Isnin, 1 Mei 2017

MISTERI RASUKAN PELAJAR PEREMPUAN DI SEKOLAH

 Salam sejahtera dan Salam Muhibbah buat anda semua.Kembali bersama dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia!. kali ini dalam kisah misteri rasukan serta langkah-langkah menghindari misteri kerasukan mahupun Histeria.Kisah ini berlaku ketika saya bersama rakan sedang lepak disebuah warung berhampiran dengan sebuah sekolah.Ketika itu sedang hangat di kaca telivisyen memaparkan adengan wrestling dimana sebelum kejadian kami masih leka melihat adengan John Cena sedang berentap dengan Great Kalli si penggusti berbadan besar serta tinggi sambil menghirup kuah Tom yam.

Sedang leka menonton sambil makan,Warung didatangi dua orang guru bersama seorang warden asrama memaklumkan seorang pelajar Wanita telah disampuk dan melarikan diri kedalam hutan dihadapan warung dan bersebelahan dengan Dewan sekolah,Mungkin kerana terlampau leka menonton Wrestling sehingga kami mahupun pelanggan lain tidak perasan apabila ada pelajar wanita keluar dari kawasan sekolah memasuki hutan.Dua orang guru bersama warden asrama datang meminta bantuan untuk mencari pelajar berkenaan yang hanya kurang lima minit menghilangkan diri dalam hutan tanpa sedarkan diri.

Mendengar penjelasan dari Guru tersebut atas dasar membantu saya bersama rakan dan berberapa pelanggan lain mengikuti Warden meredah hutan yang tidak berapa tebal di sebelah dewan sekolah.Berkali-kali nama pelajar berkenaan dipanggil namun tidak berjawab.hampir 20 orang menyertai misi mencari termasuk anggota Rela dan pelajar lekaki.Saya dan rakan hanya mengekori belakang seorang Guru.setiap pelusuk hutan tersebut kami periksa termasuk bawah-bawah ranting kering yang jatuh namun masih belum menemui pelajar wanita berkenaan.

Sewaktu melintasi sebatang pokok jelutong,dimana pokok berkenaan dalam lingkaran pemeluk dewasa besarnya,Tiba-tiba kami terdengar suara nafas mendengus dengan kasar seperti udara keluar dari hidung dengan kuat.Saya menyuluh keatas pokok,Ha.....ternyata pelajar berkenaan sedang bergayut diatas sebatang dahan sambil menggoyangkan kaki nya kebawah.Melihat keadaan begitu rakan saya memanggil anggota Rela yang menyertai kami termasuk Guru supaya melihat keadaan pelajar berkenaan.Seorang Guru memanggil nama pelajar berkenaan berkali-kali dengan lembut namun tiada tindak balas dari pelajar wanita berkenaan.

Sehingga lah pelajar tersebut menyahut dengan suara kasar dan garau "Diam Lah !!". Sambil memandang kebawah dengan mata terbeliak sehingga menimbulkan kerisauan kalau-kalau dia terjun dari pokok berkenaan.Dalam diam dua orang anggota Rela iaitu Encik Mat dan Encik Jaafar memanjat pokok tersebut perlahan-lahan manakala kami dibawah menarik perhatian pelajar berkenaan supaya dia tidak perasaan Dua Anggota Rela sedang memanjat untuk mendapatkan pelajar berkenaan.Dalam masa 10 minit.Usaha menangkap pelajar perempuan berkenaan berjaya apabila tanggan nya dicapai dengan pantas oleh Encik Jaafar.

Seterusnya usaha menurunkan pelajar tersebut semakin payah apabila tangan kirinya berpaut kuat pada pokok dan sukar untuk ditarik sehinggakan seorang pelanggan warung memberi cadangan untuk menghubungi anggota Bomba untuk menbantu.Baru saja  warden hendak mendail nombor bomba,Tiba-tiba pelajar berkenaan terjun kebawah.Mujur tidak patah kaki tangan atau mengalami kecederaan.Apabila tiba dibawah kami mengepung pelajar perempuan tersebut namun berberapa orang mengundur apabila pelajar berkenaan membongkok sambil mencengkap jari seperti hendak menerkam orang ramai.

Angkara leka dan cuba mengelak takut dicakar,akhirnya pelajar perempuan berkenaan melarikan diri semula.Kami menjerit supaya yang lain mengawal pelajar perempuan tersebut daripada lari sekali lagi.Setelah dikepung langkah pelajar tersebut terhenti namun menerkam seorang pelanggan warung yang menyertai kami mencari pelajar berkenaan.Dengan kekuatan luar biasa dari seorang pelajar wanita berusia 17 tahun mencengkam sehingga terkoyak leher baju serta terdapat kesan lebam dilengan pelanggan yang  dikenali Encik Taha.Ketika itu orang ramai menangkap pelajar tersebut dan membawa nya ke kawasan sekolah dimana pelajar tersebut ditempatkan ditengah dewan sementara menunggu ketibaan seorang Ustaz yang dipanggil untuk membantu.

Kami masih bersiap sedia walaupun pelajar tersebut mula senyap dan tidak meracau setelah seorang Guru melaungkan Azan di sebelah kanan pelajar tersebut.dimann tapak kaki dan buku lali pelajar tersebut luka-luka mungkin terkena batu atau duri-duri sewaktu melarikan diri.Kami masih berjaga-jaga sehingga lah kereta Ustaz tiba dihadapan dewan dan segera menemui kami dengan membawa sebotol air mineral dan seurat tasbih dijari kanan nya.Setelah melihat keadaan pelajar berkenaan.Belum pun sempat ustaz membaca apa-apa,tiba-tiba pelajar perempuan tersebut bangun dan menjeri "Pergi kau dari sini" Aku benci melihat engkau" kata pelajar berkenaan sambil menunjuk Ustaz dengan wajah garang dan menakutkan.

Sehingga lah Ustaz mula membaca ayat-ayat suci untuk merugyah pelajar perempuan tersebit.Sekali lagi pelajar tersebut meracau dan menjerit-jerit seolah-olah orang gila dengan memanggil Ustaz dengan panggilan yang sangat jelek seperti anjing,Lembu dan bermacam-macam lagi panggilan kesat.Namun Ustaz tetap tenang dan meneruskan bacaaan Ayat sucinya.Selang berberapa minit,pelajar tersebut mula lemah namun apabila disentuh bahunya oleh seorang lagi pelajar wanita dia mula meracau semula dengan menghentak-hentak kaki ke lantai sebelum bangun dan menuju kearah dinding.

Saya saksikan satu pemandangan luar biasa pada malam tersebut apabila pelajar berkenaan meracau dan mengaru-garu dinding dewan seperti hendak mendaki dinding lincin dibahagian dewan.Merasakan usaha nya untuk melarikan diri gagal pelajar tersebut berlari kearah Ustaz sambil menarik serban yang Ustaz sangkutkan dibahagian tengkuk.Namun dalam kesempatan itu,Ustaz merampas serban tersebut sebelum menekup tangannya pada kepala Pelajar perempuan yang terkena Hasteria.Tiba-tiba suara pelajar tersebut berubah serta merta apabila jeritan berbunyi " Panas lah bodoh !" Berbunyi kasar dan bergema.Saya yang berada jauh dari pelajar berkenaan turut meremang bulu roma mendengarnya.

Muka Ustaz di tolak-tolak kerana cuba melarikan diri.Namun Ustaz Zul tetap meneruskan bacaan nya tanpa memperdulikan tunjalan dari pelajar berkenaan sehingga lah pelajar perempuan mula senyap dan kelihatan lemah sebelum hampir tumbang.kawan-kawan perempuan nya bergegas untuk menyambut pelajar tersebut namun dihalang oleh Ustaz.Ustaz memberitahu kemungkinan itu satu tipu helah mahluk yang menumpang didalan tubuh pelajar tersebut.Apabila telah duduk Ustaz merenjiskan sedikit air mineral yang dibawanya ke atas kepala pelajar berkenaan.

Baru sahaja Ustaz Zul cuba merenjis dengan tiba-tiba pelajar tersebut meraung dan bercakap yang bukan-bukan dalam bahasa yang sukar difahami.Ustaz meninggikan suaranya sambil bertanya berberapa soalan diantaranya ialah Siapa engkau,dari mana asal engkau,apa tujuan kau kacau budak ini!.Pelajar tersebut menjawab memberitahu dirinya berasal dari bilik dihujung asrama pelajar perempuan,tujuan dia menumpang pelajar berkenaan sebab pelajar tersebut membuat keselahan dimana siang nya pelajar tersebut memasuki bilik tersebut untuk menukar tuala wanitanya sebelum bertindak kurang ajar apabila membuang air kecil di satu sudut dibelakang pintu dan kebetulan Mahluk tersebut berada dibalik pintu tanpa disedari oleh pelajar berkenaan.

Ustaz mengarahkan mahluk yang menumpang tubuh pelajar berkenaan keluar dari badan pelajar berkenaan namun mahluk tersebut enggan  sebelum Ustaz bertindak melibaskan serbannya pada badan pelajar tersebut sebelum pelajar perempuan tersebut menjerit dan merenung wajah setiap orang yang ada didewan.Sekali lagi Ustaz menghajunkan serban nya sehingga mengenai bahagian pinggang pelajar wanita tersebut.Sekali lagi Ustaz mengarahkan mahluk tersebut keluar.Namun di jawab "Aku Tak Nak lah !!".Ustaz menadah tangan nya sambil berdoa sebelum menghayunkan serban nya buat kali ketiga.

Dengan tiba-tiba pelajar tersebut terduduk dan membuka matanya sambil menangis sebelum Ustaz memberitahu kami segalanya telah selesai dan mahluk yang menumpang tubuh pelajar berkenaan telah pergi.Setelah keadaan kembali reda.Ustaz Zul memberi ceramah sedikit buat pelajar-pelajar wanita yang ada didewan.Ustaz berpesan supaya menjaga kebersihan terutamanya sewatu Uzur,pakaian yang dipakai jangan dibiar atas jemuran sehingga waktu Maghrib.Bimbang pakaian tersebut terkena lintasan mahluk halus.

Ustaz Zul juga berpesan jika Uzur basuh bekas tuala wanita yang telah digunakan dan jangan sesekali meninggalkannya dalam keadaan kotor.Kerana perbuatan,penampilan serta tingkah laku yang tak baik mengundang kehadiran mahluk halus .Sebelum meninggalkan kami Ustaz mengulangi pesanan nya "Jaga kebersihan diri dari segi dalaman dan luaran.Kami mengiringi Ustaz Zul sehingga kedalam  kereta sebelum saya dan rakan saya kembali ke warung untuk meneruskab tontonan rancangan Wrestling!.

(Sekadar Hiasan)


Hasteria

Hasteria kebiasaannya berlaku dikalangan wanita,jarang kita dengar apabila berlaku kepada lelaki.Melalui apa yang saya dengar dan yang saya tahu.Histeria ini berpunca dari perasaan lemah semangat yang sememangnya ada dalam diri.Antara punca berlakunya Hasteria apabila tubuh dalam keadaan penat dan kotor maksudnya berhadas.ketika itu syaitan akan menghampiri ditambah dengan sifat lemah semangat maka dengan mudah mahluk dari bala tentera Iblis merasuk dan mengawal akal fikiran kita.secara sendirinya tanpa disedari mangsa akan melakukan perbuatan yang luar biasa seperti meracau,memberontak dan sebagainya malah boleh bertindak ganas ataupun lemah dan pengsan.Semua tindakan tersebut bukan lah disengajakan tetapi dibawah pengaruh mahluk halus yang menumpang dalam tubuh mangsa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan