Ahad, 23 April 2017

BAYI MENANGIS LUAR BIASA ANGKARA GANGGUAN PONTIANAK

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua.kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk kisah kali ini saya akan kongsikan sebuah pengelaman seram sewaktu dalam perjalanan seorang sahabat bersama isteri serta anak yang baru dilahirkan untuk dibawa balik kerumah.kisah nya bermula ketika itu saya sedang melayan berberapa rakan mancing udang di sungai Ulu sedili.dimana sekitar pukul 5.30 petang seorang rakan menghubungi saya memaklumkan keretanya rosak sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi Johor untuk menjemput isteri serta bayi sulung nya yang baru dilahirkan untuk dibawa balik kerumah.

Mendengar berita tersebut saya segera memaklumkan nya kepada 4orang kawan saya untuk balik kerana ada urusan mustahak yang harus diselesaikan iaitu menjemput rakan saya bersama anak dan isterinya.Setelah menghantar kawan-kawan memancing saya balik kerumah masing-masing saya singgah sebentar di rumah untuk mandi serta menukar pakaian.Lebih kurang 40 minit saya tiba di Hospital Kota Tinggi,dari jauh saya lihat kelibat rakan saya sedang mundar mandir di perkarangan Hospital,dalam hati memikirkan pasti Hasbi sedang menunggu aku....

Setelah meletak kan kereta dikawasan parking,saya menemui Hasbi yang gelisah dari mula saya tiba.Saya menegur Hasbi sambil bertanya apakah masalah yang dihadapinya sehingga kelihatan begitu gelisah,Rupanya wang yang disediakan untuk membayar bill Hospital tercicir dan Hasbi sendiri tak pasti sama ada tercicir dikawasan Hospital atau sewaktu menunggu trak penunda semasa keratanya rosak tadi.Dengan perasaan kasihan serta serba salah saya menuju ke kaunter pembayaran dan menjelaskan bill Hospital untuk Hasbi.Hasbi pula tak habis-habis mengucap terima kasih dan bermacam-macam lagi yang dikatakan,luluh rasa hati melihat kawan baik saya berkali-kali mengucapkan terima kasih tapi syukur lah kebetulan saya ada membawa wang tunai.

Saya menunggu dibawah sementara Hasbi naik ke wad untuk menjemput isteri serta anak nya.Setelah itu kami meninggalkan perkarangan Hospital.Sewaktu dalam perjalanan saya mengajak Hasbi singgah disebuah warung masakan Thai untuk makan malam kerana saya yakin Hasbi pasti kelaparan begitu juga isterinya.Selesai makan kami meninggalkan warung dan meneruskan perjalanan,namun sewaktu melimpasi kawasan hutan lipur Panti tiba-tiba anak Hasbi menangis dengan kuat bagai dicubit.Isteri Hasbi cuma menenangkan bayinya namun semakin kuat pula dia menangis.lima minit berlalu Hasbi berbisik ditelinga saya memberitahu ada sesuatu yang tak kena pada malam tersebut.

Hasbi memberitahu bayinya menangis agak luar biasa dengan mata terbeliak keatas bagai ada sesuatu yang mengusiknya.Hasbi melaungkan Azan dalan kereta untuk meredakan tangisan anaknya.Entah kenapa sewaktu melimpasi persimpangan ke Felda bukit Aping,waha tiba-tiba kereta bagai dihempap,Dummm bunyi sesuatu terjatuh diatas kereta,saya memperlahan kan kenderaan untuk memeriksa namun Hasbi melarang dengan mengingatkan saya agar tidak memikirkan bunyi tersebut.Saya mula gelisah serta perasaan takut mula hadir dalam fikiran.Kebetulan pula malam tu jalanraya banyak lengang.kenderaan lalu pun kurang.bertambah sunyi pula.

Begitu juga anak Hasbi masih menangis tak henti-henti,Isteri Hasbi dah tak tenang duduk mujur lah Hasbi duduk dibelakang menemani isteri dan anaknya.Sekitar 11 malam kami tiba di rumah Hasbi.Sewaktu tiba mak mertua Hasbi telah menunggu dihadapan pintu bersama sehelai kain.Hasbi baru sahaja membuka pintu tiba-tiba mak mertua Hasbi menjerit supaya Hasbi masuk kembali kedalam kereta!!.Kami menjadi hairan dan pelik dengan sikap mak mertua Hasbi dengan tiba-tiba dia menghayun kan kain batik kearah bumbung kereta berberapa kali sambil menepis-nepis.setelah itu mak mertua Hasbi membuka pintu kereta langsung menyambut cucunya sebelum dibungkus dengan kain sebelum dibawa masuk kedalam rumah.Dalam rumah baru lah bayi berhenti menangis dan serta merta menjadi senyap sepi.

Baru lah mak mertua Hasbi menjemput kami masuk kerumah.Isteri Hasbi dipimpin oleh ibunya manakala saya dan Hasbi mengeluarkan barang-barang dari dalam kereta untuk dibawa masuk.Setelah selesai saya meminta izin kepada Hasbi untuk balik kerana telah terlalu lewat malam.Baru nak hidupkan enjin kereta mak mertua Hasbi menegur kerana tak singgah,saya memberitabu mak mertua Hasbi yang saya harus balik cepat kerana esok hendak ke tempat kerja lebih awal.lagi pun dah terlalu lewat.Sebelum balik saya memberitabu mak mertua Hasbi akan datang melawat anak sulung Hasbi esok.Saya mengundurkan kereta lalu meninggalkan perkarangan rumah Hasbi dan akan menempuh perjalanan seorang diri untuk balik ke rumah.

Petang seterusnya selepas habis waktu bekerja saya singgah di kedai barangan bayi membeli hadiah untuk orang baru sebelum membeli berberapa jenis buah sebagai buah tangan.setelah itu dalam 6 petang saya menuju ke rumah Hasbi.menghampiri Maghrib baru lah saya tiba.mungkin bagi sesetengah orang terlalu lambat sebab saya tak berapa gemar memandu laju.Saya lebih gemar tenang walau lambat janji sampai dan semestinya tak penat.Tiba dirumah Hasbi,Hasbi segera keluar menemui saya.Baru nak keluar Hasbi pula masuk dan duduk di tepat duduk penumpang bagai ada sesuatu yang besar hendak disampaikan.....

            "Bro....kau tahu tak semalam,mak Aniza cakap ada Pontianak bertenggek atas kereta ikut kita balik!!.Nasib baik Mak Aniza tahu dan cepat halau,kalau tak naya kita bro !!!!....Alamakk"

Bersungguh-sungguh Hasbi ceritakan apa yang mak mertuanya bagitahu.Saya sendiri pun terkejut mendengar apa yang dicerita kan tak sangka ada pontianak menumpang.dalam banyak-banyak kenderaan kenapa bumbung kereta saya pula dia nak tumpang hahaha...Mak mertua Hasbi bagitau memang kalau bayi keluar tengah-tengah malam pasti ada yang tak elok.sebab tu orang tua tak suka kalau bawa budak jalan lepas maghrib.Syukur lah semua selamat dan menjadi pengajaran buat diri saya dan juga Hasbi mahupun bakal-bakal ibubapa di luar sana.

Lama juga saya melepak dengan Hasbi sambil melihat telatah comel anak nya.sehingga pukul 9 saya balik meninggalkan Hasbi yang masih bercuti sehingga seminggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan