Jumaat, 3 November 2017

RUMAH LAMA DI TENGAH DUSUN RUPANYA SARANG MAHLUK HALUS

Asalamualaikum dan salam Muhibbah buat semuanya.Bertemu kembali bersama saya dalam siaran Lagenda Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini saya ingin kongsikan berberapa panduan dan langkah-langkah mengetahui kediaman anda telah dihuni mahluk yang tidak diundang,Tetemu luar biasa yang terdiri dari jelmaan syitan seperti Jin,Hantu,bayangan dan suara-suara aneh yang pasti mengundang perasaan kurang selesa pada kita lebih-lebih lagi jika mempunyai sifat penakut yang serius dalam diri.Disini saya ingin kongsikan berapa kisah mengenai gangguan mahluk halus dalam kediaman dan juga petanda-petanda kecil tentang kehadiran mereka.

Sesebuah kediaman yang telah lama ditinggalkan pasti akan kelihatan menyeramkan pada pandangan mata,dengan suasana yang tidak terurus,sampah sarap seperti daun-daun kering bertaburan disana-sini pasti akan mengundang suasana seram lebih-lebih lagi jika kawasan kediaman berkenaan dipenuhi dengan pokok-pokok yang mula membesar tanpa jagaan rapi membuatkan suasana bertambah suram dan pasti menyeramkan.Kisah pertama yang ingin saya kongsikan disini berlaku kepada seorang rakan baik saya,yang juga seorang guru disebuah sekolah dibahagian pendalaman.

Diawal pekahwinan Cikgu Man telah membeli sebuah dusun buah-buahan dari seorang penduduk dimana dia mengajar.Dimana dusun tersebut telah pun dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan tempatan.Dan sewaktu tuan asal dusun berkenaan mula menanam pokok buah-buahan,beliau telah pun membina sebuah pondok ditengah dusun untuk stor simpanan baja dan peralatan kebun disamping sebagai tempat berteduh sewaktu hujan.Dan sewaktu bertukar pemilik,Cikgu Man telah membaiki pondok tersebut menjadi sebuah rumah yang cantik berkonsepkan rumah kampung.Sewaktu masih mengajar disekolah tersebut,Man membawa anak dan isterinya menetap di rumah baru dalam dusun Untuk memudahkan urusan kerja dan membawa keluarganya menikmati suasana kampung.

Namun setelah berberapa tahun menetap disitu,Man terpaksa berpindah ke kawasan bandar yang berhampiran dengan kampung halamannya untuk menghabiskan sisa waktu perkhidmatan nya.Sejak dari itu Dusun yang dibeli melalui titik peluhnya ditinggalkan tanpa penghuni.Suasana dusun yang tidak terurus dengan rumput tebal mula memenuhi kawasan dusun termasuk pokok-pokok kecil mula tumbuh memenuhi kawasan rumah berserta akar-akar tumbuhan yang berjurai menyelubungi rumah membuatkan ianya kelihatan menakutkan.Namun setelah berberapa tahun kamudian,Man berhajat untuk melawat dusunnya.Ketika hujung minggu sewaktu musim sekolah Man telah berangkat menuju ke dusun lamanya seorang diri.Sewaktu tiba,Man begitu terkejut melihat suasana rumah yang begitu usang dengan kehadiran pokok-pokok kecil mula tumbuh memenuhi kawasan rumah.

Sewaktu melangkah memasuki rumah,Man dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan kediaman berkenaan,Dimana perasaan seram dan takut begitu kuat terasa.Namun Man tetap memberanikan diri kerana dia merasakan rumah tersebut miliknya.Dan tiada sesiapa yang layak menganggu ketenteraman nya disitu kerana telah merancang untuk terus menetap disitu setelah perkhidmatannya tamat kelak.Dengan sisa waktu yang ada Man membersihkan kawasan rumah dengan mengumpul daun-daun kering untuk dibakar sebelum menemui berberapa penduduk kampung untuk digajikan supaya meracun rumput dan semak samun pada dusun nya.

Malam tersebut,Man baring seorang diri diatas tikar mengkuang yang ditinggalkan dalam rumah tersebut,sambil melayan mata yang hampir terlena,Man memikirkan soal dusun berkenaan dan bercadang menjemput anak dan isterinya untuk menghabiskan cuti sekolah di dusun.dapat juga Man membersihkan apa yang patut tanpa perlu berjauhan dari keluarganya.Sewaktu leka berangan,Man terdengar dengan jelas bunyi pintu rumahnya diketuk bertalu-talu sebelum bunyi desiran rumput kedengaran dari luar melalui dinding bilik tidurnya.Man bangun untuk melihat siapa yang datang malam-malam begitu kerumahnya.Namun setelah pintu dibuka ternyata tiada sesiapa pun yang berada disitu.Tidak berberapa jauh dari dusun tersebut,berhampiran jalan raya menuju ke kampung,Terdapat sebuah kedai makan yang riuh dengan suara pengunjung yang terdiri dari penduduk setempat.

Setelah memastikan tiada sesiapa diluar,Man menutup pintu dan masuk semula ke bilik tidur.sewaktu melimpasi dapur,secara tiba-tiba bulu roma man meremang dan serta merta degupan jantung menjadi kencang.Man menoleh kearah dapur rumah,Man melihat dengan jelas satu lembaga berwarna putih berdiri tegak dibahagian tingkap dapur.Man terkejut melihat sekujur pocong berada dalam rumah nya.Man memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat,Tiba-tiba pintu rumah diketuk kembali dan sewaktu menoleh kearah dapur,Ternyata pocong yang dilihatnya tadi telah hilang dan ghaib dari pandangan matanya.Man segera ke dapur untuk memeriksa pintu dibahagian dapur kalau-kalau ada pintu yang tak berkunci.Namun setelah diperiksa ternyata pintu dan tingkap rumah telah dikunci kemas.

Man kembali kebilik dan duduk menyandar sambil memikirkan jelmaan berkenaan.sekali lagi Man dikejutkan apabila terdengar suara nafas seseorang yang begitu kuat dibahagian dapur bersama bunyi sinki dapur seperti diketuk-ketuk orang.Man bangun dan berlari kearah dapur untuk melihat apa yang sedang mengusiknya.Kali ini Man agak terkejut apabila melihat seekor kucing hitam dengan ekor yang panjang bermata merah sedang memerhatikan nya sambil membuat bunyi yang menyeramkan.Man cuba menghalau kucing tersebut namun sekelip mata Kucing tersebut melompat dan terus hilang begitu sahaja dari pandangan mata Man.Man mula risau dan mula merasa takut,Man berpaling kearah bilik tidur,Kali ini Man lihat dengan jelas seorang WANITA TUA duduk bersimpul di pintu bilik dengan wajah menunduk kelantai.

Man bertakbir dengan kuat sehingga wanita tua tersebut mengangkat kepala memandang tajam kearah Man.Man hampir terjatuh apabila terkejut melihat wajah wanita tua berkenaan yang buruk serta amat menyeramkan.Man berlari keluar dari rumah dan menuju kearah warung di seberang jalan tidak juah dari rumahnya.Sewaktu berlari,Man menoleh kembali rumahnya ternyata satu lagi susuk tubuh berkain putih berdiri dihadapan laman rumah dalam keadaan tunduk.Dengan perasaan mengah dan terketar-ketar Man duduk di sebuah meja dalam warung seorang diri .Seorang wanita datang kearah Man dan menyapa Man dengan panggilan cikgu,Sewaktu Man memandang wajah wanita yang menyapanya,Kali ini Man tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat wajah wanita yang menyapanya berlumuran darah.Man terperanjat sambil berdiri sebelum rebah kembali dan terus pengsan.

Keesokan harinya,Seorang pemuda kampung yang berjanji akan datang meracun dusun Man telah menemui Man terbaring di balik akar pokok Durian tua dalam dusun nya.Pemuda yang di kenali sebagai Atan mengejutkan Cikgu Man berkali-kali sehingga Man tersedar.Man bingung memikirkan dirinya berada di kawasan dusun sedangkan kali terakhir dia berada adalah dalam sebuah warung.Atan menggaru kepala mendengar kata-kata Man.sambil berkali-kali menegaskan tiada warung berhampiran dusun tersebut.Setelah kembali tenang,Man menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya kepada Atan.Dengan bantuan Atan,Man ditemukan dengan seorang Imam di kampung berkenaan.Imam Din telah dibawa ke rumah dusun Man.

Malam tersebut,Cikgu Man bersama Imam Din dan Atan berada dalam rumah tersebut.pada awalnya Rumah berkenaan kelihatan biasa-biasa sehingga lah pukul 11 malam sewaktu Imam Din sedang berzikir di ruang tamu secara tiba-tiba lampu gas yang digantung di tengah rumah untuk memerangi suasana tiba-tiba bergoyang seoalah-olah diusik seseorang.Imam Din Bangun dan menahan lampu tersebut daripada terus dibuai-buai.Sewaktu Imam Din memeruskan zikirnya,Tiba-tiba tingkap bahagian dapur diusik dengan dibuka dan ditutup dengan kuat.Imam Din meluru kearah dapur dan membaca berberapa surah dan ayat-ayat suci Al Quran.

Setelah itu Imam Din merenjis-renjis air doa yang dibawanya dari rumah disegenap rumah Man.Sambil berzikir.Pintu rumah pula diusik lagi sekali,apabila pintu diketuk bertalu-talu sehingga bergegar.Imam Din segera merenjiskan air doa kearah pintu dan menahan pintu dari diusik dari arah luar.Ketika itu Imam Din meminta Cikgu Man melaungkan Azan berhampiran pintu.Berkali-kali Imam Din bertakbir,pintu tetap juga di gegar dari arah luar.Sehingga lah ia berhenti.Setelah selesai,Imam Din meminta tukul dan mengetuk sesuatu pada tiang tengah rumah tersebut.Imam Din memberitahu Cikgu Man yang rumah tersebut telah bersih dari gangguan.Serta Imam Din juga memberitahu rumah tersebut kelihatan seperti bukan rumah seorang Muslim kerana tiada satu pun ayat-ayat suci,kalimah yang digantung pada dinding rumah.Disamping itu,Imam Din berpesan supaya Man kerap solat dirumah berkenaan.

Sebelum balik,Imam Din memberitahu Man yang rumah tersebut telah ditumpang oleh mahluk halus,namun berjaya diusir oleh Imam Din.Mujur lah Man tidak membawa anak kecil dan isterinya sekali,jika tidak pasti keadaan semakin teruk.Disebalik kisah yang dikongsikan oleh Cikgu Man kepada kami,berberapa kesimpulan yang boleh dilihat,antaranya amalan kita,Jangan abaikan Solat dirumah selain dari mendapat pahala dan mendekatkan diri kepada yang ESA,Dalam masa yang sama mampu menghindarkan rumah dari dimasuki mahluk yang tidak diundang.

Kawasan rumah juga jangan dibiarkan dengan semak samun.Selain binatang berbisa,kawasan semak dan gelap bakal mengundang mahluk halus.Mana-mana ugama pun menggalakkan kita menjaga kebersihan,Mahluk halus terdiri dari jin dan Iblis tidak suka akan kebersihan.Amal kan membaca surah-surah pendek, mengaji Al Quran atau kitab-kitab suci dalam rumah agar iman kita terpelihara dan meningkatkan keyakinan diri serta menghindarkan rumah dari dimasuki mahluk-mahluk yang tak diundang.Dibawah ini saya sertakan sedikit petunjuk-petunjuk rumah yang telah mula menarik minat mahluk halus dan rumah yang telah didiami mahluk selain kita.Antaranya ialah.

Apabila berada dalam rumah tak kira siang atau malam,kita berasa lemah,seperti malas hendak melakukan sesuatu,seperti Solat,Mandi,Mengemas dan sebagainya.Dimana kita lebih suka duduk diam tanpa membuat apa-apa tindakan.Maksudnya ada satu kuasa yang menarik kita supaya menjadi malas,dan membiarkan masa berlalu sehingga rumah termasuk diri kita menjadi tak terurus.Dan ketika itu Mahluk halus mula merajai rumah dan diri kita.Kita tidak akan merasa apa-apa,tetapi apabila orang lain yang datang,Pasti akan merasa kurang selesa dan merasa seram.

Apabila duduk seorang diri pula,kadang kala kita akan rasakan ada seseorang sedang memerhatikan kita,namun apabila kita menoleh ternyata hanya mainan perasaan.kadang kala jelas terasa seperti seseorang berlari atau melimpasi belakang kita,Ada dua maksud dalam situasi  begini,pertamanya mainan perasaan dan keduanya bayangan mata.Yang mana di sebenarnya menunjukan kehadiran mahluk halus ialah,apabila kita rasa seseorang sedang memerhati,kadangkala nampak melalui penghujung mata,Dengan tiba-tiba jantung berdegup kencang,bulu roma meremang dan perasaan gemuruh terasa itu antara tanda-tanda mahluk halus berada dekat dengan kita.

Perasaan ini terjadi kerana tindak balas dari dua suhu berbeza,tubuh manusia panas manakala mahluk halus tidak bernadi dan berdarah ini adalah punca suhu mereka sejuk.Sebab itu lah apabila adanya kehadiran mahluk halus berhampiran dengan kita,Secara semulajadinya bulu roma kita akan meremang kerana tindakbalas antara dua suhu berbeza iaitu sejuk dan panas.Berkenaan gangguan seperti bunyi-bunyi aneh dalam rumah,seringkali kita dengar orang bercerita pasal hantu apabila melibatkan bunyi seperti periuk belanga berlaga,bunyi batuk-batuk dan sebagainya.Bunyi seperti ini kebiasaan dilakukan oleh jin.Jelmaan seperti mahluk yang menyeramkan,mengerikan termasuk bunyi-bunyi adalah hasil tindak balas dari Jin dan BUKAN nya roh atau hantu.

Gangguan yang disengajakan oleh seseorang pula berpunca dari perasaan dengki dan iri hati sehingga sanggup menggunakan bantuan Jin,Iblis untuk mengganggu dengan niat memporak perandakan kehidupan seseorang,antara petanda yang nyata kita boleh temui ialah melalui makanan,Apabila nasi yang dimasak sempurna ketika makan malam menjadi basi diwaktu pagi,ini menandakan ada lain yang mengusik makanan tersebut.Dalam rumah pula perasaan menjadi gelisah dan kerap marah-marah yang dulunya sentiasa tenang tiba-tiba menjadi panas baran dan sebagainya.Perubahan pada barang-barang yang di susun rapi menjadi bersepah dan berselerak.Ternakan mati,hilang atau sakit itu adalah antara petanda gangguan halus yang mula menghampiri kita.Begitu juga bayi,anak kecil kerap menangis dan sebagainya.perkara seperti ini berpunca kerana kebiasaan nya anak-anak kecil mempunyai mata yang masih belum berhijab.Mata yang masih tembus pandang perkara-perkara ghaib dan sebagainya.

Apa pun kesimpulannya,setiap apa yang berlaku sama ada melalui gangguan mahluk halus atau gangguan dari insan atas dasar khianat telah pun dirancang oleh NYA.cuma kita harus lebih berwaspada dan elak kan dari perkara-perkara yang sebaliknya seperti mengutip atau mengambil sesuatu yang kelihatan aneh dan misteri seperti botol yang diikat dengan kain,kotak yang berisi dengan patung-patung aneh termasuk jarum,paku dan sebagainya.kerana pasti ada sebab seseorang membuang nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan