Sabtu, 4 November 2017

PELIK DAN MISTERI SATU JAM MERABA TUBUH BUAYA DI SANGKA KAYU

Salam Sejahtera dan Salam muhibbah buat anda semua.Kembali dalam paparan lagenda pulau rahsia.Dalam paparan kali ini saya ingin kongsikan sebuah kisah misteri berkenaan dengan raja Sungai iaitu Buaya.Buaya merupakan sejenis haiwan yang amat digeruni oleh semua mahluk bernyawa.Sejenis hidupan liar yang sentiasa tenang namun menjadi liar serta agrasif ketika terancam serta dalam keadaan lapar.


Kisah ini berlaku dihadapan mata saya sendiri sekitar tahun 90an.Terdapat sebatang Sungai yang diberi nama Praya tidak jauh dari berberapa kampung.Dahulunya sungai ini menjadi sumber air bersih namun setelah dibina ladang ternakan maka kualiti air menjadi rosak dimana air dahulunya jernih bertukar kelabu dan adakalanya menjadi hitam.Disamping itu kadangkala kelihatan bangkai ternakan dibuang oleh mereka yang tidak bertanggung jawab kedalam sungai.


Situasi ini menjadi punca kehadiran haiwan liar yang kerap kali kelihatan dikawasan sungai seperti Ular sawa,Biawak besar dan tidak ketinggalan Sang Bedal juga kerap kali menunjukan dirinya dengan terapung di permukaan air.Antara kisah menarik yang berlaku secara kebetulan dihadapan mata saya sendiri ketika itu saya bersama berberapa rakan menancing disungai Tersebut.Sementara menunggu mata kail dijamah ikan kami berbual kosong sambil melayan asap rokok yang mana ketika itu kami terpaksa bersembunyi dari pandangan orang tua.Maklum lah masih dibangku sekolah,jika tertangkap mahu birat belakang badan kena rotan ehehe...dalam leka berborak kosong tiba-tiba terlihat satu kocakan air yang deras disambung bunyi percikan air yang kuat seolah-olah seketul batu besar jatuh kedalam sungai.Dengan sepantas kilat saya melihat Buaya besar berwana coklat keemasan menyambar seekor babi hutan yang sedang mencari makanan diseberang berhadapan dengan kawasan kami duduk memancing!.


Melihat kejadian tersebut secara serentak nya perasaan takut hadir dalam diri masing-masing,Tanpa banyak bicara secepat mungkin kami menggulung tali pancing dan segera berundur untuk meninggalkan sungai berkenaan.Sebelum itu kami biasa mendengar kisah-kisah dari mulut orang tentang kewujudan Buaya disungai tersebut namun tidak pernah dipercayai kerana menganggap itu sekadar gimik menakutkan budak-budak bermain berhampiran sungai Praya.Selepas kejadian tersebut saya tidak lagi melakukan sebarang aktiviti di kawasan sungai praya lagi sehingga lah tiba lah musim menanam padi ketika itu bulan Julai.


Bulan tersebut digunakan oleh orang kampung untuk membersihkan kawasan bukit-bukit untuk menanam padi yang dipanggil padi Bukit.Kebiasaan nya akan berlaku musim kemarau.Ketika itu saya bersama berberapa penduduk kampung termasuk arwah atuk dan nenek ketika itu Atuk masih kuat dalam lingkungan usia 50 Tahun.Bersama 7-8 orang kampung menuju kesungai praya untuk mengutip kirikap.sejenis siput yang banyak disungai terbabit.Seawal tiba disungai,kekihatan air sedang surut dan agak jerih sehingga menampak kan dasarnya.Kami beramai-ramai turun kesungai untuk mengutip Kirikap,Belum pun sampai dua jam,Sekitar pukul lima petang air mula pasang.Saya bersama rakan naik ketebing manakala orang dewasa bersama atuk masih lagi berada dalam sungai sedang tekun mengutip siput.


Disaat air pasang penuh,Atuk masih lagi berada di lokasi yang sama,tanpa berganjak sedikit pun sehingga Nenek memanggil atuk berkali-kali,namun atuk masih disitu lagi.Dalam berberapa minit saja bakul yang dibawa oleh atuk penuh dengan siput kirikap yang bersaiz besar-besar.Atuk memberitahu ada sebatang pokok reput didasar sungai yang menjadi tumpuan siput.Ketika leka meraba pokok yang dimaksudkan Atuk terasa seolah-olah kayu tersebut bergerak dan menggesel tubuh atuk yang ketika itu paras dada didalam air,Kedaan air yang mula keruh membuatkan kami tidak nampak Kayu yang atuk maksudkan.Tiba-tiba Nenek menjerit menyuruh atuk naik ke darat.Sambil menjerit Nenek memberitahu Atuk betul-betul berada di hadapan "Datuk".jelas kelihatan kayu yang atuk maksudkan ialah Susuk tubuh seekor buaya katak yang besar berwarna gelap betul-betul berhadapan dengan atuk.


Atuk mengundur perlagan-lahan sambil berkata-kata dengan Buaya berkenaan dengan memberi tahu dia tiada niat hendak menggangu Buaya tersebut dan datang sana semata-mata mencari rezeki.Mungkin dalam dua tiga langkah sahaja atuk berganjak,Buaya tersebut tenggelam perlahan-lahan dan hilang dari depan mata.Ketika itu Orang kampung yang bersama kami turut tergamam begitu juga nenek yang terkejut sehingga menitis air mata melihat detik cemas atuk di hadapan Sang Bedal yang boleh menyambar bila-bila masa sahaja.


Kejadian tersebut merupakan titik akhir Atuk mengikuti setiap kali ada rancangan untuk mencari siput disungai.Kini setelah hampir lima belas tahun atuk kembali kepangkuan pencipta tinggal lah kenangan bersama atuk berhadapan detik ngeri dihujung nyawa.Terjadi lagi satu kejadian disungai praya ketika itu saya di sekolah menengah,Apabila tersebar cerita mengatakan perahu yang dinaiki seorang lelaki di terbalik kan oleh buaya ketika mengangkat pukat disungai terbabit.Melalui cerita mulut orang,Konon nya pukat tersebut tersangkut pada tangan buaya sehingga memaksa buaya bertindak agrasif untuk melepaskan diri,Ketika itu buaya melibas perahu sehingga terbalik namun tidak megapa-apakan lelaki berkenaan,Dimana hasil tangkapan turut hilang apabila perahu terbalik.Mujur lah mangsa sempat berenang ketebing dan menyelamatkan diri.Perahu sempat diselamatkan melalui bantuan orang kampung dengan menarik perahu ketebing ketika air sedang surut.


Seorang lelaki yang tidak dikenali ditemui di tebing sungai oleh penduduk kampung berberapa minggu selepas kejadian perahu terbalik,Ketika di tanya lelaki yang berusia dalam lingkungan pertengahan 40 tahun tersebut memberitahu dia mendengar cerita dari mulut orang tentang kisah perahu terbalik dan menarik hatinya untuk kembali kesungai praya yang mempunyai kesan sejarah dalam hidupnya,Melalui cerita lelaki tersebut,Satu masa dahulu ketika itu sungai praya amat dalam dengan keluasan mencecah dua padang bola,ketika itu dia bersama sepupu mencing di hulu sungai praya,Entah macamana secara tiba-tiba buaya muncul di tebingan sungai dan menyambar kaki sepupunya sehingga putus di bahagian buku lali.


(SEKADAR HIASAN)




Setelah kejadian tersebut,lelaki yang dikenali sebangai Apai menemui berberapa pawang buaya untuk mengusir buaya dari sungai praya.melalui pawang tersebut lah Apai mendapat berberapa petua serta pantang larang buaya.Antaranya ketika berhadapan dengan buaya jangan terlalu gementar,cuba kawal perasan dan jangan tunjukan anda ketakutan.Cuba berkata-kata dengan nya,mengikut pengelaman pawang buaya,Buaya ini memahami kata-kata manusia melalui gerak badan.oleh itu jika kita bergerak dengan kasar atau cuba lari dengan melakukan gerakan kuat,Buaya akan segera menyerang kerana terasa terancam.jawapan nya cuba tenang dan kawal perasaan ketika berhadapan dengan buaya.


Menurut kepercayaan orang-orang dulu,Buaya sejenis haiwan pendendam,sekali anda menbuat salah dengan nya selama-lamanya dia akan berdendam,Sama juga kisah nya dengan buaya lagenda Bujang Senang yang perkasa kerana dendam!.Ada juga kisah mengatakan buaya cukup pantang jika mencium bau kelambu,Anda tahukan apa itu kelambu? Kelambu ini berupa kain atau seperti langsir yang dijahit empat segi digunakan oleh orang dulu terutama masyarakat Cina untuk mengelak gigitan nyamuk ketika tidur..Buaya amat membenci bau basuhan kelambu.sebab itu lah kaum wanita dahulu pantang membasuh kelambu disungai.mereka akan menganggkut air kerumah untuk membasuh kelambu.
Sejauh mana pantang nya Buaya dengan Kelambu,Tidak dapat dipastikan,namun walau apapun tanggapan anda,Buaya merupakan haiwan pemangsa yang ganas.Sekian untuk perkongsian mengenai Raja Sungai kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan