Khamis, 26 Oktober 2017

MISTERI PELAJAR DI SAMPUK PENUNGGU HUTAN AKIBAT CELUPAR

Salam Sejahtera dan salam muhibbah buat semua.Kembali lagi dalam coretan Lagenda Pulau Rahsia. Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah menarik mengenai pengelaman tiga sahabat sesat dalam hutan angkara ketelanjuran kata serta perbuatan sewaktu menyaksikan perkara aneh sewaktu dalam perjalanan ke sebuah kawasan sungai untuk berkhemah.Kisah ini dikongsikan oleh Hafiz antara seorang dari tiga sahabat yang menjadi mangsa gangguan misteri.Namun setelah tiga hari dua malam berada dalam hutan,Nasib mereka agak baik kerana secara kebetulan ditemui sekumpulan Orang Asli yang mencari petai dikawasan dimana mereka leka dibuai khayalan.


Kisahnya bermula apabila tiga sahabat membuat perancangan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga untuk menghabiskan cuti hujung minggu dengan bercadang berkhemah tidak jauh dari kawasan sekolah dan selang berberapa batu dari Perkampungan Orang Asli.Tiga sahabat Muzamil,Hafiz dan Adi berpakat untuk menghabiskan hujung minggu persekolahan mereka untuk berkhemah dan memancing disebatang sungai yang dipercayai lubuk ikan lampam,belida dan sebagainya.Hari Khamis,Hafiz menghubungi kedua ibubapanya memaklumkan yang dia bersama dua lagi rakan karibnya tidak balik kerumah kerana ada tugas yang harus diselesaikan diasrama sekolah.sebelum memutuskan panggilan,Hafiz sempat meminta sedikit wang saku untuk perbelanjaan.Perkara yang sama juga dilakukan oleh Muzamil dan Adi.


Hari Jumaat setelah tamat sesi persekolahan,mereka berkumpul di bilik asrama Adi untuk bersiap-siap untuk bertolak kearah sungai tersebut dengan hanya berjalan kaki.Sepanjang perjalanan ada saja yang dibualkan oleh Muzammil diantara mereka bertiga,memang Muzammil agak becok dan pandai mencari akal untuk membuat kawan-kawannya ketawa mendengar cerita dan melihat tingkah lakunya.Pantang ada pokok atau ranting pelik pasti dijadikan bahan lawak sehingga mereka ketawa berdekah-dekah.Hampir satu jam perjalanan akhirnya mereka tiba di kawasan sungai dimana terdapat sebuah kawasan lapang yang dirasakan sesuai dijadikan kawasan khemah.Memandangkan petang semakin bertukar malam,mereka mendirikan khemah dengan tergesa-gesa namun memandangkan khemah pasang siap,berberapa minit sahaja Berdiri lah tiga khemah sedia digunakan.


Selesai mendirikan khemah,Hafiz selaku ketua pengakap disekolah melantik dirinya sebagai ketua dalam perkhemahan mereka.Dimana Hafiz mengarahkan Adi Dan Muzammil pergi mencari kayu dan ranting kering untuk dijadikan bahan bakar malamnya.Setelah Adi dan Muzammil pergi mencari kayu api,Hafiz membersihkan kawasan sekitar khemah dan menyiapkan peralatan memancing.Ketika itu cahaya matahari bertukar merah namun dua sahabatnya Adi dan Muzammil masih belum balik dari mencari kayu api.Hafiz mulai risau dan memanggil nama kedua rakan nya sekuat hati namun tidak dijawab.Hafiz menjadi panik dan memanggil nama Muzammil sekali lagi dengan kuat.Kedengaran suara dua sahabatnya dari arah hutan menyahut panggilan nya.Selang berberapa minit muncul lah kelibat Adi dan Muzammil dikawasan khemah.

(SEKADAR HIASAN)

Ketika itu mereka bersama-sama mengikat lampu pada dahan pokok sebagai sumber cahaya dari bateri yang dibawa selain dari unggun api yang akan dipasang.Setelah menyiapkan semua kelengkapan Mereka mandi disungai sehingga lah matahari terbenam.Sayup kedengaran suara Azan Maghrib kedengaran dari Sebuah surau dikawasan sekolah.Ketika itu mereka naik kedarat dan menyiapkan makanan.Sekitar sembilan malam,Semua kerja telah diselesaikan,mereka berkumpul ditengah khemah untuk makan bersama.Sewaktu tengah makan tiba-tiba Kedengaran begitu jelas suara memanggil nama Muzammil dari arah gaung.mereka bertiga terpingga-pingga dan merasa hairan mendengar suara tersebut.Sekali lagi nama Muzammil di panggil.Merasa tak sedap hati Mereka menuju kearah gaung untuk melihat kalau-kalau ada sesiapa yang datang mencari mereka.Namun setelah melihat kebawah gaung,Mereka tidak melihat sebarang cahaya dari lampu suluh dan menunjukan tiada sesiapa yang datang mencari mereka.


Namun siapa yang memanggil nama Muzammil dari arah gaung tadi.Mereka kembali ke kawasan khemah sewaktu menoleh kearah khemah dari arah tebing gaung.Mereka melihat dengan jelas seekor rusa menghampiri makanan mereka.Hafiz berlari kearah rusa tersebut diikuti Muzammil dan Adi.Sepantas kilat Rusa tersebut melarikan diri.Mereka ketawa terbahak-bahak melihat rusa yang lintang pukang ketakutan dengan sergahan Hafiz.Mereka berkumpul ditebing sungai berhampiran khemah sambil mengorek cacing sebagai umpan.Ternyata dibawah pokok reput yang semakin hancur dimamah tanah menjadi tempat persembunyian cacing yang besar-besar.seekor cacing mengeliat-liat dicangkuk pada mata kail sebelum dicampak kedalam sungai.Sewaktu menunggu ikan menjamah umpan Adi terasa hendak membuang air kecil lantas berlari kearah pokok besar untuk melepaskan hajatnya.Sewaktu membuka Zip,Hafiz menegur Adi supaya meminta izin terlebih dahulu.Namun Adi ketawa sambil mengejek Hafiz sambil memberitahu dia telah meminta izin kepada nenek Hafiz.Hafiz berang lantas membaling Adi dengan Selipar yang dipakainya.


Sewaktu kembali ketempat memancing Adi terasa ada tangan memegang kakinya dengan serta merta Adi menjerit dan berlari kearah Muzammil dan Hafiz.dengan termengah-mengah Adi memberitahu ada sesuatu memegang kakinya.Mereka ketawa dan mengatakan itu jembalang tanah hendak menarik Adi.Gurauan mereka terhenti apabila terdengar suara ranting patah dari arah hutan.Mereka bersama-sama mendiamkan diri sambil memerhatikan arah hutan dimana datangnya suara tersebut.Tiba-tiba muncul seorang pemuda dalam lingkungan 20an bersama adik perempuannya dalam lingkunangan 14 ke 15 tahun dari arah hutan dan menuju kearah mereka.Hafiz menunjukkan sikap beraninya memandangkan dia adalah ketua lantas bertanya siapakah pemuda tersebut.Pemuda tersebut memberitahu mereka dari kampung sebelah tidak jauh dari sungai tersebut datang menjemput mereka kerana ada kenduri dirumahnya dimana ayah kepada dua beradik tersebut menjemput mereka.


Mulanya mereka menolak kerana malu dan segan,namun pemuda yang memperkenalkan dirinya sebagai Putra merayu serta memujuk agar mereka datang walau seketika kerana itu adalah jemputan ayahnya.Akhirnya mereka bertiga bersetuju dan mengikuti Putra dan adiknya dari belakang,sewaktu dalam perjalanan mereka terkejut kerana terdapat jambatan dari bukit dimana mereka mencari kayu api menuju ke arah gaung.Melalui jambatan kayu tersebut akhirnya mereka tiba disebuah perkampungan yang mempunyai ramai penduduk.Putra menjemput Hafiz dan kawan-kawannya mengikutinya melalui lorong di celah-celah rumah sehingga lah mereka menemui sebuah rumah yang cantik dihiasi dengan lampu berwarna-warni dimana kelihatan ramai orang sedang menjamu selera didalamnya.Seorang lelaki bersama seorang perempuan lebih kurang berusia 50an menjemput Hafiz dan rakan-rakannya masuk dan duduk bersamanya.Putra memperkenalkan itu adalah ayah dan ibunya.Hafiz dan rakan-rakannya dilayan bagai tetamu terhormat dengan hidangan makanan yang sedap-sedap serta minuman beraneka jenis termasuk buah-buahan.


Sambil makan ayah putra bertanya diantara mereka yang mana bernama Muzammil? Muzammil menganggukkan kepala nya sambil tersenyum kearah ayah Putra.Ayah putra memanggil Muzammil supaya duduk lebih dekat dengan nya,ketika itu mereka bertiga menjadi serba salah tak keruan apabila tiga gadis remaja kemungkinan sebaya dengan mereka duduk menghampiri mereka bertiga.Dalam berberapa minit sahaja,seluruh penghuni rumah Putra menjadi begitu mesra dengan mereka.dimana semuanya ramah-ramah serta pandai mengusik Hafiz dan kawan-kawan nya sehingga terleka.Ketika itu juga lah Muzammil mengambil kesempatan dengan membuat lawak melalui perbualannya sehingga tak sedar hari telah larut malam.Hafiz meminta izin untuk balik ke khemah mereka namun dihalang oleh ayah Putra dengan memberitahu bilik telah disediakan untuk mereka.manakala Adi dan Muzammil leka berbual dengan dua gadis yang dipercayai adik beradik Putra.


Namun ketika disitu Mereka langsung tak merasakan penat mahupun mengantuk kerana layanan mesra dari keluarga Putra dan tetamu yang lain.ketika leka melayan telatah saudara wanita Putra,Hafiz melihat jam tangannya.Dengan terkejut Hafiz memberitahu rakan-rakan nya ketika itu telah menunjukkan jam tiga pagi.Putra menunjukan bilik dimana Hafiz dan rakan-rakannya akan bermalam.Dalam bilik mereka begitu teruja dengan apa yang disediakan untuk mereka,Dengan suasana bilik yang luas di penuhi dengan segala kelengkapan dan tilam yang empuk,Mereka begitu terharu dengan layanan keluarga Putra yang menyambut mereka bagai tetamu terhormat walaupun tidak mengenali antara satu dengan yang lain.Sekelip mata sahaja ketiga sahabat tersebut terlelap kerana keletihan.Namun Entah macamana Muzammil tersedar apabila terasa hendak membuang air.Ketika membuka mata,Muzammil terkejut dan dan ketakutan sehingga seluruh tubuhnya mengeletar apabila melihat suasana sekelilingnya.Muzammil melihat dirinya berada di tempat yang gelap serta dingin dipenuhi dengan akar-akar kayu.Sewaktu menjerit ketakutan,Muzammil dikejutkan dengan lepukan dibahunya oleh Hafiz.


Setelah membuka matanya sekali lagi,Muzammil terkejut apabila dia dikelilingi oleh Adi dan Hafiz bersama ahli keluarga Putra.Muzammil menggigil ketakutan namun Hafiz menenangkan nya memberitahu Muzammil sedang mengigau.Ayah putra mengingatkan Muzammil agar membasuh kaki sebelum tidur agar tidak mengigau sambil diketawakan oleh saudara perempuan Putra.Muzammil menahan malu langsung kebilik air untuk membuang air dan membasuh kakinya.sewaktu dibilik air,sekali lagi Muzammil dikejutkan apabila terpandang sepasang mata berwarna merah memandangnya dari luar tingkap.Namun terpaksa dirahsiakan takut dikatakan mengigau oleh rakan-rakannya.Namun sewaktu kembali kebilik Muzammil lihat Hafiz dan Adi tiada dibilik.Setelah keluar dari bilik ternyata kedua rakannya sedang duduk menghadap sekumpulan pemuda memainkan alat musik diruang tamu.Muzammil duduk berhampiran rakannya.berberapa saat sahaja datang seorang gadis memberi minuman kepada mereka.


Setelah menghabiskan air yang diberi mereka bertiga kembali kebilik untuk tidur.Dalam terhuyung hayang menahan kepala melayang-layang tanpa sebab,mereka merebah kan badan dikatil dan terus terlena sehingga keesokan harinya.Sewaktu sedar Muzammil melihat rakan nya telah tiada.Muzammil keluar dari bilik dan mencari kelibat rakannya,ketika itu rumah begitu sunyi sepi tanpa ada sesiapa pun.Muzammil mula risau dan keluar dari rumah namun sewaktu keluar satu suara kedengaran memanggilnya ternyata terdapat sebuah air terjun yang begitu cantik berada dibalik rumah Putra.Muzammil pergi mendapatkan rakan-rakannya dan terjun untuk mandi bersama.Sewaktu mandi Muzammil bertanya kepada Hafiz kemana semua orang dirumah tersebut?.Namun Hafiz memberitahu semua orang ada dirumah dan mereka ditemani oleh Adik perempuan putra untuk mandi sebelum putra balik semula kerumah.


Selama berberapa jam bermain dan berendam dalam air,tiba-tiba Hafiz teringat akan khemah dan barang-barang pancing yang ditinggalkan semalam.Ketika itu Hafiz mengajak rakan-rakannya kembali ke rumah untuk meminta bantuan Putra menghantar mereka balik.Namun seperti yang dicakapkan oleh Muzammil rupa-rupanya memang benar rumah tersebut kosong tanpa penghuni.Dan apa yang mereka lihat indah semalamnya berubah menjadi lusuh dan tidak terurus.Ketika itu masing-masing menjadi takut dan segera meninggalkan rumah yang didiaminya semalam bersama kenduri yang mengaysikan.Ketika mencari jalan keluar mereka berpusing-pusing namun menemui air terjun dimana mereka mandi semula.berkali-kali mereka mencari jalan keluar tetap juga menemui sungai yang sama.Sehingga lah mereka terserempak dengan seorang lelaki tua terbongkok-bongkok berhampiran pokok besar dikawasan rumah putra,Hafiz memanggil pakcik tersebut.


Sewaktu menghampiri pakcik tersebut Hafiz memberi salam namun tidak dijawan oleh pakcik tersebut lantas hanya menoleh memandang mereka.Sewaktu pakcik tersebut menoleh,mereka bertiga begitu terkejut setelah melihat orang tua tu adalah ayah Putra dimana sebelah dari wajahnya kelihatan amat buruk serta berulat sambil merenung mereka dengan pandangan yang tajam bersama mata yang putih memandang tepat kearah mereka.Ketika itu Hafiz merasakan kakinya sejuk dan tidak bermaya.dengan serta merta ketiga nya pengsan disitu tanpa sedarkan diri.Entah berapa lama mereka tidak sedarkan diri sehingga lah Hafiz merasakan wajah nya disiram dengan air yang dingin.Setelah membuka mata sekali lagi Hafiz terkejut apabila melihat wajah aneh dihadapannya.Hafiz mengelupur bangun dengan meronta untuk melarikan diri namun sempat ditahan oleh seorang lelaki.


Setelah sedar sepenuhnya,lelaki tersebut memberitahu mereka telah menemui Hafiz dan seorang lagi rakannya dikawasan perkuburan.Hafiz semakin bingung memikirkan cerita pemuda tersebut.sewaktu termenung Hafiz dikejutkan oleh sapaan Adi yang telah lama tersedar.Adi membertahu Hafiz yang mereka berada diperkampungan orang Asli dan mereka ditemui pengsan dikawasan perkuburan lama oleh sekumpulan penduduk Asli ketika mencari petai.Hafiz tersedar sepenuhnya dan bertanya di manakah Muzammil.Adi bangun dan mencari pemuda yang menemui mereka dan bertanya kepada abang Jungau dimana rakan mereka lagi seorang rakan mereka.Namun Jungau pemuda Asli yang membantu mereka memberitahu hanya menemui mereka berdua.Hafiz memberitahu abang Jungau yang sebenarnya mereka bertiga.Abang Jungau memanggil berberapa kawan nya dan memberitahu ada seorang lagi kawan mereka dikawasan perkuburan lama dan masih belum ditemui.


Bersama berberapa penduduk termasuk abang Jungau,Hafiz dan Adi pergi mencari Muzammil dikawasan dimana mereka ditemui.Mereka bergerak secara berkumpulan mencari disegenap kawasan namun masih tak menemui Muzammil.Hafiz mula risau akan kehilangan rakannya.Sehingga malam mereka merayau diseluruh kawasan tersebut namun masih tak menemui Muzammil mahupun jejak bekas kakinya.Akhirnya atas nasihat Abang Jungau mereka balik.Malam tersebut Abang Jungau membawa Adi dan Hafiz menemui seorang Tok Batin.Seorang bomoh dan juga ketua adat dikampung tersebut.Tok Batin memberitahu akan cuba membantu,sambil mengambil sedulang beras dan melakar-lakar beras menggunakan jarinya.setelah puas menguis-nguis beras tersebut,Tok Batin menghembus nafas dengan panjang sambil memberitahu Muzammil berada dikawasan kubur tersebut namun disorok oleh penghuni tempat tu.


Malam tersebut,Isnin malam selasa,Tok batin bersama abang Jungau bersama berberapa penduduk kampung bersama Hafiz dan muzammil pergi ke tanah perkuburan lama mencari Muzammil.Sewaktu tiba disitu,Tok Batin menggelengkan kepalanya sambil memberitahu Hafiz bagaimana mereka dari puncak bukit boleh turun sehingga kawasan kubur tersebut.Hafiz hanya mendiamkan diri.sehingga lah Tok Batin melemparkan berberapa genggam beras kearah kawasan perkuburan.ketika itu bermacam-macam bunyi kedengaran seperti suara bayi menangis,suara orang meraung dan satu suara yang amat mereka kenali iaitu suara Muzammil merintih meminta tolong.Ketika itu mereka terpandang susuk tubuh merangkak dari arah sebuah kubur besar dibawah pokok yang rendang.Ketika Abang Jungau menyuluh kearah lembaga tersebut ternyata Muzammil yang dipenuhi lumpur merangkak-rangkak menuju kearah mereka.


Hafiz segera menarik tangan Muzammil yang kelihatan amat penat dan tidak bermaya dibawah rimbunan daun-daun kering.Ketika itu penduduk kampung mengusung Muzammil balik bersama Tok Batin.Sewaktu meninggalkan kawasan tersebut,Hafiz menyuluh kawasan perkuburan lama tersebut ternyata hanya busut-busut tanpa sebarang tanda kelihatan diatasnya.Muzammil dibawa kerumah Abang Jungau untuk dirawat oleh Tok Batin.Selepas dimandikan oleh atuk Kepada Abang Jungau,Muzammil diberi air susu dan sedikit makanan.ketika itu Muzammil makan dengan begitu lahap setelah sehari semalam kebulur tanpa sedarkan diri.Dengan perubatan Tok Batin,Muzammil dipulihkan sepenuhnya.Serta diberi nasihat oleh Tok Batin.


Rupa-rupanya sewaktu berada dihutan disaat baru tiba,Muzammil ada bergurau dengan menyebut ingin bertemu puteri kayangan,dan membuang air sebarangan.Disamping itu,Roh Muzammil paling mudah dikuasai mahluk halus kerana mereka mengetahui nama panggilan untuk Muzammil.Baru lah Hafiz teringat yang dia memanggil nama Muzammil sewaktu mula membina khemah dan ketika itu Adi dan Muzammil masuk kedalam hutan mencari kayu.Malam tersebut mereka bertiga bermalam dirumah Abang Jungau sementara menunggu siang.Malam tersebut Muzammil bermimpi apabila dilambai oleh berberapa orang gadis yang pernah ditemuinya iaitu saudara mara Putra,Mahluk halus yang menyembunyikan mereka.sehingga lah keesokan harinya.sebelum berpisah mereka mengucapkan terima kasih kepada abang Jungau termasuk penduduk kampung yang menyelamatkan mereka.


Dengan Bantuan Abang Jungau,Mereka dihantar sehingga kawasan khemah mereka didirikan.Sewaktu berpisah mereka berpelukan sambil mengucapkan terima kasih buat abang Jungau.Hafiz memberi arahan agar segala kelengkapan dikemaskan dan bersiap untuk balik ke asrama sekolah.Sepanjang perjalanan Muzammil yang selama ini penuh dengan gurauan serta kata-kata lucunya menjadi pendiam.Setelah menempuh perjalanan yang agak jauh akhirnya mereka tiba asrama sekolah.Ketika itu pelajar lain masih dalam kelas.Mereka memasuki Asrama secara senyap dan bersama-sama kebilik mandi untuk membersihkan diri sebelum berehat menunggu rakan-rakan lain balik dari sekolah.Hafiz bersyukur kerana semuanya selamat.Sejak peristiwa itu hubungan tiga sahabat ini menjadi semakin akrab sehingga lah tamat pengajian diperingkat sekolah menengah.


Sehingga ke hari ini mereka bertiga masih lagi berhubungan antara satu dengan lain walaupun masing-masing telah sibuk dengan hal kerja dan rumah tangga sendiri namun ikatan persahabatan kami sama malah lebih dari adik beradik kata Hafiz sewaktu berkongsi pengelaman seramnya bersama sumber saya.Segala kisah-kisah yang saya tuliskan diatas adalah melalui pengelaman sebenar tiga sahabat berkenaan.Semoga terhibur dan menjadi ikhtibar buat dirisaya dan sesiapa sahaja.Supaya kita beringat kerap menjaga tingkah laku dan tutur bahasa harus dijaga sewaktu berada dalam hutan.Ingat ya....jangan panggil nama sebenar rakan kita ketika berada dalam hutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan