Rabu, 25 Oktober 2017

TERBONGKAR LAH RAHSIA GURU DARI BATAM TARIK DUIT

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia dengan sebuah kisah menarik mengenai ritual penarikan harta karun dalam bentuk wang tunai berjuta ringgit yang dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 80 tahun yang layak dipanggil Atuk-atuk yang begitu taksub mengejar status Jutawan segera dalam masa singkat.Kisah yang saya paparkan disini adalah benar dan tidak berniat mengaibkan sesiapa.Tujuan siaran ini hanyalah sekadar hiburan dan peringatan buat semua.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2008,ketika itu saya menetap di kota tinggi Johor,Dimana ketika itu saya telah diperkenalkan dengan seorang lelaki berpewatakan Wara' dengan pakaian tak ubah seorang guru-guru ugama.Namun tak sangka dalam usia senja,Beliau atau lebih mesra kami panggil Pak Hamzah,begitu taksub hendak menjadi kaya.Pada Awal nya saya sendiri agak sangsi dengan apa yang dicadangkan namun kerana sifat ingin mencuba akhirnya saya sendiri menyertai agenda pelik Pak Hamzah.

Pak Hamzah bukan lah seorang yang miskin hina,melalui latar belakang kerjaya anak-anaknya jelas menunjukkan dia dalam golongan mampu namun dia lebih suka dengan gaya hidup gelandangan dengan menumpang disana sini.Namun yang menariknya dia mudah dirapati dan mempunyai ramai kenalan lebih-lebih ahli-ahli masjid.Pak Hamzah sering menceritakan kisah-kisah dirinya membantu ramai orang dalam perubatan termasuk mampu berinteraksi dengan Mahluk halus dan sebagainya.

Agenda yang dirancangkan oleh Pak Hamzah kali ini ialah menarik Wang dari Alam ghaib serta melakukan pemindahan dana tunai dari sebuah bank yang dikatakan oleh Pak Hamzah Bank Bunian.Sejak mengenali Pak Hamzah kerja saya sering terganggu kerana menguruskan pak Hamzah dengan membawa dia kemana sahaja yang dihajatkan.Atas urusan ritual menarik Emas yang dikatakan.Agenda pertama Pak Hamzah ialah mencari jemaah atau rakan kongsi untuk menjayakan projek beliau.yang menjadi mangsanya sayaketika itu sekitar 4 petang saya terpaksa menempuh satu perjalanan yang jauh kerana menghantar Pak Hamzah menemui seorang Jemaah.

Bertolak dari Kota Tinggi sekitar 4 petang dimana kos minyak dan perbelanjaan sepanjang perjalanan ditanggung oleh saya.Tiba di Gong Badak kuantan pahang ketika itu dah malam di sana kami mememui seorang wanita berusia dalam lingkungan 40an yang akan menjadi salah seorang penerima bahagian hasil ritual yang akan dijalankan tidak lama lagi.Sewaktu berbincang dengan wanita tersebut,Pak Hamzah memberi tahu yang kami telah mendapat 3 orang jemaah dimana lagi dua orang diperlukan.Pada peringkat awal Pak Hamzah mengumpul kesemua ahli jemaah untuk membincangkan soal dana.

Dimana pak Hamzah harus mengadakan sejumlah tujuh ribu dari kesemua Ahli untuk kos penerbangan menjemput Guru yang akan melaksanakan tugas penarikan nanti dan guru yang di maksudkan oleh pak Hamzah ketika itu berada di negara Indonesia.Melalui perbincangan Pak Hamzah bersama jemaah wanita tadi,akhirnya Pak Hamzah menerima wang tunai sebanyak dua ribu sebagai sumbangan Wanita yang kami kunjungi dengan harapan menerima bahagian yang sama rata.sekitar 11 malam kami berangkat balik bersama wang tunai sebanyak dua ribu.

Keesokan harinya sekali lagi saya terpaksa menghantar pak Hamzah menemui seorang lagi jemaah di Felda tenggaroh untuk mengambil sumbangan untuk kos menjemput Guru yang dimaksudkan.Kami bertolak balik dari Felda Tenggaroh sekitar lima petang dimana Pak Hamzah memberitahu dana yang dikumpul telah bertambah kepada Empat ribu,dan tinggal seorang lagi jemaah yang akan mengeluarkan sumbangan.Malam tersebut saya dipanggil oleh Pak Hamzah memberitahu yang dia akan ke Indonesia untuk menjemput Guru.

Pagi-pagi lagi kami telah berada di lebuhraya utara selatan untuk menghantar Pak Hamzah ke Jementah,Tangkak.Dalam masa seminggu bersama Pak Hamzah dah beribu duit habis dibelanjakan bermula dari makan sehingga kos perjalanan kesana kesini.melalui tol Tangkak kami memeruskan perjalanan sehingga ke Jementah untuk menemui seorang lagi Jemaah yang akan ke Indonesia bersama Pak Hamzah untuk menjemput Guru yang dimaksudkan.Namun setelah tiba ternyata orang yang dimaksudkan tiada dirumah dan sekali lagi kami diduga dengan menunggu dalam kereta sehingga menghampiri waktu Maghrib.Menghampiri jam lapan malam baru lah kelibat tuan rumah kelihatan.

Setelah memastikan Pak Hamzah selamat tiba di rumah yang dimaksudkan,saya kembali ke Kota Tinggi.Sepanjang perjalanan saya memikirkan sejauh mana kebenaran apa yang di lakukan oleh Pak Hamzah.namun setelah memikirkan  jemaah yang ramai hati mula merasa yakin dan saya terfikir tak mungkin pak Hamzah sanggup menipu orang ramai dan akan ke Indonesia untuk menjemput Guru.Setelah tiba dirumah saya menghubungi Pak Hamzah dan bertanya tentang perjalanan nya.Ternyata Pak Hamzah masih lagi berada di Jementah dan akan bertolak keesokan harinya kerana telah malam.

Sejak hari itu saya kerap menghubungi Pak Hamzah bertanya perkembangan semasa.sehingga lah masuk hari ketiga diawal subuh pak Hamzah menghubungi saya dan memaklumkan Dia akan berangkat ke Batam pagi tersebut.Setelah mendapat perkembangan dari Pak Hamzah hati kembali tenang kerana memikirkan sejumlah wang yang di bawa hasil kutipan jemaah lain.Hampir sehari suntuk saya tidak menerima berita dari pak Hamzah kerana nombor telefon bimbitnya gagal dihubungi.dan Mungkin ketika itu dia berada di sempadan atau mungkin telah tiba di Batam.

Selama seminggu Pak Hamzah menghilangkan diri apabila gagal dihubungi.Dimana saat itu telefon saya mula dihujani pamggilan dari jemaah lain,mana yang buat panggilan dari Kuantan,terengganu,malah yang dekat dengan saya iaitu dari Felda tenggaroh turut risau apabila Pak Hamzah gagal dikesan dan dihubungi.Tiada apa yang mampu saya katakan,cuma Bersabar menunggu dan menerima apa-apa kemungkinan.Ketika itu telah mula hadir dalam fikiran mengatakan Pak Hamzah menipu kami.Syukur....ternyata malam tersebut saya menerima perkhabaran dari Batam.Apabila Pak Hamzah menghubungi saya dan meminta saya menyampaikan pesan nya kepada jemaah lain.

Perkhabaran dari Batam memaklumkan Pak Hamzah telah berhasil menemui Guru yang dimaksudkan,Namun Guru tidak dapat hadir kerana ada urusan di Sana.Pak Hamzah memberitahu agar kami semua bersiap sedia kerana Pak Hamzah akan balik bersama sepuluh beg duit tunai dalam matawang Dollar !!.Saya menjadi bingung memikirkan apa yang Pak Hamzah katakan,kenapa harus buat dari sana? Kenapa Guru yang dimaksudkan tidak dapat hadir? Kenapa kebetulan ada urusan lain? Dan kenapa harus Matawang Dollar? Boleh kah pak Hamzah membawanya menaiki pesawat mahupun Ferri tanpa pemeriksaan Kastam?

Tetapi dengan yakin Pak Hamzah memberitahu itu semua urusan Guru.Dalam sekelip mata duit mampu dipindahkan ke Malaysia dengan bantuan khadam tanpa perlu melimpasi pemeriksaan Kastam.wah....handal.Namun perasaan sangsi mula terasa mendengar kata-kata Pak Hamzah ditambah pula rakan saya memberitahu,kemungkinan Pak Hamzah hanya melancung ke Indonesia berbekalkan duit sebayak 6ribu.Sebelum menamatkan panggilan,Pak Hamzah sempat memperdengarkan bunyi geseran kertas yang dikatakan susunan duit tunai dalam jumlah yang banyak.

Sehingga lah masuk hari ke lapan,dimana Pak Hamzah menghubungi saya sekali lagi memberitahu dia akan kembali ke Malaysia.Dan meminta saya menjemputnya di Melaka.Kebetulan hari yang dimaksudkan duit dalam simpanan saya telah habis.Yang ada pun cuma lima puluh ringgit untuk makan dalam masa berberapa hari.Dengan bangganya Pak Hamzah memberitahu saya tak perlu risau kerana di Melaka nanti dia akan Zahirkan bahagian saya.Dimana saya boleh tukarkan sekeping dua duit tersebut di mana-mana pengurup matawang asing.Tiga empat kali saya menanyakan kepastian kepada Pak Hamzah,Dengan penuh keyakinan Pak Hamzah memberitahu saya pasti akan dapat bahagian saya lebih awal dari yang lain.Dan Pak Hamzah menjanjikan bahagian saya antara yang paling banyak.

Malam tersebut ketika berada diatas katil,mata begitu payah hendak terlelap,apabila memikirkan apa yang pak Hamzah akan bawa dari Batam esok.memandangkan Ferri Pak Hamzah tiba di Melaka pukul 3 petang.jadi saya membuat keputusan untuk bertolak sebelum tengahari agar tidak terlewat kerana saya harus mencari dimana Pelabuhan yang dimaksudkan.Sepanjang malam sehingga ke subuh mata masih lagi segar,Mahu tak nya,apabila hati mula gundah mengenangkan nasib diri akan berubah sekelip mata dari orang biasa menjadi Jutawan atau Cendawan jika sebaliknya yang berlaku.

Melihat jam dinding menunjukan pukul 5 pagi,saya bangun dan menyiapkan sarapan memandangkan mata langsung tak boleh lena.Setelah siap menyediakan makanan,saya terus kebilik mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap untuk bertolak ke Melaka.dimana saya mengambil keputusan untuk bertolak awal agar tidak tergesa-gesa menunggu Bapa Jutawan hahahaa.Selesai sarapan saya memanaskan enjin sementara sebelum bertolak.Melihat tangki minyak masih ada separuh jadi saya mengisi minyak sekadar dua puluh ringgit sahaja.itu pun dah full tank untuk kereta.

Dalam perjalanan saya hanya memandu sekitar 90 ke 100 km/jam memandangkan masih awal lagi.sehingga lah saya selamat tiba di Tol ayer keroh Melaka dalam pukul 10 pagi.Bimbang sesat kerana jalanraya banyak berubah berbanding 4-5 tahun yang lepas.Setelah tiba di bandar hilir,saya begitu terkejut melihat perubahan mendadak bandar Melaka yang jauh lebih maju dari awal 2000.Saya mencari dimana kawasan pelabuhan yang dimaksudkan.Dengan bertanya kepada orang ramai akhirnya saya menemui kawasan letak kereta dihadapan Restoran Minang yang di maksudkan oleh pak Hamzah.

Tiba di kawasan parking tersebut,saya meninggalkan kereta di kawasan selamat dan menuju ke Restoran untuk menunggu sambil membasahkan tekak.Dengan baki bayaran tol dapat lah saya makan tengahari dan membeli rokok untuk bekalan menunggu pak Hamzah yang di jangka tiba pukul 3 petang.Setelah selesai makan saya kembali ke kereta kerana mata terlalu berat dan mula mengantuk.Dikereta saya melelapkan mata berehat menantikan panggilan keramat dari Pak Hamzah.Dalam sekelip mata,setelah menyandarkan tempat duduk kereta,mata terus lelap sehingga lah saya terjaga apabila mendengar bunyi Hon yang kuat dari sebuah lori.

Setelah bangun saya lihat jam menunjukkan 4.20 petang.Tetapi satu panggilan pun saya tak terima dari Pak Hamzah.Hati mula risau memikirkan soal Pak Hamzah.kemana dia pergi? Dah sampai ke belum? Kenapa telefon bimbitnya tutup? Dia menipu kah? Dan bermacam persoalan bermain dalam fikiran.Namun ketika itu saya mula risau bagaimana hendak kembali ke kota tinggi dengan duit dah habis,minyak tinggal sikit.Dalam saya mula runsing,telefon dalam saku seluar berbunyi.Ternyata panggilan dari telefon awan dengan pangkal 07 menandakan pangilan dibuat dalam negeri Johor.Saya menjawab panggilan tersebut ternyata Pak Hamzah yang menghubungi saya.

Ketika itu darah mula naik kepala,lutut mula kebas mengenangkan apa yang Pak Hamzah lakukan !.Tanpa rasa bersalah dia memberitahu yang dirinya berada di Larkin Johor Bahru dan sedang menunggu bas untuk ke Kota Tinggi.sambil memberitahu saya tak perlu tunggu lagi dan segera balik kerumah kerana rezeki yang di bawa dari Guru telah berada dirumah.Rasa nak pitam mendengar apa yang Pak Hamzah katakan.Macamana nak balik? Dengan duit dah tak ada,minyak kereta tak mungkin boleh sampai tanpa menambahnya.Tol Lagi,bukan nya boleh hutang besok bayar.

Tak ada cara lain,terpaksa lah korbankan telefon bimbit,Masa itu saya guna jenama Nokia 5610 express music,dan baru guna kurang tiga bulan saya beli dengan harga RM950.00 di plaza kota tinggi akhirnya terkorban demi Pak Hamzah.Di sebuah kiosk menjual telefon bimbit di Mahkota Parade,disitu lah Nokis XM terpaksa di korbankan dengan harga jual RM180 sahaja.itu pun dah puas pujuk,kalau tidak dapat lah 120 ke 150.dalam masa tiga bulan harga jatuh susut dengan mendadak sekali.Dengan wang yang ada,saya isi minyak sepenuh yang mungkin dan meneruskan perjalanan balik ke Johor.

Pukul 9 menghampiri pukul 10 malam baru lah saya tiba di Tol Kulai.Dimana saya akan menempuh perjalanan hampir dua jam untuk tiba di rumah.dengan perasaan marah bercampur kecewa saya meneruskan perjalanan tanpa henti sehingga lah saya tiba dirumah.Namun kelibat Pak Hamzah tidak kelihatan.Setelah membuka pagar dan memasukan kereta,saya terkejut melihat Pak Hamzah duduk bagaikan seorang saudagar sambil menghembus-hembus asap rokoknya.Pak Hamzah memanggil supaya saya duduk dihadapannya sambil memberitahu duit yang dimaksudkan telah di ubah bentuk kepada nombor ekor!.

Pak Hamzah memberitahu nombor tersebut merupakan kunci duit yang dibawa dari Batam.Dalam hati rasa nak menyumpah saja orang tua tu.mujur ada perasaan sabar dalam diri.Setelah memberkan sampul yang mengandungi nombor tersebut,Pak Hamzah memberitahu dia akan ke Kuantan keesokan nya kerana menghantar nombor untuk jemaah disana.Pak Hamzah masuk kebilik tidur dan itu lah kali terakhir saya melihat pak Hamzah sehingga ke hari ini.Keesokan nya saya bangun agak lewat mungkin kerana keletihan sepanjang hari semalamnya.

Saya bangun dan pergi ke ruang tamu,namun kelibat Pak Hamzah tidak kelihatan.Saya memanggil Pak Hamzah berkali-kali namun masih tidak berjawab,bimbang kalau-kalau ada yang tak kena,saya mengetuk bilik tidur Pak Hamzah,ternyata pintu tak berkunci,setelah menjenguk kedalam bilik,ternyata semua barang-barang pak Hamzah telah tiada termasuk selipar jepun yang digunakan untuk menunaikan Sembahyang Jumaat juga dibawa.Sehelai nota ditinggalkan diatas bantal,ternyata Pak Hamzah telah meninggal kan rumah sambil meminta maaf kerana gagal melaksanakan janjinya.ternyata ramalan saya tepat.Pak Hamzah ke Batam sekadar bercuti,dan Bukan nya urusan menjemput Guru!

Melalui pengalaman tersebut,walaupun banyak wang dihabiskan namun saya merasa puas walaupun sakit hati,kenangan serta pengalaman yang telah saya lalui banyak mengajar erti kehidupan agar tidak terlalu mengharap sesuatu yang tak pasti.betul lah kata bijak pandai,tiada satu pun rezeki datang tergolek hadapan mata tanpa ada urusanBuat Pak Hamzah pula,terima kasih atas pengalaman berharga yang diberi.Tidak sedikit pun perasaan dendam wujud dalam hati,cuma saya mengharapkan Pak Hamzah perbanyakan ibadah.Cari lah harta sebagai bekalan diSANA.bukan nya harta di dunia.Jika hari ini,pak Hamzah masih ada,saya doakan kesejahteraan dan kesihatan buat Pak Hamzah,Dan andaikata Dah tak ada atau dah kembali kepada NYA,saya doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat dan di ampunkan dosa-dosa pak Hamzah Aminnnn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan