Sabtu, 18 November 2017

MEMBINA SEBUAH BLOG? BACA INI DAHULU

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua,Kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk Paparan kali saya akan kongsikan sedikit pengelaman serta ilmu soal penulisan Blog.Pertamanya saya akan perkenalkan diri saya,Saya Bukan lah seorang blogger yang hebat mahu pun yang terkenal seperti rakan-rakan yang lain.Namun atas penyelidikan,kajian serta pengelaman secubit bayi boleh lah rasanya dikongsikan,dalam masa yang sama mungkin ada yang membawa faedah serta manafaat buat semua lebih-lebih lagi yang baru belajar blog.Atau pun dah bertahun-tahun menceburi dunia blog dan ingin kan penghasilan melalui penulisan.

Disini saya akan tuliskan dari saat pertama kita mencari perkataan blog,Harus ada dalam fikiran serta keinginan dalam hati untuk apa,tujuan blog yang hendak di bina.Dah puas fikir baru lah mula,biar semua terancang dengan teliti terlebih dahulu sebelum anda mula memulakan lembaran blog.Bila dah ada tajuk yang sesuai dalam erti kata lain seperti Buku,Majalah Dan sebagainya,Harus lah bersesuaian dengan tajuk serta intipatinya.Mana mungkin Tajuk Novel Cinta tapi dalamnya kisah perperangan.Cari lah tajuk atau judul yang unik,lain dari yang lain,Biar karya yang akan kita hasilkan adalah hasil sendiri daYn bukan nya di cedok mahupun di tiru dari blog orang.Bila dah siap mula lah berkarya.

Dah siap blog serta isinya timbul pula masaalah trafik...pula dahhh...Trafik blog amat penting jika anda ingin menghasilkan blog yang popular. Tanpa trafik apa lah ertinya sebuah blog hahaha...sama ceritanya dengan saluran telivisyen,Dah belanja kan modal besar,tetapi tak ada orang melihatnya.Jadi lah saluran yang suram sunyi dan sepi.Disini saya kongsikan Cara-cara untuk tinggikan trafik atau jumlah pembaca yang mengunjungi blog anda.Ingat ya,ada bermacam cara untuk anda promosi kan blog anda agar ramai pembaca sehinggalah menjadi blog terkenal.antaranya ialah;

1)PING BLOG
Cara ini amat mudah dan amat berkesan untuk menaikan pelawat blog anda,bukan sepuluh dua tetapi boleh beribu-ribu pembaca yang akan melawat blog anda.Dari situ anda akan lihat statistik blog anda akan melonjak keawan.Tanpa perlu bersusah payah copy url blog anda dan share cukup hanya daftar dan salin cod-cod yang diberikan dan letak di laman blog anda.Setiap kali anda menyiarkan blog secara sendirinya laman Ping akan promosikan blog anda.Hebat kan? Dimana nak cari laman Ping? Sekarang ini ada banyak website yang di bangunkan untuk membantu penulis blog mempromosikan blog malah percuma.Cukup anda letak kan banner mereka dalam blog anda.Anda hanya perlu taip Ping saya diruangan cari dan pilih lah seberapa banyak laman Ping yang sedia berkhidmat untuk blog anda.

2)MANUAL PING
Cara ini agak rumit dimana anda harus bekerja keras dengan menyalin alamat blog anda contohnya;lagendapulaurahsia.blogspot.com dan tinggalkan di ruang komen blog-blog yang hot dengan syarat kena lah minta izin dulu.Karang tak pasal-pasal kena padam dengan tuan blog.Dan dalam masa yang sama blog anda akan cepat di index oleh rerayap Google.

3) LAMAN SOSIAL
Laman sosial sebenarnya ruang yang paling hebat untuk anda promosikan blog anda,cuma ada tuliskan alamat blog pada ruang kongsi seperti Facebook dan sebagainya.Rakan-rakan anda termasuk rakan kepada rakan anda juga akan lihat,Jika anda ada Tiga ribu orang rakan,dan rakan kepada rakan anda jumlahnya Tujuh ribu, termasuk rakan anda ada sepuluh ribu orang akan lihat status anda,Tolak mana yang tak Online,Tak sudi nak buka,Malas nak baca dalam Dua ratus,termasuk yang tak perasan atau buat tak nampak tiga ratus,Bakinya ada lagi lima ratus orang.Cuba anda bayangkan setiap kali anda update status Lima ratus orang buka Blog anda,sebulan dah berapa puluh ribu yang melayari blog anda? Itu pun satu usaha untuk memperkenalkan blog anda kepada umum.

Dah seronok bila trafik blog dan meroket kebulan? Ketika itu terdetik pula dalam fikiran nak hasil dari penulisan anda,Balik pada ayat yang saya nyatakan diatas,Anda lihat siaran Telivisyen percuma,tapi pernahkah anda fikir darimana datangnya pendapatan untuk gaji pekerja yang menguruskan siaran yang kita lihat? Semuanya dari Iklan yang kadangkala mengganggu keseronokan tontonan anda.Tapi kita tak boleh salahkan iklan tersebut,kerana setiap saat iklan dipaparkan dikaca TV anda semuanya dibayar oleh pemilik pengiklanan.Begitu juga dengan Blog anda,Jika anda inginkan hasil karya anda berbayar anda wajib berkerjasama dengan syarikat pengiklanan!.Tapi iklan yang macamana? Apa kelayakannya?Sebelum anda ajukan permohonan pengiklanan untuk blog anda,Ada berberapa perkara yang harus dan wajib anda titik beratkan terlebih dahulu antaranya;

1)ISI KANDUNG BLOG/KARYA ANDA
~isikandung blog ni maksudnya berapa tajuk berapa cerita yang telah anda hasilkan tidak ada dinyatakan berapa jumlah entri yang anda hasilkan untuk melayakkan anda berkerjasama dengan syarikat pengiklanan.Tapi biar lah lebih dari Lima belas entri atau lebih.lagi banyak lagi besar peluang untuk anda diterima.

2)KUALITI PENULISAN
~Kualiti penulisan maksud saya bukan lah bermaksud anda wajib seorang guru atau sebagainya tetapi kualiti yang dimaksudkan padatnya kisah atau cerita yang anda tulis.Kisah yang memberi maksud sesuatu.Menyiapkan sebuah blog bukan lah satu kerja yang mudah.Kadang kala ada blogger yang menghabiskan masa sampai berjam-jam malah seminggu untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti serta padat,Sebab itu mereka melarang jika hasil karya mereka disalin atau di siarkan kembali walaupun diubah.Buat lah blog yang kemas,walau ringkas tapi padat dan cukup sempurna.Jangan lebih pada gambar semata-mata tapi karang lah biar lebih dari 200 ke 300 patah perkataan !.

3)CIRI-CIRI BLOG BERKUALITI
~Sebenarnya tiada garis pun mengatakan sesebuah blog berkualiti atau pun tidak.kadangkala cerita dogeng kanak-kanak tadika pun ada yang memaparkan iklan.Tapi yang membezakan iklan dari syarikat mana.Melalui pengelaman saya,sesebuah blog biar lah lengkap dengan ciri-cirinya antara sebabnya mudah untuk pembaca anda mencari,menilai serta nampak lebih profesional,Antara ciri-ciri yang harus ada adalah pertamanya kekemasan blog,Biar nampak kemas tersusun.Jangan letak benda-benda yang membuatkan blog nampak serabut seperti Jam lah,Gambar dengan awek lah,Gambar kucing dan sebagainya melainkan blog anda menjurus kearah dunia kehidupan Kucing.

~PETA LAMAN
peta laman atau sitemaps antara yang harus ada,bukan wajib ya,tapi dengan peta laman pengunjung blog anda lebih mudah mencari maklumat yang diperlukan.Keduanya blog anda akan lebih kemas dan mudah terindex.

~PENAFIAN /DISCLAIMER
Anda boleh tulis terma dan syarat anda sendiri atau melalui laman web Digital Disclaimer.Syarat ini sama seperti Peta Laman,tiada ketetapan tetapi jika anda inginkan sebuah blog yang profesional anda harus mempertimbangkan untuk ciri ini.Dan dengan ciri ini lah anda boleh meletak syarat agar karya anda tidak di CIPLAK atau di salin curi.

~TENTANG SAYA
ciri ini untuk memperkenalkan siapa anda,Apa yang anda mahukan dan dari sini lah orang akan mengenali siapa penulis yang menghasilkan karya yang mereka baca.Disini lah anda boleh tulis hobi anda,Seberapa dalam minat anda dengan dunia penulisan dan sebagainya.

~HUBUNGI SAYA/CONTACT ME
Ruang ini boleh juga anda pertimbangkan dimana ini juga merupakan kesempurnaan sebuah laman blog yang baik.Dimana orang boleh hubungi anda untuk memberi cadangan,Meminta kebenaran,Atau menawarkan untuk mengiklankan perniagaan mereka di blog anda.Ciri ini sama seperti diatas anda cuma daftar untuk dapatkan nya dan salin balik kamudian blog anda dah ada ciri-ciri Ini.

~DESIGN BLOG
Untuk membangunkan sebuah blog,bukan lah sesuatu yang susah senang cerita sesiapa pun boleh buat blog tetapi blog yang macamana?Design blog atau reka blog anda.Di bahagian pentadbiran blog anda boleh laraskan atau setkan design blog anda.Latter head gunakan tulisan macamana,Tebal tulisan dan sebagainya.Kedudukan susun atur di bahagian mana menu blog,Dibahagian mana iklan, dan isi blog.Mungkin anda nak hias dengan bunga atau gambar-gambar yang anda minat.Buat lah design yang unik.Dan cuba bayangkan diri anda adalah pembacanya.Jika anda suka mungkin pembaca anda pun suka.

Dah siap semua? Apa lagi yang kurang? Usia blog tidak dinyatakan secara terang berapa usia blog yang layak beriklan tetapi jika anda ingin beriklan melalui syarikat pengiklanan blog nombor satu iaitu G Ads anda wajib perhatikan soal ini iaitu usia blog.Melalui kajian saya tidak ada yang tetap sebab ada yang tulis setahun,ada yang tulis enam bulan dan sebagainya.Tetapi BAGI saya,Bukan usia jadi ukuran AKAN tetapi isi kandung blog.Jika jumlah blog anda dah capai lebih dari lima belas entri boleh lah cuba mohon.Tapi sebelum mohon semak balik blog anda,dah sedia dan anda berpuashati dengan ciri-ciri yang saya nyatakan diatas baru lah mohon.jangan tergesa-gesa mohon bimbang akan mengundang kecewa apabila blog di tolak saat awal.

#Tiga kali blog saya di tolak dengan alasan content tidak mencukupi,Content tidak memadai-melalui kajian saya biar blog kita padat dengan perkataan bukan Gambar.Buat blog bersungguh-sungguh penuh atau kaya dengan maklumat,Maklumat maksud saya kata-kata.

Antara yang paling sensetif ialah sumber trafik.DISINI SAYA INGATKAN jika anda merancang membina penghasilan dari blog atau penulisan anda melalui syarikat pengiklanan Nombor satu.Anda harus lupakan trafik mendadak ! Kerana bukan trafik yang  G Ads  lihat tetapi kualiti.Antara jawapan yang bakal diterima disaat permohonan pertama ialah ; Sumber trafik Tidak mematuhi kebijakan kami.Yang di utamakan oleh mereka ialah Unik visitor.Pembaca yang singgah secara sendiri membaca blog anda kerana anda sesuatu maklumat yang dicari bukan kerana menemui blog melalui iklan dan sebagainya.

4)KLIK PALSU

KLIK PALSU bermaksud anda menekan iklan di blog anda sendiri.Jangan kira mereka tak tahu.Walaupun kita jauh,Duduk dalam bilik seorang diri kamudian buka blog lepas tu klik iklan sendiri ! Memang saat itu anda senyum bila tengok erning terus kelangit.mana tidak satu klik hampir satu dollar!! Tapi jangan menyesal pukul 12 malam sampai email atau jangan terkejut bila iklan kat blog anda dah hilang??hahaha....cari lah tak akan jumpa.Sebab nya....walaupun mereka tidak nampak anda buat klik palsu,jangan lupa alamat ip anda akan terhantar sekali.Dari mana klik tersebut semua masuk dalam data mereka.Jadi Jangan cuba-cuba.

Tak dapat klik sendiri suruh kawan klik..hahaha yang ni lagi kelakar.Kali pertama memang lepas.Syokk tengok income masyukk dollar-dollar pula tu.tapi sekali dua akan lepas masuk kali ketiga anda akan dapat Email."KELULUSAN AKAUN DOT...DOT...DOT.. DITARIK BALIK KERANA MELANGGAR KEBIJAKAN KAMI". Penyelesaianya ialah....Tunggu tiga empat hari atau seminggu dua,Cuba mohon balik.Anda boleh mohon atau merayu seberapa kali pun selagi akaun tidak di Banned.

PENYELESAIAN PENGIKLANAN
~Tidak dinafikan  G Ads merupakan pengiklanan yang paling diburu blogger kerana ketepatan serta bayaran yang lumayan namun oleh kerana permintaan nya terlalu tinggi dari seluruh dunia maka syarat nya pun teramat lah ketat.Namun Jika anda sememangnya ingin yang santai-santai banyak lagi syarikat lain seperti Nuffnang,Adnow,Chiitika dan sebagainya.itu pun jika anda berhasrat untuk penghasilan dari hasil karya anda.

Akhir kata,Blog merupakan satu perkara yang mudah jika kita mengganggap ianya mudah.Dan kelihatan payah jika disebaliknya.Biarkan Minat menjadi Hobi agar apa yang kita hasilkan bakal memberi manfaat walau sebesar pasir di lautan.Walau sedikit tetapi ianya banyak.Satu perkara yang saya lihat,Jika apa yang kita kongsikan yang kita hasilkan memberi Manafaat buat sesiapa,Di karang hari ini,sepuluh tahun akan datang tetap akan dibaca oleh sesiapa.Jika apa yang kita sampaikan di guna maka bukan sahaja nilai penghasilan nya tetapi yang utama ialah keuntungan berpanjangan iaitu pahala nya.Walaupun kita tidak lagi mampu menulis dan sebagainya tetapi hasil kerja kita masih bersiaran.Sama lah kisahnya dengan penulis novel,Buku-buku panduan,Kitab-Kitab suci walaupun penulis asalnya dah tiada,tetapi dialam lain pun mereka masih mendapat imbuhan nya.Sekian

1 ulasan:

  1. bagus. sangat membantu.
    .
    https://admin-whatsapp.blogspot.my/
    .

    BalasPadam