Ahad, 23 April 2017

HIMPUNAN KISAH SERAM KAKI PANCING

Salam sejahtera dan Salam muhibbah buat semuanya.Kembali bersama saya dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia,Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan berberapa pengelaman misteri nyata yang saya temui dan rasai sendiri sewaktu melayan kegilaan melayan joran serta keghairahan bertarung dengan ikan-ikan liar disungai.Pasti di luar sana ramai kaki pancing yang mempunyai pengelaman berhadapan dengan gangguan mahluk halus sewaktu meredah hutan menyusur aungai untuk mencari lokasi terbaik untuk melabuhkan mata kail.

Sememangnya Saya akui sejak dahulu saya amat meminati hobi memancing,Pantang ada waktu terluang,Setiap hari tak kira pagi petang mahupun malam,Kadang kala seorang diri pun sanggup meredah hutan belantara mencari lubuk tua untuk melabuhkan mata kail.

Bagi anda yang meminti aktiviti memancing pasti tahu kenikmatan dan kepuasan saat mata kail diragut ikan besar mahupun yang kecil,yang penting saat pertarungan melawan kekuatan seekor ikan sehingga berjaya dinaik kan Merupakan satu kepuasan maksima bagi seorang kaki pancing.Ingat lagi suatu ketika dahulu bersama rakan berhempas pulas  menundukkan Toman seberak 16 kilo.Antara ikan sungai yang besar pernah saya tawan dengan hanya menggunakan Joran udang 20lb.Hampir satu jam dihabiskan untuk memujuk Kepala Ular agak berlembut mengikut rentak joran sehingga berjaya dinaik kan ketebing sebelum dibebaskan semula,Agar pemancing lain dapat merasakan keganasan ikan toman liar dari sungai hutan dara di sebuah daerah di kota tinggi.

~DI TUNJAL MAHLUK HALUS DI SUNGAI ULU SEDILI

Berberapa pengelaman misteri yang pernah saya lalui sewaktu melayan minat memancing.Antara nya yang masih segar di ingatan,ketika itu cuaca amat baik dengan Langit cerah bersama awan kebiru-biruan menambahkan lagi keghairahan melayan keganasan ikan dalam sungai.Dari rumah sekitar pukul 12 lebih tengahari walaupun seorang diri saya tetap juga pergi dengan harapan dapat bertarung dengan ikan lebih-lebih ikan sebarau yang pastinya mempunyai saiz sederhana tetapi mempunyai kelicikan yang tidak boleh dipandang mudah.

Melalui jalan kota tinggi mersing,saya memasuki sebuah jalan tanah merah sehingga lah lebih kurang lima minit kita akan tiba disebuah sungai besar.Ketika tiba saya perhatikan berberapa buah kelong tidak berpenghuni begitu juga sepanjang tebing sungai yang biasa menjadi tumpuan kaki pancing melayarkan tali pancing mereka kelihatan sunyi sepi tanpa pemancing.Suasana begitu membuatkan perasaan terkobar-kobar melabuhkan mata kail ke permukaan air semakin membara disamping kocakan air dari libasan ikan belida seakan-akan mencabar untuk didaratkan.

Berumpankan udang hidup saya melontar mata kail buat kali pertamanya.Sungai ketika kelihatan tenang.Baru nak cucuk umpan kedua,mata kail mula diusik-usik ikan sehingga kelihatan melentik ditarik kedasar.Senyuman kegembiraan mula terpancar dibibir walaupun cuma seorang diri.Rel dipusing sambil melayan henjutan ikan yang belum dikenal pasti.Semakin di tarik semakin dilawan.kurang lima minit keceburrrr.....lambungan seekor ikan sebarau sebesar lengan dewasa mula menunjuk kan diri.Dalam berberapa minit sahaja ikan sebarau sebesar lengan berjaya didaratkan.Keanehan pada ikan tersebut membuatkan saya mengambil keputusan membelanya,dimana sisik ikan tersebut berwarna kuning keemasan dengan warna jalur melintang dari bahagian kepala ke bahagian ekor berwarna kebiruan pekat.

Amat berbeza dengan ikan sebarau yang pernah saya temui sebelum ini,kebiasaan nya sebarau bersisik putih dengan sirip berwarna merah dengan jalur hitam kelihatan menegak dibahagian badan,berbeza dengan yang baru saya perolehi dengan sisik berwarna kuning keemasan berserta sirip juga berwarna emas dengan garis jalur yang pelik kelihatan membujur dari kepala ke bahagian ekor.Saya meletakkan ikan tersebut dalam baldi dengan berbekalkan oksigen melalui motor yang berkuasakan bateri dengan harapan ikan tersebut hidup dan akan dipelihara dalam akuarium.

Selepas itu saya menerukan memancing,Namun selepas mendaratkan ikan tersebut umpan langsung tak terusik.Sehingga berberapa jam disitu langsung seekor pun tak dapat.Kali terakhir saya melontar umpan dimana mata kail tersangkut pada akar atau kayu didasar sungai.Saya terpaksa memotong tali kerana payah untuk diputuskan (benang 80lb).selepas memutuskan tali pancing,saya melihat seketul batu besar berada betul-betul berhampiran dengan kaki,saya ingin duduk diatas batu tersebut.baru saja punggung hendak berlabuh,tiba-tiba saya terasa dengan begitu ketara tangan seseorang menunjal bahagian punggung.Saya hairan kerana tiada ranting mahupun kayu apalagi seseorang diatas batu tersebut.

Dengan keadaan marah dan hampa saya menolak batu sebesar tong cat 10 liter ke dalam sungai memandangkan batu tersebut betul-betul berhampiran tebing.Sekali batu tergolek namun tehenti dipertengahan tebing,dan yang pelik nya batu sebesar itu tidak terjatuh kedalam air.Ketika itu secara tiba-tiba terbit rasa takut dan seram seolah-olah ada mata yang memerhatikan saya.Begitu juga dengan tubuh tiba-tiba menjadi panas membahang walaupun ketika itu saya diuduk dibawah pokok besar dan terlindung dari cahaya matahari.Merasakan ada yang tak kena,saya mengambil keputusan untuk balik.sewaktu hendak melangkah pergi,Ikan sebarau berwarna emas melompat-lompat dalam tong saya seolah-olah hendak kembali ke sungai.Namun saya tetap meneruskan perjalanan menuju kekereta.

Dengan keadaan sejuk panas,saya menggagahkan juga memandu sehingga kerumah.Dirumah saya menangkap ikan sebarau yang saya perolehi tadi untuk dimasuk kan kedalam akuarium,namun ternyata ikan tersebut dah mati,Saya menyimpan ikan tersebut kedalam peti ais.Sehingga lah malam,keadaan saya semakin teruk dengan panadol pun seakan-akan tak bermakna dalam perut.Saya hanya terbaring dengan tubuh terasa bagai dipanggang atas bara api.Kebetulan seorang rakan saya datang ,di mana rakan saya juga mempunyai hobi sama dengan saya.Setelah melihat keadaan saya,rakan saya memberitahu yang saya bukan lah deman biasa.Dengan bantuan rakan saya dibawa menemui seorang pakcik.

Pakcik tersebut memberitahu saya telah membuat kesalahan disungai siang tadi,dimana saya telah menangkap ikan milik mahluk ghaib yang berada disungai tersebut.dan Juga saya telah duduk diatas kepala seseorang sehingga mahluk tersebut menepuk pinggang saya,Dalam erti lain saya telah disampuk.Pakcik tersebut memberitahu saya supaya memulangkan kembali ikan dan membetulkan semula kedudukan batu yang saya tolak ketempat asal serta memohon maaf ketika berada disitu.Dengan bantuan rakan,malam tersebut juga kami kesungai dengan membawa bangkai ikan sebarau yang  saya bawa balik siang tadi.

Setengah jam dalam perjalanan berberkalkan lampu suluh kami tiba disungai,pada awalnya saya menarik batu tersebut bersama rakan kerana batu tersebut menjadi berat seolah dua tiga kali ganda beratnya.Kami berjaya menegak kan batu tersebut ketempat asalnya sebelum saya meminta maaf.Disaat ikan sebarau emas dicampak kesungai,sekali lagi perkara pelik berlaku dimana ikan yang kejung dikeluarkan dari peti ais tiba-tiba hidup kembali.Selesai urusan disitu,kami balik kerumah.Sewatu dalam perjalanan saya rasa tubah dah mula sejuk dan tidak lagi berbahang seperti sebelum memulangkan apa yang telah saya usik.

~MISTERI PUTERI MAHLUK HALUS MENJADI PENEMAN MEMANCING

misteri kedua ini diceritakan oleh rakan saya,ketika itu mereka berlima sedang leka memancing disebatang sungai yang sememangnya terkenal dengan ikan baung dan lampam,namun penuh dengan misteri.Ketika itu mereka berlima sedang seronok memancing dimana kebetulan musim kemarau dan air agak cetek.Dari satu kesatu ikan baung kuning sebesar lengan dan ibu jari kaki dinaik kan dengan berumpan kan udang mati,Setelah puas memancing di lubuk tersebut,seorang rakan mereka yang dikenali sebagai Lan berpidah tempat dengan memancing dibahagian hulu,Rakan-rakan yang lain hanya membiarkan saja Lan berpindah tempat kerana tidak jauh dari mereka.

Semakin lama semakin seronok melayan ikan baung sehinggakan mereka terlupa tentang Lan yang jauh dari mereka.Sehingga lah suasana hampir gelap dimana mereka mengambil keputusan untuk balik,Namun sesuatu perkara pelik telah berlaku dimana Lan tidak ditemui walau pun namanya dipanggil berkali-kali.akhirnya mereka mensyaki Lan telah tersesat kerana suasana bertukar menjadi gelap sedangkan Lan langsung tak membawa apa-apa kecuali joran dan baldi umpan udangnya.Setelah puas mencari akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melaungkan Azan agar Lan dapat ditemui.

Setelah Azan dilaungkan,Kelibat Lan masih belum kelihatan sehingga lah rakan saya mengambil keputusan untuk menjemput seoranc Ustaz agar dapat membantu mencari kedudukan Lan.rakan saya balik bersama seorang rakan nya menemui Ustaz Ramli untuk meminta bantuan,Sebelum membawa Ustaz masuk kedalam hutan,rakan saya singgah sebentar dirumah Lan kalau-kalau Lan ada disitu dan balik secara senyap-senyap.Namun ternyata melalui keterangan mak Lan,dia dah keluar dari pagi tadi lagi sehingga ketika itu.

Rakan saya merahsiakan kehilangan Lan dari pengetahuan ibunya agar ibu Lan tak risau.Setelah itu rakan saya bersama Ustaz Ramli meneruskan perjalanan ke Sungai dimana kali terakhir mereka melihat Lan.Setelah Ustaz Ramli memerhatikan kawasan tersebut,Ustaz memberitahu Lan bukan nya hilang cuma disorokkan oleh penunggu sungai dan berada di sekitar kawasan tersebut.Ustaz Ramli melaungkan Azan sekali lagi dan ketika itu baru lah mereka melihat Lan sedang bercakap-cakap seorang diri dibalik pokok yang tumbang sambil menjulurkan kaki ke air.Rakan saya memanggil Lan dengan kuat sehingga Lan terkejut dan memarahi rakan saya kerana terperanjat.

Mereka memberitahu Lan dah hilang,Namun dibalas dengan dekahan ketawa sambil memberitahu dirinya memang berada disitu bersama Siti !! Siti????.Mereka terpingga-pingga mendengar nama yang disebut oleh Lan.Ustaz Ramli menuruni tebing dan berdiri disebelah Lan sambil membaca satu surah sebelum menepuk bahu Lan.Ketika itu baru lah Lan terkejut apabila melihat suasana gelap gelita dan hanya diterangi oleh lampu suluh yang Ustaz bawa.Lan di suruh minum air mineral yang dibawa oleh Ustaz.sebelum mereka kembali kerumah.Keesokan harinya Baru lah Lan menceritakan apa yang berlaku kepadanya semalam.

Dimana sewaktu leka menunggu umpan diragut ikan,Seorang gadis cantik berasal dari kuala Lumpur datang seorang diri untuk memancing di sungai tersebut,dan kebetulan dia duduk berhampiran dengan Lan,Dalam berberapa minit saja Lan dan Siti begitu mesra sambil melayan pancing bersama,Lan akui saat Ustaz menepuk bahunya baru lah dia nampak wajah sebenar siti yang menyerupai lembaran daun besar.Dan ketika itu baru lah Lan tahu waktu telah menunjuk kan sepuluh malam.Jika tidak pasti Lan akan berada ditempat yang terang serta redup sambil berbual-bual dengan Siti,Jelmaan gadis KL yang memancing bersama nya.

~MISTERI JELMAAN PUTERI BUNIAN TUJUH BERADIK DISUNGAI WAKTU MEMANCING

Misteri jelmaan puteri tujuh beradik ini berlaku secara tak sengaja akibat meninggalkan kewajiban.Terjadi secara kebetulan keatas diri saya.Dimana ketika itu heboh dikata kan musim udang galah besar-besar walaupun hanya berumpankan cacing.Ketika itu tengahari sekitar 12.40 tengahari menghampiri pukul 1 dimana kebetulan hari Jumaat dimana sepatutnya saya bersiap-siap menunaikan kewajiban seorang Muslim.Namun entah kenapa hari tersebut seolah-olah terpanggil-panggil pula untuk memancing udang Galah bersepit biru.Dengan berbekalkan tiga batang jorang udang saya melangkah meninggalkan kereta ditepi jalanraya untuk turun kebawah jambatan untuk memancing.


(Sekadar Hiasan)

Situasi yang amat baik kerana tiada sesiapa yang memancing selain saya ketika itu.Dari satu kawasan lapang yang menjadi tumpuan kaki pancing saya mula mencangkuk cacing pada mata kail sebelum melemparkan umpan kedasar sungai yang mana ketika itu air mula surut dengan warna air seakan coklat jernih pasti menjanjikan udang.Melalui petua orang tua-tua,ukuran jorang dan jarak mata pancing juga cukup sempurna.Sedikit tepukan diatas permukaan air konon nya memanggil udang turut dilakukan.Namun lain pula jadinya apabila seekor udang malah anak ikan pun langsung tak menjamah umpan.

Dari jauh kedengaran sayup-sayup Azan Kedengaran menandakan masuknya waktu sembahyang Jumaat.Sambil mendengar alunan Azan,tiba-tiba lamunan saya terhenti apabila terdengar kocakan air bertalu-talu di bawah jambatan.Saya mengintai dari tempat dimana saya melabuhkan mata pancing.tiada ikan besar yang kelihatan kecuali kocakan air seperti ada sesuatu yang besar berada didasar sungai.Sememangnya sungai tersebut terkenal dengan kehadiran buaya.namun hati kecil mengatakan itu bukan nya buaya.Setelah memerhatikan kawasan kocakan air tersebut dari jauh serta perasaan ingin tahu membuatkan saya beralih tempat ke bawah jambatan.

Saya menyasarkan balingan mata kail kearah kocakan air tadi.Kali pertama umpan bersama batu ladong dibaling entah kenapa boleh terkena tembok jambatan.Kali kedua sehingga kali keenam juga begitu.Entah apa yang menghalang saya pun kurang pasti.Sehingga lah berlaku sesuatu yang luar biasa serta pelik disaat balingan ketujuh.Ketika itu saya membali secara mengiring dari kanan kekiri.Dengan lancar batu ladung bersama umpan menuju kearah kocakan air.Namun apabila batu ladung menghampiri permukaan air tiba-tiba secara tak sengaja,Batu ladung seolah-olah dibaling kembali kearah saya.bagai ada spring diatas permukaan air sehingga mata kail berpatah balik kearah saya.

Kira bernasib baik lah ketika itu saya memakai seluar jean.Secara tiba-tiba bagai dikawal seseorang,mata kail terlekat dikaki seluar.Kalau lah saya memakai seluar pendek pastinya betis saya terkoyak akibat mata pancing.Ketika itu saya mula rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan sungai.Sekali lagi saya cuba melabuhkan mata kail di kawasan tersebut,namun tetap sama.Saya menebang sebatang pokok kecil yang mengganggu rembatan kail saya.Setelah itu saya melontar kearah hadapan tanpa sebarang halangan.Kali ini saya rasakan dan saya yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu saya.Saya kembali ketempat asal saya memancing.dimana ketika itu pandangan mata saya mula kabur dan seperti berputar-putar.Bimbang kalau-kalau terpitam disitu,saya mengambil keputusan untuk balik.

Dikereta saya cuba melelapkan diri,namun terhalang kerana cuaca yang panas.Akhirnya saya mengambil keputusan untuk balik.Dengan sehabis perlahan saya memandu dengan kepala memusing timbul pula rasa mual hendak muntah namun saya terus kan perjalanan.Akibat tak tertahan saya memberhentikan kereta ditepian jalan dan memuntahkan isi perut.Dengan pandangan berpinar-pinar kaki tangan tiba-tiba mengeletar saya tiba dirumah dengan selamat.Baru nak keluar dari kereta tiba-tiba saya rasakan kaki menjadi besar dari biasa.Entah kenapa kaki saya tiba-tiba bengkak tanpa ada cedera atau tersandung!.

Merasakan situasi diri yang berubah secara tiba-tiba,dengan kepala memusing,perut mual,ditambah kaki pula bengkak secara tiba-tiba saya nekad memandu sekali lagi menemui seorang pakcik untuk mendapat nasihat.setelah hampir empat biji panadol saya telan masih tiada kesan.Dirumah pakcik tu saya menceritakan apa yang saya lalui.Entah apa yang dibaca oleh pakcik tersebut sambil menghulur air putih untuk diminum.Selepas itu saya mengambil keputusan untuk balik kerana dah tak tertahan mual.Sampai dirumah sekitar lima petang saya baring untuk menghilangkan sakit dan mual.Ketika itu nyata kelihatan dalam mimpi saya,

Apabila saya melihat tujuh orang anak gadis bersama kecantikan serta raut wajah luar biasa sedang mandi dan berenang dibawah jambatan.Dan ketika itu juga saya lihat dirisaya sedang berusaha membaling umpan kearah mereka sehingga terkena kepala salah seorang dari mereka.Ketika itu gadis yang kelihatan agak berusia membaling kembali batu ladung kearah saya sehingga lah saya tersedar dari mimpi ketika terdengar suara azan Maghrib mula kedengaran.Ketika itu saya bangun namun satu perbezaan berlaku keatas diri saya apabila kepala tidak lagi memusing bersama perasaan mual hilang begitu sahaja.Saya bangun dari baring dan jelas terasa seolah-olah tiada apa yang berlaku.Kepala,mual serta bengkak dibahagian kaki surut serta merta.

Begitu lah sedikit kisah misteri melalui pengalaman memancing yang telah saya lalui termasuk kisah yang dialami oleh rakan saya.Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah misteri yang saya temui selama menggilai tabiat memancing.Seperti disakat pontianak ketika sedang memancing.Terdengar suara menggilai dari arah hutan,Tidur bersama jelmaan gadis misteri sewaktu memancing ikan dan banyak lagi yang akan dikongsikan sama ada melalui pengelaman nyata dan perkongsian rakan-rakan.Nantikan kemuncukan kisah selanjutnya selepas ini.Setiap kisah yang saya paparkan diatas merupakan kisah benar berlaku keatas diri saya dan berberapa rakan saya.semoga terhibur.



1 ulasan:

  1. http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/taruh-sabun-mandi-batangan-di-bawah.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/penjaga-toilet-umum-di-kota-ini-wajib.html
    http://taipannnewsss.blogspot.com/2018/03/tak-perlu-panik-rock-melon-australia.html

    QQTAIPAN .ORG | QQTAIPAN .NET | TAIPANQQ .VEGAS
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    • BandarQ
    • AduQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    • Bandar66
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    • BB : 2B3D83BE
    Come & Join Us!

    BalasPadam