Sabtu, 4 November 2017

KISAH MISTERI TUKANG BAKAR MAYAT MENANG LOTERI

Asalamualaikum dan Salam Muhibbah buat semua.bertemu kembali dalam paparan Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini,saya ingin kongsikan sebuah kisah menarik dari seorang lelaki dalam lingkungan 54 tahun yang lebih mesra di panggil Uncle Lim.Yang mana Uncle Lim telah berkecimpung dalam pekerjaan Yang agak mencabar apabila dia menggalas tugas sebagai seorang yang di pertanggung jawabkan dalam urusan pembakaran mayat di sebuah bangunan memorial terkenal di selatan tanah air.


Uncle Lim mula bekerja disini ketika usia mudanya iaitu 35 tahun dan ketika itu beliau baru saja berumah tangga dan terpaksa menggalas tanggungjawab dalam pembakaran mayat setelah kematian Mendiang Lim cher ayah kandungnya yang mana telah berkhidmat dalam pengurusan mayat sejak taman peringatan ini dinaik taraf sekitar awal tahun 80an.Setelah kematian bapanya, Uncle Lim lah yang menggantikan tugas bapanya menjaga kebersihan dan memukul tanggungjawab beratnya.Selama berkhidmat hampir 25 tahun bermacam peristiwa yang berlaku dalam sejarah pekerjaan nya.melalui pengalaman beliau kami berpeluang berkongsi kisah-kisah menarik melalui pengalaman sebenar Uncle Lim buat tatapan semua.


Antara kisah menarik yang akan saya lanjutkan disini ketika Uncle Lim berjalan melalui kawasan jirat atau dalam ertikata lain makam Cina kerana melawat sebuah jirat yang baru bertuan siang nya kerana ingin membakar colok.selang berberapa makam dia terperasan seseorang sedang duduk menyandar disebuah makam.Uncle Lim ingin bertanya tujuan orang tu datang kekawasan tersebut ketika senja hari,Namun setelah menghampiri kawasan tersebut,orang yang dilihatnya tadi menghilangkan diri.Setelah memerhatikan kawasan jirat namun tidak melihat kelibat sesiapa pun disitu.Uncle Lim meneruskan langkah nya menuju ke Jirat yang paling hujung dan yang paling baru untuk menyalakan lilin serta membakar colok.


Selesai tugas membakar colok,uncle Lim meninggal kan jirat tersebut untuk kembali ke bilik nya dikawasan Tokong.semasa dalam perjalanan menuju ke bilik Uncle Lim melihat kelibat pemuda yang duduk menyandar pada makam yang dilaluimya tadi.pemuda tersebut seolah-olah menuju kearah uncle Lim semakin lama semakin dekat,sekali bila dekat Uncle Lim terperanjat melihat wajah pemuda yang berdiri tidak jauh dari hancur,wajah pemuda tersebut seoalah-olah tersiat berserta lumuran darah mengalir dari kesan yang tersiat tadi.Uncle Lim cuba mengelak namun dalam sekelip mata pemuda tersebut hilang dari pandangan.


Keesokan harinya Uncle Lim menerima panggilan dari pihak pengurusan Taman kenangan tersebut memberitahu akan adan upacara pembakaran mayat menggunakan peti pembakaran elektrik.Setelah menunggu sehingga tengahari,sebuah van mayat telah tiba namun kali ini agak pelik kerana cuma ada sebuah kereta yang mengiringi van berkenaan kerana kebiasaan nya terdapat lima enam buah kenderaan waris-waris mayat yang akan menyertai rombongan mayat untuk di tanam ataupun dibakar.Ketika menerima surat pengesahan dari pihak pengurusan,Uncle Lim terkejut melihat gambar pada surat tersebut,kerana gambar yang dikepilkan sama dengan wajah pemuda yang tersiat yang ditemui nya dalam kawasan jirat semalam.

 (SEKADAR HIASAN)

Setelah selesai urusan sembahyang,Uncle Lim menekan butang peti pembakar,bersama keranda yang mengandungi jasad pemuda yang dilihatnya masuk kedalam peti pembakaran.Dalam berberapa saat saja keranda didalam ruang pembakaran,tiba-tiba terdengar bunyi letupan kecil dari dalam peti pembakaran mayat.Uncle Lim tahu akan bunyi tersebut apabila berlaku bunyi letupan kecil disaat perut mayat mengelembung dan pecah!.setelah selesai,peti pembakar akan berhenti secara sendiri,sehinga lah pintunya dibuka untuk mengeluarkan abu mayat.


Abu mayat yang siap dibakar akan berubah menjadi putih seakan tepung beras dan dimasukan kedalam balang kecil untuk dimasukkan dalam satu laci yang akan tertulis nama serta gambar pemilik abu mayat untuk memudahkan ahli keluarga menziarahi abu si mati untuk urusan sembahyang atau mengalihkan abu mayat ke taman peringatan yang lain.


Peristiwa seterusnya sewaktu meguruskan mayat seorang wanita yang mati akibat lemas apabila membunuh diri dengan terjun dari jambatan,Sejak awal urusan pembakaran mayat,tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku,sehingga lah segala urusan selesai dengan selamat dan Suami mangsa telah memindahkan abu mayat kedalam kotak simpanan serta keluarga mangsa balik kerumah,Malam tersebut sewaktu uncle Lim makan bekalan yang dibawa dari rumah,Uncle lim terdengar bunyi kaca-kaca pecah dari arah dewan sembahyang dimana disitu ditempatkan patung-patung yang besar.Namun apabila tiba disana tiada apa-apa pun yang pecah atau tumbang.sewaktu keluar dari dewan sembahyang,Uncle Lim melihat satu susuk tubuh manusia berdiri dihadapan kotak simpanan Abu yang baru dibakar siang tadi.Apabila di lihat dengan betul ternyata orang yang berdiri di depan kotak simpanan tersebut dan uncle Lim pasti orang itu adalah pemilik abu mayat yang ada didalam nya.


Kejadian yang betul mencuit hati berlaku berberapa tahun yang lalu.Kebetulan bulan tersebut agak ramai yang mati sehingga separuh blok telah dipenuhi dengan mayat.Malam tersebut cuaca agak panas sehingga memaksa uncle Lim keluar dari bilik nya untuk mengambil angin malam yang dingin,sewaktu berdiri menghadap kawasan jirat yang baru tiba-tiba terlihat dua tiga orang sedang membuat sesuatu diatas kubur yang baru.Uncle Lim segera kedalam bilik suis dan segera memetik suis lampu besar dan menyuluh kearah jirat tersebut.Tiga orang lelaki yang tidak diketahui tujuan nya cuba mengorek satu kubur yang belum sampai seminggu ditanam dikawasan tersebut.Dan nasib antara seorang dari mereka agak malang.Apabila seorang dari mereka terjatuh apabila terlanggar tembok satu jirat.Mujur kepalanya tak pecah akibat terhantuk.


Uncle Lim mendapatkan pemuda tersebut,ternyata terdapat kecederaan kecil dibahagian lutut pemuda tu.Uncle Lim merasa simpati apabila pemuda tu berulang kali meminta maaf dan merayu agar dilepaskan.Uncle Lim bertanya apakah tujuan mereka datang ke jirat malam-malam,Pemuda tersebut membuka cerita yang dia dan rakannya berhajat untuk mengorek satu liang kubur kerana mereka percaya mayat dalam tu ada memakai barang kemas!.Uncle Lim ketawa mendengar pengakuan pemuda tersebut.lupanya dia onang mau culi,kata uncle Lim.


Uncle Lim menjelaskan kepada pemuda tersebut tidak ada satu pun mayat dalam jirat tersebut yang dibenarkan memakai barangan kemas sewaktu mayat nya ditanam.dan itu antara syarat-syarat pihak pengurusan taman tersebut.Jadi tak payah lah fikir mayat-mayat dalam kubur tu ada harta!.Mujur tak jadi kemalangan yang parah,kepala terhantuk pada batu ke,sia-sia hidup. Jika zaman dulu-dulu tu mungkin lah ada barang kemas itu pun bukan semua,mungkin ada satu dua kubur saja dari yang beratus malah beribu kubur.


Selain dari itu,uncle Lim menceritakan dia pernah mengalami detik cemas ketika itu petang lebih kurang dua atau tiga petang,Sewaktu menyapu habuk-habuk dikawasan pembakaran mayat,Tiba-tiba Uncle Lim terdengar suara seseorang menjerit dari dalam bilik bakar,Uncle Lim menjadi hairan namun tidak sedikit pun takut kerana merasakan suara itu datang dari budak-budak nakal yang cuba bermain didalam ruang bakar.Apabila pintu dibuka,tak ada pula kelibat sesiapa yang kelihatan.Uncle Lim menganggap itu cuba salah pendengaran,namun suara yang sama berulang kembali,apabila suara seakan-akan suara kanak-kanak pun ada suara wanita pun boleh jadi.Namun apabila uncle Lim membuka pintu semula dan memeriksa kawasan bilik berkenaan tetap tidak menemui sesiapa pun didalam nya.


Uncle lim juga memberitahu terdapat sebuah bilik dalam kawasan tokong yang dijaganya yang menyimpan alat-alat musik seperti gendang yang diketuk semasa perarakan Mayat termasuk semua kelengkapan nya,dimana pernah terjadi gendang tersebut seolah-olah diketuk seseorang.Sehinggakan Uncle Lim dah lali dengan setiap ganguan yang di lauinya sejak menjadi tukang bakar serta penjaga rumah berhala tersebut.


Kunjungan seorang wanita tua ketika hujan renyai-renyai,ketika itu uncle Lim sedang membaca surat khabar dalam bilik peribadinya.kerana tiada pekerjaan yang boleh dilakukan memandangkan cuaca tak menentu kerana musim hujan.sewaktu leka membaca lembaran surat khabar,Tiba-tiba seorang nenek tua muncul didepan pintu dengab bertongkat.Namun yang menghairan kan Uncle Lim apabila nenek tersebut kelihatan kering sedangkan dia berdiri dalam hujan yang renyai-renyai tanpa payung.Uncle Lim terkejut dan menanyakan nenek tu dari mana dan hendak apa.Tanpa menjawab soalan uncle Lim,tiba-tiba nenek tersebut menghulur satu bungkusan kepada uncle Lim.Baru saja uncle Lim hendak membuka bungkus plastik tersebut,tiba-tiba nenek tu menghilangkan diri sekelip mata.


Uncle Lim dalam keadaan risau membuka bumgkusan yang diberi tenyata sebiji pau berwarna putih didalam nya.Uncle Lim semakin seram apabila memikirkan kewujudan nenek tersebut apatah lagi makan pau yang diberi.Sekali lagi uncle membuka bungkusan tersebut untuk memastikan pau berkenaan,ketika itu fikiran bercelaru hendak makan atau tidak.Sewaktu membelek-belek pau tersebut,uncle Lim terlihat dengan jelas dibawah pau tersebut terdapat empat angka nombor.Uncle Lim kembali ceria dan menganggap nenek tersebut datang membawa rezeki untuk nya.


Kebetulan keesokkan harinya ialah Ahad,Uncle Lim keluar awal pagi untuk balik kerumah dengan basikal tua nya.Sewaktu melalui sebuah pekan Uncle Lim seinggah disebuah kedai kopi untuk mendapatkan secawan kopi sambil menbeli empat nombor ekor melalui ejen jualan nombor yang ada di kedai kopi tersebut.Uncle Lim sekadar membeli tanpa menaruh harapan yang besar.pada nombor berkenaan.setelah selesai menghabiskan cawan kopinya uncle Lim pun balik kerumah.keesokan harinya dia pergi ke kawasan jirat semula untuk menjalankan pekerjaan biasanya.


Semasa dalam perjalanan Uncle Lim singgah disebuah kedai runcit membeli rokok dan surat khabar.ketika itu hujan mula turun seperti sebelumnya memandangkan memang musim hujan.sambil menghirup air kopi panas yang dibawa,Uncle Lim membelek halaman surat khabar dan sampai lah dibahagian keputusan nombor ekor!Satu persatu diperiksa namun tidak satu pun yang kena.Saat ingin menutup helaian surat khabar uncle Lim terperasan akan satu nombor,Nombor tersebut sama seperti yang dibelinya semalam dan sama dengan nombor yang ditemui dari bawah pau yang diberi nenek semalam nya.


Ternyata nombor yang terdapat dibawah pau tersebut sama dengan keputusan nombor yang tersenarai di bahagian paling atas sekali! Berkali-kali uncle Lim memeriksa nombor yang dibeli dengan keputusan yang tertera,ternyata jawapannya sama dan tepat menduduki tempat pertama.Uncle Lim kesal kerana sekadar membeli dua ringgit sahaja! Jika dia tahu nombor berkenaan akan menang sudah pasti dibelinya banyak-banyak.Petang nya uncle Lim menuju ke warung kopi tersebut untuk menuntut hadiah kemenangan.Ternyata sampai semua nya telah disiapkan.


Begitu lah pengelaman seorang lelaki separuh umur yang terpaksa menggalas tanggungjawab membakar mayat-mayat yang di amanahkan kepadanya.Melalui pengalaman Uncle Lim,tiada apa pun yang harus ditakutkan,ianya tergantung pada diri sendiri.jika kita sentiasa memikirkan ketakutan,maka benar-benar lah kita takut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan