Jumaat, 24 November 2017

KERAMAT SUMPAHAN KUCING JANGAN DI PANDANG REMEH

Asalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk siaran kali ini saya akan kongsikan sebuah kisah menarik mengenai Comel.Sebuah kisah misteri mengenai Kucing yang meyentuh jiwa.Bermula dari seorang pemuda yang amat mendendami kucing sejak berlakunya sejarah hitam dalam hidup dimana sewaktu usia kanak-kanaknya Lokman pernah menjadi cakaran kucing liar dibahagian muka sehingga mengenai matanya.Dan sejak dari itu terdetik dalam hatinya mendendami kucing.


Dan sejak itu keluarga Lokman tidak memelihara kucing malah kalau ada  kucing-kucing jiran datang kerumah mengharapkan sisa makanan atau ketika kucing mengawan pasti akan diburu dengan lastik,kayu mahupun batu.Seringkali ibubapa Lokman menasihati Lokman agar memaafkan kesalahan kucing yang meninggalkan parut pada wajahnya namun kedegilan Lokman semakin menjadi seakan-akan melihat kucing satu perkara wajib baginya untuk mencederakan kucing tersebut.Namun sejak Ayah Lokman bersara dan kembali ke kampung mengusahakan ladang peninggalan Arwah atuknya.Masa lebih banyak untuk Lokman bersendirian dirumah.sehingga lah bermula detik keganasan Lokman terhadap kucing tidak terkawal lagi.


Sewaktu dalam perjalanan balik dari sekolah,Lokman terjumpa seekor kucing daif yang dibuang oleh tuannya.Pada awal pertemuan tersebut Kucing malang tersebut mengiau-ngiau sambil menggesel tubuhnya pada kaki Lokman sewaktu berhenti disebuah hentian bas sewaktu balik dari sekolah.Ketika itu berberapa rakan Lokman termasuk dua orang rakan perempuannya mengerumuni kucing tersebut.Entah kenapa terdetik dalam Hati Lokman untuk mengambil kucing tersebut sehingga mengharukan rakan-rakannya kerana perubahan sikap Lokman.Sepanjang perjalanan balik kerumah,Lokman mengusap-ngusap tubuh kucing tersebut sehingga lah dia tiba dirumah.Dan ketika itu cuma Lokman seorang kerana ayah dan ibunya berada di ladang.

(sekadar hiasan)

Tibanya dirumah Lokman meletakkan Kucing tersebut dibawah tudung saji agar Kucing tersebut tak lari.Selesai mandi dan menyalin pakaian nya.Lokman meneruskab niat sebenarnya kepada Kucing malang tersebut.Mulanya Lokman membenamkan kepala kucing tersebut dalam kolah air sehingga kucing malang tersebut meronta-ronta menyelamatkan diri sehingga tercakar tangan Lokman.Kebencian Lokman menjadi-jadi apabila dendam lamanya bertambah setelah lengan nya pula dicakar kucing tersebut.Lokman menghempas kucing tersebut sekuat hati kelantai sehingga kucing tersebut mengelitik kesakitan.dengan Kejam Lokman melilitkan tali pada leher kucing tersebut dan mengikatnya pada alang pintu dan melepaskannya.Kucing malang tersebut meronta dalam gantungan menahan sesak nafas akibat digantung oleh Lokman.Lokman hanya memerhatikan Kucing tersebut dengan rasa dendam serta puas.disaat nyawa hampir tercabut dari jasad kucing malang tersebut Lokman meleraikan ikatan tali dan menurunkan Kucing tersebut.


Disaat Kucing Malang tersebut lemah setelah diturunkan oleh Lokman.Fikiran Lokman bagai dirasuk hantu apabila berlari kedapur mengambil sebilah parang pemotong daging yang besar.Bagai amukan orang gila Lokman menetak tubuh kucing malang tersebut dibahagian tubuh sehingga terputus dua.Melihat keadaan Kucing tersebut mengelupur terputus dua Lokman memasukkan tubuh kucing tersebut kedalam plastik dan mencampakkan nya dalam tong sampah.Tanpa perasaan serba salah serta menyesal malah puas dan gembira Lokman kembali kerumah dan membersihkan sisa-sisa darah pada lantai dan menunggu kepulanagan ibubapanya.


Sehingga lah usia Lokman mencecah 20tahun setelah menamatkan alam Persekolahanan,bersama kenangan berpuluh-puluh mungkin beratus-ratus ekor kucing malang telah menjadi mangsa ditangan Lokman.Kini Lokman baru belajar bekerja dengan berkhidmat sebagai pembantu disebuah syarikat dibandar dan tidak jauh dari kampungnya.Manakala ayah Lokman telah meninggal sewaktu Lokman ditingkatan Lima.Di tempat Lokman bekerja terdapat banyak kucing liar yang tidak bertuan akibat dibuang oleh tuan nya.Satu pagi sewaktu tiba ditempat kerja ternyata belum ada seorang pun pekerja lain yang sampai mungkin kerana Lokman terlalu awal.Sewaktu meletakan motorsikal nya pada kawasan parking,sekumpulan Kucing menerpa kearah Lokman mengiau-ngiau meminta makanan.Lokman memandang kiri dan kanan kamudian menendang seekor demi seekor kucing-kucing liar yang menghampirinya sehingga kucing-kucing daif tersebut bertempiaran lari kesakitan.



Sewaktu bekerja,Terdetik dalam hati Lokman untuk menganiaya kucing-kucing liar dikawasa tersebut.Sambil bekerja Lokman tersenyum seorang diri membayangkan apa yang akan berlaku kepada kucing-kucing liar yang dianggapnya menyusahkan tersebut.Sehingga lah tiba waktu untuk balik setelah tamat waktu bekerja.Lokman singgah disebuah kedai runcit disebuah pekan untuk membeli berberapa tin ikan sardin dan sebotol racun serangga yang kuat namun tidak berbau.Lokman sanggup membelanjakan sejumlah wang demi melunaskan dendamnya.Sepanjang perjalanan balik kerumah Lokman menyanyi-nyanyi dengan girang sambil membayangkan Kucing-kucing dikawasan kerjanya akan mati dan tidak lagi mengganggu pandangan matanya.


Dirumah Lokman membawa masuk barang-barang yang dibeli untuk projek haramnya kedalam bilik tidurnya.Selepas makan malam Lokman meninggalkan ibunya seorang diri diruang tamu menonton telivisyen.Lokman dengan senyap membawa sudu dan plastik kedalam bilik tidur nya untuk menyediakan ramuan khas untuk Kucing-kucing malang dikawasan kerjanya.Dengan senyap Lokman menggaulkan ikan Sardin dengan racun serangga dalam satu bekas besar dan menyembunyikan nya dibawah katil sebelum tidur.sementara menunggu mata terlelap,Lokman membayangkan kucing-kucing liar tersebut akan pupus kerana ramuannya esok.


Keesokan harinya Lokman keluar agak awal agar sampai sebelum adanya orang lain ditempat kerja.Setibanya dikawasan letak kenderaan,Lokman melihat kekiri dan kekanan mencari kucing-kucing dikawasan tersebut sehingga lah Lokman terlihat berberapa ekor kucing meluru kearahnya.Lokman tersenyum gembira sambil membuka bungkusan Ikan sardin yang dicampurkan nya dengan racun kepada Kucing-kucing tersebut,Sekelip mata semakin ramai kucing yang datang kepada Lokman dan dalam masa singkat Ikan sardin yang diberikan oleh Lokman habis dimakan oleh kucing-kucing tersebut.


Dari Jauh Lokman memerhatikan gelagat kucing-kucing tersebut dimana seekor demi seekor muntah-muntah dengan mulut mula berbuih sebelum terhuyung hayang berjalan melarikan diri dengan jatuh dan bangun.Lokman ketawa terbahak-bahak melihat kucing-kucing yang bakal mati semuanya.Namun dari jauh seorang pengawal keselamatan memerhatikan tingkah laku Lokman dan pergi mendapatkan kucing-kucing yang separuh nyawa akibat keracunan dari makanan yang diberi oleh Lokman.Melihat keadaan Kucing-kucing bergelimpangan nyawa-nyawa ikan malah ada yang dah mati,Pengawal tersebut menemui Lokman dan bertanya apa yang diberikan oleh Lokman kepada Kucing-kucing tersebut.Namun dengan bangga Lokman memberitahu pengawal tersebut yang dia menghadiahkan racun kepada Kucing-kucing tersebut.


Mendengar kata-kata Lokman,Pengawal tersebut beristifar panjang sebelum menitiskan airmatanya dihadapan Lokman.Lokman menjadi hairan melihat gelagat pengawal tersebut.Pengawal yang menemui Lokman pergi dari situ dan mengutip bangkai-bangkai kucing yang mati diracun oleh Lokman dan menguburkannya disatu kawasan berhampiran bilik pengawal.Waktu rehat tengahari Lokman menemui pengawal tersebut untuk bertanya kalau-kalau kucing yang dibunuhnya pagi tadi milik pengawal tersebut.Pada awalnya pengawal yang dikenali sebagai Pak Din tidak melayan Lokman,Namun setelah disoal oleh Lokman berkali-kali baru lah Pak Din bersuara memberitahu Kucing-kucing tersebut bukan nya menyusahkan Lokman,


Dan dengan halus Pak Din menasihatkan Lokman agar tidak menimbulkan kemarahan pada Lokman.Pak Din memberitahu Lokman sebelum Lokman bekerja disitu Kucing-kucing liar tersebut telah berada disitu tanpa ada sesiapa yang memberikan makanan kepadanya.Kucing-kucing tersebut pula tidak pernah mencuri makanan.Tetapi Kucing-kucing malang tersebut masih boleh hidup sehingga Lokman menamatkan nyawa mereka.kerana rezeki kucing-kucing tersebut telah disediakan oleh Allah.Dan Kalau Lokman nak tahu Kucing ni haiwan kesayangan Nabi S.A.W dan kita tidak sepatutnya bertindak kejam keatasnya.mendengar kata-kata Pak Din,Amarah Lokman semakin membuak-buak lantas meninggikan suaranya pada Pak Din.Sambil menunjukkan parut pada wajahnya.


Pak Din menggeleng kepalanya sambil tersenyum berkata kepada Lokman,selepas ada nya parut tersebut pernah tak orang hina Lokman? Pernah tak Lokman gagal dalam kerja mahupun pelajaran kerana cakaran tersebut? Segalanya berlaku atas takdir,Kucing tersebut mencakar wajah Lokman bukan kerana suka-suka,mungkin kerana terancam.mungkin ketika itu Lokman melakukan kekerasan sehingga kucing tersebut bertindak mencakar wajah Lokman untuk menyelamatkan atau mempertahankan diri.Lokman bangun dan meninggalkan Pak Din tanpa sebarang kata dan kembali menyambung tugasnya sehingga waktu balik Lokman menaiki Motorsikalnya meninggalkan kawasan kerja untuk balik kerumah.


Sewaktu dalam perjalanan Lokman terjumpa seekor anak kucing kesejukan akibat simbahan air dari jalanraya.Dengan Laju Lokman menuju kearah kucing tersebut tanpa rasa kasihan Lokman melanggar kucing tersebut.Melihat kucing malang yang dilanggar masih tak mati.Lokman memberhentikan motorsikal nya dan berjalan kearah kucing tersebut untuk menendangnya.Namun entah kenapa,Secara tiba-tiba timbul rasa kasihan pada hatinya.Lokman memerhatikan kucing daif yang dilanggarnya dengan sebiji mata kucing tersebut terkeluar,Lokman tiba-tiba sayu dan sedih melihat keadaan Kucing tersebut.Lantas mengambil kucing yang dilanggarnya dan membawa kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan.


Disitu Kucing malang yang dilanggar oleh Lokman diberi rawatan.Lokman terpaksa membayar sehingga 200 ringgit untuk kos rawatan kucing tersebut.Lokman membawa kucing malang yang dilanggarnya balik kerumah dan menyediakan susu suam bersama makanan buat kucing daif yang dibawanya balik.Sejak dari hari itu Lokman bagai menemui satu sinar baru dalam hidupnya,Bagai terbangun dari mimpi, Pantang sahaja dia menemui kucing pasti akan diusapnya dengan manja.Segalanya berubah disaat Lokman membawa kucing yang dilanggarnya dulu kerumah,Malam nya Lokman mendapat mimpi dimana seorang lelaki tua menasihatkan Lokman agar mengasihani Kucing jika inginkan keredhaan Allah.


Kucing Malang yang dilanggar Oleh Lokman dulu telah sembuh sepenuhnya dan dipelihara oleh Lokman.Ibu Lokman pun turut gembira dan bersyukur atas perubahan anaknya.Kucing malang diberi nama Comel oleh Lokman kerana berberapa tompok hitam pada wajah dan tubuh kucing tersebut dibalik bulu putih gebunnya.Kehidupan Lokman kembali ceria dan lebih tenang berbanding berberapa puluh tahun yang lepas akibat perasaan dendamnya pada haiwan lemah.Sedikit pandangan dari saya melalui kisah Lokman dan Comel...Kucing bukan sahaja pendamping setia kepada tuannya.malah Kucing merupakan haiwan yang sangat manja.


Pernah ada satu kisah yang saya sendiri temui,Dimana dua pasang suami isteri warga emas tanpa zuriat memelihara hampir 100 ekor kucing.Dan rata-rata kucing yang di peliharanya merupakan kucing yang dibuang.Isterinya Mak Nab tidak berkerja manakala suaminya hanya menangkap anak udang untuk dijual kepada kaki pancing .namun saya lihat kehidupan mereka tidak lah sedaif yang disangkakan.Ada segala kelengkapan,rumah dan sebagainya.Walaupun tak kaya raya namun hidupnya cukup,setakat makan minum,pakaian lebih dari cukup,mengikut cerita Mak Nab,tak kurang 10 kilo beras untuk kucing-kucing tersebut selama sebulan,belum ditambah makanan lain seperti wishkas dan sebagainya.namun begitu belum pernah lagi mereka putus duit.Kalau untuk makan minum tu insyaAllah.


Banyak kali saya dengan akan kisah menarik mengenai kucing,masih ingatkah lagi kita pada kisah kucing malang bernama "HERO"? seekor kucing malang yang cacat akibat kejahilan manusia akhirnya dipelihara seorang insan berhati mulia dan mula mendapat perhatian setelah kisah sikucing malang tersebut di siarkan dalam majalah popular"Mustika" suatu ketika dahulu.Kisah si Hero tersebut begitu menyentuh hati saya,tanpa sedar air mata mengalir kepipi setelah membaca dan mengikuti kisahnya.


Satu lagi kisah dimana berberapa puluh ekor kucing malang bergelimpangan diracun dengan kejam tanpa sebab munyabab turut mendapat perhatian,apakah dosa haiwan tersebut sehingga diperlakukan sedemikian rupa?.Pernah berlaku ketika zaman remaja saya dahulu dimana seekor kucing mencuri peha ayam yang dipotong ketika kenduri menimbulkan kemarahan sipemotong ayam.Lantas membuat sesuatu diluar dugaan dengan melibas parang kearah kucing tersebut sehingga kepala bercerai dari badan kucing malang tersebut.Namun selang sehari lelaki tersebut mendapat penyakit misteri dimana tangan nya kejang tak mampu bergerak-gerak.Setelah mendapat rawatan di hospital tangan nya tetap kejung sehingga lah seorang ustaz memberitahu kemungkinan dia terkena badi,Setelah berubat akhirnya tangan yang kejung beransur pulih dan yang istimewanya tangan tersebut sembuh setelah disapu dan diurut dengan air liur kucing!.


Kisah seterusnya berlaku kepada Sahabat baik saya.Kisah ini benar-benar berlaku disaat rakan saya baru sahaja berpindah kesebuah rumah sewa yang baru.Dimana ketika itu mereka berdua baru berberapa bulan berumah tangga.kebetulan saya ada disitu kerana membantu rakan saya mengecat rumah.Sekitar 10 pagi selepas minum disebuah warung,Rakan saya membeli seekor ayam dalam saiz kecil bersama beras lima kilo.Sewaktu tiba dirumah,rakan saya meninggalkan ayam tersebut dalam singki sebelum isterinya memotong ayam tersebut untuk dimasak.Setelah setengah jam berlalu,sewaktu leka mengecat rumah isteri rakan saya menjerit memberitahu ayam dicuri Kucing.dimana berberapa ekor kucing masuk kedalam rumah dan mengambil ayam yang siap dipotong.


Rakan saya begitu marah dan bertindah mengejar kucing yang membawa ketulan ayam pada mulutnya sambil membawa penyapu.Namun saya menahannya agar bersabar.Mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut.Anggap sahaja kita bersedekah walaupun berat rasa hati melepaskan,InsyaAllah,Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari itu.Setelah itu kami keluar semula ke sebuah kedai runcit membeli ikan.Namun sejak hari itu,rakan saya sentiasa menyediakan makanan buat kucing yang mencuri ayam hari tu,dan sejak itu kucing tidak lagi memasuki rumah mereka dan hanya menunggu diluar tingkap,setiap hari setiap kali isteri rakan saya masak pasti akan diberinya makan kepada kucing tersebut.Namun dalam tak sedar,Hidup mereka begitu stabil tak pula putus rezeki.Kadangkala ada hikmah disebalik apa yang Allah tentukan untuk kita.


Kucing-kucing liar tidak akan mendatangi kita kalau bukan kerana niat yang Allah tentukan,kenapa rumah kita dan bukan nya rumah orang lain yang lebih banyak makanan? Sebab Allah dah tentukan kemurahan dalam keluarga serta diri kita.kerana itu lah dia datang kepada kita.jangan di pukul atau diapa-apakan kucing yang mencuri,cukup direnjis dengan air lari lah ia.jika ada rezeki lebih bagi lah sedikit daripada terbuang sia-sia.Rezeki kita tidak akan berkurangan jika disedekahkan pada kucing liar.Malah dijanjikan pahala serta ganjaran dari Yang Maha Kaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan