Rabu, 20 September 2017

PETUA MENGESAN KEHADIRAN SANTAU ATAU ILMU HITAM

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Bersama saya dalam lembaran Misteri Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan pengelaman serta petua mengesan ilmu hitam,tak kira lah santau,tuju-tuju atau apa sahaja jenis permainan dari seseorang untuk memusnahkan hidup sesiapa yang di hajati.Melalui pengelaman nyata saya sendiri berhadapan dengan situasi ini.Dalam usia muda ketika itu ternyata tidak ada yang lari dari cubaan walaupun kita tidak pernah apa lagi berniat menyakitkan sesiapa.Namun dari pengelaman itu lah banyak memberi saya ilmu pengetahuan serba sedikit iaitu melalui apa yang rasa.


Tidak akan ada sesiapa diantara kita yang dapat mengetahui isi hati seseorang.Betul kata bijak pandai,Rambut sama hitam tetapi dalam hati tidak ada siapa yang tahu.Bukan setakat musuh malah adik beradik,jiran tetangga,orang yang paling rapat dengan kita sekali pun boleh menjadi gunting dalam lipatan,musuh dalam selimut atas sebat sesuatu yang dihajatkan dari kita.Diakhir kisah ini saya akan kongsikan serba sedikit ilmu serta panduan mengesan serta ciri-ciri atau petunjuk santau.Sebelum itu saya akan kongsikan kisah nyata melalui pengelaman saya sendiri berhadapan saat getir seorang diri.


Kisah nya bermula dimana ketika itu saya berniaga secara kecil-kecilan sekadar mencari sesuap nasi demi meneruskan kelangsungan hidup.Saya akui sememangnya saya merupakan orang baru dikawasan tersebut.Namun atas dasar nasihat orang tua,masuk kandang kambing kita mengembek,masuk kandang lembu kita mengembu hahahah,itu lah istilah peribahasa orang tua-tua.senang cerita jiran-jiran kiri kanan saya berniaga begitu rapat dan baik kepada saya.Rezeki saya begitu murah,dari masa kesemasa perniagaan kecilan saya membuah kan hasil dimana banyak kantin-kantin sekolah,warung-warung mengambil tempahan.Syukur rezeki itu ada dimana-mana dan telah pun di rencanakan oleh yang maha Esa.


Sehingga lah satu malam,dimana malam tersebut pelanggan agak kurang mungkin dah suratan nya begitu.sekitar 9 malam bekalan elektrik tiba-tiba terputus.ketika itu keadaan menjadi kelam kabut dimana kedai belum berkemas,meja-meja masih bersusun dengan lilin  mahupun lampu suluh pun tak ada.Dalam suasana gelap gelita cuma diterangi cahaya dari screen telefon bimbit saya mengemaskan barang-barang dan menutup kedai.Selesai semua tugas saya pun masuk kebilik untuk berehat.waktu itu belum lagi 10malam.Maksudnya masih awal lah.Entah kenapa malam tersebut mata tiba-tiba berat.Terasa mengantuk yang teramat sangat bagai seminggu tak berhenti bekerja.


Saya merebahkan badan diatas katil dan entah bila mata saya terlelap pun saya tak pasti...dalam kegelapan bilik...Tap!!! Tiba-tiba saya terjaga dan terus bingkas dari katil secara spontan saya berlari kearah peti sejuk untuk minum.Bagai ada sesuatu menyucuk jari saya.apabila saya suluh jelas kelihatan seperti kesan gigitan di jari saya.ketika itu kesakitan yang amat mula terasa.bagai ada cecair panas mengalir melalui salur darah.dimana bisa nya betul-betul mencucuk-cucuk terus kebahagian jantung.Saya mula rasakan degupan jantung mula kencang tetapi saya anggap biasa kerana saya baru terkejut.namun saya tak mampu menipu diri sendiri apabila kesakitan nya semakin dikemuncak.


Bimbang sesuatu yang buruk bakal berlaku saya gagahkan diri memandu kebihkurang dalam setengah jam menuju ke sebuah Hospital yaang tidak jauh dari kedai saya.dengan menggunakan tangan sebelah disitu lah menukar gear,disitu lah mengawal stereng,lampu isyarat sehinggalah saya tiba di Hospital.Disitu saya di kejarkan ke bahagian kecemasan dan trauma.selepas menjalankan pemeriksaan dokter memberitahu ada kesan sengatan lipan namun yang peliknya melalui ujian darah ternyata bisa patukan ular!.ketika itu satu suntikan diberikan sebelum saya ditahan wad untuk rawatan selanjutnya.Bengkak semakin menjadi-jadi cuma denyutan kesakitan mulai berkurangan mungkin kesan dari suntikan Hospital.


Tiga hari dua malam,pakage percutian saya di Hospital berakhir apabila saya dibenarkan balik apabila kesan bengkak surut sepenuhnya serta sakit telah pun hilang.Sampai di kedai saya menghubungi seorang kenalan untuk membantu memeriksa keadaan bilik kalau-kalau ada haiwan berbisa seperti ular atau lipan bersembunyi disitu namun setelah bilik habis diperiksa ternyata tiada satu pun haiwan ditemui.Malam pertama dirumah bermula dari kesan gigitan tiba-tiba menjadi gatal.Gatal nya mulai merebak keseluruh tubuh selama seminggu saya merana gatal-gatal.Rakan saya memberitahu kemungkinan bisa sengatan.Saya mula merasakan gatal tersebut luar biasa apabila masuk waktu Solat.dimana ketika Azan berkumandang gatal tersebut berhenti serta merta.Namun bila habis sahaja Azan gatal kembali.


Disamping itu tubuh menjadi panas berbahang.Gatal-gatal semakin teruk dimana liang-liang roma mulai mengeluarkan cecair bisa.Setengah mati menahan gatal diseluruh tubuh.Tiada tempat yang selesa termasuk tapak kaki turut terasa gatal.Secara kebetulan singgah seorang pakcik dikedai,disitu saya sempat berbual-bual dengan nya pakcik tersebut terkejut apabila melihat sendiri kesan-kesan gatal pada tubuh saya.Atas nasihat dan bantuan pakcik tersebut saya dibawa menemui seorang Ustaz.Melalui pertemuan tersebut Ustaz memberitahu saya gatal-gatal serta sengatan pada awal kejadian bukan lah dari mana-mana haiwan atau serangga akan tetapi UTUSAN seseorang yang marah serta dengki kepada saya.


Ustaz terpaksa dibawa ke kedai saya untuk melakukan pemulihan serta rawatan.Dimana pakcik tersebut akan menjemput Ustaz datang kerumah saya pada malam yang dijanji kan.dan masa yang ada akan diguna kan untuk mencari barang-barang rawatan seperti air kelapa,garam,Kunyit dan beras.Pada hari yang dijanjikan sekitar 6 petang Ustaz bersama pakcik tiba di kedai.Ustaz memerhatikan keadaan kedai dan kembali berbual bersama saya dan pakcik.Selepas menunaikan solat Maghrib Ustaz duduk bersila di tikar yang disediakan dimana saya dan pakcik menyaksikan Ustaz melakukan urusan nya.Setengah jam berzikir Ustaz bangun dan meminta saya menutup semua lampu dalam kedai dimana ketika itu kedai menjadi gelap gelita.


Selang berberapa minit tiba-tiba saya lihat cahaya seperti kunang-kunang berkelip-kelip naik dari lantai dalam kegelapan berkelip-kelip melintasi pagar rumah dan terus jatuh tapat depan pintu kedai.Ustaz keluar bersama bekas berisi air kelapa dan segenggam garam.Ustaz curahkan air kelapa betul kat tempat jatuhnya kunang-kunang tadi kamudian ditaburknan garam.Hadapan kedai saya tu berbatu dan memang tempat kereta lori berhenti saya akui jalan tempat tu memang keras tapi betul-betul depan mata ustaz korek tempat tu dengan tangan sambil bercakap "Mana kau nak Lari". Macam rendam tangan dalam baldi pula saya lihat.sampai lah Ustaz seperti menangkap sesuatu dan membawanya masuk kedalam kedai.


Ustaz meminta agar lampu dibuka semula.Atas dulang Ustaz membersih kan benda yang diambil dari depan kedai saya tadi.kamudian membuka bungkusan tersebut.bila dibuka dan dicuci ternyata ada kain berbentuk patung berada didalam nya dibalut bersama miang rebung,lada hitam serta tanah kubur.ketika ustaz mencabut jarum satu persatu dari patung,terasa badan seperti lega.selesai baru lah Ustaz membersihkan kain serta patung tersebut dengan air kelapa.Begitu juga dengan badan serta merta lega bagai baru bangkit dari kolam mandi.Syukur Alhamdulillah selesai penderitaan yang saya alami pada malam tersebut.


Saya cuba bertanya siapakah yang memiliki barang tersebut pada Ustaz.tapi sayang Ustaz berkeras tidak mahu mendedahkan siapa si penghantarnya.cuma yang Ustaz beritahu orang itu tidak jauh dari saya senang cerita setiap hari saya pasti akan melihat dia !.tetapi siapa?? Cukup lah hanya Allah yang tahu.Tiada apa yang didendam kan cuma merasa tercabar dan iri hati atas kejayaan saya sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam keatas saya.Sebelum balik saya dan pakcik berbual-berbual dengan Ustaz.dimana Ustaz sempat memberi Nasihat serta berberapa panduan serta Tips mengelak kan dari gangguan Santau.


1) Jangan sebarang dedahkan nama kita termasuk nama ibu kepada sesiapa.Lebih-lebih lagi orang yang kita curigai.Setiap ilmu hitam biasanya orang hantar menerusi nama akan menggunakan nama kita termasuk nama ibu.kenapa?? Saya pun kurang pasti tak kira santau atau guna-guna untuk memikat seseorang.


2) Jangan sebarang makan atau minum dari sumber yang tidak kita ketahui,balik kerja tiba-tiba ada bungkusan makanan tergantung depan pintu,jangan biasakan makan makanan semalam (sisa makanan).


3)Jangan sepahkan kotoran kita seperti potongan kuku,rambut,daki termasuk pakaian.Musuh akan menggunakan kotoran atau sisa tubuh untuk menganiaya kita.


4)Jangan amalkan membiar pakaian tergantung diampaian diwaktu malam,musuh boleh mengenakan mangsa melalui pakaian yang terdedah.


5)Bagi umat Islam,sentiasa membaca doa atau sekurang-kurang nya membaca Bismillah sebelum makan atau minum untuk mengelak kan dari perkara buruk.


6) Jika anda gatal-gatal lebih dari tiga hari dah pergi mendapatkan rawatan di Hospital tetapi masih lagi gatal,Awas mungkin anda telah terkena.Santau tak semestinya ditujukan kepada seseorang,akan tetapi boleh jadi terkena tempias,Jika yang dituju ada mengamalkan sesuatu,Santau akan terkena orang yang paling rapat dengan nya.


7) Cuba suluh dengan lampu suluh/ picit diatas kulit tangan.kamudian perhatikan pangkal bulu roma,jika berkilat semacam je seperti ada blink-blink kaca.maka awas....dalam tubuh anda telah pun ada santau.Sama ada tempias atau sengaja ditujukan.


Sebenarnya.....dalam apa jua situasi kita digalak kan lebih berwaspada,ingat apa yang saya tulis diatas.rambut sama hitam tapi dalam hati tiada siapa yang tahu.Kadangkala manusia,Orang boleh berbuat apa sahaja kepada lawan nya.Jika dah berhati-hati serta berjaga-jaga pun terkena juga mungkin sudah suratan.Kerana dalam dunia ini tidak pernah lari dari ilmu hitam serta kejahatan. Ingat ya....Manusia tidak akan puas dengan apa yang ada.Bukan semua ok😊


Sekian untuk perkongsian kali ini.Saya doakan semoga anda semua berada dibawah lindungan NYA.serta jauh dari mata-mata kejahatan.Assalamualaikum




Tiada ulasan:

Catat Ulasan