan semasa.sehingga lah masuk hari ketiga diawal subuh pak Hamzah menghubungi saya dan memaklumkan Dia akan berangkat ke Batam pagi tersebut.Setelah mendapat perkembangan dari Pak Hamzah hati kembali tenang kerana memikirkan sejumlah wang yang di bawa hasil kutipan jemaah lain.Hampir sehari suntuk saya tidak menerima berita dari pak Hamzah kerana nombor telefon bimbitnya gagal dihubungi.dan Mungkin ketika itu dia berada di sempadan atau mungkin telah tiba di Batam.

Selama seminggu Pak Hamzah menghilangkan diri apabila gagal dihubungi.Dimana saat itu telefon saya mula dihujani pamggilan dari jemaah lain,mana yang buat panggilan dari Kuantan,terengganu,malah yang dekat dengan saya iaitu dari Felda tenggaroh turut risau apabila Pak Hamzah gagal dikesan dan dihubungi.Tiada apa yang mampu saya katakan,cuma Bersabar menunggu dan menerima apa-apa kemungkinan.Ketika itu telah mula hadir dalam fikiran mengatakan Pak Hamzah menipu kami.Syukur....ternyata malam tersebut saya menerima perkhabaran dari Batam.Apabila Pak Hamzah menghubungi saya dan meminta saya menyampaikan pesan nya kepada jemaah lain.

Perkhabaran dari Batam memaklumkan Pak Hamzah telah berhasil menemui Guru yang dimaksudkan,Namun Guru tidak dapat hadir kerana ada urusan di Sana.Pak Hamzah memberitahu agar kami semua bersiap sedia kerana Pak Hamzah akan balik bersama sepuluh beg duit tunai dalam matawang Dollar !!.Saya menjadi bingung memikirkan apa yang Pak Hamzah katakan,kenapa harus buat dari sana? Kenapa Guru yang dimaksudkan tidak dapat hadir? Kenapa kebetulan ada urusan lain? Dan kenapa harus Matawang Dollar? Boleh kah pak Hamzah membawanya menaiki pesawat mahupun Ferri tanpa pemeriksaan Kastam?

Tetapi dengan yakin Pak Hamzah memberitahu itu semua urusan Guru.Dalam sekelip mata duit mampu dipindahkan ke Malaysia dengan bantuan khadam tanpa perlu melimpasi pemeriksaan Kastam.wah....handal.Namun perasaan sangsi mula terasa mendengar kata-kata Pak Hamzah ditambah pula rakan saya memberitahu,kemungkinan Pak Hamzah hanya melancung ke Indonesia berbekalkan duit sebayak 6ribu.Sebelum menamatkan panggilan,Pak Hamzah sempat memperdengarkan bunyi geseran kertas yang dikatakan susunan duit tunai dalam jumlah yang banyak.

Sehingga lah masuk hari ke lapan,dimana Pak Hamzah menghubungi saya sekali lagi memberitahu dia akan kembali ke Malaysia.Dan meminta saya menjemputnya di Melaka.Kebetulan hari yang dimaksudkan duit dalam simpanan saya telah habis.Yang ada pun cuma lima puluh ringgit untuk makan dalam masa berberapa hari.Dengan bangganya Pak Hamzah memberitahu saya tak perlu risau kerana di Melaka nanti dia akan Zahirkan bahagian saya.Dimana saya boleh tukarkan sekeping dua duit tersebut di mana-mana pengurup matawang asing.Tiga empat kali saya menanyakan kepastian kepada Pak Hamzah,Dengan penuh keyakinan Pak Hamzah memberitahu saya pasti akan dapat bahagian saya lebih awal dari yang lain.Dan Pak Hamzah menjanjikan bahagian saya antara yang paling banyak.

Malam tersebut ketika berada diatas katil,mata begitu payah hendak terlelap,apabila memikirkan apa yang pak Hamzah akan bawa dari Batam esok.memandangkan Ferri Pak Hamzah tiba di Melaka pukul 3 petang.jadi saya membuat keputusan untuk bertolak sebelum tengahari agar tidak terlewat kerana saya harus mencari dimana Pelabuhan yang dimaksudkan.Sepanjang malam sehingga ke subuh mata masih lagi segar,Mahu tak nya,apabila hati mula gundah mengenangkan nasib diri akan berubah sekelip mata dari orang biasa menjadi Jutawan atau Cendawan jika sebaliknya yang berlaku.

Melihat jam dinding menunjukan pukul 5 pagi,saya bangun dan menyiapkan sarapan memandangkan mata langsung tak boleh lena.Setelah siap menyediakan makanan,saya terus kebilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk bertolak ke Melaka.dimana saya mengambil keputusan untuk bertolak awal agar tidak tergesa-gesa menunggu Bapa Jutawan hahahaa.Selesai sarapan saya memanaskan enjin sementara sebelum bertolak.Melihat tangki minyak masih ada separuh jadi saya mengisi minyak sekadar dua puluh ringgit sahaja.itu pun dah full tank untuk kereta.

Dalam perjalanan saya hanya memandu sekitar 90 ke 100 km/jam memandangkan masih awal lagi.sehingga lah saya selamat tiba di Tol ayer keroh Melaka dalam pukul 10 pagi.Bimbang sesat kerana jalanraya banyak berubah berbanding 4-5 tahun yang lepas.Setelah tiba di bandar hilir,saya begitu terkejut melihat perubahan mendadak bandar Melaka yang jauh lebih maju dari awal 2000.Saya mencari dimana kawasan pelabuhan yang dimaksudkan.Dengan bertanya kepada orang ramai akhirnya saya menemui kawasan letak kereta dihadapan Restoran Minang yang di maksudkan oleh pak Hamzah.

Tiba di kawasan parking tersebut,saya meninggalkan kereta di kawasan selamat dan menuju ke Restoran untuk menunggu sambil membasahkan tekak.Dengan baki bayaran tol dapat lah saya makan tengahari dan membeli rokok untuk bekalan menunggu pak Hamzah yang di jangka tiba pukul 3 petang.Setelah selesai makan saya kembali ke kereta kerana mata terlalu berat dan mula mengantuk.Dikereta saya melelapkan mata berehat menantikan panggilan keramat dari Pak Hamzah.Dalam sekelip mata,setelah menyandarkan tempat duduk kereta,mata terus lelap sehingga lah saya terjaga apabila mendengar bunyi Hon yang kuat dari sebuah lori.

Setelah bangun saya lihat jam menunjukkan 4.20 petang.Tetapi satu panggilan pun saya tak terima dari Pak Hamzah.Hati mula risau memikirkan soal Pak Hamzah.kemana dia pergi? Dah sampai ke belum? Kenapa telefon bimbitnya tutup? Dia menipu kah? Dan bermacam persoalan bermain dalam fikiran.Namun ketika itu saya mula risau bagaimana hendak kembali ke kota tinggi dengan duit dah habis,minyak tinggal sikit.Dalam saya mula runsing,telefon dalam saku seluar berbunyi.Ternyata panggilan dari telefon awan dengan pangkal 07 menandakan pangilan dibuat dalam negeri Johor.Saya menjawab panggilan tersebut ternyata Pak Hamzah yang menghubungi saya.

Ketika itu darah mula naik kepala,lutut mula kebas mengenangkan apa yang Pak Hamzah lakukan !.Tanpa rasa bersalah dia memberitahu yang dirinya berada di Larkin Johor Bahru dan sedang menunggu bas untuk ke Kota Tinggi.sambil memberitahu saya tak perlu tunggu lagi dan segera balik kerumah kerana rezeki yang di bawa dari Guru telah berada dirumah.Rasa nak pitam mendengar apa yang Pak Hamzah katakan.Macamana nak balik? Dengan duit dah tak ada,minyak kereta tak mungkin boleh sampai tanpa menambahnya.Tol Lagi,bukan nya boleh hutang besok bayar.

Tak ada cara lain,terpaksa lah korbankan telefon bimbit,Masa itu saya guna jenama Nokia 5610 express music,dan baru guna kurang tiga bulan saya beli dengan harga RM950.00 di plaza kota tinggi akhirnya terkorban demi Pak Hamzah.Di sebuah kiosk menjual telefon bimbit di Mahkota Parade,disitu lah Nokis XM terpaksa di korbankan dengan harga jual RM180 sahaja.itu pun dah puas pujuk,kalau tidak dapat lah 120 ke 150.dalam masa tiga bulan harga jatuh susut dengan mendadak sekali.Dengan wang yang ada,saya isi minyak sepenuh yang mungkin dan meneruskan perjalanan balik ke Johor.

Pukul 9 menghampiri pukul 10 malam baru lah saya tiba di Tol Kulai.Dimana saya akan menempuh perjalanan hampir dua jam untuk tiba di rumah.dengan perasaan marah bercampur kecewa saya meneruskan perjalanan tanpa henti sehingga lah saya tiba dirumah.Namun kelibat Pak Hamzah tidak kelihatan.Setelah membuka pagar dan memasukan kereta,saya terkejut melihat Pak Hamzah duduk bagaikan seorang saudagar sambil menghembus-hembus asap rokoknya.Pak Hamzah memanggil supaya saya duduk dihadapannya sambil memberitahu duit yang dimaksudkan telah di ubah bentuk kepada nombor ekor!.

Pak Hamzah memberitahu nombor tersebut merupakan kunci duit yang dibawa dari Batam.Dalam hati rasa nak menyumpah saja orang tua tu.mujur ada perasaan sabar dalam diri.Setelah memberkan sampul yang mengandungi nombor tersebut,Pak Hamzah memberitahu dia akan ke Kuantan keesokan nya kerana menghantar nombor untuk jemaah disana.Pak Hamzah masuk kebilik tidur dan itu lah kali terakhir saya melihat pak Hamzah sehingga ke hari ini.Keesokan nya saya bangun agak lewat mungkin kerana keletihan sepanjang hari semalamnya.

Saya bangun dan pergi ke ruang tamu,namun kelibat Pak Hamzah tidak kelihatan.Saya memanggil Pak Hamzah berkali-kali namun masih tidak berjawab,bimbang kalau-kalau ada yang tak kena,saya mengetuk bilik tidur Pak Hamzah,ternyata pintu tak berkunci,setelah menjenguk kedalam bilik,ternyata semua barang-barang pak Hamzah telah tiada termasuk selipar jepun yang digunakan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat juga dibawa.Sehelai nota ditinggalkan diatas bantal,ternyata Pak Hamzah telah meninggal kan rumah sambil meminta maaf kerana gagal melaksanakan janjinya.ternyata ramalan saya tepat.Pak Hamzah ke Batam sekadar bercuti,dan Bukan nya urusan menjemput Guru!

Melalui pengalaman tersebut,walaupun banyak wang dihabiskan namun saya merasa puas walaupun sakit hati,kenangan serta pengalaman yang telah saya lalui banyak mengajar erti kehidupan agar tidak terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti.betul lah kata bijak pandai,tiada satu pun rezeki datang tergolek hadapan mata tanpa ada urusanBuat Pak Hamzah pula,terima kasih atas pengalaman berharga yang diberi.Tidak sedikit pun perasaan dendam wujud dalam hati,cuma saya mengharapkan Pak Hamzah perbanyakan ibadah.Cari lah harta sebagai bekalan diSANA.bukan nya harta di dunia.Jika hari ini,pak Hamzah masih ada,saya doakan kesejahteraan dan kesihatan buat Pak Hamzah,Dan andaikata Dah tak ada atau dah kembali kepada NYA,saya doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat dan di ampunkan dosa-dosa pak Hamzah Aminnnn.

Selasa, 24 Oktober 2017

MISTERI JELMAAN GADIS BERKEMBAN DISUNGAI PUKUL TIGA PAGI

Salam sejahtera dan Salam muhibbah  buat semua.Kembali bersama saya dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah dari sebuah perkampungan melalui aktiviti menyuluh setelah membakar hutan untuk dijadikan sawah.Dimana dalam kisah ini turut disertai oleh saya sendiri dan berberapa rakan lain yang menyaksikan kehadiran mahluk tinggi berbadan besar serta berbulu dengan sepasang mata berwarna merah seterunya penampakan kewujudan Wanita Cantik yang memukau sehingga menarik perhatian pemuda-pemuda yang menyuluh namun akhirnya menunjukan wujud sebenarnya sehingga semua orang yang berada di kawasan tersebut lintang pukang melarikan diri setelah wanita tersebut menunjukan rupa asalnya serta mengilai dengan nyaring.


Kisah ini berlaku di zaman remaja saya dahulu dimana kebiasaan nya di kampung setiap tahun orang akan membuka hutan,bendang untuk dijadikan sawah padi.Kerja-kerja membersihkan hutan akan dilakukan secara beramai-ramai melalui kaedah bergotong royong diantara penduduk kampung.Sehingga lah tiba masa untuk membakar pokok serta rumput-rumput kering untuk membersihkan kawasan agar Benih padi mudah ditanam.Ketika ini lah ramai remaja termasuk yang dewasa mengambil kesempatan menyuluh anak sungai kerana kebiasaan nya ikan akan timbul diwaktu malam kerana hutan telah dibakar dan menjadi terang.


Selain dari menyuluh sungai,ramai diantara penduduk kampung yang menyuluh katak untuk dijual ataupun dimakan sendiri.Kisah Berhantunya bermula ketika itu saya berada ditingkatan Lima.Kebetulan cuti hujung minggu.Saya telah menemui berberapa rakan saya untuk menyuluh sungai.Kerana khabar dari pakcik saya memberitahu ketika itu udang besar-besar mudah ditemui sementara air sungai masih cetek sebelum ditambat.Setelah menemui kata sepakat,Kami seramai enam orang menyuluh pada malam tersebut dimana ketika tiba Kawasan bendang lengang tanpa ada sesiapa pun yang kelihatan.Dan itu merupakan petanda baik dimana seluruh kawasan bendang hanya untuk kami.Melalui Terowong laluan air saya bersama dua lagi rakan iaitu Roline dan Jimmy menyusur anak sungai menyuluh udang dan ikan dengan bersenjatakan rejam.Manakala yang lain menyuluh katak tidak jauh dari lokasi kami menyuluh.


Malam tersebut mungkin sudah ditakdirkan menjadi rezeki kami,baru berberapa minit menyusuri tebing sungai berberapa ekor udang sebesar ibu jari kaki telah kami perolehi.Semakin lama semakin jauh kami melawan arus sungai menyuluh ikan dan udang.Manakala kumpulan lain pula kelihatan sayup-sayup cahaya lampu mereka dari jauh menunjukan kami telah terpisah agak jauh.Namun tidak lah merisaukan kerana bendang tersebut hanyalah kawasan lapang yang luas dan tidak jauh dari kampung.Jimmy mengajak kami berehat seketika,Sambil duduk ditebing kami membakar rokok dimulut masing-masing.Itu lah satu-satunya peluang untuk merokok.kerana jauh dari orang tua,Jika tidak mahu berbirat belakang kena rotan.


Sewaktu tengah duduk menghembus-hembus asap rokok,kami lihat cahaya lampu suluh dari arah kawan-kawan yang menyuluh katak bertempiaran lari kearah kami.Segala ranting-ranting kecil habis dilanggar macam dikejar harimau masing-masing.Kami hairan dan bangun menyuluh kearah mereka.Ketika tiba,Masing-masing tercungap-cungap semput akibat berlari.Mereka memberitahu ada Jerangkung berhampiran mereka menyuluh.Kami semua menoleh kearag tersebut sehingga lah saya sendiri yang menyaksikan satu susuk tubuh yang besar seperti gergasi berada hanya berberapa meter dari arah kami.kami semua berlari bersembunyi disebuah pondok sawah yang berada ditepi sungai.Melalui celahan dinding saya lihat lembaga tersebut menuju kearah hutan tebal dipenghujung sawah.


Selepas memastikan mahluk tersebut telah pergi,Dengan perlahan-lahan kami keluar dari pondok dan menuju ke hilir untuk balik ke rumah.Sewaktu melalui lorong laluan menuju ke kampung,kami lihat seorang wanita sedang duduk di tebing sungai dengan hanya berkemban seperti hendak mandi.Kami terhenti seorang rakan saya bertanya kenapa gadis tersebut berada disitu malam-malam.Si Gadis tersebut memberitahu dia menunggu ayahnya dan akan mandi disungai.Apabila ditanya dari kampung mana asalnya dia hanya senyum dan menyengih,saya lihat sendiri mulut gadis tersebut mempunyai taring dibahagian bawah.Namun saya langsung tak berfikir itu adalah hantu atau pontianak kerana wajah nya yang sempurna seperti wanita lain dan taring nya pun tak lah panjang seperti dalam telivisyen.cuma nampak bila dia senyum.


Raymond rakan saya sememangnya seorang yang agal miang dari sekolah sehingga lah ke kampung tiba-tiba menunjukan kemiangan nya pada malam tersebut apabila menawarkan diri untuk menemani gadis tersebut mandi.Dengan senyuman manja gadis tersebut hanya mengangguk kan kepala.Kami semua yang berada disitu semua memerhatikan seorang gadis cantik sedang duduk disungai untuk mandi tanpa berfikri sesuatu yang buruk bakal berlaku.Raynond pula tak sabar-sabar terus terjun kedalam sungai walaupun udara dingin dan malam seperti nak hujan.Ketika kami ketawa melihat gelagat Raymond Tiba-tiba ada suara yang aneh kedengaran.Jujur saya katakan mendengar bunyi hilaian ketawa nyaring terasa bukan bulu tengkuk tetapi kulit tengkuk terasa tersiat ketakutan.


Ketika itu saya lihat Raymond yang begitu teruja berada dalam sungai tiba-tiba mengelupur bagai orang kena rasuk memanjat tebing dan berlari meninggalkan kami.Saya begitu terkejut dan hairan dengan sikap pelik Raymond.Ketika menoleh kearah gadis yang duduk di tebing sungai.Mata saya bagai nak tercabut apabila gadis cantik tadi telah berubah rupa menjadi hodoh serta mengerikan.Kain batik yang dipakai hanya lah sehelai kain putih yang lusuh serta buruk disangkut pada tunggul berhampiran sungai.manakala gadis yang cantik tadi telah hilang dari pandangan.Kami berpandangan sesama sendiri sebelum muncul suara ngeri mengilai dari hutan berhampiran seolah-olah suara nenek-nenek ketawa panjang.Dengan tak semena-mena Roline berteriak menyebut perkataan "Pontianak".


Kami berlari tanpa arah,malam tersebut kami bagai diburu apabila rakan-rakan berpecah manakala saya dan seorang lagi rakan bernama Donny bersama-sama meredah sungai tanpa menyedari tusukan duri pada kaki.Kami melarikan diri agak jauh sehingga hilang jejak dari rakan-rakan yang lain.Saya dan Donny masuk kedalam sebuah pondok sawah untuk bersembunyi.Kami duduk dibelakang pintu dengan mematikan diri.ketika itu nyamuk agas tidak terasa lagi yang pasti jantung bagai nak gugur ketakutan.Sewaktu bersembunyi kami terdengar bunyi derapan tapak kaki dari luar pondok.Saya mengintai dari celah papan kalau-kalau suara tersebut dari rakan-rakan yang lain.Saya baru nak bangun Donny tiba-tiba menarik tangan saya.Selang berberapa ketika Donny mencuit bahu saya dan mengajak saya melihat sesuatu yang luar biasa.


Sewaktu saya melihat dari celah-celah papan,Ternyata ada api seperti nyalaan obor tidak jauh dari pondok dimana kami bersembunyi.Api tersebut seolah-olah berjalan dan terapung diudara.Dengan sinaran kejap terang dan kejap malap.Semakin lama semakin jauh.Dan entah bila kami terlelap saya sendiri pun tak pasti kerana sewaktu sedar cahaya matahari telah menembusi dalam pondok melalui celah-celah papan.Saya mengejutkan Donny yang masih lena dibuai mimpi.Apabila Donny sedar kami keluar dari pondok dan kelihatan orang kampung mula membersihkan tapak sawah masing-masing.Kami meninggalkan pondok tersebut untuk balik ke rumah.Sewaktu tiba dirumah,rakan-rakan saya semua menunggu kepulangan kami dan memberitahu Raymond telah sakit.

[Sekadar Hiasan]

Selesai membersihkan diri saya bersama rakan-rakan menemui Raymond dirumahnya.Kelihatan Raymond hanya baring sambil tersenyum melihat kehadiran kami.Saya bertanya kenapa dengan dia semalam.Ternyata Sewaktu Raymond berada dalam sungai dia terpandang wajah gadis yang duduk ditebing melalui biasan air sungai.ternyata wajah gadis yang cantik tersebut amat buruk dan menakutkan,Raymond memberitahu yang dia lihat dengan jelas taring panjang dari mulut gadis yang disangka cantik tersebut.Melihat keadaan itu dia merangkak memanjat tebing sungai untuk lari.Dan Raymond pun tak menyangka yang dia telah terpisah dari kami dan sampai dirumah lebih awal tanpa memikirkan kami yang masih diburu sewaktu berada disawah.


Mengikut cerita dari bapa Raymond,sememangnya Bendang tersebut keras kerana dahulu ia merupakan sebuah perkampungan.Dan ketika itu ada wanita mati dibunuh dan mayatnya dicampak kedalam sungai.Namun setelah berpuluh tahun berlalu,tempat tersebut pun menjadi hutan dan sejak berberapa tahun lepas baru lah kawasan tersebut diterokai menjadi sawah.Petang hari tersebut sekitar pukul 4 saya menaiki bas untuk kembali ke asrama sekolah.Namun kesan luka-luka pada kaki masih lagi terasa pedih dan peristiwa malam tu kekal menjadi sejarah dan kenangan buat saya sehingga kini dimana rakan-rakan lama telah berumah tangga,dan telah membawa haluan masing-masing,ada yang jadi peniaga,Tentera,cikgu dan sebagainya.Namun kenangan tidak akan berubah walau seribu tahun

Isnin, 23 Oktober 2017

PENGELAMAN MISTERI PENGAWAL KESELAMATAN RUMAH MAYAT HOSPITAL

Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu Kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan pengelaman Shamsuddin,seorang anggota pengawal keselamatan disebuah Hospital dan sering ditugaskan menjaga kawasan rumah mayat.Selama lima tahun pengelaman menjaga keselamatan di berberapa Hospital termasuk yang paling digeruni oleh rakan-rakan nya apabila di minta menjaga kawasan Rumah Mayat.

Selama lima tahun berkhidmat bermacam kejadian aneh dan misteri ditemui dari gangguan halus sehingga gangguan ganas yang dianggap sekadar gurauan dalam tugas.Antara yang menjadi ingatan dalam kotak fikiran Shamsuddin sehingga hari ini apabila berlaku satu kejadian menyeramkan,Ketika itu hujan rintik-rintik berserta awan tebal membuatkan malam menjadi dingin dan bertambah pekat.tiba waktu untuk merekod Jam di bahagian belakang Rumah mayat,entah kenapa secara tiba-tiba terasa amat dingin sekali sehingga menaikan bulu roma bahagian tengkuk nya.Dan secara tiba-tiba timbul perasaan seram ketika melintasi pintu utama rumah mayat untuk menuju ke lokasi dimana anak kunci jam digantung.Shamsuddin menggagahkan diri mempercepatkan langkahnya,sewaktu memasukan anak kunci kedalam pencatat masa,tiba-tiba terdengar seretan tapak kaki dari dalam rumah mayat.Shamsuddin berasa hairan kerana rumah mayat berkunci dan tiada sesiapa didalam nya melainkan ada mayat yang akan dimasuk kan.Namun tidak pula dia menerima berita akan mayat yang akan dimasuk kan.atau menerima laporan ada petugas yang akan masuk.

Selesai urusan mengunci jam,Shamsuddin segera menuju ke bahagian hadapan untuk memastikan kalau-kalau ada petugas yang masuk.Namun apabila tiba,kelihatan pintu ditutup rapat serta berkunci dengan sempurna.Ketika memeriksa bahagian pintu,sekali lagi Shamsuddin terperanjat apabila terdengar bunyi seakan dulang jatuh ke lantai simen.Apa lagi,tanpa berfikri panjang,Shamsuddin membuka langkah seribu menuju ke pos pengawal dan melaporkan kejadian tersebut kepada rakan setugas nya.

Ketua pengawal malam itu ialah Encik.Nordin,Setelah Encik.Nordin menghubungi Pihak atasan,Seorang petugas dibahagian bilik mayat datang bersama berberapa orang pengawal dan Encik Nordin sekali pergi ke rumah mayat untuk memeriksa kalau-kalau rumah mayat diceroboh orang yang tidak bertanggungjawab.Setelah pintu dibuka,lampu menerangi segenap kawasan bilik Mayat.Shamsuddin dan rakan-rakan nya memeriksa setiap sudut namun tidak menemui sesiapa pun didalam nya begitu juga kalau-kalau ada tray besi atau dulang yang jatuh. Namun tiada apa pun yang berselerak atas lantai mahupun kelibat sesiapa dalam bilik mayat.

Kejadian kedua yang dilalui oleh Shamsuddin,ketika itu Shamsuddin baru sahaja tiba dan memulakan tugas nya.Tiba-tiba pintu pagar belakang Hospital di ketuk dengan kuat,Shamsuddin menjenguk keluar dari pondok pengawal,seorang makcik tua bertudung lusuh berbaju kebaya memberitahu ingin melawat anak nya yang sakit.Memandangkan telah tamat waktu melawat,Shamsuddin tidak membenarkan makcik berkenaan masuk.Dan memberitahu agar makcik tersebut balik dan datang semula keesokan hari nya.Namun jawapan pelik yang diterima dari makcik tersebut,Apabila memberitahu dia tak boleh datang siang dan mata nya tak jelas siang hari.Shamsuddin mengingatkan Makcik tersebut bergurau namun dengan wajah bersungguh-sungguh makcik tersebut memberitahu dia memang tak boleh datang keesokan hari nya.

Sekali lagi Shamsuddin meminta maaf dan memberitahu dia tak berani membenarkan makcik tersebut masuk,lebih-lebih melalui pintu pagar belakang.dengan wajah yang sedih makcik tersebut terus berpaling dan meninggalkan Shamsuddin.Namun yang menakutkan apabila makcik tersebut tiba-tiba ketawa dengan bunyi yang menyeramkan.Selang berberapa jam,ketika itu pukul 10malam,pegawai bertugas pun sampai,Shamsuddin melapurkan kejadian seorang makcik datang dan merayu-rayu untuk melawat anaknya dalam wad kepada pegawainya.Satu semakan di litar tertutup(Cctv) dibuat untuk mengesan makcik yang dimaksudkan.Namun setelah diperiksa melalui paparan CCTV bermula 7 petang sehingga 10 malam,tiada sesiapa pun yang datang melalui pagar bekakang,apa lagi siap mengetuk besi pagar.Puas Shamsuddin meyakinkan pegawai nya,Malah Shamsuddin dianggap mengantuk sekadar melihat bayang-bayang.

Kejadian seterusnya ketika bertugas di Hospital yang sama,ketika kejadian merupakan hari cuti umum dimana masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru.Suasana di Hospital agak lengang dari awal pagi sehingga lah awal petang,dalam pukul 2 petang apabila sebuah pick up Pihak Polis memasuki perkarangan Hospital dimana mayat seorang pemuda dibawa untuk bedah siasat.Shamsudin sekadar menulis dalam buku laporan rutin harian mengenai kejadian tersebut.Sehingga lapan malam,Mayat pemuda tersebut dibawa ke rumah mayat untuk disimpan.Sewaktu pihak Hospital mengusung mayat,Shamsuddin melihat dengan jelas kehadiran seorang pemuda berseluar jeans berbaju t-shirt putih dengan hanya berkasut sebelah kaki.Memerhati dari jauh gelagat attandan Hospital menolak katil yang berisi jasad manusia menuju ke Bilik Mayat.Apabila Shamsudin hendak menemui pemuda tersebut,entah kemana dalam sekelip mata sahaja kelibat pemuda itu hilang dari pandangan Shamsuddin.

Bimbang jika ada penceroboh atau orang gila memasuki kawasan Hosptal,Shamsuddin memberitahu rakan setugasnya Rahmat.mereka berdua segera meronda kawasan Hospital termasuk bahagian pesakit luar.namun tidak menemui pemuda terbabit.Setelah puas memeriksa seluruh kawasan dan masih tidak menemuinya.mereka kembali ke pondok pengawal dan menyambung tugas seperti biasa.Sehingga lah waktu bertugas Shamsudin tamat dan bersiap untuk balik.Sewaktu menunggu enjin motorsikal buruk nya panas.sekali lagi Shamsuddin terpandang kelibat pemuda tadi.kali ini agak jelas seluar dan pakaian nya agak comot dan terkoyak dibahagian seluar.Juga kelihatan kesan luka yang agak parah dibahagian kepala serta tengkuk sehingga melihatkan kepala pemuda tersebut seakan terkulai hampir jatuh.Shamsuddin membiarkan tanpa memperdulikan apa yang baru dilihatnya dan meneruskan perjalanan untuk balik.

Malam nya Shamsudin mendapat mimpi yang seram,apabila dia didatangi oleh pemuda yang dilihatnya petang tadi di Hospital.Dalam keadaan kusut masai serta tubuh berbau hanyir beserta darah yang keluar dari kepala dan berberapa bahagian,Bayangan pemuda tersebut seakan-akan mengejar Shamsudin dalam mimpi.Shamsudin terjatuh dalam mimpi,dan dapat ditangkap oleh pemuda tersebut dan terus meminta tolong dari Shamsudin dalam suara yang serak.Pemuda tersebut meminta bantuan Shamsuddin agar pergi ke suatu tempat,dimana kejadian kemalangan berlaku.Dalam keadaan yang menyayat hati,Pemuda tersebut meminta Shamsudin mencari ibu jarinya yang hilang dan tidak ditemui sewaktu Polis mencari nya.

Shamsuddin tersedar dari mimpi apabila dikejutkan dengan bunyi nyalakan anjing dari arah jalan raya.Ketika bangun jam baru menunjukan pukul 3 pagi.Selepas ke bilik air untuk mencuci muka,Shamsudin terkaku seketika dan hampir menjerit apabila melihat pemuda yang ditemuinya dalam kawasan Hospital serta dalam mimpi nya sedang berdiri dan memerhatikan nya dalam air muka yang muram seakan-akan bersedih dari ruang tamu.berkali-kali Shamsudin mengesat mata nya baru lah kelibat tersebut hilang dari pandangan mata nya.

Keesokan harinya,seawal pukul 6 pagi Shamsuddin telah keluar dari rumah menggunakan motorsikal cabuk nya menuju ke lokasi yang ditunjukan dalam mimpi malam semalam.Melalui bangunan serta keadaan jalan,Shamsuddin berjaya menemui kawasan dimana kemalangan berlaku.Baru saja Shamsudin menongkat motorsikal nya,dia terpandang seekor biawak menuju kearah satu benda yang di kerumuni oleh semut yang amat banyak!.Shamsudin melihat dan memerhati longgokan semut tersebut,ternyata apa yang dikerumuni oleh Semut ialah jari pemuda yang tertinggal semasa kemalangan berlaku.

Tanpa berfikir panjang,Shamsudin menggunakan ranting untuk memisahkan semut yang mengerumuni hari tersebut.Dengan menggunakan sapu tangan,Shamsudin mengambil jari tersebut dan membawanya ke Hospital.Ketika tiba di Hospital,Pihak Hospital memaklumkan Mayat dalam proses tuntutan.Tanpa berfikir panjang,Shamsudin berlari menuju kerumah mayat.Disitu kelihatan ahli keluarga pemuda tersebut telah berkumpul menunggu mayat siap untuk dimasuk kan dalam van jenazah.Dengan kuasa sebagai anggota pengawal keselamatan,Shamsudin membawa Jari jenazah kepada petugas yang menguruskan mayat.Setelah menceritakan apa yang ditemui dalam mimpi kepada petugas tersebut.Jari pemuda yang ditemui di letakkan bersama mayat tanpa di jahit memandang kan keluarga mangsa telah menunggu agar tidak melambatkan lagi proses pengkebumian.

Sepanjang hari Shamsuddin bertugas hari itu,dia tidak lagi melihat kelibat pemuda malang itu lagi.Selepas balik dari kerja,Shamsudin berehat sambil menonton telivisyen sementara menunggu mata mengantuk.Dalam tidur,Shamsudin ditemui sekali lagi oleh pemuda tersebut.Namun dalam mimpinya kali ini,pemuda tersebut hadir dalam keadaan sempurna serta amat bersih.Sambil tersenyum memandang Shamsudin,perlahan-lahan kelibat pemuda tersebut hilang dari pandangan matanya.

Selepas kejadian tersebut,Permohonan Shamsudin untuk berpindah dan menjadi pengawal disekolah yang berhampiran dengan kampung halaman nya telah diluluskan.Maka bermula lah arena baru dalam kerjaya Shamsudin sebagai Seorang pengawal sekolah.Banyak lagi sebenarnya kisah seram yang Shamsudin ceritaka  kepada kami,namu terpaksa kami ubah dan pendekkan agar bersesuaian dengan keadaan.Sekian untuk perkongsian kali ini.Kisah ini di terbitkan melalui pengalaman seorang pengawal keselamatan Saudara Shamsudin.Namun sejauh mana kebenaran nya,hanya Shamsudin yang mengetahuinya.

Ahad, 22 Oktober 2017

JEJAK PARANORMAL_IZZATY AND THE GANG-RUMAH BOMOH BERPUAKA

Asalamualaikum dan Salam muhibbah buat semua.Kembali bersama saya dalam siaran Lagenda pulau rahsia.Dengan sebuah kisah misteri melalui pengalaman sebenar dua gadis sipemberani yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kepuasan bermain dengan entiti atau lebih mudah dikenali sebagai mahluk halus atau bahasa kanak-kanaknya Hantu.kisah ini saya paparkan melalui hasil penemuan mereka membuktikan kewujudan entiti di sebuah rumah usang peninggalan Sepasang bomoh yang dahulunya menjadi dalang dalam kerja menggugurkan kandungan.

Sebuah rumah usang berpagar diselaputi oleh akar-akar pokok kelihatan amat menyeramkan disamping suasana rumah yang hanya menunggu saat menyembah bumi menjadi tarikan Linda bersama sahabat karibnya Zatti untuk menguji keberaian dalam usaha mengesan dan menbuktikan cerita-cerita orang sekeliling mengenai rumah lama peninggalan bomoh bersama bidan misteri tersebut.Melalui pengalaman jiran serta sesiapa yang pernah melalui rumah tersebut,memang diakui kerapkali terdengar suara wanita menangis,meraung bau-bau seakan darah hanyir yang kerap kali mengganggu ditambah pula dengan kelibat wanita mendukung bayi berberapa kali kelihatan menggendong bayi nya dikawasan rumah terbabit.


Pada mulanya Linda dan Zatti cuba menyiasat siapa pemilik mahupun pewaris rumah tersebut melalui jiran-jiran dan orang yang tinggal berhampiran,setelah mengetahui rumah tersebut tidak berpenghuni sejak tahun 2000 sehingga kini kerana kematian tuan nya pada tahun tersebut,melalui jiran terdekat mereka mengumpul maklumat selanjutnya dimana mereka diperkenalkan dengan Makcik Nab seorang warga emas yang tinggal tidak jauh dari rumah tersebut.Melalui perkongsian dari Mak Nab mereka nekad untuk memasuki rumah usang tersebut untuk merasai pengalaman baru bersama entiti yang dikatakan saka dari bomoh atau tuan rumah yang asal.


Setelah mendapat segala maklumat,Linda mengajak Zatti menerjah kediaman tersebut dengan hanya berberkalkan keberaian tanpa sebarang ilmu didada.Pada hari yang dijanjikan mereka telah pergi ke rumah tersebut sekitar pukul 4 petang untuk meninjau dan mencari laluan untuk memasuki rumah kosong yang dikatakan berpenunggu tersebut.Setelah mengelilingi rumah akhirnya mereka menemui satu jendela tidak berkunci dan tidak mempunyai besi atau pagar keselamatan.Setelah memastikan tiada sesiapa yang memerhatikan mereka,Linda Dan Zatti mula memanjat jendela yang tidak berkunci untuk masuk kebahagian dalam.


Ternyata rumah yang dikatakan ber'Hantu' tersebut masih mempunyai kelengkapan seperti set kerusi kayu,almari yang telah dikosongkan namun yang pasti rumah tersebut telah bertahun tidak mempunyai bekalan elektrik.Linda begitu teruja melihat bahagian dalam rumah dimana gambar-gambar lama masih bergantung kemas.rumah yang nyata kelihatan uzur rupanya berseri di bahagian dalam.dari satu bilik kesatu bilik diperiksa sehingga lah mereka memasuki bahagian dapur.Namun yang hairannya Suasana dibahagian dapur begitu berbeza dari ruang lainnya,Dimana kelihatan takungan air berwarna hitam memenuhi segenap ruang dapur seolah-olah kolam air.Mungkin kerana zink bahagian atas tekah tertanggal sehingga menjadikan sebuah saluran air dari atap kedalam rumah sehingga bertakung.


Setelah puas menjelajah segenap pelusuk rumah tersebut,Linda dan Zatti duduk berehat dibahagian ruang tamu sambil menunggu matahari terbenam.saat menunggu ketika itu lebih kurang 6 petang,Sewaktu Linda keluar dari bilik air,Satu lembaga seperti tubuh manusia berbadan besar berdiri sambil memerhatikan Zatti yang leka menatap telefon bimbit diruang tamu.Linda seakan kejang dan hanya mampu melihat dengan mata tanpa boleh berbuat apa-apa termasuk suara seakan terkunci bersama langkah menjadi kaku.Mahluk yang bertubuh sasa dengan wajah yang begitu aneh berhidung panjang merapati Zatti yang masih leka dengan telefon bimbitnya.Linda cuba menjerit namun suara masih lagi tersekat.sehingga lah mahluk bertubuh sasa melimpasi Zatti dan memasuki sebuah almari besar dalam bilik yang tak berpintu.


Ketika itu baru lah Linda mampu bergerak dan terus mendapatkan Zatti sambil bertanya kalau-kalau dia melihat sesuatu atau merasakan kehadiran sesuatu di belakang dan sebelahnya.Namun Zatti hanya menggelengkan kepala sambil merenung tepat kearah wajah Linda yang pucat lesi terkejut melihat susuk tubuh yang lebih tiga kali ganda dari tubuhnya.Linda mula merakam video dikawasan ruang tamu kalau-kalau ada mahluk lain yang masih berada disitu sehingga lah keadaan dalam rumah perlahan-lahan menjadi gelap kerana malam menjelma.Berberkalkan lampu suluh dan mentol LED mereka memeriksa kawasan rumah dengan menggunakan kamera telefon bimbit masing-masing.


Sewaktu memasuki bilik yang tak berpintu,Azan Maghrib kedengaran dan mereka menunggu semula sehingga 9 malam.Entah kenapa perut Linda menjadi lapar secara tiba-tiba dan bekalan makanan serta air pun tak sempat nak beli siang tadi.Linda mengajak Zatti keluar untuk membeli sedikit makanan di Sebuah stesen Minyak bersebelahan rumah usang tersebut.Yang sebenarnya Zatti juga turut merasa lapar langsung bersetuju untuk keluar dari celahan papan bersama linda.Sewaktu berada di kawasan luar rumah tiba-tiba terdengar suara garau "PERGI DARI SINI" Kedengaran jelas dari dalam rumah tersebut.Linda dan Zatti hanya berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum meninggalkan rumah menuju ke stesen minyak membeli roti dan air.


Setelah selesai membeli makanan dan minuman,Linda bersama Zatti kembali kerumah usang peninggalan Bomoh Bidan semula.Sewaktu menghampiri rumah,langkah mereka terhenti apabila melihat kelibat seorang wanita berkain batik berbaju kebaya kelihatan berdiri di pintu belakang rumah tersebut.Linda dan Zatti serentak memandang tepat kearah wanita tersebut dengan wajah kelihatan dalam jangkauan 70tahun dengan rambut kemas bersanggul berambut hitam melalui cahaya lampu dari tiang elekterik yang terpasang berhampiran jalan raya,Kekihatan jelas pakaian seperti baju dan kain batik yang dipakai oleh wanita tersebut,Pandangan dari wanita yang berkain batik begitu tajam memandang kearah Zatti dan Linda.Linda mula merasa seram namun tetap memberanikan diri dengan memasuki celahan pagar yang terkoyak dan menuju kearah wanita tersebut untuk mendapat kepastian.


Sewaktu melimpasi pagar rumah,wanita tersebut telah hilang tanpa mereka sedar.Linda mencari-cari dikawasan luar rumah dan melihat kawasan jalan raya kalau-kalau wanita tersebut telah pergi atau seseorag penduduk kawasan tersebut yang datang kerumah puaka tersebut untuk memeriksa.Ternyata tiada satu pun kelibat wanita berkain batik kelihatan.Linda mula risau mengingatkan telefon bimbitnya yang di tinggalkan diatas rak pakaian diruang tamu untuk merakam Video sewaktu mereka keluar membeli air tadi.Dengan pantas Linda memasuki rumah dan segera mendapat kan telefon bimbitnya diatas rak pakaian.Namun Linda menjadi hampa kerana telefon bimbit yang ditinggalkan telah tiada disitu.


Linda memikirkan ada orang lain yang telah memasuki rumah tersebut selain mereka atau sememangnya wanita tadi telah mencuri telefon bimbit Jenama Apple miliknya.Linda mula patah hati dan kecewa sambil meminta Zatti menghubungi telefon bimbit,Namun tiada sebarang bunyi ring kedengaran.Linda dan Zati duduk di ruang tamu berhampiran lampu Led yang dipasang untuk mengalas perut dengan roti dan air.Disaat mengunyah ketulan roti,kedengaran dengan jelas bunyi air berkocak dari takungan air dibahagian dapur seperti ada seseorang berjalan dala air.Mereka mendiamkan diri sambil menunggu apa kesudahan nya.Semakin lama semakin kuat.Linda mengajak Zatti memeriksa bunyi kocakan air tersebut.baru saja Linda bangun tiba-tiba....


Terasa sesuatu yang bergegar di sebelah tempat duduknya berhampiran punggung Linda.Ternyata telefon Bimbit Linda berada di bawah sofa dengan keadaan terbalik patut lah tak nampak apa-apa cahaya saat Zati mendail tadi.Yang hairan nya macamana telefon bimbit tersebut boleh berada dibawah sofa sedangkan Linda dah letak kan dengan sempurna atas rak pakaian untuk merakam suasana rumah sewaktu mereka ke Stesen minyak tadi.sewaktu Linda mengambil Telefon nya,ternyata masih lagi dalam mod rakam.Dengan berhati-hati mereka melangkah ke arah dapur dimana ada takungan air hitam disitu.Sewaktu menghampiri pintu dapur,langkah mereka terhenti apabila.


Terpandang sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan enam ke tujuh tahun sedang mandi dalam takungan air yang kelihatan hitam siang tadi menjadi jernih.Kesemua mata kanak-kanak tersebut merenung kearah Linda dan Zatti.Tiba-tiba sahaja Linda merasakan kaki nya berat setetah di suluh dengan lampu,ternyata ada seorang kanak-kanak bergayut dibahagian peha Linda.Linda terkejut dan meronta mujur telefon bimbit pada tangan nya tak terjatuh kedalam takungan air.Linda cuba meminta bantuan Zatti namun Zatti turut mengalami sesuatu yang sama apabila seorang kanak-kanak bermata merah mendakap belakang badan Zatti dengan berpaut pada leher Zatti.Mereka mengelupur dan melarikan diri ke arah ruang tamu.


Diruang tamu Zati terasa sesuatu menjalar dan bergerak dibahagian tubuhnya dari dalam baju.Zatti bingkas bangun dan nyaris menjerit kuat apabila merasa sesuatu yang menggelikan merayap dibahagian dada dan perutnya.Linda hanya menyuluh kearah Zatti disaat Zatti menanggalkan baju nya dihadapan Linda,ternyata puluhan ekor lipas sebesar ibu jari kaki bertempiaran lari dari tubuh Zatti.Mujur tak ada yang memasuki seluar Zatti,kalau tidak terpaksa lah Zatti melupakan perasaan Malu apabila berbogel dihadapan Linda.memikirkan mereka berdua sama-sama wanita jadi Zatti tidak lah malu.


Linda masih lagi dengan rakaman nya menuju ke setiap bilik,disaat melimpasi sebuah bilik yang berbeza kedudukan nya dari bilik yang lain,Langkah Linda terhenti apabila melihat dengan jelas seorang lelaki tua berkain dengan kain kuning melilit dikepala tanpa baju sedang duduk bersila menghadap satu bekas yang berasap-asap tanpa memandang kearah Linda yang berdiri dihadapan pintu.Linda mencuit Zatti untuk melihat kearah bilik tersebut dimana lelaki tua yang dipercayai pemilik rumah tersebut sedang membuat suatu ritual khas dalam bilik.Linda percaya itu adalah bilik rawatan semasa hayat bomoh tersebut.Linda cuba mengundur untuk melarikan diri dengan perlahan-lahan.


Entah macamana,orang tua tersebut mendongak kepala sambil memandang Linda dan tersenyum namun senyuman yang begitu menakutkan terpancar dari wajah kerut orang tua tersebut.Linda Terkejut dan menarik tangan Zatti meninggalkan rumah tersebut.Dengan tiba-tiba kipas syiling tiba-tiba berpusing sedangkan rumah tersebut telah lama di putuskan bekalan elektriknya.Tanpa menghiraukan kipas tersebut,Linda dan Zatti meninggalkan rumah puaka itu dan keluar melalui celahan pagar yang terkoyak.Dengan tergesa-gesa mereka menuju ke arah kereta yang di tinggalkan dikawasan stesen minyak.Dalam kereta Linda hanya duduk menyandar sambil memegang stereng kereta dengan kemas walaupun enjin belum dihidupkan.


Zatti yang dari tadi hairan melihat gelagat Sahabatnya menegur Linda dengan menepuk bahu Linda.Linda seakan terkejut dan baru tersedar.Zatti bertanya apa yang Linda temui.Linda hanya memberitahu akan menceritakan kembali nanti.Sewaktu dalam perjalanan Linda menceritakan apa yang dilihat dalam bilik bomoh tersebut.Dimana bomoh lelaki sedang mengasapkan wajahnya dengan kemeyan dihadapan nya seorang wanita kelihatan begitu uzur sedang berusaha mengeluarkan Bayi dari celahan peha seorang wanita yang tidak kelihatan rupanya di atas tikar didalam bilik terakhir yang linda jenguk.


Zatti hanya terlopong melihat apa yang disaksikan oleh Linda,Dan Zatti memberitahu dia tidak melihat apa-apa dalam bilik tersebut sewaktu Linda mencuitnya tadi.Ternyata hanya Linda yang berpeluang melihat kebenaran misteri rumah puaka peninggalan bomoh tersebut.Sewaktu dalam perjalanan Linda memberitahu pasti akan banyak kejutan yang boleh mereka temui jika berada lama dirumah tersebut.

[Sekadar Hiasan]

Zatti pula masih leka melihat rakaman video dari telefon Linda.Ternyata satu Rakaman yang panjang selama 3jam 47 minit tidak merakam apa-apa yang misteri cuma saat telefon Bimbit Linda di alih dari atas rak pakaian,ternyata ada tangan asing yang menurunkan telefon berkenaan dan membawanya ke bahagian sofa diruang tamu!.Hanya paparan gegar serta bunyi kanak-kanak menjerit jerit yang kedengaran melalui rakaman hegitu juga aksi lelaki tua yang Linda lihat dalam bilik bersama asap tebal kemeyan bersama wanita uzur cuba mengeluarkan Janin dari wanita yang berbaring juga gagal dirakam.Linda dan Zatti menjadi hairan kerana aktiviti mereka kali ini gagal merakam kesaksian kewujudan mahluk halus yang berada dalam rumah bekas peninggalan sepasang bomoh dan bekas bidan kampung tersebut.