Sabtu, 24 Jun 2017

SYIKIN MANGSA NAFSU SAKA KETURUNAN SUAMI

Salam Sejahtera dan salam muhibbah buat semuanya.Bertemu sekali lagi dalam singkapan misteri Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan sebuah kisah misteri yang mengisahkan seorang isteri yang menjadi mangsa pemuas nafsu Jin yang menyerupai wajah suami nya tanpa menyedari insan yang bersama dengan nya pada malam kejadian adalah jelmaan saka peninggalan arwah bapa mertuanya.

Kisahnya bermula ketika Syikin menemani Suaminya Ilham menziarahi bapa mertuanya meninggal dunia.ketika itu suami Syikin baru tiba di tempat kerja sebelum satu panggilan telefon memberitahu Ilham tentang berita Ayah nya meninggal dunia.Ilham dalam keadaan kelam kabut mengemas semula beg kerjanya sebelum bergegas menjemput Syikin di butik pakaian milik mereka.Setelah memberitahu berita kematian ayahnya,Ilham bersama Syikin balik kerumah setelah memberi arahan serta memberitahu yang dia akan balik kekampung kepada pekerjanya.Selesai urusan dirumah Syikin bersama suaminya bertolah ke kampung halaman.

Sewaktu tiba,Jenazah pak Imran masih belum tiba dari Hospital namun dari jauh sudah jelas kedengaran bacaan Yassin untuk arwahnya.Ilham berhajat untuk ke Hospital namun dihalang oleh Syikin kerana bimbang kalau-kalau mereka berselisih di tengah jalan lagi pula dalam keadaan Ilham yang sedang bersedih serta bercelaru kerana baru kehilangan ayahnya.Bimbang kalau-kalau Suami nya tidak dapat mengawal perasaan ketika memandu serta membahayakan dirinya sendiri.

Dugaan Syikin tepat kerana Van Jenazah telah tiba sebelum sempai sepuluh minit.Ilham membatalkan hasratnya menjemput jenazah di Hosptal.Sewaktu Jenazah diiring masuk kedalam rumah untuk urusan memandikan jenazah,Syikin hanya memerhatikan saja kerana itulah kali pertama Syikin menghadapi kematian dalam keluarga nya.Ketika memandikan Jenazah,sewaktu Ilham meratakan air sehingga bahagian kaki arwah ayahnya.Ilham tiba-tiba terasa satu getaran kuat berlaku seolah-olah terkena renjatan elektrik.Seolah-olah ada satu tenaga memasuki tubuhnya.sehingga lah urusan memandikan serta mengkafankan jenazah selesai,

Selesai urusan mengebumikan jenazah,semua ahli keluarga kembali kerumah begitu juga dengan adik beradik Ilham yang lain.Malam tersebut berkali-kali mereka mendengar bunyi laci almari ditolak tarik oleh seseorang namum tiada seorang pun yang berani menjenguknya kerana bilik dimana almari tersebut berada ialah bilik tidur Arwah Pak Imran sebelum ini.Selama tiga hari Ilham dan Syikin berada dikampung sebelum membuat keputusan untuk balik ke Kuala Lumpur petang tersebut.

Kehidupan Syikin dan Ilham kembali seperti sedia kala. Seminggu berlalu setelah kematian Pak Imran.Ilham kembali bekerja seperti biasa dan tengahari tersebut Ilham menerima satu panggilan meminta agar dia pergi bersama pegawai atasan melawat tapak perumahan yang dimajukan oleh anak syarikat majikan Ilham.Malam tersebut selepas mengemaskan barang-barang sekadar bersiap sedia kalau-kalau terpaksa bermalam di situ.Ilham berkali-kali memesan agar isterinya berhati-hati ketika dirumah seorang diri.Begitu juga Syikin memesan agar suaminya berhati-hati ketika memandu.Walaupun berat melepaskan suaminya pergi namun Syikin terpaksa akur kerana arahan dari pihak majikan suaminya.

Ilham bertolak dari rumah selepas menunaikan Solat Isyak Syikin sekadar menemai suaminya sehingga depan pintu,sambil melambai tangan Syikin masih berdiri di pintu rumah sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan mata.Syikin masuk semula kedalam rumah dan mengunci semua pintu dan terus menuju ke bilik tidur.Malam tersebut tidurlah Syikin seorang diri tanpa suami tercinta disebelah.Sekitar pukul 11 malam Syikin terjaga apabila terasa haus,Apabila dia hendak bangun untuk mendapatkan air didapur,Syikin terkejut melihat suaminya sedang lena disebelahnya.Syikin bangun tanpa mengejutkan Suaminya kerana beranggapan suaminya kepenatan dan memerlukan rehat yang cukup.

Semasa berada didapur,Syikin terkejut dan merasa geram apabila suaminya terlupa menutup pintu peti ais sehingga membuatkan ais menjadi cair dan membasahkan sebahagian lantai dapur mereka.Berserta atas meja yang berselerak dengan bekas kulit telur yang direbus dimakan oleh suaminya tanpa mengemaskan meja sebelum tidur.Sambil membebel seorang diri Syikin membersihkan sisa-sisa kulit telur yag bersepah diatas meja.Tanpa Syikin sedar perbuatannya diperhatikan oleh suaminya.Dengan perlahan-lahan Ilham merangkul tubuh syikin dari belakang sambil mencium isterinya.Syikin yang dari mula sakit hati dengan suaminya yang menyepahkan meja makan serta tidak menutup pintu peti ais hanya terkaku dengan sentuhan suaminya yang dirasa luar biasa pada malam itu.

Kali pertama sejak mendirikan rumah tangga itu lah kali pertama Syikin dilayan begitu mesra dari suaminya.Syikin membalas kucupan suaminya sehingga terlupa akan sakit hatinya pada malam itu.Syikin menjerit manja disaat suaminya mendukung Syikin sehingga ke bilik tidur.Malam yang indah dilalui sepasang suami isteri bagaikan malam pertama diakhiri dengan keluhan kepenatan sehingga Syikin terlelap tidak sedarkan diri sehingga lah kedengaran sayup suara Azan Subuh dari cuping telinga Syikin.Ketika itu Syikin bangun dengan lemah untuk menunaikan kewajiban nya.Disaat bangun Syikin hanya tersenyum mengenangkan layanan luar biasa suaminya semalam,Syikin bangun dengan lemah mencari suaminya yang disangka mengambil wudhu dalam bilik air.Namun apabila tiba dibilik air Syikin terkejut melihat lantai bilik air yang masih kering,Syikin mencari suaminya sehingga bilik sembahyang namun tidak menemui kelibat Ilham.

Sehingga lah Syikin terperasan dari dalam apabila kereta suaminya tiada di hadapan rumah,Syikin merasa hairan kerana suaminya keluar awal sebelum menunaikan solat subuh bersamanya seperti selalu.Syikin segera kebilik air untuk mandi sebelum mengambil air sembahyang,Selesai solat subuh Syikin menunggu suaminya yang disangka ke masjid berjemaah dengan penduduk taman.Sementara menunggu Syikin baring diatas sofa rumah mereka sementar a menunggu kepulangan suaminya dari Masjid.Syikin terlelap sehingga pukul lapan pagi dan bangun dengan tergesa-gesa untuk membuka butik mereka.Semasa dalam perjalanan Syikin menghubungi telefon bimbit suaminya namun tidak berjawab sehingga lah Syikin tiba dibutik.

Sewaktu dibutik sementara menunggu pekerjanya mengemas dan menyapu,Ketika itu baru sembilan pagi,Syikin menghubungi suaminya sekali lagi.Syikin terus menyoal suaminya dihujung talian bertanya kenapa suaminya tidak balik selepas pergi kemasjid pagi tadi.Namun Suami Syikin memberitahu dirinya masih di Ipoh dan masih dalam lawatan kerja bersama pegawai atasan nya.Ketika itu barulah syikin sedar yang dia sendiri membantu mengemas pakaian suaminya petang semalam sebelum Suaminya bertolak ke Ipoh atas urusan kerja.Syikin terdiam membisu mendengar jawapan suaminya.Sehingga Syikin tidak sedar ganggang telefon jatuh dari tanganya,Syikin menjadi keliru dan bingung memikirkan soal semalamnya bersama suami.

Syikin sekadar membisu tanpa kata-kata sejenak memikirkan kembali hubungan nya dengan suami semalam sedangkan suaminya masih berada di Ipoh atas urusan kerja.Syikin menghubungi kembali suaminya bertanya bila suaminya akan balik,Jawapan dari Ilham membuatkan Syikin seakan kecewa apabila suaminya memberitahu akan berada di sana lagi dua hari.dalam perasaan kecewa dan bercelaru Syikin meletakan telefon,Tengahari itu Syikin balik awal dari biasa setelah memberi arahan kepada pekerja nya,Syikin pun meninggalkan butik untuk balik,semasa dalam perjalanan fikiran Syikin masih tertanya-tanya dia bermesraan dengan siapa semalam.sehingga lah Syikin tiba di perkarangan rumah,Syikin merebahkan dirinya diatas sofa sambil menonton siaran telivisyen.Ketika itu suaminya menghubungi Syikin menberitahu dia akan balik keesokan harinya mungkin akan sampai agak lewat.

Mendengar akan berita tersebut Syikin kembali bersemangat lantas bangun dan membersihkan dirinya dibilik air sebelum keluar semula menuju kesebuah pasaraya untuk membeki kelengkapan dapur.Sekitar enam petang,Syikin tiba dirumah,setelah mengeluarkan barang-barang belanja dari kereta,Syikin masuk kebilik untuk baring kerana kepenatan.tanpa disedari Syikin terlelap sehingga sedar pukul sembilan malam,Setelah bangun Syikin menuju kedapur untuk masak kerana kelaparan.Malam tersebut Syikin masak lebih kurang sekadar mengalas perut agar tidak kelaparan.Ketika makan Syikin mendengar pintu rumah nya diketuk berkali-kali.....

Syikin berlari kearah pintu dan mengintai dari tingkap melihat siapa yang mengetuk pintu rumahnya waktu begitu.Sewaktu melihat dari tingkap rumahnya Syikin melihat suaminya berdiri dihadapan pintu dengan membawa satu bungkusan dalam plastik berwarna merah.Syikin berlari kearah pintu untuk menyambut suaminya balik,Namun disaat Syikin melangkah kearah pintu,telefon bimbitnya berbunyi,setelah melihat paparan telefon,Syikin menjadi hairan apabila tertera di paparan menunjukan panggilan dari suaminya.Syikin sekadar melihat paparan telefon bimbitnya tanpa menjawab kerana menyangka suami nya meminta agar membuka pintu.

Namun Ketika hendak membuka pintu,Syikin terfikir sejenak bagaimana suaminya boleh menghubunginya sedangkan tangan memegang bumgkusan dan satu lagi mengetuk pintu!.Kerana tidak sedap hati,Syikin menjawab panggilan kedua suaminya,Syikin terus memberitahu agar suaminya tidak bergurau.Dihujung talian,Ilham menjadi hairan dengan apa yang dikatakan oleh isterinya.Sambil ketawa Syikin memberitahu dia tak akan membuka pintu jika suaminya masih menakutkan nya dengan bunyi ketukan kuat lagi.Ilham memberitahu yang dirinya masih berada di Ipoh dan baru bersiap-siap mengemas untuk balik ke kuala Lumpur.Sekali lagi Syikin terkejut dan seakan tidak percaya dengan apa yang suaminya katakan.

Syikin memberitahu kepada suaminya yang dia melihat Ilham diluar rumah sedang mengetuk pintu,Syikin merapatkan telefon bimbitnya kearah pintu agar Ilham mendengar bunyi ketukan terbabit.Ilham memberitahu Syikin  yang itu bukan dirinya,serta Ilham memberitahu Syikin untuk melihat tangan yang mengetuk,Syikin mengikuti arahan suaminya ternyata Orang yang mengetuk pintu runah mereka ialah Ilham suami Syikin,namun dengan cara ketukan yang bertalu-talu tanpa henti serta tidak memberi Salam membuatkan Syikin ketakutan lantas menyembunyikan dirinya didalam bilik.

Semasa berada didalam bilik Syikin mendengar suara seseorang batuk-batuk dari ruang tamu rumahnya.Syikin menghubungi pekerjanya agar datang menemuinya dirumah dengan kadar segera.Ketika pekerja Syikin tiba,Jelmaan suaminya telah tiada di luar pintu.Malam tersebut Syikin ditemani pekerjanya sehingga subuh.sekitar tujuh pagi barulah Syikin membenarkan pekerjanya balik sambil memberitahu kepada pekerjanya yang hari itu dia akan bercuti,Dan membenarkan pekerjanya cuti bergaji tanpa perlu membuka butik.Sepanjang hari Syikin ketakutan mengenangkan kehadiran mahluk menyerupai suaminya bermula dari bilik tidur sehingga mengetuk pintu berkali-kali tanpa henti.

Suami Syikin sampai dirumah agak awal dari yang dirancangkan,Syikin menceritakan peristiwa yang berlaku dirumah sejak suaminya berada di Ipoh.Namun Syikin merahsiakan hubungan ranjangnya dengan jelmaan suaminya pada malam pertama suaminya di Ipoh.Dari cerita yang disampaikan oleh isterinya,Ilham mengajak Syikin menemui seorang kenalan yang mengetahui serba sedikit tentang perkara mistik.Setelah menceritakan kisah-kisah yang berlaku,Kenalan Ilham memberitahu yang menggangu Isterinya sebelum ini merupakan "Saka" dari arwah bapa mertuanya.

Kenalan Ilham memberikan sebotol air Yassin untuk di renjiskan didalam rumah serta mengingatkan Ilham agar mendengarkan alunan bacaan ayat suci didalam rumah.Rakan Ilham juga menceritakan sebenarnya yang wujud menggangu isteri Ilham hanyalah gangguan halus dari Saka yang dijaga oleh arwah ayah Ilham.Ilham cuba mengikuti arahan dari kenalannya agar merenjiskan air Yassin didalam rumah serta memasang aluan ayat suci dari radio dirumah nya.Walaupun air berserta aluan ayat Suci telah dibuat,Namun jelmaan tersebut masih lagi menggangu Syikin walaupun dari jauh.setelah sekian lama,setelah setahun berlalu,Suara serta jelmaan Suami Syikin menghilang bergitu sahaja sehingga menjadi misteri dalam kehidupan Syikin dan suaminya sehingga kini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan