Selasa, 31 Oktober 2017

KISAH MISTERI JELMAAN MAHLUK HALUS DI DUSUN DURIAN

Asalamualaikum dan salam Muhibhah buat anda semua.Bertemu kembali bersama saya dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan pengelaman nyata terserempak dengan orang yang telah mati,dab kebetulan mayatnya baru ditanam siang harinya. sewaktu sedang berseronok mengutip durian didusun tua warisan kampung.Sebuah penemuan misteri secara tak sengaja menjadi igauan dan misteri buat diri saya sendiri bersama seorang rakan karib.Kisah ini berlaku ketika saya berada ditingkatan lima dan kebetulan ketika itu cuti persekolahan yang panjang maka saya mengambil kesempatan mencari wang saku hasil dari jualan durian segar dari dusun.


Selama dua hari satu malam berkampung di dusun hanya berumah kan sebuah pondok kami begitu seronok mengutip durian yang gugur disamping dusun menjadi riuh dengan suara orang ketika siang dimana ramai budak-budak berusia 10 ke 15 tahun turut menunggu disetiap pokok yang dimiliki oleh keluarga masing-masing.Ketika malam pula hanya berberapa orang sahaja yang akan menunggu durian iaitu terdiri dari orang tua.Kami dengan kawasan dimana berdiri berberapa batang pokok durian berusia puluhan tahun ditanam oleh Moyang sebagai warisan kepada anak cucu.Pada malam ketiga buah gugur agak banyak dan kami berjaga sehingga pukul 2 pagi sebelum tidur kerana keesokan hari nya seawal pagi kami akan menjual durian di   persimpangan jalan.Sekitar 11 pagi kami kembali ke kampung untuk membeli bekalan makanan untuk dibawa ke dusun.


Ketika di sebuah kedai runcit kami dikejutkan dengan berita kematian seorang penduduk kampung,sebuah kematian yang agak luar biasa dimana pakcik tersebut bersama-sama dengan kami menunggu didusun durian,Selang sehari dia tak datang kedusun tahu-tahu hari tersebut kami dapat tahu rupanya dia meninggal.Dimana ketika hayat pakcik tersebut beliau merupakan seorang pengamal ilmu mempertahankan diri berbagai seni yang beliau tahu.Pakcik tersebut berugama Budha pada asalnya namun bertukar ugama setelah berkahwin dengan penduduk kampung.Setelah siap mengambil bekalan seperti air dan berberap bungkus mee segera dan bekalan lilin kami meninggalkan kedai runcit sebelum kembali kerumah meninggalkan wang hasil jualan durian. Sewaktu dalam perjalanan kembali kedusun,Kami melimpasi dusun pakcik yang meninggal tadi,Entah kenapa tiba-tiba terasa seram melihat pakaian yang ditinggalkan masih bergantung pada tali yang diikat pada pondok beliau.


Setelah tiba didusun kami,saya lihat telah banyak buah yang gugur belum dikutip termasuk lah buah dari dusun sebelah-sebelah kerana tuan nya tidak datang menjaga dusun mereka kerana menziarah penduduk yang meninggal.Sewaktu mengutip durian yang bersepah,Kami meninjau-ninjau pokok yang lain-lain namun ternyata dusun sunyi sepi dan hanya kami berdua yang bermaharajalela mengutip setiap durian yang gugur termasuk pokok-pokok penduduk yang lain.Masih segar diingatan ketika itu setelah siap mengutip lebih kurang 70 biji kesemuanya.Setelah puas kami duduk berehat dipondok dimana ketika itu baru 5.30 petang namun suasana mula suram dan gelap akibat terlindung kerana pokok-pokok durian.Baru saja nak menyalakan pelita,baru perasan pemetik api tiada...


Keadaan menjadi kelam kabut seketika dimana suasana mula gelap namun api tidak dapat dinyalakan,Saya memberi cadangan dimana antara seorang harus balik ke kampung untuk membeli pemetik api.Rakan saya mencadangkan dirinya maka saya terpaksa menunggu didusun seorang diri kerana menjaga durian yang telah kami kumpul dari dicuri orang.Berbekalkan lampu suluh saya menunggu sambil menyuluh kawasan sekeliling.Ketika itu baru 6.30 malam namun suasana dah gelap gelita ditambah saya seorang diri berada ditengah-tengah dusun kampung yang luas bersama bukit-bukit dan anak sungai tanpa ada suara atau cahaya dari lampu orang lain.Ketika menunggu saya dapat dengar suara halus seakan-akan kanak-kanak perempuan sedang bergurau dari arah sungai.Hati saya mula tenang apabila memikirkan ada insan lain didusun.


Saya menuju kearah bukit dibelakan pondok untuk menyuluh arah datang nya suara berkenaan namun apabila berada diatas bukit ternyata arah suara tersebut gelap gelita.Hati mula resah dan timbul perasaan takut kerana tiada sesiapa sebenarnya yang berada disitu.namun suara sayup-sayup kedengaran dari arah tersebut.Saya kembali ke pondok dan duduk berjaga-jaga bersama perasaan takut dan gelisah apabila rakan saya masih belum kembali walaupun jarak kampung dengan dusun hanya kurang lima belas minit jika berjalan kaki.Ketika itu segala macam bayangan muncul dalam fikiran,Terdetik dalam hati hendak balik meninggalkan dusun namun baru selangkah dua berjalan tiba-tiba terpandang cahaya lampu seseorang,dalam hati memikirkan rakan saya dah sampai namun semakin menunggu,cahaya tersebut tiba-tiba pudar dan menghilang.


Ketika itu perasaan nekad untuk balik semakin menebal,saya meninggalkan dusun dah hampir separuh jalan tiba-tiba rakan terpekik memanggil dari arah bangsal entah bila dia sampai pun saya tak pasti.Saya kembali ke bangsal dan bertanya bagaimana dia boleh berada dibangsal sedangkan saya tak nampak dia lalu.Namun dengan seloroh dia memberitahu yang dia melalui jalan pintas.Ternyata rakan saya singgah dirumah orang meninggal sebelum kembali kedusun.Rakan saya memberitahu malam tersebut kami akan berpesta durian kerana tiada sesiapa yang akan kedusun kerana ada peristiwa berlaku dikampung.Kami bersama-sama ketawa gembira memikirkan hasil yang pasti lumayan keesokan harinya!malam tersebut kami sekadar mengalas perut dengan mee segera bersama secerek kopi panas sebagai bekalan berjaga.Kedengaran dimana-mana bunyi durian mula gugur namun kami hanya membiarkan kerana tiada sesiapa yang akan datang malam tersebut.


Sekitar pukul 11 malam kami membawa guni kosong dan mula menjelajah seluruh kawasan dusun,sehingga pukul 1 pagi kami merayau dan hasil kutipan begitu banyak dengan berbagai saiz dimana saiz kecil kami tinggalkan dan hanya mengambil yang besar-besar sahaja sebelum berhenti dan kembali ke bangsal.Sewaktu memanaskan badan dengan menghirup kopi panas,Terbit rasa jahat dalam hati apabila saya mengajak rakan saya pergi ke dusun arwah kerana pasti durian telah berlonggok dengan banyak kerana tiada sesiapa yang mengambilnya sejak arwah tidak datang kedusun dan meninggal tengahari semalam.Rupanya rakan saya turun setuju dan kami pergi kearah dusun tersebut.

(Sekadar Hiasan)



Tinggal berberapa langkah untuk menghampiri pagar dusun arwah kami terpandang cahaya suram dari arah pondok.Kami merasa hairan kerana pasti tiada sesiapa yang datang ke dusun malam tersebut.Kami hanya tunduk dan memerhatikan kelibat siapa yang merayau di dusun tersebut.Dari jauh kelihatan bentuk badan seperti arwah namun untuk memastikan wajahnya kami menunggu saat dia memasuki bangsal menghampiri pelita minyak tanah yang tergantung pada alang bangsal nya.Yang kami hairan,dia tidak mengambil durian yang bersepah di bawah pokok namun cuma melilau seperti mencari sesuatu.Sekian lama menunggu akhirnya dia kembali ke bangsal namun tiba-tiba darah saya berderau dan terasa seram sejuk berserta gementar,tak banyak bunyi tanpa sedar kami berlari tanpa menghiraukan onak duri sehingga ke bangsal.


Dibangsal kami berpandangan sesama sendiri antara perasaan terkejut bercampur pelik,Ternyata susuk tubuh yang kami lihat sebentar tadi adalah arwah yang nyata dan pasti baru meninggal tengahari semalam.Malam tersebut menjadi berubah dari mulanya gembira menjadi muram dan seram.dimana banyak kali kedengaran durian gugur kami biarkan.Sekitar tiga pagi tiba-tiba perut saya memulas dan terasa hendak melepas.namun untuk kesungai agak jauh lalu saya mengejutkan rakan untuk menemankan saya.Kami bersama menuruni bukit sehingga tiba di sebuah kawasan anak sungai yang cetek.Setelah menyelesaikan masalah perut memulas kami kembali ke bangsal,entah macamana dusun yang menyaksikan usia kami membesar dan sejak zaman kanak-kanak kami sentiasa menjadi wakil mejaga dusun tiba-tiba boleh tersesat apabila tersasar lebih jauh dari bangsal.


Pada awalnya kami cuma menuruni satu bukit kecil dibalik serumpun pokok buluh menghampiri satu bongkah batu berlumut yang besar,Ketika menuju ke bangsal kami lalui jalan yang sama namun setelah berjalan sekian lama berpandukan cahaya lampu suluh kami masih tidak menemui bangsal kami malah menemui sungai dimana saya melepaskan hajat tadi.Kami berulang sebanyak tiga kali sebelum menemui rumpun buluh sehingga kelihatan sinaran cahaya petita dan lilin di bangsal kami.Langkah kami terhenti seketika ketika menghampiri satu kawasan berhampiran pondok kami,saya tersuluh satu mahluk yang aneh menyerupai beruk berbulu perang sedang mengopek durian tanpa menyedari kehadiran kami walaupun saya menyuluh tepat kebelakang nya.Baru saja kami ingin mengundur secara perlahan-lahan untuk mengelak tiba-tiba dia menoleh kami dengan wajah menyerupai orang namun penuh dengan bulu berwarna perang kemerahan.


Melihat mahluk berkenaan memandang kearah kami,sekali lagi tanpa berfikir panjang saya melangkah dengan melompat namun berapa tinggi saya tak pasti dengan sekelip mata saya telah berada dalam gaung,dengan sepenuh tenaga saya bangun dan lari semula apabila terdengar bunyi ranting-ranting patah semakin menghampiri.Saya berlari dalam gelap meredah onak rotan ranting-ranting serta batu menyusuri anak sungai hanya berpandukan biasan mata kerana lampu suluh tercicir entah dimana.Begitu juga rakan saya turut hilang entah kemana,saya berhenti seketika untuk mendengar keadaan namun suasana sunyi tanpa bunyi dan sebarang suara dari rakan saya mahupun mahluk menyerupai beruk tadi.


Baru seketika saya berhenti tiba-tiba bunyi dahan serta pokok kecil bergegar seperti dirempuh sesuatu saja berlari lagi semula entah apa yang saya langgar sehingga keesokan harinya dimana matahari mula terang,Pakcik bersama rakan saya menemui saya tidak sedarkan diri dibawah pokok besar ditepi anak sungai.Dimana semalamnya sewaktu berlari dalam gelap tanpa sedar saya terlanggar pokok dan tidak sedarkan diri.Pagi tersebut dengan bantuan pakcik durian yang kami kutip sebanyak 5 guni di angkut balik dan entah macamana badan saya terasa bisa-bisa dan sengal berserta tubuh panas membahang namun terasa sejuk.


Siang tersebut kami berdua serentak mendapat demam panas sehingga berlarutan selama tiga hari.Sehinggakan durian terakhir yang kami kutip hampir 200 biji tidak dapat dijual dan hanya dibahagikan untuk dimakan sendiri dan selebihnya dibuat tempoyak.Setelah sembuh dari demam,Kami tidak lagi bermalam didusun kerana serik,peristiwa yang kami alami malam tersebut menjadi badi dan pengajaran buat kami.Dimana kami tidak lagi berminat dengan durian.Peristiwa tersebut menjadi kenangan dan pengelaman antara saya dan rakan angkar terlampau ghairah mencari durian untuk dijual.Selepas kejadian tersebut juga sehingga musim-musim buah seterusnya kami hanya menunggu didusun siang hari dan kembali kerumah malamnya.


Setelah bertahun berlalu,hubungan baik antara saya dan rakan sejak zaman kanak-kanak akhirnya terpisah kerana peredaran masa,dimana rakan saya telah berkahwin dengan wanita dari negara jiran dan menetap di Indonesia.manakala saya telah berhijrah ke Semenanjung dan menetap di sini dan hanya balik kekampung ketika bercuti panjang kini setelah berpuluh tahun berlalu dimana masing-masing telah mempunyai anak yang besar-besar,Suasana menjadi berubah dimana dusun tua yang dulunya menyimpan seribu satu kenangan tidak lagi diperdulikan oleh generasi muda dan hanya dikunjungi sesekali itupun ketika teringin nak makan durian.Segala-galanya telah berubah,tiada lagi suara riuh seperti dulu sehingga dusun becak kerana laluan orang,pondok-pondok menunggu durian hanya tinggal kenangan dan sejarah.


Itu lah sedikit cebisan kenangan nostalgia zaman remaja sekitar Tahun 80an.Antara kenangan manis bersama kawan-kawan seusia bersama-sama berhimpit-himpit berebut mengejar durian yang gugur,membuat bangsal atau pondok yang paling cantik diantara pondok menunggu durian yang lain.Ketika ini generasi muda lebih mudah dengan hanya memesan saja dah boleh menikmati buah yang digelar raja buah iaitu durian hanya singgah ditepi jalan raya atau gerai-gerai tanpa bersusah payah meredah hujan dan ribut,hutan belantara,nyamuk serta agas untuk memperolehi Durian.Sekian untuk paparan kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan