Khamis, 2 November 2017

RITUAL ANEH MENJEMPUT ROH SIMATI DI KAWASAN JIRAT CINA

Salam sejahtera dan Salam muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.untuk singkapan misteri kali ini saya akan kongsikan sebuah pengelaman paranormal melalui perkongsian dua rakan karib Adlin dan Man melalui penemuan entiti disebuah tanah perkuburan lama.Antara tujuan aktiviti yang mereka lakukan hanyalah sekadar minat serta perasaan ingin tahu dan ingin mencabar keberanian sendiri melalui pengelaman sebenar.


Melalui pengelaman-pengelaman yang telah dilalui oleh rakan-rakan seperjuangan yang sama meminati dunia paranormal akhirnya Adlin dan Man ditemukan dengan seorang pesara anggota keselamatan yang juga seorang pengamal perubatan tradisional,selama tiga hari lamanya Adlin dan Man memujuk abang Kelana agar sudi menemankan mereka untuk tujuan tersebut,Dimana mereka sedia maklum akan kebolehan abang Kelana berinteraksi dengan mahluk halus serta mampu berbicara dengan mahluk tersebut.Setelah kata putus dibuat akhirnya Abang Kelana bersetuju membawa Adlin dan Man menjelajah sebuah kawasan tanah perkuburan lama agar hajat dua sahabat tersebut tertunai menemui serta merasaai pengelaman bersama Entiti.

Pada petang Rabu Sekitar 3.30 petang dengan menaiki kereta Perodua Kembara abang Kelana mereka menuju kesebuah tanah perkuburan Lama terletak disekitar jalan Matang untuk memastikan keadaan selamat serta sesuai untuk pengujian mereka berdua.Sewaktu tiba disitu,Abang Kelana memerhatikan berberapa kubur lama yang tidak dijaga serta diselenggara oleh warisnya.Setelah menemui sebuah kubur yang dimiliki oleh seorang wanita mangsa kemalangan mereka meninggalkan kawasan tersebut untuk membuat perancangan serta peralatan yang akan digunakan sewaktu upacara dilakukan nanti.


Khamis Malam jumaat merupakan hari yang dipilih oleh Abang Kelana bagi melunaskan hajat dua sahabat yang teringin sangat melihat kewujudan mahluk halus dihadapan mata sendiri.Petang khamis selepas waktu kerja Abang kelana bersiap-siap dengan barangan penting yang akan dibawa malamnya.Manakala Adlin dan Man masih belum sampai walaupun waktu semakin dekat dimana maghrib kian menjelma sebentar lagi dan mengikut perancangan mereka,Kesemuanya harus berkumpul dirumah abang Kelana sebelum pukul 6 sebelum bertolak ke tanah perkuburan yang dijanjikan.tengah sibuk menyiapkan barang-barang yang akan dibawa,kedengaran suara motorsikal Adlin diberanda rumah kamudian disusuli dengan suara Man menberi salam.

(SEKADAR HIASAN)


Abang Kelana menyahut salam dan memasukan beg kelengkapannya kedalam kereta tanpa mempelawa Adlin dan Man masuk kerumah terlebih dahulu memandangkan hari semakin malam.Sewaktu dalam perjalanan Abang Kelana singgah disebuah Masjid tidak jauh dari tanah perkuburan yang hendak mereka tujui.Maghrib tersebut Adlin dan Man mengikuti Abang Kelana menunaikan Solat Maghrib terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti mereka.Satu jam dihabiskan di Masjid baru lah mereka bertolak menuju ke Tanah perkuburan tersebut.Sewaktu tiba disitu suasana terasa amat sunyi sepi dan hanya diselangi dengan suara unggas dan sesekali kedengaran bunyi katak dari paya berhampirab.Abang Kelana berjalan paling hadapan menuju ke Kubur yang di pastikan penghuninya semalam.


Sewaktu tiba dikuburan berkenaan,Abang Kelana meminta Adlin dan Man menyalakan lilin diatas kubur manakala Abang Kelana duduk ditepi kubur sambil menaburkan kuntuman bunga serta menyalakan Setanggi sehingga kawasan tersebut berbau harum bunga akibat asap dari setanggi yang dibakar.Abang Kelana mengarahkan Adlin dan Man duduk bersila disebelah kiri dan kanan nya sementara menunggu kehadiran mahluk halus.Namun Abang Kelana berpesan antara ada atau tiada bergantung pada nasib jika menantikan kehadiran mahluk tersebut.Kerana mengikut kata-kata Abang Kelana,Mahluk halus kadang payah nak nampak dan dirasai kerana mereka berada di alam berlainan.


Adlin dan Man tekun mendengar Abang Kelana berzikir sambil memerhatikan kawasan sekeliling kalau-kalau ada mahluk lain yang telah menunjukan dirinya.telah berlalu berberapa jam,waktu ketika itu menghampiri 12 tengah malam namun satu kelibat pun belum mereka temui malah tiada ciri-ciri langsung yang menjanjikan mereka untuk melihat kewujudan mahluk disitu.Sekitar 1 pagi Abang Kelana berhenti berzikir dan memandang kepada Adlin dan Man disebelahnya sambil bertanya "korang tak nampak ke?"....Ketika itu Adlin dan man berpandangan sambil melilau memandang kawasan tersebut namun tiada sesiapa atau sebarang kelibat yang kelihatan.Ketika menoleh kiri dan kanan, Man tiba-tiba terperanjat apabila merasakan tangannya bukan mencecah tanah walaupun duduk bersila,Akan tetapi...


Jari Man seakan-akan berada dipermukaan air.Man kehairanan lalu menoleh kebawah kawasan dimana dia dan Adlin menunggu.Entah macamana secara tiba-tiba muncul seekor kucing hitam melompat keatas riba Adlin lantas membuatkan Adlin melambung terperanjat.Namun Abang Kelana sempat menangkap tangan Adlin yang terkejut ketakutan.Abang Kelana pun risau kalau dua sahabat tersebut tiba-tiba melarikan diri kedalam hutan.Diselang dengan bunyi sepeti tapak kaki orang berkasut tinggi berjalan atas simen kedengaran dari jauh menghampiri mereka.Adlin dan Man mula risau serta ketakutan.namun Abang Kelana telah berpesan terlebih dahulu agar tiada sesiapa yang melarikan diri tanpa arahan nya.Abang Kelana memberitahu mereka bahawa bunyi tersebut adalah salam perkenalan dari mahluk kuburan buat mereka sambil tersengih memandang wajah Man yang mula ketakutan.


Didepan mata kelihatan api dari lilin terputus-putus serta nyalaan nya menjunam kebawah seolah-olah ditiup oleh seseorang walaupun tiada angin pada malam tersebut.Abang Kelana berpesan kepada Mereka berdua agar tidak lari atau lemah apabila melihat kewujudan sesuatu dikawasan tersebut.namun sehingga memghampiri pukul 2 pagi masih belum ada satu kelibat pun yang berjaya mereka lihat.Namun sewaktu Adlin membengkokkan dirinya kebelakang untuk melegakan pinggangnya tiba-tiba dia terpandang seseorang sedang memerhatikan mereka dari sebuah kubur tidak jauh dari mereka.Dan serta merta bulu tengkuk Adlin meremang dengan pantas serta merasa seperti mengeletar.Melihat keadaan Adlin begitu,Abang Kelana memerhatikan arah pandangan Adlin.Ketika itu barulah Abang Kelana perasan ada mahluk dibalik tembok kubur memerhatikan mereka dari jauh.


Abang Kelana tertunduk dan mencuit kaki Man agar memandang kearah kubur yang hanya selang dua buah dari mereka agar melihat apa yang dia dan Adlin baru lihat.Namun sayang,sewaktu Man menoleh jelmaan tersebut telah tiada disitu.Baru sahaja Man hendak bersuara tiba-tiba sahaja kubur dihadapan mereka berbau hangit,Abang Kelana bangun untuk berdiri melihat kawasan sekeliling.Ternyata dibalik pokok bunga yang ditanam disebelah kubur kelihatan susuk tubuh wanita berbaju putih lusuh bercampuran darah tunduk namun kekal disitu.Abang Kelana mencuit Adlin dan Man sekali lagi menggunakan kaki memberitahu apa yang ingin mereka lihat telah berada dihadapan mata.Adlin bangun untuk berdiri disebelah abang Kelana terduduk kembali apabila melihat bayangan tersebut.


Tiba-tiba kedengaran  bunyi riuh dari hutan berhampiran kubur tersebut dengan suara monyet yang nyaring terjerit-jerit  walaupun dah awal pagi.Man melihat bagaimana wujudnya entiti dihadapan matanya serta menyaksikan mahluk tersebut bergerak seperti sehelai kain terbang.Ketika itu Man teringat akan cerita mengenai mahluk halus yang tidak berkaki.ketika itu dengan sepantas kilat Man memandang kearah kaki hantu wanita tersebut dan ternyata "ya".Memang mahluk tersebut seperti diawang-awangan.Man sebenarnya lebih teruk dari Adlin ketakutan namun demi misi mereka,Man menguatkan semangatnya walaupun takut.Ketika itu Adlin meminta Abang Kelana menamatkan aktiviti paranormal mereka.Melihat keadaan Adlin yang tak bermaya,Abang Kelana membuat keputusan untuk balik.


Ketika meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut entah kenapa Adlin menoleh kembali kearah kawasan mereka duduk menunggu tadi diatas kuburan seorang wanita mati kemalangan jalan raya.rupanya baru Adlin perasan ada satu lembaga seperti wanita tua berdiri ditepi kawasan perkuburan.Abang Kelana berpesan agar tidak menoleh kebelakang ketika balik,kerana bimbang ada mahluk yang akan mengekori mereka balik.Mereka berjalan dengan agak pantas meninggalkan kawasan perkuburan tersebut.Sewaktu menghampiri kereta,Dengan tiba-tiba abang Kelana beristifar dan bertakbir apabila melihat satu kelibat seperti wanita berambut panjang berkain lusuh duduk dibumbung kereta.Abang Kelana memberitahu Adlin dan Man supaya memandang kearah kereta kerana ada Pontianak bertenggek diatas kereta.


Langkah abang Kelana terhenti apabila mahluk yang duduk atas kereta tiba-tiba bangun namun tidak memandang kearah mereka.Abang Kelana membaca berberapa potong ayat suci sambil menghentak kakinya ketanah.Dengan tiba-tiba mahluk yang dipercayai pontianak tersebut melayang dan menuju kearah pokok diseberang jalan raya lalu ghaib disitu.Adlin dan Man hanya berdiri tanpa bersuara menahan ketakutan.Abang Kelana segera membuka pintu kereta diikuti oleh Man dan Adlin.Adlin merasa lega setelah meninggalkan kawasan tanah perkuburan tersebut.Namun kegembiraan serta kelegaan bukan berakhir disitu sahaja apabila Abang Kelana memberitahu ada mahluk mengekori mereka dari arah belakang.Ketika itu juga Man dan Adlin terasa kereta seakan berat.sehinggakan Man yang duduk dibangku belakang menggigil ketakutan.


Abang Kelana menenangkan mereka berdua sambil memberitahu untuk membiarkan mahluk tersebut mengekori mereka kerana abang Kelana ada hadiah nak diberikan kepada Mahluk tersebut.Semakin lah Adlin dan Man hairan mendengar kata-kata Abang Kelana.Sewaktu melalui satu selekoh kereta yang dipandu abang Kelana tiba-tiba hilang arah apabila stereng kereta tiba-tiba sangkut dan susah dikawal.Abang Kelana bertakbir dan membaya Ayatul Kursi dengan kuat diikuti Adlin dan Man.Nasib baik kereta tak terbabas dan masih boleh dikawal.Abang Kelana memberhentikan keretanya lantas membuka beg simpanan Cd dan memasang Cd alunan bacaan ayat Ruqyah.


Setelah keadaan kembali tenang,Abang Kelana meneruskan perjalanan dan ketika itu baru lah terputus dari gangguan mahluk halus yang cuba mengekori mereka.Sehingga lah tiba diberanda rumah abang Kelana.Setelah membasuh kaki Adlin dan Man meminta izin untuk balik namun ditegur oleh Kak Ayu isteri Abang Kelana agar mereka bermalam sahaja dirumah memandangkan hanya berberapa jam sahaja lagi hendak siang.Mulanya mereka agak keberatan namun Abang Kelana mengusik Adlin kalau-kalau ada hantu membonceng motorsikalnya nanti.Antara geram serta takut akhirnya Adlin dan Man bermalam dirumah Abang Kelana.Keesokan nya sebelum balik,Kak Ayu telah menyiapkan sarapan.sebenarnya Adlin dan Man malu dengan keluarga abang Kelana.


Maklum lah dibawa ke tanah perkuburan dihadapkan dengan berbagai dugaan sehingga nyaris kemalangan angkara memenuhi cabaran yang Adlin dan Man terima dari kawan-kawannya.Sewaktu bersarapan,Man meminta maaf serta berterima kasih kepada Abang Kelana dan Kak Ayu atas kerjasama dan bantuan yang diberikan.Sewaktu bersarapan,Abang Kelana memberitahu Adlin dan Man tentang puaka selekoh yang nyaris mengundang kemalangan pada mereka semalam.Mengikut cerita abang Kelana,disitu sahaja telah berlaku berberapa kali kemalangan.dan rata-rata mangsa kemalangan memberitahu kawasan tersebut berhantu.dimana asal mulanya dahulu ada sepasang suami isteri meninggal dunia disitu apabila dilanggar lari oleh sebuah lori.


Maka sejak kejadian itu lah orang kerap menemui pocong dikawasan tersebut,Bukan setakat menunjukan  diri tetapi dengan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.Sekitar lapan pagi Man dan Adlin balik kerumah masing-masing untuk berehat.Sewaktu dirumah Adlin menghubungi Man bertanya keadaan sahabat karibnya.Namun Man menberitahu semuamya seperti dirancang.Man turut memberitahu yang dia sedia untuk sebarang pertemuan dengan mahluk halus,mendengar kata-kata semangat dari Man,Adlin gembira kerana kawan baiknya masih meminati aktiviti paranormal sepertinya walaupun aktiviti pertama mereka agak hambar.Sekian untuk paparan kali ini dan terima kasih kepada Adlin kerana perkongsian kisah aktiviti mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan