Isnin, 24 April 2017

ALAHAI MUDAHNYA JADI KAYA_TIPS MILIKI BANYAK WANG

Asalamualaikum Dan Salam muhibbah buat semua.Kembali bersama saya dalam ruangan Blog Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini saya akan kongsikan sebuah coretan dari seorang sahabat yang begitu positif tentang keyakinan diri.Melalui pengelaman bersama beliau berberapa perkara yang saya ambil sebagai pedoman serta panduan dalam kehidupan seharian.Bermula dari diri,hati,akal fikiran serta tindakan.Hari ini sebut sahaja Jutawan,kaya Raya,Harta bertimbun pasti semua orang menginginkan nya.Siapa tak nak kaya?tetapi bagaimana caranya? Cukup kah dengan berangan?


Bagi yang berfikiran Negatif pasti akan menggeleng kepala malah ada yang beranggapan bahawa ungkapan di atas sebuah khayalan orang kurang siuman.Bermacam tentangan yang pernah saya terima apabila mengemukakan kata-kata seperti diatas.Ya saya akui dan saya amat setuju apabila ada orang berkata "Mana mungkin tukang ojek bisa kaya raya".mana mungkin jika dagangan nya cuman jengkol.itu betul...tetapi pernahkah kita terfikir,Setiap apa yang ada di bumi ini datang nya dari Pemula? Asal? Kalau kita selam ayat diatas,lihat saja Rebung,sudah lah miang,pendek ketot pula tu,di sepak patah.mana mungkin berdiri tegak malah lebih tinggi dari pokok-pokok lain.Nah begitu lah kehidupan kita.


Kalau bukan dari jatuh bangun seorang Bayi kecil mana mungkin hari ini kita bisa berdiri teguh dengam megah malah ada menjadi bintang Bola Sepak.Bukan kah ianya bermula dari bawah?Baik lah kita kembali kepada asal cerita yang akan saya bawakan.Setiap kejayaan bermula dari,


    1)KEINGINAN

    2)KEYAKINAN

    3) USAHA

    4)DOA

    5)SEMANGAT


LIMA perkara diatas wajib ada dalam diri sebagai asas permulaan.Dimana kelima-lima topik tersebut harus dilaku kan tanpa mengenal erti jemu.Sebagai contoh mudah,sekiranya anda ingin kaya raya,Apa yang harus dilakukan? Pasti melalui lima perkara diatas.Kenapa nak jadi Kaya? Banyak Wang? Jawapan nya KEINGINAN.Bila dah ada keinginan pasti secara sendirinya otak kita akan fikir cara bagaimana hendak jadikan keinginan menjadi kenyataan.Ok dengan cara berniaga,kerana dalam Quran pun ada tertulis banyak nya punca rezeki datangnya dari berniaga.


(Sekadar hiasan)

Bila dah ada perancangan,set kan dalam fikiran apa jenis perniagaan yang hendak dijalan kan.sebagai contoh yang paling popular hari ini ialah perniagaan Online.iaitu memasarkan produk melalui media sosial.dengan menjadi agen atau dropship anda tidak perlu menggunakan modal untuk mendapatkan produk.Tetapi HARUS SERTA WAJIB untuk memastikan pembekal seorang yang boleh di percayai,siasat latar belakang pembekal terlebih dahulu melalui ruang komen,profile facebook nya,dan lihat perbualan dalam setiap iklan yang disiarkan.Cuba berhubung dengan pelanggannya.


Bila dah yakin baru mohon untuk sertainya.Maka bermula lah agenda baru dalam kehidupan anda.disitu anda akan di bimbing oleh rakan-rakan niaga yang sama seperti anda.anda hanya guna kan gambar-gambar yang di bekal kan untuk iklan seterusnya.Sebagai contoh harga pembekal 10 ringgit dan harga cadangan jualan oleh pembekal ialah RM15.00 tidak termasuk pos.disitu anda dah dapat keuntungan sebanyak RM5.00 Itu jika 1 produk atau 1 pelanggan.cuba bayangkan seminggu anda dapat 100 pelanggan atau lebih,ada dah ada keuntungan sebanyak RM500.00


DALAM konsep ini anda tidak perlu berhenti bekerja,apa yang anda harus buat cuma iklan kan barang dagangan anda di media sosial pada waktu terluang.Jadi anda telah pun menghasil kan dua sumber keuwangan dalam satu masa.Bukan niat saya nak katakan berniaga online semata-mata akan tetapi sebagai contoh ya.Masalah saingan,sebut sahaja berniaga dimana-mana pun anda berniaga,walau sesiapa pun pasti akan menghadapi rintangan.Kita lihat orang-orang yang berjaya disebalik senyuman mereka terselit suka duka diawal pembabitan dahulu.Tetapi anda tidak sepayah mereka kerana anda masih bekerja.Jika satu hari anda tidak mempunyai pelangan,anda masih mendapat keuntungan dari kerja utama anda.


TIPS BERJAYA


tips berjayanya bukan lah terlalu sukar,pokok pangkalnya tabah serta rajin dan Bertawakkal sentiasa ingat rezeki Allah yang atur.jadi anda tidak perlu risau yang penting usaha telah dibuat.kamudian buang jauh-jauh sifat malas dan jemu.Usaha berterusan pasti akan membawa kejayaan serta kemenangan!.


TIPS KAYA

Kaya yang saya maksudkan bukan semestinya anda bergelar JUTAWAN atau sebagainyamKaya bererti membebaskan anda dari kesempitan.menambah pendapatan.Disini anda harus bijak.bijak menyusun atur,menguruskan sistem kuwangan anda.maaf saya katakan.kadang kala sesetengah dari kita tak kira siapa pun termasuk saya,bila dah ada wang banyak....ketika itu bermacam perkara terlintas difikiran.Nak ini nak itu..buang jauh-jauh fikitan tersebut.walaupun ketika itu anda rasa kan anda dah mampu atau tahap keuwangan dah cukup.biarkan dulu.sentiasa beringat,anggap masih banyak lagi masaalah yang harus diselesaikan.


Jangan sesekali berkata"Aku tak ada Wang" cukup sekadar beringat,wang belum cukup.InsyaAllah,Allah akan cukupkan anda.Bagi saya,apa yang saya amalkan dan praktik kan dalam pengurusan keuwangan sehingga kehari ini adalah 1cari 2,Apa itu 1 cari 2 ?? Hahaha...mesti anda akan keliru.Konsep nya mudah.Jangan campur aduk kan akaun simpanan dengan akauan aktif anda.Sebagai contoh,buka akauan di bank Lain yang tidak ada sumber kemasukan lain.Dan asingkan lebihan gaji anda yang anda peruntuk kan untuk simpanan di akuan tersebut.pilih Bank yang betul-betul bersesuaian dengan anda,maksud saya mudah,selamat,dan mempunyai pulangan atau dividen.


PENGURUSAN KEUWANGAN


Set kan dalam buku kira-kira anda,berapa jumlah yang anda harapkan,10ribu,50 ribu,100ribu? Lepas tu buat target.Kalau saya pula,saya tak setkan jumlah.yang saya setkan ialah wang yang banyak hahahah.Kita balik kepada konsep 1 cari 2.apa yang saya maksudkan ialah simpanan.Buat online Banking agar mudah monitor akauan.Itupun jika ada buat income luar lah.jadi lepas bankin atau terima bayaran kita boleh semak.set kan target bermula dari bawah.contohnya RM1000.00,mula anda simpan RM300.00 akan wujud dalam fikiran untuk cukupkan menjadi RM500.00 DIsitu kita akan rasakan semangat mulai hadir untuk capai sasaran RM500.00 bila dah capai lima ratus akan hadir keinginan untuk capai enam atau tujuh ratus.begitu lah sehingga menghampiri angka Seribu.


Bila dah hampir dengan angka Seribu jangan simpan genap-genap biar lebih kan atau kurangkan.ada kisah disebalik angka ini,pernah satu ketika,saya melihat susun atur rumah lama kami di kampung,ketika itu Arwah Atuk saya masih kuat lagi dalam lingkungam bawah 50an.saya pelik kerana terdapat tiang ditengah rumah.kalau mengikut budaya Melayu dulu-dulu biasa kalau rumah besar mesti ada satu tiang besar di tengah rumah dan tiang tersebut dipanggil tiang seri.tetapi dalam rumah arwah atuk kenapa ada? Sedangkan arwah Atuk Mix Chinise dengan Bidayuh?Ketika itu atuk bercerita,tetapi saya tak pasti sama ada ianya gurauan atau sememangnya budaya atau petua.


Atuk memberitahu dalam kehidupan biar lah Ganjil sama seperti rumah.Jika tiang termasuk semua ukuran binaan nya genap sepeti angka 4,6,8 atau 10 kita akan selesa apabila berada disitu dimana kita akan merasa serba-serbi telah cukup.maklum lah dah genap!.tetapi jika ganjil....hidup menemui mati,bujang menemui pasangan,satu jadi dua,begitu juga dengan istilah tiang rumah tadi.kita akan sentiasa berfikir untuk berusaha untuk menggenapkan hidup.Kesimpulannya melalui cerita pasal tiang tadi tersembunyi satu mesej supaya dalam kita penghuninya sentiasa berfikir untuk berusaha.


Dan begitu juga lah dengan keuwangan melalui konsep saya.Kenapa saya kata kan diatas jangan genapkan? Sebagai contoh baki terakhir adalah RM750.00 untuk membuat penambahan masuk kan 300 atau 260.00 biar terlebih atau kurang,kerana dari situ hati kita akan mencari cara untuk genapkan.SATU KEAJAIBAN yang akan anda temui.dalam tak sedar jika anda teruskan konsep diatas anda sendiri akan terkejut melihat peningkatan simpanan anda.INGAT ya.....simpanan amat penting...jika ada lebihan simpan lah.kerana tiada siapa yang akan membantu dengan mudah dikala anda dalam musibah.Beringat dewasa ini wang umpama satu kewajiban dalam kehidupan.Jadi cari lah cara bagaimana untuk memantapkan lagi aliran wang kedalam diri anda.


HALA TUJU


Disini kadangkala kita lihat ramai yang punyai simpanan yang banyak,cahaya kekayaan mulai terang namun menjadi musnah kerana tersalah memilih haluan.Ramai saya lihat malah ada yang bijak pandai baru setahun jagung berniaga,dapat untung banyak awal tahun tukar kereta,beli rumah mewah,nak mudah guna kad kredit berjenis-jenis,bermewah namun akhirnya tersungkur angkara nafsu.bertahun-tahun kumpul duit buat bayar pendahuluan kereta mewah.Kononnya sebagai bukti kejayaan berniaga Online.tapi kita tak sedar yang kita akan terjerat.Maaf cakap lah,kita lihat disekeliling kita,bukan semua tetapi segelintir,belum setahun berniaga air tebu dah bawa balik Mercedez mata belalang.Sedangkan niaga sama seperti roda,kadang diatas kadang dibawah.ketika diatas boleh lah senyum tetapi bila berada dibawah,Kereta dah tak mampu bayar,dapat bayar ansuran pun tapi tak dapat keluar budged minyak dah tak ada.bukan kah membebankan?


Jadi lah seperti padi,semakin berisi semakin tunduk.cukup lah hanya diri sendiri yang tahu apa yang anda ada.Tak perlu bermegah.jadi lah seperti ikon usahawan Melayu berjaya,walaupun mampu memiliki barisan pesawat peribadi akan tetapi Proton Perdana juga yang dipilih.Anda semua pasti kenal kan hartawan ini?Apa pun......Setiap apa yang hendak dilaku kan harus lah mempunyai matlamat,fikirkan apa tujuan anda lakukan,tekad,semangat serta usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu.Saya pasti dan yakin kejayaan itu pasti milik anda.Akhir kata Jumpa anda di Puncak kejayaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan