Jumaat, 10 November 2017

MISTERI AMUKAN HANTU TENTERA JEPUN DI ASRAMA CAMAR KTAR

Salam Sejahtera dan salam muhibbah buat semuanya.Kembali bersama Lagenda Pulau Rahsia.bersama sebuah kisah seram ketika menuntut di sebuah sekolah sekitar tahun 1992.Ketika itu saya bersama empat orang rakan dari kampung diterima oleh pihak sekolah untuk menetap di asrama.Buat bekas-bekas pelajar Kolej Tun Abdul Razak tahun 1992 pasti tahu akan kisah misteri yang sering dikaitkan dengan asrama Camar dimana kedudukan asrama ini berhampiran dengan padang sekolah.


Sememangnya sejak awal lagi kami dengar akan cerita-cerita dari pelajar senior tentang kewujudan hantu tentera jepun yang kerap mengganggu ketenteraman pelajar diasrama ini.Namun memikirkan soal peluang yang diberikan oleh pihak sekolah nak tak nak wajib terima memandangkan disini kami lebih mudah dan dekat untuk ke sekolah memandangkan rakan lain yang terpaksa bangun seawal 4 pagi bersiap-siap untuk menaiki bas untuk kesekolah.


Diawal menduduki asrama saya ditempatkan dalam dorm yang terakhir bersama empat orang lagi rakan sekampung.dimana tempat tidur kami berhampiran dengan pelapis pengawas asrama yang baru.Sejak awal lagi perasaan takut muncul dalam diri apabila kisah-kisah seram yang sering diceritakan oleh pelajar senior untuk menakutkan pelajar baru menghantui fikiran.Namun syukur lah sejak awal menetap di asrama berkenaan belum lagi peristiwa-peristiwa pelik yang berlaku kepada saya mahupun rakan-rakan seasrama.Sehingga lah lebih kurang setengah tahun menetap disitu satu kejadian pelik berlaku keatas kami secara tak sengaja.


Malam tersebut setelah balik agak awal dari dewan kerana menjadi rutin pelajar asrama untuk mengikuti kelas malam setiap hari walaupun hanya belajar sendiri.memandangkan bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba cikgu mengarahkan semua pelajar balik ke asrama masing-masing.Malam tersebut kami tidur agak awal sebelum 10 malam memandangkan keadaan yang gelap gelita hanya diterangi cahaya lilin dari bilik pengawas,Sejak awal lagi perasaan kurang selesa apabila berada dalam keadaan gelap,Ketika itu lah bermacam perasaan timbul menghantui fikiran.


Sekitar pukul 2 pagi tiba-tiba saya dikejutkan oleh seorang rakan memberitahu dia terdengar suara aneh dari lantai asrama,Asrama Camar ketika itu dibina menggunakan papan sepenuhnya dar lantai sehingga dinding tanpa bilik,Dan hanya almari pakaian sebagai benteng sempadan dengan rakan sebelah.saya cuba mendengar dengan teliti akan suara yang rakan saya maksudkan,Puas juga saya mendengar namun tiada sebarang bunyi yang kedengaran,apa yang ada hanya suara cengkerik dan sesekali suara katak besar dari longkang yang kedengaran.


Setelah meyakinkan rakan saya,Kami kembali untuk meneruskan tidur,baru saja kepala dilabuhkan pada bantal tiba-tiba saya terdengar suara tapak kasut yang keras seakan berderap menghentak kaki ke lantai asrama.Ketika itu jantung seakan berhenti kerana ketakutan,Saya menarik selimut untuk menutup muka agar tidak melihat sesuatu dihadapan.namun suara tapak kasut tersebut semakin lama semakin nyata,seolah berhenti dihadapan saya.Saya ingatkan saya seorang saja yang sedar kehadiran suara kaki tersebut,rupa-rupanya rakan disebelah juga masih berjaga apabila membisik kan ada hantu jepun di hujung kaki!.

(sekadar Hiasan)


Saya rasa ingin menjerit meminta pertolongan agar suara kawad kaki berkenaan hilang namun secara tiba-tiba asrama di terangi cahaya terang apabila bekalan elektrik disambung kembali.Rupa-rupanya separuh dari pelajar yang menghuni asrama camar malam tersebut turut mendengar suara aneh seakan suara kasut tentera berkawad kaki.Malam tersebut kami berjaga sehingga empat pagi apabila masing-masing nak cerita kan pengelaman seram lampau.Saya tinggalkan mereka memandangkan asrama dah terang dengan cahaya lampu dari padang dan tepi asrama jadi kurang lah sedikit rasa takut.Kisah suara kasut tersebut antara yang pertama dan terakhir yang saya tempuhi selama menetap di asrama camar sebelum berpindah ke aarama Murai setahun selepas itu.


Di Asrama Murai pula tiada kisah-kisah seram yang menghantui kami,cumanya kami pula yang menceritakan kisah seram berkenaan dengan asrama camar kepada pelajar junior,Haha...kira menyambung tradisi lah tu.Di asrama Murai pula saya berkenalan dengan seorang pelajar berbangsa Iban,Kamil namanya,dimana kami amat rapat sejak menetap di asrama Murai.Kegiatan kami ketika itu suka ponteng kelas,Di penghujung kawasan sekolah ada satu hutan yang agak tebal,Disitu terletak bongkahan batu-batu besar yang wujud sejak bila kami pun tak ketahui,Kami telah mendirikan pondok dari kayu-kayu dan daun kering dicelahan batu besar tersebut untuk berehat ketika tidak menghadiri kelas dan sebagainya.


Kejadian misteri yang kami lalui ketika itu,sebelum masuk pukul 7 malam dimana ketika itu pelajar akan dihidangkan dengan makan malam,Kami meninggalkan pondok untuk kembali kesekolah untuk makan malam.Setelah selesai makan dan mengambil sedikit makanan dari petugas dewan makan saya dan kamil kembali ke asrama dan bersiap hendak ke pondok yang kami bina berhampiran batu besar dalam hutan berhampiran asrama.Sewaktu dalam perjalanan ke situ kami lihat cahaya terang datang dari arah pondok kami dan kami tahu itu hanya cahaya unggun api yang kami nyalakan sebelum kembali ke kawasan sekolah.


Namun sewaktu menghampiri pondok,Langkah kami terhenti apabila terpandang satu lembaga tinggi dan besar berhampiran batu dimana pondok kami berada,Mulanya kami ingatkan asap dari unggun api namun kami terkejut apabila melihat lembaga tersebut memiliki mata berwarna merah menoleh kearah kami.Apa lagi tanpa memikirkan onak duri,Sepantas kilat kami melarikan diri menuju ke asrama.sedar-sedar dalam berberapa saat saja kami dah pun ada di perkarangan asrama Murai.Keesokan harinya saya terkena demam panas sehingga terlantar di klinik sekolah semetara menunggu atuk datang dari kampung menjemput.Agaknya kerana terlampau terkejut membuatkan saya sampai demam panas.


Sejak kejadian tersebut saya tidak lagi menetap di asrama,dimana atuk membenarkan saya berulang alik kesekolah dengan menaiki bas setiap hari.Namun sejarah seram disekolah bukan setakat itu sahaja apabila tersebar pula kisah diantara pelajar-pelajar mengatakan sebuah asarama Nuri yang bertahun lamanya ditutup menjadi buah mulut pelajar wanita konon nya suatu masa dahulu ada pelajar wanita membunuh diri dalam almari asrama Nuri.Namun sejauh mana kebenaran nya itu hanya diketahui oleh penuntut yang pernah menetap di situ..


Bermacam aktiviti nakal yang pernah saya lalui bersama rakan-rakan sekolah ketika itu antara nya mandi disungai besar tanpa pengetahuan guru sehingga nyaris seorang rakan kami lemas,Pergi menyertai upacara sembahyang hantu kaum cina di sebuah tanah perkuburan yang terletak hanya berberapa puluh kilometer dari sekolah dan yang tak boleh dilupakan sehingga kini ialah sewaktu seorang pelajar baru berpindah kesini memperkenal kan satu permainan pelik yang hampir sama dengan spirit coin!.Pada awal permainan agak membosankan kerana tiada apa-apa tindak balas namun saat akhir apabila seorang peserta memberi tahu duit syiling yang berada dihujung jarinya bergerak sendiri.ketika itu masing-masing nak cuba,Namun bila tiba giliran saya,Tiada apa pun yang bergerak..


Namun antara kenangan yang masih segar diingatan sehingga kini,apabila mengalami sendiri kewujudan hantu tentera Jepun yang sedang berkawad kaki di asrama dan secara kebetulan saya sendiri menjadi saksi kejadian tersebut dan kisah jelmaan lembaga hitam tinggi di sebalik batu besar di kawasan hutan berhampiran Asrama Murai menjadi pengajaran serta pengelaman buat kami.Dan lebih-lebih lagi kisah hantu tentera jepun,pasti pelajar tahun 1992 ada yang masih mengingati peristiwa ini.Sekian untuk kisah misteri asrama sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan