Sabtu, 25 November 2017

DITUMPANG POCONG PUKUL 2 PAGI DARI TOL TANGKAK

Asalamualaikum dan salam Muhibbah buat semua.Bertemu kembali dalam paparan Pulau Rahsia.Untuk singkapan misteri kali ini,saya akan kongsikan sebuah kisah misteri Mahluk halus berbau tanah lembab menumpang bersama sewaktu melaui jalan dari tol Tangkak ke Muar Johor.Kisah ini berlaku dalam setahun dua yang lepas di mana ketika itu Saya menghadiri masyuarat tahunan serta annual dinner syarikat dimana saya berkerja di Damansara Kuala Lumpur.


Masyuarat bermula dari pukul 9 pagi bertempat di Damansara Club House,bermacam topik di bahaskan oleh wakil syarikat daripada pemasaran sehingga lah prestasi syarikat yang dibentang kan oleh Tuan Pengerusi syarikat.Akhirnya masyuarat tamat sekitar 3 petang dan kami dibenarkan untuk kembali ke Hotel untuk berehat kerana sebelah malamnya akan diadakan jamuan makan.Dari Melaka cuma kami berdua dimana rakan saya akan bermalam di Hotel yang disediakan oleh syarikat.manakala saya mengambil keputusan untuk balik selepas majlis selesai.


Pukul 8 malam kami bertolak ke Damansara Club House untuk Acara seterusnya disitu saya lihat dewan telah dipenuhi dengan kehadiran staff- staff lain yang juga merupakan pengurus dan penyelia bagi setiap cawangan syarikat.Majlis berjalan dengan lancar namun saya harus balik memandangkan waktu semakin lewat.Namun dihalang oleh rakan-rakan kononnya ada acara yang menarik serta cabutan tiket bertuah masih belum selesai.Akhirnya saya mengalah dan duduk kembali melihat persembahan sambil menikmati makanan beraneka jenis yang tak putus-putus dihidangkan oleh pekerja hotel.


Sekitar 11 malam saya meninggalkan majlis untuk balik.melalui Tol Sungai besi saya meneruskan perjalanan seorang diri dan malam tersebut lalulintas kembali normal mungkin kerana keesokan hari nya adalah Perayaan Tahun Baru Cina.Menempuh perjalanan yang jauh seorang diri sememangnya agak membosankan ditambah pula jalan yang basah akibat Hujan jadi tak dapat lah nak laju.Setelah memandu berberapa ketika saya singgah di kawasan rehat dan rawat seremban untuk berehat sambil menikmati kopi panas.Perjalanan masih jauh namun hujan mulai turun renyai-renyai.setelah berehat berberapa ketika saya meneruskan perjalanan sehingga lah saya tiba di tol Tangkak sekitar 2 pagi.


Setelah melimpasi plaza tol saya memasuki laluan ke arah Muar.Bersama saya ketika itu ada sebuah Honda Accord yang keluar dari plaza tol menuju kearah muar.Namun saya agak kecewa kerana kereta tersebut memecut laju meninggalkan saya seorang.Sepanjang perjalanan jalan raya amat sunyi dan sepi tanpa ada cahaya lampu kenderaan lain yang memotong saya mahupun berselisih sepanjang perjalanan.Sehingga lah saya menghampiri laluan memotong iaitu laluan berkembar,Entah kenapa tiba-tiba hati terasa lain macam sangat.Nak berhenti tempat gelap dan sunyi,Saya teruskan perjalanan tanpa memikirkan soal seram dan sebagainya.Tiba-tiba berhampiran sebuah kilang yang saya tak pasti kilang apa,terasa kereta menjadi berat,tekan minyak lebih dari biasa sehingga terasa enjin mengaum namun tetap masih pada takat 60km/j.


Saya mula merasa hairan,tak mungin kereta rosak kerana masih dalam jaminan serta baru berberapa hari saya buat servis mengikut jadual yang ditetapkan.Sambil berfikir,bulu roma dibahagian tengkuk tiba-tiba terasa berdiri disambung pula dibahagian lengan.Ketika itu tiba-tiba dalam kereta berbau busuk yang amat,bau seperti bangkai dalam paya.Saya menekan suiz tingkap untuk mengeluarkan bau tersebut namun entah kenapa boleh terkunci pula.Jadi nak tak nak terpaksa tahan lah bau yang amat busuk tersebut.Ketika membetulkan muncung semburan penghawa dingin dalam kereta,mata saya terperasan seperti susuk tubuh seseorang duduk ditempat duduk belakang!.


Saya menoleh kebelakang namun tiada sesiapa yang duduk di tempat duduk belakang,Namun sewaktu memandang kearah hadapan tiba-tiba kereta seperti menyasar kearah selekoh,Mujur saya sempat menekan brek dan jika saya laju pasti akan berlaku sesuatu yang buruk.Setelah membetulkan arah kereta saya meneruskan pemanduan tanpa menoleh kebelakang.Ketika itu perasaan takut bukan main-main lagi,entah kenapa malam tu saya boleh jadi penakut.


Baru berberapa saat meneruskan perjalanan,tiba-tiba kereta bergegar dan masih terasa berat.Apa yang terlintas pada fikiran saya ketika itu sekeping Cakera padat bacaan ayat-ayat suci Al quran.Saya membuka kotak simpanan CD dan mencari CD tersebut,boleh pula masa-masa tu CD tu tak jumpa.Dalam hati begitu berharap agar ada kereta yang lalu namun dari hujung jalan kelihatan gelap tanpa ada cahaya dari lampu kenderaan menuju kearah saya begitu juga belakang.Bermacam bayangan bermain diingatan,kenapa kereta tak boleh laju?,kenapa satu kenderaan pun tak nampak.Terdetik dalam hati untuk laungkan Azan,Sambil memandu saya laungkan Azan sekuat yang boleh,Setelah itu saya terpandang samar-samar cahaya motorsikal dari arah hadapan.


Semakin lama semakin dekat,Dalam hati mula gembira kerana ada insan lain yang melalui jalan tersebut waktu-waktu begitu,Namun semakin lama saya kehadapan,cahaya motorsikal tersebut tetap seperti jauh,Saya berharap dapat menahan motorsikal tersebut.Namun apabila cahaya motorsikal tersebut menghampiri saya rupa-rupanya hanya cahaya lampu yang malap kekuningan namun bukan motorsikal seperti yang saya harapkan.Aduh....berkali-kali saya gunakan jalan tersebut dari.Muar untuk ke Kuala Lumpur atau ke Johor Bahru melalui lebuhraya,dan itu lah kali pertama saya diduga.


Surah tiga Qul,ayatul Qursi dibaca untuk menenangkan hati,bayangkan dari tol Tangkak sehingga ke kawasan tanah perkuburan Cina boleh memakan masa satu jam lebih...terasa macam jalan kaki pula.tak Cukup kereta terasa berat,dengan bau busuk semacam saya diduga lagi tiba-tiba sehelai kain putih seperti diterbangkan angin melayang melintasi depan kereta,Nak kata hantu bukan sebab jelas sehelai kain putih.Selesai limpasan kain tersebut betul-betul bersebelahan ladang getah selepas kubur dimana kebiasaan tempat orang berjual durian,sebuah lori Bonded memintas saya dari arah belakang sambil menekan hon berkali-kali.


Selepas lori tersebut memintas saya baru lah kereta kembali normal dengan kelajuan seperti biasa bau busuk pun hilang.Dan yang peliknya ketika itu ramai pula kereta yang lalu lalang.Dibandingkan tadinya bagai jalan mati dengan satu kenderaan pun tak lalu.Sekitar 3.30 pagi baru lah saya tiba dirumah.Namun ketika itu rumah sunyi kerana semua dah lena dibuai mimpi.Saya hanya baring di sofa kerana bimbang ada benda lain yang ikut balik tambahan pula ketika itu anak sulung baru berusia berberapa bulan.Dan satu lagi hadiah yang saya terima akibat gangguan malam tersebut,dimana seluruh badan seram sejuk urat-urat menjadi bisa.Selama dua hari saya cuti sakit akibat demam panas.



KISAH RINGKAS MISTERI POCONG


[Jelmaan nyata pocong dibalik tingkap setelah di pasung mahluk halus ketika tidur]


KISAH kedua ini berlaku seminggu selepas kejadian dijalan Tangkak Johor,Ketika itu saya baru balik dari Melaka tiba di rumah[ketika itu saya masih menetap di Muar] selesai mandi saya naik ke bilik manakala isteri dan anak tidur di bawah kerana isteri masih berpantang anak sulung.mulanya saya naik keatas untuk mennyiapkan kerja,namun entah kenapa tiba-tiba terasa mengantuk,saya baring diatas katil walaupun bukan merancang untuk tidur diatas.Namun entah bila saya terlelap sehingga berlaku sesuatu yang luar biasa.

(Sekadar hiasan)



Ketika itu tiba-tiba terasa seperti sesak nafas dan badan menjadi kaku,saya sebenarnya sedar,mata celik namun tak mampu bersuara dan bergerak.Terasa seperti di pegang oleh lima enam orang.Saya cuba menjerit namun tiada patah kata yang keluar sehingga lah terpacul Nama Allah dari mulut dan serta merta saya mampu bangun dan duduk menyandar.Seluruh badan terasa seperti sesemut dari kaki sehingga atas kepala terasa seperti berdetik-detik bagaikan dikerumuni longgokan semut.berkali-kali saya beristifar sambil mengusap dada akibat peristiwa tadinya.


Sewaktu duduk sambil mengusap dada tiba-tiba terasa seperti ada seseorang memerhatikan saya dari luar tingkap,saya bangun dan cuba memerhatikan keadaan luar namun tiada sesiapa yang berada disitu.Sewaktu berpaling kembali ke meja kerja terlihat dari alis pandang satu susuk tubuh berdiri di balik tingkap,saya berpaling untuk melihat ternyata Berdiri tegak susuk tubuh berbalut kain putih tak ubah seperti pocong diluar tingkap.Mujurlah ketika itu jelmaan berkenaan tak memandang tepat kearah saya,jika tidak entah lebih teruk dari minggu lepas sewaktu balik dari Kuala Lumpur!.Melihat keadaan begitu saya segera tinggalkan bilik dan turun ke bilik bawah.


Dua kisah nyata antara kisah-kisah seram misteri yang telah saya lalui sendiri,Melalui pengelaman serta serba sedikit pengetahuan saya tentang kewujudan mahluk halus,kebiasaan nya ada sebab mengapa kita diganggu oleh mahluk tersebut,diantaranya kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti kita dari luar dan kemungkinan hanya fikiran saya,kebetulan ketika itu saya baru tersedar dari tidur walaupun bangun dengan terpaksa dan mungkin mata masih khayal jadi ketika itu saya terlihat bayangan pelik yang mungkin terhasil dari biasan mata.Dimana-mana pun ada nya mahluk halus cuma kita,jika semangat kita kuat,mahluk seperti itu tidak akan berani menunjukan wajudnya dihadapan kita,tetapi jika semangat sememangnya lemah,maka dengan mudah lah kita dipengaruhi jelmaan mahluk halus,kadangkala benda yang tiada kaitan pun boleh membangkitan kan rasa takut.


Kesimpulan nya,kita harus tenang,jangan ikutkan hati jika berhadapan situasi seperti yang saya alami sewaktu dalam perjalanan balik dari kuala Lumpur,mungkin kerana suasana jalan yang sunyi,jadi bermacam perkara bermain difikiran,cuba bayangkan jika kereta banyak lalulalang,pasti tiada perasaan takut mahupun seram.Sentiasa tenang ketika berhadapan situasi seperti itu,agar kemalangan dapat dielak.Sebenarnya ramai mangsa-mangsa gangguan mahluk halus jalan raya yang saya dengar namun kebanyakannya melalui bayangan.Tidak dinafikan,dimana ada manusia disitu ada Jin dan Iblis.Semoga anda semua terhindar dari sebarang dugaan mahluk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan