Rabu, 10 Mei 2017

SANTAU UNTUK MEMUASKAN HASAD DENGKI

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam siaran Pulau Rahsia.Untuk perkongsian kali ini saya akan cerita kan serba sedikit mengenai ilmu hitam.melalui perkongsian rakan-rakan dan juga antara kisah-kisah mangsa yang pernah teraniaya dengan harapan menjadi pedoman serta panduan sekiranya ada sesiapa diantara kita yang berhadapan dengan situasi begini.

Sebenarnya banyak kes-kes yang berkaitan dengan ilmu hitam yang saya temui namun paling banyak diantaranya ialah mangsa dengki.Tanpa usul periksa,tanpa ada salah apa-apa tiba-tiba mangsa rebah atau tewas.dan yang paling bahayanya ialah Santau atau tuju-tuju.kisah pertama yang akan saya kongsikan kali ini merupakan pengelaman terkena santau angakara sifat dengki dan iri hati seseorang.Kisahnya bermula ketika itu baru 9 malam dah ditakdirkan tiba-tiba bekalan elektrik tiba-tiba terputus.walaupun pelanggan memang kurang sejak awal namun semangat niaga tu masih kuat dan terpaksa saya padamkan kerana tiada bekalan elektrik.

Dalam kegelapan malam saya berkemas menutup warung sebelum kebelakang membasuh pinggan dan gelas.Selesai semua tugas saya pun masuk bilik untuk berehat.Baru nak terlelap tiba-tiba saya dikejutkan dengan sengatan yang amat bisa di bahagian jari.Dengan serta merta saya bangun mencari lampu suluh untuk mencari haiwan apa yang menyengat.Namun belum pun sempat saya menemui haiwan tersebut bisa sengatan mula menjalar.dalam berberapa saat sahaja jari dan telapak tangan mulai bengkak.ketika itu perasaan mulai cemas memandangkan saya hanya seorang diri.

Walaupun kesakitan teramat sangat saya terpaksa menggagahkan diri ke Hospital untuk mendapat rawatan.Di Hospital saya di berikan suntikan setelah sample darah diambil untuk pemeriksaan.Di Hospital kesakitan semakin kuat terasa sehingga lengan mula bengkak.degupan jantung mula tak teratur nafas bagai sesak.Melihat keadaan begitu dokter masuk kan ubat tahan Bisa sebelum saya dirujuk ke Wad untuk rawatan lanjut.

Keesokan hari nya bisa mula hilang cuma jari masih lagi bengkak.Saya dimaklum kan bisa dalam badan datang nya dari Bisa Ular.namun mengelirukan dokter apabula kesan sengatan pada jari saya bukan dari kesan patukan ular tetapi bekas sengatan Lipan.Dua hari berkampung di Hospital sebelum saya dibenarkan balik setelah bengkak surut sepenuhya.Dirumah saya cuba cari kalau-kalau masih ada binatang bisa yang bersembunyi di tempat tidur.

Selang dua malam selepas sengatan tersebut,Pagi nya hujan renyai-renyai tapi tak lebat,bekas sengatan di jari mula gatal-gatal.Bermula dari jari merebak ke seluruh tubuh terasa gatal berbahang.dua tiga hari lamanya saya menderita gatal diseluruh badan.Saya ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.Di Hospital dokter memberitahu mungkin gatal tersebut kesan dari bisa sengatan lepas.Setelah diberi ubat sapu dan berberapa jenis pil saya balik kerumah.namun masih gatal...

Setelah seminggu berlalu,saya mula perasan ada yang tak kena pada tubuh apabila gatal semakin parah,dimana cecair bisa mulai keluar dari celah liang roma.Dan yang menguatkan fikiran saya mengatakan gatal tersebut ada kaitan dengan perkara MISTIK dimana gatal akan berhenti ketika waktu Azan.Bila masuk waktu dimana kedengaran Suara Azan.gatal akan berhenti dan lega.habis suara Azan...gatal datang balik.Sehingga lah kebetulan seorang pakcik datang berbual dengan saya.

Ketika berbual pakcik tersebut melihat saya tergaru-garu.Saya pun ceritakan kisah mula kejadian tersebut sehingga gatal yang saya alami.Pakcik tersebut memberitahu supaya saya menemui seorang Ustaz kenalan pakcik tersebut.Dari Ustaz Mat saya dapat tahu rupanya saya telah disantau.Malam tersebut Ustaz Mat datang ke warung dimana selama saya sakit warung tutup.Malam tersebut selepas Solat Mahgrib Ustaz Mat memerhatikan seluruh kawasan Warung termasuk bilik tidur.Di bilik tidur Ustaz agak lama sambil menabur beras kuning kearah bilik.

Selepas itu Ustaz Mat menutup semua lampu diseluruh warung.sehingga keadaan rumah gelap gelita.berberapa saat lepas itu dalam keadaan gelap tiba-tiba muncul kunang-kunang,berkelip-kelip-kelip naik dan terbang perlahan-lahan menuju ke luar.Bertentang dengan pintu warung disitu jatuhnya kunang-kunang tersebut.Ustaz Mat menyiram air Kelapa di tempat jatuh nya kunang tersebut sebelum menghunuskan keris ke tanah.Ustaz Mat mengorek tanah tersebut sebelum mengeluarkan satu bungkusan kain sepeti punjut.

Dalam rumah Ustaz merembas bungkusan dengan beras dan garam sebelum membuka bungkusan tersebut.Setelah bungkusan di buka,Terdapat segumpal tanah berwarna hitam bersama patung yang dibuat dari kain menyerupai manusia.patung tersebut di cucuk dengan jarum diseluruh tubuh bersama gumpalan habuk miang rebung,lada sulah,kaca pecah.Ustaz Mat mencabut jarum-jarum yang ada pada patung tersebut sebelum membersihkan nya dengan air kelapa.

(Sekadar Hiasan)

Keajaiban berlaku dimana tubuh saya tidak lagi gatal dengan serta merta,terasa dingin apabila patung dibersihkan sebelum Ustaz Mat memberitahu patung tersebut hendaklah dibuang dalam sungai yang mengalir.sebelum balik Ustaz Mat sempat berbual,dalam bualan tersebut Ustaz Mat memberitahu berberapa petanda-petanda kewujudan Santau,Samada dihantar melalui haiwan,angin dan sebenarnya ada bermacam cara yang boleh digunakan oleh orang yang berniat jahat,walaupun dengan hanya melalui pesanan ringkas,panggilan telefon dan sebagainya.

Sebelum berlakunya serangan Misteri mangsa pasti akan terasa ada sesuatu yang tak kena.Mula terasa sakit-sakit,kadangkala belalang pelik-pelik masuk rumah,haiwan berbisa,pelesit dan sebagainya.Kadangkala haiwan ini atau petanda dah sampai cuma mangsa tak sedar akan kehadiran nya.tahu-tahu dah sakit.Jika terasa diri terkena Santau,cuba duduk dalam bilik gelap kamudian suluh bahagian lengan,suluh sscara melintang sehingga menampakan helaian bulu roma.Jika ada Santau kita akan tahu melalui bulu roma dimana helaian bulu tersebut seperti bersinar seakan ada kaca.Dan banyak lagi...insyaAllah akan saya kongsikan pada siaran Lagenda Pulau Rahsia akan datang.Semoga kita semua terhindar dari mata-mata dan tangan hitam yang menpunyai sifat dengki dan irihati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan