Sabtu, 22 April 2017

JELMAAN GADIS MISTERI MENEMANI TIDUR

Salam sejahtera dan salam muhibbah buat semuanya kembali bersama saya dalam Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya akan bawa kan sebuah kisah misteri berlaku kepada pakcik saya satu ketika dahulu.Kisah ini merupakan sebuah kisah misteri yang masih segar dalam ingatan dimana ketika itu saya berusia 17 tahun dan masih berada ditingkatan lima.Selang berberapa rumah terletak disebuah bukit kecil berdiri sebuah rumah usang yang mana dahulunya didiami sepasang suami isteri dimana rumah tersebut telah berberapa tahun ditinggalkan tanpa penghuni semenjak Azmi bersama isteri dan seorang anak lelaki nya menetap di ibu kota atas urusan kerja.

Setelah berberapa tahun Azmi mengambil keputusan untuk kembali ke kampung dan menetap dirumah pusaka arwah orang tuanya.Namun memandangkan keadaan rumah yang begitu uzur Azmi mengambil keputusan membaiki serta mengubah suai berberapa bahagian rumah sebelum mengajak anak dan isterinya menetap disitu.Arwah atuk merupakan orang yang paling rapat dengan Azmi dimana sebelum ini arwah atuk di amanah kan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah tersebut dan dalam masa yang sama menjaga rumah daripada dipecah masuk oleh pencuri.

Pada hari pertama,Azmi tiba dikampung setelah menemui arwah Atuk,saya mengekori Atuk bersama Azmi meninjau keadaan rumah,Setelah meninjau kawasan luar kami memasuki sebelah dalam dimana keadaan dalam begitu sepi dengan bau-bau hapak yang jelas terasa.Setelah berbincang dengan Atuk untuk urusan mengubah suai,Azmi bersama Atuk pergi ke sebuah pekan untuk urusan membeli barang-barang binaan dan dalam masa yang sama Arwah Atuk di beri kepercayaan sekali lagi untuk kerja-kerja pengubah suaian dalaman rumah bersama pakcik saya.Sekitar 6 petang baru lah kereta Azmi tiba dilaman rumah kami setelah membeli barang-barang pengubahsuaian.Namun Azmi terpaksa bermalam kerana lori akan tiba keesokan harinya.

Arwah Atuk menasihatkan Azmi agar bermalam sahaja dirumah kami kerana dirumah tersebut sudah tidak mempunyai bekalan elektrik walaupun rumah masih dilengkapi dengan perabot-perabot lama peninggalan arwah Cik Itam Ayah nya Azmi.Namun Azmi menolak pelawaan Atuk kerana ingin bermalam dirumah pusaka nya sambil memberi tahu Atuk dia telah pun bersiap sedia membeli bekalan lilin.Kerana teringin sangat nak bermalam disitu,Akhirnya Atuk terpaksa membiarkan Azmi dengan keputusan nya.Sekitar lapan malam.....ketika itu saya bersama Atuk dan nenek sedang makan malam dirumah.Tengah makan tiba-tiba pintu diketuk,Azmi datang dengan nada yang cemas memberitahu rumah berbau hanyir.

Saya bersama Atuk mengikuti Azmi kerumah nya untuk melihat apa yang berlaku.Sewaktu mula melangkah kaki kedalam rumah memang jelas bau hanyir seperti bau pasar ikan.Bau Hanyir yang sangat meloya kan meresap keseluruh rumah.Atuk mencari-cari punca bau tersebut disegenap sudut namun tiada pula bangkai ikan atau apa-apa kesan darah.Atuk menasihatkan agar Azmi bermalam sahaja dirumah kami,Namun Azmi tetap berkeras ingin merasa kembali nostalgia zaman muda-muda katanya dan teringin sangat bermalam dalam bilik yang menyaksikan zaman kanak-kanak sehingga remaja dan seterusnya menjadi saksi Azmi bergelar Suami.Melihat kesungguhan Azmi menolak tawaran atuk akhirnya saya bersama Atuk balik kerumah kami meninggalkan Azmi seorang diri dirumah pusakanya.

(Sekadar Hiasan)

Setelah tiba dirumah saya mencuci kaki sebelum masuk kedalam bilik untuk menyiapkan kerja sekolah sementara Atuk dan nenek menghadap telivisyen melayan ragam Pendekar Bujang lapuk.10.30 malam saya mula mengantuk dan baring untuk tidur,Memang ketika itu menjadi satu undang-undang sejak dari zaman pakcik makcik saya,10.30 sahaja semua wajib tidur dengan harapan mudah untuk bangun ke sekolah keesokan harinya.Entah pukul berapa saya hanyut dibuat mimpi sedar-sedar riuh diruang tamu terdengar suara Azmi serak bagai baru lepas menangis bercakap sesuatu yang kurang jelas kepada arwah atuk.Saya hanya mendiam kan diri dan meneruskan tidur kerana keesokan harinya saya kena bangun awal agar tidak ketinggalan bas untuk kesekolah.

Sehingga lah sekitar pukul 5.30 pagi saya terjaga apabila Nenek mengejutkan saya.Saya bangun untuk mandi dan bersiap-siap untuk menunggu bas bersama kawan-kawan untuk kesekolah.Sewaktu menuju ke pintu untuk keluar dari rumah saya terpandang sekujur tubuh sedang lena tidur diatas sofa.Saya bertanya kepada Nenek.Nenek memberitahu Azmi bermalam dirumah kerana di ganggu ketika cuba bermalam dirumah pusaka ayahnya.Nenek sempat memberitahu Azmi bagai dikejar sesuatu apabila meraung-raung dari luar rumah semalam sebelum menceritakan apa yang berlaku.Akhirnya dia akur untuk bermalam dirumah kami.

Petang sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah saya lihat arwah atuk bersama berberapa penduduk kampung sedang membuat kerja-kerja pengubahsuaian dirumah Azmi manakala kereta Azmi tidak kelihatan.Saya menerusan perjalanan sehingga tiba dirumah. Melihat saya baru balik dari sekolah,Nenek meminta saya mandi dan menyalin pakaian sebelum makan makanan yang nenek sediakan.Selepas makan saya pergi kerumah Azmi membawa air yang nenek bancuh untuk minuman atuk dan penduduk lain yang bekerja membina serta mengubah suai rumah Azmi.

Sewaktu meneman kan atuk berehat untuk minum petang saya bertanya kepada Atuk Azmi kemana?.Namun Atuk memberi tahu Azmi telah kembali ke bandar dan akan kembali semua lagi seminggu.Ketika itu saya menumpang mendengar perbualan Atuk dengan penduduk kampung yang bersama-sama bekerja mengubah suai rumah Azmi...Rupa-rupanya memang betul apa yang nenek ceritakan tadi.Azmi di sakat pontianak sewaktu hendak tidur dirumah tersebut semalam.melalui cerita dari Arwah atuk....sewaktu hendak melelapkan mata,Azmi terasa seperti ada seseorang sedang memerhatikan nya dari arah belakang namun sewaktu menoleh tiada sesiapa pula disitu.Akhirnya Azmi melawan perasaan nya untuk tidur..

Namun baru sahaja Azmi cuba untuk melelapkan mata tiba-tiba dia terasa bagai ada seseorang yang baring disebelahnya.Dengan perlahan Azmi memusingkan tubuh nya untuk mengetahui siapa yang baring disebelahnya.Azmi begitu terperanjat apabila melihat Isterinya Nina berada disebelahnya.Azmi begitu terkejut kerana masih sedar dan ingat isteri dan anaknya berada dirumah di ibukota.Azmi sedar disebelahnya bukan isteri tetapi jelmaan mahluk halus.Azmi bingkas bangun dan meninggalkan katilnya.Ketika itu Azmi tercium bau hanyir yang amat kuat sebelum hampir pitam apabila melihat rupa wanita buruk bersama rambut kusut masai berada diatas katilnya

Ketika itu Azmi begitu gementar dan merasa tidak lagi sanggup dipermainkan begitu lantas meninggalkan rumah untuk mengabiskan malamnya dirumah kami.Azmi bersama air mata bergenang kerana terlalu terkejut sempat bercerita kepada arwah atuk malam semalam sewaktu menyerah untuk bermalam dirumah kami.Setelah selesai urusan menerima bahan binaan yang dibeli semalam Azmi berpesan kepada Atuk untuk menyiapkan rumah serta meminta bantuan agar atuk mencari orang yang bijak pandai untuk menghalang gangguan dirumahnya.Dan sebelum balik Azmi memberitahu atuk yang dia akan datang semula pada minggu hadapan serta berharap agar rumah nya dapat disiap kan dengan kadar segera.

Seminggu seperti yang dijanjikan sekitar 2 petang Azmi datang bersama isteri dan anak lelaki tunggal mereka untuk melihat hasil pengubahsuaian rumah mereka.Atuk memberitahu yang rumah akan siap sepenuhnya lagi tiga hari kerana perlu dibersihkan manakala bekalan elektrik telah disambungkan semula.Hari yang ketiga Haji Awang datang menemui Atuk sebelum memeriksa kawasan rumah.Haji Awang memberitahu cukup sekadar dibuat kenduri Tahlil serta doa selamat dirumah tersebut sebelum Azmi berpindah kesitu.Haji Awang turut menerangkan jika rumah besar terlalu lama tak didiami maka akan hadir mahluk halus yang tak diundang akan menumpang kerana tiada penghuni.

Hujung minggu tersebut Azmi bersama Atuk menjemput jemaah surau untuk membuat sedikit jamuan serta kenduri doa selamat dirumah mereka sebelum menetap disitu bersama keluarga mereka.Dan sehingga ke hari ini dimana anak tunggal Azmi telah pun memasuki sekolah menengah mereka menetap disitu dengan aman damai tanpa sebarang gangguan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan