Selasa, 3 April 2018

USAHA NISHA MUSNAH ANGKARA ILMU SIHIR

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah benar berkenaan keangkuhan manusia mengejar wang ringgit serta keuntungan walaupun terpaksa menindas insan lain serta sanggup berdamping dengan mahluk halus demi kehendak hati.Disini saya akan kongsikan pengelaman serta keluhan Nisha yang menjadi mangsa berhabis duit untuk memulihkan diri setelah restoran yang di usahakan gagal diselamatkan.


Pada awal mengambil alih sebuah kedai yang dahulunya diusahakan pasangan berbangsa Cina untuk menjual buah-buahan dan dinaik taraf menjadi sebuah restoran menggunakan wang pampasan bersara penuh suami Nisha.Setelah berhabis duit membeli,menaik taraf termasuk segala peralatan dalam restoran siap untuk diniagakan,pada Hari pertama sambutan amat luar biasa dengan kehadiran pelanggan berbilang bangsa dari awal pagi sehingga lah malamnya.Atas nasihat serta pandangan rakan-rakan,Nisha bersama suaminya melanjutkan waktu oprasi restoran mereka sehingga 24jam.

(Sekadar hiasan)


Satu perubahan mendadak yang tidak dijangka perniagaan mereka tidak pernah lengang walaupun diawal pagi.Siaran sukan seperti Bola sepak,Wrestling ditayangkan sebagai menarik minat pengunjung untuk menonton dan dalam masa yang sama makan serta minum disitu.Namun bukan semudah yang disangka kan,Baru sebulan berniaga bermacam dugaan datang menjelma,berbagai karenah serta ragam pelanggan saban hari berbeza-beza,mana yang lari tak bayar,mencarut,marah-marah tak tentu pasal telah dilalui.pernah sekali hanya kerana hendak menumpang mengecas bateri telefon bimbit.


Pelanggan tersebut dengan tergamak memadamkan suis periuk nasi yang belum masak semata-mata mengecas telefon bimbitnya.Apabila disedari oleh pekerja Nisha,Dia menegur perbuatan pelanggan tersebut namun berlaku perkara diluar jangkauan dimana pelanggan tersebut menyemburkan kata-kata kesat,memaki hamun kononnya tak boleh lebih kurang dan sebagainya.Bukan nya tak boleh guna,tapi kan masih ada soket lain.Tak kan biarkan beras kembang dalam air tak dapat dimasak angkara menunggu pelanggan mengecas telefon bimbitnya.


Keseronokan berniaga mula menjadi hambar,Dimana kejadian misteri serta aneh bertukar ganti dengan karenah pelanggan,disambung pula dengan kejadian misteri dimana pelanggan mulai berkurangan,Nasi dimasak 3-4jam tetapi tak masak-masak lagi,pernah satu kejadian berlaku dihadapan mata Nisha sendiri dimana ketika itu Seorang pelanggan memesan Milo ais serta nasi goreng kampung.Ketika air Milo ais dihantar kepada pelanggan,entah kenapa secara tiba-tiba air tersebut menggelegak bagai air tengah masak atas dapur!. Sedangkan air tersebut adalah air sejuk,milo ais.Melihat keadaan begitu pelanggan berpindah kemeja lain,Tetapi kejadian sama turut berulang.Sehingga lah pelanggan terpaksa meninggalkan restoran kerana takut.


Kejadian sama berulang kembali,Pada awalnya seorang pelanggan,namun semakin hari semakin ramai yang terkena air mengelegak atas meja,Nasi basi walaupun baru siap dimasak.Dan oleh kerana kejadian tersebut berlarutan Nisha mengambil keputusan memendekkan waktu perniagaan nya diaitu bermula 5 pagi sehingga 6petang kerana bimbang kejadian yang tidak diduga berulang atau semakin teruk.Sehingga pada suatu petang sewaktu Nisha dan salah seorang pekerjanya termenung menunggu pelanggan datang lah sepasang suami isteri memesan makanan serta minuman.Dalam keadaan serba salah Nisha menghidangkan makanan serta minuman yang dipesan,Bimbang kalau-kalau nasi menjadi basi serta air tiba-tiba menggelegak.Namun Syukur setelah pasangan tersebut menjamah makanan nya,Tiada kejadian pelik berlaku.


Setelah selesai makan Pasangan pakcik dan makcik yang menjadi pelanggan Nisha memanggil Nisha.Nisha bergegas menuju ke meja mereka kerana mengingatkan pasangan tersebut hendak membayar makanan mereka.Namun pakcik tersebut meminta Nisha duduk bersama mereka kerana ada perkara yang hendak di jelaskan.Pakcik tersebut mula membuka mulutnya bercerita.Makanan di Restoran Nisha memang sedap dan memenuhi citarasanya namun Pakcik tersebut memberitahu Nisha agar pergi mencari orang bijak pandai untuk berubat.Dahi Nisha berkerut mendengar perkataan berubat dari pakcik tersebut kerana Nisha merasakan dirinya tidak sakit begitu juga pekerjanya.Pakcik tersebut mengerti yang Nisha sebenarnya tidak faham dengan apa yang disampaikan sehigga lah pakcik tersebut menjelaskan dengan lebih dekat kepada Nisha.


Baru sahaja pakcik tersebut hendak membuka mulut untuk menjelaskan kepada Nisha,tiba-tiba gelas-gelas di bahagian air jatuh pecah bagai dihempas seseorang.Nisha berlari kearah dapur memeriksa kalau-kalau ada kucing nakal menjatuhkan gelasnya.Namun setelah tiba dibahagian air ternyata tiada apa-apa disitu kecuali gelas-gelas pecah berterabur di lantai.Pakcik tersebut memberitahu Nisha"Benda tu marah pakcik bagitau nak".Pekerja Nisha membersihkan kaca-kaca pecah diatas lantai manakala Nisha kembali duduk kembali bersama pakcik dab makcik tersebut.


Pakcik memberitahu Nisha bahawa restoran tersebut telah dianiaya seseorang yang tak senang dengan kemeriahan perniagaan Nisha.Pakcik tersebut turut memberitahu dalam restoran Nisha ada 3-4 Mahluk yang dihantar oleh orang yang sama untuk memusnahkan perniagaan Nisha dan Suaminya.Nisha mendengar penjelasan Pakcik tersebut dengan begitu kusyuk sebelum mereka dikejutkan dengan jeritan Kak Munah seorang pekerja Nisha.Kak Munah tiba-tiba meracau sambil menjerit-jerit didapur sebelum pakcik tersebut melaungkan Azan.setelah itu baru lah kak Munah senyap namun mata nya merah memandang tepat kearah pakcik sambil memberitahu supaya jangan memandai-mandai nak mengajar orang.Setelah itu Kak Munah tumbang dan tak sedarkan diri.


Setelah 2jam berada disitu pasangan tersebut meninggalkan restoran Nisha.Nisha memikirkan apa yang disampaikan oleh pakcik tersebut sehingga lah suaminya sampai untuk menutup restoran untuk balik.Dirumah Nisha menceritakan apa yang berlaku direstoran siang tadi kepada suaminya.Rupa-rupanya suami Nisha dah lama tahu kehadiran mahluk halus serta gangguan yang Nisha lalui cuma dia tak nak cerita risau kalau mematahkan semangat isterinya berniaga.Malam tersebut Nisha dan suami nya berbincang untuk menemui Seorang Ustaz yang mahir dalam urusan begitu.sebelum tidur Nisha menghubungi pekerjanya memberitahu yang restoran tidak dibuka keesokannya kerana hendak menguruskan gangguan di restoran mereka.


Keesokan harinya Nisha dan suaminya terpaksa menempuh perjalanan yang jauh ke utara menemui Ustaz Fahmi untuk mendapatkan nasihat serta pandangan.setelah berberapa jam menempuh perjalanan yang jauh akhirnya mereka tiba dirumah ustaz Fahmi.namun Ketika itu Ustaz tiada dirumah kerana berada disurau.Nisha bersama suaminya terpaksa menunggu sementara anak Ustaz menjemput ayahnya disurau.ketika bersama Ustaz,Suami Nisha menceritakan apa yang mereka hadapi.Nisha menceritakan tentang kehadiran sepasang suami isteri memberi nasihat kepadanya semalam.Ustaz Fahmi berjanji untuk membantu namun harus pergi ke Restoran Tersebut untuk menghalau ganguan Jin serta membersihkan restoran tersebut.


Nisha dan suami menghembus nafas lega mendengar kesanggupan Ustaz Fahmi membantu menyelesaikan masaalah restoran mereka.Petang tersebut Ustaz Fahmi mengikuti Nisha dan suaminya balik kerana ada urusan yang hendak dilaksanakan di restoran Nisha.Selepas Solat Isyak,Ustaz Fahmi bersama suami Nisha datang ke restoran.Sewaktu pintu dibuka untuk masuk,mereka terpandang satu kelibat seperti manusia berbadan besar menuju kearah belakang peti ais.Ustaz Fahmi mula membaca ayat-ayat di ruang tengah restoran.Setengah jam berlalu terdengar bunyi seperti pingan mangkuk pecah dibahagian dapur.Suami Nisha bangun untuk melihat namun dihalang oleh Ustaz Fahmi.


Ustaz Fahmi menerukan zikirnya begitu juga gangguan semakin ganas dimana pintu peti ais seperti dibuka dan ditutup berulang kali,lampu dibahagian dapur tiba-tiba meletup tanpa sebab.Ustaz Fahmi meminta suami Nisha mengambil sebaldi air paip.Air dalam baldi di bacakan dengan ayat-ayat suci sebelum disimbah-simbah di ruang restoran dan ketika itu suami Nisha mendengar dengan jelas bunyi pintu restoran di goyang-goyang dengan kuat.Ustaz Fahmi meneruskan renjisan nya sehingga lah mereka tiba di sudut kaunter bayaran.Ketika itu Ustaz Fahmi tiba-tiba mengundur selangkah kebelakang sebelum kembali sambil membaca ayat-ayat suci dengan lebih kuat lagi sambil menjirus air kebahagian kaunter.


Seperti hembusan angin kuat melintasi Suami Nisha keluar dari arah kaunter melanggar kerusi meja meluru keluar dari restoran.Setelah itu baru lah ustaz Fahmi berhenti berzikir.Sebelum balik mereka duduk seketika dalam restoran sambil mimun air yang dikeluarkan dari peti ais.Ustaz Fahmi memberitahu gangguan telah berjaya dipujuk keluar sambil memberitahu restoran tersebut telah bebas dari gangguan mahluk halus.Sekitar 11 malam,Ustaz Fahmi dihantar balik.sehingga lah tiga pagi baru lah Suami Nisha dapat berehat dirumah setelah urusan semuanya diselesaikan.keesokan harinya mereka menyambung cuti lagi akibat kepenatan menjemput dan menghantar Ustaz Fahmi.


Selepas kejadian tersebut,perniagaan Nisha kembali pulih seperti sediakala dimana pelanggan kembali ramai seperti sedia kala.Dan ketika itu lah Nisha hanya tersenyum apabila ramai pelanggan bertanya kenapa mereka menutup kedai lama.Dalam hati Nisha berfikir mesti ada diantara mahluk yang dihantar bertindak menghalang pelanggan datang kerestorannya.Namun walaupun telah bebas dari gangguan,Nisha tetap berwaspada agar tidak berulang kejadian sama pada masa akan datang.Melalui kisah Nisha dan Restoran nya,kita kita dapat saksikan bagaimana sesama manusia yang lemah sanggup melakukan perkara seperti itu semata-mata mengejar impian walaupun terpaksa melalui persaingan kotor.


Dalam dunia perniagaan,Kita digalakkan berlumba-lumba mengejar keuntungan tetapi biarlah mengikut panduan yang ditetapkan agar hasil pendapatan perniagaan lebih berkat.Mencari kelemahan diri serta apa yang diusahakan bukan nya mencari kelemahan orang untuk menjatuhkan nya.Sampai bilapun selagi adanya persaingan kotor dalam perniagaan,selagi itu lah hati kita sentiasa dibelenggu.Dan untuk mencapai kejayaan sebenar semakin payah dan jauh.Kita saksikan bagaimana bangsa lain berniaga,Tak ada stok,dipinjamnya dari kedai sebelah tanpa ada rasa was-was atau syak wasangka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan