Sabtu, 24 Mac 2018

KISAH NYATA DI TUMPANG JELMAAN JIN UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Kembali dalam ruangan Lagenda Pulau Rahsia,Untuk paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri penumpang berjubah putih sewaktu dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat.Sebuah kisah yang masih dalam ingatan sehingga kini.


Tengahari tersebut kebetulan hujan gerimis membasahi bumi dimana saya dalam perjalanan menuju ke sebuah Masjid yang berada di Pekan Tanjung Sedili.Tiada apa yang pelik semasa dalam perjalanan sehingga lah saya menghampiri sebuah padang.Dari awal saya memandu memang tak nampak pun kelibat sesiapa yang melalui jalan tersebut,mungkin kerana hujan.


Namun apabila menghampiri satu selekoh kecil,kereta saya ditahan oleh seorang pakcik berjubah dan berkopiah putih melambai tangan.Melihat lambaian pakcik tersebut,saya memberhentikan kenderaan.Dalam firkiran saya,pasti pakcik ini hendak ke Masjid yang sama kerana melalui pakaian nya menunjuk kan niat sebenar pakcik tersebut.Setelah berada dalam kereta saya bertanya kepada pakcik tersebut,yang di hendak ke masjid.namun tiada jawapan,Pakcik yang tidak sempat saya tanyakan namanya hanya mengangguk.


Segenap ruang kereta dipenuhi dengan bau minyak attar yang amat pekat dari pakcik tu.Namun saya hanya mendiam kan diri memandangkan pakcik tersebut tidak bercakap dan seakan lebih suka mendiamkan diri.Sehingga lah tiba di pekan tanjung Sedili.Saya keluar dari kereta dan terus ke sebuah warung untuk menghantar pesanan dan kembali ke kereta untuk ke Masjid.Namun apabila tiba di kereta saya lihat pakcik tu dah tak ada dalam kereta.


Puas juga saya mencari,dalam warung,serta bertanya kalau-kalau ada sesiapa terpandang pakcik tersebut.Namun satu jawapan pelik yang saya terima dari pelanggan warung tempat saya menurun kan pesanan pelanggan.memberitahu tiada sesiapa pun yang ada dalam kereta sewaktu saya tiba tadi !.Saya betul tak puas hati dengan jawapan pemuda yang duduk menghadap kereta saya dari warung tempat saya meletak kan kenderaan.Saya bertanya kepada seorang lagi iaitu seorang Uncle berbangsa Cina yang menjual buah duku berhampiran kereta,Kalau-kalau dia terperasan akan pakcik yang saya tumpangkan.namun jawapan hambar dari uncle tersebut dengan jawapan mudah"Wa tak Tau".


Malas memeningkan kepala saya tinggalkan pekan Sedili untuk ke masjid.semasa menunggu waktu Solat Jumaat saya duduk dalam kereta sambil memikir kan soal pakcik misteri yang menumpang tadi.Selesai Solat Jumaat saya kembali ke Kota Tinggi,Semasa dalam perjalanan baru saya perasa sebotol minyak Attar sebesar jari kelingking bersama duit seringgit ditinggal kan di tempat letak minuman dalam kereta.Saya mengambil minyak wangi tersebut ternyata minyak wangi yang sama dengan bau minyak yang pakcik tadi guna.Namun saya hairan apa tujuan dia tinggalkan dalam kereta bersama duit seringgit?


Saya menceritakan kisah pakcik misteri tersebut dengan berberapa orang yang berasal dari kawasan tersebut termasuk berberapa pekerja ladang sawit berhampiran lokasi saya menemui pakcik tersebut namun masing-masing memberi jawapan yang tak boleh diterima akal.Ada yang mengatakan Hantu,Mana mungkin Hantu siang hari siap pakai kopiah putih berjubah.Ada pula yang mengatakan itu jelmaan Jin hendak menumpang ke Masjid,ada juga yang memberitahu  itu jelmaan Bunian malah yang melucukan ada yang memberi jawapan kononnya ada kampung bunian berhampiran kawasan tu.Entah lah....apa pun jawapan yang saya terima,yang penting pakcik tersebut selamat tiba di pekan sedili walaupun dia menghilangkan diri begitu sahaja.


Satu lagi kejadian aneh berlaku berkaitan dengan Sedili.Ketika itu saya bersama seorang rakan dalam perjalanan menuju ke Sedili Besar kerana kebetulan malam tersebut ada pasar malam disitu.ketika itu malam agak dingin kerana baru lepas hujan petang.Perjalanan kami agak perlahan kerana bimbang jalanraya licin.sehingga lah kami tiba di lokasi pasar malam yang rakan saya maksudkan namun sayang tiada apa pun disitu.


Sewaktu tiba tapak pasar malam dah gelap gelita mungkin kami yang terlewat atau tersalah hari memandangkan baru 11 malam.Kami berpatah balik untuk ke pekan sedili mencari warung Tom yam.sewaktu dalam perjalanan dari Sedili besar ke tanjung sedili,sewaktu melimpasi sebuah kawasan lombong pasir glass,tiba-tiba kereta di simbah dengan pasir.Saya memberhentikan kenderaan untuk mengetahui apa yang berlaku.ternyata cermin hadapan dipenuhi dengan pasir halus yang tidak diketahui punca nya.Serta kami tidak melihat sesiapa berada disitu.


Mengunakan kain saya mengibas pasir yang berselerak pada cermin kereta,entah kenapa tiba-tiba terasa sesuatu yang tak kena berhampiran pokok nibong diselekoh berhampiran dengan kami.Terasa seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan kami dari arah tersebut.Dengan pantas kami meninggalkan kawasan tersebut apabila masing-masing dah mula takut.Namun belum pun sampai seminit perjalanan tiba-tiba satu bayangan seoalah kain melintasi hadapan kami.Saya cuba mengawal perasaan agar tidak terkejut bimbang kalau perkara lain pula yang jadi.Sehingga lah kami tiba di pekan sedili.ketika itu perasaan lapar hilang begitu sahaja.


Sewaktu hendak balik kerumah,sekali lagi kami temui mahluk tak diundang sedang melintas jalan,Mujurlah saya tak laju kalau tidak,Tak pasal-pasal kereta remuk terlanggar babi hutan yang melintas jalan raya.Tentang babi hutan ni pun satu hal,berberapa kali kes kemalangan berlaku di jalan ini angkara babi hutan.lebih lebih lepas-lepas hujan.Jadi berhati-hati lah jika mengunakan laluan mawai ke tanjung sedili lebih-lebih lagi waktu malam.Bukan setakat babi hutan,kadangkala gajah pun pernah melintasi jalan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan