Jumaat, 27 Oktober 2017

PENEMUAN PETI KARUN MISTERI DI TANJUNG LEMAN

Asalamualaikum dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia,untuk paparan kali ini saya akan kongsikan kisah-kisah penemuan barang mistik yang tidak diduga melalui penemuan luar biasa yang saya pasti tidak semua melaluinya.Barang mistik yang saya maksudkan ialah barang-barang unik,pelik dan aneh.Dan untuk penemuan barangan mistik kali ini saya akan susunkan kisah-kisahnya misteri penemuan serta kejadian aneh setelah menyimpan nya.

~Batu Petir

Sebutir batu dipercayai batu petir dimiliki oleh arwah Atuk dan sehingga kini masih menjadi tanda tanya kemana perginya batu tersebut menghilang setelah arwah Atuk meninggal dunia kami masih belum menemuinya kembali.Sejarah penemuan batu ini berlaku dihadapan mata saya sendiri dimana ketika itu saya berada di kebun bersama Atuk untuk membantu mengutip buah lada hitam yang masak merah di pokok.Dan sebelum kejadian tersebut,secara tiba-tiba langit menjadi mendung berserta angin bertiup kencang menandakan hari akan hujan.



Namun kurang berberapa minit hujan mulai turun dengan begitu lebat sehingga kami terpaksa berlari menuju kearah pondok yang atuk bina untuk menyimpan baja serta tempat berteduh atau makan tengahari sewaktu bekerja di kebun.Pondok kebun yang dibina oleh atuk begitu menarik dimana pintu masuknya menghadap kolam ikan dan ditebing kolam telah Atuk tanamkan berberapa pokok nangka dan cempedak sebagai benteng agar tanah tidak runtuh kedalam kolam.


(SEKADAR HIASAN)

Sewaktu berteduh kilat mula berdentum-dentum sehingga berberapa kali saya terperanjat dengan bunyi ledakan nya.Kerana takut saya duduk berhampiran dengan Atuk,Sehingga lah berlaku satu kejadian aneh dimana ketika itu saya dan atuk memerhatikan kolam dan entah kenapa secara tiba-tiba kilat menyambar tepat kearah pokok nangka besar di tebing kolam.Satu panahan kuat berlaku sehingga pokok nangka yang hampir berusia dua puluh tahun terbelah dibahagian pangkal dahan.Entah kenapa setelah dahan nangka tersebut patah,terpancar cahaya seperti api berwarna merah bercampur biru dari kesan pokok yang pecah akibat dipanah petir.



Melihat situasi begitu entah kenapa atuk berlari seperti mengejar sesuatu yang saya tidak pasti menuju kearah pokok nangka tersebut sambil membawa sehelai tuala.Melihat tingkah laku arwah atuk begitu,saya pun turut berlari menuju kearah pokok tersebut meredah hujan lebat,Disitu saya lihat dengan mata kepala sendiri Atuk menekup punca percikan api pada pecahan pokok nangka tersebut.Atuk mengarahkan supaya saya kembali ke pondok bimbang Kilat akan menyambar lagi.Manakala tangan atuk masih menekup gumpalan tuala yang di gunakan untuk menutup percikan dari pokok yang pecah.Saya meninggalkan Atuk seorang diri disitu untuk kembali ke pondok.



Dari jauh saya saksikan gelagat atuk yang tidak berganjak serta tangan kanannya masih memegang tuala yang digunakan untuk menutup bekas panahan petir sebentar tadi.Selang berberapa minit saya lihat atuk menganggkat tangannya dan mengambil tuala yang digunakan untuk menutup bekas panahan tadi dan kembali ke pondok.Dipondok Atuk masih memegang tuala yang digumpal pada tangan nya.Setetah membentangkan sehelai tikar,Atuk meletak kan kain tersebut diatas tikar sambil meleraikan gumpalan tuala berkenaan,Ternyata apa yang atuk lindungi dari bekas panahan hanya lah seketul batu jernih seperti butiran ais sebesar jari kelingking.



Atuk memegang batu tersebut dengan cermat sambil memerhatikan nya,Baru lah atuk memberitahu itu adalah batu petir,Batu yang terhasil dari panahan petir sehingga memecahkan pokok Nangka sebesar pemeluk.Batu tersebut sentisa jernih dan kelihatan seperti ketulan air kecil sebesar kelingking.Namun kerana ianya begitu unik,Atuk menyimpannya dengan begitu cermat sehingga lah atuk pergi buat selama-lamanya,dan Batu tersebut juga hilang entah kemana,sama ada tersembunyi atau sememangnya hilang.Dan bagi saya,Itu lah pengelaman pertama melihat betapa kuatnya panahan petir berlaku dihadapan mata sehingga mampu memecahkan pokok Nangka yang sememangnya keras dan liat.



2]BATU LESUNG TERAPUNG DIATAS AIR

Mendengar tajuk nya pasti kedengaran seperti pelik dan tak masuk akal.Namun itu lah hakikatnya.Kisah penemuan batu pelik ini berlaku ketika saya bersama seorang pakcik meredah hutan untuk menuju kesebatang sungai besar,Dimana sungai tersebut jarang dimasuki orang kerana wujudnya sebuah kubur lama berhampiran dengan sungai.Kubur tersebut juga mempunyai sejarah serta misteri tersendiri yang di huraikan oleh Rakan seperjuangan saya dalam dunia mistik.Dan InsyaAllah akan saya siarkan kisah tentang misteri kubur berhantu tersebut pada siaran akan datang.Berbalik kepada kisah batu alu lesung yang kami temui.



Ketika itu kami telah tiba disungai besar yang menjadi lokasi kami akan melabuhkan joran.Ketika itu sekitar dua petang dimana kelihatan air begitu tenang dan kelihatan seakan payau.Kurang dari satu jam,berberapa ekor ikan bersaiz besar telah berjaya dinaikan dengan hanya berumpankan cengkerik dan cacing biasa.Ikan Lampam,Ikan Tapah,Ikan Sebarau bersaiz besar amat memuaskan hati.Namun sewaktu riang melayan henjutan ikan besar dan liar,mata kami tertumpu pada sesuatu yang hanyut menghampiri kami,mulanya Pakcik Tamin mengingatkan itu hanya kayu reput namun ia mula menarik perhatian apabila ia menghampiri kami dimana bentuknya sama seperti alu lesung batu.



Dengan hujung joran,Pakcik Tamin menarik batu tersebut ketebing namun yang menghairankan apabila benda tersebut dicapai ternyata ianya batu!.Memang amat luar biasa,bentuk serta beratnya terasa jelas seketul batu,Dan tak lain tak bukan ianya alu lesung batu,namun kenapa ianya terapung? Pakcik Tamin memberitahu batu tersebut mungkin dari alam lain.Namun sejauh mana kebenaran nya saya pun tak pasti namun yang pastinya,Itu adalah batu asli.Berkali-kali kami melepaskannya pada permukaan air,Namun tetap terapung.Jika melalui pandangan normal pasti sukar untuk dipercayai kerana mana mungkin batu terapung atas air.



Namun Setelah Pakcik Tamin mengambil batu tersebut,Joran bagai tidak laku lagi pada pandangan ikan dimana joran terus sepi tanpa diusik walau ikan kecil.Sekitar lima petang,Kami menyusuri semak untuk balik kerumah.Dan batu lesung tersebut terus menjadi koleksi Pak Tamin.Dan kerap kali jiga Pak Tamin memberitahu saya berberapa insan datang menemuinya bersama hajat untuk memiliki batu tersebut,Namun pak Tamin masih engan menyerahkannya pada sesiapa.Dan sehingga kini juga lah,setelah berberapa tahun berlalu,Batu tersebut masih menjadi misteri buat saya mahupun pak Tamin yang bertanggung jawab menyimpannya.



3] IKAN KELI MASIH HIDUP WALAUPUN TINGGAL TULANG DAN KEPALA


KISAH ikan keli masih hidup walaupun tinggal tulang Berlaku kepada rakan saya dan antara sebab munyabab dia diserang demam serta sakit sendi sehingga sebulan mungkin kerana keramat ikan tersebut atau mahluk halus yang menumpang ikan keli tersebut.Kisah nya bermula apabila seorang rakan saya pergi kesebuah sungai kecil semata-mata untuk mencari siput sedut.Anak sungai tersebut tidak lah berapa dalam setakat buku lali kerana anak sungai tersebut terhasil pun kerana adanya mata air dihulu sungai tersebut.



Sewaktu leka mengutip siput,rakan saya atau nama panggilannya Zul telah leka sehingga menyasar sehingga ke pangkal sungai tersebut.Dan melalui cerita Zul,ternyata dihulu sungai tersebut terdapat sebuah lopak atau londang air dari takungan air yang keluar dari mata air tersebut.Sewaktu tiba disitu,Zul merasakan airnya begitu Dingin dan terasa sejuknya sehingga ketulanng.Zul mengambil kesempatan menbersihkan dirinya sebelum balik kerumah.Namun sewaktu membersihkan diri tiba-tiba muncul seekor ikan yang amar luar biasa dan mungkin belum pernah ditemui sesiapa sebelum ini.



Zul menjadi terperanjat lantas melompat kedarat apabila terpandang seekor ikan keli begitu jinak bermain-main dikawasan dia membersihkan diri.Namun yang membuat Zul begitu terkejut dan hairan ialah keadaan ikan keli tersebut.Dimana hanya kepala bersama sesungutnya sahaja.Dimana bahagian tubuh atau dari bawah kepala sehingga ke ekor hanya lah tulang-tulang kosong mungkin telah dimakan ikan lain.atau ada misteri yang tersembunyi dibalik kewujudan ikan pelik seperti itu.Zul memerhatikan gelagat ikan tersebut dengan begitu teruja.



Namun setelah berberapa minit memerhatikan pergerakan ikan keli tersebut.Entah kenapa muncul satu perasaan gila dalam hati Zul.Perlahan-lahan Zul mengeluarkan parang dari sarung yang diselit pada pinggangnya lalu melibat ikan keli tersebut.Dan dengan sekelip mata tulang ikan tersebut putus dua.Namun sekelip mata lepas itu kepala ikan keli tersebut menghilangkan diri dan sehingga lah keruhan air menjadi jernih baru lah Zul nampak dengan jelas tulang ikan tersebut masih berada disasar sungai.Zul mengambil tulang tersebut dan memerhatikannya.Menang amat luar biasa dimana ikan keli tersebut telah sekian lama hidup dalam londang air mata air tersebut.


Sewaktu memerhatikan tulang tersebut,Tiba-tiba muncul kepala ikan keli yang baru dilibas dengan parang seperti memerhatikan nya.Ketika itu Zul merasa tak sedap badan.Dimana urat sendinya tiba-tiba bisa-bisa serta tubuhnya bagai dibakar.Dengan tenaga yang ada Zul balik kerumah untuk makan ubat dan berehat.Selama berberapa hari terlantar sakit,Ibu Zul bermimpi didatangi seorang nenek tua bertongkat dengan keadaan bongkok memberitahu Zul harus dipertanggung jawabkan kerana telah merosakkan serta menyakitkan ikan peliharaan nenek tersebut


Setelah sedar dari tidur ibu Zul segera menemui Zul dan bertanya akan punca masaalah tersebut.Namun Zul hanya membisu sehingga lah Ibu Zul menemui Ustaz Hafizi untuk mendapat nasihat serta meminta bantuan untuk tengok-tengok kan Zul.Dan dalam masa yang sama,Ayah Zul ditemani ibunya pergi kehulu sungai untuk melihat dimanakah tempatnya Zul  melakukan kesalahan.Disitu sekali lagi Ibu Zul bersama Ayah Zul terkejut melihat apanya apa yang berlaku dihadapan mareka dimana dua ekor ikan keli bermain-main diatas permukaan air tanpa ada badan dengan hanya kepala dan tulang sahaja.


Bagai dirasuk ibu Zul bercakap dengan ikan-ikan keli dihadapan nya sambil menitiskan air mata,Ibu Zul meminta agar anaknya dimaafkan dan disembuhkan dari penyakit yang dihadapinya.Sebulan selepas itu,akhirnya Zul sembuh dengan sendirinya.Namun sejak kejadian itu Zul tidak lagi berani mencari siput seorang diri lagi.Bagi Zul cukup lah sekali dia diuji dan menanggung azab demam yang amat akibat perbuatan lancangnya.


4]TEMUI KOTAK MISTERI DI PANTAI TANJUNG LEMAN


KISAH ini berlaku kepada rakan baik saya dimana ketika itu dia bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati angin dingin laut.Namun sewaktu melihat pemandangan indah pantai serta kebiruan air laut secara tak sengaja dia melihat satu kotak misteri tersadai pada pantai.Dengan perasaan teruja dia mengambil kotak tersebut dan cuba untuk membukanya.Namun berkali-kali dicuba tetap juga tidak berhasil sehingga lah Dia mengambil keputusan membawa kotak tersebut balik.

Kotak tersebut cuba dibuka dengan bermacam cara sehingga lah rakan saya berjaya mengumpilnya ternyata apa yang ada didalam kotak tersebut hanyalah paku dan sebotol minyak wangi!.Melihat isi kandung kotak berkenaan begitu dia menyimpan kotak tersebut dibawah katil.Sehingga lah malammya dia bermimpi menemui seorang gadis cantik  tersenyum kepadanya.Namun apabila dia membalas kembali senyuman tersebut,tiba-tiba gadis cantik dalam mimpinya berubah rupa menjadi seperti nenek-nenek tua dengan wajah yang menakutkan berserta rambut kusut mengerbang membuatkan rakan saya terjaga dari tidur.Setelah sedar rupanya cadar dah basah dengan badan dipenuhi dengan titik-titik keringat ketakutan.

Sejak dari malam dimana rakan saya bermimpi sejak siang hari itu kemana saja dia pergi pasti akan mencium sesuatu yang pelik-pelik,kadang harum kadangkala bau busuk seakan hanyir.Malam keduanya sekali lagi rakan saya di datangi seseorang dalam mimpi pada awalnya wanita cantik berserta senyuman manis yang pasti menggoda,tapi bila di balas senyum tersebut,wajah yang cantik serta senyuman yang indah bertukar menjadi buruk serta amat menakutkan.bila pagi pula setelah bangkit  dari tidur baru lah perasan ada kesam lebam kehitaman dibagagian tengkuk rakan saya,

Hidupnya yang dulu periang dan suka bertegur dengan sesiapa sahaja berubah menjadi pendiam serta suka mengasingkan diri.Saya bersama abang rakan saya menemui seorang Ustaz meminta pendapat agar kemurungan serta masaalah yang menimpa rakan  saya akan pulih seperti sedia kala.Setelah menemui Ustaz Azmi,Kami menceritakan apa yang menimpa Rakan saya,Tanpa di beritahu rupa serta kedudukan kotak tersebut,tiba-tiba Ustaz Azmi memberitahu kotak yang ditemui haritu lah yang menjadi sebab atas apa yang berlaku kepada Rakan saya.Malam kejadian saya menyertai Ustaz Azmi menemui rakan saya sambil mencari-dimana agaknya dia simpan kotak misteri tersebut.

Ternyata Kotak yang ditemui sewaktu di Pantai Tanjung Leman disimpan dibawah katil bilik nya.Saya mengambil kotak tersebut dan menyerahkan nya kepada Ustaz.Ustaz Azmi membuka sambil membelek-belek isi dalam kotak tersebut sebelum Ustaz memberitahu bahawa kotak yang ditemui itu merupakan tempat kurungan seekor Pontianak yang telah di pasung oleh bomoh  lain sebelum di campak kan ke laut namun diselamatkan oleh atau di temui oleh rakan saya.Selepas Ustaz Azmi membelek-belek kotak tersebut beliau memberi tahu kotak tersebut wajib di hantar semula ke tempat dimana dia temui.hari itu sekita 2 petang saya bersama rakan pergi ke tanjung Leman untuk memulangkan kembali apa yang rakan saya temui ke laut.

Alhamdulillah setelah semua nya selesai sejak hari itu rakan saya tidak lagi didatangi oleh jelmaan yang menakutkan dalam mimpi.Begitu juga lah rakan saya dah pulih sepenuhnya serta kembali seperti biasa.Walaupun catan ini tidak begitu menarik,namun ada nasihat yang harus dijadi kan sebagai tauladan"Walau siapa pun kita,jika menemui sesuatu yang pelik jangan lah sesuka hati sewenang-wenangnya mengutip dan ingin memilikinya bimbang apa yang kita temui itu antara barang  buangan bomoh-bomoh!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan