Sabtu, 22 April 2017

PERKENALAN DARI PENGARANG PULAU RAHSIA

       Asalamulaikum dan salam Muhibbah buat semuanya.Salam Silaturahim dan perkenalan saya hulurkan sebagai pembuka bicara.Terbitnya sebuah blog yang di beri nama "PULAU RAHSIA".Pada hari ini 22 April 2017 hari Khamis oleh saya sendiri.Motif serta halatuju blog ini di bangun kan adalah sebagai sebuah laluan perkongsian hasil cetusan minda,Perkongsian rakan-rakan,kenalan berbilang usia melalui pengelaman dalam apa jua peristiwa yang membawa manfaat mahupun sekadar hiburan sebagai rujukan serta tatapan semua.


Blog ini akan di kelolakan bersama Dua orang Admin yang akan bersama-sama menyumbangkan buah fikiran serta kisah-kisah yang dirasakan berguna untuk di kongsikan untuk semua.Dan Blog ini bukan lah satu hasil kerja yang tetap tetapi sekadar mengisi masa terluang maka kemungkinan hasil karya nya akan berubah-ubah ataupun bukan berjadual.Sebelum blog ini bersiaran dengan lebih jauh,saya selaku penerbit bersama dengan rendah hati, menghulur sepuluh jari memohon maaf sekira pada siaran kami yang akan datang akan adanya kisah-kisah,jalan cerita mahupun kata-kata yang kasar,menyentuh perasaan serta sensetiviti sesiapa,jika ada pun mungkin secara kebetulan.


Setiap artikel yang akan disiarkan akan di nilai,ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan agar tidak melanggar etika seperti yang saya nyatakan diatas.Blog ini lebih memfokuskan isi kandung kisah-kisah tauladan,Misteri,penemuan,ilmuan,panduan serta pengajaran.Tidak ketinggalan tip-tip berguna sebagai rujukan semua.


Akhir kata dari saya,Sekali lagi dengan rendah diri mengalu-alukan sebarang kritikan,teguran serta nasihat dari semua pihak.Setiap teguran serta nasihat akan kami terima dengan hati terbuka untuk kebaikan serta penambah baikan pada masa akan datang.


"Saya atau Todak-Todak sekadar nama samaran di lahir kan di bumi Kenyalang,mula berhjirah ke berberapa negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Singapura untuk menimba ilmu serta meningkat kan ekonomi kehidupan.Dalam dunia bermusafir lah saya mengenali ramai kenalan berbilang usia serta budaya dan disitu juga lah saya mempelajari banyak perkara termasuk pengelaman-pengelaman yang berharga buat saya.Pernah bekerja di berbagai sektor,kerja berkemahiran,menjalankan perniagaan sendiri,jatuh dan bangun dalam perniagaan,pengelaman berhadapan dengan gangguan mahluk ghaib(Halus) secara kebetulan mahupun sengaja di lakukan oleh seseorang.


Antara pengelaman berharga malah lebih mahal dari segala harta di dunia apabila berhadapan dengan ujian getir sehingga menerima hidayah sehingga mendorong saya memilih Islam sebagai peganggan sehingga kini dan selamanya.InsyaAllah akan saya kongsikan saat getir dimana nyawa nyaris melayang angkara kenakalan,diuji dengan penyakit,kemewahan dan sebagainya.Di sampuk,sesat di alam ghaib,di tumpang mahluk halus,Menerima warisan dari alam ghaib,barang mistik dan sebagainya.InsyaAllah dengan izin NYA saya akan kongsikan satu persatu kelak.Akhir kata dari saya dengan Lafas Bismillahir Rahmanir Rahim,Terbitnya sebuah lagi rangkaian laman blog dari saya pada Hari ini yang di kenali sebagai "PULAU RAHSIA".Salam perkenalan dari saya dan rakan penerbit "PULAU RAHSIA".


PULAU RAHSIA


Hari ini,Sabtu 22 April 2017

Tiada ulasan:

Catat Ulasan