Selasa, 11 Julai 2017

GADIS KERASUKAN SETELAH MENERIMA GELANG MISTERI PELIK DARI PULAU

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri dua remaja wanita mendapat hadiah berupa mahluk halus dari sebuah pulau.Ema dan Sheeda merupakan dua sahabat sejak dari zaman kanak-kanak sehingga lah melangkah kealam pekerjaan,dalam keakraban dua sahabat ini terselit satu hobi yang agak luar biasa di mana keduanya begitu taksub dan berminat dengan perkara misteri dan mistik.Berberapa bulan yang lepas dua sahabat ini telah merancang untuk memgunjungi sebuah pulau yang begitu terkenal di Negeri Melaka,sebuah pulau yang dikenali sebagai pulau keramat diatas tanda-tanda serta bekas-bekas ahli sufi mendalami Ilmu Agama serta menjadi pusat penyebaran Agama Islam di Melaka suatu masa dahulu.


Melalui Kisah-kisah yang di temui melalui internet,surat khabar,majalah termasuk cerita-cerita orang yang seringkali mengaitkan pulau ini sebagai keramat dan merupakan penempatan mahluk-mahluk halus yang menjadi tandatanya kepada semua setelah berberapa peristiwa aneh diceritakan sehingga menarik minat Ema dan sheeda untuk mengalami secara dan merasai kebebaran kewujudan mahluk dan penjaga pulau ini.Hanya berbekalkan khemah canvas muat untuk dua orang,beg pakaian serta bekalan makanan dan segala kelengkapan,Ema dan Sheeda sanggup menempuh perjalanan yang agak jauh dari Johor Bahru ke Negeri Melaka untuk mencapai misi mereka.Seawal pagi mereka memulakan perjalanan melalui lebuhraya Utara selatan dan sekitar 11 pagi mereka tiba di Melaka sebelum meneruskan perjalanan sehingga ke Jeti Anjung batu Melaka.


Setelah tiba di jeti mereka merasa hampa kerana Feri yang akan ke Pulau sudah pun bertolak meninggalkan mereka dan terpaksa menunggu sehingga pukul 2 petang.Dengan masa yang masih panjang,Ema dan Sheeda keluar semula untuk mencari makan tengahari disebuah warung tidak jauh dari situ,mereka makan dan menunggu waktu untuk kembali ke Jeti.Setelah sekian lama berada di Warung tersebut Ema mengajak rakan nya Sheeda kembali ke Jeti agar tidak tertinggal lagi sekali.sewaktu dalam perjalanan menuju ke Jeti Anjung batu,kereta yang dipandu oleh Ema nyaris terbabas akibat mengelas seekor babi hutan dengan tiba-tiba melintas jalan,mujur lah ketika itu Ema tidak laju namun kemunculan kaki pendek tersebut membuatkan kereta bingit dengan suara mereka terpekik menjerit.

[Sekadar Hiasan]


Setelah tiba di Jeti,Ema meletakan kereta dikawasan yang agak dekat dengan Jeti agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini walaupun ada pengawal yang bertugas namun Ema tidak mengharapkan bantuan Pengawal sepenuhnya kerana banyak lagi kereta yang hendak di pantau selain mereka.Setelah memastikan kereta dalam keadaan selamat,Emma dan Sheeda menuju ke ruang menunggu dan ketika itu sebuah Feri telah tiba di jeti dan menunggu waktu untuk bertolak.Ema dan Sheeda mengambil beg dan berjalan menuju ke Feri dan menunggu didalam sementara menunggu penumpang lain.Lebih kurang setengah jam perjalanan diambil untuk tiba di Pulau Besar dari jauh Mereka telah saksikan keindahan pulau yang indah dari jauh sehingga lah mereka menjejak kaki di situ buat kali pertamanya.


Setelah tiba,mereka mengikuti pengunjung yang lain dengan manaiki van yang sedia menunggu kehadiran pengunjung.Setelah berberapa minit mereka tiba dikawasan surau berhampiran Makam Sultan Ariffin.Ketika itu pukul 3 lebih dan Ema mengajak Sheeda mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah untuk malam tersebut.Melalui laluan tepian pantai Mereka melihat gerai-gerai yang banyak menjual alat-alat sembahyang serta barang-barang mistik yang amat memukai mata Sheeda untuk melihat dari dekat namun Emma menasihatkan Sheeda agar segera mendirikan khemah sebelum matahari terbenam kerana keduanya belum mahir mendirikan khemah risau jika terlajak malam kalau kedua nya sama-sama terkial-kial mendirikan khemah.setelah berjalan agak jauh Mereka berhenti disebuah kawasan yang agak lapang dan amat sesuai untuk mendirikan khemah dimana khemah mereka tidak lah jauh dari khemah-khemah pengunjung yang lain.


Ternyata keduanya memang kelam kabut sehingga terkial-kial memasang khemah sehingga perbuatan mereka diperhatikan oleh seorang pakcik yang menghuni sebuah khemah tidak jauh dari mereka.Dengan bantuan pakcik Tersebut siap lah khemah mereka.Setelah meninggalkan beg  pakaian mereka didalam khemah,Ema dan Sheeda kembali untuk melihat jualan dalam gerai-gerai yang mereka limpasi dikawasan Wakaf Makan Sultan Ariffin.Setelah tiba Sheeda terus mencapai seutas gelang yang sungguh unik pada pandangan matanya dari sebuah gerai yang di jaga oleh seorang wanita berbangsa India.Dari buku-buku kecil dibelek-belek sehingga lah batu-batu cincin.Namun Mata Sheeda terpukau melihat seutas gelang yang dibuat dari benang disulami manik-manik.Setelah menghulurkan dua keping Not Rm10.00 kepada wanita tersebut Sheeda terus menyarungkan gelang tersebut pada tangan kanan nya.


Namun belum sempat diketatkan sipenjual meminta kembali gelang tersebut dan memberitahu kepada Sheeda dengan nada yang tegas membuatkan keduanya terhenti dari ketawa-ketawa melihat barang jualan yang lain.Wanita tersebut memberitahu Sheeda bahawa gelang tersebut merupakan gelang sembahyang kaum India.Dan wanita tersebut meletakkan gelang yang baru dibeli oleh Sheeda dalam telapak tangan nya sambil membaca sesuatu dan menghembus kearah gelang dan menyerahkan kembali kepada Sheeda.Wanita tersebut memberitahu Sheeda agar sentiasa memakai gelang tersebut dan pantang kalau dibuka walau sesaat.selain dari itu,penjual memberi tahu Gelang tersebut memberi tuah serta keselamatan kepada Sheeda.Namun Ema hanya mendiamkan diri tanpa bertanya dan hanya memandang wajah Sheeda yang kelihatan begitu teruja dengan apa yang baru dimiliki nya.


Selesai memenuhi hajat untuk memiliki perhiasan dan ole-ole dari sana,Ema dan Sheeda meneruskan perjalanan ke sebuah warung yang berhampiran dengan sebuah resort untuk berehat.Disitu mereka membeli berberapa bungkus makanan ringan berserta air minuman sebelum memesan makanan untuk dibawa balik ke khemah mereka.Sementara menunggu pesanan siap mereka pergi ke tebing laut berhadapan cafe tersebut dan duduk di tembok memerhatikan matahari merah yang bakal menghilang dijemput malam sebentar lagi.Mereka kembali ke warung untuk mengambil makanan dan membeli lilin sebagai persiapan jika beteri lampu terpadam.Di khemah Ema duduk menghadap pantai sambil melayan pesanan ringkas dari seseorang melalui telefon bimbitnya manakala Sheeda baring sambil melihat lingkaran gelang bersulam manik serta loceng kecil dipergelangan tangannya.


Malam tersebut sekitar pukul 9 malam,Sheeda dan Ema keluar untuk melihat pemandangan disekitar pulau berpandukan lampu suluh mereka memberanikan diri meredah kegelapan malam berdua menuju ke makam Nenek kebayan dan melihat pancaran kunang-kunang dari Gua Ular.Di sisi makam nenek kebayan mereka lihat begitu ramai kelibat orang mengelilingi makam tersebut,Mulanya mereka ingin menjenguk namun tak jadi kerana sesak.Melalui panduan yang diberikan oleh seorang kenalan mereka yang pernah menjejak kaki kesitu,Ema dan Sheeda meredah kegelapan malam melalui laluan yang disediakan untuk ke Gua Yunus.Perjalanan mereka agak terbatas kerana batu-batu serta ranting reput yang menghalang perjalanan.Sewaktu menaiki sebongkah batu besar,ketika di kemuncak batu selang berberapa depa sebelum tiba di Gua Yunus,Ema memandang kearah belakang.


Ketika itu Tiba-tiba terasa bulu tengkuk Ema meremang serta berdebar apabila melihat kelibat susuk tubuh berjubah putih seakan-akan terapung diudara tidak jauh dari sebuab rumah besar seperti sebuah hotel tidak jauh dari mereka.Ema memanggil Sheeda untuk melihat bersama namun setelah menoleh kembali,ternyata kelibat tersebut hilang entah kemana,sehingga kan Sheeda berdekeh ketawa sambil mengatakan Ema sedang mengingau.Ema berkeras mengatakan ada seseorang memerhatikan mereka dari arah pantai bersebelahan hotel lama tersebut,Namun semakin Ema bersungguh meyakinkan Sheeda,Tetap juga Sheeda tak percaya.Kamudian mereka meneruskan pendakian sehingga lah tiba di tepi Gua Yunus.Ema berpaut pada tali yang disediakan untuk mendaki puncak batu manakala Sheeda menyuluh kedalam Gua dimana terdapat sebongkah batu besar berwarna putih berada didalam gua tersebut.Sheeda datang kearah batu sebelum mencuba untuk naik namun entah kenapa,kaki Sheeda licin sehingga terpulas dibalik batu sehingga bahu dan lututnya melecet akibat terkena batu.


Melihat situasi Sheeda begitu,Ema turun dan mengajak Sheeda balik ke khemah,Namun sekali lagi Ema diduga apabila Sheeda tak mampu untuk berjalan akibat kecederaan dibahagian buku lali.Mujurlah tubuh Sheeda kecil dari Ema.Sepanjang perjalanan menuju ke Khemah lah Ema terpaksa mendukung dengan berjalan dan berhenti setelah penat sehingga lah di khemas ketika itu pukul 1 lebih malam.Sheeda mengaduh-ngaduh akibat sakit dibuku lalinya.Malam tersebut Ema sempat menghantar mesej kepada rakan mereka di Johor memaklumkan kemalangan yang menimpa Sheeda.Harris yang menjadi tulang belakang perjalanan mereka berpesan supaya mereka segera balik keesokan harinya,Bimbang kalau-kalau kecederaan yang Sheeda hadapi semakin melarat.Ema mengurut-ngurut buku lali Sheeda,sewaktu mengurut kosong dalam berberapa saat baru lah Ema teringat minyak angin yang berada didalam peti kecemasan dalam begnya.Setelah menyapu minyak dibahagian buku lali Sheeda,baru lah dia reda dari mengeluh sakit sejak kembali dari Gua Yunus tadi.


Keesokan harinya buku lali Sheeda semakin bengkak sehingga kasut tidak dapat disarungkan kekaki Sheeda.Ema mengambil keputusan membatalkan pengembaraan mereka dan bersiap-siap untuk balik.Dengan bantuan pemandu Van Sheeda di papah menaiki van untuk dibawa ke Jeti Pulau.Sekitar 10 pagi mereka telah bersiap untuk balik.Satu perkara pelik berlaku kepada Sheeda yang disedari oleh Ema.dimana Sejak bangun dari tidur pagi tadi Sheeda senyap membisukan diri.Dan hanya akan bercakap sepatah dua apabila ditanya oleh Ema.Sekitar 11 pagi mereka tiba di jeti anjung batu.Ema meninggalkan Sheeda di ruang menunggu untuk mengambil kereta kerana risau Sheeda tak larat untuk berjalan jauh.Setelah memapah Sheeda menaiki kereta dan menyimpan beg dan barang-barang lain dalam kereta Ema.Ema meluncur laju meninggakan Jeti Anjung batu untuk balik ke Johor Bahru.


Petangnya sekitar 4.30 petang,Mereka tiba di Bandaraya Johor Bahru sebelum balik kerumah,Ema menghantar Sheeda kerumah ibubapanya.Setelah itu Ema meneruskan perjalanan nya untuk balik kerumah yang hanya berberapa meter dari rumah Sheeda.Malamnya adik Sheeda menghubungi Ema memberitahu Sheeda telah dihantar oleh ayah ke Hospital kerana kakinya semakin bengkak.Mendengar berita tersebut Ema bersiap-siap dan meminta kebenaran dari ayahnya sebelum keluar ke Hospital menemui rakan baiknya.Di Hospital Sheeda berada dalam bilik untuk pemeriksaan dan hanya ditempatkan dibahagian pesakit luar kerana cuma mengalami kecedaraan ringan.Sheeda dibawa balik atas nasihat dokter dimana kaki Sheeda hanya bengkak air dan harus diurut.Sheeda balik bersama Ema dan adik nya manakala ayah Sheeda menemui Mak Tam seorang tukang urut yang mahir di kawasan perumahan mereka.


Dirumah Sheeda memberitahu Ema tentang sesuatu yang tak kena berlaku keatasnya dimana dia kerap terdengar bunyi loceng ketika seorang diri dalam bilik.Sheeda juga memberitahu yang dia telah tidur setelah tiba dirumah petang tadinya dan telah bermimpi melihat sekumpulan lelaki dan wanita mengguna kan pakaian serba putih dalam upacara sembahyang kaum India.Ema memberitahu Sheeda agar tidak terlampau memikirkan hal tersebut.Mak Tam telah tiba bersama dengan ayah Sheeda.Sewaktu mula mengusap minyak pada kaki Sheeda,Mak Tam terkejut dan hanya menunduk kan mukanya,tanpa memandang wajah Sheeda.Ayah Sheeda menjadi hairan sehingga lah Mak Tam selesai mengurut dan meninggalkan Sheeda dibilik sebelum keruang tamu.Mak Tam memberitahu Ada roh yang mengikuti Sheeda dari pulau.Dan gelang yang dipakainya merupakan Gelang keramat yang telah dibacakan isimnya.


Ayah Sheeda meminta bantuan Mak Tam untuk membantu Sheeda namun Mak Tam hanya diam dan tidak menjawab sebarang pertanyaan ayah Sheeda.Sewaktu dalam perjalanan balik,Mak Tam memberitahu Ayah Sheeda yang gelang yang dipakai oleh Anaknya harus dibuang dengan memotong gelang tersebut sebelum dibuang dalam perigi yang ada dipulau besar.Mak Tam memberitahu lagi,Jika tidak diputuskan gelang tersebut dari tangan Sheeda,mahluk tersebut akan sentiasa bersama Sheeda sehingga satu masa Sheeda akan dikawal olehnya.Ketika tiba diperkarangan rumah Mak Tam,Ibu Sheeda menghubungi suaminya memberitahu keadaan Sheeda.Ayah Sheeda segera meninggalkan Mak Tam dan bertolak balik kerumah setelah mendapat tahu anaknya meracau dirumah.Sewaktu tiba,Ayah Sheeda melihat bilik bersepah diselerakan oleh anaknya dan ketika itu Sheeda menangis terisak-isak namun setelah melihat wajah ayahnya,Sheeda bangun dan menjerit kearah ayahnya sambil memberitahu agar tidak memisahkan dirinya dengan Gelang yang dipakai.


Ayah Sheeda semakin risau melihat keadaan anak nya manakala Ema yang turut berada dalam bilik kawan baiknya turut ketakutan melihat kelakuan Sheeda.Ibu Sheeda memberitahu Ema supaya balik berehat dirumah dan akan menghubunginya semula jika mereka memerlukan bantuan.Malam tersebut sekitar pukul 2.40 pagi Ayah Sheeda bangun dan pergi kebilik Anaknya dengan membawa gunting.dalam diam Ayah Sheeda mendekati anaknya untuk memotong gelang yang dipakai.Namun baru saja gunting menghampiri tangan,Sheeda terjaga dan bangun sambil merenung ayah nya dengan pandangan yang tajam serta menakutkan.Melihat keadaan anaknya begitu,Ayah Sheeda meninggalkan anak nya dalam bilik lantas mengambil wudhu dan melakukan Solat hajat.Ibubapa Sheeda terpaksa berjaga sehingga subuh kerana risau perkara buruk berlaku keatas anaknya.Ketika sedang leka menemankan Sheeda,Ibunya mengambil kesempatan menggunting gelang yang ada pada tangan Sheeda sehingga putus tanpa disedari oleh anaknya.


Akhirnya gelang tersebut berjaya dilepaskan dari tangan Sheeda.Keesokan harinya,Sheeda tidak lagi meracau cuma banyak mendiamkan diri.Sementara ayah Sheeda ditemani Ema dan kakak Sheeda bertolak ke Melaka untuk menghantar Gelang yang diambil oleh Sheeda sewaktu berada di Pulau Besar.Perjalanan terasa amat jauh walaupun ayah Sheeda memandu agak laju,jelas terasa kereta yang dipandu berat seolah-olah tujuh lapan orang yang menumpang bersama.Bertolak dari Johor bahru sekitar  9pagi namun tiba di Jeti Anjung batu sekitar 1 petang.kebetulan sewaktu tiba feri baru bersiap-siap hendak bertolak.Mujur lah mereka sempat walaupun terpaksa berhimpit-himpit didalam Feri.Ketika tiba,Ema membawa Ayah Sheeda dan kakaknya mencari Perigi yang kurang digunakan iaitu berhampiran pokok tidak jauh dari Makam Tok Putih.Ayah Sheeda berselawat sebelum mencampakkan gelang tersebut kedalam perigi.Mereka dikejutkan dengan bunyi kocakan air yang kuat dari arah dalam seakan-akan ada ikan besar didalamnya.Namun apabila mereka melihat kedalam tiada apa-apapun yang berada didalam perigi tersebut.


Sejak dari hari itu,Sheeda mula beransur pulih dan sihat seperti sediakala,Namun apabila ditanya soal Gelang dan perasaan nya sewaktu didampingi mahluk,Sheeda seakan lupa dan langsung tak mengingati saat dia pergi ke pulau bersama Ema.Ema bersyukur sahabat baiknya kini pulih seperti sediakala walaupun hasrat utama mereka sewaktu hendak ke pulau tidak berjaya.Sedikit pendapat dan renungan melalui kisah dua sahabat ini,Sebenarnya kita sendiri tidak menduga kehadiran mahluk ghaib sewatu berada ditempat asing.Kerana itu lah orang tua selalu berpesan agar menjaga tutur kata,tingkah laku dan berani biar bertempat sewaktu melangkah ke tempat yang dirasakan asing serta baru.Begitu juga dengan nama,Jangan sesekali terpekik memanggil nama rakan kita dengan kuat lebih-lebih lagi ketika malam sewaktu dalam hutan bimbang ada mahluk lain yang akan mengajuk nama dan memanggil kita.Sekian untuk misteri gelang keramat dari pulau besar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan