Isnin, 23 Oktober 2017

PENGELAMAN MISTERI PENGAWAL KESELAMATAN RUMAH MAYAT HOSPITAL

Salam Sejahtera dan Salam Muhibbah buat semua.Bertemu Kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini kami ingin kongsikan pengelaman Shamsuddin,seorang anggota pengawal keselamatan disebuah Hospital dan sering ditugaskan menjaga kawasan rumah mayat.Selama lima tahun pengelaman menjaga keselamatan di berberapa Hospital termasuk yang paling digeruni oleh rakan-rakan nya apabila di minta menjaga kawasan Rumah Mayat.

Selama lima tahun berkhidmat bermacam kejadian aneh dan misteri ditemui dari gangguan halus sehingga gangguan ganas yang dianggap sekadar gurauan dalam tugas.Antara yang menjadi ingatan dalam kotak fikiran Shamsuddin sehingga hari ini apabila berlaku satu kejadian menyeramkan,Ketika itu hujan rintik-rintik berserta awan tebal membuatkan malam menjadi dingin dan bertambah pekat.tiba waktu untuk merekod Jam di bahagian belakang Rumah mayat,entah kenapa secara tiba-tiba terasa amat dingin sekali sehingga menaikan bulu roma bahagian tengkuk nya.Dan secara tiba-tiba timbul perasaan seram ketika melintasi pintu utama rumah mayat untuk menuju ke lokasi dimana anak kunci jam digantung.Shamsuddin menggagahkan diri mempercepatkan langkahnya,sewaktu memasukan anak kunci kedalam pencatat masa,tiba-tiba terdengar seretan tapak kaki dari dalam rumah mayat.Shamsuddin berasa hairan kerana rumah mayat berkunci dan tiada sesiapa didalam nya melainkan ada mayat yang akan dimasuk kan.Namun tidak pula dia menerima berita akan mayat yang akan dimasuk kan.atau menerima laporan ada petugas yang akan masuk.

Selesai urusan mengunci jam,Shamsuddin segera menuju ke bahagian hadapan untuk memastikan kalau-kalau ada petugas yang masuk.Namun apabila tiba,kelihatan pintu ditutup rapat serta berkunci dengan sempurna.Ketika memeriksa bahagian pintu,sekali lagi Shamsuddin terperanjat apabila terdengar bunyi seakan dulang jatuh ke lantai simen.Apa lagi,tanpa berfikri panjang,Shamsuddin membuka langkah seribu menuju ke pos pengawal dan melaporkan kejadian tersebut kepada rakan setugas nya.

Ketua pengawal malam itu ialah Encik.Nordin,Setelah Encik.Nordin menghubungi Pihak atasan,Seorang petugas dibahagian bilik mayat datang bersama berberapa orang pengawal dan Encik Nordin sekali pergi ke rumah mayat untuk memeriksa kalau-kalau rumah mayat diceroboh orang yang tidak bertanggungjawab.Setelah pintu dibuka,lampu menerangi segenap kawasan bilik Mayat.Shamsuddin dan rakan-rakan nya memeriksa setiap sudut namun tidak menemui sesiapa pun didalam nya begitu juga kalau-kalau ada tray besi atau dulang yang jatuh. Namun tiada apa pun yang berselerak atas lantai mahupun kelibat sesiapa dalam bilik mayat.

Kejadian kedua yang dilalui oleh Shamsuddin,ketika itu Shamsuddin baru sahaja tiba dan memulakan tugas nya.Tiba-tiba pintu pagar belakang Hospital di ketuk dengan kuat,Shamsuddin menjenguk keluar dari pondok pengawal,seorang makcik tua bertudung lusuh berbaju kebaya memberitahu ingin melawat anak nya yang sakit.Memandangkan telah tamat waktu melawat,Shamsuddin tidak membenarkan makcik berkenaan masuk.Dan memberitahu agar makcik tersebut balik dan datang semula keesokan hari nya.Namun jawapan pelik yang diterima dari makcik tersebut,Apabila memberitahu dia tak boleh datang siang dan mata nya tak jelas siang hari.Shamsuddin mengingatkan Makcik tersebut bergurau namun dengan wajah bersungguh-sungguh makcik tersebut memberitahu dia memang tak boleh datang keesokan hari nya.

Sekali lagi Shamsuddin meminta maaf dan memberitahu dia tak berani membenarkan makcik tersebut masuk,lebih-lebih melalui pintu pagar belakang.dengan wajah yang sedih makcik tersebut terus berpaling dan meninggalkan Shamsuddin.Namun yang menakutkan apabila makcik tersebut tiba-tiba ketawa dengan bunyi yang menyeramkan.Selang berberapa jam,ketika itu pukul 10malam,pegawai bertugas pun sampai,Shamsuddin melapurkan kejadian seorang makcik datang dan merayu-rayu untuk melawat anaknya dalam wad kepada pegawainya.Satu semakan di litar tertutup(Cctv) dibuat untuk mengesan makcik yang dimaksudkan.Namun setelah diperiksa melalui paparan CCTV bermula 7 petang sehingga 10 malam,tiada sesiapa pun yang datang melalui pagar bekakang,apa lagi siap mengetuk besi pagar.Puas Shamsuddin meyakinkan pegawai nya,Malah Shamsuddin dianggap mengantuk sekadar melihat bayang-bayang.

Kejadian seterusnya ketika bertugas di Hospital yang sama,ketika kejadian merupakan hari cuti umum dimana masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru.Suasana di Hospital agak lengang dari awal pagi sehingga lah awal petang,dalam pukul 2 petang apabila sebuah pick up Pihak Polis memasuki perkarangan Hospital dimana mayat seorang pemuda dibawa untuk bedah siasat.Shamsudin sekadar menulis dalam buku laporan rutin harian mengenai kejadian tersebut.Sehingga lapan malam,Mayat pemuda tersebut dibawa ke rumah mayat untuk disimpan.Sewaktu pihak Hospital mengusung mayat,Shamsuddin melihat dengan jelas kehadiran seorang pemuda berseluar jeans berbaju t-shirt putih dengan hanya berkasut sebelah kaki.Memerhati dari jauh gelagat attandan Hospital menolak katil yang berisi jasad manusia menuju ke Bilik Mayat.Apabila Shamsudin hendak menemui pemuda tersebut,entah kemana dalam sekelip mata sahaja kelibat pemuda itu hilang dari pandangan Shamsuddin.

Bimbang jika ada penceroboh atau orang gila memasuki kawasan Hosptal,Shamsuddin memberitahu rakan setugasnya Rahmat.mereka berdua segera meronda kawasan Hospital termasuk bahagian pesakit luar.namun tidak menemui pemuda terbabit.Setelah puas memeriksa seluruh kawasan dan masih tidak menemuinya.mereka kembali ke pondok pengawal dan menyambung tugas seperti biasa.Sehingga lah waktu bertugas Shamsudin tamat dan bersiap untuk balik.Sewaktu menunggu enjin motorsikal buruk nya panas.sekali lagi Shamsuddin terpandang kelibat pemuda tadi.kali ini agak jelas seluar dan pakaian nya agak comot dan terkoyak dibahagian seluar.Juga kelihatan kesan luka yang agak parah dibahagian kepala serta tengkuk sehingga melihatkan kepala pemuda tersebut seakan terkulai hampir jatuh.Shamsuddin membiarkan tanpa memperdulikan apa yang baru dilihatnya dan meneruskan perjalanan untuk balik.

Malam nya Shamsudin mendapat mimpi yang seram,apabila dia didatangi oleh pemuda yang dilihatnya petang tadi di Hospital.Dalam keadaan kusut masai serta tubuh berbau hanyir beserta darah yang keluar dari kepala dan berberapa bahagian,Bayangan pemuda tersebut seakan-akan mengejar Shamsudin dalam mimpi.Shamsudin terjatuh dalam mimpi,dan dapat ditangkap oleh pemuda tersebut dan terus meminta tolong dari Shamsudin dalam suara yang serak.Pemuda tersebut meminta bantuan Shamsuddin agar pergi ke suatu tempat,dimana kejadian kemalangan berlaku.Dalam keadaan yang menyayat hati,Pemuda tersebut meminta Shamsudin mencari ibu jarinya yang hilang dan tidak ditemui sewaktu Polis mencari nya.

Shamsuddin tersedar dari mimpi apabila dikejutkan dengan bunyi nyalakan anjing dari arah jalan raya.Ketika bangun jam baru menunjukan pukul 3 pagi.Selepas ke bilik air untuk mencuci muka,Shamsudin terkaku seketika dan hampir menjerit apabila melihat pemuda yang ditemuinya dalam kawasan Hospital serta dalam mimpi nya sedang berdiri dan memerhatikan nya dalam air muka yang muram seakan-akan bersedih dari ruang tamu.berkali-kali Shamsudin mengesat mata nya baru lah kelibat tersebut hilang dari pandangan mata nya.

Keesokan harinya,seawal pukul 6 pagi Shamsuddin telah keluar dari rumah menggunakan motorsikal cabuk nya menuju ke lokasi yang ditunjukan dalam mimpi malam semalam.Melalui bangunan serta keadaan jalan,Shamsuddin berjaya menemui kawasan dimana kemalangan berlaku.Baru saja Shamsudin menongkat motorsikal nya,dia terpandang seekor biawak menuju kearah satu benda yang di kerumuni oleh semut yang amat banyak!.Shamsudin melihat dan memerhati longgokan semut tersebut,ternyata apa yang dikerumuni oleh Semut ialah jari pemuda yang tertinggal semasa kemalangan berlaku.

Tanpa berfikir panjang,Shamsudin menggunakan ranting untuk memisahkan semut yang mengerumuni hari tersebut.Dengan menggunakan sapu tangan,Shamsudin mengambil jari tersebut dan membawanya ke Hospital.Ketika tiba di Hospital,Pihak Hospital memaklumkan Mayat dalam proses tuntutan.Tanpa berfikir panjang,Shamsudin berlari menuju kerumah mayat.Disitu kelihatan ahli keluarga pemuda tersebut telah berkumpul menunggu mayat siap untuk dimasuk kan dalam van jenazah.Dengan kuasa sebagai anggota pengawal keselamatan,Shamsudin membawa Jari jenazah kepada petugas yang menguruskan mayat.Setelah menceritakan apa yang ditemui dalam mimpi kepada petugas tersebut.Jari pemuda yang ditemui di letakkan bersama mayat tanpa di jahit memandang kan keluarga mangsa telah menunggu agar tidak melambatkan lagi proses pengkebumian.

Sepanjang hari Shamsuddin bertugas hari itu,dia tidak lagi melihat kelibat pemuda malang itu lagi.Selepas balik dari kerja,Shamsudin berehat sambil menonton telivisyen sementara menunggu mata mengantuk.Dalam tidur,Shamsudin ditemui sekali lagi oleh pemuda tersebut.Namun dalam mimpinya kali ini,pemuda tersebut hadir dalam keadaan sempurna serta amat bersih.Sambil tersenyum memandang Shamsudin,perlahan-lahan kelibat pemuda tersebut hilang dari pandangan matanya.

Selepas kejadian tersebut,Permohonan Shamsudin untuk berpindah dan menjadi pengawal disekolah yang berhampiran dengan kampung halaman nya telah diluluskan.Maka bermula lah arena baru dalam kerjaya Shamsudin sebagai Seorang pengawal sekolah.Banyak lagi sebenarnya kisah seram yang Shamsudin ceritaka  kepada kami,namu terpaksa kami ubah dan pendekkan agar bersesuaian dengan keadaan.Sekian untuk perkongsian kali ini.Kisah ini di terbitkan melalui pengalaman seorang pengawal keselamatan Saudara Shamsudin.Namun sejauh mana kebenaran nya,hanya Shamsudin yang mengetahuinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan