Sabtu, 18 November 2017

MISTERI PENEMUAN PEDANG PAHLAWAN BERPUAKA

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia,Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan sebuah pengelaman melalui penemuan Pedang keramat,sebilah senjata peninggalan pahlawan dahulu kala yang secara kebetulan ditemui oleh arwah atuk sewaktu menggali tanah untuk membesarkan keluasan kolam Dimana ketika itu saya masih dibangku sekolah rendah.Penemuan luar biasa yang mulanya hanya disangka sebilah besi didasar tanah apabila terkena cangkul membuatkan Atuk berusaha mengeluarkannya bimbang akan mencederakan anak cucu diwaktu air memenuhi kolam.



Setelah berjaya dikeluarkan,Setelah diamati dan di bersihkan kerana pedang tersebut sudah tidak mempunyai sarung,sama ada reput atau tercicir diwaktu darurat dahulum.Setelah dibersihkan dari karat serta tanah yang mula mengeras memamah besi tersebut ternyata ianya merupakan sebilah pedang atau lebih dikenali sebagai parang Ilang.Dimana parang ini merupakan senjata perang suku kaum Iban suatu masa dahulu.Selama berberapa hari bilah parang yang hanya mempunyai pemegang yang dibuat dari tanduk rusa di bersihkan dengan sempurna baru lah kelihatan rupa asal yang menguatkan lagi bukti parang tersebut tercicir dari pahlawan Dayak sewaktu berburu ataupun sewaktu darurat.



Namun Misteri dan Mistik yang tersembunyi disebalik parang ilang tersebut hanya diketahui setelah setahun lebih berada disimpanan Arwah Atuk dimana hulunya telah di kemaskan dengan juraian rambut,entah rambut apa yang disulam oleh arwah Atuk dihulunya bersama sarung yang ditempah khas dari pembuat sarung parang terkenal dari kampung Marang Lama.Setelah mata parang Ilang tersebut telah dibersihkan dengan berberapa ramuan dan di bersihkan dengan limau baru lah nampak keseluruhan keunikan parang tersebut dimana sepanjang mata parang dihiasi dengan ukiran Iban yang dibuat melalui torehan asli disamping susunan besi tembaga yang disulam pada penghujung mata parang tersebut membuatkan ianya kelihatan unik dan bernilai tinggi.


Sejak kehadiran Parang Ilang tersebut berada dirumah,Suasana rumah kelihatan agak malap dan menyeramkan apabila rata-rata tetamu yang terdiri dari rakan-rakan atuk termasuk orang bijak pandai dalam urusan ghaib sering bertanya akan parang tersebut dan seorang rakan arwah atuk yang mahir dalam perubatan tradisional memberitahu Parang tersebut mempunyai Khadam atau penjaga cuma khadam tersebut tidak mengganggu ahli keluarga kerana atuk telah menemuinya dan secara langsung Atuk menjadi tuan barunya.Melalui pandangan orang tua tersebut,parang Ilang yang atuk Gantung rapi pada dinding rumah sebagai hiasan mempunyai penjaga yang sentiasa ada bersama parang tersebut dan untuk membuktikan kebenaran parang tersebut mempunyai khadam,Orang tua tersebut memberi berberapa panduan



Antaranya ketika bulan mengambang penuh titiskan darah ayam hitam pada mata parang kamudian biarkan parang tersebut berdiri dibalik pintu tanpa disarungkan,Nescaya keesokan nya kita akan lihat kedudukan parang akan kembali ke bentuk atau kedudukan asal.Begitu juga jika berniat jahat cukup dengan menyeru nama atau niatkan maka Keesokan harinya kita akan saksikan sesuatu yang luar biasa.Tetapi Bagi Arwah Atuk,dia tidak mengharapkan sesuatu yang pelik melalui parang tersebut,Cukup sekadar menjadi Hiasan dan pusaka turun temurun yang kini telah diwariskan kepada Anak arwah atuk iaitu Pakcik Saya.



Satu lagi misteri yang berlaku dari parang ilang yang atuk simpan.Ketika itu saya berusia sekitar lima belas tahun,dimana ketika itu saya akan berhadapan dengan Ujian Penilaian Menengah Rendah[PMR]. Kebetulan ketika itu Atuk dan Nenek Ke Brunei Darussalam menemui Anak sulung mereka disitu.Saya pula menetap di Asrama dan hanya akan balik ke kampung ketika hujung minggu iaitu Jumaat dan kembali ke Sekolah petang Ahad.Dimana selama dua malam saya akan menumpang dirumah pakcik memandangkan rumah Atuk kosong kerana ketiadaan Atuk dan Nenek.Ketika tiba dirumah Pakcik,Pakcik telah memberitahu ada sesuatu yang berada dirumah Atuk,kerana selama lima hari berlalu sejak atuk dan nenek tiada,Pakcik memberitahu kerap terdengar suara orang batuk sama seperti suara atuk.

(SEKADAR HIASAN)


Sedangkan ketika itu semua orang tahu Atuk dan nenek berada di Brunei,Bukan setakat batuk,Kadangkala bunyi seseorang membasuh pakaian,Bunyi besi berlaga dan yang membuatkan Pakcik menjadi risau apabila melintasi rumah Atuk diwaktu malam kadang kala dia terdengar suara seseorang bertempik,Menjerit dengan kuat dan hanya sekali sahaja sebelum rumah menjadi sunyi semula.Untuk kepastian,Pakcik mengajak saya menghampiri rumah Atuk,Namun saya tidak berpeluang mendengar apa-apa suara pada malam tersebut.Selama dua Minggu Atuk dan Nenek berada di Brunei,Selama dua minggu juga lah ada suara seseorang menghuni rumah.



Sehinggalah Atuk dan Nenek kembali dari Brunei,Pakcik menceritakan tentang apa yang di dengarinya dari rumah,Namun Atuk hanya tersengih dan memberitahu itu suara khadam Parang Ilang menjaga rumah sewaktu ketiadaan nya.Bukan setakat itu sahaja,Satu lagi peristiwa pelik mengenai Parang Ilang yang telah disaksikan oleh saya dan Atuk,dimana ketika itu sekitar bulan Ogos kebetulan cuti persekolahan selama seminggu dan waktu itu kami semua bermalam disawah kerana kerja menuai padi harus di segerakan.Memandangkan Sawah padi ditenggelami air dan risau kalau padi rosak.Dimana satu petang saya dan Atuk balik dari sawah menuju kerumah kerana akan ke pekan keesokan harinya.



Sewaktu menghampiri rumah,Disaat atuk hendak membuka kunci rumah,kedengaran sayup-sayup suara seseorang berdengus seakan-akan suara orang bergaduh.Atuk mendiamkan diri untuk mengamati bunyi tersebut,Tiba-tiba berhampiran pintu kami terdengar bunyi seperti sebekas sudu besi terjatuh kelantai.Atuk berdehem membuat isyarat kami berada di luar.Serta merta bunyi-bunyi aneh dari dalam rumah terus senyap.Saat pintu dibuka,Saya memetik suis lampu dan melihat suasana rumah,namun ternyata tiada apa yang berubah atau bersepah.Begitu juga dengan bunyi sudu yang jatuh,ternyata tiada sudu atau garfu berada dilantai rumah.



Setelah memastikan tiada apa-apa yang berlaku dirumah,Atuk mengambil parang yang tergantung elok pada dinding rumah,lalu Atuk berkata dengan parang tersebut,apakah dia yang membuat bunyi-bunyi tersebut atau sememangnya ada penunggu lain yang menghuni rumah.Keesokan harinya Atuk memberitahu dia telah bermimpi apabila didatangi seorang lelaki dengan hanya bercawat dan bertanjak bersama helaian bulu burung tersemat di setanjaknya.Lelaki tersebut dengan muka amat luar biasa memang persis muka orang dulu-dulu datang menemui Atuk dan memperkenalkan diri dan memberitahu dia lah yang membuat bunyi-bunyi tersebut sebagai amaran kepada pencuri atau orang yang berniat jahat.



Setelah Lima tahun parang Ilang tersebut berada dalam simpanan Atuk,barulah dia percaya yang parang ilang tersebut sememangnya mempunyai khadam atau penjaga.Sebelum menghilang,Atuk memberitahu lelaki tersebut berterima kasih kepada Atuk kerana telah menyelamatkan parang Ilang tersebut terus musnah dimamah bumi.Dan memberitahu akan berjanji menjaga keluarga Atuk dengan syarat tidak boleh dipindah milik kerana Parang tersebut telah serasi dengan keturunan Atuk.



Setelah selesai urusan di pekan saya dan Atuk kembali kesawah dan menceritakan pasal mimpinya kepada nenek dan pakcik,Baru lah pakcik faham akan bunyi yang didengarinya sewaktu atuk dan nenek berada di Brunei berberapa bulan yang lepas.Mulanya nenek agak risau dan membantah tindakan Atuk menyimpan parang tersebut,Namun setelah di yakinkan oleh Atuk yang parang tersebut tidak akan mengganggu keluarga,Baru lah nenek bersetuju.Sejak kejadian itu Atuk tidak lagi risau meninggalkan rumah lama.Dimana kadang kala sehingga berminggu lamanya atuk dan nenek akan bermalam di kebun sementara saya diasrama dan anak-anak telah mempunyai keluarga sendiri.



Disaat akhir sewaktu arwah atuk meninggal dunia,melalui cerita dari Saudara mara,Parang yang telah bertahun di ikat dan digantung kemas pada dinding tiba-tiba terjatuh dari tempat asalnya.Kamudian sejak itu Atuk menyimpannya secara sulit sehingga lah Saat Atuk meninggal dimana Nenek menyerahkan parang tersebut kepada pakcik untuk dijaga dan akan disambung kepada anak cucu seterusnya.Bermula dari sebilah besi buruk yang ditemui dari perut bumi sedalam paras pinggang sewaktu mengorek kolam untuk meluaskan kawasan kolam akhirnya disimpan dan dipelihara dengan baik oleh arwah atuk.



Dan setelah hampir lima tahun berada dalam simpanan barulah kami semua tahu akan kewujudan khadam atau penjaga parang ilang tersebut.Bermacam spekulasi dan pandangan orang-orang yang pernah melihat parang tersebut,Ada yang mengatakan ianya parang Hantu,ada yang kata itu parang pahlawan dulu-dulu,ada juga yang bijak pandai memberitahu parang tersebut mampu terbang dan menyerang musuh dengan sendiri.Bermacam andaian dari orang-orang yang pernah melihatnya.Namun bagi Atuk ianya sekadar Parang lama yang tercicir sewaktu pemiliknya melarikan diri dari musuh,tercicir secara tak sengaja,atau tuannya turut terkorban disitu cuma jasadnya telah hilang dimamah bumi.



Dan yang pastinya parang ilang tersebut sememangnya pernah bermadi darah sewaktu hayat pemilik asalnya berpandukan pada rupa bentuk serta ukiran yang terdapat pada parang tersebut disamping sulaman tembaga yang dibuat pada belakang parang.Disamping mempunyai khadam yang mendampingi pemilik dan juga parang tersebut.Walauapa pun keindahan yang ada pada parang tersebut,Semuanya atas kehendak dari NYA.Segalanya terletak pada hati dan pemikiran masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan