Selasa, 24 Oktober 2017

MISTERI JELMAAN GADIS BERKEMBAN DISUNGAI PUKUL TIGA PAGI

Salam sejahtera dan Salam muhibbah  buat semua.Kembali bersama saya dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah dari sebuah perkampungan melalui aktiviti menyuluh setelah membakar hutan untuk dijadikan sawah.Dimana dalam kisah ini turut disertai oleh saya sendiri dan berberapa rakan lain yang menyaksikan kehadiran mahluk tinggi berbadan besar serta berbulu dengan sepasang mata berwarna merah seterunya penampakan kewujudan Wanita Cantik yang memukau sehingga menarik perhatian pemuda-pemuda yang menyuluh namun akhirnya menunjukan wujud sebenarnya sehingga semua orang yang berada di kawasan tersebut lintang pukang melarikan diri setelah wanita tersebut menunjukan rupa asalnya serta mengilai dengan nyaring.


Kisah ini berlaku di zaman remaja saya dahulu dimana kebiasaan nya di kampung setiap tahun orang akan membuka hutan,bendang untuk dijadikan sawah padi.Kerja-kerja membersihkan hutan akan dilakukan secara beramai-ramai melalui kaedah bergotong royong diantara penduduk kampung.Sehingga lah tiba masa untuk membakar pokok serta rumput-rumput kering untuk membersihkan kawasan agar Benih padi mudah ditanam.Ketika ini lah ramai remaja termasuk yang dewasa mengambil kesempatan menyuluh anak sungai kerana kebiasaan nya ikan akan timbul diwaktu malam kerana hutan telah dibakar dan menjadi terang.


Selain dari menyuluh sungai,ramai diantara penduduk kampung yang menyuluh katak untuk dijual ataupun dimakan sendiri.Kisah Berhantunya bermula ketika itu saya berada ditingkatan Lima.Kebetulan cuti hujung minggu.Saya telah menemui berberapa rakan saya untuk menyuluh sungai.Kerana khabar dari pakcik saya memberitahu ketika itu udang besar-besar mudah ditemui sementara air sungai masih cetek sebelum ditambat.Setelah menemui kata sepakat,Kami seramai enam orang menyuluh pada malam tersebut dimana ketika tiba Kawasan bendang lengang tanpa ada sesiapa pun yang kelihatan.Dan itu merupakan petanda baik dimana seluruh kawasan bendang hanya untuk kami.Melalui Terowong laluan air saya bersama dua lagi rakan iaitu Roline dan Jimmy menyusur anak sungai menyuluh udang dan ikan dengan bersenjatakan rejam.Manakala yang lain menyuluh katak tidak jauh dari lokasi kami menyuluh.


Malam tersebut mungkin sudah ditakdirkan menjadi rezeki kami,baru berberapa minit menyusuri tebing sungai berberapa ekor udang sebesar ibu jari kaki telah kami perolehi.Semakin lama semakin jauh kami melawan arus sungai menyuluh ikan dan udang.Manakala kumpulan lain pula kelihatan sayup-sayup cahaya lampu mereka dari jauh menunjukan kami telah terpisah agak jauh.Namun tidak lah merisaukan kerana bendang tersebut hanyalah kawasan lapang yang luas dan tidak jauh dari kampung.Jimmy mengajak kami berehat seketika,Sambil duduk ditebing kami membakar rokok dimulut masing-masing.Itu lah satu-satunya peluang untuk merokok.kerana jauh dari orang tua,Jika tidak mahu berbirat belakang kena rotan.


Sewaktu tengah duduk menghembus-hembus asap rokok,kami lihat cahaya lampu suluh dari arah kawan-kawan yang menyuluh katak bertempiaran lari kearah kami.Segala ranting-ranting kecil habis dilanggar macam dikejar harimau masing-masing.Kami hairan dan bangun menyuluh kearah mereka.Ketika tiba,Masing-masing tercungap-cungap semput akibat berlari.Mereka memberitahu ada Jerangkung berhampiran mereka menyuluh.Kami semua menoleh kearag tersebut sehingga lah saya sendiri yang menyaksikan satu susuk tubuh yang besar seperti gergasi berada hanya berberapa meter dari arah kami.kami semua berlari bersembunyi disebuah pondok sawah yang berada ditepi sungai.Melalui celahan dinding saya lihat lembaga tersebut menuju kearah hutan tebal dipenghujung sawah.


Selepas memastikan mahluk tersebut telah pergi,Dengan perlahan-lahan kami keluar dari pondok dan menuju ke hilir untuk balik ke rumah.Sewaktu melalui lorong laluan menuju ke kampung,kami lihat seorang wanita sedang duduk di tebing sungai dengan hanya berkemban seperti hendak mandi.Kami terhenti seorang rakan saya bertanya kenapa gadis tersebut berada disitu malam-malam.Si Gadis tersebut memberitahu dia menunggu ayahnya dan akan mandi disungai.Apabila ditanya dari kampung mana asalnya dia hanya senyum dan menyengih,saya lihat sendiri mulut gadis tersebut mempunyai taring dibahagian bawah.Namun saya langsung tak berfikir itu adalah hantu atau pontianak kerana wajah nya yang sempurna seperti wanita lain dan taring nya pun tak lah panjang seperti dalam telivisyen.cuma nampak bila dia senyum.


Raymond rakan saya sememangnya seorang yang agal miang dari sekolah sehingga lah ke kampung tiba-tiba menunjukan kemiangan nya pada malam tersebut apabila menawarkan diri untuk menemani gadis tersebut mandi.Dengan senyuman manja gadis tersebut hanya mengangguk kan kepala.Kami semua yang berada disitu semua memerhatikan seorang gadis cantik sedang duduk disungai untuk mandi tanpa berfikri sesuatu yang buruk bakal berlaku.Raynond pula tak sabar-sabar terus terjun kedalam sungai walaupun udara dingin dan malam seperti nak hujan.Ketika kami ketawa melihat gelagat Raymond Tiba-tiba ada suara yang aneh kedengaran.Jujur saya katakan mendengar bunyi hilaian ketawa nyaring terasa bukan bulu tengkuk tetapi kulit tengkuk terasa tersiat ketakutan.


Ketika itu saya lihat Raymond yang begitu teruja berada dalam sungai tiba-tiba mengelupur bagai orang kena rasuk memanjat tebing dan berlari meninggalkan kami.Saya begitu terkejut dan hairan dengan sikap pelik Raymond.Ketika menoleh kearah gadis yang duduk di tebing sungai.Mata saya bagai nak tercabut apabila gadis cantik tadi telah berubah rupa menjadi hodoh serta mengerikan.Kain batik yang dipakai hanya lah sehelai kain putih yang lusuh serta buruk disangkut pada tunggul berhampiran sungai.manakala gadis yang cantik tadi telah hilang dari pandangan.Kami berpandangan sesama sendiri sebelum muncul suara ngeri mengilai dari hutan berhampiran seolah-olah suara nenek-nenek ketawa panjang.Dengan tak semena-mena Roline berteriak menyebut perkataan "Pontianak".


Kami berlari tanpa arah,malam tersebut kami bagai diburu apabila rakan-rakan berpecah manakala saya dan seorang lagi rakan bernama Donny bersama-sama meredah sungai tanpa menyedari tusukan duri pada kaki.Kami melarikan diri agak jauh sehingga hilang jejak dari rakan-rakan yang lain.Saya dan Donny masuk kedalam sebuah pondok sawah untuk bersembunyi.Kami duduk dibelakang pintu dengan mematikan diri.ketika itu nyamuk agas tidak terasa lagi yang pasti jantung bagai nak gugur ketakutan.Sewaktu bersembunyi kami terdengar bunyi derapan tapak kaki dari luar pondok.Saya mengintai dari celah papan kalau-kalau suara tersebut dari rakan-rakan yang lain.Saya baru nak bangun Donny tiba-tiba menarik tangan saya.Selang berberapa ketika Donny mencuit bahu saya dan mengajak saya melihat sesuatu yang luar biasa.


Sewaktu saya melihat dari celah-celah papan,Ternyata ada api seperti nyalaan obor tidak jauh dari pondok dimana kami bersembunyi.Api tersebut seolah-olah berjalan dan terapung diudara.Dengan sinaran kejap terang dan kejap malap.Semakin lama semakin jauh.Dan entah bila kami terlelap saya sendiri pun tak pasti kerana sewaktu sedar cahaya matahari telah menembusi dalam pondok melalui celah-celah papan.Saya mengejutkan Donny yang masih lena dibuai mimpi.Apabila Donny sedar kami keluar dari pondok dan kelihatan orang kampung mula membersihkan tapak sawah masing-masing.Kami meninggalkan pondok tersebut untuk balik ke rumah.Sewaktu tiba dirumah,rakan-rakan saya semua menunggu kepulangan kami dan memberitahu Raymond telah sakit.

[Sekadar Hiasan]

Selesai membersihkan diri saya bersama rakan-rakan menemui Raymond dirumahnya.Kelihatan Raymond hanya baring sambil tersenyum melihat kehadiran kami.Saya bertanya kenapa dengan dia semalam.Ternyata Sewaktu Raymond berada dalam sungai dia terpandang wajah gadis yang duduk ditebing melalui biasan air sungai.ternyata wajah gadis yang cantik tersebut amat buruk dan menakutkan,Raymond memberitahu yang dia lihat dengan jelas taring panjang dari mulut gadis yang disangka cantik tersebut.Melihat keadaan itu dia merangkak memanjat tebing sungai untuk lari.Dan Raymond pun tak menyangka yang dia telah terpisah dari kami dan sampai dirumah lebih awal tanpa memikirkan kami yang masih diburu sewaktu berada disawah.


Mengikut cerita dari bapa Raymond,sememangnya Bendang tersebut keras kerana dahulu ia merupakan sebuah perkampungan.Dan ketika itu ada wanita mati dibunuh dan mayatnya dicampak kedalam sungai.Namun setelah berpuluh tahun berlalu,tempat tersebut pun menjadi hutan dan sejak berberapa tahun lepas baru lah kawasan tersebut diterokai menjadi sawah.Petang hari tersebut sekitar pukul 4 saya menaiki bas untuk kembali ke asrama sekolah.Namun kesan luka-luka pada kaki masih lagi terasa pedih dan peristiwa malam tu kekal menjadi sejarah dan kenangan buat saya sehingga kini dimana rakan-rakan lama telah berumah tangga,dan telah membawa haluan masing-masing,ada yang jadi peniaga,Tentera,cikgu dan sebagainya.Namun kenangan tidak akan berubah walau seribu tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan