Sabtu, 28 Oktober 2017

MISTERI JELMAAN SERTA KISAH SERAM DI LEBUHRAYA AMJ

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman seram bercampur baran.Angkara jelmaan Pontianak yang tak berapa nak jadi.Walaupun tak berapa nak jadi,jangan salah faham ya...jika salah orang mahu terbabas kereta dibuatnya.Dan kejadian ini berlaku disaat saya dalam perjalanan hendak ke Muar Johor.melalui Lebuhraya Alor Gajah Melaka Jasin (Lebuh AMJ).Dan secara kebetulan pula dua kes berlaku pada malam yang sama.

1)JELMAAN PENUNGGANG MOTORSIKAL MISTERI

Kes pertama sewaktu menghampiri simpang ke Merlimau Melaka.Kebetulan ketika itu lampu isyarat berwarna merah dan mungkin ditakdirkan pada malam tersebut hanya saya seorang diri tanpa ada satu pun cahaya dari lampu-lampu kenderaan lain.Dan sewaktu menghampiri simpang Merlimau dari jauh memang jelas lampu brek sebuah motosikal kelihatan dihadapan saya.Namun Motorsikal tersebut menuju kearah kanan dan akan membelok ke Merlimau.Semakin hampir lampu tersebut semakin kecil.Timbul rasa pelik dalam hati disaat saya berhenti di persimpangan Merlimau kerana tiada satu pun motorsikal berada disitu sedangkan Selang tiga tiang lampu sudah jelas kelihatan sebuah Motorsikal lama jenis Suzuki Cub.


Saya memang yakin dan pasti,memang tiada satu pun motorsikal membelok,tetapi mana perginya Motorsikal tersebut.Sehingga lah lampu isyarat bertukar hijau,saya meneruskan perjalanan.Baru berberapa minit berlalu tiba-tiba ternampak sebuah Motorsikal Dihadapan saya.Ahh...Dah macam cerita Woksegen kuning pulak😈....ketika itu langsung tak ada sedikit pun perasaan takut,cuma pelik bagaimana Motorsikal Suzuki cub sekitar 80 ke 90cc lebih laju dari kereta.Malas nak fikir panjang saya pun pintas motorsikal tersebut.


Namun berberapa minit selepas itu,entah kenapa tiba-tiba terasa seram pula.Perasaan takut tiba-tiba bersarang dalam fikiran manakala hati mulai tak tenang kerana memikirkan soal motorsikal tersebut.Sewaktu saya memintas motorsikal tersebut tak pula terlintas dalam fikiran untuk menoleh untuk melihat pemandunya.Leka-leka berkhayal sewaktu menghampiri kawasan Sungai Rambai Melaka.

2)JELMAAN PONTIANAK PALSU DI POHON SAWIT

Kes kedua,Sewaktu menghampiri kawasan RNR sungai Rambai,tergerak pula entah kenapa tiba-tiba terasa lain macam,Bila tiba di sebuah kebun Sawit,terpandang pula kelibat putih jelas nyata dibawah pokok sawit betul-betul dibahu jalan sebelah kiri.Aduh....Benda apa pula nak menyakat aku lagi ni !!!.Agaknya kerana terkejut,Terasa kaki sehingga paras lutut terasa sejuk.entah kerana aircond atau takut.Namun fikiran masih tenang walaupun hati mula ketakutan.Dah sekian lama ulang alik Muar Melaka baru ni lah terperasan ada benda macamtu di bahu jalan.Memang sebelum ni pun ramai yang bercerita terjumpa benda yang pelik-pelik disepanjang Lebuh AMJ Namun kenapa saya pula yang jumpa malam tu!

(Sekadar hiasan)

Mujur lah RNR dekat,saya berhenti dibahu jalan untuk tenangkan hati angkara terkejut.Dan kurang berberapa minit berlalu sebuah kereta Polis Peronda lalu.Disusuli sebuah motorsikal jenis Suzuki cub yang saya temui tadi.Rupa-rupanya seorang lelaki yang pandu Motorsikal tersebut.Jadi bukan hantu lah😃...tetapi macamana dia boleh berada didepan sewaktu berhenti di lampu Isyarat Merlimau dan macamana dia boleh selaju tu.Ahhhhh tenang hati,saya pun meneruskan perjalanan Sehingga lah tiba di Muar Johor.Saya menceritakan dua kejadian tersebut kepada rakan.Bukan nya simpati malah diketawanya pula.Rakan memberitahu Kelibat di kebun sawit tu bukan nya hantu,Akan tetapi plastikberwarna putih digantung pada dahan sawit.


Entah apa motif kain plastik tersebut digantung pada dahan sawit tersebut.Namun saya masih ragu-ragu sehingga lah keesokan harinya,sekitar 9 pagi saya menggunakan lebuh AMJ untuk ke Melaka. sengaja saya perlahankan kenderaan sewaktu menghampiri kawasan tersebut sehingga lah saya pandang kebun sawit yang saya lihat malam semalam dimana menjadi tempat berteduh Sang Pontianak.Sekali apa yang dikatakan oleh rakan saya betul.Plastik  putih tu masih bergantung pada dahan sawit tersebut.Beristifar panjang dibuatnya.Saya meneruskan perjalanan sambil tersengih sendiri.Rupa-rupanya saya di "Takut"kan dengan Plastik baja rupanya....grrrr.


Saya sendiri kurang pasti,apa kah motif plastik tersebut digantungkan pada dahan sawit tu?Untuk menghalau binatang daripada merosakan buah sawit tetapi kenapa harus plastik dan dibentuk seperti hantu!!.Apa tujuan pelaku berbuat begitu? Cuba bayangkan kalau lah insan lain yang lemah semangat,ibu mengandung atau seseorang yang lemah semangat.Kena-kena pula dia ada masaalah jantung.Silap haribulan boleh terbabas atau kemalangan jalan raya yang lebih teruk.Jika sekadar nak buat gempak atau sekadar lucu.bukan itu caranya.

3)MISTERI PAM MINYAK BUNIAN

Kisah nyata berlaku disekitar Lebuh AMJ dan secara kebetulan menimpa rakan saya sendiri.Antaranya pam minyak misteri.Ketika itu rakan saya dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk balik ke Melaka dan kebetulan dia hendak singgah di Muar menemui mak saudaranya.Dan sewaktu balik ketika itu baru pukul 2 pagi ,Angakara terlupa isi minyak kereta di Pam minyak Kesang dia bertawakal untuk meneruskan perjalanan.Tanpa sebarang masalah sehingga lah tiba di sebuah kawasan yang dia sendiri tak pasti,Tiba-tiba dia terpandang sebuah pam minyak yang masih beroprasi.Tanpa berfikir panjang dia pun singgah untuk mengisi minyak.Mulanya rakan saya pelik kerana pada mula masuk tiada satu pun kenderaan yang mengisi minyak pada firasat beliau mungkin dah jauh malam,Namun setelah masuk kedalam kereta Tiba-tiba kelihatan pam minyak tersebut sesak,siap berbaris pula kereta,lori hendak mengisi minyak.

Keesokan harinya sewaktu hendak menghidupkan kereta rakan saya begitu terkejut apabila melihat penanda minyak dah kosong malah siap keluar lampu amaran minyak.Dan ketika itu lah rakan saya pelik dan mula risau.Dengan geram dia membebel dalam rumah memberitahu pam minyak telah menipu.Rakan saya yang seeorang lagi memberi nasihat untuk kembali ke stesen Minyak dimana dia temui malam semalam.Dan sewaktu menceritakan soal pam minyak tersebut rakan saya mencelah memberitahu disitu memang tak ada sebarang Pam minyak seperti yang diceritakan.Tak puas hati mereka bersama keluar setelah mengisi minyak disebuah lagi pam minyak disekitar Melaka mereka meneruskan perjalanan untuk melihat pam minyak yang di maksudkan.Namun setelah tiba di lokasi yang dimaksudkan ternyata memang tiada satu pun pam minyak kelihatan.yang ada hanya tembok jalan!.


Kisah seterusnya juga berlaku kepada sahabat saya sendiri.ketika itu dia dalam perjalanan menuju ke Jasin.dan melalui lebuh raya AMJ.sewaktu dalam perjalanan entah kenapa tiba-tiba terasa lapar yang amat.Sehingga lah dia menemui sebuah warung kecil ditepi jalan raya.Mulanya rakan saya agak pelik,kenapa ada warung yang masih buka walaupun tak ada penghuna jalan raya yang lain.Tetapi dalam warung tersebut kelihatan ramai pelanggan yang terdiri dari abang-abang lori.Akibat terlalu lapar rakan saya pun keluar dari kereta dan menuju kearah warung tersebut.dia disambut seorang pekerja wanita dalam lingkungan 16 ke 17 tahun.Tanpa berlengah rakan saya memesan mee goreng bersama secawan kopi.


Suasana biasa tanpa ada yang pelik kelihatan sewaktu berada diwarung tersebut,sama seperti warung-warung lain dengan kucing dan sebagainya.setelah selesai dan membayar makanan beliau meneruskan perjalanan.Sehingga lah dia tiba di Jasin.Malam tersebut beliau bermimpi mengunjungi sebuah warung yang usang dengan bumbung yang hampir roboh serta orang-orang yang berada dalam warung tersebut bermuka aneh serta menyeramkan.Sehingga lah beliau terjaga kerana sakit perut.ketika bangun beliau terasa mual-mual hendak muntah disamping perut yang memulas.lalu dia pergi ke bilik air disitu beliau memuntahkan sejumlah mee yang di makan semasa dalam perjalanan tadi.


Namun mee yang keluar sama seperti cacing-cacing kehitaman cuma tidak bergerak.Keadaan itu membuatkan beliau risau.sejak malam tersebut perut serta kepala kerap sakit seperti memusing serta mual.Sehingga lah keesokan hari nya beliau balik ke Melaka sekitar 3 petang setelah urusan selesai di Jasin.Sewaktu melalui kawasan dimana dia makan malam semalam,ternyata tiada sebarang warung atau kediaman di kawasan tersebut.apa yang ada hanyalah pokok-pokok hutan disepanjang perjalanan.Kisah tersebut menjadi tanda tanya dalam hidupnya sehingga kini.Setelah tiba di rumah beliau menceritakan pengelaman menemui warung tersebut kepada keluarga serta rakan-rakan nya.Namun tiada seorang pun yang tahu akan kewujudan warung misteri tersebut.

Sebenarnya dimana pun kita berada,siang atau pun malam,jangan lupa bukan nya hanya kita yang ada disitu...tetapi selain kita" Manusia" pasti ada nya benda lain "Mahluk" cuma kita saja yang tak nampak atau melihatnya kecuali orang-orang terpilih.Kadangkala disebelah kita je ada benda yang pastinya,Mata Hati kita yang melihat,merasa sesuatu yang tak kena.kerana itu lah orang dulu-dulu berpesan" Jaga tingkah laku,kata-kata jangan meludah,buang air sebarang bimbang terkena Mahluk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan