Sabtu, 22 April 2017

INI YANG HARUS ANDA TAHU TENTANG PULAU BESAR MELAKA

      Asalamualaikum dan Salam muhibbah buat semua.Kembali bersama saya dalam ruangan Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan hasil perjalanan hujung minggu kami ke sebuah lokasi menarik di Melaka.Iaitu Sebuah pulau yang dikatakan ber'Misteri serta menjadi Lagenda.Pulau Besar hanya berberapa kilometer jauhnya dari jeti Anjung Batu.Hari ini saya pasti ramai yang tahu akan kewujudan pulau Lagenda ini dimana dahulunya merupakan sebuah pangkalan perniagaan serta titik awal penyebaran Ugama Islam dimana ramai ahli-ahli sufi mendapat ilmu melalui guru-guru Ugama disini.Sehinggakan menjadi sejarah apabila sebuah makam yang menempatkan waris keturunan Rasullullah S.A.W bersemadi di pulau ini.

Melalui Bandaraya Melaka kami melalui jalan utama Lebuh raya Alor Gajah Melaka Jasin(AMJ) dan masuk di persimpangan duyung dan seterusnya kami menemui sebuah pekan berhampiran sekolah Henry Gurney.Lebih kurang dalam 20minit pemanduan akhirnya kami memasuki persimpangan Anjung Batu.Di Anjung Batu jika hari-hari biasa Jeti agak sunyi melainkan hari Sabtu Dan Ahad dimana pengunjung dari seluruh pelusuk Malaysia termasuk dari Negara Jiran akan tertumpu di jeti ini kerana hanya disini sahaja ada menyediakan perkhidmatan Ferri untuk Ke Pulau Besar.Tak kira atas urusan yang kami tidak pasti yang nyata ramai berpusu-pusu ada yang sihat,sakit malah ada yang datang bersama peralatan memancing sekali.


Dalam hati terasa begitu teruja untuk melangkah di pulau Keramat ini setelah berberapa tahun yang lepas kami sekumpulan pernah bercuti disini.Ya antara tarikan disini ialah "Ketenangan".Disini penduduknya ramah disamping keadaan pantai yang bersih,jernih serta kelengkapan asas sudah tersedia.Kami melangkah kedalam Ferri Sinar Harapan yang dibina seoalah-olah sebuah Bas pengangkutan darat yang akan menghantar kami bersama pengunjung yang lain dengan kadar tambang RM15.00 untuk pergi dan balik.Tak kira lah berapa lama anda berada dipulau selagi tiket anda tak hilang anda boleh balik.Namun jika hilang Mungkin ada lah pertimbangan pihak pengurusan Ferri agaknya.


Kurang setengah Jam kami pun tiba di Jeti Pulau besar.Jelas kelihatan pantai kebiruan seolah-olah melambai kehadiran kami.Disini kami disambut oleh pemandu-pemandu  Van yang akan membawa kami ke lokasi yang sesuai untuk didiri kan Khemah.dengan kadar bayaran RM2.00 Seorang.Kami diturun kan dihadapan Masjid Pulau Besar.Satu-satu nya Masjid di Pulau Besar berhampiran Makam Sultanul Ariffin.Sultanul Ariffin ini adalah dari susur galur keturunan Nabi Junjungan Baginda Rasullullah S.A.W setelah wafat dimakam kan di Pulau Ini.Setelah menunaikan apa yang patut kami mulai bergerak untuk melihat keindahan pulau ini.bermula dari Muzium Pulau Besar.

( PULAU BESAR MELAKA)



1)MUZIUM PULAU BESAR 

Muzium pulau besar terletak di awal jalan dimana pintu masuknya betul-betul menghadap jalan raya.Disitu terdapat replika-replika stuktur kedudukan gua-gua,makam-makam yang berada di Pulau ini.Dan sebuah patung dibina melambangkan Gua Yunus dimana ada patung tak ubah seperti manusia hidup sedang berzikir diatas batu putih sesuai dengan keterangan yang dipamerkan berhampiran patung tersebut.Selain itu terdapat gambar-gambar serta nota-nota yang menceritakan tentang salasilah Pulau Besar.Termasuk lah patung-patung nelayan dengan hasil tangkapan untuk tatapan pengunjung.

2)MAKAM TOK JANGGUT/ TOK PUTIH

keluar dari Muzium kami menemui DUA makam berhampiran dimana kedua-dua makam did dipagar untuk mengelak kan sebarang aktiviti-aktiviti pemujaan atau Kuraffat.Memang jelas kelihatan Colok atau setanggi di nyalakan di sekitar Makam walaupun telah dipagar.Kami lihat berberapa kumpulan sedang berdoa diatas makam tersebut.


3) MAKAM SULTANUL ARIFFIN/ SHARIFAH RODZIAH / TUJUH BERADIK

Berhampiran Masjid Pulau Besar kelihatan sebuah bangunan yang dibina khas menempatkan Makam Sufi iaitu Makam Sultanul Ariffin,Kami hanya berpeluang mengintai dari celahan pagar kerana bangunan ini di kunci.Dihadapan makam terletak satu papan tanda yang menerangkan sala silah Sultanul Ariffin antara cucu cicit Banginda Rasullullah S.A.W yang di makamkan di Pulau Besar.Di kawasan tersebut juga saya lihat ada barisan makam-makam biasa menurut keterangan pemandu arah kami,makam-makam tersebut menjadi tempat persemadian Lagenda Tujuh beradik.Dimana makam asalnya bertempat berhampiran kawasan perkhemahan namun di pindahkan berhampiran Makam Sultanul Ariffin untuk mengelakan kegiatan Kuraffat di kawasan Makam.


Dibahagian gerbang masuk ke Masjid terdapat satu lagi makam luar biasa,Makam terssbut dipagarkan dengan batu Berukir.Melalui papan kenyataan yang didirikan berhampiran Makam tersebut tahu lah kami itu ialah Makam Sharifah Rodziah.Jelas terpampang di papan tanda Amaran dari Majlis Agama Islam Melaka agar tidak melakukan sebagarang kegiatan Kuraffat di kawasan perkuburan.

4) D'PUTERI RESORT /CAFE D' PUTERI

Tidak jauh dari makam Sultanul Ariffin,makam Sharifah Rodziah serta Masjid terdapat sebuah Resort untuk penginapan pengunjung yang membawa keluarga serta anak-anak.Resort ini dilnengkapi dengan Kolam Renang dan sebagainya.Di bawah resort ini terdapat sebuah cafe iaitu D'Puteri Cafe,cafe ini menjual beraneka makanan seperti masakan berlauk mahupun masakan panas seperti nasi goreng,mee Goreng dan sebagainya.

5) WAKAF SULTAN ARIFFIN

Sebenarnya disini anda tidak perlu risau soal makanan dan minuman.selain dari Cafe D'Puteri juga terdapat Medan selera berhampiran dengan gerai Majlis perbandaran tidak jauh dari Muzeum.Anda boleh memilih untuk makan di cafe ataupun Medan selera.Bukan itu sahaja disini turut di sediakan makanan percuma untuk sesiapa sahaja kerana terdapat sebuah bangunan wakaf Sultanul Ariffin yang menyediakan makanan untuk pengunjung namun bukan sentisa ada ya...melain kan tiba waktu makan seperti tengahari dan sebagainya.

6) KAWASAN PERKHEMAHAN

Tidak jauh dari Wakaf Sultanul Ariffin terdapat satu kawasan yang dikhaskan untuk mendirikan khemahSesiapa sahaja dibenarkan untuk mendirikan khemah.disini kebanyakan khemah dihuni pengunjung yang tinggal agak lama sehingga kan dibahagian penghujung terdapat berberapa khemah yang telah diubahsuai menjadi pondok.Juga anda boleh memilih untuk menyewa khemah kosong yang disediakan untuk pengunjung yang ingin merasakan keasyikan malam di pulau ini.

7) PERIGI KERAMAT NENEK KEBAYAN

Di penghujung kawasan khemah terdapat satu laluan berjalan kaki yang akan membawa anda ke sebuah padang golf.dibahagian kiri padang tersebut anda akan menemui sebuah perigi.Perigi ini di panggil Perigi Nenek kebayan oleh penduduk pulau.Berberapa pendudu menceritakan konon nya perigi tersebut mengandungi khazanah.dimana orang-orang terpilih serta bernasib baik akan menemui barang-barang lama didalamnya.Ada juga yang menceritakan mereka menemui Keris lama,syiling tembaga,dulang dan sebagainya.Namun sejauh mana kebenaran nya saya pun tak tahu,kerana saya pun tak pernah terjun kedalam perigi tersebut.Dengan keadaan air yang keruh,mungkin merbahaya jika turun kedalam nya.mana lah tau kalau-kalau ada benda tajam dan sebagainya.

8) MAKAM KERAMAT ULAR

Tidak jauh dari perigi nenek kebayan anda akan lihat di kaki bukit sebelah kiri.terdapat batu-batu besar dimana diantara batu tersebut persis seperti Kepala Ular gergasi mungkin kerana stuktur serta rupa bentuk batu tersebut seperti kepala ular gergasi,mungkin kerana itu penduduk asal pulau ini menggelar batu tersebut makam Keramat Ular.TETAPI sewaktu kunjungan kami,Mungkin secara kebetulan saya terjumpa anak ular berwarna-warni berhampiran akar pokok tidak jauh dari Gua Keramat Ular.Mulanya saya cuma ingatkan tali namum semakin saya hampir anak ular tersebut perlahan-lahan menyusup kedalam lubang akar yang reput dan terus menghilang.

9) MAKAM NENEK KEBAYAN

Setelah melawat makam Keramat Ular kami berpatah balik dimana kami tidak berjaya mendaki untuk melihat sebuah kawasan yang dikatakan bekas Panglima Hitam berlatih silat di atas bukit kerana laluan nya agak sukar untuk kami jejaki.(mungkin bukan rezeki kami untuk tiba disana) Kami kembali ke arah perigi Nenek Kebayan dimana sebelah kiri nya terletak sebuah kawasan yang dipercayai tapak Makam Nenek Kebayan.Sewaktu tiba disana,sekali lagi kami temui situasi aneh dimana berberapa pengunjung mengelilingi Makam tersebut dengan timbunan daun sireh di susun rapi diatas Pusara.Begitu juga dengan setanggi dibakar membuatkan kawasan Makam menjadi harum.


10) GUA YUNUS

Setelah melawat Makam Nenek Kebayan Kami meneruskan perjalanan menuju ke Gua Yunus.perjalanan ke Gua Yunus agak mencabar sedikit.Dari Makam Nenek Kebayan kami mendaki kawasan berbukit sedikit merentasi kawasan padang Golf sehingga lah kami menemui jalan yang siap disimen.dari awal laluan tersebut jelas kelihatan kebiruan laut dibahagian belakang Pulau Besar.Kami menuruni bukit melalui jalan tadi sehingga kami menemui padang Golf.dibahagian kiri terdapat satu lorong tikus dimana cuma laluan berjalan kaki yang hampir hilang ditelah rumput-rumput tinggi.


Laluan yang sempit meyusur tepian pantai kamudiannya mendaki batu-batu besar dengan titian hanyalah sekeping papa.situasi jalan yang mendaki dan menurun tidak sesuai untuk ibu-ibu mengandung,warga emas,mahupun yang lemah semangat.Pastikan kasut betul-betul kukuh atau selipar yang cengkam.Bimbang akan tegelincir ketika melalui batu-batu besar.Tiada tangga atau titian untuk berpegang.yang ada cuma pokok-pokok kecil.Sehingga lah kami menemui satu batu yang berbeza dari batu-batu yang lain.Batu ini agak ke arah laut sedikit.Untuk melihat kedalam gua ini kami harus menempuh satu lagi laluan curam sehingga lah kami tiba dibahagian bawah dimana disitu terletak nya Gua Yunus.


Laluan sempit untuk memasuki Gua Yunus namun apa yang ada didalam nya hanya lah sebongkah batu besar berwarna putih.dimana batu tersebut merupakan tempat duduk nya Seorang ahli sufi berzikir.memang pemandangan dari dalam gua ini amat menarik dimana ianya menghadap laut disamping itu Gua tersebut berada di bawah batu besar.Dihadapan Gua berdirinya sebuat lagi batu besar.Telah dibina tangga untuk mendaki batu tersebut berbanding berberapa tahun yang lepas hanya tali yang bergantung untuk pendaki bergayut untuk melihat puncak batu tersebut.Apa yang menarik dipuncak batu tersebut ialah satu kesan sepeti bekas tapak kaki.dimana penduduk memberitahu iatu ialah bekas tapak kaki Yunus.Jika dibandingkan tapak kaki saya mahu 20 kali ganda agaknya.


11) TASIK MASIN TAWAR

Setelah meninggalkan Gua Yunus kami menyusuri tepian pantai menuju ke arah banglow lama tidak jauh dari Padang Golf.memang jelas kelihatan bamgunan tersebut.Dari jauh kelihatan amat sepi.akhirnya kami tiba di tasik masin tawar melalui pemandu kami beliau memberitahu tasik tersebut bercampur dengan air laut dan semestinya masin namun disitu saya lihat banyak ikan Talapia merah,putih kelihatan jinak mungkin menunggu makanan.Pada pandangan saya Tidak mustahil jika air tersebut menjadi payau walaupun berhampiran laut memandangkan daun-daun kering bangak berguguran serta berada didasar tasik.disamping itu Tasik tersebut mempunyai aliran dari hulu.kemungkinan adanya sumber air dari mata air yang membuatkan air tersebut tawar.


Soal ikan-ikan didalam tasik.Saya rasa kurang logik kira nya ikan tersebut datangnya dari laut seperti yang dinyatakan oleh pemandu kerana setahu saya.Ikan Talapia berasal dari kolam dan memang kehidupan ikan spesis ini berada dalam air Tawar.Besar kemungkinan ada penggunjung yang membawa ikan-ikan ini ke tasik ini untuk di pelihar memandangkan kawasan tersebut merupakan hutan simpan persendirian iaitu dimiliki oleh Tansri Azmi.Sebahagian besar dari Pulau Besar dimiliki oleh beliau.mungkin pekerja Tansri membela ikan disitu waalahu Allam.

12) HOTEL / BANGALOW TIDAK BERPENGHUNI

Akhirnya kami tiba di kawasan Hotel/Bangalow secara kebetulan.Sebenarnya kawasan Bangalow ini telah dipagar dan tidak dibenarkan sesiapa berada disitu selain mendapat kebenaran.Namun agaknya rezeki kami.sewaktu menyusuri pantai kami dapati pagar terbuka dan tidak berkunci sehingga pemandu kami membawa kami melintasi kawasan Bangalow untuk memintas jalan.Di kesempatan itu kami sempat berehat seketika di kawasan jalan raya berhadapan Hotel.Saya memberanikan diri meninjau kedalam Hotel,Setakat lihat dari luar ya...bukan masuk.Sebab pintu semua dikunci dan dipagar.jadi kami hanya mampu melihat melalui luar.keadaan Hotel masih sempurna dan serta kemas teratur.Sewaktu melihat-lihat dikawasan Hotel kami ditegur oleh seorang pakcik berusia dalam lingkungan 50an.Memberitahu kami bahawa kawasan tersebut adalah kawasan larangan!.


Setelah mendapat serba sedikit maklumat mengenai Hotel serta kawasan tersebut kami meninggalkan Bangalow tersebut.untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.Jika lihat pada mata kasar Hotel tersebut memang berpotesi untuk maju memandangkan kedudukan serta rekabina nya namun mungkib Pemilik mempunyai alasan tersendiri sehingga Hotel tersebut ditinggalkan begitu sahaja.Saya pasti jika anda berada dikawasan Hotel tersebut diwaktu Malam pasti akan hadir nya perasaan takut serta seram.Manakan tidak....siang hari pun dah terasa sunyi sep,apalagi jika malam ditambag pula dengan suasana gelap gelita.


13) PERIGI BUNIAN

Setelah meninggalkan Banglow tersebut kami dibawa ke satu kawasan di mana kami temui sebuah perigi kecil yang di naik taraf menggunakan batu bata.Menurut kata pemandu kami,Perigi tersebut di Panggil Perigi Bunian.Saya perhatikan kawasan perigi agak semak mungkin kurang pengunjung memandangkan pokok menghalang laluan untuk kesitu.Begitu juga dengan perigi.Tiada apa pun yang pelik pada perigi tersebut cuma kekihatan agak kecil serta disediakan gayung untuk pengunjung merasai kedinginan air tersebut walaupun panas terik matahari.Saya mencedok air dari perigi menggunakan timba yang disediakan ya....memang jelas terasa airnya teramat dingin.sehingga kan ada pengunjung awal membawa air perigi tersebut bali dengan mengisinya kedalam botol


Setelah dicabar bersama perasaan ingin tahu saya memberanikan diri untuk masuk kedalam lubang perigi tersebut dimana saiz permukaan perigi lebih kurang satu kaki persegi sahaja.Saya berhati-hari menurun kan badan melalui batu-batu dalam perigi.Wahhh.....airnya teramat lah sejuk bagaikan air baru keluar dari peti Ais.disitu kami berehat seketika bersama bekalan air mineral yang di bawa.Lebih kurang setengah jam berehat kami meneruskan perjalanan untuk mendaki pula.


14) BATU BELAH

Perjalanan yang saya kurang pasti mungkin kepenatan saya cuma mengekori rakan-rakan bersama jurupandu kami mendaki dan menurun bukit meredah laluan sempit sehingga lah kami tiba di satu kawasan berbukit dimana disitu terletaknya sebuah batu besar bagaikan sebuan tembok dinding berwana hitam namun sayang,Sayang saya katakan kerana batu ini merupakan khazanah sejarah yang bernilai berada dipulau ini diconteng dengan angka-angka nombor ekor,Saya pasti adanya insan-insan melakuka upacara pemujaan di kawasan batu ini.Saya begitu tertarik mendengar penerangan dari jurupandu kami dimana melalui cerita beliau batu besar tersebut pada asal nya bukan terpisah dua namun sebongkah batu besar bersaiz rumah.Kononnya suatu masa dahulu seorang pendekar telah menguji kekuatan tenaga batin dari persilatannya.Dan batu besar tersebut terbelah namun ada berberapa versi yang saya dengar,ada yang mengatakan batu tersebut terbelah akibat hentakan penumbuk pendekar tersebut.Dan ada pula yang menceritakan batu tersebut terbelah akibut tusukan Keris keramatnya.Namun sejauh mana kesahihanya saya pun kurang pasti.


15) TASIK BIAWAK

Setelah melihat sekitar kawasan Batu Terbelah kami meninggalkan kawasan tersebut dan menuju ke sebuah tasik buatan manusia yang diberi nama Tasik Biawak.Saya memikirkan ianya sekadar nama panggilan untuk tasik tersebut namun setelah puas menuruni curam bukit akhirnya kami tiba di Tasik biawak.Disitu saya lihat keadaan tasik sudah tidak terurus seperti sebuah kolam tinggalan.Dimana rumput-rumput tinggi mulai tumbuh disekitar tasik begitu juga ada sedikit busut di tengah tasik sudah ditumbuhi pokok-pokok kecil.Ada berberapa ekor biawak bersaiz biasa kelihatan di tebing tasik namun kelihatan begitu takut dengan kehadiran kami apabila biawak kelihatan berlari lintang pukang kedalam hutan.


Mengikut penerangan jurupandu kami,dahulunya tasik tersebut agak menakutkan kerana menjadi himpunan biawak-biawak yang menghuni pulau ini.Begitu juga terdapat biawak Komodo yang dibawa untuk menghuni pulau.Biawak Komodo ini bersaiz lebih besar dari biawak yang biasa kita lihat.Jika sekali pandang pasti akan memikirkan ianya ialah Buaya.namun itu lah yang dinamakan Biawak Komodo hahaha.akhirnya kami dibawa ke bahagian hadapan dimana kami ditinggalkan di kawasan Makam Sultanul Ariffin.


AKTIVITI MALAM / PERKHEMAHAN

Kami singgah di Cafe D'Puteri untuk makan sambil berehat sebelum meneruskan aktiviti selanjutnya iaitu memasang khemah,mencari kayu untuk persiapan malam.Setelah kenyang sambil mendengar celoteh jurupandu kami akhirnya kami meneruskan perjalanan ke kawasan perkhemahan.Dari satu tapak ke satu tapak kami temui namun tidak menepati kehendak hati sehingga lah kami menemui kawasan yang agak sesuai iaitu dibalik tambakan tanah berhampiran makam Bonda tujuh beradik.siap sahaja membersihkan kawasan tapak kami bersama-sama mendirikam khemah sebahagian mencari kayu reput untuk dibuat unggun api.Sekitar 3 petang segala persiapan telah pun tersedia.Dimana khemah telah pun didirikan dengan sempurna.


Sementara menunggu waktu Maghrib kami duduk mendengar kisah atau cerita mengenai Pulau Besar melalaui Pemandu arah kami.Menurut kata beliau sebenarnya ada lagi kawasan yang kami tidak temui iaitu kawasan Pokok Ruku' menurut beliau pokok ini mendapat perhatian pengunjung dimana pokok tersebut dilihat seolah-olah orang sedang melakukan ruku dalam Solat.Tidak jauh dari kawasan perkhemahan Kami terdapat sebuah wakaf iaitu Wakaf Bonda Tujuh Beradik.Wakaf ini disediakan oleh penduduk setempat untuk memasak barang-barang yang di sumbangkan oleh orang-orang yang menunaikan hajat.


16) PENDEDAHAN DARI PENDUDUK_MISTERI PULAU BESAR

selepas Makan malam hasil masakan tangan bersama kami pergi ke Masjid sebelum singgah di Wakaf Sultanul Ariffin.Malam tersebut wakaf kelihatan begitu meriah dimana ramai pengunjung menikmati makanan percuma dari wakaf.Sewaktu dalam perjalanan kami disapa oleh seorang pakcik sambil mempelawa agar kami mengambil makanan di wakaf.namun memandangkan kami sudah pun makan kami hanya mengambil air Teh O panas dan kembali duduk bersama pakcik tersebut.Pakcik tersebut memberitahu dia telahpun mendiami pulau Besar lebih dari 15 Tahun.Dalam keramahan pakcik tersebut saya cuba mendapatkan berberapa maklumat mengenai Pulau tersebut.Pakcik Tersebut menceritakan Pulau Besar dahulunya memang keras (Berhantu) namun setelah sekian lama melalui peredaran masa kini Pulau besar  dah bersih!. Segala mahluk halus yang menghuni pulau tersebut sudah pun di pindahkan.


Namun walaupun begitu kami dinasihatkan agar menjaga pertuturan sewaktu berada di Pulau ini.Sambil berseloroh Pakcik tersebut memberitahu kami,Pulau Mana yang tidak berpenunggu🤔.Pakcik turut bercerita tentang pengunjung-pengunjung pulau tersebut,dan kebanyakan mereka datang ke pulau tersebut dengan niat,Ada yang datang berniat hendak berubat,melafaskan nazar malah ada yang datang dengan niat menurun atau memuja.Dahulunya pernah ada sekumpulan pelajar datang untuk berkhemah disitu namun sekitar awal pagi Pakcik tersebut dikejutkan dengan berita ada diantara pelajar disitu diganggu mahluk halus.Menurut kata pakcik,tidak mumgkin mereka diganggu jika tidak melalukan sesuatu perkara atau mungkin kerana ketelanjuran mulut berkata.Pelajar tersebut dikatakan disampuk sehingga meracau.Ada juga kisah khemah pengunjung dicakar dari luar,Ada pula cerita mengatakan berberapa pengunjung melihat kelibat Pontianak diatas batu berhampiran Pulau.Namun selama 15 Tahun pakcik tersebut menetap di situ,belum pernah sekali pun dia diganggu.


Setelah berberapa jam mendengar kisah-kisah menarik dari pakcik yang berasal dari Kelantan tersebut,Kami meminta izin untuk kembali ke khemah.Sewaktu melimpasi kawasan perkhemahan,kami dikejutkan dengan satu bunyi yang aneh dimana jelas kedengaran dari atas tebing bukit satu bunyi seperti sesuatu mengelongsor kearah kami.Dengan sepantas kilat masing-masing menyuluh kearah tersebut namun tiada apa yang pelik kami saksikan.Kami mengabaikan bunyi tersebut dan meneruskan perjalanan ke kawasan khemah kami.malam tersebut udara terasa begitu dingin berserta angin sepoi dan adakalanya kencang seperti memandakan hujan akan turun.Kami bersiap-sedia mengemaskan pakaian serta barang-barang penting kedalam beg bersiap sedia sekiranya perubahan cuaca yang luar biasa.


Rupanya firasat kami tepat sekitar pukul 3 pagi saya terjaga apabila di kejutkan oleh rakan.Ketika bangkit saya merasa begitu dingin dibahagian bawah hujan turun dengan begitu lebat sekali,Mujur khemah kami tidak diterbangkan angin.Dua orang rakan kami di khemah berlainan hanya mendiamkan diri mungkin penat sehingga tidak menyedari cuaca buruk melanda khemah.Syukur khemah kami berada di kawasan berbukit,Jadi air tak lah masuk kedalam khemah.Oleh kerana hujan masih turun dengan lebat kami masih berjaga sehinggalah sekitar lima pagi kami dikejutkan dengan bunyi aneh datang dari arah belakang khemah.Kami hanya mampu mendiam kan diri sambil bersedia menghadapi walau apa pun rintangan.Berserta bunyi serta gerakan betul-betul di tepi khemah berhampiran dengan saya.Dalam hati niat nak tikam dengan parang tapi takut lain pula jadinya.Sehingga lah lebih kurang satu jam.Mahluk tersebut meninggalkan khemah kami mungkin mengetahui matahari mulai terbit serta hujan telah pun berhenti.


Akibat terlalu mengantuk saya tersedar tepat 10 pagi apabila mendengar suara rakan-rakan bercakap-cakap di luar khemah.Rupa-rupanya mereka menunggu saya untuk mandi laut.Dengan perasaan Malas saya bangun mengekori mereka ke Pantai di balik pulau.disitu lah kami mandi sepuas-puasnya lagi pun Pantai sepi yang ada pun cuma suara kami.setelah puas kami balik ke khemah untuk mengambil pakaian persalinan sebelum ke bilik mandi di wakaf Sultanul Ariffin.Setelah siap mandi kami mengemas pakaian,khemah,mengumpul sampah kami pun berjalan menuju ke Cafe D' puteri untuk makan sebelum mengambil keputusan ke jeti dengan berjalan kaki.Sambil menunggu ketibaan ferri,kami berbual mengenai bunyi yang kami dengar semalam.Rupa-rupanya sekumpulan Babi hutan mencari makanan sehingga sisa makanan yang kami kumpulkan dalam plastik diselongkar.Juga terdapat kesan sondol pada tanah berhampiran khemah.Rakan saya memberitahu,mujur lah dia cuma menyondol tanah.Kalau dilanggarnya khemah malam tadi,Tak pasal-pasal lencun akibat terjun kelaut😀.


Begitu lah serba sedikit catatan melalui perjalanan kami kali ini.daripada pengelaman saya selama berada di pulau setelah melawat berberapa kawasan menarik sekitar pulau,Kesimpulan yang dapat saya kongsikan ialah,Pulau Besar merupakan sebuan kawasan bersejarah,mempunyai kuasa tarikan tersendiri,mengandungi kesan-kesan sejarah yang kekal disana.Kini Pulau Besar jauh lebih maju dan indah berbanding dahulu memandangkan bekalan elektrik terus dari Tanah besar ( Melaka) telah pun di salurkan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad ( TNB ).Bermakna segala kelangkapan jauh lebih maju berbanding dahulu cuma menggunakan tenaga dari janakuasa elektrik.


Cuma berberapa kemudahan yang masih berkurangan disini iaitu Kedai serbaneka seperti kedai runcit, Bilik mandi di bahagian kawasan perkhemahan dan sebagainya.Memandangkan Pulau Besar merupakan antara satu tarikan pelancungan bagi Negeri Melaka.mungkin ada baiknya jika diwujudkan kedai runcit dan sebagainya untuk kemudahan pengunjung serta penduduk setempat yang menjadi penghuni kekal pulau ini.


Antara keistimewaan Pulau Besar ialah,Pantainya yang bersih,lautan membiru jelas kelihatan,tempat-tempat keramat dan bersejarah,suasana semula jadi yang tercipta disini.dan Semestinya Ketenangan jiwa.Sesekali setelah menghadap bebanan kerja,kesesakan lalu lintas mungkin ada baiknya anda cuba datang kesini.Sekian untuk perkongsian kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca coretan lembaran kembara Pulau Besar Melaka dari kami di Misteri Pulau Rahsia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan