Selasa, 7 November 2017

AZAB SUAMI ISTERI MALANG MENYEWA RUMAH BERHANTU

Asalamualaikum dan Salam sejahtera buat anda semuanya.Bertemu kembali dalam Siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk paparan Misteri kali ini saya ingin kongsikan satu lagi kisah menarik melalui pengelaman sepasang suami isteri Encik.Roslin bersama seorang anak mereka setelah menyewa sebuah rumah selepas membuat keputusan duduk berdikari selain dari mengharapkan ihsan orang tuanya,Tambahan pula Memang sengaja Roslin mencari rumah yang lebih dekat dari tempat kerjanya.Melalui iklan-iklan rumah sewa yang tersenarai didada akhbar termasuk meminta bantuan rakan kerjanya untuk membantu mendapatkan sebuah kediaman murah serta selesa.

Selama seminggu mencari akhirnya Roslin mendapat berita gembira dari seorang sahabat yang juga rakan kerjanya,Sebuah rumah lama namun telah dicat semula dengan keluasan yang selesa serta dilengkapi dengan empat bilik tidur.termasuk perabot seperti almari pakaian,meja makan,katil dan sebagainya.Petang hari yang dijanjikan Roslin bersama keluarganya termasuk rakan kerja nya pergi ke rumah tersebut untuk memastikan apa yang di khabarkan.Jarak perjalanan dari tempat kerja Roslin cuma memakan masa 15 minit untuk tiba dirumah tersebut.Ternyata rumah berkenaan bukan lah dari kawasan perumahan tetapi diatas tanah peribadi namun mempunyai ramai jiran-jiran berbilang kaum.Roslin mula terpukau disaat tiba di pagar utama rumah barunya apabila melihat keindahan rumah yang bakal disewanya.Setelah pagar dibuka seorang lelaki berbangsa Cina menunggu ketibaan mereka dengan senyuman manis berbaju pagoda.


Setelah keluar dari kereta,Roslin dan Isterinya meninjau kawasan rumah dikiri dan kanan rumah tersebut ditanam pokok bunga kertas yang tinggi serta mula berbunga membuatkan ianya kelihatan amat cantik serta tempayan-tempayan besar berbaris di laman rumai dipenuhi dengan pokok Bonzai yang dijaga rapi oleh pemilik nya.Isteri Roslin begitu gembira melihat pemandangan luar rumah yang pasti memukau di tambah sebuah taman mini bersama buaian bergantung amat mendamaikan suasana.Setelah puas melihat suasana luar rumah Roslin dan Isterinya dibawa melihat bahagian dalam rumah.Langkah pertama dijejak kedalam rumah kedinginan mula terasa membuatkan Isteri Roslin mula rasa lain macam apabila udara hapak berserta keadaan perabot seperti meja dan kerusi diruang tamu kekihatan amat unik dan terlampau kuno.


Tuan rumah merupakan anak sulung dari pasangan pemilik rumah yang telah diamanahkan untuk menjaga rumah tersebut tetap mesra melayan setiap pertanyaan Roslin,Setiap bilik di jenguk dan di tunjukan kedudukan suiz lampu serta kemudahan lainnya sehingga lah mereka tiba dibilik terakhir dibahagian belakang berhampiran dengan dapur,Bilik berkenaan agak luar biasa dari bilik lainnya dimana terdapat bilik air,katil yang besar,kerusi malas yang dibuat dari rotan serta sebuah meja solek.Tuan rumah menerangkan bilik tersebut adalah bilik utama dalam rumah tersebut.Isteri Roslin mula serasi dalam rumah tersebut apabila tingkap-tingkap dibuka termasuk pintu dapur.Saat pintu belakang dibuka sekali lagi isteri Roslin terpana melihat kebun kecil dimana terdapat serai,cili,serta pokok-pokok limau kasturi berbuah lebat menanti kehadiran mereka.

(Sekadar Hiasan)



Setelah puas melihat kawasan luar dan dalam rumah,tuan rumah mengeluarkan surat perjanjian sewa beli untuk ditandatangani oleh Roslin.Tuan rumah meminta agar Roslin membaca setiap helaian surat berkenaan,Setelah membacanya Roslin bersetuju menurunkan tanda tangan nya sebelum menghulurkan wang deposit.Setelah selesai semua urusan,Tuan rumah menyerahkan anak kunci sebelum meninggalkan Roslin serta isteri dan anaknya bersama rakan dirumah tersebut.Roslin amat berpuas hati dengan kediaman yang bakal mereka duduki,Setelah menutup semua tingkap dan pintu mereka meninggalkan rumah tersebut untuk balik kerumah.Sewaktu mengunci pagar rumah seorang jiran berhadapan rumah tersebut berdiri dihadapan pintu memerhatikan kereta Roslin,Rakan Roslin terperasan akan jiran tersebut lantas menlambaikan tangannya namun langsung tidak dilayan oleh jiran barunya.


Berberapa hari kamudian lori yang membawa barang-barang Roslin tiba dirumah baru mereka,Semua barang-barang milik Roslin dan Isterinya dibawa dari rumah mertua Roslin diangkut kedalam rumah dan disusun rapi oleh pekerja dan pemandu lori yang diupah oleh Roslin.Malam tersebut merupakan malam pertama mereka menghuni rumah baru.Suasana damai jelas terasa diwaktu malam,Roslin duduk menghirup udara segar di luar rumah sambil memerhatikan rumah jiran nya.Ketika itu seorang lelaki berbangsa India berjalan kearah rumah Roslin,Mulanya Roslin agak takut kerana tidak mengenali lelaki tersebut.Namun setelah memperkenalkan diri dari luar pagar baru lah Roslin tahu Lelaki tersebut ialah jiran sebelah rumahnya.Di ruang beranda rumah Roslin berbual dan berkenalan dengan jiran barunya sambil menikmati Teh panas yang dihidangkan oleh isteri Roslin.


Setelah berbual dan mengenali satu sama lain Muthu memberitahu hendak balik kerumah sambil berpesan jika memerlukan bantuan datang saja kerumahnya.Roslin masuk kedalam setelah melihat kelibat Muthu telah memasuki rumahnya.Malam tersebut Roslin dan anak isterinya tidur awal sekitar 10malam kerana kepenatan.lagi pula keesokan harinya Roslin akan ke pejabat awal.Malam tersebut Roslin bermimpi didatangi sepasang warga emas dengan pakaian ala-ala jubah lama berwarna hitam merah.Pasangan tersebut memandang wajah Roslin seakan-akan marah apabila merenung dengan wajah masam.Sehingga Roslin terkejut dan bangun ketika itu Roslin terpandang kerusi rotan yang diletakan berhampiran meja solek bergerak seolah-olah ada orang menggerakan nya.Roslin bangkit dan berdiri terkejut melihat kerusi berkenaan sambil mencapainya untuk menahan supaya ia tak bergerak lagi.


Roslin menuju kedapur untuk minum air,Sekali lagi Roslin dikejutkan apabila terpandang satu cahaya merah seperti api terbakar dibahagian dapur.Memikirkan ianya cahaya api dapur Roslin berlari kearah dapur namun setelah tiba disitu tiada apa-apa pun yang terbakar.Roslin segera mengubah fikirannya memikirkan itu hanya bayangan mata sebelum kembali ke bilik tidur.Disaat masuk kedalam bilik Roslin melihat isterinya sedang menyikat rambut dihadapan meja solek.Roslin merapati isterinya sambil memegang bahu isterinya sambil bertanya kenapa tak tidur lagi sambil tunduk mencium rambut isterinya.Tiba-tiba anak Roslin terjaga dan menangis.Roslin meninggalkan isterinya di meja solek dan mendapatkan anaknya.Ketika mendodoikan anak Roslin terdengar suara isterinya dari arah katil bertanya soal anak mereka.Roslin bertambah hairan melihat isterinya baru terjaga apabila anak nya sedar.


Keesokan harinya dipejabat Roslin banyak termenung memikirkan soal semalamnya.Yang paling merunsingkan fikiran nya ialah soal kerusi bergerak dan Jelmaan isterinya dihadapan meja solek.Roslin kembali sedar dari lamunan nya dan segera menyiapkan tugasnya dengan segera agar tiada tugas yang tertangguh kerana Roslin berniat untuk balik awal bimbang keselamatan isterinya.Dirumah pula Isteri Roslin seperti biasa dengan mengemas sambil menjaga anak yang berusia setahun lebih.Sewaktu duduk di buaian ditepi rumah,Isteri Roslin disapa dengan panggilan kakak dari luar pagar ternyata isteri Muthu datang untuk berkenalan.Sehingga lah petang sekitar enam petang Roslin balik dari pejabat melihat isterinya sedang berbual sambil bergelak ketawa dengan isteri Muthu.Roslin hanya tersenyum melihat mereka sebelum masuk kedalam rumah untuk mandi.


Malam tersebut Roslin mengajak isterinya sembahyang berjemaah berdua,Manakala anak mereka Azam sedang tidur.Sewaktu sedang Solat Roslin terdengar suara anak nya ketawa seperti bergurau dengan seseorang.namun Roslin membiarkan kerana sedang Solat.Selesai Solat Isteri Roslin pergi melihat anaknya sebelum sempat berdoa.Namun dia terkejut apabila melihat anaknya sedang nyenyak tidur.Sambil berfikir akan suara tadi,Istri Roslin kembali ke bilik sembahyang dan duduk kembali dibelakang suaminya untuk berdoa.Selesai berdoa,Isteri Roslin memberitahu suaminya suara tadi bukan nya dari Azam kerana anak masih tidur dan masih dalam kedudukan yang sama sebelum menunaikan Solat.Terlanjur begitu,Roslin menceritakan apa yang dilihatnya malam semalam kepada isterinya.


Rupanya Isteri Roslin turut mengalami perkara yang sama dimana tengahari sewaktu membasuh pakaian tiba-tiba dia terdengar suara seperti lagu Klasik kaum Cina dari corong radio sedangkan rumah mereka tiada Radio.Malam tersebut sekali lagi Roslin dan isterinya melakukan Solat hajat memohon perlindungan sewaktu menetap disitu.Roslin mula rasa tak selesa tinggal disitu namun terpaksa memikirkan kontrak yang ditandatanganinya tiga hari yang lepas bersama tuan rumah.Roslin bimbang jika wang depositnya akan hangus jika keluar sebelum tempoh kontrak tamat.


Malamnya Roslin tidur agak lewat kerana leka menghadap komputer dimeja ruang tamu manakala isteri dan anaknya telah lama dibuai mimpi.Sewaktu menghadap paparan komputernya tiba-tiba bulu tengkuk Roslin berdiri dan secara tiba-tiba suasana menjadi sejuk dingin.Roslin menoleh sekitar rumah sebelum menutup komputernya untuk masuk tidur.Sewaktu melangkah memasuki bilik tidur,Roslin terperanjat namun kali lebih teruk dan hampir menjerit,apabila melihat seorang lelaki tua berseluar pendek berbaju putih seperti pakaian sekolah sedang duduk menyandar dikerusi malas sambil merenung kearah meja solek.Roslin mengundur kebelakang sambil mengalihkan pandangan nya.Sambil mengesat mata Roslin beristifar berberapa kali sebelum mahluk berkenaan hilang dari pandangan nya.


Keesokan harinya sewaktu bersarapan Isteri Roslin memberitahu terdapat kesan cakar dibahagian pehanya.Dan kesan tersebut jelas seperti cakaran kuku manusia.Roslin mula cemas kerana gangguan dirumah tersebut mula mendatangkan kecederaan.Roslin menghubungi rakan kerjanya memberitahu dirinya terpaksa mengambil cuti pada hari tersebut.dikesempatan itu Roslin menghubungi tuan rumah untuk menjelaskan situasi yang mereka tempuhi selama lima malam dirumah tersebut.kurang satu jam tuan rumah tiba menemui Roslin,Roslin menceritakan kerap berlaku gangguan dirumah tersebut sejak mula duduk disitu.Namun tuan rumah berkali-kali menegaskan itu hanya perasaan dan tiada masaalah berkaitan rumah tersebut.sambil memberitahu penyewa sebelum nya semua berpuashati menetap disitu.Roslin malas memanjangkan cerita hanya menganggukan kepala sebelum tuan rumah pergi meninggalkan mereka.


Malam kamudiannya iaitu malam keenam menyewa dirumah tersebut,Ketika sedang makan malam dengan tak semena-mena anak Roslin menangis dengan kuat seolah-olah di pukul.Isteri Roslin segera mendapatkan anak mereka sambil memujuk agar berhenti menangis.Ketika itu anak Roslin melihat kearah tingkap tanpa berkelip mata dan semakin kuat menangis.Isteri Roslin memandang kearah tingkap kayu yang tertutup terkejut melihat susuk tubuh lelaki tua tanpa baju memandang kearahnya sambil mengangakan mulut yang penuh dengan ulat.Roslin berlari dari arah dapur apabila terdengar bunyi sesuatu terjatuh.Ternyata isterinya berbaring pengsan manakala anaknya melalak menagis sekuat hati.Roslin semakin panik apabila isterinya masih tak sedar walaupun digerakkan berberapa kali.Roslin keluar dari rumah sambil menjerit memanggil Muthu.Muthu dan isterinya datang menemui Roslin turut terkejut melihat keadaan isteri Roslin yang tidak sedarkan diri.


Roslin terduduk sehingga mengalir air mata sedih melihat dugaan malam tersebut sambil memangku anak nya Muthu sejak mula cuba memberi kata-kata semangat kepada Roslin manakala isteri Muthu mengelap muka isteri Roslin dengan tuala basah sehingga lah dia tersedar dan menjerit secara tiba-tiba seperti orang kerasukan.Anak Roslin mula menangis dengan kuat menambahkan tekanan pada Roslin.Muthu bangun dan bercakap dengan isterinya dalam bahasa Tamil dan keluar meninggalkan mereka.Roslin bertambah panik apabila isterinya meracau yang bukan-bukan dengan mencakar wajahnya sendiri.Dengan bantuan Isteri Muthu, Roslin melaungkan azan ditelinga istrinya namun ditolak dengan kasar oleh isterinya.



Roslin tersandar dan bingung tak tahu nak buat apa,dan hanya memandang isterinya yang kejap berdiri menghentak kaki kelantai kamudian meniarap dan mencakar-cakar lantai rumah sehingga kukunya berdarah-darah.Muthu kembali bersama berberapa orang dari Surau berhampiran bersama seorang Imam.Melihat keadaan begitu Imam meminta seorang pemuda memanggil isterinya dirumah.Sementara menunggu isterinya datang Imam meminta isteri Muthu mengawasi isteri Roslin bimbang kalau-kalau dia melarikan diri.Imam memegang kepala Roslin sambil membaca berberapa surah sehingga lah Roslin pulih sepenuhnya.Tiba-tiba isteri Roslin menjerit dalam bahasa yang tidak difahami.


Isteri imam tiba bersama seorang lagi penduduk wanita,Dengan segera isteri imam menangkap kaki isteri Roslin sementara Imam meneruskan kan bacaan ayat sucinya.semakin kuat imam berzikir semakin kuat bunyi pinggan mangkuk bergegar bersama bunyi ketukan dari arah bilik.Sekali saja Imam melibas belakang isteri Roslin menggunakan serban,Serta merta dia terus senyap dan rebah dipangkuan isteri Imam.Imam meminta Roslin segera mendapatkan isterinya dan berkumpul bersama anaknya sebelum berberapa jemaah yang datang bersama Imam bersama-sama berzikir dalam satu bulatan mengelilingi Roslin dan keluarganya.


Secara tiba-tiba tingkap rumah pecah tiupan angin kencang menderu kedalam rumah.Di ikuti satu cahaya seperti api muncul dari dapur menyala-nyala.Imam hanya membiarkan sahaja dan meneruskan zikirnya.Dalam setengah jam,tiba-tiba cahaya api dari dapur seperti ditiup terbang kearah tingkap dan keluar.Berserta bunyi-bunyi aneh seperti gesekan kaca dan ketukan kayu dari arah bilik berhenti serta merta.Imam berhenti berzikir dan meminta isteri nya mengambil sebotol air masak dari dapur manakala Isteri Muthu membantu mengemaskan meja makan yang masih berhidang dengan makanan.Imam membaca berberapa surah sebelum menghembuskan nya kedalam botol tersebut.Lalu menyuruh Roslin dan isteri nya minum sebelum memberitahu rumah tersebut telah bebas dari sebarang gangguan dan meminta Roslin jangan sekali mengabaikan Solat dirumah tersebut.


Seminggu selepas kejadian,Roslin dan isterinya dibantu oleh ibubapa isteri Roslin membuat kenduri doa selamat dirumah tersebut sebagai menghargai kerjasama penduduk setempat Roslin tidak lupa menjemput Muthu dan Seluruh warga masjid dan surau untuk datang kekendurinya.Sejak hari kejadian hubungan Roslin dan Muthu semakin rapat dimana Roslin mencadangkan Agar Muthu bekerja disyarikat tempatnya berkerja sebagai pemandu kepada pengarah syarikat.Kehidupan Roslin semakin ceria dan bahagia sehingga lah satu hari Roslin dikejutkan sekali lagi melalui panggilan telefon di pejabatnya,Dimana Isteri Roslin memberitahu dirinya telah berbadan dua berusia tiga bulan.


Kisah ini diangkat melalui pengelaman sebenar Saudara Roslin melalui pengelaman menyewa sebuah rumah lama yang diubah suai menjadi cantik di lengkapi dengan perabot antik.Melalui kajian oleh Roslin sendiri,rumah tersebut menjadi berhantu sejak kematian pemilik asal.dimana mendiang bapanya ditemui anaknya sendiri hanya tinggal rangka dalam bilik tidur,setelah berberapa bulan berada di luar negara.Dan sejak dari itu tiada siapa yang tinggal dirumah tersebut.Ramai penyewa yang cuba tinggal disitu namun tak lama kerana tak tahan dengan gangguan sehingga lah pemilik iaitu pewaris rumah membuat keputusan menyediakan surat perjanjian agar penyewa tidak keluar meninggalkan rumah sesuka hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan