Khamis, 21 September 2017

KISAH MISTERI DISEBALIK UPACARA SEMBAHYANG HANTU

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat anda semua.Bertemu kembali dalam paparan lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini sekali lagi saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri berkaitan kebenaran kewujudan mahluk halus mengikut tradisi masyarakat Cina.Tahu kah anda pada setiap pertengahan Julai sehingga penghujung Ogos kaum Cina akan melakukan upacara khas seperti yang dianjurkan oleh Ugama mereka iaitu Buddha.Dimana waktu ini mereka percaya bahawa pintu-pintu Neraka dibuka untuk memberi kebebasan kepada Roh-Roh keluarga mereka yang telah meninggal dunia untuk balik atau kembali ke Dunia untuk melihat kehidupan anak-anak serta cucu yang ditinggalkan.


Dimana mengikut kepercayaan mereka,Hantu-Hantu yang dibebaskan akan balik kerana itu lah mereka meletakan makanan,Buah-buahan,kertas-kertas yang menyerupai duit dihadapan rumah mahupun Tokong.Disesetengah tempat terdapat berbezaan cara dalam persembahan untuk menjamu Hantu dimana setiap pewaris,keturunan atau anak-anak insan yang ditanam dalam Kubur atau Jirat yang berada ditanah perkuburan tersebut harus membawa makanan,seperti beras,daging,biskut-biskut atau apa sahaja makanan kegemaran sewaktu hayat atuk nenek moyang mereka untuk disajikan,Dimana makanan serta barang-barang keperluan yang dibawa akan di susun di satu tempat bersama dengan pewaris-pewaris yang lain.Colok dan lilin akan di pacak diatas makanan sebagai satu simbolik yang mana mereka mempercayai Roh-roh ini juga memakan asap dari colok yang di pacak atas makanan.


Termasuk lah kertas-kertas yang di cetak seakan-akan duit yang tertera perkataan "BANK OF HELL" dalam nilai beribu-ribu malah ada yang bernilai jutaan.Mengikut keterangan Uncle Meng,semakin banyak angka kosong nya semakin mahal lah harga kertas tersebut,termasuk kertas kosong yang hanya bertanda warna emas atau perak,Wang ini akan dibakar berhampiran Jirat dan Kawasan Tokong,Sewaktu proses ini dilakukan,pewaris atau anak-anak si mati akan menaburkan wang tersebut bersama replika kereta,rumah,jam tangan,serta lipatan kertas dalam bentuk pakaian sebagai bekalan untuk Roh atau Hantu yang mereka percaya berada di kawasan tersebut.


Apabila yakin bahawa roh-roh telah selesai menjamu selera maka makanan yang dipersembahkan tadi akan diambil semula untuk dimakan atau di sedekahkan kepada yang kurang upaya.Namun melalui pengelaman rakan saya,Ah Foong menceritakan,kebiasaan nya makanan yang diambil dari jirat atau bekas persembahan pemujaan ini tawar atau memang jelas terasa perbezaan rasa keaslian nya.seperti limau biasanya manis atau masam namun mana yang diambil dari bekas pemujaan akan terasan tawar,tak masam dan tak manis,begitu juga rokok-rokok yang di beli dari kedai untuk persembahan,walaupun tarikh kilang nya masih baru namun terasa tawar,seolah-olah rokok tamat tempoh.


Sama juga halnya dengan pentas okestra,setiap kali musim sembahyang Hantu,kadangkala kita lihat ada pentas tersergam di sebelah atau berhampiran Tokong bersama bangku-bangku disusun sempurna dan malamnya akan ada persembahan tarian yang mungkin bagi kita agak pelik dimana berberapa orang akan membuat persembahan dengan pakaian ala-ala seorang pahlawan membuat persembahan dengan pedang dan sebagainya.Cuma yang peliknya hanya kerusi kosong yang menghadap mereka.Namun tidak ada seorang pun yang duduk.Saya pernah bertanya kepada kawan yang berbangsa cina.mereka memberitahu itu adalah satu persembahan hiburan untuk mahluk halus.


Kisah misteri dari pihak kami pula,Kerana ingin mengetahui kebenaran kewujudan roh-roh yang mereka percaya datang menjamu makanan yang dipersembahkan,rakan saya Richard seorang pemuda berbangsa Iban telah diberitahu oleh seorang Apek atau lelaki tua berbangsa Cina,Jika nak tahu betul atau tidak memang ada Hantu makan makanan yang di persembahkan guna lah berberapa cara seperti menyarungkan bakul yang dibuat dari buluh atau rotan keatas kepala dan lihat melalui celah bakul tersebut,Atau sejenis daun seperti daun limau namun harus di jampi oleh Sami Tokong terlebih dahulu lalu letak kan diatas alis mata,maka kita akan nampak dengan jelas Hantu yang di maksudkan.Namun harus ingat,Jika melihat melalui kaedah-kaedah tersebut,kita tidak boleh membuka atau menanggalkan bakul atau daun yang diletak kan diatas alis mata sebelum hantu tersebut pergi terlebih dahulu.


Angkara kenakalan saya bersama Richard,Kami mencuba apa yang di katakan oleh Apek tersebut sekadar menguji sama ada betul atau tidak.Ketika itu pertengahan Julai bertempat di sebuah kawasan Perkuburan Cina di Jalan lama melalui pekan Tapah ke Pekan Baki kuching Sarawak.Dan ketika itu kaum Cina melakukan ritual memberi makan kepada Hantu atau dipanggil Sembahyang Hantu mengikut kepercayaan Kaum Cina.Kami telah pergi ke tempat tersebut untuk mengetahui apakah kebenaran disebalik ritual tersebut.Seawal tiba di lokasi Jirat ternyata kawasan tersebut agak suram dan sunyi kerana upacara telah berlalu.Namun memandangkan masih dalam bulan Hantu kami yakin mesti akan ada Hantu yang berkeliaran dikawasan tersebut.


(Sekadar Hiburan)
Kredit to mentadak rimba

                       
Melalui bakul rotan yang dibawa bersama sehelai kain merah yang Richard ambil dari Salah satu Jirat di kawasan tersebut,Kami merayau di sekitar kawasan perkuburan entah kenapa hari tu perasaan berani membuak-buak sedangkan sebelum itu pantang tengok cerita hantu atau seram pasti perasaan takut mula menghantui.Mungkin kerana keberanian Richard menjadi pendorong menjadi berani.Kami merayau di sekitar kawasan Jirat sehingga lah kami menemui satu jirat yang kelihatan amat daif apabila hanya berbentuk busut dari tanah dengan papan tanda dari sekeping papan terletak di kawasan terpinggir serta agak jauh dari jirat-jirat yang kelihatan mewah dibuat dari batu marmar bersama gambar pemiliknya yang diabadikan dalam kepingan batu.Setelah puas merayau di kawasan Jirat,Kami kembali ke sebuah bangunan kosong berhampiran Tokong.


Bangunan yang dipercayai sebagai dewan untuk menjamu Roh-roh penghuni Makam,masih jelas kelihatan bekas-bekas abu kertas yang dibakar bersama sisa-sisa buah-buahan yang pecah di buang berhampiran bangunan tersebut.Sementara menunggu malam,kami duduk berbual kosong menunggu matahari terbenam.Ketika itu Ricahrd mencuba menyarungkan Bakul di kepala,Namun setelah kepala di Selubungi dengan bakul,Richard memberitahu terdapat ramai orang berlegar-legar dikawasan Jirat.Memikirkan Richard hanya bergurau saya mencuba menggunakan satu lagi bakul yang dibawa,ternyata ya....memang jelas kelihatan disana sini orang-orang aneh yang nyata sama seperti manusia cuma kelihatan agak pucat jari-jari seakan-akan lebam berwarna biru kehitaman.


Saya lihat dengan mata sendiri kelakuan mereka dengan pergerakan yang perlahan,ada yang bergetar seakan mengeletar,Namun seperkara yang ingin saya nyatakan,suasana dikawasan jirat bukannya semakin lama semakin gelap,akan tetapi semakin terang!.maksudnya dunia mereka terbalik,pada fikiran saya mungkin ketika dunia manusia siang,dan dunia mereka gelap.Saya lihat disetiap pelusuk sentiasa ada mahluk sama seperti orang.Dan jirat-jirat yang bersusun rapi dihadapan kami sebenarnya rumah-rumah sederhana ada yang berwarna biru,putih.Tidak ada langsung perasaan takut melihat ciptaan NYA ketika itu kerana cuaca amat terang.Dan kami tidak perlu menunggu Malam untuk melihat bukti kewujudan kebangkitan Roh manusia.


Sewaktu melihat sekeliling,tiba-tiba satu dari mahluk tersebut menuju kearah kami,namum pergerakan yang datang kearah kami agak cepat.Seakan-akan ditiup angin.Saya mencuit Richard supaya mengelak agar tidak menghalang pergerakan roh tersebut.Belum pun saya sempat mencapai bahu Richard Mahluk lelaki tersebut telah berada dihadapan Richard,Pergerakan pantas roh berkenaan melanggar tubuh Richard dan tembus tanpa mengelak dari Bertembung dengan Richard.Ternyata mahluk tersebut tidak melihat kami.Situasi menakutkan disaat saya berpaling kearah jalan raya,Ternyata dibelakang saya seorang wanita dalam lingkungan 20an cuba melintasi jalan namun pergerakan nya gagal perbuatan yang sama saya perhatikan,melangkah,jatuh dan bangun balik kamudian melangkah,jatuh dan bangun semula.


Yang menakutkan ialah rupa wanita tersebut yang amat mengerikan dimana mata sebelah kirinya terjatuh,dengan kesan luka parah yang masih berdarah dibahagian kepalanya cuba melintasi jalan raya namun kerap jatuh kamudian bangun,Satu pemandangan yang amat luar biasa kami lalui malam tersebut,ketika itu saya tiba-tiba terasa nak buang air kecil,Hampir saja saya membuka bakul yang diberikan oleh Uncle Meng.mujur saya teringat akan pesanan Uncle Meng dimana bakul tidak boleh dibuka sehingga pasti mahluk tersebut telah pergi atau tiada satu pun yang melihat kami.Kerana dah tak tertahan,Saya pergi ke seberang jalan raya bersama bakul dikepala,baru nak buka zip ada pula mahluk berdiri dihadapan.


Pindah kesatu tempat ada lagi.Dimana-mana saja adanya mahluk atau hantu yang menghalang usaha saya hendak melepaskan hajat.Nak buang bersepah bimbang terkena mereka,akhirnya saya nekad mengambil satu botol kosong dan ahhh...lega rasanya.Mulanya memang terasa agak malu namun Richard memberitahu mahluk tersebut tak akan nampak kami kerana mereka berada didunia yang berbeza,yang nampak hanya kami kerana itu Richard tak mengelak saat ada orang melintasinya.Kami memberanikan diri meredah celah-celah kelompok mahluk yang berkumpul.disitu kami lihat ada dua kumpulan dimana satu kumpulan berpakaian biasa dan kelihatan agak lusuh manakala satu lagi kumpulan berpakaian cantik dan kelihatan seperti golongan atasan.


Sebenarnya dimana-mana ada nya entiti yang berkeliaran cuma kita sahaja yang tak nampak.Hampir tiga jam kami melihat gelagat mereka,boleh dikatakan seluruh kawasan jirat memang ada orang dengan bermacam ragam,ada yang duduk ada yang berdiri berhadapan seakan-akan bercakap namun kami tidak dapat mendengar apa yang mereka katakan yang ada pun bunyi cengkerik dimana ketika itu pukul 11 malam dan kami terpaksa meninggalkan tempat tersebut bersama bakul masih tersarung dikepala.Kami menyusur laluan jalan yang amat berbeza melalui pandangan bawah hanya kelihatan bayang-bayang samar jalan raya melalui sinaran cahaya lampu suluh,namun jika pandang kehadapan pula terang benderang kerana siang hari.


Terpaksalah kami meredah malam bersama bakul masih kekal di kepala kerana pantang nya tak boleh buka bakul selagi mereka masih kelihatan.Kami menyusur laluan kecil dengan hanya berpandukan ingatan kerana pandangan terbatas diantara terang dan gelap.Ternyata di sepanjang perjalanan balik kerumah,kami masih lagi melihat mahluk bermacam rupa berdiri ditepi jalan dan ada juga yang berjalan.Sehingga lah kami tiba di kawasan kampung,disana kami tidak lagi melihat kelibat mahluk halus dan secara tiba-tiba suasana menjadi gelap.Kami menanggalkan bakul yang memberatkan kepala,ketika berada dirumah,saya mengajak Richard bermalam dirumah kerana dah jauh malam.Setelah membersihkan diri kami makan apa yang ada sebelum duduk diruang tamu menonton telivisyen sambil berborak mengenai pengalaman masing-masing.


Melalui pengelaman yang saya lalui bersama Richard,saya akui dunia yang kita duduki sekarang ini memang benar diduduki oleh bermacam mahluk dari manusia,jin,haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan.Mungkin itu lah sebabnya orang tua selalu berpesan agar menjaga tingkah laku terutama sewaktu hendak melepaskan hajat,dan yang paling tak berapa elok disaat kita meludah.Sebab itu juga orang tua bagitau,kalau meludah,biar sebelah kiri agar tidak terkena mahluk halus.Kadang kala bahan buangan dari tubuh kita memberi kesan kepada mahluk halus.Bimbang kalau tersilap,Terkena mahluk lain silap-silap terkena sampuk dan sebagainya.Sekian untuk paparan kali ini,semoga anda terhibur dengan kisah yang dipaparkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan