Ahad, 1 Oktober 2017

RAWATAN MUDAH TENAGA ZAHIR DAN BATIN MELALUI TEKNIK URUTAN

Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah buat anda semua.Kembali bersama Pulau Rahsia.Untuk perkongsian kali ini saya akan kongsikan berberapa tips ringkas sebagai pengetahuan mudah melalui perkongsian Pak Itam mengenai ilmu urutan.Pak Itam merupakan salah seorang tukang urut tradisional yang pernah berjaya menyelesaikan berberapa masaalah berkaitan Kelamin lelaki serta masalah seperti terseliuh,salah urat,buang angin dan sebagainya.Begitu pula dengan isteri beliau Mak Nap juga merupakan tukang urut yang lebih menjurus kepada masaalah kaum wanita seperti urutan menaikkan peranakan,urutan membetulkan kedudukan bayi,buang angin persediaan sebelum dan selepas bersalin.

Dalam pertemuan saya dengan Pak Itam,secara kebetulan hendak mengurut badan kerana sengal-sengal.Dalam pertemuan yang singkat kedua suami isteri sudi berkongsi pengelaman setelah mengetahui saya seorang penulis blogger sambilan sebagai hebahan dan sedikit amalan buat semua sebagai satu sumbangan ikhlas buat mereka yang kecemasan memerlukan urutan serta mengetahui teknik urutan yang benar-benar mujarab dan melegakan satu kesakitan sewaktu kecemasan dihutan mahupun sewaktu seorang diri dirumah.Baik lah dibawah ini saya susunkan jenis masaalah serta teknik urutan yang sesuai melalui pengelaman Pak Itam.

~URUTAN TENAGA BATIN SEMULAJADI✓✓

Urutan Tenaga batin memerlukan perhatian yang lebih kerana mampu memudaratkan jika tersalah urutan,ramai kaum lelaki diluar sana tercari-cari tukang urut bertujuan membantu menyelesaikan masaalah tenaga batin,Antara yang merisaukan ialah LEMAH SYAHWAT,MATI PUCUK,MUDAH TEWAS,EREKSI PADA TAHAP RENDAH,MASIH LEMBIK WALAUPUN PADA TAHAP KETEGANGAN MAKSIMUM,KENCING TAK LAWAS,PANCUT AWAL...berberapa kaedah rawatan bagi mengetasi masalah seperti diatas selain dari klinikal iaitu urutan.Namun urutan yang bagaimana??

Untuk mengatasi ketegangan rendah,Mudah lembik,lemah syahwat serta mati pucuk boleh lah mencuba teknik yang ditunjuk kan oleh Pak Itam ini,Cukup menggunakan losyen,atau minyak masak dengan bawang bakar sebagai bahan urutan,Tak perlulah bersusah payah mencari Minyak Lintah Gunung,minyak ikan belacak dan sebagainya kerana urutan ini hendak memulihkan bukan membesar,memanjangkan atau mengubah saiz. Pertamanya duduk secara bersila diatas lantai dan kenakan sedikit minyak atau losyen di hujung jari kamudian sapu diseluruh Penghujung jari.Kamudian ikut nafas,

Tarik nafas sewaktu mengurus kamudian lepaskan perlahan-lahan.Bermula dari bawah diantara dubur dan kerandut buah,ada satu kawasan kecil merupakan pusat simpulan urat-urat utama,guna kan minyak dan mula tarik secara perlahan-lahan dengan penghujung jari telunjuk,jari hantu dan ibu jari.tarik keluar kearah batang nya secara perlahan,tarik dan ulang,ingat JANGAN tolak balik ya.lakukan berulang kali sehingga terasa hangat dibahagian tersebut.kamudian dikiri dan kanan peha iaitu dibahahian tundun lelaki ada dua ruang,sapu minyak dan urut perlahan-lahan seperti tadi kearah bawah.dari atas kebawah tepi kerandut.

Setelah itu,tarik secara perlahan batang kearah luar dengan satu nafas,tarik sehingga penghujung kamudian lepaskan diselangi dengan hembusan nafas.laku kan berberapa kali dan berhenti jika terasa geli.SENAMAN TENAGA BATIN LELAKI,Senaman juga amat penting bagi kesihatan alat kelamin lelaki selain teknik urutan dengan senaman mampu mengatasi maaalah keluar awal,lemah,lambat bangun,lembik sebelum waktunya. Bagi yang mengalami masalah diatas boleh lah mencuba teknik ini,Duduk diatas kerusi kayu, bangku dan rapatkan lutut setelah itu tahan nafas dan angkat lutut setinggi yang boleh kamudian lepaskan nafas mengikuti pergerakan kaki.ulang dalam lima ke enam kali.

Kamudian duduk di lantai bersila,kamudian kangkangkan kaki seluas mungkin,setelah itu lipatkan pelipat lutut sehingga tapak kaki bertemu kiri dan kanan.capai ibu jari kaki kamudian tarik sehingga kedua tumit anda menyentuh alat kelamin.Perhatikan langkah pertama,Jika kali pertama anda mudah melakukannya.Itu bererti anda seorang perwira diranjang kerana kekuatan alat anda masih ditahap maksima,namun jika terasa payah dan tumit lansung tak jejak ke bahagian alat sulit,anda harus segera meninggalkan tabiat buruk seperti makan berminyak,kolestrol,rokok,arak dan segala yang memudaratkan anda.Jangan sampai" Baru naik perahu,tak sempat pegang pendayung dah karam! ".

2) URUTAN SAKIT KEPALA✓

sering kali sakit dibahagian kepala sehingga mengganggu pergerakan,Selain dari Pil Panadol,minyak angin,anda boleh gunakan teknik mengurut cuba rasakan di bahagian belakang kepala atas sedikit dari tengkuk,terdapat dua titik utama disitu seperti biji.Ketika sakit kepala cuba urut dibahagian tersebut dengan perlahan-lahan dengan menggunakan ibu jari urut secara putar kamudian tarik kearah bawah.dibahagian dahi bawah sikit dari rambut picitkan dan tarik keluar.untuk kesan lebih baik,diatas telinga sebaris dengan mata dikawasan teling,terdapat satu kawasan lembut.Gosokan kawasan tersebut dengan ibujari dan tarik kearah dahi dan lepaskan.Di ulangi dengan tengkuk,urut kebawah dan adakalanya sehingga sendawa.

3) URUTAN BUANG ANGIN✓

Urutan buang angin antara urutan paling seronok dimana seluruh tubuh yang lenguh-lenguh akibat kepenatan akan lega dan bagi yang mempunyai masaalah berkaitan perut,senak,mual-mual termasuk masalah urat bisa-bisa boleh lah mencuba teknik ini.Urut dari bahagian bahu ke bawah diatas bahu sapukan minyak masak yang dicampur bawang putih bakar,sedikit halia yang telah diketuk.sapu secara menyeluruh dari bahu kamudian tarik dari atas kebawah dan dibahagian urat besar dikiri dan kanan tulang belakang,tarik dari atas kebawah dan diulangi dari tengkuk melalui urat besar kebawah secara selari.ulang berberapa kali kamudian dari tengah ketepi,iaitu dari arah tengah kebahagian rusuk.lakukan berkali-kali.

Kadangkala jika badan anda penuh dengan angin maka akan terasa mual dan sendawa.kadangkala pula angin dari tubuh kita beralih ke tubuh tukang urut,bukan kita yang sendawa tetapi si pengurut.namun setelah selesai kita akan merasa lega dan selesa setelah angin dan bisa-bisa bandan telah hilang melalui angin.

3)URUTAN KECEMASAN TERSELIUH,TERKEHEL BERKAITAN TULANG.✓

Urutan ini amat perlu diketahui sewaktu melakukan aktiviti luar rumah seperti mendaki gunung,jungle tracking,berkelah,berkhemah dan sebagainya.kadang kala kita tak menduga akan berlaku kemalangan sewaktu berseronok bersama rakan-rakan sehingga tergelincir atau terjatuh sehingga kaki terseliuh,terkehel dan sebagainya.Jika berhadapan situasi begini jangan panik,tenangkan mangsa dan lihat ciri-ciri kecederaan.Jika patah jangan tunggu lagi segera bawa mangsa keluar dari hutan untuk mendapat bantuan kecemasan.Sokong bahagian yang patah dengan kayu dan ikat agar mangsa tidak merasa kesakitan ketika dipapah melainkan jika mangsa didukung keluar.

Tetapi jika sekadar terkehel,terseliuh dan tersalah urat.boleh gunakan teknik urutan ini,perhatikan arah terkehel kamudian urut kearah asal lawan arah terseliuhnya.jangan mengurut dengan kuat atau mengejut bimbang semakin sakit dan bukan nya sembuh. Rehatkan mangsa dan urut perlahan-lahan di kawasan cedera.Tarik dengan jari melawan arah kecederaan secara perlahan.ulang berkali-kali sehingga mangsa lega.atau jika masih lagi cari ikhtiar untuk mendapat rawatan.

[Sekadar Hiasan]


4)URUTAN PERSEDIAAN BERSALIN✓

Sesetengah ibu-ibu atau bakal ibu memandang remeh hal seperti ini,Sebenarnya urutan persediaan bersalin amat penting untuk melancarkan proses keluar bayi.Jika risau atau tak terdaya melakukan boleh lah menemui tukang urut tradisional untuk membantu.Urutan persediaan bersalin bertujuan membetulkan kedudukan bayi agar tidak menyongsang sewaktu bersalin.urutan akan di buat dibahagian tepi perut,tulang belakang dan bahagian pinggang kebawah.Biasanya orang dulu-dulu terutama  Masyarakat Melayu amat mementingkan urutab sewaktu mengandung atau menunggu hari untuk bersalin.

5)URUTAN SETELAH BERSALIN ATAU SETELAH MELAHIRKAN ANAK/BAYI.✓

Urutan selepas bersalin juga amat penting bagi ibu-ibu.Urutan ini akan dilakukan ketika dalam pantang dimana seluruh anggota badan akan diurut termasuk bahagian peranakan agar berada dikedudukan yang betul serta melancarkan proses mengeluarkan sisa-sisa darah kotor dari Rahim.Darah kotor merupakan sisa darah yang keluar dari tubuh sewaktu proses bersalin.Mengikut kata-kata Mak Nab isterinya Pak Itam,Jika tidak diurut atau dikeluarkan darah kotor dari rahim bahayanya nanti si ibu meroyan dan mudah dijangkiti penyakit.Selain dari urutan ibu bersalin juga digalakan makan makanan yang hangat untuk memanaskan darah agar peredaran darah dari tubuh menjadi lancar.makanan hangat bukan maksud saya makanan yang berasap-asap sampai lidah melecur dan sebagainya  tetapi makanan yang diletak halia atau apa-apa ramuan yang memanaskan badan.

Bagi masyarakat Cina,Mereka mengamalkan makanan herba seperti kacang ma,Ayam yang dikukus bersama sejenis arak untuk memanaskan badan selain dari penggunaan bengkung untuk membantu mengekalkan bentuk tubuh agar tidak seperti tayar(Maaf) selepas bersalin.Pemakanan juga harus dijaga selain mengurut,makanan seperti sayur-sayuran sejuk seperti bayam,kangkong dan sebagainya harus dielakkan agar badan tidak dimasuki angin.Jika penjagaan ini betul dan mengikut cara turun temurun badan tidak akan berubah walaupun mempunyai anak yang ramai.

Kesimpulan....

URUTAN nampak mudah namun memainkan peranan yang besar dalam kesihatan tubuh badan kita.Sungguhpun begitu jika teknik urutan salah ianya akan menambah kesakitan jadi pelajari lah teknik urutan yang betul atau temui mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang urutan.Berdasarkan apa yang saya tulis diatas,boleh lah dimanfaatkan serba sedikit sebagai panduan dan pengetahuan diwaktu kecemasan dan sebagainya.Terima kasih buat sumber Pak Itam Dan isteri yang sudi berkongsi tips urutan melalui pengelaman mereka buat saya dan semestinya untuk mereka yang memerlukan nya InsyaAllah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan