Ahad, 2 Julai 2017

GADIS KILANG LUPA DIRI ANGKARA BUAH MANGGA NYA

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat anda semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia,Untuk perkongsian kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri seram yang dilalui Seorang wanita yang juga rakan kerja kepada sahabat saya sewaktu bekerja disebuah kilang Elektronik disebuah daerah dalam negeri Melaka.Angkara terlalu kemaruk dan terpukau dengan keindahan sebiji buah mangga yang kelihatan amat mengiurkan diantara buah yang lain.Namun tiada siapa menyangka diatas keranuman buah tersebut rupa-rupanya dimiliki oleh seseorang yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar dan sudah pastinya milik Mahluk halus atau sekadar permainan Iblis untuk mengenakan Sesiapa sahaja yang dikehendaki.


Gara-gara sebiji mangga Liza hilang ingatan sehingga tidak mampu mengawal diri dan terpaksa dipasung untuk dibawa balik dimana terdapat sesuatu yang menyelinap kedalam tubuhnya sehingga bertindak diluar batasan dan dalam masa yang sama mengaibkan diri sendiri kerana tingkah laku luar biasa sehingga mengoyakkan pakaian yang menutup auratnya.Selama berberapa hari Liza terpaksa dikurung dan diasingkan dari sesiapa termasuk rakan-rakan kerjanya agar tidak bertindak melimpasi batasan.Selain dari tindakan luar biasa yang dilakukan,Liza juga meracau dengan kata-kata kotor,kesat dan adakalanya keluar bahasa yang sukar difahami.Namun setelah berberapa hari menderita dikawal oleh tenaga Halus,Akhirnya....


Kisah ini berlaku disebuah kilang membuat komponen Eletronik dimana sebuah department yang paling belakang di gerakkan oleh lapan tenaga kerja yang berjalan secara Syif dimana dua syif dibahagi kepada enam belas orang pekerja yang terdiri dari oprator wanita.Dibelakang kilang terdapat Sepohon mangga yang baru saja belajar berbuah walaupun telah berdiri disitu bertahun-tahun lamanya dengan pokok dan besar berserta dahan-dahan yang rendang membuatkan bahagian belakang kilang kelihatan gelap.Disitu juga dibina bangku sebagai lokasi rekriasi pekerja berehat dan santai ketika waktu minum petang dan sebagainya namun kurang mendapat perhatian kerana suasana nya yang agak suram dan sering dikaitkan dengan jelmaan Pontianak oleh pekerja-pekerja senior.


Liza merupakan pekerja baru dimana perkhidmatan nya baru menjangkau lapan bulan dan kebetulan Pokok mangga tersebut mengeluarkan buat kali pertamanya setelah kehadiran Liza dikilang tersebut.Pokok yang rendang dan berdahan panjang namun cuma berberapa tangkai sahaja buah yang kelihatan.Setelah berberapa bulan berbuah,kini buah sulung mangga tersebut mula menguning dan pastinya mengiurkan air liur pekerja-pekerja yang bekerja menghadap pokok tersebut,termasuk lah Liza...Tengahari tersebut Liza bersama berberapa orang kawan nya duduk dibangku yang disediakan oleh pihak Kilang untuk berehat sementara menunggu waktu makan tengahari tamat untuk memulakan kerja bagi sesi petang.Entah macaman seorang pekerja yang agak berumur Kak Tipah mengajak Liza mengait buah mangga yang mula kekuningan diatas pokok.


Sewaktu mengait Liza terpandang sebiji buah yang menguning sebesar Betis bergayut diantara daun yang rendang.Liza merahsiakan buah tersebut dari pengetahuan rakan-rakan nya termasuk lah Kak Tipah kerana Liza ingin memiliki buah tersebut seorang diri.Sewaktu bersama-sama dengan Kak Tipah mengutip buah yang gugur dengan tak semena-mena Kak Tipah tersungkur jatuh,Kak Tipah yang malu kerana belakang seluarnya comot kerana terduduk diatas tanah.Sambil mengagahkan diri untuk bangun,sekali lagi Kak Tipah terjatuh dengan bantuan Liza baru lah Kak Tipah mampu berdiri sambil duduk diatas busut memerhatikan Liza mengait buah yang lain.Kak Tipah berhenti dari mengutip buah yang gugur setelah memberitahu seperti ada seseorang menolaknya sehingga Jatuh.


Dalam kesempatan yang ada tanpa memperdulikan apa yang kak Tipah katakan Liza cuba mengait buah yang diidam-idamkan tadi.Namun berkali-kali dicuba seolah-olah buah tersebut terasa sukar hendak digugurkan.Walaupun cuma berberapa jengkal sahaja dari atas kepala namun Galah terasa sukar hendak menjatuhkan buah tersebut.Sewaktu menjolok-jolok buah tersebut Kak Tipah mengajak Liza kembali ke dalam kilang memandangkan waktu rehat telah tamat.Liza tidak mengindahkan kata-kata Kak Tipah dan meneruskan usahanya menjatuhkan buah yang satu-satunya menjadi tarikan matanya.Setelah semua rakan kerja Liza memasuki kilang,Tinggal lah Liza seorang diri mengait-ngait buah tersebut.Dan akibat geram dengan sebiji buah yang kelihatan degil untuk digugurkan,Bagai dirasuk Liza nekad untuk memanjat pokok mangga tersebut.


Dari dahan atas dapat lah Liza menyentuh buah yang di hajatkan.Sewaktu meragut buah tersebut tengkuk Liza tiba-tiba terasa kebas dan dalam masa yang sama terasa kebas-kebas dibahagian tangan dan kakinya.Tanpa disedari Liza terjatuh kebawah dan tidak sedarkan diri.Di kilang setelah setengah jam menjalankan tugas sewaktu lawatan penyelia Barulah mereka sedar Liza masih belum memasuki kilang.Kak Tipah mula risau kerana Liza masih belum berada di tempat kerjanya walaupun mesin telah bergerak selama setengah jam.Dan pekerja dibahagian terakhir iaitu bahagian kawalan kualiti menghentikan mesin atas arahan ketua Line yang mendapati satu bahagian tidak lengkap dipasang.Dan bahagian itu dikawal oleh Liza.Setelah mesin dimatikan Kak Tipah bangun bersama berberapa lagi pekerja keluar dari kilang tanpa pengetahuan Penyelia walaupun mengetahui tindakan mereka menyalahi syarat pekerja yang tidak dibenarkan keluar waktu bekerja selain waktu rehat.


Sewaktu tiba di bawah pokok mangga tersebut,Kak Tipah terkejut melihat Liza terbaring tidak sedarkan diri dibawah pokok bersama sebiji mangga yang luar biasa besarnya serta jauh berbeza dari buah yang diambil oleh Kak Tipah.Kak Tipah tidak lagi menghiraukan buah tersebut apabila terus memerpa kearah Liza diikuti rakan-rakan yang lain.Berkali-kali kak Tipah mengerakkan badan Liza namun tetap kaku tak sedarkan diri.Sehingga lah penyelia datang menemui mereka.Ketika itu penyelia meminta agar Liza diangkat dan dipindahkan ke bilik rawatan sementara di kilang tersebut sebelum Kak Tipah membasahkan kain dan mengelap wajah Liza.Ketika itu Liza bangun dan dengan tak semena-mena menolak Kak Tipah yang berusaha menyedarkan dirinya.Perbuatan aneh terjadi keatas Liza dimana dia tiba-tiba memaki hamun rakan-rakan kerja nya dengan perkataan kotor serta kesat.Kak Tipah cuba menenangkan Liza dengan memeluknya.Tubuh Kak Tipah yang semangat tersungkur ditolak hanya dengan sebelah tangan oleh Liza.


Melihat keadaan bertambah serius penyelia melaungkan Azan di telinga kanan Liza namun Berberapa saat sahaja Azan di laungkan Muka Penyelia di tampar dengan kuat oleh Liza.dengan bantuan rakan sekerja,Liza dipegang beramai-ramai agar tidak bertindak di luar dugaan,Baru lah  penyelia berjaya melaungkan Azan dan keadaan Liza mula lemah dan terbaring semula.Melihat situasi begitu,penyelia bersama Kak Tipah menghantar Liza balik kerumah.Sewaktu dirumah Liza mula pulih dan sedarkan diri.dimana dia mampu berkata-kata seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang ngeri.Liza tersentak ketika diusung kedalam rumah.Dan menangis.setelah di tenangkan oleh kak Tipah dan ibu nya.Baru lah Liza mula bercerita memberitahu sewaktu menjolok buah mangga seorang nenek seakan melambai-lambai kearahnya untuk memanjat pokok mangga tersebut.


Namun setelah buah yang diidam kan berjaya dipetik Nenek tersebut menendangnya sehingga terjatuh dan lupa akan keadaan sekeliling.Setelah memastikan Liza kembali seperti biasa Penyelia bersama Kak Tipah kembali ke kilang meneruskan kerja.Sehingga lah tamat waktu bekerja sekitar 7.30 petang.Kak Tipah menerima satu panggilan dari Ibu Liza memaklumkan Liza mula meracau dan mengamuk didalam rumah dengan menghempas buku-buku,mengoyak kan pakaian serta mengamuk mengetuk-ngetuk dinding bilik sebelum duduk dan ketawa seorang diri dengan bunyi yang menakutkan.Mendengar berita tersebut malam tersebut Kak Tipah bersama suaminya melawat Liza dirumah.sewatu tiba di perkarangan rumah.Kak Tipah terdengar mendayu-dayu sendu seseorang menangis dari dalam rumah.Kak Tipah memberi salam dan terus menerpa masuk kedalam rumah untuk memastikan keadaan Liza rakan baik sekilang dengan nya.


Disitu kelihatan adik-adik Liza begitu resah melihat keadaan Liza yang terpaksa dikurung oleh ibunya.Kak Tipah hairan dan bertanya kepada ibu Liza.Ibu Liza memberitahu dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang Liza bertindak keluar dari rumah dan memudaratkan dirinya sendiri.Kak Tipah berbincang dengan suaminya,Suami kak Tipah Abang Samad bekas Tentera meminta izin dari Ibu Liza untuk menjenguk Liza dari pintu bilik.Sewaktu melihat keadaan Liza,Abang Samad tiba-tiba beristifar panjang dan terus mengundurkan diri.Setelah mendapatkan Kak Tipah dan ibu Liza,Abang Samad memberitahu Liza bukan keseorangan dalam bilik,akan tetapi bersama seorang jelmaan wanita berwajah buruk memeluknya dari belakang.Abang Samad berbincang dengan ibu Liza untuk menjemput seorang kenalan Abang Samad yang juga merupakan seorang Ustaz.Atas persetujuan ibu Liza,Abang Samad meninggalkan Kak Tipah bersama ibu Liza dan pergi menemui Ustaz Mahdi.


Setelah hampir dua jam berlalu Ustaz Mahdi tiba bersama Abang Samad.Baru sahaja Ustaz Mahdi memijak kawasan rumah,Liza meracau sekali lagi namun kali ini lebih tertumpu kepada Ustaz Mahdi,dengan memaki hamun,menyumpah seranah Ustaz Mahdi.Sambil terpekik-pekik menghalau Ustaz.Bersama ibu Liza,Kak Tipah dan abang Samad sendiri mereka memasuki bilik Liza dan menguncinya dari dalam agar Liza tidak berlari keluar.Ustaz Mahdi mula membaca ayat-ayat Ruqyah didalam bilik sambil menepis-nepis tubuh Liza dengan kain serban nya.Ustaz Mahdi bertanya siapa yang berada dalam tubuh Liza,berkali-kali ustaz bertanya baru lah Liza menyahut dan memberitahu namanya.............. dan memberitahu Ustaz yang liza melakukan kesalahan kepadanyaDimana sewaktu berada diatas pokok mangga Liza ada tersebut namanya kerana itu dia mudah memasuki tubuh Liza walaupun Liza tidak pernah meninggalkan Solatnya kecuali Uzur.


Mahluk berkenaan turut memberitahu Liza merampas buah mangga hak miliknya dimana buah tersebut tidak kelihatan pada pandangan sesiapa namun entah macamana Liza seorang yang nampak sambil beria-ria mendapatkan nya walaupun mahluk berkenaan telah memberi amaran dengan menepuk kepala Kak Tipah.dimana Liza menunding jari tepat kearah kak Tipah.Ustaz Mahdi meminta agar Mahluk berkenaan meninggalkan Tubuh Liza.Namun sekali lagi Ustaz di sergah dengan cakaran kuat nyaris mengenai wajah Ustaz Mahdi.Ustaz berundur selangkah kebelakang dan terus melibas Liza sekali lagi dengan Serban nya.Liza meraung dan mula menangis,Namun tangisan seram Liza diselang dengan ketawa yang menakutkan.Ustaz meminta sekali lagi agar Mahluk tersebut meninggalkan tubub Liza sebelum dia bertindak kasar.


Mahluk tersebut tetap berkeras dan tidak mahu melepaskan Liza,kerana begitu sakit hati kepada Liza.Ustaz duduk bersila menghadap Liza dan membaca kembali ayat-ayat suci tanpa henti mulanya Liza ketawa sambil mengajuk-ngajuk surah yang dibaca namun semakin lama,Liza mula menangis dengan kuat sambil menarik-narik bajunya.Ustas hanya tunduk dan meneruskan bacaan Rugyahnya.Begitu juga Abang Samad terpaksa berpaling dari memandang kearah Liza.Kak Tipah mencapai sehelai kain batik dan menutup tubuh Liza.Semakin lama kelihatan Tubuh Liza menjadi lemah dan sesekali menjadi kejang dan pulih semula.Ustaz meminta agar Ibu Liza menyediakan sebotol air putih dan segenggam beras.Setelah mendapat semua yang di minta,Ustaz membuka penutup botol dan menyambung bacaan nya.Sehingga lah Ustaz bangun dan berdiri dihadapan Liza.Dengan Takbir Ustaz Mahdi mebabur beras kearah Liza,Ketika itu Liza menjerit dengan sekuat hatinya sambil menjerit dengan suara yang nyaring.


Ketika itu Ustaz bercakap dengan suara agak kasar dan meminta Mahluk tersebut segera keluar dari tubuh Liza.Dengan tak semena-mena tubuh Liza kejang sekali lagi dan mengangakan mulutnya,Tiba-tiba terkeluar air liur yang banyak dari mulut Liza.sehingga lah Liza menjadi Lemah dan tumbang diatas riba ibunya.Ustaz berhenti membaca surah dan membuka pintu bilik.Ustaz duduk diruang tamu bersama dengan Abang Samad.Ustaz memberitahu Ibu Liza,jika Liza sedarkan diri biar diberi minum air yang telah didoakan.Dan meminta agar Liza membuang buah mangga yang ambilnya.Liza mula sedarkan diri namun masih lemah.Ketika itu Ibu Liza memberi air yang di doakan oleh ustaz untuk di minum.Setelah semuanya selesai,Ustaz Mahdi pun balik dengan dihantar oleh abang Samad dan Kak Tipah.Manakala Liza mula bangun dan memeluk ibunya.

[Sekadar Hiasan]


Dua hari Liza tidak hadir ketempat kerja kerana tubuhnya masih terasa penat dan bisa-bisa.Namun pada hari ketiga Liza telah pulih sepenuhnya dan bekerja seperti sediakala.Di kilang Liza tetap seperti biasa dengan sikap mesra dan riuhnya,Sememang sejak mula bekerja disitu lagi Liza dikenali dengan sifat peramah serta cerianya.Namun setelah peristiwa hitam dalam tubuhnya Liza tidak lagi berminat untuk menikmati Mangga muda cicah sambal kicap.Dan atas arahan serta lapuran oleh penyelia,sebulan selepas peristiwa aneh menimpa Liza,Pokok Mangga tersebut telah di tebang dan disingkirkan dari kawasan Kilang.Sehingga lah berberapa tahun berlalu dimana Liza telah bertemu jodoh dan terpaksa meninggalkan kenangan indah bersama rakan baiknya termasuk Kak Tipah yang banyak membantunya.Dimana Liza terpaksa berhenti kerja kerana mengikuti suaminya bertugas di negeri lain.


Kisah ini diangkat kembali melalui pengelaman nyata Kak Tipah yang menjadi saksi atas kejadian misteri yang menimpa Liza,rakan baiknya dan merupakan adik angkat kak Tipah lantaran keakraban mereka.Melalui pendedehan kembali oleh Kak Tipah,Saya karangkan semula dalam bentuk blog sebagai pedoman dan pengajaran kepada kita semua akan kebenaran kewujudan mahluk halus diatas muka bumi ini.Sekian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan