Ahad, 22 Oktober 2017

PETUA SERTA LANGKAH TURUNKAN BERAT BADAN SEMULAJADI

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang di sayangi dan dihargai sekalian.Bertemu semula dalam siaran pulau Rahsia.Untuk paparan kali ini,saya ingin kongsikan berberapa tips mudah serta ringkas menurunkan berat badan tanpa memerlukan kos yang banyak.Cukup sekadar apa yang ada dalam diri sendiri !.bagaimana caranya dan apa buktinya? Baca selanjutnya di bawah ini.Saya sendiri memberi jaminan penurunan berat badan anda jika anda benar-benar malakukan langkah-langkah yang akan saya jelaskan disini.


Pertamanya sebagai mukadimah,Obesiti,Kegemukan,lebih berat badan pastinya menjadi satu perubahan yang janggal dalam kehidupan lebih-lebih lagi anda yang amat mementingkan penampilan terutama golongan wanita,yang bakal mendirikan rumah tangga termasuk lah Isteri yang mengalami perubahan bentuk badan yang kurang sempurna sehingga menjatuhkan keyakinan diri.Tak kurang pula kaum Lelaki yang sentisa kaya dengan sifat yakin dalam diri namun menjadi pemalu dan menjadi kurang berkeyakinan apabila six pack pada perut bertukar menjadi food pack.Situasi ini berlaku akibat perubahan hormon dalam badang.Kadangkala berpunca dari rutin harian yang berbeza,sebelum kahwin makan janji kenyang.Namun setelah kahwin makan dah ada yang siapkan siap boleh call isteri dirumah order nak makan ini itu.
(Sekadar Hiasan)

Apabila keadaan badan dan berubah,berat badan dah meningkat,Timbul pula kenaikan paras kolestrol dalam badan, maka mula lah berkait dengan berberapa perkara lain seperti darah tinggi,kencing manis dan jantung.Tiga serangkai ini umpama tiga beradik kembar yang sentisa menanti insan obesiti atau gemuk.asal ada darah tinggi pasti ada juga masalah kencin manis,Bila ada kencing manis pasti ada nya masalah jantung begitu lah lingkaran penyakit bersaudara yang sentisa mengintai mangsa-mangsa yang berlebihan berat badan.Selalunya apabila mangsa dapat tahu kehadiran masaalah sebegini baru lah terburu-buru menghabiskan duit membeli produk-produk untuk menggugurkan ketulan lemak yang mula bersarang bawah kulit sehingga saluran pernafasan.


Panduan yang akan saya kongsikan dibawah ini mungkin atau amat sesuai kepada suri rumah sepenuh masa,kerana golongan ini lah yang sentiasa tercabar dengan makanan dirumah dengan alasan Bosan,namun untuk menghilangkan bosan dengan mengunyah...itu jawapan yang salah cik akak oi..hahaha.Saya akan kongsikan langkah-langkah bermula dari celik mata diawal pagi sehingga terbenamnya mentari dan ingat jika ingin membuat perubahan dalam diri harus disiplin kan masa dan nafsu makan.Jangan sampai cik abang cari yang lain kalau bungkus air mula ketara di perut,peha,bawah ketiak dan sebagainya.



LANGKAH PERTAMA.

Sewaktu bangun dari tidur,pasti nya menjadi kebiasaan suri rumah akan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak.ketika selesaikan tugas pastinya akan rasa lapar lebih-lebih lagi melihat makanan yang disediakan untuk suami dan anak-anak tercinta terhidang diatas meja.Cuba elak kan dari memandang dengan nafsu makanan tersebut.Kawal perasaan,buat air untuk diri sendiri di bekas yang berbeza seperti Milo,Susu dan sebagai nya.Tetapi yang sebaiknya biar lah minuman yang berserat tinggi seperti Oat dan sebagainya.Ketika Suami dan anak-anak bersarapan,minum air yang dibuat tadi bersama roti atau biskut sahaja.



LANGKAH KEDUA

Setelah suami dan anak-anak dah kesekolah,lakukan senaman ringan.kerana ketika ini tiada siapa yang akan mengejek,menganggu atau mentertawakan anda.Ingat sebelum lakukan senaman JANGAN makan,cukup sekadar roti dan air yang anda ambil sewaktu sarapan pagi tadi bersama anak-anak.Senaman tidak semestinya yang berat-berat seperti pikul batu dan sebagainya.Cukup sekadar membuat senaman renggangan.


Berdiri dan buat apa-apa gerakan seperti tangan,bahu,kepala kamudian bongkong capai jari kaki kanan dengan jari tangan kiri dan lakukan secara berselang.kamudian untuk kempiskan bahagian pinggang dan peha duduk secara menjulur.Hulurkan kaki ke hadapan dengan menegakkan kaki,biar dengan hujung jari turut tegak.Angkat kaki keatas atau sejauh mana kemampuan anda,pada peringkat awal jangan paksa diri.buat sejauh mana yang boleh.tegak kan pinggang dan belakang badan bersama kaki yang masih menjulur kehadapan.Tahan dalam kiraan tiga puluh.setelah itu turunkan kaki sementara.( rehat seketika)


Angkat semula buat seperti tadi dalam kiraan tiga puluh juga,lipat kaki secara berselang.kiri dan kanan.ketika ini anda akan rasa begitu penat dibahagian peha dan betis.Tahu kah anda,ketika ini lemak-lemak yang berkumpul dibahagian peha,betis serta pinggul mula pecah!.setelah selesai membuat senaman tersebut,ingat ya,buat lipatan kaki secara berselang dalam kiraan Tiga Puluh.Setelah selesai bangun dan melompat dalam lima kesepuluh kali.


Seterunya untuk MENGEMPISKAN BAHAGIAN PERUT buat langkah seperti diatas.baring secara telentang kamudian angkat kaki ke atas bersama kepada sokong kepala dengan tangan jika payah nak buat.Tahap pertama memang susah.Namun semakin lama semakin senang dan anda akan lebih bersemangat setelah melihat hasilnya.Angkat kaki ke atas secara tegak berserta dengan pinggang dan kepala.biarkan punggung sahaja yang mencecah lantai.Setelah itu hulurkan tanggan secara tegak dibahagian lutut. BUKAN sentuh atau berpaut pada lutut ya.Kamudian lipatkan lutut kebawah dalam kiraaan sepuluh kali.setelah selesai turun kan badan dan kaki untuk berehat sementara.


Setelah itu ulang langkah tadi tetapi sekadar tegak kan kaki kehadapan dengan kepala terangkat sedikit.Kira satu hingga sepuluh TANPA membuat gerakan.Setelah selesai turunkan kaki bersama kepala. Rehat sebentar kamudian bangun dan berdiri tarik nafas dan boleh lah duduk untuk melegakan badan dan membiarkan peluh kering sebelum mandi.Pasti ketika ini perut anda mula lapar.INGAT.....Belum masa makan ya.Segera mandi untuk segarkan badan.Selesai sudah langkah senaman pertama anda.


Kenapa saya saran kan anda menbuat senaman sewaktu perut kosong? Ya memang waktu perut kosong kita tidak akan bertenaga.Tetapi ketika ini lah sendi dan perut kita bekerja.Apabila senamam dilakukan sewaktu perut kosong,kita tubuh memerlukan tenaga,tenaga harus dihasilkan dari makanan namun apabila perut kosong,yang ada pun air milo dan biskut,Maka ketika itu KALORI AKAN DI PECAHKAN MENJADI TENAGA ! Dan secara sendirinya kandungan lemak akan pecah untuk dijadikan sebagai tenaga.Sebab itu setelah kita bersenam,badan akan berpeluh,dan jika kita pegang atau sentuh peluh tadi pasti terasa berminyak.itu tandanya Kandungan Kalori dalam badan mula keluar melalui liang roma anda.


Selesai mandi,minum air masak suam dalam segelas baru lah buat kerja lain.Jangan fikir pasal makan.Anda harus jaga disiplin jika hendak memiliki tubuh yang ideal.Buat sebarang kerja untuk melupakan soal makan.Bukan tak boleh makan,tetapi waktu kitaran perut akan menerima makanan harus mengikut jadual.Mula-mula memang menyiksakan apabila perut lapar.Lapar dalam satu dua jam tidak akan mendatangkan mudarat.Dah siap kemaskan rumah,lihat jam jika belum sampai pukul 10.30 pagi,buat lah apa-apa aktiviti yang boleh mengelak kan anda memikirkan soal makan.Dengan menonton Telivisyen dan sebagainya.


Pukul 10.30 Pagi,Buat sekali lagi minuman yang berserat tinggi,minum dalam kuantiti sihat maksud saya secawan dah memadai sekadar mengalas perut. Makan lah apa-apa yang tidak berkolestrol seperti buah-buahan,Roti gandum dan sebagainya.Setelah itu boleh lah buat aktiviti lain.Membaca novel dan sebagainya.Sehingga lah tengahari.


HIDANGAN TENGAHARI

Jika berseorangan dirumah.Masak lah makanan ala kadar,kurangkan masak menggunakan banyak minyak seperti ayam goreng dan sebagainya.Jika anda hendak Kurus atau mendapat tubuh yang anda harapkan,disiplinkan nafsu makan.Berkorban sedidkit untuk kesihatan.lebihkan sayur-sayuran dalam makanan.Makan ala kadar janji ada alas perut bukan makan sehingga kenyang.


Waktu makan juga memainkan peranan dalam kesihatan,Jadual kan waktu makan.waktu makan tengahari yang baik ialah sekitat 11.30 sehingga 12.30.Jika terlewat pun tak apa,tetapi jangan lah sengaja dilewatkan sampai 2 atau 3 petang.bimbang gastrik pula yang bersahabat dengan anda.Selesai makan tengahari jika nak rehat  boleh lah rehat.tetapi jangan tidur kalau nak tidur tunggu sehingga lepas satu jam lepas makan.Biar makanan dah hadam dalam perut.


LANGKAH KETIGA

Selesai makan tengahari,buat sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.dengan mengemop lantai,mengemas bilik tidur dan sebagainya.buat dalam keadaan selesa bukan tergesa-gesa lagi lambat lagi baik.Lipat baju,membasuh dan sebagainya antara aktiviti yang mengelakkan anda dari mengunyah sesuatu.selesai menguruskan rumah boleh lah menonton telivisyen dan sebagainya sehingga tiga atau empat petang.Buat air suam untuk minum petang.Sebenarnya tiada waktu khusus soal minum petang.Anda boleh minum petang bila-bila masa sahaja.Tetapi bagi saya,waktu yang baik ialah selepas pukul 4.30 petang kerana waktu ini,kita dah selesai urusan kerja dan lebih banyak waktu.


Sehingga lah pukul lima petang,waktu ini anda boleh menyiapkan apa-apa yang patut untuk suami yang akan balik dari pejabat mahupun tempat kerja.Sekitar lima setengah petang boleh lah bersiap untuk masak makan malam bersama suami.Masak seperti biasa.dan nyatakan kepada suami akan kempen diet anda agar suami tak berkecil hati jika anda makan sedikit atau memilih makanan yang tidak berminyak dan sebagainya.


Ingat ya....makan malam biar mengikut sukatan jangan makan berlebihan kerana malam anda tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk tidur.Selesai makan malam,luangkan masa bersama keluarga tanpa makan makanan segera seperti keropok dan sebagainya.Antara punca kegemukan ialah makan makanan ringan atau makan secara tak sihat diwaktu malam.buat perkara yang sama pada keesokan harinya dan seterusnya.Kerana lama-kelamaan anda akan biasa dengan cara begitu.



ANTARA AMALAN YANG SALAH SOAL MAKAN.


~Makan tanpa henti selain waktu yang sesuai bagi perut menerima makanan.


~Makan makanan ringan seperti,keropok,aiskrim selepas waktu makan.


~Minum minuman keras dan sebagainya dalam kuantiti yang banyak.


~makan untuk menghilangkan tekanan dan kebosanan.


Amalan makan seperti ini pasti akan mengundang kolestrol dalam tubuh.Apabila kolestrol berlebihan pasti tiga penyakit berangkai yang saya nyatakan diatas akan bertamu dalam badan.Jadi amalkan cara hidup sihat.kurangkan makan makanan berminyak dan sebagainya.Banyak kan air masak atau air suam dalam kehidupan seharian.Lakukan senaman setiap hari.Walaupun dengan hanya mengemas rumah kerana dengan mengemas rumah secara langsung tubuh kita bergerak dan membuatkan jantung berdegup dengan lancar secara sendirinya akan melancarkan peredaran darah !.


Menggunakan supliment seperti makanan tambahan juga membantu dalam pelangsingan badan seperti detox dan sebagainya.tetapi berpandukan pada diri sendiri.jika anda mengambil suplimen yang mahal ubat-ubatan yang berharga beratus-ratus malah beribu-ribu untuk menurun kan berat badan tetapi makan tak jaga,tidak melakukan senaman serupa juga anda tak payah ambil makanan tambahan.Seperti yang saya nyatakan diatas.Senaman dan penjagaan makanan sebenarnya kunci utama jika berhasrat menurunkan berat badan.


Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberi manafaat buat anda yang mencari tip-tip untuk menurunkan berat badan tanpa memerlukan kos yang banyak.sekali lagi saya ulang segalanya berpunca dari hat dan fikiran.kadangkala ada yang kurang makan tetap kelihatan gemuk.ini mungkin kerana jadual makan atau amalan pemakanan yang salah.Ada yang sanggup bayar untuk melangsingkan badan sampai peringkat Gym dan sebagainya.yang terakhir dari saya


MAKAN SEBELUM BERSENAM UNTUK MEMBINA OTOT.BERSENAM SEBELUM MAKAN UNTUK MENGELUARKAN TOKSID DAN KOLESTROL.SEMOGA BERJAYA DAN JUMPA DIRI ANDA DENGAN TUBUH YANG MENAWAN !.JANGAN GUNAKAN ALASAN STRESS UNTUK MAKAN.MAKAN DATANG NYA DARI NAFSU,HATI,BUKAN NYA DARI FIKIRAN.SEDANGKAN STRESS DARI FIKIRAN,BUKAN NYA DARI HATI.JADI TIADA KAITAN MAKANAN DENGAN STRESS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan