Selasa, 21 November 2017

KISAH MISTERI KELUARGA MISKIN MENJADI KAYA RAYA MELALUI NAJIS BURUNG

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.Kembali dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia dengan sebuah lagi kisah misteri menarik untuk tatapan semua.Sebuah kisah mengenai keberuntungan seseorang bukan terletak pada paras rupa.Akan tetapi telah ditentukan oleh yang maha Kuasa,Namun sejauh mana insan menghargai akan pemberian yang bersifat kekal atau sementara.Kisah yang akan dibawakan ini merupakan sebuah kisah benar yang telah merubah kehidupan seorang hamba dari miskin hina menjadi kaya raya namun sayang cuma sementara.

Hashim merupakan seorang anak tunggal dan menetap bersama ibu nya manakala ayah nya telah lama pergi menghadap seruan Ilahi.Sejak usia sembilan Tahun ibunya lah yang mengasuh serta memberi segala kasih sayang terhadap Hashim.Ketika disekolah Hashim seringkali menjadi mangsa buli dihina dan di keji oleh rakan-rakan sebayanya dek kerana kemiskinan serta kedaifan Hashim.Sehingga lah Hashim berhenti sekolah ketika diambang meniti ke sekolah menengah.Dengan usia yang masih mentah serta tidak mempunyai sebarang kelulusan Hashim hanya mampu menbantu ibunya mengambil upah membersihkan ladang mahupun sawah orang.Bukan setakat disekolah malah di kampung juga Hashim sering di pinggir oleh rakan-rakan nya.

Ketika musim hujan,Hashim bersama ibunya hanya mampu mengalas perut dengan simpanan ubi kayu yang di tanam berhampiran pondok usang mereka.Dengan ubi lah mereka meneruskan kehidupan manakala ibunya mengayam tikar,bakul atau apa sahaja yang boleh dijual bagi meneruskan kelangsungan hidup.Hari berganti hari bulan berganti bulan sehingga lah Hashim meningkat dewasa.Dimana ketika itu Hashim banyak membantu ibunya dari segi keuwangan.Dengan kerja bertukang bersama penduduk kampung dapat lah Hashim melangkah setapak dalam memajukan ekonomi hidup bersama ibunya.Ketika itu usia Hashim menjangkau Sembilan belas tahun.Segalanya berubah sekelip mata bagai tidak diduga.

Malam kejadian entah kenapa Hashim merasakan sesuatu yang tak kena,dimana bumbung rumah mereka bagai dicakar-cakar dengan binatang berkuku.Hashim bersama ibunya hanya mampu mendiamkan diri tanpa berani melihat apakah gerangan haiwan yang mencakar bumbung rumah mereka.Suasana riuh rendah dengan cakaran serta bunyi siulan burung amat nyaring kedengaran dari atas rumah.Suasana misteri yang begitu menakutkan tidur dua beranak.Entah pukul berapa akhirnya Hashim terlelap diatas bantal buruk nya.Dimana pada malam tersebut Hashim didatangi sekumpulan gadis jelita yang amat cantik sehingga Hashim tidak mampu bertanya mahupun berbuat apa-apa kerana tergamam melihat pandangan indah yang belum pernah Hashim lalui.

Dalam mimpi tersebut,Gadis jelita tersenyum-senyum sambil berberapa orang ketawa kecil melihat gelagat Hashim,Hashim terkejut apabila diantara seorang gadis yang paling cantik mula bersuara serta meminta agar Hashim tidak takut serta terkejut dengan kehadiran mereka.Si Gadis bersuara meminta izin untuk menumpang di rumah Hashim.Dan mereka berjanji akan memberi ganjaran kepada Hashim.Si Gadis memberitahu akan setiap malam Beratus-ratus malah berjuta-juta ekor burung gagak akan menumpang bumbung rumah mereka.Dan Hashim diminta agar merahsiakan perkara tersebut dari sesiapa selain ibunya.

Sebelum menghilang Si Gadis mengingatkan Hashim sekali lagi mulai dari hari itu hidup mereka akan berubah dan meminta agar Hashim mengutip najis-najis burung gagak dari halaman rumah mereka dan mencucinya.Setelah hilang dari pandangan Hashim,Hashim terkejut dan terus terjaga.Ketika sedar Hashim terkejut melihat ibunya masih duduk menyandar sambil memerhatikan nya.Tanpa berlengah Hashim menerpa kearah ibunya dan terus menceritakan apa yang dilaluinya dalam mimpi sebentar tadi.Rupa-rupanya Ibu Hashim terlebih awal mendapat mimpi tentang kehadiran gadis dari mimpi Hashim serta alamat kehadiran bunyi riuh dari bumbung rumah mereka.Setelah berbual dengan ibunya,Hashim meneruskan tidurnya diikuti ibunya walaupun suasana luar kedengaran bingit kerana bunyi bising burung serta cakaran mereka diatas bumbung rumah.

Keesokan harinya seawal subuh Hashim bangkit dari tidurnya selepas menunaikan kewajiban.Hashim mengintai keluar rumah namun tiada bayang-bayang serta bunyi riuh kedengaran kecuali bunyi katak kodok serta bunyi cengkerik yang berpesta menanti terbitnya matahari.Hashim duduk termenung di hujung meja manakala ibunya bersiap-siap menguli tepung untuk dibuat sarapan pagi.Matahari masih merah,tanah masih samar Hashim berlari keluar rumah untuk melihat najis burung yang dipesan kepadanya ketika dalam mimpi semalam.Ternyata memang benar....Segenap ruang tanah lapang dihadapan rumah mereka kelihatan hitam penuh dengan najis burung,begitu juga dengan longkang-longkang dipenuhi dengan najis.

Hashim menggaru kepala sambil masuk kedalam rumah untuk mengadu kepada ibunya.Belum pun sempat Hashim bersuara Ibunya memberitahu yang mereka mempunyai tugas baru iaitu mengumpul najis burung untuk dicuci seperti yang disampaikan dalam mimpi.Hashim semakin hairan apakah tujuan najis burung hendak di kumpul lalu dicuci??Maka bermula pagi pertama Hashim bersama ibunya mencedok najis-najis burung yang memenuhi perkarangan rumah mereka sebelum dimasuk kan kedalam guni.Hampir tengahari baru lah segenap laman bersih dikutip dengan tiga guni penuh dengan najis burung.Selepas makan tengahari Hashim bersama ibunya mula mencuci najis-najis burung yang dikumpul tadi.Perlahan-lahan.......

Akhirnya cucian pertama Baru lah mereka sedar yang dicuci itu sebenarnya bukan najis tetapi Lada Hitam,Namun setelah dicuci kulit-kulit lada telah hilang yang tinggah hanya lada putih.Ibu Hashim menitis air mata melihat apa yang baru saja mereka perolehi.Lada Hitam yang telah siap diproses menjadi lada Putih dengan nilai pasaran nya lebih mahal berbanding lada hitam.Dimana ketika itu harga sekilo mencecah dua puluh ringgit!!!.Tangisan kesyukuran dua beranak tepancar jelas.Setelah siap membersihkan najis-najis tersebut,Mereka menjemur biji-biji lada sebelum dijual.

Keesokan harinya setelah bangkit dari tidur Segenap ruang rumah mereka dipenuhi dengan najis burung.Hashim tersenyum melihat najis-najis yang melimpah dihadapan rumah mereka.Perkara yang sama dilakukan oleh dua beranak manakala sebelah petangnya Ibu Hashim akan menghubungi Kong siong seorang Taukey pemborong lada di pekan untuk membeli lada putih Hashim.Saat pertama melihat Lada ibu Hashim,Taukey Kong Siong terbeliak mata sambil melopong melihat lada putih gred paling baik dari simpanan Ibu Hashim.Kong siong bertanya dari manakah Ibu Hashim memperolehi Lada tersebut sedangkan mereka tiada sebarang ladang mahu pun kebun.Ibu Hashim hanya tersenyum dan memberitahu itu semua kerja Tuhan !!.

Perlahan-lahan kehidupan Hashim mulai berubah dahulunya kais pagi makan pagi malah pernah tak jamah apa-apa kecuali air kosong sepanjang hari.Namun sejak kehidaran burung-burung misteri malam-malam telah mengubah nasib mereka menjadi kaya raya malah mampu membantu orang-orang kampung yang susah.Selang berberapa tahun Hashim dan ibunya amat dikenali saudagar Lada Putih ajaib dan Hashim telah pun bertemu jodoh dengan gadis kampung pilihan hatinya.Hashim dan ibunya hidup bahagia sehingga lah Isteri Hashim menunjukan sifat pelik-pelik dimana berat badan isterinya mula meningkat dengan selera makan menjadi-jadi.

Kerap pening dan mual-mual membuat kan Hashim risau.Sehingga lah ibu Hashim memberi nasihat agar Hashim membawa isterinya menemui dokter untuk pemeriksaan kesihatan.Dengan kereta yang baru dibeli Hashim membawa isterinya menemui seorang dokter kenalan isteri Hashim iaitu Dokter Rosnani,Setelah membuat pemeriksaan,Manakala Hashim berdebar-debar menunggu hasil pemeriksaan,Dokter Rosnani keluar sambil ketawa-ketawa bersama isteri Hashim,Hashim bangun mendapatkan isterinya sambil menunggu khabar dari Dokter Rosnani.Hashim hampir menjerit apabila Dokter Rosnani memaklumkan Isteri Hashim mengandung dua bulan.Dokter Rosnani menasihatkan Hashim dan isterinya agar menjaga kandungan serta kesihatan isteri serta bayi dalam kandungan.

Tiba dirumah Hashim Hashim tak sabar menyampaikan berita gembira kepada ibunya.Namun ibu Hashim tidak kelihatan,Puas dicari rupanya Ibu Hashim sedang sibuk melihat jemuran lada putih mereka yang menghampar diaatas tikar.Ibu Hashim segera memeluk menantunya sambil mengucup dahi menantunya tanda syukur dan berterima kasih kepada yang Esa atas kurniaan seorang cucu yang dinanti-nantikan.Begitulah hari-hari kehidupan mereka.Sehingga lah kandungan isteri Hashim menjangkau Lapan bulan dimana perut isteri Hashim kian membesar,Dan Hashim tidak pernah lupa walau sehari menemani isterinya melakukan pemeriksaan janin.Dimana melalui pemerikaaan Dokter Rosnani,Isteri Hashim bakal melahirkan bayi Lelaki,Makin lah Hashim seronok dan gembira.

(SEKADAR HIASAN)

Hari yang dinantikan telah tiba,dimana petang tersebut Isteri Hashim mengadu sakit perut dan dijangka hendak bersalin.Hashim bersama ibunya membawa isterinya ke Hospital,Kerana terlalu gembira dan tak sabar mening cahaya mata,Hashim memandu dengan laju agar segera tiba diHospital.Sewaktu melalui selekoh,Kereta yang dipandu oleh Hashim hilang kawapan lalu terbabas melanggar tembok,Ibu Hashim tercampak keluar dan mengalami cedera parah dibahagian kepala,Manakala isteri Hashim tidak mengalami kecederaan kerana duduk di tempat duduk belakang.Cuma darah mula turun dengan banyak dari kaki isteri Hashim.Hashim bangun melihat isterinya sebelum menerpa kearah ibunya.Ketika itu kebetulan sebuah van melintasi jalan tersebut menawarkan bantuan menghantar isteri Hashim serta ibunya ke Hospital.Hashim terpaksa menunggu jentera penarik untuk menarik kereta ke bengkel.

Setelah siap Hashim menahan taksi untuk menemui isteri serta ibunya diHospital.Tiba di sana Hashim melihat-lihat mencari kelibat isteri mahupun ibunya.Sehingga lah seorang lelaki berbaju putih menyapa Hashim sambil bertanya nama ibu serta isteri Hashim.Setelah disahkan Hashim dibawa ke bilik sambil lelaki berbaju putih yang dipercayai Dokter memberitahu berita sedih kepada Hashim dimana ibu,isteri serta bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan.bagaikan luruh jantung Hashim mendengar berita yang tidak dapat diterima akal dan fikirannya.Untuk memuaskan hati Hashim dibawa untuk melihat jenazah!.Ketika itu Hashim tidak dapat lagi menahan sebak tangisnya.Hashim menangis sekuat hatinya tiga orang penting dalam hidupnya telah pergi sekelip mata.

Seminggu selepas kejadian,Hidup Hashim tidak terurus dimana segala usaha yang dijalankan bersama ibu dan isterinya diabaikan,Kesihatan Hashim mula merosot dimana seorang Lelaki tua,Pak Aji Senin sudi menjaga serta menguruskan Hashim dalam masa yang sama menemani Hashim.Dan sejak kejadian meragut nyawa ibu serta isterinya,tiada lagi burung-burung datang mahupun najis di sekitar rumah Hashim,bagaikan satu karma berlaku.Hashim semakin tertekan,Siang malam menangis meratapi nasib cukup lah sekadar Pak Aji Senin yang sudi menjaga serta menguruskan Hashim.Hashim dibawa pindah ke rumah Haji Senin di sana Hashim semakin teruk dimana nasihat Aji Senin mahupun Lokman anak bujang Pak Aji Senin tidak diendahkan,Tak makan,mandi dan sebagainya.

Cuma bertahan kurang setahun,akhirnya Hashim juga pergi menghadap penciptanya di rumah Pak Aji Senin.Tinggal lah rumah lama serta kenangan tiga sekeluarga musnah dengan tragis tanpa sebab.Setelah bertahun-tahun lamanya rumah peninggalan Hashim dan ibunya di robohkan.Hilang begitu sahaja kisah Hashim dan ibunya,Kini sebagai kenangan seorang insan yang taat kepada ibunya,Lokman menghantar karangan kepada rakan kami agar kisahnya di karang dan disimpan agar tidak hilang dimakan usia.Apa yang ingin kami sampai kan melalui kisah ini ialah,Tiada sempadan rezeki bagi yang percaya kepada Takdir serta insan yang taat setia kepada ibunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan