Jumaat, 28 April 2017

GANGGUAN MISTERI DI RUMAH SEWA BERPUAKA

Asalamualaikum dan salam muhibbah buat semua.Kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia dengan sebuah kisah yang agak menyeramkan berlaku berberapa tahun yang lepas.segar dalam ingatan ketika itu kami baru balik dari pejabat dan bebanan tugas yang menimbun sehingga kami tiba dirumah sekitar 11 malam.Sewaktu dalam perjalanan lagi dapat saya rasakan seperti ada yang tak kena dimana kereta yang saya pandu terasa amat berat sedangkan kereta masih dibawah jadual servis yang ditetapkan oleh pihak Proton.Dengan enjin berkuasa 1.6L amat pelik jika meter rpm ditahap 4 namun kelajuan sekitar 90kilometer sejam.

Suasana pula memang terasa sepi walaupun radio dipasang.namun untuk menenangkan hati saya membiarkan perasaan tersebut dengan menganggap rakan disebelah sedang lena dibuai mimpi sehingga lah kami tiba dirumah sewa yang agak jauh dari pejabat.Tiba dirumah entah kenapa mata dengan tak semena-mena terus mengantuk bagai digam dengan langkah yang lemah saya gagahkan hati menaiki anak tangga sehingga ke bilik tidur.Entah pukul berapa saya terlelap pun saya tak pasti namun sekitar pukul 2 pagi...tiba-tiba nafas jadi sesak, tak boleh nak gerak saya cuba meronta-ronta tapi suara tak boleh nak keluar hati mula cemas dalam fikiran mula risau.

Sewaktu meronta mata terpandang satu mahluk berdiri diluar tingkap.dan itu lah kali pertama dalam hidup menyaksikan mahluk yang begitu hodoh sekali. Dalam terperanjat ketika itu terkeluar suara menyebut nama Allah.Lepas itu keadaan kembali normal,saya dah boleh bangun bercakap seperti biasa.baru lah saya sedar pakaian kerja masih lengkap ditubuh dengan kasut,baju masih masuk dalam.Wahhh...penat betul rupanya Saya membersihkan diri sebelum turun ke ruang bawah.Sewaktu menuruni anak tangga saya terkejut melihat kawan serumah saya masih belum tidur lagi.dia duduk menghadap telivisyen sendangkan siaran telah tamat.

Saya menegurnya namun dia hanya mendiam kan diri tanpa berkata sesuatu selain memandang tepat kearah kaca tv.saya tinggalkan rakan serumah saya melayan perasaan kerana ketika itu tiada sedikit pun perasaan pelik yang timbul dalam fikiran.Jadi saya simpan kisah saya kena tekup dalam hati tanpa menceritakan kepada rakan serumah.Sewaktu menaiki anak tangga tiba-tiba saya terdengar suara seseorang batuk dari arah bilik tidur rakan saya.langkah kaki terhenti angkara suara tersebut saya keliru kerana baru sebentar tadi saya lihat rakan saya berada dibawah.bila masa pula dia naik ke biliknya.Untuk memuaskan hati dengan perlahan saya turun semula melihat adakah rakan saya masih berada dibawah atau pun sememangnya telah naik keatas tanpa saya sedari.

Dibawah saya lihat rakan saya sedang baring diatas sofa.Saya menepuk bahunya berulang kali sehingga lah rakan saya tersedar.Saya memberitahu ada suara seperti orang batuk datang dari arah bilik rakan saya.namun dia hanya mengangguk kan kepala sebelum baring semula.Kerana takut saya mengambil keputusan tidur di ruang tamu bersama rakan saya.Malam tersebut mata begitu payah hendak terlelap bermacam-macam bayangan timbul dalam fikiran manakala rakan saya begitu asyik dibuai mimpi dengan berdengkur tanpa menyedari saya ketakutan disebelahnya.

Satu perkara yang agak pelik dengan rakan saya dimana bunyi dengkuran nya begitu nyaring serta menakutkan kerana sebelum ini dia bukan lah jenis yang tidur mati apatah lagi sampai tahap berdengkur.Saya mengejutkanya agar merendahkan suaranya.ketika saya tepuk dibahagian lengan nya saya terkejut kerana tangan rakan saya begitu dingin bagaikan saya terpegang seketul ais.Saya bangkit kerana terkejut dengan keadaan rakan saya.Ketika itu dia tersedar dengan tidak semena-mena dia meraung dengan suara yang garau serta kuat.Saya terus berdiri sambil mencapai suis lampu berhampiran dinding.Dengan keadaan cemas ketika itu lah boleh berlaku litar pintas.seluruh rumah menjadi gelap gelita yang ada hanyalah pantulan cahaya biasan dari angka-angka nombor dari jam tangan saya.

Dengan sekuat tenaga saya berlari kearah bilik tidur sewaktu melintasi bilik tidur rakan saya.sekali lagi saya terkejut apabila melihat rakan saya masih leka menatap paparan laptopnya.Saya yang separuh pengsan menengking kearah rakan saya "Hentikan gurauan bodoh kau tu!!".sebelum masuk kedalam bilik tidur.Ketika itu rakan saya masuk menemui saya sambil bertanya kenapa saya tiba-tiba menyergahnya.Entah bila saya terlena sedar-sedar matahari dah terbit dimana ketika itu saya lihat rakan saya duduk menghadap kearah saya.Berkali-kali dia bertanya "Kau kenapa bro?....kau kenapa bro?...Saya hanya memandang tepat anak matanya tanpa berkata apa-apa.

Sehingga lah saya sedar semula sekitar 2 petang.Dan ketika itu rakan saya masih lagi menunggu disebelah saya.Saya bertanya macamana saya boleh berada dalam bilik.Rakan saya memberitahu yang saya pengsan dihadapan bilik nya semalam !.Saya hanya mendiam kan diri kerana masih terkejut dengan apa yang saya temui semalam.Saya menceritakan balik apa yang saya temui dari mula saya ditekup sehingga sesak nafas dan saya menemuinya menatap kearah telivisyen tanpa berkata walau sepatah pun.Namun rakan saya bermati-matian mengatakan yang dia tidak pernah turun kebawah sejak balik dari kerja semalam.

Untuk membukti kan yang dia bukan mempermainkan saya dia tunjukan perbualan mesej dari tabletnya.Ternyata setiap jam yang saya berada dibawah rakan saya sedang berbalas mesej dengan teman wanitanya.saya semakin pelik....jadi siapa yang berada dibawah bersama saya semalam?sehingga lah ke maghrib saya masih baring tanpa kemana-mana kerana masih keliru dengan apa yang berlaku semalam.Sehingga lah rakan saya mengajak saya keluar untuk menemui seseorang yang amat penting yang boleh membantu memberikan jawapan kepada saya.Malam tersebut sekitar 9 malam kami menemui Ustaz Hadi.itu pun atas desakan rakan saya,disitu saya menceritakan apa yang mengganggu fikiran saya sejak kejadian pelik menimpa saya semalam.

Ustaz Hadi memberitahu perkara tersebut biasa berlaku lebih-lebih lagi jika kita meninggalkan waktu Solat.tambahan pula mungkin semalam ada mahluk yang mengikuti kami balik dari tempat kerja.Sebelum balik Ustaz Hadi memberikan sebotol air mineral kepada saya untuk disapu pada muka dan diminum.Selepas malam tersebut tiada lagi sebarang gangguan yang kami temui.Namun apa yang berlaku seakan satu pengajaran buat kami lebih-lebih lagi saya.Sekian untuk perkongsian kali ini.kisah ini diangkat semula atas pengelaman nyata yang saya tempuhi bersama rakan serumah.Semoga menjadi ikhtibar buat diri saya mahupun sesiapa sahaja.Jangan sesekali masuk kebilik setelah balik dari mana-mana lebih-lebih lagi ketika malam.

Basuh lah kaki tangan sebelum tidur atau sebaiknya bagi orang Islam,ambil lah wudhu sebelum tidur.agar benda-benda halus tidak mengganggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan