Selasa, 25 April 2017

MISTERI ROH REMAJA MATI KEMALANGAN KEMBALI MENUNTUT....

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah menarik mengenai Misteri Roh mangsa kemalangan kembali menuntut anggota tubuhnya yang tertinggal di rumah yang diduduki sepasang warga emas yang hanya dikenali Ah Law dan isteri nya Tingeng.Sebuah rumah didirikan oleh Ah Law diatas sebidang tanah kurniaan mendiang ayahnya sebelum meninggal.

Sebidang tanah kurang berberapa Meter dari bahu jalan raya berhampiran batu 29 jalan Kuching Serian.Telah diusahakan Ah Law dan  Nek Tinggeng sejak awal perkahwinan mereka dengan bertanam lada hitam,sayur-sayuran dan bertanam padi ketika tiba musimnya.Selama berberapa tahun mendiami rumah berkenaan berlaku satu peristiwa hitam yang menghantui kehidupan Tinggeng sehingga kini dimana ketika itu mereka menyambut perayaan Tahun Baru Cina.Ketika berseronok menyambut hari perayaan bersama anak tunggal mereka dan berberapa penduduk kampung berhampiran,Secara tiba-tiba satu bunyi dentuman kuat seperti panahan petir diatas bumbung rumah dibahagian dapur.

Ketika itu semua yang ada dirumah terperanjat dan ketakutan mendengar bunyi dentuman yang luar biasa berserta bunyi zink serta kayu-kayu roboh menghempap bahagian dapur.Keseronokan menyambut Tahun Baru terhenti apabila bumbung ruang dapur telah ranap sekelip mata angkara satu kemalangan luar biasa.Satu kemalangan berlaku berhampiran kediaman mereka dimana sebuah motorsikal ditunggal oleh seorang pemuda telah hilang kawalan apabila dirempuh sebuah kereta dari arah Kuching menyebabkan mangsa melayang bersama motorsikal nya keatas bumbung rumah.

Hempasan kuat berlaku sehingga berberapa anggota badan mangsa terputus akibat hentakan kuat.Ah Law dan keluarganya termasuk berberapa penduduk kampung yang bertandang menyambut hari perayaan segera keluar dari rumah tersebut untuk melihat apa yang berlaku.Menurut kisah yang dikongsi kan saksi Encik.Rickson ketika itu jalan raya tidak lah sesibuk sekarang dimana hanya sebatang jalanraya yang dibahagi kepada dua laluan pergi dan balik hanya muat satu kenderaan pada satu masa,Begitu juga dengan kejadian jenayah amat kurang membuatkan kenderaan Ronda Pihak Polis payah kelihatan berbeza dengan sekarang selang satu Jam pasti ada kenderaan Pihak berkuasa yang lalu.

Situasi begitu membuatkan Ah Law membiarkan mayat berserta motorsikal masih berjuntai di alang rumah sehingga keesokan harinya.Ah Law ke sebuah balai polis membuat lapuran mengenai kejadian tersebut untuk tindakan seterusnya.Ketika itu baru lah kawasan tersebut menjadi riuh apabila pengguna jalan raya bersama penduduk kampung mula mengetahui kejadian maut di rumah pasangan yang menetap dirumah usang berhampiran bahu jalan.Seminggu selepas kejadian,penduduk kampung bersama-sama membantu Ah Law membaiki bumbung rumah yang telah ranap akibat kemalangan tersebut sehingga sempurna seperti sedia kala.

Namun belum pun sampai sebulan kehidupan mereka mula dihantui,Bermula pertengahan minggu kedua selepas kejadian Bunyi dentuman kerap berlaku dibumbung rumah seolah-olah berlaku kejadian yang sama sehingga Nek Tinggeng merasa takut bila berada dirumah ketika malam.Selain bunyi dentuman,Bunyi suara mendayu-dayu meminta tolong juga memang selalu kedengaran bukan setakat malam,pernah terjadi sewaktu makan tengahari bersama anak mereka manakala Ah Law ke pekan membawa hasil kebun untuk dijual.Kejadian aneh berlaku keatas dua beranak tersebut apabila secara tiba-tiba rumah berbau busuk yang amat bersama bau darah hanyir memenuhi segenap rumah sehingga anak Ah Law mengadu kerap hilang selera makan ketika dirumah.

Kejadian bising di tepi rumah berlaku disatu malam,ketika itu keluarga Ah Law sedang lena dibuai mimpi,entah dari mana datangnya bunyi enjin motorsikal menderu-deru kedengaran ditepi rumah dengan kuat sehingga memeranjatkan keluarga Ah Law yang sedang lena tidur.Memikirkan bunyi bising tersebut dilakukan oleh budak-budak nakal,Ah Law bangun sambil membawa kayu untuk menghalau budak nakal yang membuat bising.Dengan perasaan berang Ah Law menerjah pintu rumah dengan harapan memeranjatkan budak-budak tersebut namun disaat pintu dibuka lain pula yang jadi.

Bukan nya budak-budak nakal yang terperanjat malah Ah Law merasa pitam dengan kaki serta tangan nya mengeletar apabila melihat sekujur tubuh berdiri dihadapan pintu rumah tanpa tangan kiri bersama kaki kanan yang kudung berlumuran darah memandang tepat kearah Ah Law seolah-olah bergantung pada sehelai tali apabila tubuh berkenaan seperti melayang-layang.Ah Law terduduk kerana tak tertahan akibat terlalu terkejut.Ketika itu anak Ah Law mendapatkan ayah nya yang terduduk dalam keadaan menggeletar sambil mengurut-ngurut belakang bapanya untuk menenangkan bapanya.

(Sekadar Hiasan)


Keesokan harinya,Nek Tenggeng pergi ke sebuah kampung yang tidak jauh dari kediaman mereka,dikampung tersebut sememangnya Nek Tinggeng dikenali orang ramai kerana sifat pemurahnya yang kerap memberi sayur-sayuran lebihan jualan kepada penduduk kampung.Ketika itu Nek Tinggeng bersama-sama kaum wanita kampung mencari siput sambil menghilangkan kebosanan dirumah.Nek Tinggeng menceritakan keresahan hatinya memikirkan penyudah kejadian misteri yang menghantui keluarganya sejak kejadian kemalangan maut yang berlaku berberapa bulan yang lepas dikawasan rumah nya.Kenalan Nek Tinggeng iaitu makcik Muna memberi cadangan supaya Nek Tinggeng menemui seorang bomoh untuk membantu menghalau roh simati yang kerap mengganggu rumah mereka.

Berberapa hari selepas mendapat nasihat dari Makcik Muna,Malam tersebut sewaktu makan malam,tanpa hujan mahupun ribut secara tiba-tiba zink atap rumah Nek Tinggeng terangkat dan jatuh kembali sehingga meninggalkan bunyi bising seperti bunyi tin minyak diketuk seseorang.Bunyi bising berpunca dari atap rumah yang terangkat cukup merisaukan Ah Law,ditambah pula bunyi pinggan mangkuk seperti diusik-usik orang pula kedengaran dibahagian dapur.Bunyi bising tersebut berlarutan sehingga berberapa jam dan mula senyap ketika pukul 1 pagi.Malam tersebut keluarga Ah Lau terpaksa tidur lewat kerana gangguan bunyi bising yang di alami.Sekitar tiga pagi Ah Law bangun untuk kebilik air,Sekali lagi Ah Law diganggu,Ketika keluar dari bilik air Ah Law terpandang susuk tubuh terbongkok-bongkok di sebelah rak pinggan mangkuk rumahnya.

Ah Law sekadar memerhatikan gerak geri  susuk tubuh yang dianggapnya seorang pencuri yang sedang menggeladah rumahnya.Dengan sinaran lampu malap dari bilik tidur jadi dapat lah Ah Law melihat kelibat berkenaan namun Ah Law inginkan kepastian dan bersiap sedia dengan sebatang kayu sebesar lengan  hendak menangkap pencuri yang memasuki rumahnya.Dengan perlahan-lahan Ah Law berjalan menuju ke suiz lampu untuk memetik suis agar si pencuri tak dapat lari apabila tertangkap dalam suasana terang.Namun setelah suis dipetik,Rumah menjadi terang benderang namun tiada sesiapa ditemui dikawasan terbabit.Ah Law mencari-cari kalau-kalau sipencuri bersembunyi dikawasan rumahnya.Puas mencari namun tetap juga tidak ditemui.

Ah Lau duduk di kerusi meja makan sambil memikirkan apa yang disaksikannya sebentar tadi.Ketika sedang termenung tiba-tiba Ah Law rasakan ada seseorang sedang memerhatikan nya dari belakang.Dengan serta merta Ah Law menoleh namun tiada sesiapa pun berada di belakangnya,ketika itu baru lah Ah Law merasa seram dan ketakutan,Ah Law meninggalkan kawasan dapur untuk memasuki bilik tidurnya.Dalam berberapa minit sahaja selepas melabuhkan kepalanya dibantal,Dalam sedar atau mimpi seorang pemuda berbaju hitam berseluar jeans biru menemuinya sambil berkata sesuatu kepada Ah Law agar memulangkan hak nya yang di ambil oleh Ah Law.Setelah itu Ah Law tersedar dari tidurnya sambil menggigil ketakutan mengejutkan Nek Tinggeng disebelahnya.

Keesokan harinya,Ah Law bersama isterinya Nek Tinggeng menemui Mak Muna dan Pak Harun untuk berbincang soal rumah dan bomoh yang dicadangkan oleh Mak Muna kepada Nek Tinggeng berberapa hari yang lalu.Dengan bantuan Pak Harun,Ah Law dan Nek Tinggeng dibawa menemui seorang bomoh.Dihadapan Bomoh tersebut Ah Law menceritakan kembali perkara-perkara aneh dan misteri yang kerap menggangu keluarga mereka.Setelah Bomoh tersebut meninjau kawasan tersebut melalui ilmu batin nya,Bomoh memberitahu roh mangsa kemalangan maut diatas bumbung rumah mereka tidak akan pergi sampai bila-bila selagi mereka tak memulangkan hak roh berkenaan.Ah Lau dan Nek Tinggeng merasa hairan memikirkan apa yang diambilnya dari jasad mayat pemuda yang meninggal atas bumbung rumah nya berberapa bulan yang lepas.

Bomoh memberitahu dirinya harus ke rumah Ah Law untuk memastikan keadaan sebenar dan menemui roh berkenaan.Ah Law begitu setuju dengan cadangan murni bomoh tersebut.Petang hari tu juga Ah Law membawa bomoh kerumahnya untuk membantu membersihkan rumah mereka.pukul lima setengah petang menyaksikan kehadiran Bomoh kerumah Ah Law.Di awal ketibaan Bomoh,dia memeriksa kawasan dapur sambil menandakan dengan simbol "X" di satu kawasan berhampiran rak pinggan mangkuk.Dan satu lagi di bahagian meja makan.Setelah selesai menandakan kawasan,Bomoh tersebut meminta botol kosong untuk mengambil air dari sebatang sungai kecil berhampiran rumah Ah Law.Bomoh memberitahu mereka harus menunggu sehingga malam untuk menjalan kan ritual menghalau roh berkenaan.

Sekitar lapan malam,Bomoh dah pun bersiap-siap duduk bersila dikawasan ruang makan,dimana meja makan telah pun dialihkan untuk memudahkan kerja Bomoh berkenaan.Dalam berberapa minit sahaja bomoh membaca Mantra nya dengan tiba-tiba zink mula berbunyi seperti diketuk oleh seseorang bersama angin yang masuk melalui tingkap terasa begitu dingin.Bomoh memberitahu Ah Law agar berkumpul dalam satu kumpulan dibelakang nya dan jangan berbuat apa-apa jika sesuatu terjadi.Setelah Ah Law mengikut arahan yang diberikan oleh Bomoh,sekali lagi Bomoh meneruskan Bacaan Mantranya.

Dari jauh kelihatan sayup-sayup tubuh seorang pemuda dalam keadaan sempurna datang kearah mereka,dan setelah pemuda tersebut berhadapan dengan Bomoh,Bomoh pun berhenti membaca mantra nya sambil bertanya urusan Roh berkenaan.Tiada sesiapa yang dapat mendengar jawapan dari Roh berkenaan sehingga lah Bomoh menberitahu Roh tersebut akan datang setiap masa untuk mencari haknya.Bomoh memberitahu Ah Law bahawa roh berkenaan mencari serpihan daging bahagian lengannya dan sebiji lagi matanya yang hilang dirumah tersebut ketika kemalangan.Bomoh menberitahu agar Ah Law mencari apa yang dipinta oleh Roh berkenaan.

Ah Law menemui sekeping kulit berwarna hitam membusuk dibawah rak pinggan mangkut dan selaput seperti mata juga ditemui tidak jauh dari rak tersebut.Dengan bantuan bomoh tersebut,Kulit bersama kepingan kering menyerupai mata di tanam dikawasan lapang berhampiran kebun sayur Ah Lau pada malam tu juga.Bomoh memberitahu Ah Law bahawa segalanya telah kembali pulih dan Roh pemuda tersebut tidak akan datang menggangu mereka lagi!.Setelah selesai semua urusan sekitar 10 malam, Ah Law bersama Pak Harun menghantar Bomoh balik kerumah dan sewaktu dalam perjalanan balik,Ah Law dan Pak Harun singgah disebuah warung untuk minum.

Setelah selesai,Ah Law dan Pak Harun balik kerumah.sewaktu dalam perjalanan Ah Law mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada Pak Harun kerana sudi membantunya.Ah Law sempat bercerita kepada Pak Harun yang dirinya tidak pernah percaya akan mahluk yang dinamakan Hantu.Namun selepas kejadian tersebut baru lah Ah Law percaya akan kebenaran kewujudan mahluk ghaib selain manusia!.Setelah tiba dirumah,Nek Tinggeng dah pun tertidur sehingga tak sedar Ah Law balik dari rumah bomoh.Maka sejak penemuan hak yang dicari-cari oleh roh pemuda tersebut ditanam,Tiada lagi gangguan misteri berlaku keatas rumah mereka.Namun secara perlahan-lahan juga Ah Kaw membina sebuah rumah papan di penghujung tanah mereka dengan harapan jauh dari jalan raya dan terhindar dari kejadian serupa berlaku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan